Showing posts with label Parti Amanah. Show all posts
Showing posts with label Parti Amanah. Show all posts

Wednesday, December 1, 2021

Rasional kalau Amanah bergabung dengan PKR

REAKSI

Keduanya perlu mencari titik temu
untuk jana kekuatan.
ANWAR Ibrahim mengakui ada cadangan untuk digabungkan Parti Amanah Negara (Amanah) dengan Keadilan. Hal ini mungkin kedengaran dan diberi rekasi daripada pihaknya sahaja. Belum ada reaksi daripada pemimpin Amanah. Jika ini dibincang dan hendak diambil tindakan ia sesuatu yang perlu dilihat positif oleh semua pihak terutamanya Amanah. Amanah tidak perlu berasakan hina diri dan terkilan dengan cadangan demikian.

Parti itu perlu menerimanya dengan sikap tasamuh dan tenang. 

Anwar dalam menjawab rumours mengenai hal itu kepada wartawan memberi tahu pihaknya ada menerima cadangan penggabungan itu, tetapi ia tidak dibincang secara lebih mendalam. Ertinya ia sudah masuk dalam pengetahuan presiden Keadilan itu dan diberi perhatian apabila menyedari ada sok sek soksek dalam parti serpihan Pas itu. 

Tuesday, December 11, 2018

Konvensyen nasional ke 3 Amanah dijangka panas

RENCANA KHAS

Mohamad sebagai presiden perlu dihormati.
PARTI Amanah Negara (Amanah) akan mengadakan kongres nasional ke tiga yang akan berlangsung di Perak selama dua hari, 14 hingga 16 Disember. Dijangka seramai 1,000 perwakilan daripada 156 kawasan parti itu diseluruh negara akan berhimpun di Ipoh. Ia juga dijangka akan dihadiri 3,000 para pemerhati.