PERBICARAAN tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim oleh pembacuh kopinya semakin menarik. Kalau semalam wujud percanggahan antara pengakuan pembacuh kopi dengan siasatan dilakukan polis, hari ini terbit pula nama-nama yang sebelum ini sudah dijangka ada hubung kait dalam pertuduhan ini.
Semalam pembacuh kopi bertegas mengatakan dia diliwat secara paksa oleh Anwar, manakala siasatan dilakukan ke atas tuduhan itu kononnya Anwar dan si pembacuh kopinya melakukan liwat atas suka sama suka. Anwar sepatutnya disiasat dibawah perkara 377c Kanun Keseksaan bukannya 377b.Tanggapan kes liwat kedua ini merupakan satu Konspirasi II untuk menjahamkan Anwar nampaknya semakin jelas. Hari ini si pembacuh kopi ketika disoal bertalu-talu oleh Karpal Singh menjelaskan dia ada menemui bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohamad Noor (foto). Pertemuan itu berlaku di Rawang, Selangor selepas sehari dia mendakwa diliwat Anwar.
Pembacuh koipi itu menjelaskan pertemuan dengan senator itu di awal malam hingga ke pagi. (Apa yang dibincangkan?).
Pembacuh kopi itu juga menjelaskan dia ada menghubungi Ketua Polis Negara, Musa Hassan. Kejadian itu berlaku ketika beliau bersama ACP Rodhawan Mohd Yusuff.
Selain itu pembacuh kopi itu juga menjelaskan dia ada berjumpa dengan Najib Razak (yang ketika itu TPM) di rumahnya di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Perjumpaan itu sebelum dia membuat laporan polis. Semasa ingin pulang dari rumah Najib katanya dia juga berjumpa dengan Rosmah Mansor isteri Najib. Pertemuan itu bukan secara peribadi!
Dengan terbitnya nama-nama berkenaan apakah mereka akan dipanggil ke mahkamah untuk menjadi saksi? Sekiranya Najib, Rosmah, Ezam, Musa dan Rodhwan dipanggil ke mahkamah, pasti perbicaraan ini akan lebih menarik dan satu sejarah Perdana Menteri dan isteri hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan.
Apakah hakim akan membenarkan Perdana Menteri, isterinya (Rosmah) Senator dan Ketua Polis Negara hadir ke mahkamah? Semoga perbicaraan itu akan telus dan memuaskan hati semua pihak. Seandainya mereka diminta menjadi saksi dan mahkamah menghaangnya pasti ia akan dipertikaikan oleh umum. Orang akan menuduh spekulasi bahawa tuduhan liwat itu sebagai satu konspirasi adalah benar.
Elok kalau mahkamah atau pun pihak pembelaan memanggil mereka ke mahkamah untuk mengesahkan dakwaan pembacuh kopi itu yang mereka ada bertemua mereka semua. Rasanya bukan menjadi satu hala yang tidak relewan kalau mereka dipanggil menjadi saksi. [wm.kl. 4:00 12/05/10]