JENGUK TERENGGANU
Menteri Besar Terengganu yang dalam keadaan "senak perut" kini, Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan yang beliau belum menanda-tangani sebarang dokumen penyerahan medan minyak Bertam kepada mana-mana pihak seperti didakwa.
Beliau juga membayangkan tidak berbangkit soal kawasan itu diserahkan kepada mana-mana pihak kerana ia dibawah bidang kuasa Petronas.
Penegasan itu dibuat ekoran dakwaan bekas MB Ahmad Said, kononnya medan minyak Bertam itu telah diserahkan kepada syarikat berkaitan 1MDB, di mana pertikaian mengenai hal itulah menyebabkan Ahmad Said dipecat sebagai MB Terengganu dan diganti dengan Ahmad Razif.