Showing posts with label Politik MCA. Show all posts
Showing posts with label Politik MCA. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Lebih Baik Kata Masuk Arab Dari Masuk Melayu

PANDANGAN                                                                                                                        

Saya menerima beberapa respons terhadap catatan "Politik MCA surut ke belakang". Semua pengomen melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan cara beberapa orang pemimpin MCA memainkan isu hudud kerana ia sebagai tidak relevan dan agak melampau. Dalam banyak-banyak komen yang dikirim menerusi email itu saya tertarik dengan komen Muhammad Adam Lee Abdullah. Beliau merupakan seorang saudara baru Islam yang berbangsa tionghua.

Muhammad Adam ini juga seorang penjengok setia blog MT yang merupakan OKU hilang penglihatan. Atas kerajinan dan idea serta pandangan bernas beliau saya mengucapkan berbanyak terima kasih semoga sdr terus memberi respons dan pandangan tersendiri. 

Berikut adalah komen beliau:

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah, suatu analisa berfakta yang tak perlu dipertikai, khasnya saudara-saudara seagama Melayu Islam, dan masyarakat saya sendiri (Cina). Sebab itulah juga masih kedapatan sesetengah orang Cina kita di sini akan secara jahil menuduh kita "masuk Melayu" bila kita memeluk Islam. 
 
Saya sendiri telah diuji untuk memberikan kefahaman kepada emak saya dalam hal ini ketika saya mula-mula memeluk Islam; lantas, antara lain, saya menyatakan, kalau begitulah yang nak dimaksudkan (masuk Melayu), baik kita kata masuk Arab aja, sebab segala bacaan dalam solat sehingga ke awal dan akhir doa, menggunakan bahasa Arab belaka, kan? Itu baru isu simple; belum lagi isu seperti yang kini lantang dikritik para politikus MCA yang dah makin hilang arah ni, serta didiamkan membatu trillionan bahasa oleh UMNO bangang syaitan ni, kan? 
 
Malah, yang pelik bin ajaibnya, di kalangan ilmuan agama seperti Dr. Hasan Aqidah tu pun boleh diam cam tu ja ... So, nampak benar UMNO dan sekalian sekutunya yang kini jadi tandem basikal MCA, kan? Bukankah itu juga bukti benar janji-Nya yang antara lain: "Dan barangsiapa yang berpaling daripada peringatan-Ku, maka baginya kehidupan dunia yang sempit, dan Kami (Allah) akan menghimpunkannya pada hari qiamat berkeadaan buta!" ...

Apapun, ini hanyalah sekilas pandangan saya yang juga masih perlu mengaji lebih banyak, dan sesungguhnya Allahlah Yang Maha Mengetahui.


Terima kasih.



[wm.kl.9:51 am 22/10/12]

Sunday, October 21, 2012

Politik MCA Surut Ke Belakang

ULASAN ISU                                                                                                                         

Orang ramai semakin hari semakin faham kenapa reputasi dan pengaruh rakan karib Umno iaini MCA juga mengalami nasib dan suasana sama dengan parti kebangsaan itu (Umno), yang kini kehilangan pengaruh dan wibawa. Tidak pelik kalau ada orang meramalkan MCA menghadapi masalah besar selepas pilihan raya akan datang hingga kemungkinan parti nombor satu Cina itu akan lupus di bumi Malaya ini.

Soi Lek dan Guan Ng: Perbezaan pendekatan politik jelas.
Keresahan dan kecelaruan MCA dalam mencari momentum untuk berdepan dengan masyarakat Cina yang mulai menolak parti itu semakin terang dan jelas. Kegelisahan dan keresahan para pemimpin MCA yang parti itu akan kehilangan pengaruh dan tidak lagi menjadi parti harapan Cina, begitu nyata sekali.

Realiti ini dapat disaksikan dari beberapa aksi politik, kenyataan-kenyataan dan provokasi dilakukan  pemimpinnya terhadap DAP serta cakap-cakap atau pengungkitan isu tidak relevan diucapkan. Malahan serangan-serangan itu bukan saja tertuju kepada DAP tetapi ia turut melencung kepada rakan kongsi DAP iaitu Pas. Kelakuan MCA ini sesuatu yang luar biasa dan jarang berlaku sebelum ini dan aksi ini menggambarkan akan kekalutan MCA. Apakah ini sebahagian dari tanda-tanda awal kiamat untuk parti berkenaan?

MCA selama ini dianggap parti yang rasional memperjuangkan hak-hak dan kepentingan orang Cina menerusi BN di negara ini. Ia dianggap organisasi atau company menjaga kuasa dan kedudukan orang Cina di negara ini. Sebelum ini gerakan atau cara parti itu berpolitik senantiasa diperhati dan dianggap bijak dan licit sehingga dicemburui oleh parti dominan Melayu.

Namun akhir-akhir ini daya profesionalisme MCA jatuh merudum. Nilainya sebagai parti nasional kaum Cina merosot.  MCA hari ini bukan bersikap sebagai parti yang memerintah bersama Umno dan lain-lain, tetapi bersikap seperti pembangkang. MCA sudah merasakan kepaduan berkuasa dengan Umno sudah longgar dan sudah mulai bertindak sebagai pembangkang dan jadi kurang siuman. Tampaknya corak dan stail MCA lebih kurang Umno saja. Semua ini berubah apabila parti itu mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya lalu. Jelas kekalahan teruk itu menghuyung hayangkan MCA.

Beberapa telatah ataupun tindakan MCA menyerlah akan ketakutan kegelisahannya, apabila beberapa pemimpin parti itu terus terusan menyerang Pas. MCA kini mulai terikut-ikut dengan tektik dan budaya politik peras ugut Umno. Politik samseng dan gengstar di zaman Gee Him dan Hai San cuba dipraktikan semula. Hari ini ia menerusi kata-kata tetapi tidak mustahil bila sampai masa nanti ia melibatkan fizikal. Manusia bila sudah terdesak sanggup melakukan apa saja.

Isu-isu agama yang merupakan isu yang tidak relevan dimainkan MCA, tapi kini turut sama ditimbulkan.  Untuk apa dan mengapa MCA bercakap mengenai hudud, penutupan aurat atau mengkritik pemimpin spritual Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat padahal ianya tidak relevan. Isu-isu itu patut dipajakkan kepada Umno saja. Jadi apabila MCA juga terikut-ikut ia menunjukkan keadaan parti itu sudah sangat tenat dan statusnya dua kali lima saja dengan Umno.

Dengan mudah dapat difahami kenapa MCA bertindak demikian kerana hendak meracuni pemikiran masyarakat Cina dengan isu agama. Menakut-nakutkan orang Cina dengan hudud. Jawabnya kerana parti itu bimbang dengan politik dinamik DAP yang berjaya memberi kefahaman kepada orang Cina tentang Pas dan Islam. DAP berjaya menterjemahkan Islam yang hendak dipraktikan oleh Pas. DAP berjaya membawa politik baru yang menyelesakan semua pihak. DAP kini sudah menuteraliskan sikap chauvenistiknya dan membuang persepsi buruk terhadap Pas yang bertompok dalam kepala orang Cina selama ini. Perkembangan inilah menakutkan MCA.

Di sinilah bijak dan pratikalnya DAP dalam satu masa ia mengait dua keuntungan; orang Cina senang kepada mereka Melayu juga suka kepadanya. Hakikat ini terbukti bila mana ramai pemuka-pemuka Melayu termasuk bekas ahli Umno menyertai DAP. Sebagai contohnya sdr Aspan Alias, Ariff Sabri Abdul Aziz dan beberapa anak muda berkelulusan undang-undang.

Ariff Sabri dan Aspan yang menyertai DAP.
Makanya jangan salahkan DAP kalau parti terilham dari PAP Singapura itu makin mendapat kepercayaan dan keyakinan umum kerana parti itu mempelajari dan cuba memahami aspirasi orang Melayu dan Islam. DAP mempelajari tamadun dan sejarah Islam. Cukup... walaupun DAP tidak mahu mengkaji apakah kejernihan akidah Islam tetapi ia sudah meletakkan dirinya disenangi oleh orang Islam kerana minat dan persefahaman ditunjukkan. Berbeza dengan MCA usahkan untuk mencari makrifah disebalik akidah Islam untuk membaca tamadun dan sejarah kehebatan pemerintahan Islam juga malas.

Sebenarnya MCA mempunyai peluang lebih luas untuk mengenali juzuk-juzuk Islam berbanding dengan DAP. Bukankah MCA berkawan dengan Umno yang menjadi kerajaan lebih empat dekad. Umno ada Jabatan Kemajuan Islam, ada Yayasan Dakwah, ada Pusat Tamadun Islam dan segala macam institusi keIslaman. Sepatutnya MCA atau Umno mengambil kesempatan ada segala kemudahan itu memberi faham kepada MCA mengenai tamadun dan sejarah kemudian perlahan-lahan memberi kefahaman keimanan.

Di sinilah bijak dan 'tartil' Pas. Pas menggunakan peluang yang ada dengan berbaik dan bermaufakat politik dengan DAP untuk menjelaskan Islam. Hasilnya DAP faham dan menerima ataupun tidak membantah kepada Pas hendak melestarikan kemurnian Islam. Buktiknya DAP tidak menolak hudud secara totok dan sebodoh MCA dan Umno. Bolehlah disifatkan Pas jauh lebih bijak dan ke depan berbanding dengan Umno yang kekal dengan bentuk dan pradigma lama yang ekstrim dan fanatik.

Sayangnya kemudahan dan segala intitusi keIslaman yang boleh dijadikan wadah mendidik orang mengenal dan mendekati Islam dimiliki kerajaan Umno tidak diguna sepenuhnya. Sebaliknya institusi itu diguna untuk menyerang Pas, memperleceh aktiviti keIslaman yang dijalankan Pas serta membuat tohmahan dan fitnah kepada mana-mana golongan atau gerakan Islam yang ingin menegakkan Islam tanpa menggunakan bendera Umno. Atas kontrasnya tindakan ini ia sudah dapat difahami oleh mereka yang ingin faham seperti DAP.

Isu hudud kini berada dalam senarai teratas dalam isu-isu yang hendak digunakan MCA untuk menakutkan orang Cina agar kembali menyokongnya dalam pilihan raya akan datang. Semua pemimpin MCA didakwah atau diberi kursus oleh Umno agar memanipulasikan hukum hudud. Umno mengajar atau MCA mengikut katabual atau 'kitab Umno' Umno bahawa hudud yang diperkenalkan Pas itu ada hudud ala-ala Pas. Di sinilah huduh dan 'mahabul'nya Umno terhadap Islam dan inilah juga konflit besar parti itu dengan Pas.

Bermula daripada presiden MCA, Chua Soi Lek membawa kepada ketua pemudanya, Wee Ka Siong kemudian disambut oleh Naib Pengerusi Wanitanya, Heng Sei Kie mengecam hudud dan perintah menutupi aurat. Mereka memberi tahu orang Cina yang hukum hudud zalim. Kata Wee Ka Siong hudud itu bukan yang sejati dari Quran tetapi ia hudud ala Pas. Manakala Sei Kie alias sengkek pula menuduh Nik Aziz membenarkan wanita bukan muslim yang tidak tutup aurat boleh dirogol.

Jelas kata-kata Ka Siong itu adalah bergelumang dengan air liur orang yang berkawan dengan syaitan baik, Mahathir Mohamed. Mahathirlah yang membuat tempelakkan hukum hudud diperkenalkan Pas sebagai bukan hukum hudud sebenar tetapi hudud Pas. Ironisnya apabila diminta manakah deraf hudud sebenar ataupun hudud Umno sampai kini masih tidak terkutik apa-apa dan para ulama Umno juga terpaksa menyelak pelikat sendiri untuk melihat apakah 'roti canai' yang mereka makan ada telor atau tidak.

Soi Lek lebih dahysat dan celupar mulutnya dari Wa Siong apabila mengatakan jika hukum hudud dilaksanakan menyebabkan 1.2 juta rakyat negara ini akan kehilangan pekerjaan akibat permis tempat mereka berkerja seperti kelab malam, perjudian dan sebagainya ditutup. Jelas sekali pernyataan Soi Lek itu merupakan kenyataan hasutan dan tidak wajar dilakukan oleh seorang pemimpin Cina yang partinya didaftar di negara ini. Andaian atau juga bersifat jahat dan khianat dan memburukkan Islam.

Saya tidak tahu apakah presiden MCA ini seorang ahli politik atau ahli gimnastik? Kalau dia seorang ahli politik yang mempunyai perasaan Malaysia dia tidak akan membuat kenyataan atau andaian seperti itu, lainlah kalau dia seorang gimnastik dia boleh mengatakan kalau hudud dilaksanakan semua orang Cina bukan muslim akan dipancung.

Politik Soi Lek dan Ka Siong itu tidak sihat. Benarlah seperti kata Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub yang menyifatkan politik MCA kini tidak sihat dan dinamik berbanding dengan politik DAP.Subjek atau isu dibawa oleh Ka Siong yang mengungkitkan soal agama dan perkauman menunjukkan ketua pemuda itu dangkal dan tidak bijak dalam politik. Padan dengan mukanya kalau Salahuddin mengatakan politik Ka Siong politik usang dan MCA rugi mempunyai seorang pemimpin muda seperti itu.

Akhirnya kita memberi ingatan kepada MCA agar tidak terus menimbulkan isu-isu yang tidak relevan dengannya seperti isu hudud dan penutupan aurat. Mereka perlu sedar sebagai hamba Allah yang masih kafir dan kufur tidak manis untuk bercakap soal kemurnian Islam. Kalau orang Islam seperti Umno pun masih berjibuh - kucar bara dalam memahami Islam, apa lagilah orang-orang MCA seperti Chua Soi Lek yang moralnya sangat rendah dan hudud berdasarkan klik video persundalannya. [wm.kl. 5:35 pm 21/10/12]

Monday, August 16, 2010

Menuruni Lurah

Umno Bersedialah Hadapi Kehilangan MCA

KALAU saya merupakan ahli Umno yang mindanya bergerak dan tidak mengutamakan perut (perutisme) tentu saya akan merasa bimbang dengan perkembangan yang berlaku dalam Barisan Nasional (BN) muasir ini terutamanya mendengar kenyataan atau apa yang diistilah pembaharuan minda dalam politik MCA.

Saya jadi cukup cemas mendengar penegasan dan sikap berani tanpa menghiraukan perasaan rakan komponennya lain yang diambil Presiden MCA, Chua Soi Lek (foto) Saya percaya Soi Lek membuat kenyataan dan pendekatan itu semua bukan bersendirian tetapi merupakan konsensus MCA atau masyarakat Cina seluruhnya.

Meneliti kenyataan-kenyataan Soi Lek tampaknya beliau tidak menoleh ke belakang lagi. MCA atau masyarakat Cina kini sudah tidak ada pantang larang lagi. MCA tidak pedulikan lagi apakah kenyataan dan pendekatan yang diambil itu menyakiti hati orang atau tidak. Iya, bila Sazali sudah besar, sudah punya wang banyak dan sudah berkuasa, Sazali akan melakukan apa saja. Bapak apa tau...! Begitulah MCA yang saya nampak dengan meneliti kenyataan dan ulah Soi Lek ia seperti Sazali dalam filem "Anakku Sazali".

Perhatikan kepada beberapa kenyataan "Sazali" akhir-akhir ini dalam usahanya untuk memastikan MCA menjadi wadah orang Cina. Semua kenyataan dibuat menggambarkan keberanian MCA dan Soi Lek mahu membawa MCA ke arah yang dikehendakinya. Cara Soi Lek bercakap hari ini sudah tidak berahsia lagi. Fenomena globalisi dipergunakan secukupnya oleh Soi Lek.

Beliau juga sudah tidak segan silu lagi. Semangat setia kawan atau perasaan ingin menjaga hati kawannya (Umno) juga sudah tidak ada lagi. Soi Lek berpegang kepada realiti dan bukannya retorik. Dalam kata mudah, Soi Lek khasnya dan MCA amnya, sudah tidak berpegang kepada semangat perpaduan dizaman HS Lee, Dr Ismail, Sambanthan, Razak Hussein dan Tunku Abdul Rahman lagi. MCA kini sudah melepas satu sempadan baru. MCA juga terlepas dari lingkaran ketegaran (chauvinis) Melayu Dr Mahathir Mohamed.

MCA mempelajari dan mengkaji akan perbezaan watak-watak ataupun naluri tokoh-tokoh Umno dari Tunku Abdul Rahaman, Tun Razak, Dr Ismail Abdul Rahman, Hussein Onn, Abdullah Badawi dan Najib Razak. MCA atau Soi Lek mengkaji semuanya. Sikap dan watak pemimpin Melayu hari ini berubah dan berbeza jauh dengan pemimpin dulu.

Begitu juga Soi Lek mengenali pasti siapa dan bagaimana Najib Razak, Hishmuddin Hussein ataupun Muhyiddin Yassin. Soi Lek juga mengenali dan mengetahui pemimpin Umno hari ini bukan lagi memilik semangat nasionalis, tetapi semuanya mengagungkan semangat pitisisme - materialistik. Jadi apabila hati dan jiwa orang Melayu sudah rosak maka itu mudahlah untuk orang Cina meruntuhkannya.

Perubahan sikap, nilai perjuangan orang Melayu itulah menjadikan MCA berani melakukan apa saja. Bagi MCA mereka sudah menanggalkan semangat Perikatan yang dibina sebelum tahun 1957. Kemerdekaan yang dicapai 31 Ogos telah diterima sebagai kemerdekaan kaum itu juga yang mana kegiatan dan sorakan kemerdekaan itu didiamkan saja selama ini sehingga kini ia boleh dilaungkan secara terus terang.

Sekiranya Soi Lek masih berpegang kepada semangat itu, setiakawan Perikatan beliau tidak akan mengganggu tidur Umno dengan meminta ekuiti 30 untuk Bumiputera dalam semua sektor dihapuskan. Kalau beliau ingin menyuarakannya juga beliau akan buat secara senyap. Tetapi semangat dan rasa hormat itu sudah tidak ada lagi. Kenapa?

BN ada majlisnya dan menerusi majlis ini beliau boleh sampaikan permintaan itu. Atas kapasitinya sebagai presiden MCA, Soi Lek boleh minta berjumpa Najib atau Muhyiddin bila-bila masa dan di mana saja. Itulah yang diamalkan oleh pemimpin MCA terdahulu kerana itu kekeliruan atau ketegangan politik tidak terlatas kepada umum.

Tetapi kenapa beliau berani mengeluarkan tuntutan itu secara terbuka malahan menegaskan akan berusaha untuk melaksanakan 12 resolusi yang diambil dalam Kongres Ekonomi itu. Jawabnya kerana MCA tidak hormati Umno lagi dan sudah tidak bimbang dengan sebarang tindakan kerana Umno sendiri kini makin menghujung. Dalam pada itu MCA sudah merasakan dia mempunyai rakan lain yang lebih istimewa dari Umno.

Soi Lek juga mengatakan dia tidak takut untuk berkongsi pandangan dengan DAP atas kepentingan Cina. Sekali lagi kenyataan ini menjadikan Perkasa senak perut. Kenyataan dan pandangan itu cukup menghiris pedihkan hati Umno. Mungkin ahli Umno yang perutnya tidak buncit menyedari isyarat Soi Lek. Perkongsian dengan DAP itu bukan saja perkongsian pandangan tetapi politik juga. Iya, Umno dan Melayu harus melihat jauh dari itu dan memahami sirr Soi Lek.

Soi Lek atau MCA ada alasan sendiri kenapa beliau berani mengeluarkan hawa politik begitu. Beliau melihat kepada realiti politik hari ini. Beliau tidak mahu terkebelakang dalam memberi harapan kepada orang Cina. Politik orang Cina pula politik ada standard, ada kelas. Politik orang bukan di negara asal datuk nenek. Politik orang Cina politik untuk kepentingan kaum, politik bersama dan bukan politik nafsu nafsi. Juga politik perdagangan. Terima atau tidak, mereka senantiasa sedar bahawa negara ini bukan negara datuk nenek moyang mereka. Justeru mereka senantiasa berwaspada dan akan mencari seramai mungkin kawan di mana juga demi kelangsungan hidup.

Dari perspektif politik, kenyataan atau frame politik Soi Lek itu nampak terbuka dan hijau dan otentif. Beliau membuat perubahan berani itu kerana mengambil iktibar dari sejarah tsunami 2008. MCA cukup bimbang kalau politik BN tidak diperbaiki tsunami itu akan menenggelamkan parti itu. Dan DAP akan menjadi bahtera baru kepada orang Cina manakala MCA akan disumpah kaum itu selamanya. Ini yang hendak dielakkan Soi Lek dan untuk itu beliau sanggup menjadi tidak popular kepada orang Melayu.

Kerana itu dalam keadaan payah, mencabar dan mungkin dianggap jahat, tetapi MCA harus keluar dari belenggu itu demi menyelamatkan partinya.

Soi Lek dan MCA mengkaji kekalahana BN dan mengkaji juga kemenangan Pakatan Rakyat. Dalam kajian inilah menemukan beliau dengan solusi-solusi politik yang menyakitkan Umno. Tetapi sebagai kaum yang optimis MCA akan menyelamatkan dirinya dulu sebelum mengambil kira atau simpati kepada rakannya itu.

Itulah MCA yang tidak seperti Umno yang terus bernostalgia dan menganggap kepada mitos Umno selamanya akan mendapat sokongan Melayu dan menjadi kepala kepada kaum lain di negara ini. Pegangan Umno itu adalah pegangan yang tidak bersendikan kebenaran dan satu kepercayaan lapok yang bidaah. Kerana berpegangan kepada fahaman bidaah politik itulah makanya Umno kini sedang karam.

Perkembangan dan sikap baru MCA harus diberi perhatian serius oleh Umno. Umno tidak lagi perlu berpegang kepada piagam Perikatan. Piagam itu juga sudah lapok dan tidak relevan. Dikhuatiri kalau Umno masih gah dan bernostalgia dan merasakan mampu bertahan dengan kebendaan sekarang, parti itu bakal kecewa besar. Keangkuhan Umno yang memandang kecil dan hina kepada rakan sejenisya yang lain, akan membawa padah.

Tanpa persediaan dan kesedaran itu terutamanya bijak menebak arah yang difokuskan MCA kini, saya merasakan Umno akan ditinggalkan kawan bernama MCA. Tidak musathil berdasarkan kenyataan Soi Lek itu kalau MCA akan bergabung dengan DAP kemudian membina kekuatan baru orang Cina dalam Pakatan Rakyat. Sedang buat masa ini Umno pula terkial-kial mencari kekuatan yang hilang untuk ditawarkan kepada Umno.

Dan saya kira 'desakan' atau 'ugutan' yang dibuat Soi Lek atas nama perubahan politik MCA itu tidak akan terlayan oleh Najib dan cabaran itu tidak akan tersambut olehnya. Jadi, apa yang akan jadi, Najib perlu mencari ikhtiar dan tali pergantungan baru. Sayang KLCC puncaknya tinggi, Melayu hanya merenung dari kejauhan! [wm.kl. 1:15 t/hari 17/08/10]

Sunday, March 28, 2010

Berita Terkini MCA

Chua Soi Lek Presiden MCA

DUA Ong yang merebut jawatan presiden MCA hari ini tidak mempunyai 'ong' apabila mereka kalah. Kedua mereka bekas presiden MCA, Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting yang muncul semula disaat-saat akhir, gagal menafikan sokongan ahli MCA kepada Chua Soi Lek.

Chua Soi Lek sekejap tadi diumumkan sebagai pemenang jawatan presiden MCA dengan memperolehi undi sebanyak 901 undi menewaskan Ong Tee Keat yang mendapat 578 undi.

Manakala untuk jawatan timbalan presiden pula dimenangi oleh Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai menewaskan timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kong Cho Ha. Sebelum ini remours mengatakan Cho Ha menang jawatan timbalan presiden.

Kemenangan Cha Soi Lek itu menjelaskan isu peribadi yang dialami oleh bekas Menteri Kesihatan itu tidak menjadi perhatian dan masalah kepada masyarakat Cina negara ini.

Chua Soi Lek dimalui dengan penyebaran VCD skandal sex beliau menjelang pemilihan parti yang lalu. Bagaimana pun dalam pemilihan itu walaupun tidak menjawatan jawatan menteri beliau masih terpilih sebagai timbalan presiden MCA.

Perkembangan ini menunjukkan pendedahan skandal sex dengan tujuan memalukan seseorang tidak memberi bekas malahan ia mendapat simpati kepada mangsanya. Kemenangan Chua Soi Lek itu dilihat sebagai ketinggian politik masyarakat Cina yang memilih pemimpin bukan berdasarkan syaksiah pemimpinnya tetapi perjuangan seseorang itu. Masyarakat Cina jelas meletakkan soal maruah dan masa depan parti daripada masa depan individu.

Sudah pasti apa yang berlaku kepada politik kaum Cina itu akan turut terikut dalam politik orang Melayu di masa depan, di mana apa yang perlu dilihat ialah perjuangan, komitmen seseorang pemimpin itu kepada perjuangannya dan bukan kepada peribadinya. [d'kota kl. 7:09 pm 28/03/10]