| Poster Ibrahim semasa p raya kecil. |
Faktor utama, kerana kerusi itu yang kini disandang oleh Inchek Ibrahim bin Ali yang dikatakan akan terus mempertahankan kerusi berkenaan. Kepastian itu sudah pasti kerana sebagai ahli politik dia akan pertahankan kerusi itu walaupun apa keadaan sekali pun.
Kalau orang yang sakit dan sudah berdekad menjadi wakil rakyat masih ingin pertahankan kerusi dengan alasan-alasan tersendiri, maka tidak salah baginya juga berbuat hal yang sama. Lagi pun Ibrahim tidak ada kompilasi kesihatan untuk dijadikan alasan.
Kalau orang lain menjadikan sokongan akar umbi dan parti untuk terus bertanding, Ibrahim juga boleh menggunakan alasan sama. Rakyat di Pasir Mas masih memerlukan khidmatnya. Apa lagi perjuangan Ibrahim dalam soal Melayu konsisten walaupun ia bersikap radikal dan ultra.