KHABAR KUCHING
 |
| Saya menunjukkan awan berarak di pengkalan Satok. |
Pengumuman oleh parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dua hari lepas yang Taib Mahmud akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri yang dipegangnya selama 33 tahun tidak begitu mengejutkan masyarakat negeri bumi Kenyalang itu. Kebanyakan mereka menyambut pengumuman seperti biasa sahaja, seperti pengumuman keadaan cuaca. Tidak mengambil berat dan sesuatu yang menarik perhatian.
"Acap kali sudah dia (Taib Mahmud) mahu letak jawatan, tetapi tidak pernah menjadi," begitu komen seorang politik veteran ketika minum kopi di kompleks Satok yang baru itu. Katanya bagi rakyat Sarawak berita seperti itu bukan sesuatu yang baru dan diberi perhatian.