Showing posts with label Puad dan Mat Maslan. Show all posts
Showing posts with label Puad dan Mat Maslan. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Puad, Mat Maslan Perlu Tiru Saifuddin

MENITI SENJA                                                                                                                        

Puad Sarkashi perlu memperbetulkan standard dirinya sebagai anggota kabinet agar ianya tidak sampai ke tahap haprak. Banyak sudah perkara yang diutarakan Puad tidak mencapai standard beliau sebagai timbalan menteri. Isu atau topik yang diucapkan oleh Puad tidak lebih dari standard presiden Perkasa(m) saja. Patut Puad bezakan dirinya dengan presiden NGO itu kerana dia mempunyai latar belakang dan disiplin diri yang jauh lebih menarik.

Sekurang-kurang dua perkara yang Puad sentuh tetapi ia meragukan dan boleh dipersoalkan. Pertikaian beliau berhubung isu itu juga tidak meletakkan beliau seorang yang berkualiti. Jauh sekali setaraf dengan kedudukan dia sebagai seorang bergelar doktor falsafah (Phd). Barang kali ada kebenarannya juga sesetengah kawan yang mempertikaikan dari mana Puad mendapat Phd kerana tahap keilmuan yang ditunjuk tidak sampai ke peringkat itu.

Apakah ia sama dengan standard kedoktoran yang diperolehi oleh Ahmad Zahid Hamidi?