Showing posts with label Rafizi Ramli. Show all posts
Showing posts with label Rafizi Ramli. Show all posts

Monday, June 1, 2026

Luahan rasa tentang Rafizi

RENCANA

Rafizi seorang olimpia
BARANGKALI saya bukan seorang yang keras kepala, dogmatik, atau berpegang kepada prinsip sendiri sehingga tidak boleh berkompromi dengan orang lain. Lantaran itu, saya sering melakukan islah terhadap pendirian dan sikap saya dalam sesuatu hal.

Misalnya, saya sedia menerima sesuatu yang baik dan melupakan peristiwa lampau demi kebaikan. Kerana itu, apabila saya membenci atau bergaduh dengan seseorang atas sesuatu sebab, apabila ada titik temu, saya sedia berdamai dan terus bergerak ke hadapan (move on). 

Sikap saya ini jarang difahami orang. Ada yang menganggap saya tidak konsisten, malah yang lebih buruk mengaitkannya dengan soal kebendaan. 

Monday, May 26, 2025

Post-mortem kekalahan Rafizi kepada Nurul Izzah

KEMASUKAN LEWAT

MUNGKIN sdr Rafizi Ramli dan gengnya sudah membuat post-mortem secara menyeluruh, adil dan
saksama atas kekalahnnya kepada Nurul Izzah dalam mempertahankan jawatan timbalan presiden Keadilan. Rafizi kalah dengan jumlah undi besar apabila Izzah mendapat 9,803 manakala beliau hanya mendapat 3,866 undi, kira-kira 60.55% undi Rafizi lebih rendah daripada diperolehi Izzah.

Saya tidak mengambil kira apakah berlaku penyelewengan dalam proses pengundi dan lain-lain "kecacatan" hanya berpegang kepada keputusan yang diumumkan Pengarah Jabatan Pilihan Raya (JPP) Dr Zaliha Mustafa di malam selepas Anwar Ibrahim merasmikan kongres, 23 Mei 2025.

Rafizi atau pihak-pihak lain ada alasan atau pun dapatan lain dalam melihat kekalahan besar itu. Ia pro dan kontra mengikut perspektif masing-masing. Bagi setengah orang apa yang berlaku itu mengejutkan, tetapi tidak bagi saya, sebab sebaik berjalannya kempen jelajah Hiruk dan Damai, saya sudah dapat menjangkakan apa yang berlaku.

Bukan sahaja pencalonan Izzah dirancang atur demikian rupa, apabila lebih 200 cabang menyatakan sokongan terbuka terhadap Izzah, tetapi riuh randah dalam media sosial juga turut berpihak kepada Izzah tanpa disedari lawannya. Ada golongan atau entiti yang memain peranan untuk melekakan Rafizi dalam sosial media menerusi kajian dan survey dengan memberi petunjuk Rafizi mengatasi Izzah lebih 80 peratus.

Taktik dan stragegi ini tidak disedari Rafizi dan para penyokongnya. Mereka terlena dengan jumlah kehadiran dikempen jelajah Hiruk yang ramai dan mereka yang menonton secara live juga melimpah ruah. Begitulah sterategi dan taktik dalam politik yang licit, ia memakan dan merebak umpama api dalam sekam. Kerana terdodoi pancingan itu menjadikan Rafizi merasa selesa, terutamanya para penyokongnya. Berlaku over confident. 

Saya mempunyai sedikit hipotesis berkaitan kekalahan Rafizi itu. Secara ringkas saya baris atau turunkan disini. Insya-Allah selepas ini saya tidak akan membuat apa-apa komentar lagi berhubung perlawanan Rafizi dengan Izzah ini, kerana ia tidak dapat diterima penyokong Rafizi, dan akan meninggalkannya sebagai sejarah dalam catatan ini.

Ada sembilan sebab atau alasan mengapa Rafizi kalah kepada Izzah.

1. Terlalu percayakan kepada kekuatan dan kehebatan peribadi sehinggakan melihat Izzah senang untuk diratah. Rafizi membuat ukuran itu dari segi kehebatannya sebagai pencatur politik, pembina gelombang dan juga sebagai pakar dan pemimpin berpotensi yang disayang dan didambakan. Lantaran wujud perasaan itu menyebabkan Rafizi egois, merendah-rendahkan orang lain hingga semua orang dikritiknya. 
 
2. Terlalu percaya kepada janji dan penyelesaian politik, pertemuannya dengan Saifuddin dan Anwar, ini menunjukkan kedaifannya dalam memahami makna politik dan motif disebalik itu. Tidak mengamalkan teori 4C sepenuhnya terutamanya C yang keempat.

3. Gagal mengenali dan menghayati makrifat politik, apabila Anwar mengatakan beri laluan mudah kepadanya, sepatut beliau fahami bahawa dalam politik tidak ada kasihan belas, sebalik ia penuh dengan kepura puraan. Rafizi terperangkap dalam kebaikannya sendiri. 

Sewaktu bertemu dengan Shamsul Iskandar di Pasir Mas, apabila saya diminta mengulas kenyataan Anwar itu, saya katakan kepada Sam jangan percaya dengan kata-kata itu, ia bicara politik memberi pengertian sebaliknya. Akan ada pertandingan. Tunggulah.

4. Rafizi gagal memahami perasaan kurang senang Anwar terhadapnya, tanpa diketahui dia menjadi persaingan kepada bossnya itu. Kata katanya tidak akan jadi macam Azmin Ali dibaca terbalik oleh Anwar. Sepatutnya dia lebih berwaspada, inilah "politic is the art of the possible". 

5. Bentuk kempen egois dan biadab, terlalu berterus terang dalam kempen dibenci. Kerana terlalu outspoking sehingga lupa ia kerahsiaan dan strategi parti didedahkan menyebabkan Rafizi dipersoal kebijaksanaanya.

6. Gagal memahami naratif dan budaya politik orang Melayu. Caranya berpolitik ala ala western tidak sesuai dengan cara dan budaya politik orang Melayu yang perlu memujuk, membodek, bersopan santun, berbudi bahasa. Kadang-kadang politik Melayu juga perlu berpura pura. Jika tidak sanggup hipokrit dalam politik, berhentilah main politik.

7. Mainan reverse psikologi memerangkap diri sendiri, apabila beliau minta ahli menyokong Izzah, dan mengugut akan meletak jawatan sekiranya kalah. Politik ugut tidak disenangi orang Melayu kerana ia tidak berjiwa besar. Walaupun itu hanya reverese psikologi, tetapi tidak difahami oleh ahli dibawah yang sudah melihat pertandingan itu mengundang masalah jadi seruan Rafizi itu agar undi Izzah diterima sebagai benar.

8. Terlalu yakin kepada sokongan dalam media sosial, tanpa mengenal pasti siapa mereka. Sokongan ini memerangkap Rafizi. Angka-angka dan satistiknya menjerat dirinya sendiri. 

9. Terlalu mempercayai kepada konsensus dan persetujuan tanpa bertulis. Sepatutnya beliau kekal dengan keputusan awal untuk tidak bertanding dan tidak termakan dengan rayuan Anwar dan Saifuddin selepas menydari sistem pengundian untuk memancungnya. Apabila beliau teruskan juga ia seolah sengaja menerejunkan diri ke dalam telaga buruk.

Kesimpulan. Jika masih ada hasrat untuk main politik, beliau harus tenang, ubati segala luka dan pulihkan semangat soldadu soldadunya yang luka, susun barisan untuk berlawan kembali selepas ini, mahasabah diri dan kenali dan fahami psikologi politik orang Melayu, buang sedikit egois, jadilah manusia biadab untuk berhadapan dengan pertandingan tiga tahun akan datang.

Untuk tiga tahun mendatang, Anwar sudah tidak relevan lagi untuk menjadi pesiden Keadilan. Kekosongan itu nanti boleh membuka  peluang kepadanya untuk menentang Izzah sekali lagi untuk melunasi hutang kekecewaan kerana kalah itu. Rafizi perlu bersiap sedia dari sekarang bagi menghadapi apa apa kemungkinan tiga tahun akan datang untuk mencabar kedudukan presiden.

Memberi dorongan kepadanya agar keluar parti, atau menjadi Azmin Ali kedua untuk membentuk parti lain adalah sesuatu yang sia-sia dan tindakan itu dilihat dekomposisi (pereputan) beliau dalam politik lebih cepat. Rafizi harus sedar beliau tidak mempunyai kekuatan peribadi seperti dimiliki Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh untuk menubuh parti baru. Tengku Razaleigh yang memiliki ketokohan dan pengaruh besar pun tidak mampu mensurvivekan politiknya apabila parti ditubuhnya berkubur tidak sampai 10 tahun.

Setakat ini hanya Anwar satu-satu individu atau sosok yang mampu survive dalam politik apabila dikeluarkan dari benua parti besar dengan menubuh parti Keadilan. Kenpa, sebab Anwar mempunyai platform yang berbagai, mempunyai rangkaian akar umbi yang sudah lama dibentuk dan ia menjalar ke seluruh dunia. Jika Rafizi mempunyai kelebihan dan aset dimiliki Anwar itu, silalah boleh mencuba.[wm.kl. 6:01 am 26/05/2025]

Thursday, July 27, 2017

Bantu Rafizi seperti bantu rakyat dan negara

SUSUPAN PETANG

Semalam Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli (foto) membuat rayuan awam untuk mendapatkan derma bagi membantunya menyelesaikan bayaran ganti rugi dan kos berkaitan satu kes saman dihadapinya dengan syarikat "Lembu Gemuk" (NFC). Ahli parlimen Pandan itu memerlukan RM300,000 untuk melunasinya bagi mengelakkan dia diistyharkan muflis.

Beliau sudah mendapat surat perintah dari mahkamah agar melunasinya, walaupun kes itu masih dalam peringkat rayuan. Doakan semoga rayuan berjaya dan wang RM300 ribu itu tidak melayang.

Saturday, April 15, 2017

Rafizi tuntut Nasharuddin istyhar semua harta menerusi Akuan Bersumpah

KENYATAAN 

Tembak menembak dan serangan balas terus berlaku di antara Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dengan bekas Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa. Hari ini Rafizi membuat tuntutan baharu mengasak bekas Timbalan Presiden Pas itu agar membuat kenyataan bersumpah (Akuan Berkanun) mengistyharkan segala harta yang dimilikinya selama ini dan mendedahkan bagaimana pendapatan itu diperolehi serta termasuk yang disalurkan oleh pihak tertentu. 

Rafizi juga menuntut Nasharuddin mengityharkan pendapatan Yayasan Nassar yang dimilikinya sejak ia mula ditubuhkan hingga ke hari ini. 

Monday, April 10, 2017

Saya kena individu dimaksudkan Rafizi terima dana 1MDB

BERITA PETANG

Hari ini Rafizi Ramli mendedahkan orang yang menerima dana daripada 1MDB ialah bekas pemimpin kanan parti agama Pas. Walaupun Rafizi tidak menyebut namanya tetapi orang dapat membayangkan siapa individu tersebut. Rafizi dalam pendedahannya membayangkan individu berkenaan pernah dimarahi oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu masa dulu.

Dalam peristiwa itu bekas Mursyidul Am Pas itu meminta individu berkenaan keluar sahaja dari Pas kalau dia beriya hendak mengajak Pas bersama Umno.

Apabila ahli Parlimen Pandan itu seminggu lepas mendedahkan bahawa ada pemimpin Pas mendapat manfaat daripada 1MDB, saya sudah dapat mengagak orang berkenaan. Dalam status di Facebook saya menyatakan saya seperti tahu orang itu.

Dan hari ini dengan pendedahan dan bayang diberikan Rafizi itu maka jelas firasat saya benar dan tepat sekali.

Wednesday, May 18, 2016

Rafizi persoal kenapa FGVSB beli kondominium

KENYATAAN

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang terkenal dengan kisah pembongkaran berbagai-bagai kelemahan dan penyelewengan pihak Kerajaan hari ini membuat satu lagi kenyataan akhbar menyatakan kemusykilannya terhadap Felda Global Ventures Holdings Berhad yang membeli dua buah kondominium di luar negara bernilai RM8.4 juta lebih dalam keadaan kewangan semasa syarikat itu lemah.

Berikut adalah kenyataan media Rafizi:

18 MEI 2016

APA KEGUNAAN 2 KONDOMINIUM MEWAH MILIK FGV BERHARGA RM8.4 JUTA PADA MASA PRESTASI FGV MASIH MENGECEWAKAN?

Umum mengetahui bahawa Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) tidak mencapai prestasi yang baik sejak mula-mula disenaraikan. Harga sahamnya terus merosot sejak disenaraikan dalam bulan Julai 2012 hingga sekarang (seperti di bawah):

Prestasi FGV sudah tentu menjadi perhatian rakyat kerana sahamnya banyak dipegang oleh institusi awam. Enam pemegang saham terbesar adalah institusi awam yang melibatkan rakyat terbanyak melibatkan wang rakyat sekitar RM10 bilion (mengambil kira harga semasa diterbitkan) seperti berikut:

Hari ini, NOW mengesahkan bahawa pada tarikh 29 September 2014, FGV telah memuktamadkan pembelian dua buah kondominium mewah di The Troika (berdekatan KLCC dan Menara Felda yang baru) pada harga berikut:
1. Unit A-20-2 berharga RM5,143,902
2. Unit B-10-3 berharga RM3,283,770

Kedua-dua unit kondominium ini dibeli pada harga RM8,427,672 dan saya difahami FGV juga turut berbelanja untuk menaiktaraf dua unit kondominium mewah ini.
Saya telah menyemak Penyata Kewangan FGV yang terkini setakat 31 Disember 2015 dan boleh mengesahkan bahawa FGV telah merekodkan kondominium ini di dalam Penyata Kewangan dan tidak menerima sebarang sewaan dari unit-unit kondominium ini, seperti di bawah:

Bersama-sama ini disertakan salinan mukasurat utama dari perjanjian jual beli kedua-dua unit kondominium itu sebagai bukti pembelian tersebut.

Saya menyeru supaya kepimpinan baru FGV memberi kenyataan secepat mungkin menerangkan kewajaran pembelian ini dan tujuan FGV mempunyai dua unit kondominium mewah seperti ini dalam tahun 2014. FGV juga perlu mengesahkan sama ada kedua-dua unit ini masih lagi dimiliki oleh FGV setakat ini.

Kenyataan saya yang seterusnya adalah selepas FGV memberi maklumbalas mengenai pendedahan ini.

Rafizi Ramli.
[wm.kl 4:40 pm 18/05/16]

Saturday, April 9, 2016

Rafizi cerita polis yang suruh dia letak tangan di belakang

KENYATAAN

Wira muda negara Rafizi Ramli telah mengeluarkan kenyataan khas berhubung "kontroversi" kononnya beliau berlakon tangannya digari semasa diiringi sekawan pegawai polis. Beliau dituduh cuba meraih simpati dengan perbuatan itu dan digambarkan sebagai seorang pembohong.

Beliau juga mencabar Khalid Abu Bakar agar membuat kenyataan dia berbohong sekali lagi membolehkan beliau mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang kepada Ketua Polis Negara itu.

Tuesday, April 5, 2016

Sebelum ditangkap Rafizi sudah bersedia

TERKINI

Rafizi berucap pada Kongres Rakyat.
Polis ada hak mengikut kuasa dan undang-undang yang ada kepadanya untuk menangkap dan menyiasat Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli. Rafizi sendiri juga bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Sebelum ini berbagai tindakan dikenakan ke atasnya, termasuk laporan polis ekoran keberanian dan kelantangan membongkar penyelewengan demi penyelewengan membabitkan pemimpin kerajaan.

Sebelum ini pun beliau sudah beberapa kali "dijemput" polis.

Namun beliau tetap dengan tugas dan tanggungjawabnya. Rafizi tidak sedikit pun terkesan dengan apa yang yang diterimanya. Beliau seolah seronok bermain dengan ombak perjuangan. Rafizi adalah penjelmaan Hang Nadim moden yang perlu dibanggakan.

Thursday, January 14, 2016

1MDB Najib berbohong lagi?

KENYATAAN

Dua tiga hari lepas Najib Razak kata dana awam tidak digunakan untuk menyelamat 1MDB. Bagaimana pun kenyataan PM itu diragui apabila hari ini Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengeluarkan satu kenyataan Kerajaan telah memberi geran sebanyak RM1.0865 billion kepada 1MDB bagi kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf Pengkalan Udara.

Berikut adalah kenyataan penuh Rafizi yang dikirim ke blog ini:

Tuesday, October 27, 2015

Najib bantu Rozali Ismail beri konsensi bernilai RM8.2 billion?

KEJUTAN DARI PARLIMEN

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sekali lagi muncul dengan pendedahan baru kali ini mengenai konsensi untuk membina hospital canggih milik UITM di Puncak Alam yang telah diberikan kepada taukeh air Rozali Ismail.

Menurutnya beliau hairan kenapa konsensi itu diberikan kepada Rozali sedang syarikat milik Rozali dikatakan gagal menguruskan beberapa projek. Syarikat Rozali juga katanya menanggung kerugian dan bermasalah apabila di saman beberapa kontraktor.

Menurut Rafizi pemberian konsensi itu sebagai membantu Rozali. Rafizi mendedahkan perkara itu ketika berbahas di parlimen hari ini.

Menurut Rafizi kos pembinaan hospital UITM itu ialah sebanyak RM559 juta tetapi ia naik kepada RM8.2 billion apabila ia diberikan konsensi kepada Rozali Ismail untuk tempoh 22 tahun.

Pendedahan Rafizi ini merupakan satu lagi kejutan dan kita berharap Menteri Kewangan, Najib Razak akan menjelaskan perkara ini dalam Parlimen.  Menutup perbahasan Rafizi merayu anggota Dewan agar menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib. [wm.kl.12:42 pm 27/10/15]

Friday, November 7, 2014

Rafizi hendak dedah nama penyimpan harta di Pulau Cayman

KENYATAAN                                                                                                   

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli akan mendedahkan nama individu dan syarikat yang terlibat dengan urus niaga menyimpan dana rakyat secara penuh kerahsia di Pulau Cayman yang dianggarkan bernilai RM41 billion.

Katanya, beliau dan pasukan dari National Oversight & Whistleblower (NOW) akan dedah butirannya agar menteri dan individu terbabit tidak dengan mudah mencuci tangan setelah dana itu dibawa kembali ke Malaysia.

Katanya dalam satu email kepada blog ini, individu terbabit perlu menerima pentanggungjawab dari keputusan yang salah itu.

Friday, January 24, 2014

GST banyak persembunyian fakta dilakukan kerajaan

ULASAN PAGI                                                                                   

Kerajaan berbuat banyak perkara yang tidak telus apabila berdepan dengan rakyat dan sikap inilah menjadikan rakyat berang dan hilang kepercayaan apabila mereka menyedari mereka ditipu hidup-hidup. Kenapa parti memerintah (UBN) hilang undi mojoriti dalam pilihan raya umum ke-13 lepas, salah satu puncanya kerana sikap tidak telus mereka yang boleh disifatkan sebagai menipu rakyat.

Rafizi mendedahkan persembunyian fakta mengenai GST.
Rakyat yang cerdik, menggunakan otak dan fikirannya, tidak mudah disimsilabimkan oleh UBN, kerana itu mereka mengubah tangan mereka ke kertas undi pembangkang. Gara-gara itu maka terjadilah keputusan pilihan raya lalu, Pakatan Rakyat mendapat undi popular lebih 2% lebih berbanding dengan UBN. Pakatan mendapat 51% manakala UBN mendapat 47%.

Sunday, January 27, 2013

Rafizi Tunggu Zahid Di Mahkamah

KENYATAAN                                                                                                                     

Pengarah Pusat Strategi PKR Rafizi Ramli menjelaskan beliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mohon maaf kepada Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu kenyataan yang dikirimkan sekejap tadi, Rafizi menjelaskan beliau tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini - saman oleh Zahid - diteruskan di mahkamah dan dia tidak akan berganjak.

"Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia," tegas Rafizi.

Rafizi membuat kenyataan itu apabila beredar berita bohong di blog pro UBN kononnya beliau membuat kenyataan mohon maaf kepada Ahmad Zahid Hamidi ekoran ura-ura Zahid hendak menyamannya kerana mendedahkan penyalahgunaan wang kementerian pertahanan.

Thursday, November 1, 2012

Rahsia Nazri Kenal Michael Chia Didedah

KENYATAAN                                                                                                                
 
Saya baru menerima emai kenyataan akhbar oleh Pengarah Strategik PKR, sdr Mohd Rafizi Ramli yang mendedahkan hubungan Nazri Aziz dengan Michael Chia, individu yang dikatakan terlibat dalam skandal RM40 juta di Sabah.

Berikut kenyataan penuh Rafizi: 

BUKTI HUBUNGAN DATO’ SERI NAZRI AZIZ DAN MICHAEL CHIA, “CONFLICT OF INTEREST” DALAM PENYIASATAN TUDUHAN RASUAH RM40 JUTA
 
Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.

Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.

Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.

Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000  dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.
(Sila rujuk Lampiran A)
 
Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 (Gambar A1) mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).

Melalui kerjasama dengan Sarawak Report, KEADILAN telah menjalankan siasatan kami sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah Hummer itu benar-benar digunakan oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz.

Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’ Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:

1.      Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights iaitu kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz
Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato’ Seri Nazri Aziz).
Lampiran B (Gambar B1 – B6) menunjukkan gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz.

2.      Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence
Lampiran C menunjukkan 4 gambar.
Gambar C1 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Nedim Nazri Aziz @nednazri mengajak rakan-rakannya bersantai di kolam renang di unit kondominium mewahnya di Clearwater Residence, berlatar belakangkan Kuala Lumpur.
Gambar C2 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Alwi Kamaruddin @alwi77 yang mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di satu unit di Clearwater Residence.
Gambar C3 menunjukkan gambar kolam renang di satu unit di Clearwater Residence berlatarbelakangkan Kuala Lumpur seperti yang diambil oleh petugas KEADILAN yang berjaya memasuki unit di situ. Gambar ini mengesahkan bahawa kolam renang di kediaman Nedim Nazri Aziz adalah salah satu kolam renang di Clearwater Residence.
Gambar C4 menunjukkan petikan skrin (screen shot) dari laman www.clearwaterresidence.com yang mengesahkan mengenai kolam renang seperti yang dirujuk oleh Nedim Nazri Aziz.
Lampiran C mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence.
3.      Bukti-bukti yang mengesahkan keluarga Nedim Nazri Aziz menggunakan Hummer WNX 9776
Lampiran D menunjukkan 5 gambar.
Gambar D1 adalah petikan skrin (screen shot) dari laman Twitter Bee Khan @BeeKhan yang mengesahkan bahawa akaun Twitter itu adalah milik isteri kepada Nedim Nazri Aziz (rujuk twit yang merujuk kepada @nednazri sebagai “daddy”).
Gambar D2 adalah petikan skrin (screen shot) dari akaun Twitter @BeeKhan yang menunjukkan gambar bayi mereka di dalam sebuah Toyota Vellfire, iaitu satu lagi kenderaan yang digunakan keluarga mereka.
Gambar-gambar D3 hingga D6 adalah petikan dari pemantauan yang menunjukkan dua individu yang mengendalikan Hummer WNX 9776 (seperti yang dibuktikan dalam Lampiran B) adalah individu-individu sama yang memandu Toyota Vellfire yang berulang alik ke Clearwater Residence.
Ini membuktikan bahawa dua individu tersebut adalah pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz yang turut memandu Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

KEADILAN mempunyai bukti-bukti lain yang cukup untuk membuktikan bahawa Nedim Nazri Aziz, anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz mendapat manfaat kewangan melalui penggunaan kereta mewah Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.
Dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dato’ Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan-kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz yang bermati-matian mempertahankan Michael Chia sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan (conflict of interest). Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Dato’ Seri Nazri Aziz yang melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau (Dato’ Seri Nazri Aziz).
KEADILAN mengalu-alukan maklumbalas Dato’ Seri Nazri Aziz yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan yang selanjutnya. Beliau juga harus sedar bahawa penafian membabi buta kononnya beliau tidak tahu menahu mengenai urusan peribadi anaknya tidak boleh diterima rakyat.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
1 NOVEMBER 2012
(semua gambar boleh dimuatturun di laman rafiziramli.com dan dikepilkan di dalam dokumen)
[wm.kl.5:55 pm 01/11/12]

Wednesday, August 1, 2012

Rafizi Ditangkap?

BERITA TERKINI

LANJUTAN:Mohd Rafizi Ramli yang didakwa dibawa Bafia dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan pada 10 September. Bekas kerani bank Johari Mohamad yang didakwa bersama Rafizi juga dikenakan jumlah jaminan sama.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad bertindak menjadi penjamin Rafizi manakala Johari dijamin oleh abangnya.

Mereka didakwa dibawah Seksyen 97(1) Akta Bank dan Intitusi Kewangan 1989, manakala Johari pula di bawah Seksyen 112 (1)(c) juga di bawah akta yang sama, yang menetapkan hukuman maksimun 3 tahun penjara atau denda RM3 juta atau kedua-duanya sekali.

Pengarah Starategi PKR Mohf Rafizi Ramli diberitakan ditangkap polis pagi ini. Laporan sebuah portal berita menyebut bakal calon PKR untuk kerusi Parlimen Pandan itu ditangkap jam 7:00 pagi ini. Laporan itu menyebut ia menerima sms daripada Rafizi yang memaklumkan perkara itu.

Mohd Rafizi Ramli
Rafizi ditangkap di bawah undang-undang Bafia kerana didakwa mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal NFC projek lembu gemu laki bekas menteri Pembangunan Wanita dan Sosial Sharizat Abdul Jalil.

Tambah laporan itu Rafizi dalam smsnya memberi tahu beliau sedang dibawah ke mahkamah.

Perkembangan ini merupakan satu kemalangan kepada PKR khasnya dan Pakatan Rakyat. Rafizi yang telah membuat beberapa pendedahan dan mengemukakan pelbagai idea menarik berhubung ekonomi dan sebagainya dilihat ancaman kepada kerajaan.

Pendedahan atau pun formula terbaru dibentangkan oleh beliau mengenai cadangan mengurangkan duti eksasis kereta sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Dalam perkiraan Rafizi rakyat akan dapat menikmati harga kereta murah tanpa mengurangkan pendapatan negara menerusi duti eksais. Tunggu perkembangan selanjut. [wm.kl.10:47 am 01/08/12]

Monday, June 25, 2012

Kenyataan Media

 Fokus Rafizi Menumbangkan UBN

Seperti mana yang dijanjikan Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli telah membuat kenyataan menjelaskan berhubung tindakan beliau melepaskan jawatan Esekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor yang telah diheret oleh UBN menjadi isu politik taraf kaki lima.

Perkara ini mendapat perhatian presiden Umno Ha Najib Razak yang mentafsirkan ia sebagai satu krisis PKR di Selangor. Anwar Ibrahim pula turut memberi respons terhadap kenyataan Najib itu dengan menjelaskan perletakan jawatan Rafizi dan serangan menerusi twitter terhadap Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Hussein bukan krisis. 

Berikut adalah kenyataan Rafizi berhubung perkara berkenaan;

Keputusan peribadi saya untuk menarik diri dari jawatan di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah diperbesarkan oleh media Umno bahawa kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran Kerajaan Selangor yang ditunjangi KEADILAN.
Saya telah menjelaskan seawal minggu lepas bahawa ia keputusan peribadi yang telah lama saya rancang demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/Barisan Nasional.
Saya  mula-mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan Selangor dalam bulan Oktober 2011 semasa KEADILAN mula menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan NFC. Memandangkan tarikh pilihanraya umum belum jelas ketika itu, saya diminta menangguhkan hasrat itu.
Kini, pembubaran Dewan Rakyat perlulah dibuat dalam tempoh kurang dari satu tahun. Dengan kepastian ini, saya yakin masa dan tenaga saya lebih baik ditumpukan kepada usaha merancang kempen KEADILAN dan menyusun strategi menghadapi pilihanraya. Apatah lagi apabila pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim adalah utuh dan telah mempamerkan pencapaian cemerlang setakat ini.
Oleh yang demikian, saya sekali lagi menegaskan bahawa perletakan jawatan ini adalah satu tindakan biasa yang juga dilandaskan pada asas moral kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderong kepada aktiviti politik partinya.
Malang sekali, konsep kebertanggungjawaban sebegini tidak wujud di dalam Umno/Barisan Nasional.
Saban hari, Umno/Barisan Nasional menggunakan jawatan dan kemudahan kerajaan yang ditanggung oleh rakyat untuk membayar pimpinan dan aktivis mereka; sedangkan keseluruhan masa digunakan untuk berkempen politik bagi parti mereka.
Contoh penyelewengan wang rakyat sebegini ialah kehadiran lantikan politik di jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan sedangkan mereka bertugas untuk Umno/Barisan Nasional.
Malah, sebuah jabatan khas iaitu JASA ditubuhkan semata-mata untuk membayar gaji pimpinan dan aktivis Umno/Barisan Nasional yang kemudiannya digunakan sepenuhnya untuk berkempen politik.
Sudah menjadi budaya Umno/Barisan Nasional bahawa seorang pemimpin berebutkan jawatan politik untuk mendapat tempat di dalam kerajaan dan menikmati habuan lumayan sedang mereka tiada sumbangan kepada kerajaan.
Oleh sebab itulah, Umno/Barisan Nasional cepat-cepat memutar belitkan tindakan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor kerana mereka berfikiran budaya politik di dalam KEADILAN sama seperti yang diamalkan mereka.
KEADILAN adalah sebuah parti reformasi. Budaya politik kami berbeza dan saya cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila tumpuan saya lebih kepada kerja politik. Selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno/Barisan Nasional, saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja politik dari dana rakyat.
Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno/Barisan Nasional ini apabila saya makin lantang membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka.
Hari ini bermula siri pendedahan besar berhubung Projek LRT Ampang yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.
Esok saya akan mula duduk berbincang dengan Cik Faekah Hussin untuk meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor.
Oleh kerana penyelewengan yang berlaku hanyalah semasa Umno memerintah, maka senanglah saya menumpukan sepenuh perhatian menyiasat penyelewengan ini seperti yang diminta mereka.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 JUN 2012

Friday, June 22, 2012

Susupan Tengah Malam

Perletakan Jawatan Rafizi Ramli
Media PB Akan Raya Besar Esok

Untuk esok para pengarang media PB tidak perlu berpenat lelah untuk mencari berita atau isu untuk dijadi lead muka depan dan sekaligus menyerang dan melanyak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat; Pas dan DAP. Berita perletakan jawatan Mohd Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif di pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor Anwar Ibrahim sudah cukup lumayan buat mereka menggemparkan khayalak pembaca. Berita tentang Rafizi itu seperti memberi rezeki pagi kepada media PB.

Sudah pasti semua media PB yang senantiasa lapar dan mencari-cari berita sensasi tanpa menghitung halal dan haram untuk melenguh dan melumpuhkan minda PKR dan Pakatan Rakyat akan meletakkan berita perletakan jawatan Rafizi itu sebagai berita utama. Walaupun hakikatnya berita itu perkara kecil dan biasa saja, tetapi sudah pasti media PB akan memperbesar-besarkannya. Tengoklah besok...kalau tidak percaya.

Tindakan Rafizi mengejutkan!
Berita itu akan dikosmetikkan sebaik mungkin dari berbagai sudut dan sisi. Janji ianya boleh memberi kesan, menyerabut dan menyebabkan orang PKR tidak senang duduk dan menjadi keliru dan kelu.

Dalam keadaan prestasi (graf peribadi) dan politik Rafizi berada di atas selepas 'menang' dalam debat dengan ketua pemuda Umno yang tidak ada kuasa, Khariy Jamaluddin baru-abru ini  berita itu mengejutkan. Sudah tentu ada yang menganggaru-garu kepala sambil mencari jawaban ke atas apa yang berlaku itu. Tentu ada yang bertanya sendiri balak dan bahana apa pula yang akan menimpa PKR kali ini.

Apapun alasan dan tujuan Rafizi berbuat demikian di twitternya ia tetap akan diulas dan dianalisa ke arah negatif yang tentunya menatijahkan jawaban tidak baik. Orang sudah tidak akan melihat kepada keghaliban masalah perletakan jawatan itu, tetapi apakah motif dan maksud di sebaliknya. Ia akan diesploitasikan semahu-mahunya.

Di sini pengulas-pengulas yang makan nasi sambil bertinggung di dalam Umno akan membuat seribu cerita perletakan Razifi itu kononnya ada retak yang menunggu belah dalam PKR. Apa lagi jawatan Rafizi itu ada kaitan langsung dengan Anwar Ibrahim (kerana mereka satu pejabat), akan dinukilkan Pengarah Strategik PKR itu bermasalah dengan Penasihat Umumnya yang juga bosnya. Tidak mustahil juga kalau selepas ini ada para bloger hantu jerongkong dan hantu raya akan membuat isu Anwar ada bermain liwat dengan Rafizi?

Tidak timbul langsung nanti perletakan jawatan seperti mana dikatakan dan dijelaskan Rafizi yang beliau hendak berihat kerana memegang dua tugas dan kerehatan perlu kerana beliau akan beribadat di dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya alasan paling tepat dan tanggung dan tidak boleh dipertikaikan ialah perletakan jawatan itu kerana kontreknya dua tahun tamat. Sebelum menerima jawatan itu Rafizi dikatakan sudah berjanji dia akan berkhdimat dua tahun sahaja? Kalau orang mendengar janji ini tindakan dibuat Rafizi itu tidak berbangkit lagi kerana itu adalah janji.

Cuma apa yang menjadi masalah sikit kenapa Rafizi menggunakan istilah meletakkan jawatan dan bukannya tidak mahu menyambung kontrek. Konatasi yang digunakan itu menyebabkan orang jadi tertanya-tanya dan memberi impak negatif. Ini ditambah lagi dengan sunggutannya apa-apa mengenai hal beliau itu hendaklah ditanyakan kerajaan Selangor dan Anwar.

Saya sendiri tidak fikir orang sebijak Rafizi sengaja berbuat demikian tanpa ada motif tersirat? Inilah yang akan menjadi masalah dan akan dipertikaikan seterusnya akan dianalisa-kucarkan oleh umum. Kita tahu dia diminta berhenti dari Petronas yang menerima bayaran gaji RM40,000 sebulan untuk berkhidmat dengan kerajaan Selangor dan juga parti. Khabarnya kerajaan Selangor membayar Rafizi kurang dari separuh gaji dia perolehi dari Petronas.

Jadi apakah perletakan jawatan itu ada masalah dengan gaji dan bayaran? Kalau itulah maka ia menyedihkan kenapa harus sampai terjadi begitu. Jika itulah sebabnya di sinilah kelemahan kerajaan Selangor khasnya Abdul Khalid Ibrahim selaku MB, tidak tahu menjaga Rafizi dan tidak tahu menilai pengorbanan yang dibuat seseorang untuk membantu Selangor dan parti. Begitukah?

Mungkin semua pihak tidak akan berkata begitu. Rafizi tetap akan mempertahankan tindakan itu kerana dia letih dan ingin beribadat. Begitu juga dengan Khalid, beliau akan tetap mengatakan dia menyedari semuanya dan tindakan Rafizi itu tidak boleh dipersalahkan kepadanya. Namun di sini bagi saya hakikat atas tindakan Rafizi itu ialah kerana kurang keperihatinan dan penilaian kepada pengorbanan yang dibuat seseorang. Jika Rafizi dirawat diberi semangat dan dipedulikan tidak mungkin dia menjadi ringan tangan untuk meluahkan perasaan di twitter yang dibaca umum. Kalau pun dia ingin berhenti kerana keletihan dan ingin beribadat dia akan menyampaikan hasrat itu kepada Anwar dan Khalid secara tertib dan bisu.

Bagi Rafizi pula adalah wajar kalau beliau merasakan dirinya dinilai dan diberi imbuhan saksama. Tidak dapat siapa nafikan yang Rafizi telah berkorban dan menjadi soerang pekerja parti yang ulet dan gigih. Memberi penuh komitemen dan menumpahkan idea-idea baru bagi memperlihatkan PKR progresif. Dia juga telah menghidupkan isu-isu rakyat yang membantu PKR.

Siapa boleh menafikan isu seperti PTPTN, isu NFC sehingga menumbuskan Sharizat Abdul Jalil serta lain-lain isu ekonomi, semyanya digerak dan dijuarai oleh Rafizi. Kesediaannya untuk berdebat dengan Khairy Jamaluddin meletakkan PKR sebagai sebuah parti yang profesional dan berdepan dengan rakyat berbekalkan hujah dan fakta. Saya melihat peranan dan kerjanya untuk PKR besar sekali dan berkesan.

Selain Saifuddin Nasution dan Mohamed Azmin Ali, saya tengok Rafizilah yang memain peranan utama dalam PKR ke bekalangan ini sehingga saya merasakan dia wajar kalau menjadi ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk masa depan.

Mungkin juga kerana merasa dia sudah banyak berjaya, kuat bekerja dan banyak berkorban, maka dia meminta pengorbanan itu dinilai. Meminta keringatnya yang gugur ke bumi PKR di hitung. Sekali lagi kepada saya... imbuhan yang seharusnya beliau terima mestilah lebih daripada apa yang diperolehi sekarang. Dalam hal-hal upah dan gaji ini sepatutnya orang di atas jangan sampai orang dibawah lempar tempurung bulu baru hendak difikrikan.

Orang boleh  mengatakan kalau itu yang diminta Rafizzi ia tidak sesuatu yang baik. Rafizi harus berkorban lebih dari itu unutuk sebuah perjuangan. Tetapi jangan lupa sebagai anak muda yang pernah mendapat puluhan ribu ringgit sebulan di mana wang itu digunakan untuk membantu keluarganya, tiba-tiba pendapatan itu hilang ia boleh menyebabkan beliau akan membuat pemikiran menoleh ke belakang balik. Ingat Rafizi masih muda dan dia bukan seorang pejuangan bangsa dan negara di tahun 60-an, dan jauh sekali untuk melihat dia akan menjadi sang setia seperti Tuah.

Justeru hasrat untuk beliau meletak jawatan itu hendaklah didengar dan sambil itu dipenuhi tuntutan-tuntutan yang dibuat olehnya secara didalam hati. Khalid Ibrahim khasnya perlu tahu membaca kilau dalam kilat dan mengenal pasti apakah hujung dan mulanya menyebabkan Rafizi kini baru terfikir dia keletihan dan ingin beribadat?

Saya jamin kalau pengorbanan dan keringatnya dibayar setimpal Rafizi tidak akan menguar-uarkan hasratnya itu dalam twitter yang boleh dibaca bukan saja oleh Khalid Ibrahim tetapi Najiub Razak dan Udin anak Yassin juga. Saya juga percaya kepenatan yang disebut itu akan terubat kalau beliau diberi wang cukup untuk membeli supliment kesihatan. Mungkin pandangan saya ini tidak disetujui Rafizi tetapi itulah yang dunia boleh ulasa mengenai apa yang dilakukan kini.

Apa pun masih diharapkan Rafizi akan membetulkan semula ayat-ayat dalam twitter itu dan lebih penting meralatkan hasratnya untuk melepaskan jawatan. Beliau diharap boleh bersabar dan tenang. Dalam saat PKR dan Pakatan Rakyat berada dalam situasi baik dan rakyat bersemngat untuk memberi sokongan jangan ada rajuk-rajuk atau pun rasa penat dan lelah seperti itu. Ibarat kata, perahu sudah hendak menghampiri pulau harapan tetapi kita pula tiba-tiba menjadi letih dan penat. Jangan! [wm.kl. 12:39 t/malam 22/06/12]