SUSUPAN PETANG
 |
Saya bersama sdr Mustaffa Kamil dan di sebalah adalah bukunya. |
SETELAH setahun kita bergelomang dengan pandemik Covid-19 banyak pengajaran yang kita perolehi dan banyak lagi yang perlu kita mendalami dan melakukan muhasabah diri. Tanpa mengambil "teori Pandir" kita kena mengaku kelemahan alias kedegilan (kebabilan) kita dalam menangani pandemik ini.
Saya lihat kegagalan kita jelas kerana kita menghadapinya dengan cara sifat dan sikap semulajadi kita. Kita orang Malaysia, khasnya orang Melayu.