Showing posts with label Waris Medan. Show all posts
Showing posts with label Waris Medan. Show all posts

Monday, August 4, 2014

Majlis Tautan Kasih WARIS kembalikan kenangan lampau

CATATAN PERISTIWA                                                                        

1 Ogos lalu Warga Alumni Republik Indonesia Sumatera (Waris) yang merupakan gabungan bekas penuntut Malaysia di Sumatera Indonesia telah disempurnakan dengan rasmi penubuhannya oleh Ketua Protokol dan Adat Istiadat Negeri Melaka Datuk AS Khamis (Pak Khamis).

Pak Khamis berucap dan merasmikan Waris.
Upacara gilang gemilang dan penuh kemesraan itu berlangsung di Kota Bharu Kelantan. Simbolik perasmian itu Pak Khamis memukul gong sebanyak tiga kali sebagai menandakan 30 tahun beliau terpisah dengan anggota Waris apabila menamatkan perkhidmatan sebagai diplomatik di Medan selaku Konsul (1975 - 1979). Dengan perasmian itu, kini masanya Waris untuk melaksanakan beberapa objektif seperti mana digariskan dalam perlembagaanya.

Ada tiga objektif utama Waris, pertama mempertemukan semula bekas pelajar Malaysia di Sumatera, kedua, mengeratkan silaturahim antara ahli dan ketiga mengenali ahli keluarga Alumni.