HANYA TAFSIR
Gabenor Bank Negara Zati Aktar Aziz tidak mahu mengheret institusi kewangan yang dijaganya dalam kancah politik walaupun rakyat memerlukan penjelasan secara telus daripada pihaknya berhubung dengan beberapa status kewangan yang diragui termasuk transaksi kewangan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Razak.
Mengenai kemasukan wang dana RM2.6 billion ke dalam akaun Najib secara logik dan perundangan kewangan (bank), Zeti mesti mengetahuinya, dan beliau arif apakah kemasukan itu halal atau pun tidak mengikut prosuder kewangan dan bentuk-bentuk tindakan yang boleh dikenakan di bawah Akta Bank.Begitu juga dengan status kewangan 1MDB yang dikatakan telah dipungut balik oleh syarikat pelaburan kerajaan itu dan ia disimpan dalam bank di Singapura yang menjadi kontroversi. Zeti sebagai Gabenur perlu menjawab kerana tindakan 1MDB itu telah menjatuhkan imejnya sebagai Gabenor bank pusat itu. Apabila syarikat kerajaan lebih menyakini untuk simpan wang dengan jumlah begitu banyak di Singapura bukan dalam bank milik negara ia memalukan Gabenor Bank Negara. Satu penghinaan kepada Zeti sendiri.