Tuesday, October 12, 2010

Menyambung Bicara

Di Antara Wayang Kulit Dan Umno!

SAHABAT saya bloger asal Ketereh, Kelantan satu kawasan dengan Annuar Musa dan Alwi Che Mat, mengulas mengenai perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya kecil Dun Galas sebagai tepat. Tetapi ulasnya dalam posting terbaru hari ini, ketepatan itu ada sedikit kesongsangannya dari segi order - atau mengeluarkan perintah.

Mustapa Mohamed adalah Tok Empat Umno Kelantan. Di peringkat negeri dia bertanggungjawab membuat arahan kepada seluruh ketua Umno bahagian. Manakala Tengku Razaleigh pula hanya sebagai ketua bahagian yang pasti kena mendengar arahan Ketua Perhubungan Negeri. Begitu mengikut prosuder. Tetapi nampaknya dalam pilihan raya kecil Galas ini kebiasaan itu tidak terpakai.

Hakikat itu menunjukkan Umno ada dua ketua. Dan ini dilihat sebagai pelik oleh Sabree. Katanya keadaan itu macam dalam wang kulit jeh.

Orang Kelantan cukup faham kalau disebut wayang kulit. Perbandingan wanyang kulit ini satu perbandingan negatif sinikal. Perminan tradisi ini asalnya untuk menyalurkan dakwah seperti mana dilakukan Wali Songo di Indoneisa. Tetapi dalam konteks Kelantan wayang kulit adalah medium hiburan semata-mata yang berunsur kurafat dan karut marut yang telah diharamkan kerajaan Kelantan pada masa kini.

Sebab itu watak-wataknya seperti Pak Dogol, Wak Long, Samad, Wak Yeh walaupun ada kehebatan tetapi mereka tetap lucu, tolol, bongok dan bingung atau ala sekut-sekut tawar.

Watak-watak ini perlu selalu dijadikan perbandingan ataupun dipadankan dengan tokoh-tokoh atau para pemain politik.

Watak-watak itu diperbuat daripada belulang lembu. Sebelum diukir jadi patung belulang itu dijemur kemudian dikikis bulunya. Hebatanya patung atau belulang ini akan diasap dan dikemenyenkan dulu mengikut kepercayaan dan adat istiadat permainan wang kulit kononnya untuk membangkit roh itu dan roh ini. Padahal itu semua adalah syirik kepada Allah taala.

Jadi bila Sabree mengatakan keadaan Umno Kelantan 'macam wang kulit jeh', dapat disimpulkan apa yang berlaku dan bergelumang dalam parti yang dianutinya berdekad itu macam atas bangsal wayang kulit saja. Gedung sana gedung sini.... nyah papan dengan paha par... parrrr bunyinya sambil watak-watak lari atas keler mutar lingat dan jadi berpeluh pelai lah Tok Dalang. Nah begitulah politik dalam Umno yang hendak dibayangkan oleh Sabree itu.

Memang tidak pelik dan memang benar kalau Sabree katanya kalau Umno macam wayang kulit. Memang banyak kesongsangan dalam Umno kini. Jika diperhatikan bukan saja perihal melantik ketua atau pemimpin, tetapi dalam membahagikan tugas dan jawatan juga. Sikap double standard dan berat sebelah selalu berlaku.

Salah satu yang sudah lama saya perhatikan ialah mengenai orang bodoh atau rendah moral menjadi ketua manakala orang cerdik dan warak jadi pengikut. Ada ketua cawangan Umno tukang sapu atau tukang kebun sekolah atau pejabat pertanian saja. Manakala ketua dan ahli jawatan kuasanya pula cikgu ataupun pegawai bank. Lebih dahsyat lagi ada doktor, lawyer dan arkitek hanya jadi pengikut biasa saja.

Ketua cawangan yang hanya berkelulusan darjah enam atau setakat SPM tetapi bila mereka bertanding dengan Tan Sri mengepalai kolongmerat di Kuala Lumpur pun kalah. Jadi apakah makna dan erti kalau begini? Apakah ini tidak boleh katakan orang bodoh memerintah orang cerdik.

Biasanya yang jadi pemimpin bahagian akan berasal dari cawangan ini. Manakala yang jadi pemimpin negeri kemudian menjadi menteri, timbalan menteri atau senator diambil dari kalangan itu semua. Bila ini berterusan maka wujudlah yang Sabree kata tadi Umno jadi macam wayang kulit. Pemimpunnya orang tolol, orang perut buncit atau kepala botak, mengorat bini orang ataupun mereka yang hanya pandai berjenaka dan berkecek buat hidung renyok saja. Mereka yang ada otak dibuang ke laut.

Kata Saidina Ali kalau sesuatu perkara itu diberikan kepada bukan pakarnya (ahli) maka tunggulah kemusnahannya.

Sebab ini juga maka mereka yang cerdik lama-lama akan tinggal dan lari dari Umno. Iya apa guna mereka yang cerdik hanya jadi tukang tuang air ataupun pengenap korom mesyuarat saja. Manakala ahli-ahli yang ada otak sikit ataupun yang boleh menggerakan wawasan parti, membangun minda bawah manusia diketepikan. Alasannya dia tidak sebulu dan bulu kakinya tak sama panjang dengan bulu kaki ketua bahagian.

Ini masalah kroni atau puak. Kalau dalam Umno boleh diperhatikan kepada perlantikan beberapa pengarah Dun. Mereka yang berkerja keras ada kelulusan dinafikan. Diberikan kepada ahli yang bongok. Sebab apa, kerana yang cerdik tadi cerdik dan tidak sebulu. Paling 'samrawitnya' kerana ketua bahagian berkenaan takut kepada ahli yang cerdik itu takut memakan dirinya. Bila ini berlaku maka terlantiklah mereka yang tidak berkeupayaan, tidak ada wawasan. Walhasilnya parti akan jadi 'kucar lembel'.

Inilah situasi yang berlaku dalam Umno. Ianya bukan saja songsang dalam soal perlantikan pengarah pilihan raya kecil Galas, tetapi berlaku dalam Umno keseluruhannya. Benar sekali analogi Sabree itu bahawa Umno sudah jadi macam wayang kulit. Watak-wataknya yang badut, humor itu hanya digerakkan oleh seorang tok dalang yang buta huruf. Horakkkkkkkkkk......shorrr....ouk! (Pada saya perlantikan Tengku Razaleigh itu bukan sonsang tetapi tepat!). [wm.kl.8:00 am 13/10/10

Monday, October 11, 2010

Ulasan Peristiwa

Ambil Tindakan Terhadap Ahli Pas Yang Kotorkan Parti

SEBAGAI ahli pertubuhan atau parti siasah sesiapa saja boleh membuat teguran dan kritikan kepada parti atau pemimpin. Teguran itu tentulah dengan niat baik untuk membaiki keburukan dan kelemahan. Dalam pada itu cara teguran dan kritikan itu dibuat perlu bijaksana, jangan seperti terjadi seperti nak membuang air kencing tetapi najis (berak) yang terkena.

Dalam apa juga pertubuhan dan siasah ada saluran dan teknik tertentu untuk membuat teguran. Mesyuarat atau persidangan tahunan adalah saluran terbaik. Gunakan saluran itu. Kalau pemimpin itu keras kepala dan keras pedal, berpakat dan tumbangkan mereka dalam mesyuarat, bukannya dibuat di lokasi terbuka dan diluar kebiasaan dan rukun-rukun itu.

Walaupun usaha menjatuhkan pemimpin satu perbuatan terhina tetapi ia halal kalau pemimpin itu sudah sampai menyeleweng perjuangan parti.

Apa yang dilakukan sekumpulan ahli Pas Kedah menghantar memorandum kepada MB Azizan Razak di hadapan Pejabat MB semalam dilihat satu cara wajar tetap tidak cerdik. Mereka hantar nota bantahan kenaikan harga air, wajar kerana ia membebankan rakyat. Tujuannya untuk membela rakyat. Tetapi cara ianya dibuat di tempat terbuka, siap dengan banner adalah kurang cerdik kalaupun tidak langsung bodoh. Sesuatu yang baik tetapi kalau tidak kena caranya ia jadi buruk dan jatuh haram.

Kenapa dikatakan begitu? Mereka mengakui ahli Pas, maknanya mereka masih ada ruang untuk membetulkan yang tidak betul. Gunakan forum yang disebut tadi. Kalau mereka tidak boleh sabar dengan sikap MB yang terkenal dengan peringus dan bodoh sombong itu berpakat dan jatuhkannya dari dalam. Dalam rumah sendiri kalau hendak bergaduh sampai luka dan patah pun tidak mengapa.

Apabila ia dibuat dikhalayak ia memberi malu kepada parti. Bukan setakat Azizan tetapi Pas juga. Itu sebab saya katakan tindakan kumpulan itu tidak bijak. Maka wajar difikirkan oleh Pas supaya mereka dikenakan tindakan disiplin. Biar jadi pengajaran kepada umum. Bahawa Pas ada peraturan dan ada kaedahnya sendiri yang perlu dipatuhi.

Seperkara lagi apa dilakukan penunjuk perasaan itu ialah menentang keputusan kerajaan. Ia bukan bersifat peribadi terhadap Azizan Razak. Bila ia menentang keputusan kerajaan bermakna mereka tidak bersetuju dengan keputusan parti. Maka tidak wajar bagi mereka masih mengakui ahli Pas kalau mereka menolak keputusan parti sendiri. Itu dianggap songsang.

Kata Azizan mereka adalah ahli Pas dan tunjuk perasaan itu bukan didalang oleh Umno. Pada saya kenyataan berpolitik Azizan itu silap. Walaupun mereka ahli Pas dengan perbuatan itu jelas mereka telah terasok oleh musuh Pas. Kalau mereka ahli Pas mereka mungkin tidak tergamak untuk bebuat demikian dan tidak mudah melakukan kegiatan dan aksi yang bercanggah dengan sifat dan fiil perangai ahli sebuah parti Islam.

Mungkin mereka berbuat begitu kerana MB tidak melaksanakan prinsip Islam tetapi cara mereka juga tidak mengikut lunas Islam. Wal hasil balik asal Azizan dan penujuk perasaan itu dua kali lima sahaja dari segi konteks kenyataan dan tunjuk perasaan itu. [wm.kl. 7:20 am 11/10/10]

Cerita Pagi

Balada Mustapa Mohamed Dan Sang Kurian

BERLAINAN betul nada dan irama percakapan Tok Empat Umno Kelantan, Mustapa Mohamed dalam menghadapi pilihan raya kecil Galas 4 November depan. Katanya Umno tidak akan mengadakan projek segera di Gua Musang. (Bermakna sebelum ini Umno melakukan kejelekan itu?). Bolehkah dipercayai kata-kata itu? Ayat-ayat cinta yang samalah pernah diucapkan oleh Perdana Menteri, Mohd Najib Razak berkali-kali dan berkali-kali sebelum ini.

Sampai berjebok (berbueh) mulut Najib berjanji yang Umno tidak akan mengadakan projek mee segera pada pilihan raya kecil untuk mempengaruhi dan me'ngencung' rakyat. Kononnya Umno akan menghadapi pilihan raya dalam keadaan telus dan penuh kejantanan yang memiliki syawat sehebat memberang.

Tetapi bila berlaku saja pilihan raya kecil maka berbillion projek segera diumumkan. Sampai angkanya sukar untuk ditulis. Semua menteri baik yang ada duit atau tidak, ikut sama membuat pengumuman. Ingatkah kita semua apa yang dijanjikan di Hulu Selangor, di Bagan Pinang, di Kuala Terengganu, di Bukit Gantang dan paling akhir di di Sibu? Sekiranya BN menunaikan semua apa yang dijanjikan itu kalau ianya melibatkan projek pembangunan rakyat, semua rakyat sudah memiliki rumah besar. Kerana setiap kali pilihan raya maka janji untuk baiki rumah rakyatlah yang diutamakan.

"Kita akan membina rumah rakyat, kita mahu rakyat hidup dalam keadaan selesa. Maka kerajaan dengan ini meluluskan sebanyak bla... bla..," begitulah kata Perdana Menteri kemudian disambut rakyat dengan tepukan gemuruh macam tahi kerbau jatuh ke bumi, pek..pek... pekkk... bunyinya.

Kalau janji itu hendak mengadakan jambatan, maka sudah terbentanglah jambatan emas dan perak di kawasan pilihan raya berkenaan. Tetapi tampaknya selepas berlalu pilihan raya, semua janji itu tinggal tidak janji. Kalaupun ia sempat didirikan hanya papan tanda tercegak macam hantu laksana batu nisan sebuah pembohongan. Berbagai alasan pula akan diberikan untuk tidak melaksanakannya. Soal teknikal, kontrektor lambat dan sebagainya.

Apabila Mustapa kata Umno tidak akan tawar projek, kalau boleh dipercayakan pun ialah kerana kerajaan tidak ada wang untuk ditaburkan kepada rakyat dalam pilhan raya Galas nanti. Mungkin apa yang belaku di Manik Urai memberi beban kepada Mustapa. Mungkin selepas pilihan raya Manik Urai dulu beliau didatangi berbondong-bondong kontrektor dari Kelantan yang datang meminta wang untuk melaksanakan projek berkenaan sehingga menyerabutkan otaknya.

Beberapa projek yang dijanjikan masih belum siapa sampai kini. Berbagai alasan mula diberikan. Sesetengah papan tanda yang didirikan sudah pun lusuh dan dimakan anai-anai. Sudah pasti segala projek itu tidak akan menjadi kenyataan dalam tempoh seminggu dua ini kerana Mustapa bukan Puteri Balkis atau memilik lampu Aladin.

Mengenangkan Mustapa menghadapi janji-janji Umno di Manik Urai itu samalah dengan tingkah laku Sang Kurian, watak dalam sebuah langeda Tangkuban Perahu di Bandung, Indonesia. Si Sang Kurian ini ingin berkahwin dengan seorang puteri bernama Dayang Sumbi. Dia tidak mengetahui yang Dayang Sumbi adalah ibunya sendiri. Sang Kurian sangat tergila-gilakan Dayang Sumbi sehingga ingin mengahwininya. Kegilaan itu meresahkan si ibu itu. Demi mengelak akan berlaku kecelakaan si anak berkahwin dengan ibu, maka Dayang Sumbi membuat satu helah.

Kata Dayang Sumbi, "duhai Sang Kurian... kalau kamu mahu kahwinkan aku kamu kena mematahui satu syarat".

"Apakah syarat itu duhai puteri?" tanya Sang Kurian penuh kegembiraan dan yakin akan dapat memenuhi syarat itu.

"Kau kena siapkan sebuah perahu besar untuk dijadikan pelamin perkahwinan kita. Kau siapkan dalam masa satu malam saja. Ertinya kalau kau membinanya malam ini ianya perlu disiapkan sebelum kokok ayam pertama pada diri hari esok", demikian jelas Dayang Sumbi akan syaratnya.

Sang Kurian merasa senang dengan syarat itu dan menyetujuinya. Tetapi diingat lagi oleh Dayang Sumbi agar Sang Kurian tidak kecewa kelak. "Ingat perahu itu harus siap menjelang kokok ayam pertama?

Sebaik menerima syarat itu Sang Kurian lalu memanggil segala macam sahabatnya didalam rimba untuk membantunya mempersiapkan perahu itu. Didapatinya sepohon kayu yang besar dan eluk untuk tujuannya. Semua sahabatnya dari rimba turun dan membina perahu berkenaan.

Bermula selepas Maghrib hingga menjelang tengah malam Sang Kurian bersama sahabatnya membina tanpa mempedulikan makan dan minum. Atas kegigihan itu menjelang dini hari akhirnya perahu itu hampir siap. Melihat keadaan itu Dayang Sumbi jadi resah. Fikirnya pasti perahu itu akan siap dan beliau terpaksa melaksanakan janjinya. Demi mengelakkan keaiban berlaku Dayang Sumbi menggunakan akalnya dengan mengambil berkodi-kodi lembar kain putih dan ditabir di sebelah Timur. Tatkala ayam jantan melihat lembar putih itu mereka semua berkokok kerana menduga hari sudah dini.

Begitu mendengar kokokan itu Sang Kurian dan semua kawan-kawannya menghentikan segala kerjanya. Fahamlah dia bahawa dia gagal untuk menyiapkan perahu itu pada masa yang ditetapkan. Dia sungguh kesal dan kecewa bercampur marah. Harapannya untuk mengahwini Dayang Sumbi termunsah sudah. Dan kerana terlalu marah akhirnya dia menyepak perahu yang dalam proses pembinaan itu sekuat hatinya.

Perahu itu melayang dan jatuh ke sebuah lembah. Kononnya gunung Tangkuban Perahu yang kini menjadi salah satu destinasi pelancongan di Bandung itu adalah dogengannya dari kisah Sang Kurian dan Dayang Sumbi. Pada tahun 1830 gunung berkenaan meletup dan membina kawah besar di tengah-tengahnya yang pada hari ini masih wujud dan aktif mengeluarkan sulfar dan belerang.

Begitu jugakah dengan Mustapa Mohamed dan Umno? Dalam pilihan raya kecil Manik Urai dulu mereka berjanji dengan rakyat membina projek duniawi. Sebanyak empat projek bernilai RM10.4 juta dijanjikan. Projek itu ialah membaiki rumah rakyat miskin (RM1.5 juga), membinaan jambatan Manikk Urai (RM8 juta) Gelenggang sukan di kampung Manjur (RM300 ribu) dan masjid Temaler (RM600 ribu).

Pilihan raya Galas akan berlangusng dalam seminggu dua lagi. Tidak mungkin Mustapa dan Umno dapat menyiapkan projek berkenaan dalam tempoh terdekat.

Dan sekiranya Mustapa dan Umno tidak terlebih dahulu menyiapkan projek di Manik Urai maka mereka tidak mampu untuk berjanji projek di Galas. Sama-sama kita tenguk akan nasib Mustapa di Galas nanti. Sudah tentu kalau dia tidak dapat menyiapkan projek itu pengundi Galas akan menedangnya dan Umno seperti Sang Kurian menendang perahu perkahwinannya kerana kecewa dan marah atas kebodohannya sendiri. Sesungguh pengundi Galas juga sama bijak dan sama pandai dengan Dayang Sumbi yang sudah tahu akan dosa dan perangai jelek Umno. Guana Mat...dah makan ke. Mat mana, Mat Maslan lah.. [wm.kl. 6:00 am 11/10/10]

Sunday, October 10, 2010

Celoteh Murai 78

Jangan Percaya

Kata Salentia yang kini jadi presiden sebuah NGO, persatuannya tidak akan berkempen di pilihan raya kecil Galas. Tetapi dia tidak akan larang ahli yang menjadi anggota parti berkempen. Murai hendak termuntah mendengar penjelasan si Salentia ini. Seribu tahun lagi pun Murai tidak akan percaya. Kata orang dengar boleh, tetapi untuk percaya jangan sama sekali.

Sekali terkena tidak akan terkena sampai ke bila-bila pun. Cukupkah termasuk ke dalam perangkap buta sehari saja.

Pilihan raya ibarat musim banjir kepada makhluk jenis ini. Belum bah lagi, bunyi saja guruh dia sudah siap sedia untuk melompat. Jadi bila dia kata tidak akan pergi berkempen hanya belawak semata-mata. Tidak percaya sama-sama tenguk nanti, di mana dia kat Galas nanti. Rasanya bukan saja dalam paya atau di sungai tetapi atas bukit dan dalam gua pun dia akan naik dan masuk kerana nak tunjukkan diri kepada umum yang dia sokong Umno.

Di mana pilihan raya di situlah dia berniaga. Dia pandai mencari celah untuk mendapat duit dan menjual nama busuknya.

Tentu dia akan guna alasan sebab Tengku Razaleigh Hamzah jadi pengarah. Tak percaya nak main aci gapa? Nak bertanding sendiri takut kalah malu muka pula jadi cukup kalau membantu Umno dari belakang secara gelap saja.

Sebuah berita dari agensi Bernama di Kedah pula melaporkan 30 orang ahli Pas tunjuk perasaan di hadapan pejabat MB, Azizan Razak. Murai terus tergelak membaca berita berkenaan. Tunjuk perasaan apa kalau 30 orang. Lebih ramai pemberita dan jurugambar dari penunjuk perasaan.

Nampaknya di negara ini mudah sangat untuk membuat berita...mengenai tunjuk perasaan. Tidak payah ramai cukup 30 saja. Kalau begitu pemberita itu boleh buat seribu berita mengenai deemonstrasi sehari. Cari orang dua tiga orang tunjuk perasaan dan lapor.


Entah-entah mereka yang menunjuk perasaan itu diupah seperti mana puak lapar perut kumpulan Bendera di Jakarta. Murai curiga mereka orang Pas dakwaan agensi berkenaan. Kalau mereka orang Pas bermakna mereka sudah tercabut siqah dan sudah berpaling tadah. Kalau begitu lagaknya tak hairanlah Murai kalau kumpulan 30 itu membuat onar di hadapan MB Kedah.

Rasanya elok kalau pihak berkuasa negara ini mewujudkan peraturan khas di mana setiap pihak yang hendak mengadakan tunjuk perasaan harus memenuhi kreteria tertentu. Salah satu kretria yang wajib ialah mengenai bilangan. Ertinya kalau tunjuk perasaan itu tidak mencapai jumlahnya maka media tidak akan mengikhtirafnya dan usahlah dilaporkan.

Atau pun kalau tidak nak buat peraturan media harus bersikap adil di mana jangan saja lapor penunjuk perasaan ke atas kerajaan Pakatan Rakyat saja, tetapi tunjuk perasaan ke atas kerajaan UBN perlu dilaporkan. Ini tidak kalau tunjuk perasaan ke atas kerajaan UBN digelapkan ataupun sengaja disuluh kameranya ke tempat yang kosong.

Murai: Dapat melihat semua dari atas ini.

Catatan Luka Di Kota Bharu

Ada Penderhaka Di Kelantan?

[kemaskini] MASA ana balik ke Kelantan sehari suntuk Jumaat lalu, terdengar perbicaraan beberapa pencandu sebuah kedai kopi mengenai kedudukan Istana Kelantan. Perbualan itu berkisar kepada sah atau tidak sah Tengku Mohammad Faris Petra menjadi Sultan Kelantan yang menggunakan gelaran Sultan Mohamed ke V.

Sebenarnya perbicaraan itu tidak perlu lagi kerana ianya sudah muktamad apabila Tengku Mohammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai sultan pada 4 Syawal lalu.

Ternyata perbualan itu melibatkan dua pihak. Dan mereka ini juga mengutip modal dari pada taukeh masing-masing. Kata yang satu pihak kedudukan Tengku Mohammad Faris ini sudah sah, sebab ianya sudah dimasyhurkan hanya tunggu saat pertabalan saja lagi bagi menyempurnakan perlantikan naik takha baginda.

Pemasyhuran itu kata mereka (benar pun) adalah atas kehendak Majlis Perajaan Kelantan (MPN), dan ia bukan suka-suka dibuat. Ia jauh sekali berbeza dengan pertabalan seorang anak raja yang pernah dibuat oleh seorang ahli politik di Ketereh kira-kira 20 tahun lalu. Nampaknya semacam ada bayangan peristiwa di Ketereh itu akan berulang sekali lagi. Kalau tidak kena cara dan tidak dibendung kemungkinan ia akan berlaku. Waspadalah.

Kata puak ini, MPNlah yang bertanggungjawab dan berkuasa menentukan siapa yang akan jadi raja. Kalau MPN memutuskan penjual kedai kopi ini raja maka dialah raja dan kita semua kena taati. Kuasanya mutlak mengikut adat istiadat dan perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan mengikut fasal-fasal tertentu dan ceraian-ceraian tertentu.

Tidak ada kuasa yang boleh mencabarnya! Tanya puak itu apakah MPN hari ini tidak sah?

Puak sebelah lagi naik angin, mengatakan MPN hari ini tidak sah. Katanya pemecatan beberapa orang ahli Majilis MPN itu tidak sah sebab ianya tidak dilakukan oleh Sultan tetapi oleh Pemangku Sultan. Apabila ditanya apakah Pemangku Raja ada kuasa sama dengan Sultan, puak yang satu lagi terbingung-bingung tidak dapat menjawab, cuma menjawab dengan andaian saja, dengan mengatakan tentulah baginda juga ada kuasa tersendiri dan tertentu, kalau tidak macam mana baginda hendak melaksanakan tanggungjawab sebagai sultan termasuk mewakili persidangan Majlis Raja-Raja merasmi DUN Kelantan dan sebagainya.

Kata puak yang tidak setuju Tengku Mohammad Faris jadi sultan ini, kuasa melantik dan memecat ahli MPN terletak hanya ditangan sultan saja, bukan pemangku raja. Pemangku raja tidak ada apa-apa kuasa. Baginda tidak boleh mengubah apa-apa melainkan menurut saja apa yang sudah tersedia. Dalam erti kata lain tidak berhak membuat apa-apa perubahan termasuk memecat dan melantik ahli MPN.

Ana yang mendengar ini tidak fikir begitu. Kalaulah kebetulan seseorang raja itu tidak dapat berkata-kata, tidak berapa ingat, dan tidak dapat membuat keputusan untuk dirinya sendiri, bagaimana raja hendak menitah sesuatu termasuk kepada MPN? Apakah keadaannya kekal begitu selamanya sehingga menunggu baginda sultan itu mangkat? Kalau begitu tidak majulah sesebuah negeri ataupun praktikal undang-undang yang disurat demikian.

Op... raja ada satu lagi majlis, iaitu Majlis Penasihat Raja. Majlis Penasihat Raja (MPR) ini akan menjadi jurunasihat kepada raja. Begitu juga dengan Tuanku Ismail Petra semasa menjadi sultan dulu baginda ada majlis penasihat. Tentulah juga perlantikan Sultan Mohamed Ke V menjadi Pemangku Raja itu atas titah Sultan atas nasihat MPR agar menintah MPN bersidang dan memutuskan Tengku Mohammad Faris sebagai Pemangku Raja. Ertinya perlantikan Tengku Mohammad Faris itu sah dan betul dan menurut lunas adat dan undang-undang.

Ana terus mencuri dengar perbalahan kedua pihak itu. Disebabkan pihak yang menyokong Sultan Mohamad Ke V tidak ada akal untuk menjawab persoalan tadi, mereka hanya berkeras mengatakan Sultan hari ini berjiwa rakyat. Hidupnya sadarhana sekali. Very humble. Boleh ditemui di mana-mana saja. Di masjid Muhammadi Kota Bharu baginda meletakkan pegawainya untuk berurusan dengan rakyat. Rakyat boleh menemui pengawai itu pada setiap waktu Solat untuk menyampaikan apa-apa masalah dan pandangan.

Kata puak ini lagi, tengok pakaiannya juga biasa saja tidak menunjukkan kebesaran dan gahnya. Baginda ke masjid hanya memakai jubah ringkas saja. Pembelaan itu tidak disenangi oleh puak yang anti Sultan Mohammad Ke V. Katanya taraf Sultan hari ini sama dengan Nik Aziz saja. Nik Aziz pakai jubah sultan pakai jubah. Nik Aziz naik pentas orang takbir, Allahukabar, sultan juga orang takbir. Sama saja sultan dengan Nik Aziz.

Puak sebelah sini tidak menjawab mungkin ketiadaan akal yang panjang dan ilmu yang mantap. Ana tersenyum dan merasakan dangkalnya pemikiran puak yang anti sultan itu. Apakah dia tahu bahawa kalimah dulat tuanku dengan takbir Allhuakbar itu mana lebih besar dan mana lebih berkat? Daulat Tuanku adalah pemujaan manusia kepada manusia yang sama-sama dicipta Allah. Itu syirik namanya. Allahuakbar adalah kalimah memuji dan memuja Maha Agung, Allah Rabuljalil. Allah yang kuasanya tidak ada kuasa yang boleh dilawan kuasa lain.

Itulah perbezaan ilmu dan latar belakang. Kalau seseorang mengaji agama dia akan dapat merasai perbezaan (farak) di antara dua kalimah ini. Dapat memisahkan diri manusia sebagai hamba Allah dengan Allah yang mencipta dirinya. Biarkan mereka (anti sultan Mohammad Ke V) tenggelam dalam ilmu dan sungai keruhnya selamanya. Nauzubilahiminzalik - semoga Tuhan menjauhkan aku dari kesesatan seumpama itu.

Kesimpulan dari pada perbualan dua puak itu bahawa masih ada orang yang degil tidak mahu mengikhtirafkan Tengku Mohammad Faris Petra sebagai sultan ke 29 dan masih menganggap Tuanku Ismail yang masih gering sebagai sultan. Golongan ini sebenarnya hanya segelintir saja, tidak pun perlu dipedulikan. Tetapi kerana negara ini berpelembagaan dan raja pula dibawa kuasa perlembagaan, apa-apa yang ditindakkan oleh mereka kena diambil hirau juga walaupun ianya hanya dua orang saja dan disokong oleh seorang panglima tempang.

Mengenai kedudukan Istana Kelantan ini, kini ianya sedang dalam proses mahkamah. Hakikat yang kena terima apabila Tengku Faris dimahsyurkan semua rakyat Kelantan yang taat setia dan arif mengenai undang-undang dan adat resam Melayu kena mengakui bahawa baginda sultan, kalau pun malu dan takut untuk merafak sembah. Maka selagi tidak ada keputusan mahkamah semua rakyat kena mengakui bagida adalah Sultan yang berdaulat. Orang lain atau putera lain tidak berhak.

Ingat zaman ini bukan zaman batu atau zaman perang baling tombak dan panah. Kekuatan seseorang itu bukan terletak kepada fizikal tetapi kepada akal dan sifat tawaduk dan penyerahan diri kepada Allah. Zaman merampas atau mempertikai hak orang lain dengan menggunakan kuasa, ego dan sombong sudah pun lama berakhir.

Hakikat yang berlaku ke atas Tengku Mohammad Faris ini juga kena diterimanya seperti mana kemenangan sseorang wakil rakyat dalam sesuatu pilihan raya. Apabila ianya diistyharkan pemenang oleh SPR ia kena diterima walaupun kemenangan itu kemungkinan terbatal atau terkhilaf baik dari segi teknikal atau hakikatnya.

Sementara menunggu keputusan mahkamah ke atas petisyen pilihan raya itu dibuat maka semua orang kena menerima pemenang itu adalah wakil rakyat tersebut yang dibayar elaun dan berhak mewakili rakyat. Nah.. begitu juga dengan kedudukan Sultan Mohammad KeV kini, ianya wajib diterima sebagai sultan yang patut dihormati. Mana-mana rakyat yang sengaja degil untuk tidak menerima hakikat ini mereka bolehlah dianggap penderhaka.

Ana percaya sebelum MPN membuat keputusan dan kerajaan negeri sedia membuat pemasyhuran kaji selidik sudah pun dibuat. Pihak berkenaan sudah pun membuat penilaian baik dan buruknya dari semua aspek. Hubungan diplomasi di antara pihak-pihak terbabit juga sudah pun dibuat. Ada pun kesediaan mahkamah mendengar bantahan itu hanyalah formaliti saja untuk menghormati proses undang-undang. Itu saja. Allahuakbar 3 x. [wm.kl.10:00 am 11/10/10]

Saturday, October 9, 2010

Menyilang Kata Mengecap Rasa

Hormati Pendirian Tengku Razaleigh

BAGI mereka yang kecewa dengan cara ahli Umno melayani Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini begitu juga bagi mereka yang mengharapkan Tengku Razaleigh menjadi pemimpin Pakatan Rakyat jika terjadi sesuatu terhadap Anwar Ibrahim merasa sedikit kecewa dengan pendirian dan keputusan yang beliau ambil pagi tadi - untuk menerima tawaran Umno bagi menjadi pengarah pilihan raya kecil Galas 4 November depan.

Mereka yang terkedu dengan ahli Umno yang selama ini menjadikan Tengku Razaleigh hanya sebagai sampah atau Quran buruk terkilan kerana kesediaan beliau menerima pelawaan Umno itu seolah-olah beliau memaafi Umno walaupun beliau dihina dan dikeji selama ini. Sepatutnya kalau henak dikira Tengku Razaleigh tidah mudah cair menerima ajakan Umno. Beliau patut membalasnya dengan menolak pelawaan itu biar Umno reti erti sebuah persahabatan. Tetapi tidak begitu...

Begitu juga bagi rakyat yang merasakan Tengku Razaleigh masih relevan untuk menjadi perdana menteri menerusi Pakatan Rakyat terasa dukacita atas apa yang berlaku. Penerimaan Tengku Razaleigh terhadap tawaran itu akan disifatkan oleh mereka sebagai pengembalian semula Tengku Razaleigh ke dalam Umno yang sudah melupainya. Tindakan politik Tengku Razaleigh itu juga menolak pelawaan terbuka Pakatan Rakyat untuk beliau.

Setakat semalam Tengku Razaliegh hanya sedia untuk menerima tawaran pengarah saja tetapi belum calon. Persoalan calon akan ditentukan esok di Parlimen semasa pertemuan dan perbincangan beliau dengan Najib Razak.

Ketetapan yang dibuat Tengku Razaleigh itu sudah muktamad. Beliau sudah membuat kenyataan kesediaaan menerima tawaran itu. Jadi semua pihak macam mana pun kena menerima pendirian dan sikap beliau itu. Alasan penerimaanya juga kukuh, beliau menerima tawaran itu atas kapasitinya sebagai ketua Umno bahagian Gua Musang. Memang alasan itu kemas walaupun apa yang berlaku di Gua Musang sudah dianggap sonsang. Selalunya orang menjadi pengarah pilihan raya ialah Ketua Umno negeri bukan ketua bahagia.

Di sini jelas apabila berlaku kesongsang ini di mana ketua bahagian yang menjadi pengarah menunjukkan Mustapa Mohamed hanya layak menjadi Tok Empat Umno Kelantan saja. Jika Mustapa ada maruah beliau perlu melepas jawatan itu secara terhormat kepada Tengku Razaleigh sekiranya pilihan itu berpihak kepada UBN.

Sudah saya kata sebelum ini Tengku Razaleigh seorang politician yang rasional dan beradat. Dia juga seorang yang mudah simpati dan tidak sedia untuk mendada dalam apa juga perjuangannya. Beliau juga seorang yang berpolitik mengikut undnag-undang. Sepanjang perhatian saya kepada liku-liku perjuangan (politik) beliau tidak suka memburuk lawannya tanpa ada bukti yang jelas. Dalam perhatian saya juga beliau tidak pernah menggenggam bara sampai menjadi arang.

Beliau juga bukan seorang pendendam. Beliau boleh berkawan selamanya dengan seseorang itu walaupun kawan itu memakan dirinya. Tenguklah perhubungan beliau dengan Dr Mahathir Mohamad. Atas prinsip kawan beliau tidak melihat tindakan huduh politik Mahatahir lakukan kepadanya. Sebab itu kalau ada apa-apa majlis dirumahnya beliau akan panggil Mahathir dan begitu juga kalau Mahathir memadahnya beliau akan hadir.

Pernah satu masa ketika berbual dengannya saya menyatakan pandangan saya kepada beliau mengenai keikhlasan dan pendirian Mahathir dalam menyatakan sokongan kepada beliau sewaktu beliau hendak menentang Abdullah Badawi sebagai presiden Umno. Padahal waktu itu umum tahu Dr Mahathir benci Abdullah.

"Tengku jangan harap Dr Mahathir akan sokong Tengku dalam perlawanan dengan Dollah. Dia tidak akan sokong Tengku. Dia (Mahathir) tidak mahu Tengku menang. Jadi untuk apa Tengku berbaik dengan dia, terhegah-hegah ke rumahnya. Cara Tengku itu menyebabkan penyokong akan marah," begitulah kata saya tanpa merasakan yang beliau ketika itu sebagai orang istana.

Apa yang beliau jawab, "Sayuti ambo berkawan dengannya. Dalam segi politik memang dia tidak sokong ambo, tetapi atas dasar kawan kami berkawan. Ambo tidak akan mudah melupai kawan," begitulah balas Tengku tenang dan suara perlahan. Dari jawaban itu menjelaskan kepada kita bagaimana kesetiaan, keikhlasan dan kejujurannya sebagai seorang kawan dan juga ahli politik. Sikap dan pendirian ini pada saya tidak banyak membantu Tengku Razaleigh dalam politik kerana politik itu sendiri tidak pernah menghormati prinsip kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan.

Justeru, saya yakin persetujuan beliau untuk menerima jawatan pengarah pilihan raya kecil Galas itu kerana itulah pendirian dan sifat beliau. Beliau tidak boleh menolak. Apa lagi kalau masa proses pujuk memuju itu ada pendewaan, ada puji-pujian "sallalahualaiwasalam" atau "daulat tuanku"... lagi cepat merangsangkan hatinya. Al maklumlah dia anak raja, dia keturunan raja. Raja ini pula pantang dipuja dan dipuji akan cairlah segala-galanya.

Tidak mengapa, semua harus menghormati keputusan Tengku Razaleigh itu. Bukan saja sebagai pengarah pilihan raya, hatta sebagai calon pun perlu sokong. Tentunya keputusan itu adalah yang terbaik. Soal siapa yang memberi nasihat perhatilah siapa yang mengiringi dan menyambut Tengku di KLIA semalam. Orang itulah yang menjadi penasihatnya. Cuma apa yang kita sangat berharap semoga Tengku Razaleihg tidak menjadi sepandir beliau sebelum ini. Penerimaan dan kesudian beliau membantu Umno kali ini hendaklah membawa erti besar kepada dirinya, perjuangannya dan seluruh penyokong setianya.

Dalam hal ini saya percaya dan yakin Tengku Razaleigh tetap mengingati juga kepada teladan yang telah lepas. Hendakanya dia tiak akan terperangkap dalam jerat yang sama yang cuma dipasang oleh orang berbeza kali ini. Biarlah kali ini dia terlepas ataupun kalau pun terjerat setidak-tidaknya kayu (baul) jerat itu akan membidas si pemasanga jerat juga.

Tertakdir beliau sanggup menjadi calon Galas, saya fikir penerimaan itu tentulah ada kontra atau imbalannya dari Najib dan Umno. Sudah tentu pertemuan dan perbincangan esok berkisar soal untung dan rugi bersama. Tengku Razaleigh tidak boleh menerima seada-adanya sebelum menerima watikah itu. Beliau harus membuat beberapa ketegasan dan tuntutan politik bagi dirinya dan juga bangsa Melayu. Kalau beliau hanya berseronok dengan tawaran itu akhirnya Tengku Razaleigh akan jadi ular air untuk kali ketiga ataupun macam Mat Jenin yang akan terjatuh dari atas pokok kepala saja.

Sukar untuk diramalkan apa yang akan dituntut oleh Tengku Razaleigh esok. Tetapi ada tiga tida perkara pokok yang saya dapat bayangkan di sini.

Pertama ialah mengeganai tranformasi di dalam Umno yang diperkatakan oleh Najib sebelum ini. Tengku Razaleigh sangat mengharapkan Najib akan sungguh-sungguh melakukan tranformasi terutamanya berhubung demokrasi dalam Umno. Razaleigh melihat keadaan inilah menyebabkan Umno semakin lemah dan tidak mendapat sambutan orang muda yang mana akhirnya Umno akan pulus dan lenyap.

Kedua, mengatasi masalah kelemahan politik Melayu dewasa ini. Kehilangan kuasa BN yang ditunggaki Umno di Parlimen waktu ini sangat menyedihkan hati beliau. Belum pernah kerajaan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen. Begitu juga kemunculan politik baru yang ditaja oleh Pakatan Rakyat sedang menenggelamkan kehebatan Umno menjadi bayangan ajal yang sangat ditakuti oleh Razaleigh sebagai seorang pengasih kepada Umno.

Ketiga isu royalti minyak di Kelantan. Dalam konteks Kelantan beliau mungkin akan meminta Najib menyelesaikan isu royalti minyak. Hak rakyat Kelantan itu harus diberikan kepada rakyat Kelantan. Cuma dalam hal ini teknikal pemberian itu tentulah menerusi Umno. Lagipun sebelum ini Tengku Razaleigh bersama kerajaan Kelantan dalam menuntut hak rakyat Kelantan ini.

Itulah tiga perkara pokok yang dirasakan menjadi mauduk perbualan atau demand Tengku Razalegih dalam beliau menerima pengarah pilihan raya kecil Galas. Sekiranya Najib dapat memenuhi tuntutan berkenaan yang manfaat untuk kebaikan bersama, saya rasa Tengku Razaleigh bukan saja perlu menjadi pengarah pilihan raya tetapi calon pun perlu diterima. Pedulilah apa yang orang Pas akan momokkan yang penting Tengku Razaleigh dapat berbakti untuk Kelantan.

Seandainya kalau penerimaan Tengku Razaleigh itu tanpa memberi apa-apa kelabaan kepadanya dan merealisasikan perjuangannya, ia tidak memberi apa-apa faedah. Penerimaan itu akan dianggap sebagai satu keadaan di mana Tengku Razaleigh ingin membersihkan dirinya saja dalam politik yang tidak perlu pun dibersikan. Sahihanya dengan apa yang berlaku itu dan jika tuntutan itu pula berjaya, beliau akan dianggap sebagai wira politik Melayu (Umno) manakala orang Kelantan tetap akan mengenang budi itu selamanya.

Soal untuk jadi PM dengan apa yang berlaku di Galas itu masih tidak terlintas kelibat harapannya kecualilah beliau berada di sebelah sini. Maka tersenyum lebarlah Mat Maslan. [wm.kl 8:00 am 11/10/10]

Friday, October 8, 2010

Catatan Dari Galas

Gua Musang Masih Tenang Tengku Razaleigh Belum Ada Keputusan

ADA beberapa isu atau topik yang hendak saya perkatakan dalam tempoh 24 jam lalu. Mengenai kepulangan Tengku Razaleigh Hamzah dari luar negeri pagi esok, tentang suasana dan keadaan di Gua Musang dan juga mengenai gelagat dan politik karton Zaid Ibrahim dalam PKR. Ketiga-tiga topik ini membengkak di dalam kepala saya.

Biarpun letih masih belum hilang saya buka laptop dan mencatat posting ini semata-mata kerana memenuhi tanggungjawab sukarela. Saya percaya para penjenguk tertanya-tanya kenapa tidak ada posting sepanjang hari ini. Sebenarnya saya baru sampai ke rumah kurang 20 minit lalu dari Kelantan via Gua Musang.

Jadi di sini biarlah saya menceritakan sedikit mengenai keadaan di Gua Musang. Petang semalam semasa perjalanan ke Kota Bharu (kerana urusan agak penting) saya singgah di bandar Gua Musang, untuk makan dan sambil itu meninjau secara sepintas lalu suasana di Gua Musang.

Beberapa konteks dan agen saya hubungi dan ada yang berjaya unutuk mendapat maklumat dan cerita mengenai Galas. Suasana di Gua Musang sudah mulai hangat. Nampaknya warga Gua Musang sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil. Yang tentunya para pekedai makan, pengusaha hotel dan mereka yang ada rumah kosong sedang mempromosikan rumah masing-masing untuk disewakan.

Satu notis yang ditampal di pondok telefon bila saya hubungi menyatakan kadar sewa rumah teras ialah RM10,000 dan rumah banglo RM12,000 untuk satu bulan. Wau....(tiru terkejut Hussein Lempoyan) betapa lumayannya kalau sesiapa ada rumah kosong di Gua Musang waktu ini. Harganya naik berlipat kali ganda. Bayangkan RM10,000 untuk satu bulan. Saya rasa kadar itu sudah melampau. Orang Pas atau PKR mungkin tidak mampu untuk membayarnya. Lebih baik juga kalau Pas dan BN tidak terdesak dalam untuk mendapatkan rumah. Berkempenlah ada kadar saja.

Orang luar juga sudah mula memasuki ke Gua Musang. Paling nyata ialah wakil rakyat Pas sudah memasuki ke pusat-pusat mengundi mencari lokasi atau kediaman untuk bermukim di Galas. Beberapa wakil rakyat yang dihubungi memberi tahu mereka sudah berada di lokasi, dan ada yang berulang dari rumah ke Gua Musang. Seorang wakil rakyat sudah mula bermukim di perkampungan Orang Asli di Kuala Betis. Menurut beliau sedang mengatur program di situ.

Seorang lagi wakil rakyat berada di Sungai Terah ketika dihubungi sedang menghadiri satu majlis dengan orang ramai. Manakala beberapa yang lain bersembahyang Jumaat di beberapa buah masjid di Gua Musang hari ini. Itulah orang Pas, saat Umno sedang mengerah orang untuk menyambut Tengku Razaleigh di KLIA esok mereka sudah mendekati rakyat. Katanya sehingga ke malam ini Mustapa Mohamad sedang melakukan SMS menjemput orang-orang Umno datang beramai-ramai ke airport. Nampaknya Mustapa sendiri yang jadi tukang padah orang menanti kepulangan Tengku Razaleigh. Kenapa?

Bendera parti masih belum kelihatan dikibar meluas di Gua Musang. Kedua parti nampaknya mematuhi peraturan SPR. Cuma di bulatan memasuki ke Gua Musang bendera Pas dan Umno sudah dicacak dan berkibar. Petang semalam hanya bendera Pas yang dipacak mengeliling bulatan berkenaan. Tetapi petang ini sudah ada bendera dacing yang dipasang berseli seli dengan bendera Pas. Melihat keadaan ini menunjukkan pelawan sudah bermula.
ada.

Begitu juga dengan SB baik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak MIO - tentera juga, ataupun para kumpulan peninjau persendirian dan upahan juga sudah bergelewatan. Mungkin mereka ke sana membuat tempahan hotel atau mencari tempat penginapan.

Dalam sebuah kedai makan saya terserempak dengan tiga orang anggota polis dari Bukit Aman yang turun khusus untuk meninjau suasana di Gua Musang.

Salah seorang memberitahu mereka turun ke Gua Musang sejak beberapa hari lalu. Tugasnya tentulah mengawal keselamatan dan sekaligus menijau sikap pengundi Galas. Di sebelah anggota polis itu juga sepasukan wartawan wanita (semuanya muda belia) dari sebuah agensi sedang makan. Lagak mereka juga seperti sedang membuat tinjauan awal. Pendeknya Gua Musang sudah menjadi tumpuan.

Di sebuah kedai makan bersebelah sebuah van tertulis Pas Bachok di parking di situ. Dalam kedai itu dua tiga orang berkupiah sedang makan. Mereka juga mungkin datang untuk membuat peninjauan awal.

Sementara itu beberapa penduduk yang ditinjau pendapat mereka menjelaskan suasana pilihan raya belum dirasai lagi. Masing-masing enggan mengulas lanjut cuma mengatakan tunggu dan lihat saja. Tetapi pastinya menjelang beberapa hari penamaan calon keadaan akan sibuk di Gua Musang.

Seperti juga apa yang menjadi tanya tanya orang di luar Gua Musang, penduduk Gua Musang juga tertanya-tanya bagaimanakah sikap Tengku Razaleigh. Setengah mengharapkan Tengku Razaleigh menjadi calon manakala setengah yang lain merasakan tindakan Tengku Razaleigh itu tidak banyak memberi keuntungan kepada politik peribadinya.

"Ambo rasa Tengku Razaleigh akan membuat pertimbangan sewajarnya dalam hal ini, dia bukan baru dalam politik tetapi sudah lama,"begitu kata seorang yang sedang makan dalam kedai itu. Beliau mengakui beliau orang lama di Gua Musang. Beliau sependapat dengan saya kalau calonnya bukan Tengku Razaleigh agar sukar juga untuk BN merampas kerusi Galas.

Saya bertanya kenapa dia berkata begitu. Alasannya beberapa taukeh balak yang ditanya mengenai sikap mereka, tanpa segan taukeh balak itu menjelaskan kalau bukan Ketua Pemuda Umno yang jadi calon mereka akan undi roti canai - maksudnya bulan.

Benar sama-samalah kita tunggu apa yang akan dijelaskan oleh Tengku Razaleigh nanti. Buat masa ini beliau belum mengiya dan menindak mengenai desas desus itu sama ada beliau menerima jadi pengarah ataupun calon. Dan khabarnya Tengku Razaleigh dikatakan tidak bersedia mengadakan sidang akhbar khas sebaik tiba besok. Apakah perubahan jaduah ini menandakan Tengku Razaleigh ada fikiran lain ataupun terpaksa berbincang dengan pengikut setianya dulu? [wm.kl.8:45 pm 08/10/10]

Thursday, October 7, 2010

Ulasan Peristiwa

Kenapa Rahimi Baru Muncul?

MUNGKIN banyak orang tidak faham kenapa tiba-tiba muncul lelaki bernama Rahimi Osman dengan kenyataan kononnya dia dipaksa menanda tangani surat akuan sumpah (SD) yang dikatakan berpihak kepada Anwar Ibrahim dengan mengaitkan Rosmah Mansor dan Najib Razak dalam kes liwat itu? Kenapa setelah lebih setahun perbicaraan baru hari ini lelaki yang kelihatan seakan-akan jambu ini muncul?

Yang menjadi tanda tanya juga kenapa sidang akhbar beliau diganggu oleh sekumpulan orang yang dikatakan penyokong Anwar. Akibat gangguan itu menyebabkan sidang akhbar itu terganggu dan dibatalkan.

Kenapa ini berlaku disaat-saat ini. Jika difahami kepada tema sidang akhbar itu jelas ianya cuba memburukkan Anwar. Kononnya Anwar telah memaksa Rahimi agar membelanya. Moral cerita Rahimi itu juga menunjukkan Anwar terjempit dan sanggup menggunakan jalan yang salah.

Dari sudut lain kemunculan lelaki bernama Rahimi itu ia boleh mengeruhkan semula keadaan yang hampir jernih. Selama ini persepsi umum terhadap penglibatan Rosmah dan Najib dalam isu kes liwat ini sudah pun reda. Dengan keluarnya lelaki berkenaan tiba-tiba orang teringat semula.

Apakah sebenarnya yang diburu oleh Rahimi? Apakah dia juga dipaksa agar berbuat begitu seperti mana pengakuannya dipaksa menanda tangani dua surat akuan bersumpah itu? Nampaknya tuduhan liwat ke atas Anwar yang dalam proses perbicaraan kini penuh dengan kemisterian.

Dalam pada itu sekejap tadi saya menerima email kenyataan akhbar oleh Timbalan Presiden PKR berhubung perkara itu yang dihantar oleh Biro Komunikasi PKR. Disiarkan sepenuhnya kenyataan berkenaan;

KEADILAN TIADA KAITAN DENGAN PERCUBAAN GAGALKAN SIDANG AKHBAR

Parti Keadilan Rakyat memandang berat atas percubaan beberapa orang, yang mengakui sebagai penyokong KEADILAN, untuk menggagalkan sebuah sidang akhbar di Kelang semalam.

Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu. Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej Parti.

Saya ingin tegaskan bahawa KEADILAN tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan ini. Orang yang dikatakan memimpin kumpulan ini bukannya Naib Presiden Parti ataupun Pembantu Khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media.

Namun begitu kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah. Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengahari ini.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
KEADILAN
7 Oktober 2010

[wm.kl.9:00 am 07/10/10]

Dari Sebuah Mimpi

Rumah Baru Menteri Jadi Rumah Hantu?

CERITA ini sudah lama menjadi sebut-sebutan. Cuma orang di tempat-tempat tertentu saja tidak mengetahuinya. Ceritanya begini, ada seorang menteri telah membina rumah besar di Shah Alam Selangor. Rumah itu harganya boleh tahan juga. Kalau tidak mencecah puluhan juta tetapi sekitar RM6 hingga RM7 juta adalah. Tempatnya juga strategik dan menarik.

Rumah ini milik seorang menteri kanan. Ianya dibina sekitar tahun 2005 atau 2006. Ianya sudah pun siap secara berperingkat-peringkat. Dan setahun lalu sudah pun siap sepenuhnya dan sepatutnya sudah diduduki. Semasa dalam pembinaan rumah itu tidaklah kelihatan besar dan gah sangat. Tetapi sesudah siap ia hampir menyamai sebuah istana hinggap seorang raja.

Kerana melihat rumah itu begitu besar dan gah menyebabkan menteri berkenaan tidak berani untuk mendudukinya. Bimbang ia menjadi isu dan mencemarkan imej politiknya. Betapa tidaknya pintu pagar saja berharga sekitar RM700,000. Nilai sebegitu boleh menyiapkan 100 unit rumah kos rendah untuk rakyat.

Kalau di dalam kawasannya dia selamba saja. Pakaiannya pun t shirt dan kalau turun kapal terbang ditangannya ada supik plastik. Nampak macam sesak. Itulah imej yang ditayangkan kepada rakyat. Di kawasan biasa makan ubi rebus atas jemoran. Beliau sedikitpun tidak menunjukkan dia memiliki rumah besar di Shah Alam.

Isteri menteri berkenaan sudah lama mahu menginap di rumah berkenaan. Tetapi si suami menteri enggan mendudukinya. Maka rumah berkenaan terbiar begitu saja. Kini ia dikawal oleh beberapa pengawal. Tidak diketahui bila rumah itu akan diduduki wa'lahualam.

Hingga kini menteri berkenaan mendiami rumah kerajaan di Bukit Tunku. Katanya sebulan sekali pun dia tidak menjenguk rumah barunya itu. Bukan apa takut kerana ianya gah dan besar. Bimbang takut terserempak dengan orang dan mengambil gambarnya berlatar belakangkan rumah besar itu. Menteri ini asalnya kampung, duduk rumah atap rumbia saja. Dari mana wang diperolehi untuk membina rumah berkenaan, tidak pula diketahui. Dia seorang menteri...

Pelik manusia menteri ini seorang. Takut tidak bertempat. Apa salahnya memiliki rumah besar, kereta besar atau bini empat yang lawa-lawan kalau semuanya didapati secara halal. Bagi orang Melayu dan orang kampungnya bangga kalau menteri berkenaan sudah menjadi kaya raya. Bukankah kejayaan itu boleh mengangkat martabat dan maruah orang Melayu.

Selama mana menteri kanan berkenaan ingin menyembunyikan rumah 'gadang' (besar)nya itu? Lama kelamaan orang akan tahu juga nanti. Daripada orang tahu secara curi lebih baik orang tahu secara terbuka. Apa kata buat kenduri kesyukuran naik rumah baru sebelum menjelang pilihan raya ke - 13 nanti.

Apakah kisah rumah menteri kanan yang sudah berhantu itu akan menjadi isu suatu hari nanti? Pilihan raya Galas sudah pun ditentukan. Hari penamaan calon 26 Oktober manakala hari mengundi 4 November. Jangan-jangan gambar pintu pagar rumah itu akan dikeluarkan menjelang pilihan raya berkenaan. Paling menakutkan dan menyerabutkan kalau pendedahan itu dibuat sedikit sedikit sedikit.... Mula-mula pintu pagar, lepas itu pintu utama rumah berkenan, lepas itu bumbung, lepas itu landskap, lepas itu bilik dalam rumah, dan mengejutkan kalau didedahkan plan rumah berkenaan! Katanya dua firma arkitek yang menyediakan plan rumah berkenaan.

Persoalannya kini kenapa menteri itu takut untuk mendiami rumah barunya itu? Bukan beliau saja yang memiliki rumah baru, yang mempunyai bilik 18 buah, bertingkat-tingkat dan ada bilik bawah tanah? Menteri atau pembesar lain juga mempunyai rumah hebat dan besar. Atau mungkin kerana rumah menteri kanan itu lebih besar dan lebih hebat dari rumah menteri-menteri lain maka menteri berkenaan takut untuk menduduki rumahnya.

Anih... ada orang tidak ada rumah, tinggal tepi longkang atau bawah kolong. Menteri kanan ini pula ada rumah besar macam istana ditinggalkan begitu saja. Atau beliau bercadang akan memasuki rumah baru itu selepas tidak menjadi menteri. Duhai rakyat kesianlah kepada menteri ini. Biarlah hasratnya itu tercapai. Caranya kalau begitu kalahkan dia dalam pilihan raya pasti dia tidak akan dilantik menjadi menteri lagi. Sebab untuk dilantik menjadi senator dia telah pun menjadi senator. Mat Maslan tentu tahu siapa menteri berkenaan. [wm.kl. 7:30 am 07/10/10]

Wednesday, October 6, 2010

Meneropong Galas

Kalau Razaleigh Calon BN, Pas Akan Turunkan Orang Asli

TENGKU Razaleigh Hamzah dijangka akan tiba di KLIA pagi lusa, (Sabtu). Katanya persiapan telah dibuat untuk menyambut kepulangan Razaleigh. Sekurang-kurang dua pihak akan bergabung menyambut kepulangan itu. Umno dan para penyokong setia Razaleigh. Dijangka sebuah NGO terlebih Melayu juga dijangka akan hadir sama untuk meramaikan sambutan kepulangan itu.

Katanya berbagai sepanduk sudah disediakan. Orang dalaman pejabat Razaleigh pula tidak dapat mengesahkan apakah ada sambutan atau tidak. Tetapi katanya mungkin memandangkan sudah ramai orang menggilai Razaleigh ke belakangan ini, sambutan itu tidak dapat dielakkan.

Razaleigh dijangka akan membuat pengumuman penting di KLIA sebaik setibanya di lapangan terbang itu. Berita ini menjadikan kepulangan beliau dinanti-nantikan. Orang menanti apakah yang akan dinyatakan oleh Razaleigh. Dua persoalan yang bermain di kepala umum ialah apakah beliau sedia menjadi Pengarah Pilihan Raya kecil Dun Galas atau menerima tawaran Umno menjadi calon.

Menurut sumber dalaman mengatakan Razaleigh tidak akan keberatan untuk menerima tawaran sebagai pengarah pilihan raya. Alasannya dia adalah ketua bahagian Umno Gua Musang. Seperti mana saya ulas sebelum ini Razaleigh seorang beradat dan berdisiplin tinggi. Kesetiaannya kepada Umno juga tinggi menggunung. Tidak ada sebab untuk beliau menolak tanggungjawab itu sedangkan beliau masih ketua bahagian.

Atas kedudukan itu Razaleigh akan menerimanya. Kalau Razaleigh menerima tawaran itu tentulah ia mengira 'jihar'nya dalam Umno akan pulih kembali. Razaleigh akan mengira Umno akan menyokong beliau balik. Pada saya kalau inilah yang dikejarnya Razaleigh akan kecewa sekali lagi. Beliau harus ingat kepada sejarah, sejauh mana ahli Umno mengenang budinya.

Persoalannya apakah kalau Razaleigh jadi pengarah ia merimaskan Pas? Ada kenyataan dari pihak tertentu Pas gentar untuk berdepan dengan Razaleigh. Rasanya bagi Pas apa saja peranan Razaleigh ia tidak mengelisahkan Pas. Pas akan hadapi Razaleigh atas kedudukan apa saja selagi Razaleigh bersama Umno.

Soal menuntut royalti minyak Pas boleh bersama Razaleigh kerana itu aspirasi bersama untuk membela rakyat Kelantan. Tetapi kalau soal Umno susah bagi Pas.

Ahli jawatankuasa Agung Pas, Husam Musa sudah membayangkan Pas akan menurunkan Orang Asli. Katanya kalau ada Orang Asli berkelayakan Pas mungkin mengambil menjadi calon, ujarnya dalam satu kenyataan. Kita faham kepada siapa Husam tujukan cadangannya itu. Saya mengira kalau Razaleigh jadi calon Pas, adalah sesuai kalau Pas menerima cadangan Husam itu. Carilah tok Batin mana-mana dan letak beradu kekuatan dengan Razaleigh.

Bayangkan macam mana kalau berlaku pertandingan antara Razaeigh dengan Orang Asli. Ia akan menjadi sejarah dan berita menggempar. Seorang anak raja berlawan dengan Orang Asli. Bagaimana hendaklah dielakkan kejadian ini dari berlaku kerana ia boleh mengaibkan banyak pihak. Tidak elok sangat kalau tiba-tiba Razaleigh tokoh veteran berlawan dengan Orang Asli.

Baiklah siapakah calon dari BN kalau Razaleigh menolak tawaran keemasan Umno itu. Ada beberapa nama atau tokoh Umno Gua Musang yang sedang menayang diri untuk jadi calon. Salah seorangnya ialah Ketua Pemuda, Bazlan Baharuddin. Beliau juga dikenali orang kuat menyokong Razaleigh. Bazlan ini juga yang membuat kenyataan agar menolak Ibrahim Ali kalau bekas ahli Umno itu mahu diterima semula ke dalam Umno.

Sudah tentu kalau Bazlan jadi calon NGO terlebih Melayu itu 'rohok' sedikit untuk menyokong BN kali ini.

Selain Bazlan, Ketua Wanita, Wan Huzani Wan Md Noor (foto atas) juga berminat untuk menjadi calon. Tetapi Wan Huzani tidak mungkin akan dipilih kalau pengarahnya Razaleigh. Tok Empat Umno Kelantan, Mustapa Mohamed sudah membayangkan soal calon akan ditentukan oleh pengarah. Awal-awal lagi Mustapa sudah dapat merasakan dia tidak berperanan dan tidak berkuasa dalam menentukan calon.

Sudah tentu kalau Razaleigh menjadi pengarah beliau akan memilih orang kanannya di bahagian iaitu Setiausaha Umno bahagian Gua Musang sekarang ini. Inilah beberapa nama yang disebut dan kemungkinan akan diturunkan Umno kecuali Razaleigh sendiri.

Di pihak Pas yang pastinya calon yang tidak merokok. Nik Aziz sudah memberi tahu awal-awal kriteria calonnya mereka yang tidak merokok. Ada dua nama setakat ini menjadi sebut sebutan, Hussein Embong iaini pegawai Halaqah Gua Musang dan Dr Zulkifli Mohamad. Zulkifli merupakan calon Pas dalam dua pilihanraya 2004 dan 2008. Beliau pernah bertanding di kerusi Parlimen Gua Musang, kedua-dua kalah.

Dalam pilihan raya 2004 beliau kalah dengan kekurangan undi sebanyak 6,598. Manakala dalam tahun 2008 sekali kalah dengan kekurangan undi 4,394. Kekalahan itu bagaimana pun tidak boleh dijadikan ukuran. Pilihan raya Dun dan Parlimen berbeza. Lagipun yang ditentang Dr Zulkifli itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah.

Baik Hussein atau Dr Zulkifli mereka ini juga dikatakan disenang penduduk Galas. Bukan saja Melayu tetapi orang Cina dan Orang Asli juga senang mendekati mereka. Apa lagi Zulkifli yang mempunyai klinik di Gua Musang menyebabkan beliau dikenali ramai dan khidmatnya juga menjadi sebutan. [wm.kl.8:00 am 06/10/10]