Monday, October 18, 2010

Dari Parlimen

Kontrektor Yang Bina Istana Negara Milik Kroni Umno

KETIKA Ibrahim Ali sedang bertarung dengan maut di Hospital Ampang Putri kerana melalui pembedahan jantung, Anwar Ibrahim berucap membahas ucapan belanja 2010 di Parlimen. Mungkin kalau Ibrahim ada di Dewan beliau dapat mendengar beberapa pendedahan menarik yang dibuat Anwar di mana memungkinkan beliau akan bersetuju dengan Anwar dalam beberapa perkara.

Salah satu didedahkan Anwar ialah mengenai misteri di sebalik pembinaan istana negara yang baru di mana banyak perkara-perkara diungkitkan Anwar menimbulkan tanda tanya dan keganjilan. Seolah ketelusan yang dijanjikan perdana menteri semuanya nihil kabne nihil belaka di sebalik projek raksasa berkenaan.

Misalnya dedah Anwar mulanya projek pembinaan istana negara itu berharga RM394.8 juta kemudian dinaikkan kepada RM649 juta. Manalala semasa kontrak itu diberikan pada Oktober 2008 ia dinaikkan kepada RM811 juta. Ini bermakna kenaikan kos projek itu sebanyak tiga kali.

Pembeian projek itu tanpa tander juga banyak melanggar syarat-syarat yang sepatutnya dipenuhi oleh kontrektor berkenaan. Tetapi kerana ianya milik kroni Umno semua syarat dan peraturan di langgar begitu saja.

Bukan itu saja yang mungkin memeningkan kepala rakyat berhubung dengan status syarikat yang memperolehi projek berkenaan iaitu Syarikat Mayamaju Sdn Bhd. Status syarikat ini meragukan. Menurut Anwar dari semakan dengan SSM syarikat berkenaan tidak pernah menjalankan perniagaan dan akaunnya domen. Ini menunjukkan syarikat berkenaan bukan syarikay berwibawa dan tidak layak menerima projek itu.

Syarikat itu juga tidak mempuyai sijik atau lesen daripada Pusat Khidmat Kontrektor (PKK) dan juga CIDB di mana lazimnya syarikat atau kontraktor seharusnya mempunyai lesen dari kedua agensi itu baru boleh ditawarkan projek apa lagi sebesar itu.

Paling pelik dan ganjil lagi projek berkenaan diberikan kontrak itu pada Oktober 2007 sedangkan ianya didaftarkan Ogos 2008? Rujukan syarikat berkenaan klik.

Syarikat itu adalah milik bekas bendahari Umno Merbok, Haji Man bin Mat.

Anwar akan menyambung perbahasann disebelah petang nanti apabila Dewan bersambung. Insyaallah saya akan menyorotnya. [wm.kl. 1:05 t/hari 18/10/10]

Berita Busora

Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tengku Mahkota Kelantan Yang Baru

SEPERTI mana yang telah dimaklumkan sebelum ini (lihat posting 13 Oktober), Inysa-Allah lewat tengah hari ini adinda kedua Sultan Mohamad Ke V, iaIni Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra (foto) akan dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan yang baru.

Sebelum ini Tengku Muhammad Fa-iz adalah Tengku Bendahara Kelantan.

Majlis Mesyuarat Exco Kelantan Kelantan bersama Majlis Perajaan Kelantan akan bermesyuarat pada pagi ini bagi urusan pemasyhuran berkenaan.

Satu sidang akhbar bagi memaklumkan perkhabaran gembira itu kepada sekalian rakyat juga akan dibuat menjelang sebelah petang bertempat di Istana Negeri Kubang Kerian oleh Dato' Setiausaha Kerajaan Kelantan, Aseri Alis.

Perkhabaran yang saya terima awal sebelum ini ternyata benar dan benar-benar menggembirakan rakyat. Tahniah untuk rakyat Kelantan yang menyanyangi dan senantiasa menjujung kasih kepada semua karbat di Raja Kelantan.

Semoga semua kerja berjalan sempuran dan dalam pemeliharaan Allah subhanahwatala. Allhaukbar... Allahuakbar ... Allahuakbar. [wm.kl. 8:00 am 18/10/10]

Sesudah Subuh

Saifuddin Pemimpin Impian Anak Muda

SEJAK dilantik menjadi timbalan menteri di Kementerian Pengajian Tinggi, saya terus memerhati bagaimana Saifuddin Abdullah menetaskan idea-idea bernasnya dan menyalurkan idealisme beliau yang saya kira mewakili pemikiran orang muda menerusi kedudukannya itu. Saya meletakkan bekas Presiden Majlis Beliau Belia (MBM) ini sebagai tokoh muda yang penuh dengan inovatif, komited dan menjana politik sihat kontemporari yang diimpikan oleh dunia keanakmudaan.

Saya tidak rapat dengan beliau bahkan tidak pernah mendekatinya. Jauh sekali untuk berbual dan bertukar-tukar fikiran seperti tokoh-tokoh muda lain baik dalam Pas atau PKR sambil mengenakan tea tarik di mana-mana cafe atau kopitiam halal. Saya hanya megenali keperibadian kepimpinan, idealisme beliau yang diuahkan menerusi tulisan-tulisannya dan juga bukunya. Sedikit saja saya mendengar peditonya.

Banyak beliau menulis meluahkan aspirasi hatinya dan hati orang muda. Sebagai penganut tegar Umno Saifuddin nampaknya tidak terikat dengan paradigma lapok partinya yang melihat keburukan teruk di pihak pembangkang tanpa sedia menerima kebaikannya dan menganggap apa saja yang Umno lakukan sebagai baik umpama firman dan sabda tanpa boleh ditegur dan diperbaiki.

Malahan beliau kadang-kadang kontra dengan suara original Umno itu sendiri.

Perkembangan ini saya merasakan Saifuddin adalah politician Melayu sejati. Pemimpin muda yang ada potensi dan membawa politik sihat dan tidak suka kepada provokasi ataupun melakukan havoc politik.

Misalnya kesediaan beliau untuk memberi kebebasan kepada mahasiwa berpolitik dengan memansuh (ataupun memberi kelonggaran) terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) jelas menunjukkan keterbukaan pemikiran beliau. Tentunya pendirian berkenaan disenangi oleh suara politik muda. Ia mencerminkan danimika beliau sebagai pemimpin muda Umno. Serta itulah juga tranformasi minda yang perlu berlaku dalam Umno.

Di sini Saifuddin juga komited dan istiqamah dengan kepercayaan dan idealisme Melayunya. Ia juga menyerlahkan leadship beliau. Walaupun cadanagn itu kurang disenangi menteri tetapi beliiu bertegas. Ketegasan inilah membuktikan keulitan beliau selaku pemimpin. Ini yang kita mahu di mana pemimpin adalah memimpin dan membangunkan minda bukan menjadi pak turut ataupun menutupi minda dengan taat secara membuta tuli.

Seperti mana tegasnya kalau tidak boleh disampaikan atas kedudukannya sebagai timbalan menteri (kerana menteri tidak sebulu dan penakut), tetapi dia akan menyampaikan atas kapasitinya sebagai ahli majlis tertingi Umno. Ini kelebihan dan keberanian kerana benar yang ada kepada Saifuddin.

Khabarnya kerana keberanian, terbukaan dan anjakan yang beliau ingin lakukan itu menyebabkan beliau dalam keadaan dingin dengan bosnya, Khalid Nordin. Sikap Khalid itu agak ganjil sedikit kerana Khalid juga sebelum ini dilihat seorang politican yang dilihat terbuka dan berfikir cara baru. Apakah Khalid masih berpegang kepada ajaran lama kalau sudah menjadi menteri, menteri harus senantiasa lebih betul dari timbalan menteri?

Atau pun penyekatan Khalid ini untuk tidak memberi ruang kepada Saifuddin melakukan pendekatan baru dalam kementerian itu terutamanya dalam mengolah politik mahasiswa kerana bimbang akhirnya Saifuddin akan lebih popular darinya? Kalau itu pegangan Khalid ia salah kerana menteri bukan perlu mementingkan populari tetapi memerlukan integriti dengan jawatannya.

Disebabkan hubungan dingin itu juga katanya Saifuddin tidak mempunyai ruang banyak dalam kementerrian itu bagi mencurahkan khidmat baktinya. Dan keistimewaan kebiasaan yang dikecapi menteri seperti mana mrenerima tempias projek (komisyen) dari kontrektor juga tidak dirasai Saifuddin. Betapa tidak untuk menyambung – memperbesarkan sedikit rumahnya di Temerloh katanya dia terpaksa membuat pinjaman dengan Bank Rakyat.

Menjelang perhimpunan agung Umno 19 hingga 23 Oktober ini Saifuddin sekali lagi telah menghantarkan mesej dan satu idea bernas untuk menjadikan parti Umno terus mendapat keyakinan umum.

Beliau melontarkan pandangan Umno memerlukan model politik baru menarusi pemikiran dan pendekatan. Katanya kenapa orang menolak Umno yang disifatkan parti berjasa kerana orang ramai melihat Umno kaku dan tidak dinamik dan tidak mengikut aliran biasa.

Maka katanya Umno menerusi pemikiran perlu melakukan pencetusan idea yang progresif berteraskan penghayatan budaya ilmu, keadilan sosial, pembinaan insiniah, partisipasi demokratis serta kelestarian ekonomi dan alam sekitar.

Mendalami apa yang diajukan Saifuddin itu bererti Umno selama ini sudah tidak bergerak atas landasan berkenaan maka itu gerakan dan pembangunan dilalukan Umno kosong tanpa roh dan ia mudah merelaikan rakyat negara ini dari nilai-nilai murni dan ketamdunan sosial.
.
Pada saya kalau suku saja pemimpin Umno hari ini berfikiran dan mengambil sikap 'tasamuh' seperti Saifuddin sudah tentu Umno tidak akan tergelecah jauh. Apakah orang seperti Saifuddin yang mementingkan kualiti dan tidak sedia membuehkan mulut dengan mengampu, beretorika akan mendapat tempat dalam hirerki kepimpinan Umno. Selalunya pemimpin yang nampak membawa pemikiran yang dinamik, yang ikhlas akan mati di tengah jalan dalam Umno ataupun akan ‘kocel’ dalam politiknya. Mat Maslan suka mencari publisiti dari menumpahkan idea. [wm.kl. 7:00 am 18/10/10]

Catatan: Kocel = kecut, kurus, lembek, makin mengecil macam orang kena kencing manis.

Sunday, October 17, 2010

Panggilan Pulau

Semoga Allah Selamatkan Ibrahim Ali

SEPERTI mana yang dilaporkan dalam beberapa protal berita dan juga media, esok Presiden Perkasa, Ibrahim Ali akan menjalani pembedahaan jantung di hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur. Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan sejak kelmarin setelah mengadu sakit dada. Selepas pemeriksaan dijalankan doktor mencadangkan agar beliau membuat pembedahaan segera.

Semalam hanya keluarga terdekat dan kawan rapat saja dilaporkan dibenar untuk menemui beliau. Keadaan itu boleh difahamkan keadaan Ibrahim serius dan memerlukan penjagaan rapi.

Hari ini bekas PM, Mahatahir Mohamad dan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilaporkan menziarahi Ibrahim dihospital. Kehadiran Mahathir tidak mengejutkan kerana Mahathir rapat dengan Ibrahim dan hubungan mereka lebih daripada seorang politician sebalinya sebagai anak dengan bapa.

Sebaliknya bila Khairy juga menziarahi ia mengejutkan. Di sini menunjukkan ketua pemuda berkenaan mempunyai ehsan dan sifat perikemanusiaan yang tinggi. Kalau itu juga boleh disifatkan politik ianya satu politik ada kelas. Kedatangan Khairy sudah tentu menyenangkan Ibrahim dalam saat-saat beliau terlantar begitu. Sepatutnya bukan Khairy saja yang wajar menziarahi Ibrahim tetapi Najib dan pemimpin Umno yang rata-rata kawan baik Ibrahim juga perlu menjenguknya.

Saya tidak hairan kalau Ibrahim terus dikunjungi rakan dan kawan. Dia seorang yang mesra kawan dan sanggup berkobrankan untuk kawan-kawannya. Dia juga seorang pemurah dan suka membantu kawan. Malahan ramai kawan-kawan disekelilingnya mencari atau menumpang makan daripadanya.

Ibrahim juga seorang yang prihatin kepada manusia lain. Semasa saya rapat dengannya dan berjalan ke serata tempat dalam usaha untuk mendekatkan beliau dengan rakyat khasnya orang Pas, Ibrahim akan meziarahi sesiapa saja yang diketahuinya sakit. Bagi tahu saja kepadanya beliau akan menziarahi tidak kira diceruk mana orang itu terlantar. Khabarkah kepadanya mengenai masalah kewangan anak-anak untuk ke sekolah atau universiti akan dikirimkannya menerusi bank.

Saya ingat bekas MB Johor, Othman Saat dan bekas Adun Perak yang sakit bertahun-tahun tidak siapa mempedulikannya. Tetapi Ibrahim satu hari kebetulan ke Johor Bharu mengambil kesempatan untuk menziarahi Othman Saat. Kunjungan beliau itu saya laporkan dalam Siasah membuka mata banyak pihak. Manakala beliau sanggup ke Perak semata-mata untuk meziarahi bekas Adun berkenaan yang sakit. Semasa bertemu Adun berkenaan sudah pun tidak mengenalinya.

Atas kebaikan dan sikap beliau yang satu ini saya merayu kepada semua penjengok blog saya agar mendoakan untuk kesejahtraan Ibrahim. Sama-sama kita mendoakan kepada Allah biarlah pembedahan jatungnya besok berjalan lancar tanpa sebarang implikasi sampingan.

Kita lupa sekejap rasa tidak senang kita kepada beliau dan kita buang kejengkilan itu. Kita anggap itu adalah firah manusia yang lemah. Mudah-mudahan selepas beliau selamat menjalani pembedahan nanti diberikan Allah kekuatan dan ksihatan untuk beliau meneruskan perjuangannya. Kita juga mendoakan agar perjuangan yang sedang beliau layar kini biarlah diterima dan menepati tuntutan Allah s.w.t. [wm.kl. 6:00 pm 17/10/10]

Bingkisan Ahad

Sudahkah Ezam Periksa Najib Luar dan Dalam?

[kemaskini] SELEPAS dilantik menjadi senator boy, Ezam Mohamad Noor (foto) secara automatik mengambil alih tugas bekas Perdana Menteri ke 4, untuk membelasah dan menyerang Anwar Ibrahim sampai lumat dan berterusan. Keadaan kesihatan Mahathir yang tidak begitu membanggakan akhir-akhir ini telah diambil kesempatan sepenuhnya oleh Ezam untuk meneruskan kerja tidak habis Mahathir tersebut.

Baru-baru ini Mahathir dimasukkan ke hospital di Melborne, Australia kerana dijangkiti kuman. Kejadian itu berlaku selepas Mahathir pulang dari bertemu mesra dengan para penumpang keretapi di stesen keretapi di Pasir Mas atas anjuran sebuah NGO.

Mereka yang selama ini tahi telinganya tidak pernah cair mendengar Mahathir menyerang dan membelasah Anwar terubat dengan kehadiran Ezam. Perlantikan Ezam menjadi senator antara lain tujuannya bagi meneruskan kerja-kerja Mahathir dalam kerajaan (baca Umno) secara rasmi. Itulah yang diharapkan kepada Ezam dengan perlantikan itu dan beliau berjaya memainkan peranannya. Ezam semacam menanggung pesaka pelesit Mahathir dalam membelasah Anwar.

Seorang penganalisa dari menara ganding pernah memberi pendapat mengatakan perlantikan Ezam itu membolehkan kebejatan Anwar akan dibawa langsung oleh Ezam ke dalam dewan senat! Katanya perlantikan Ezam itu dialu-alukan. Alangkah dangkalnya penganalisa berkenaan kerana telah mengharapkan Ezam terus membelasah Anwar daripada membawa idea untuk kebaikan ummah sebagai seorang anggota senat.

Ternyata harapan Umno kepada Ezam tidak sia-sia. Elaun sebagai anggota senat sebanyak RM12,000 sebulan itu dimanfaat sepenuhnya seperti mana dikehendak Umno. Malam tadi di program ceramahnya untuk menyelamatkan Selangor, Ezam untuk kesekian kalinya mengutuk bekas ketuanya itu. Kali ini beliau mencabar Pas supaya berjumpa dengan pembacuh kopi untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Tujuan Ezam cabar Pas, biarlah pembacuh kopi yang mendakwa dia diliwat Anwar itu menceritakan keadaan sebenarnya. Katanya, Pas sebagai sebuah parti Islam yang mempertahankan prinsip Islam dan keadilan wajar berbuat demikian dan tidak hanya mendengar penjelasan daripada Anwar atau pihak Anwar saja yang memutar belitkan cerita dan memital fitnah.

Saya bersetujuan dengan pandangan bakal MB Selangor itu. Tetapi apakah beliau sendiri telah melakukan keadilan dalam mempertahankan hal ini tanpa merasai tindakannya menzalimi dan menganiayaan mana-mana individi? Apakah beliau baru melihat keadilan dan keperluan itu setelah beliau mendapat jawatan senator? Apakah sebelum ini ketika beliau mengecam dan menyula Mahathir dan juga Najib dengan pidatonya beliau sudah berdiri atas prinsip keadilan dan kebenaran? Apakah waktu itu Ezam tidak bermain politik?

Saya mahu bertanya kepada Ezam apakah dia telah berjumpa sendiri dengan Azizan Abu Bakar - bekas driver Wan Azizah Ismail yang telah membuat pengakuan diliwat Anwar dulu. Apakah beliau telah berjumpa sendiri dengan semua orang yang dibawa ke mahkamah atas dakwaan diliwat atau melakukan liwat bersama Anwar dan menginterviu mereka satu persatu?

Semasam Ezam mempertahankan bekas bosnya dalam isu liwat Bahagian Pertama dulu, tidak pernah Ezam menjelaskan yang dia telah menemuramah semua mangsa-mangsa itu. Tidak ada pun cerita terkeluar dalam mahkamah atau tersebut dalam mahkamah yang beliau berunding dan berjumpa mereka seperti dalam kes liwat Bahagian Kedua ini.

Dalam kes liwat Bahagian Kedua ini Ezam telah menemuramah dan berjumpa dengan pembacuh kopi sehingga ke dini hari di Rawang, Selangor? Apakah pertemuan dengan pembacuh kopi itu beliau bukan saja menemuramah atau sebaliknya membuat dummy untuk memerangkap Anwar yang sudah dibencinya lantaran sedikit janji manis?

Apakah keadaan dan pendirian yang Ezam ambil waktu itu untuk mempertahankan Anwar hingga sanggup ke dalam penjara? Makanya hari ini Ezam tidak perlu mencabar Pas untuk menemuramah ataupun menyelak kain pelikat pembacuh kopi untuk melihat bagaimana keadaan lubang duburnya! Tidak perlu, tidak.

Terima kasih kepada Ezam yang berbuat begitu! Untuk mendapat bukti yang jelas beliau harus berbuat begitu. Kalau itulah yang berlaku maka jawatan senator yang diperolehi hari ini adalah hasil kesanggupan beliau melakukan kerja-kerja diluar kebiasaan dilakukan doktor itu, mengobek lubang dubur? Saya kata begitu kerana Ezam tidak hanya boleh mempercayai apa yang dikatakan oleh pembacuh kopi itu semata-mata tanpa beliau sendiri kena 'mengobek' dan melihatnya. Mungkin dia sudah melaksanakan kerja maha penting itu maka itu beliau percayai apa yang didakwa. Jangan-jangan Ezam turut mencium kok?

Apabila Ezam menyuruh Pas berjumpa dengan pembacuh kopi, Ezam seolah tidak memahami rentak atau bahasa politik. Pas menyokong Anwar dari dulu hingga kini bukan kerana Anwar bersih atau tidak. Itu soal peribadi Anwar. Kalau Pas hendak mengambil kira kekotoran manusia politik Pas yang "Islam" seperti fahaman Ezam itu tidak harus menyokong sesiapa saja, hatta ahlinya sendiri.

Kenapa Pas boleh bersama orang bukan Islam dalam usaha untuk meraihkan sokongan? Kenapa. Begitu juga kenapa Ezam boleh berkawan dan menerima nasihat Nalakarupan? Bukankah persahabatan itu atas tujuan politik. Seperti mana Ezam membelakangkan soal keperibadian dan akidah ketika bersahabat dengan Nalakaruppan maka begitu juga Pas membelakangkan soal ketidaksamaan akidah dengan rakan-rakannya yang lain. Begitu juga terhadap penerimaan Pas terhadap Anwar. Kalau Ezam boleh bersekongkol dengan Nalakarupan (Hindu) kenapa tidak pula untuk Pas? Rasanya bersikap menjaga sejadah orang agar tidak senget baik, tetapi jangan pula sejadah kita langsung tersalah kiblat.

Tetapi dalam soal ini Pas menyokong Anwar kerana Anwar dapat membantu perjuangannya. Anwar menjadi kuasa yang mampu untuk menolak kuasa huduh dan mendapat kuasa baik. Atas prinsip matlamat menghalalkan cara - seperti mana juga Ezam lakukan Pas tidak perlu mempedulikan itu semua. Saya bersetuju dengan sikap dan pandangan Pas, atas landasan politik sekular yang didokong oleh prinsip 4C.

Kalau Ezam nak cabar Pas agar memastikan sejauh mana kebersihan dan ketulusan Anwar saya nak cabar Ezam pula. Sejauh manakah beliau meletakkan nilai kesucian dan kebersihan yang ada kepada Najib Razak dalam hal ini? Apakah Najib begitu kudus dalam pandangan Ezam. Apakah standard yang digunakan Ezam dalam soal ini? Lupakah Ezam kepada kritikan-kritikan dan hemburan beracun beliau terhadap Najib selama ini? Atau semuanya termansuh apabila beliau dilantik menjadi senator? Kalau itu sikap dan pendirian Ezam ianya sangat rapuh dan sama dengan 10 budak hitam dalam PKR yang pelahap dan lapar yang merayau-rayau di kawasan longgokan sampah masa kini.

Bukan sahaja Najib bagaimana penilaian Ezam terhadap isteri Najib, Rosmah Mansor? Apakah bagi Ezam Rosmah lebih baik daripada Wan Azizah? Biarlah Ezam menjawabnya secara jujur? Atas sisa penghormatan saya kepada Ezam sebagai tokoh politik muda elok beliau membetulkan semula dirinya yang kini jauh melencong. Percayalah cita-cita beliau untuk menjadi MB Selangor tidak akan tercapai dengan kaedah atau pendekatan yang dilihat kontras dengan manusia seorang Ezam yang dikenali ramai sebelum ini. [wm.kl. 11:00 am 17/10/10]

Friday, October 15, 2010

Tazkirah Jumaat

Tarik Gelaran Datuk Bukan Kerana Ziarah Tuanku Ismail

SEMALAM tiap orang kenalan atau rakan penulis saya yang berjumpa di beberapa lokasi mereka bertanya perihal Inche Ibrahim Ali yang kena tarik gelaran Datuk oleh Sultan Mohamad Ke V. Mulanya saya malas nak melayan mereka, kerana saya fikir mereka sengaja mahu provok saya saja. Mahu tengok bagaimana sikap saya dengan kejadian itu.

Ada seorang penjenguk menulis dalam ruang komentar (tetapi saya tidak poskan), katanya tentu saya bergembira terguling-guling atas jalan raya sambil memegang bendera Pas apabila mendapat tahu gelaran Datuk dari Inchek Ibrahim ditarik. Begitu dangkal dan hingus sekali penjenguk berkenaan dalam menyinis saya. (Mungkin dia ni orang kanan Mat Maslan).

Tiap yang berjumpa dengan saya itu membuat kesimpulan mudah menganggap penarikan balik darjah kebesaran itu kerana Inche Ibrahim pergi menziarahi ayahandanya Tuanku Ismail yang sedang gering di Istana Mahkota, Kota Bharu. Lalu mereka menerima andanian itu dengan mengatakan kenapa begitu sekali pihak Istana Kelantan. Apakah melawat orang sakit itu satu dosa besar?

Saya tidak tahu apakah Inchek Ibrahim ada membuat andaian itu, bahawa gelaran itu ditarik kerana beliau menghadap Tuanku Ismail sehingga sesetengah orang menghukum demikian. Kalaulah ada memang jangkaan Inchek Ibrahim itu sendiri salah. Tanggapan demikian tidak boleh diterima langsung dan ianya cuba dipolitikkan untuk kepentingannya.

"Saya kagum dengan tingkah laku Sultan Kelantan yang baru ini, pakai jubah, sembelih lembu dan rapat dengan rakyat, tetapi kalau benar anugerah Datuk pada Brahim itu ditarik kerna ia pergi ziarah ayahnya yang sakit ia boleh menjejaskan kredibiliti itu," begitu kata seorang kenalan juga bergelar Datuk benar-benar simpati dan kesal ata apa yang berlaku.

Saya tidak segera menjawab dan mendengar saja. Saya mengiyakan dalam senyap saya protes. Untuk tidak mengusik hatinya. Saya tahu datuk ini bercakap berkisar kepada apa yang beliau dengar saja tanpa mengenali siapa dia Inchek Ibrahim dan siapa dia Sultan Mohamad Ke V.

Ditempat lain macam itu juga. Seorang kenalan mempersoalkan apa salah Inchek Ibrahim. Setahu mereka Inchek Ibrahim rapat dengan Tuanku Ismail, mereka berkawan baik. Pelik kalau penarikan itu dibuat berdasarkan alasan itu. Begitu juga kata mereka Inchek Ibrahim seorang pembela kepada institusi raja-raja.

Di sini saya tidak mewakili sesiapa apa lagi Istana Kelantan. Tetapi saya hendak jelaskan persoalan yang ditimbulkan itu atau termasuk kalau Inchek Ibrahim bersangkakan begitu. Tidak logik sama sekali kalau anugerah itu ditarik keran sebab-sebab seperti yang difahmkan itu atau cuba ditimbulkan sesetengah pihak.

Kenapa saya berkata begitu. Kerana yang melawat Sultan Kelantan baik semasa di Singapura ataupun di Kelantan bukan saja Inchek Ibrahim. Ramai para Datuk, Tan Sri malah Tun pun ada yang melawat Tuanku Ismail. Barang kali berguni-guni datuk dari Kelantan yang melawat Tuanku Ismail termasuk juga Nik Aziz, Ahmad Yaacob, Mohd Amar Nik Abdullah dan Husam Musa, Mufti dan sebagainya.

Kalaulah penarikan itu kerana sebab itu kenapa anugerah datuk kepada orang lain itu tidak ditarik? Sepatutnya semua mereka yang mengziarahi Tuanku Ismail ditarik balik Datuk mereka.

Begitu juga apa hairanlan kalau penarikan itu dibuat ke atas orang yang membela institusi raja-raja. Banyak dalam kisah dan hikayat dulu mereka yang membunuh raja dengan cara memberi racun ialah pembesar istana sendiri. Yang setiap hari melafazkan kata-kata Menjujung Kasih dan Daulat Tuanku. Mereka ini hanya berpura-pura saja sedangkan di lubuk hari mereka tersimpan bertong-tong sampah busuk dan berulat.

Mereka inilah menjadi batu api atau penghasut kepada istana yang akhirnya menyebabkan istana berantakan dan setengahnya institusi itu hilang dari atas muka bumi ini. Penghasut ini memang merbahaya dan mereka wajar dinyah dan bukan saja setakat menarik gelaran Datuk ataupun darjah-darjah lain.

Saya sangat percaya dan yakin penarikan itu bukan kerana Inchek Ibrahim telah mengunjungi Tuanku ISmail. Tetapi ada sebab-sebab yang lebih besar yang tidak boleh diungkapkan di sini. Dalam hal ini Inchek Ibrahim atau kawan-kawan rapatnya, terutamanya yang membawa Inchek Ibrahim menghadap tempoh hari tahu akan apakah sebab musabab sebenarnya. Tanyalah mereka dan mintalah mereka menceritakan dengan lidah nabi bukan lidah Abdullah bin Ubai.

Marilah kita mulai bercakap benar dan menjadi orang yang baik-baik dan soleh demi kejernihan bersama. Usia sudah pun melangkau lebih setengah abad. Jangan kita mengumpul terlalu banyak soalan untuk dijawab dalam kubur nanti kerana kita sebagai manusia sangat sedikit ilmu untuk menipu Munkar dan Nankir. Akibah menipu atau gagal menjawab persoalan Munkar dan Nankir menyebabkan kita akan dipalu dengan tongkat berapi, dummmmmmmmm! Adoiiii! [wm.kl.9:30 am 15/10/10]

Thursday, October 14, 2010

Menjelang Maghrib

PKR Jangan Menang Pemilihan Tetapi Kalah Pilihan Raya

PROSES pemilihan kepimpinan dalam PKR sudah pun hampir penghujung. Ternyata proses pemilihan kali ini menarik dan mendapat perhatian umum. Macam-macam gelagat dan kejadian berlaku dalam pemilihan itu. Baling kerusi, sepak, tendang, tabur kertas pengudian semuanya ada.

Manakala calon yang bertanding pula muncul dengan pelbagai gelagat. Ada yang melakukan serang hendap untuk menang. Ada yang mucul dengan manifesto dan wawasan tersendiri, ala-ala pertandingan presiden Amerika pula. Tidak kurang pula yang menggunakan tetktik provo, lempar batu sembunyi tangan, buat kenyataan dalam dalam rumah dan melihat kesannya menerusi kaca tingkap.

Kenapa pemilihan kali ini menarik dan mendapat perhatian. Saya sudah ulas dalam posting sebelum ini. Media masa penjilat buntut Umno yang selamanya akan memerangi PKR tidak habis-habis mencari dan menyunting angle yang boleh memberi keburukan kepada PKR. Apa dilakukan media kerajaan melakukan propaganda memburukkan PKR. Bekas ahli sampah PKR juga tutur sama bercakap dan memperkatakan prihal parti mereka dengan sedikit upahan oleh pihak tertentu. Walaupun mereka tidak ada locas standi tetapi kerana niat hendak memburukkan Anwar selaku penasihatnya diecer apa saja yang terfikir dalam kepalanya.

Setengannya ada yang bercakap menghemburkan PKR dan Anwar sambil menjinjing kain yang terkena berak sendiri.

Kenapa pemilihan PKR kali ini jadi perhatian, kerana PKR sudah besar dan gema yang mengatakan PKR akan bersama Pakatan Rakyat akan merampas Putrajaya begitu mempesonakan. Pendeknya pemiliha pemimpin hebat dan panas. Secara tidak langsung para pencacai itu yang gerun Putrajaya dirampas Pakatan Rakyat sudah kena tipu.

Proses pemilihan peringkat cabang sudah selesai. Begitu juga dengan pencalonan untuk merebut jawatan tertinggi. Pada 16 Oktober ini pengundian akan dijalankan. Waktu ini mereka yang layak untuk bertanding sedang membuat pertimbangan terakhir sama ingin meneruskan cabaran atau tidak. Beberapa calon sudah pun membuat pengumuman awal menyatakan pendirian mereka sama ada bertanding atau sebaliknya.

Untuk jawatan timbalan presiden, Mohammad Azmin Ali yang mendapat pencalonan terbanyak lebih 100 sudah tentu akan meneruskan cabaran. Mustapa Kamil Ayub juga telah menyatakan kesediaan bertanding. Hari ini beliau mengulangi sekali lagi pendirian itu bimbang takut pengundi (ahli) PKR melupai ke mana beliau. Mustapa Kamil akan bertanding jawatan timbalan presiden.

Begitu juga dengan Khalid Ibrahim yang dilihat begitu naif untuk bertanding telah menyatakan pendiriannya menerima pencalonan sebagai timbalan presiden. Saya melihat penerimaan Khalid itu tidak lebih daripada untuk memecahkan undi saja. Kalau soal-soal di sekeliling MB masih belum lendek molek, untuk apa beliau bertanding jawatan timbalan presiden. Saya kira Khalid tidak serius dan beliau perlu serius menumpukan menyelesaikan masalah birokrasi politik dalam pentadbirannya atau konflik intres antara kerajaan dengan partinya atau sebaliknya.

Anak Anwar, Nurul Izzah yang sebelum ini bersemangat untuk bertanding dan tergencat seketika kerana pencalonannya tidak mencukupi juga menyatakan hasrat bertanding jawatan itu. Biro Politik PKR hari ini telah memutuskan bahawa pencalonan untuk Izzah sudah mencukupi. Beliau akan mengumumkan sama ada bertanding atau tidak pada masa sesuai.

Sama seperti Khalid Ibrahim, kesediaan Izzah untuk bertanding itu bagi mata saya bukan serius. Izzah sendiri tentu tahu mengukur baju di badannya sendiri. Apa yang menyebabkan Izzah terlatah untuk bertanding kerana dirangsang oleh seseorang. Orang Melayu ada perangai suka melatah terutama wanita berumur. Mungkin Izzah juga ada penyakit itu kerana usianya sudah menjejak ke dewasa selepas menjadi ibu kepada dua anak.

Kenapa saya kata begitu sebab jawatan yang cuba hendak digapai itu tinggi, nombor dua. Sedangkan jawatan paling layak buatnya ialah kerusi Naib Presiden. Itu pun jika diukur dengan pengalaman dan penglibatannya dalam parti, pencapaian sebagai ahli Parlimen jawatan itu juga belum sesuai untuk beliau. Izzah baru '10 tahun jagung'. Jawatan paling afdal ialah menjadi Ketua Ankatan Wanita saja. Saya berharap Izzah tidak terasang dengan hasutan mengeruhkan suasana dan membatalkan hasrat bertanding apa juga jawatan.

Manakala orang yang ghairah untuk menjadi orang nombor sejak awal-awal lagi, Zaid Ibrahim masih membuat perhitungan sama ada akan meneruskan hasratnya untuk tanding jawatan itu atau tidak. Zaid kelihatan masih terus berteta teki dan membuat pelbagai gimik. Teta teki ini apakah satu permainan ataupun kebimbangan Zaid terhadap nasibnya dalam parti berkenaan. Pencalonan untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden tidak sampai 40.

Ada sedikit yang tidak kena atau dirasakan pelik pada Zaid ini. Satu masa beliau membayangkan akan bertanding kerusi Presiden sekiranya Nurul Izzan bertanding timbalan presiden. Kenapa beliau menjadi Nurul Izzah sebagai sandaran. Pada saya pemimpin yang berteta teki panjang sangat dan meletakkan sandaran pada orang lain adalah orang yang penakut dan tidak mempunyai kredibiliti sendiri.

Kalau Zaid benar-benar berani dan gentelman seperti dibayangkan dia tidak perlu menjadi sesiapa sebagai sandaran atau pun syarat. Tengok calon lain, Mustapa Kamil Ayub atau Azmin tidak mengada-ngakan syarat. Mereka berdua jantan dan terus menyatakan pendiriannya. Kenapa harus berselindung di sebalik orang lain.

Zaid khabarnya akan membuat kenyataan mengenai jawatan apa yang beliau hendak tandingi. Beliau ada dua peluang. Sama ada timbalan presiden atau presiden. Apakah waktu ini beliau sedang berada di tikar sembayang melakukan istikharah bagi menentukan jawatan apa yang sesuai baginya.

Cara Zaid berpolitik sedikit sebanyak telah menimbulkan kebosanan orang ramai dan ahli PKR. Perhati saja semasa proses pemilihan peringkat cabang baru lalu beliau membuat berbagai kenyataan untuk mendapat sokongan. Lepas satu satu gimik atau pun provokasi yang beliau buat. Salah satu yang agak melampau apabila beliau membayangkan yang kuasa presiden hari ini diliwat. Semua itu mengharapkan dia mendapat pencalonan terbanyak tetapi dalam masa sama melambakkan masalah dalam PKR.

Tanpa disedari sesetengah kenyataan itu telah menimbulkan masalah kepada PKR. Ketelusan dan sikap tegas dan terbuka melampau beliau yang dilakukan itu memberi menodai ketenangan dalam PKR. Di sini pada penilaian saya bekas menteri di JPM itu kurang bijaksana dan kurang peka kepada semangat berpersatuan. Beliau tidak berhemah dan memikirkan kemaslahatan parti lebih besar daripada mencari popular untuk mengharapkan pencalonan. Zaid adalah seorang individualistik.

Pengkaitan Zaid untuk bertanding dengan Nurul Izzah adalah permainan licit beliau. Zaid cuba bayangkan yang beliau mendapat sokongan Nurul Izzah. Harapan lebih jauh dari itu beliau ingin mencerminkan sokongan Izzah itu juga adalah sokonag kedua ibu bapa Izzah kepadanya. Gambaran dari itu juga bahawa Izzah menyokongnya. Tetapi sifir itu tidak mudah memberi jawaban yang konkrit. Zaid sendiri tahu dalam politik 2 x 5 jawabannya bukan saja 10 tetapi berbagai-bagai.

Silap kalau Zaid menyokong Izzah dengan nait itu. PKR adalah parti demokratik yang autentik nombor satu. Pemilihan dan keputusan bakal dibuat Izzah untuk menyokong sesiapa bukan dipengaruhi oleh ayah dan ibunya. Begitu juga dengan orang lain yang bertembung dengan keadaan demikian tidak akan menjadi orang lain sebagai pakar rujuk.

Benarlah kata Anwar, anaknya itu ada pemikiran dan penilaian sendiri dan beliau bangga dengan apa yang dibuat oleh Nuru Izzah itu. Memang Nurul Izzah ada izzahnya sendiri.

Apa pun masa terus berlalu mana-mana calon yang sedang diselubungi kegelapan akhirnya akan terkeluar juga dari jerumu itu. Begitu juga dengan Zaid akan sampai masa untuk beliau menyatakan pendiriannya. Bagi saya yang melihat dari jauh keadaan atau kehebatan Zaid dalam PKR kini semakin menirus bukannya menebal. Hari ini di mana-mana orang mempersoal dan merunggut tentang sikapnya yang seolah bergerak melencung dari landasan kelaziman dan cuba hendak membawa rel demokrasinya sendiri yang tidak mudah diterima umum. Di sini ada sikap agah kepada Zaid seolah-olah beliau saja yang betul, telus dan ikhlas.

Justeru pada saya dengan masalah, persepsi dan tuduhan ke atas beliau, sekiranya beliau masih ada hati dengan PKR beliau mansuhkan saja hasratnya untuk jadi orang nombor dua atau menjadi orang nombor satu. Pemansuhan niatnya itu akan dilihat orang itulah kejujuran Zaid dan sekaligus ia boleh meletakkan semula mahkota kebehatan beliau dalam PKR selama ini.

Tetapi kalau beliau bertanding juga apa lagi kalah, Zaid akan hilang segalanya dan PKR juga akan kehilangan beliau. Saya bersetuju dengan pendepat seorang penulis yang mengatakan tidak ada parti politik di Malaysia ini sesuai dengan jiwa bebas merdeka dimiliki Zaid. Makanya beliau harus menubuh partinya sendiri, menjadi presiden, menjadi timbalan presiden dan ahlinya sekali sebab beliau tidak mudah untuk melarutkan diri dalam kemajmukan ragam manusia politik. [wm.kl.6:00 am 15/10/10]

Wednesday, October 13, 2010

Promo

Berita Gembira Akan Berlaku Di Kelantan

Sekiranya tidak ada apa-apa halangan insyaAllah pada hari Isnin depan satu lagi khabar gembira akan meletus di Kota Bharu Kelantan. Apa yang berlaku pada tarikh tersebut pasti menggembira dan menyenangkan banyak orang. Perisitwa ini memang sudah diduga dan dijangkakan. Sama-sama kita (khasnya rakyat Kelantan) mendoakan semoga ia berlalu dengan baik? [wm.kl. 9:19 pm 13/10/10]

Berita Panas

Sultan Mohamed Ke V Tarik Gelaran Dato' Dari Ibrahim Ali

[kemaskini] BERITA yang menjadi bualan hangat di Pasir Mas khasnya dan di seluruh negeri Kelantan hingga ke Galas hari ini ialah penarikan balik gelaran Dato' yang dianugerkan kepada Ibrahim Ali oleh Sultan Kelantan. Penarikan balik itu dibuat oleh Sultan Mohamad Ke V. Perkara ini diumumkan dalam satu kenyataan rengkas oleh Pejabat Sultan dan dipetik beberapa blog dan protal berita.

Dari konteks Kelantan Ibrahim tidak lagi bergelar Dato'. Jadi mulai hari ini bolehlah ramai-ramai panggil Inchek saja, seperti mana saya panggil sebelum ini, Inchek Ibrahim. Saya sudah memanggil Ibrahim sebagai Inchek Ibrahim sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimana pun di luar Kuala Lumpur Inchek Ibrahim boleh lagi dipanggil Datuk. Saya faham dia masih ada dua gelaran Datuk, satu dari Melaka dan satu lagi dari Selangor. Datuk dari Melaka adalah terawal diterimanya tetapi beliau jarang menggunakan Datuk itu kerana nilainya dikata rendah berbanding Dato' Kelantan.

Datuk dari Melaka diterima semasa Rahim Tamby Chik menjadi Ketua Menteri Melaka.

Menganihkan juga penarikan gelaran Dato' ini kerana Inche Ibrahim yang juga Presiden kepada sebuah NGO dikatakan sangat memperjuangkan institusi raja-raja dan Melayu. Dalam pada itu Jumaat lepas beliau dilaporkan telah mengunjungi bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra di Istana Mahkota.

Adalah dipercayai 300 peratus kunjungan Inchek Ibrahim itu tidak ada sangkut paut dengan tragedi luka hari ini. Tetapi dipercayai ada kes lain yang lebih besar. Apa dia? [wm.kl.11:00 am 13/10/10]

Tuesday, October 12, 2010

Berita Busora

Tok Guru Akan Tunai Haji Bersama Sultan Mohamad Ke V

HASRAT Tok Guruku, Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menunaikan fardu haji tahun lepas yang terhalang atas kehendak Allah juga inysaAllah akan tertunai pada musim haji kali ini. Tok Guru dijangka akan berangkat ke Makkah awal bulan depan. Tarikh pemergian beliau masih belum ditetapkan.

Maklumat yang diterima dari sumber tertentu sama dengan maklumat yang diterima dari Kuala Lumpur. Jadual penerbangan beliau sedang diuruskan oleh pihak Tabung Haji. Seorang kakitangan Tabung Haji memberi tahu tarikh pemergian itu sekitar 9 atau 10 November. Ini bermakna selepas pilihan raya kecil Galas sekiranya ia berlaku pada 4 Nov.

Apa lebih mengharukan dan manisnya lagi pemergian beliau bersama dengan Tuanku Sultan Mohamed Ke- V. Samada pemergian itu bersama atau satu rombongan tidak dapat disahkan. Sumber-sumber memberi tahu Sultan Mohamad Ke V juga akan berangkat menunaikan haji pada tahun ini.

Ada hikmah besar kenapa Allah menggerak hati orang tertentu mencetuskan isu pemergian Tok Guru ke Makkah tahun selepas sehingga beliau membatalkan pemergian itu dalam keadaan sedih. Rupa-rupanya Tok Guru akan mengeliling Kaabah bersama banginda Sultan Mohamad Ke V, Tengku Mohammad Faris Petra.

Sama-sama kita mendoakan semoga Tok Guru diberikan kesihatan dan kekuatan untuk ke Makkah. Muda-mudahan tidak adalah pula sesiapa yang cuba mempolitikkan pemergian beliau kali ini. Selamat berangkat Tok Guru! [wm.kl.5:50 pm 13/10/10]