Thursday, October 21, 2010

Lintas Langsung Perhimpunan Agung Umno 2

Ucapan Najib Hanya Satu Jam

PRESIDEN Umno, Mohd Najib Razak baru selesai menyampaikan ucapan dasar perhimpunan agung Umno ke-61 yang memakan masa satu jam. Pendek. Selalunya ucapan dasar memakan masa lebih satu jam. Apakah Najib tidak ada modal atau tidak mahu mengulangi modal yang sama?

Saya hanya mendengar suku masa pertama saja, bagaimana Najib menarik perhatian perjuangan Umno yang dibawa oleh takah-takahnya sejak zaman Onn Jaafar, Tuanku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi. Selepas itu saya terlelap.

Umumnya takah-takah itu bersambungan antara satu sama lain. Beliau banyak memainkan sentimen sejarah dan peranan Umno dalam menjayabangunkan bangsa dan negara. Beliau mengingatkan akan jasa, bakti dan budi Umno yang kini sudah mula dipinggirkan.

Selepas itu saya tertidur dan sedar-sedar Najib memberi jaminan tegas bahawa hak keistimewaan Melayu tidak boleh diusik. Beliau memberi amaran kalaupun ada yang ingin menghapuskan apa yang sudah dimaktubkan tidak dapat dilakukan apa-apa kerana ianya sudah konkrit. Katanya setitik pun apa yang termaktub itu tidak boleh diubah? Betul ke?

Sejauh manakah perlembagaan memberi jaminan terhadap keresahan sesetengah orang Melayu. Kalau perlembagaan begitu kuat dan konkrit kenapa harus dihebohkan kepada para peteluang yang hendak meruntuhkan Melayu yang ditakhta atas perlembagaan itu? Umno tidak perlu gerun kepada sesiapa kalau benar kedudukan hak Melayu itu begitu istimewa dan utuh meraja.

Nampaknya mesej itu Najib tujukan kepada pembangkang, tetapi hakikatnya beliau menghantar mesej itu kepada rakan-rakan Umno di dalam komponen itu sendiri. Kita tenguklah selama ini apakah rakan Umno dari kalangan bukan Melayu akan akur dan memahami mesej berkenaan.

Apakah jaminan dan ketegasan Najib itu akan dipedulikan?

Akhirnya seperti biasa dengan nada lantang penuh bersemangat Najib menyeru ahli Umno supaya bangkit mempertahankan Melayu. Dalam hal ini ada tiga kaedah bagi merealisasikan; mengumpul kudrat, cari penawar dan menggerakkan kerja. Mungkin kudrat ada - menggunakan agensi kerajaan, penawar ada - formula dan kaedah tetapi soal menggerakkan. Ahli Umno sudah mangli dengan kesenangan dan bentuk gerak kerja yang dilakukan selama ini. Ini dilihat masalah yang bakal menimpa Umno kemandulan untuk melakukan gerak kerja.

Di akhir ucapannya Najib mengakhirnya dengan laungan (slogan) Hidup Melayu sebanyak tiga kali. Kemudian ia disudahi dengan pujian agung oleh pengerusi ke atas sang presiden itu dengan menyebut hebat... hebat. Apa yang hebat? [wm.kl. 11:40 am 21/10/10]

Lintas Langsung Perhimpunan Agung Umno

Kenapa TV3 Tidak Tunjuk Wajah Muhyiddin?

APA jadi TV3 dengan Muhyiddin Yaasin. Di skrin tv berkenaan sekejap tadi sewaktu para pemimpin dan perwakilan perhimpunan agung Umno menyanyI lagu Umno dan BN, tidak sekali pun wajah Muhyiddin dipaparkan di skrin tv.

Wajah semua pemimpin lain di clouse-up tetapi tidak wajah Muhyiddin Yassin. Baik semasa lagu Umno dinyanyikan maupun lagu BN di dinyanyikan kira-kira lima minit. Apakah ada arahan supaya wajah Muhydddin digelapkan ataupun dijauhkan dari mata penonton?

Antara wajah-wajah yang di clouse-up di sepanjang kedua lagu itu dinanyanyikan ialah wajah Mahathir, anaknya Mukhriz dan bila kedua lagu itu berakhir ia memberi fokus khas kepada Rosmah Mansor. Apakah ini disengajakan ataupun ada arahan?

Perkara ini mungkin kecil tetapi ia memberi impak besar kalau diperhatikan dan dinilai dari sudut politik. Apakah kerana timbul pertentangan idea dan pendekatan politik di antara kedua pemimpin berkenaan akhir-akhir ini. Muhyiddin mahukan perjuang Melayu diuatamakan tanpa bertolak ansur.

Misalnya penegasannya bahawa tidak ada apologetik untuk memperjuangkan Melayu kontras dengan pandangan Najib yang hendak membawa model politik baru yang mengambil pendekatan inklusif, sedarhana dan demokratik. Apakah puncanya di sini?

Tetapi nyata sekali apa dilakukan Tv3 sekejap tadi menenggelamkan sama sekali Muhyiddin Yaasib sebagai timbalan presiden Umno yang mana hal-hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan kerana ia boleh memberi tafsiran serong. Agenda memisahkan Muhyiddin dengan Najib mungkin sudah bermula. [wm.kl.10:25 am 21/10/10]

Wednesday, October 20, 2010

Risikan Galas

Iya Ke Umno Ada Masalah Di Gua Musang?

KALAU tidak ada aral merintang malam esok saya akan turun ke Galas untuk menyaksikan majlis pengumuman calon Pas. Tentunya ramai orang tertumpu ke sana. Pas sendiri memerlukan sokongan yang kuat untuk menghadapi pilihan raya berkenaan. Nama calon Pas sudah pun ada dalam minda dan genggaman saya. Ai? Kalau nak tahu call lah saya..

Sejak awal saya konsisten dengan calon ini. Saya tampak dialah paling layak. Pas nampaknya tidak bermasalah dalam menentukan calon. Konsesus didapati awal-awal lagi. Apakah ini sebagai petanda Pas akan mengharungi pilihan raya kecil ini dengan tenang. Atau para puak dalam Pas rela dan ikhlas untuk tidak menimbulkan masalah kerana lawan mereka - Tengku Razaleigh Hamzah. Atau kerana takut kenan di Manik Urai dulu. Eloklah kalau begitu, ia meringan beban dan tidak menimbulkan banyak kerenah.

Kehadiran Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang malam esok juga akan memeriahkan lagi majlis pengumuman calon itu. PKR dan DAP perlu menunjukkan sokongan padu. Kekalahan pilihan raya kecil itu akan turut merecit kepada mereka juga.

Pas dalam menghadapi plihan raya ini tidak berapa manggak - confident. Pas turun sebagai under dog dengan nisbah 48:52. Pas mengambil petunjuk apa yang berlaku di Manik Urai lalu di mana undi popular Pas menurun sekitar 4 atau 5 peratus. Jadi petunjuk itu dijadikan penanda aras untuk Pas memulakan gerak kerja di Galas. Sebab itu Pas letak 48. Kalau undi popular Pas kekal seperti mana pilihan raya umum tetntu Pas berkelebihan sekitar 51.5%.

Sudah tentu kalau peratus undi popular Pas terus turun Pas mungkin akan menangis di Galas kali ini. Sebaliknya kalau kedudukan 48:52 itu kekal dan Pas boleh tambah sedikit, giliran Tengku Razaleigh akan menangis dan mendapat penghinaan besar. Jadi perancangan tokoh Umno Kuala Lumpur untuk menggas Tengku Razaleigh akan berhasil.

Kita ulas dan kaji semula soal itu.

Yang jelasnya dalam Pas sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya itu, BN masih lagi terkial-kial. Sehingga kini BN belum dapat menentukan siapakah calon mereka. Apakah ianya dari kalangan orang Tengku Razaleigh atau Umno Gua Musang atau sebaliknya. Katanya berlaku pertikaian mengenai calon. Tengku Razaleigh mahu meletakkan orangnya tetapi dibantah atau kurang disenangi oleh pihak lain.

Dalam barisan kepimpinan Umno Gua Musang hari ini, sebahagiannya tidak menyokong kepimpinan Tengku Razaleigh. Ini jadi masalah. Ketua Wanita, Wan Hazani Mohd Noor dan Ketua Pemuda Bazlan dikatakan tidak berapa bersetuju angin dengan Tengku Razaleigh. Ada juga desakan agar orang mereka diambil.

Pertelingkahan ini menyebabkan Umno masih belum dapat mengumumkan calonnya. Tetapi apapun Tengku Razaleigh mempunyai kuasa besar untuk menentukan calonnya. Kuasa sebagai pengarah akan digunakan untuk membuat keputusan. Apa dibimbangkan kalau calon orang Tengku Razaleigh akan berlaku protes secara senyap.

Bekas Timbalan Ketua Umno Gua Musang dan juga bekas Adun Galas, Saufi Deraman dikatakan tidak sejalan dengan Tengku Razaleigh. Manakala Ketua Pemuda Umno, Bazlan pula selalu kelihatan bersama orang-orang Pas di Gua Musang. Betulke atau satu provokasi?

Saufi yang mengetahui kelemahan dan kekuatan Umno Gua Musang dikatakan sudah bertukar maklumat dengan bilik Gerakan Pas. Pas sudah mendapat rahsia dan masalah Umno Gua Musang. Apakah erti ini semua? Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa Umno berhadapan masalah perpaduan dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.

Ekoran berlaku perebutan calon ada cadangan agar calon alternatif diambil bagi mendamaikan kedua-dua pihak. Bekas ADO Gua Musang dikatakan disebut-sebut akan diletak sebagai calon. Tetapi sejauh mana ia disetujui sangat meragukan. Kalau kedua pihak sedia berkorban memberi laluan kepada orang luar ia boleh menyelamatkan Umno tetapi kalau sebaliknya Umno akan tertumus.

Sejauh mana kebenaran berita dan perkhabaran itu tidak boleh diyakini sepenuhnya kerana Umno kini sibuk berperhimpunan. Mungkin Tengku Razaleigh sengaja memperlewatkan kleadaan kerana memberi tumpuan kepada perhimpunan agung Umno. Tetapi bagi saya di antara PWTC dan Galas sepatutnya Tengku Razaleigh mementingkan Galas. Ini penting bagai mengelakkan Umno tewas di Galas seperti pilihan raya-pilihan raya kecil yang lepas. [wm.kl.9:10 pm 20/10/10]

Berita Dari Galas

Pas Lancar Jentera Pilihan Raya Galas

PAS telah mendahului Umno telah melancarkan jentera pilihan raya kecil Galas malam tadi. Pada pelancaran majlis itu ada petanda awal Pas akan berdepan dengan Umno secara selesa dalam pilihan raya kecil Galas 4 November depan.

Gambaran ini ternampak pada sambutan majlis berkenaan yang dihadiri lebih 5,000 demikian menurut sumber yang hadir. Katanya orang Cina juga hadir dan berada di hadapan menandakan mereka menyokong Pas. Perlancaran itu dilakukan Mursyidul Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat perkarangan pejabat Pas Gua Musang.

Ikut serta dalam majlis itu ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, Penolong Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan, serta semua pemimpin di semua peringkat di Kelanan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan lain-lain.

Apa juga menyeangkan persediaan Pas menghadapi pilihan raya kecil Galas tidak sama dengan Manik Urai. Tiada soksek soksek yang tidak sedap didengar berdaung. Begitu juga sepanduk yang menghalang orang luar datang ke Galas tidak kelihatan seperti mana di Manik Urai dulu.

Semangat dan kesungguhan jentera yang hadir menjelaskan mereka sedikit pun tidak gerun dan teralat dengan tindakan Umno memilih Tengku Razaleigh Hamzah mengepalai ketumbukan BN.

Mereka akan hadapi apa saja. Seperti mana kata Nik Aziz, Pas bukan berdepan dengan personaliti Tengku Razaleigh tetapi berdepan dengan perjuangan Umno yang berideologi sekular. Jadi kesediaan Tengku Razaleigh untuk mengubat sakitnya tidak menjadi masalah bahkan dari sisi lain menambahkan lagi daya juang Pas.

Selama ini pun Pas tidak memperjuangkan personaliti tetapi memperjuangan ideolgi sebab itu soal-soal personaliti yang peribadi Pas tidak mengambil kira.

Kerana itu Pas tidak perlu malu alah untuk berjuang memastikan kerusi Galas kekal di tangan Pas.

Sempena majlis itu Nik Aziz telah menyerahkan bendera Pas kepada 13 ketua-ketua peti undi yang bertindak menjadi ketua jentera mengikut peti undi. Apa yang merujakan daripada 13 ketua peti undi yang menerima bendera itu seorang daripadanya ialah orang Cina. Katanya Nik Aziz sengaja menyerahkan peti undi itu untuk diuruskan oleh oang Cina.

Beliau mengepalai peti undi di bandar Gua Muang yang didominasi orang Cina. Kepercayaan Pas dan kesediaan orang Cina untuk menggerak peti undi itu memberi petanda baik bahawa pengundi Cina akan berpihak kepada Pas. Adalah dipercayai tindakan ini adalah pertama kali berlaku.

Dalam kawasan Galas pengundi Cina mewakili kira-kira 20% iaini sekitar 2,000 orang pengundi.

Sementara itu Pas akan mengumumkan calonnya pada malam 21 Oktober di Gua Musang. Dijangka bandar Gua Musang akan dibanjiri para penyokong dan ahli Pas. Turut sama mendamping Pas dalam pengumuman itu ialah Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. [wm.kl. 8:00 am 21/10/10]

Ulasan Awal Pagi

Umno Tidak Perlu Halang Media

RASANYA bukan saja saya kurang faham dengan Umno yang melarang sesetengah media membuat liputan persidangannya tetapi orang lain juga. Menghairankan Umno sebuah parti terbesar dan menjadi tunggak pemerintahan negara ini, Seharusnya sikap tertutup ataupun gerun tidak tentu fasal sudah tidak timbul lagi. Umno perlu mengaruskan politik gentelman.

Parti itu harus terbuka dan bersikap profesional. Saya setuju dengan pandangan Najib Razak yang mengatakan media tidak boleh disekat. Katanya tidak perlu diadakan undang-undang untuk kawal media. Penyekatan media bukan penyelesaian terbaik.

Pandangan Najib itu disokong oleh Khairy Jamaluddin bila mana beliau akan memberi tahu Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor mengenai halangan kepada media tertentu daripada membuat liputan perhimpunan agung Umno.

Dalam hal ini Umno harus belajar daripada Pas. Pas membuka semua ruang muktamarnya kepada media tanpa mencurigainya, tanpa mengira apa idealisme media berkenaan. Walaupun satu masa Pas juga besikap on off dalam hal ini, tetapi akhirnya rasionaliti mengatasi kesempitan akal mereka. Nampaknya Pas lebih libreral dalam melayani media berbanding Umno. Apakah sikap ini menunjukkan Pas lebih yakin terbuka daripada Umno?

Media tidak boleh ditutup. Tutuplah serapat mana pintu pun ia boleh masuk. Kalau wartawan tidak dapat melihat sendiri apa yang berlaku mereka akan bertanya orang yang masuk atau berada dalam dewan. Kalau mereka tidak juga mendapat maklumat maka mereka akan membuat spekulasi dan analisis sendiri.

Keadaan inilah boleh memarahkan pihak yang menghalang akhbar itu, Bila mereka tidak boleh masuk mereka akan mereka cerita. Mereka akan menembak. Kalau kena ok, tak kena boleh memarahkan pihak berkenaan.

Sebaliknya kalau mereka dibenarkan masuk, mereka boleh menulis terhadap apa yang mereka lihat, dengar dan rasa dengan mata kepala mereka sendiri. Cuma dari sudut mana mereka hendak highlight itu terserah kepada agenda mereka. Selalunya media membawa aspirasi dan selera di mana mereka berkerja.

Misalnya kalau wartawan Harakah membuat liputan persidangan Umno tidak mungkin ia akan memberi laporan positif ia akan cuma mengnegatifkan juga. Begitu juga dengan Utusan dan Berita Harian mereka akan ogehkan juga untuk memberi persepsi buruk kepada Pas.

Tidak mengapa terserah kepada mereka sebab yang menghukum ialah pembaca. Jadi baik Pas atau Umno atau mana-mana parti politik bukalah seluasnya pintu kebebasan media mereka kepada semua. Apa hendak ditakutkan kalau kita benar, kebenaran tetap bersama kita dan kebatilan akan hanyut juga walaupun ia ditulis dalam bahasa paling cantik dengan tinta emas sekali pun. [wm.kl.7:30 am 20/10/10]

Tuesday, October 19, 2010

Pas Beli Bangunan Umno Kota Bharu

APA sudah jadi? Pembelian bangunan Umno Kota Bharu oleh Dewan Pemuda Pas sungguh memalukan parti tersebut. Ke mana ketua bahagian Umno Kota Bharu, Mohd Fatmi Che Salleh (foto) hendak meletakkan mukanya. Bangunan adalah lambang kediaman dan keutuhan sesebuah pertubuhan. Kalau rumah mereka kini sudah dibeli orang ibarat miskin dan dhaif sangatlah parti berkenaan.

Khabarnya tuanpunya bangunan itu Zaid Ibrahim telah menjual bangunan itu kepada Dewan Pemuda Pas dengan harga RM4.5 juta. Murah. Sebelum ini katanya Zaid minta Umno membayar dengan harta sekitar RM6 hingga RM8 juta sekiranya Umno berminat untuk memiliki bangunan tersebut. Apakah ada diskaun dan ianya begitu tinggi kerana ada apa-apa di sebalik batu?

Hendaknya harga itu harga semasa yang tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi, fleksible. Biarlah pembelian bangunan itu atas perasaan semangat jual beli sebenarnya. Jangan Zaid jual kerana hendak memalukan Umno Kota Bharu tidak baik ataupun mengharapkan apa-apa ganjilan daripada Pas pula. Dan Pemuda Pas pula jadi seronok membeli dengan harga murah kerana ingin memperli Umno Kota Bharu. Jangan sesekali pasang niat tidak baik.

Jangan ditanya dari mana Pemuda Pas memperolehi duit sebanyak itu? Saya masih ingat Akademik Keluarga Bahagia dimana pengerusinya Abdul Latiff Abdul Rahman pernah memiliki wang sebanyak RM5 atau RM7 juta. Mungkin wang itu dipinjamkan kepada Dewan Pemuda Pas untuk membeli bangunan Umno yang terbelangkai itu. Rasanya tidak salah pembelian itu demi maruah perjuangan.

Ataupun Dewan Pemuda Pas buat pinjaman bank? Biarlah jangan peduli dari mana wang itu diperolehi. Dalam dunia hari ini wang sebanyak itu sedikit saja. Saya sendiri kini sedang menyusun dan mengira wang hasil penjualan Siasah kepada Anwar Ibrahim seperti mana ditulis oleh rakan bloger saya Hambali Latiff.

Kerana mudah itu jugalah tidak rasa mustahil kalau jutawan kertas kosong bernama Abdul Rahim Abdul Wahab bermurah hati mendermakan replika chek bernilai RM4 billion kepada Pas Kelantan. Semua orang kini sudah memiliki banyak wang. yang kurang wajar ialah mereka yang menjadi pengampu Umno sahaja.

Sekali lagi kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan diucap tahniah. Semoga dengan adanya bangunan sendiri Pemuda lebih berperanan dalam membawa panji membangun bersama Islam. Dan yang paling baik Pemuda juga hendaklah bebas dari diserkup oleh hegemoni mana-mana pihak dan berdirilah atas astka perjuangan sendiri. [wm.kl 6:30 pm 19/10/10]

Catatan Khas

Menanti Cheng Ho Ke Kelantan

KATA orang bakat dan kercerdikan anugerah Allah semula jadi. Secara fitrah semua manusia tidak kira warna kulit dan agama berhak memiliki kebijaksanaan itu kerana semuanya diberikan akal untuk menjanakan kebijaksanaan untuk hidup. Terpulang dan terserah kepada sejauh mana kerajinan seseorang itu menggunakan akal fikiran mereka.

Tetapi sayangnya tidak semua manusia bernasib baik untuk menggunakan kecanggihan komponen berharga (akal) itu sehingga ia boleh menoleh ke belakang dan merungkai jauh ke depan. Orang boleh melihat jauh ke depan mereka memiliki seribu jalan untuk berjaya dan memberi keuntungan kepada semua ummah.

Di sinilah pula dikatakan orang cerdik hanya terpilih saja. Orang cerdik banyak tetapi tidak banyak yang boleh memanfaatkan akalnya. Kurang kreativiti dan malas. Di sinilah memerlukan kreativiti seseorang hamba apa lagi yang bernama pemimpin.

Tidak terlampau kalau dikatakan, apa yang pernah dilafazkan oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Husam Musa seorang yang cerdik, kreatif dan rajin. Beliau dilahirkan bukan saja untuk Kelantan tetapi untuk Malaysia.

Sekali dengar kata-kata Nik Aziz itu semacam sinikal politik yang berat sebelah. Tetapi kalau dilihat kepada kerja ataupun tindak tanduk (kreativiti) Husam menjelaskan beliau seorang yang menepati apa yang diperkatakan Nik Aziz itu.

Husam sendiri tentu tidak merasai apa yang di'polot'kan kepadanya itu. Namun bagi musuh Pas mereka yang sejuk hati dan melihat Husam sebagai mahkluk lemah yang ada kuasa diam-diam mengakuinya. Saya sendiri dalam beberapa prejudis kepadanya (Husam) sebelum ini namun istiqamah mengenai kelebihan dan kecemerlangan beliau ini. Bahawa beliau suka tidak suka adalah aset kepada Pas Kelantan.

Justeru dengan membuang rasa jengkil dan muak berunsur sentimen melampau atas beberapa pembawaan semula jadi Husam, semua orang khasnya orang Pas di Kelantan perlu mendokong Husam, memberi semangat atau pun setidaknya tidak menganggui kerja-kerjanya untuk membawa perubahan ke Kelantan dalam membantu Menteri Besar. Biarlah dia berbuat sesuatu kebaikan secara senyap kalaupun tidak mahu menzahirkan sokongan kepadanya.

Misalnya usaha terbaru Exco Kanan berkenaan untuk membawa “Cheng Ho” ke Kelantan pada 21 hingga 28 November ini dalam satu Exco "Perdagangan dan Perdamaian" " Cheng Ho satu lagi kejayaan dan pandangan jauh Husam dalam memanfaatkan kebijiaksanaan dan kehebatan Laksamana Cheng Ho. Cerita Cheng Ho ini sudah lama, tetapi hanya hari ini ditangan Husam baru ia diketengahkan dan bakal merungkai minda umum khasnya rakyat Kelantan. Bahawa baru akan dapat merasai Cheng Ho ada perkongsian hidup dan mati dengan orang Melayu khasnya Kelantan.

Sewaktu saya kembali ke Kelantan beberapa minggu lalu saya sudah mendengar akan projek ini. Saya tidak tahu apakah intipatinya ataupun maksud membawa Cheng Ho itu, tetapi sudah ada suara yang menyindir akan usaha berkenaan tanpa melihatnya dengan mata hati ataupun cuba menyelongkari apakah manfaatnya dalam hubungan Cheng Ho dari sudut perdagangan dan perkembangan Islam.

Saya rasa pandangan itu dari 'mata juling' yang melihat kerana ianya dilakukan Husam. Pandangan demikian pada saya tidak betul. Sesuatu yang baik harus disokong tanpa mengira siapa yang membawa atau mencetusnya. Begitu juga sesutau yang huduh itu perlu dikritik tanpa melihat siapa melakukannya hatta 'tok alim'. Bukan bermakna kita tidak senang dengannya dalam hal-hal tertentu maka keseluruhan apa yang dilaksanakan itu harus ditolak atau dipersendakannya.

Sikap begitu tidak baik dan merugikan semua pihak.

Seperti mana dijelaskan dalam satu kenyataan berhubung perkara itu, ekspo itu demi mengembali nostaglia kehebatan laksamana Cina itu dan juga perkembangan Islam di rantau ini dibawah Cina termasuk ke Kelantan. Ia tentulah cuba memecahkan kejayaan hebat Cheng Ho dalam membawa dagangan ke rantau sini bersama dengan pengembangan Islam.

Sudah tentu dengan ada ekpo berkenaan rakyat Kelantan akan mengenali orang Cina dan bagaimana mereka membantu dalam membawa syiar Islam di negara ini. Kita tahu bahawa orang Cina lebih dahulu memeluk Islam berbanding orang Melayu. Selebih dari itu dapat mengenali budaya dan tamadun mereka dalam perdagangan.

Selama ini kita melihat orang Cina – Cina benua, adalah Cina semata-mata dalam pemahaman yang disuntik sebelum ini yang penuh prejudis dan persepsi buruk. Kita melihat Cina berdagang dan budaya mereka yang kontras dengan budaya dan agama kita yang datang hendak menakluki kita semata-mata. Tetapi tanpa disedari bahawa bukan semua Cina demikian dan budaya yang ingin dibawa ke sini ialah budaya Cina yang berakidah Islam.

Idea membawa Chengo Ho ke Kelantan ini bukan mudah dan kecil, ia memerlukan komitmen dan kesungguhan. Khabarnya satu rombongan disertai beberapa orang wakil rakyat terlibat dalam menjayakan expo ini dan mereka telah pun mengunjungi China beberapa minggu lalu. Turut sama ialah Adun Pulai Chondong, Zulkefli Mamat yang juga bertindak sebagai Pengarah Expo. Ikut sama ialah Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamat dan beberapa anggota yang lain.

Ekoran itu akan menyusul satu lagi rombongan ke Cina tidak lama lagi. Khabarnya kali ia akan disertai sama oleh Exco Kerajaan Tenmpatan, Kebudayaan dan Pelancongan, Takiyuddin Hassan. Sudah tentu dengan penyertaan aktif pengerusi jawatan kerajaan berkenaan ia akan memeriah dan memantapkan lagi expo berkenaan. Sudah tentu juga ekspo itu akan dapat memaknakan lagi Kota Bharu Bandaraya Islam. (KBBRI)

Expo yang diadakan sempena dengan genap 20 tahu pentadbiran Tok Guru itu hendaklah dilihat sebagai satu kejayaan bersama di Kelantan. Ia bukan milik seseorang tetapi semua anggota kerajaan dan juga penyokong Pas. Saya yakin kalau semua peringkat bersatu dengan ikhlas menjayakan expo berkenaan yang akan membawa keberkatan dan kesuksesan.

Sudah tentu kalau wujud persefahaman, maufakat dan keikhlasan dalam berkerja, Kelantan bukan saja kekal setakat Nik Aziz masih ada tetapi selepas ini juga akan kekal walaupun siapa mengambil teraju Kelantan.

Kerana seperti mana roh Cheng Ho yang dibawa ke Kelantan itu roh Tok Guru juga akan bersama rakyat Kelantan yang rindu dan cintakan Islam, kalaupun beliau sudah meninggalkan tampuk pentadbiran. Syaratnya semua sepakat dan ikhlas dan buang sifat dengki khianat ataupun beprangsangka jahat di antara satu sama lain. [wm.kl. 11:00 am 18/10/10]

Sebuka Mata

Biarlah Mahathir Terus Mengeluarkan Air Bisanya

JALON (bukan nama sebenar) seorang budak jahat dari kampung berhampiran kampung saya. Dia bukan saja jahat, nakal, tetapi pembohong, degil dan suka bergaduh dengan sesiapa saja. Pantang bermain dengannya akan berlakulah pergaduhan. Bohongnya 10 kali ganda pembohongan Zulkefli Nordin.

Jahatnya Tuhan saja yang tahu dan tidak ada di kampung lain. Dia boleh berak dalam daun keladi dan melontarkan najis ke arah Imam yang sedang sembayang. Salahnya sikit saja sebab imam menegurnya agar kembali ke masjid seperti budak-budak lain. Ajakan Imam kepada agama itu dianggap sebagai berfikiran sempit.

Dia juga keras kepala dan tidak menerima pandangan orang lain. Selamanya dia merasakan dirinya saja yang betul, orang lain salah dan tidak mencapai tahap pemikiran termasuk kejahatan dimilikinya. Sampai ke akhirnya (mati) dia berada dalam keadaan begitu dan kejatahatannya menjadi lagenda seperti mana kejahatan dan kezaliman Firaun di Mesir.

Hari ini cerita Jalon menjadi sebutan. Ia dijadikan bidalan dan perumpamaan, kalau nak merujuk kepada sesuatu kejahatan, orang akan kata, kamu jahat macam Jalon. Kalau ada budak degil, orang akan kata degil macam Jalon. Begitu juga kalau ada budak suka bergaduh dan bergasak dengan orang dan merasakan dia hebat, orang akan kata macam Jalon.

Mengingat watak Jalon ini saya teringat kepada watak bekas PM, Dr Mahathir Mohamad yang tidak pernah merasa besalah atas perbuatan politiknya dan apa lagi untuk menginsafinya. Baik sebelum jadi PM semasa jadi PM dan selepas tak jadi PM dia tetap seperti dia. Mahathir seorang yang konsisten sifat, fiil dan juga perwatakannya. Tidak ada penghijarahan akhlak dalam hidupnya. Takah-takah 40, 60 atau 70 tidak berlaku dalam kitaran hidupnya.

Mahathir tidak pernah mengubah cara dia berfikirnya dalam politik. Cara berfikir begitu sudah melekat dan menjadi darah dagingnya. Dia melihat hanya dirinya saja yang betul. Kalau dia sudah tidak suka kepada seseorang dia akan benci selamanya. Sejuring kebaikan orang itu tidak akan diingat dan dikenang lagi. Inilah kedegilan dan kekerasan yang membatu dalam dirinya.
Tiga manusia yang menjadi sasaran Mahathir kerana dendam kesumatnya tidak pernah ada tara dalam hal ini. Pertama Tengku Razaleigh Hamzah kedua, Anwar Ibrahim dan ketiga Abdullah Ahmad Badawi. Bagi beliau saya lihat ketiga orang ini adalah musuh yang dianggap mengekorai perjalanannya sampai ke liang lahad.

Dendam dan bencinya kepada Tengku Razaleigh tidak pernah habis. Tidak ada yang baik padanya bagi Tengku Razaleigh walaupun Tengku Razaleigh melakukan apa saja kebaikan bersama dengannya. Puncanya ialah kerana Tengku Razaleigh menentanngya dalam tahun 1987 kerana tidak dapat menerima dasar dan pendekatan beliau sebagai PM. Penentangan yang membawa dia hampir tewas itu menjadikan ia berdendam terus. Wajah Tengku Razaleigh adalah wajah pembunuh kerjayanya.

(Sebenarnya ada sebab lain lagi menjadikan dia berdendam, nanti diceritakan lain kali).

Kerana perangai busuk itu, saat orang kini memuji Tengku Razaleigh atas kesediaan untuk menerima tanggungjawab sebagai pengarah pilihan raya kecil Galas, Mahathir diam membisu. Tanpa asa apa-apa ulasan dan kata-kata semangat darinya. Mengapa? Jawabnya kerana dendam. Seperti dia tidak sedia untuk memuji Tengku Razaleigh takut pujian mengutungkan Tengku Razaleigh di Gua Musang.

Mungkin juga Mahathir menyedari penerimaan Tengku Razaleigh itu sebagai permulaan untuk mencetus semula usaha memulihkan Umno secara holistik yang dirosakkan oleh beliau selama 22 tahun lalu.
Demikian juga terhadap Anwar Ibrahim. Serangan beliau tidak pernah reda ke atas Anwar. Kalaulah serangan itu persis memukul Anwar dengan kayu dan batu, sudah lama jasad Anwar tenggelam dalam tanah. Bagi Mahathir beliau melihat Anwar sehuduh makhluk atas muka bumi ini. Walaupun Anwar memaafi atas apa juga kesalahannya yang membawa Anwar dan keluarganya merana namun tidak pernah didengari Mahathir. Dendam dan marahnya mengatasi pertimbangan lain, terhadap Anwar. Semacam Mahathir tidak perikamanusiaan dan petunjuk agama dalam menentang Anwar.

Masih seperti Jalon tidak pernah mengakui kesilapannya. Beliau masih beranggapan tindakan mendakwa Anwar lebih 10 tahun lalu tepat dan berasaskan fakta dan bukti katanya. Dia juga menolak yang pendakwaan itu satu konspirasi. Inilah Mahathir bercakap seolah-olah 28 juta rakyat Malaysia semuanya buta, bisu dan pekak untuk memahami dan menilai sandiwara politik jahat politik beliau dalam mempertahankan kuasa dan kedudukannya.

Katanya mana boleh untuk melakukan konspirasi, ia bukan mudah sebab melibatkan orang ramai. Katanya dia tidak pernah panggil hakim untuk makan atau datang ke rumah. Tetapi Allah itu maha menunjuki kebenaran, dalam beliau menafi itu beliau ada pula menyebut kcuali Ketua Hakim Negara. Kalau sudah Ketua Hakim Negara dipanggil, tidak payah lagi panggil hakim-hakim kecil, sebab Ketua Hakim Negara akan mengrahkan hakim-hakim lain seperti mana kehendak perdana menteri itu.

Sejarah telah menunjukkan bagaimana Mahathir menguasai dan berkuasa ke atas hakim. Di zamanya lima hakim Mahkamah Tinggi termasuk Ketua Hakim Negara dipecat. Apakah ini sudah dilupai oleh Mahathir. Kejahatan melampau dan rasa bangga diri melampau menyebabkan kejahtaan tidak tertampan di kolam mata dan orang yang taksub kepadanya pula melihat sebagai satu jasa besar yang harus diasappujakan.

Orang mengatakan Malaysia beruntung mendapat insan seperti Mahathir. Tetapi saya merasakan negara kerugian besar kerana menerimanya sebagai pemimpin selama 22 tahun.

Apakah Mahathir lupa dengan tindakan beliau ke atas Anwar menyebabkan negara menjadi huruhara. Setiap kali beliau melakukan tindakan sadis Umno dan negara huruhara. Tahun 1987 bila beliau mematikan Umno menyebabkan wujud Semangat 46 dan Umno berpecah. Implikasi dari dendam itu Kelantan jatuh ke tangan Pas sampai kini sukar untuk diambil alih.

1987 beliau pecat dan sumbat Anwar ke dalam penjara bukankah menghuruharakan Umno dan negara. Akibat dari itu BN kehilangan kuasa majoriti 2/3 di parlimen dan empat buat negeri. Siapakah yang menjadi punca dan angkara? Bukan Mat Maslan kecuali Mahathir.

Mahathir tidak pernah mencermin dirinya dan tetap merasakan hebat. Kelemahan BN dan Umno itu tetap diletakkan atas bahu orang lain. Dia telah menyalahkan 100 % kepada Abdullah Badawi yang katanya mengsia-siakan mandat besar diberikan rakyat 2004. Fahamkah kita yang dikatakan Mahathir itu. Ianya tidak lain dan tidak bukan kerana Abdullah telah melepaskan singa yang dikandangkan olehnya. Walhal cara Abdullah melepaskan Anwar itu adalah tindakan kemanusiaan yang mulia terhadap satu kekejaman dilakukan oleh seorang Jalon bernama Mahathir.

Kerana itu beliau terus mengkritik Abdullah. Baginya tidak ada satu juring pun kerja dan pengorbanan Abdullah baik dan berguna. Malam siang kadang-kadang dalam tidur beliau melutu dan mencerca Abdullah Badawi. Itulah di Jalon Dr Mahathir Mohamad.

Sebenarnya orang seperti Mahathir ini memang dilahirkan Allah untuk menjadi batu pengasah kepada kita. Anggalah dia sebagai batu yang akan menajamkan pemikiran kita dan mengenalikan kita dengan mentara keTuhanan. Biarlah dia terus berkata-kata selagi mahunya.
Makin banyak dia mengeluarkan kata-kata maka rakyat akan lebih mengetahui dia dan mengenali peribadinya. Mahathir kini umpama ular sawa yang akan mengeluarkan semua air bisa dan racunnya sebelum dia membungkus diri dan terjun ke dalam lubang. Biarkanlah dia mengkritik dan mencerca, kerana sifat mazmumah itu adalah penawar dan pil kesihatan untuk di Jalon ini, tiada pilihan lain hanya itu saja. [wm.kl.8:00 am 19/10/10]

Susupan Tengah Malam

Karim Ghani Keluar Umno, Mungkin Sertai Pakatan?

SEMALAM Umno Sabah dikejutkan dengan pengumuman bekas Ketua Penerangan Umno Sabah, Abdul Karim Ghani yang telah mengumumkan keluar dari parti berkenaan serta merta. Surat perletakan itu sudah dihantar ke ibu pejabat Umno Sabah dan Kuala Lumpur.

Mungkin Karim waktu ini hanya melukut di tepi gantang saja dalam arena politik Sabah tetapi penglibatannya dalam perjuangan politik Sabah 30 tahun lalu bukan kecil anak.

Beliaulah antara pelopor yang telah membawa Umno masuk ke Sabah kerana ingin menyelamatkan agama Islam di negeri berkenaan yang ketika itu diancaman pengaruh Kristinasi yang hebat pada masa Sabah di bawah naungan PBS.

Karim adalah tokoh sezaman dengan bapa kemerdekaan Sabah Tun Datu Mustapa Haron dan boleh dianggap Datu Mustapa sebagai idolanya.

Dengan tindakan Karim itu ia memberi kesan kepada Umno Sabah apa lagi menjelang pilihan raya umum ke 13. Golongan veteran dan mereka yang berjiwa Sabahan pasti akan bersama beliau.

Beberapa hari sebelum itu beliau ke Kuala Lunmpur dan sempat bertemu saya dan beberapa rakannya yang lain. Biasalah kalau ke sini beliau akan mencari teman-teman penulis yang dikenal sejak lama dulu untuk berbual dan makan.

Beliau seorang yang humble dan tidak pernah sombong dan senantiasa mengenang dan merai kawan baik ketika di Kuala Lumpur atau kami ke Sabah. Malam itu antara penulis yang dipanggil ialah saya, Syed Abdullah dan Yahaya Ismail. Sdr Zabidi Saidi rakannya semasa Zabidi di Sabah telah dipanggil malam sebelumnya.

Malam itu Karim tidak mencerita lanjut apa yang akan berlaku. Cuma beliau ada membayangkan sesuatu kejutan akan berlaku. "Tunggulah 18 Oktober saya akan membuat pengumuman penting di Kota Kinabalu," begitulah ujarnya. Dan ternyata hari ini beliau mengambil langkah nekad meninggalkan Umno atas alasan parti itu gagal untuk mengambil langkah objektif untuk memaju dan membela masyarakat Sabah. Ada juga mengatakan tindakan itu kerana Umno telah meminggirkan orang lama dalam Usno yang menyertai Umno.

Sebenarnya saya sudah dapat mengagak tindakannya itu. Lama sebelum ini semasa bertemu di Kota Kinabalu kira-kira dua setengah tahun lalu beliau sudah membayangkan rasa tidak puas hati terhadap Umno dalam membangunkan Sabah. Menurutnya penghijarahan Umno ke Sabah bukan membawa harapan tetapi memusnahkan Sabah. Hatinya ketika sudah tawar terhadap Umno di mana ketika Abdullah Badawi melawat Sabah beliau tidak pun ke aiport menyambut Abdullah.

Beliau membayangkan rasa putus asa kepada Umno yang telah menjanjikan macam-macam untuk kepentingan rakyat Sabah yang sanggup mengorbankan Usno. Pengorbanan yang mahal itu dirasakan tidak berbaloi.

Bagi Karim janji Umno itu hanya manis dibibir mulut saja dan dirasai sebagai perangkap semata-mata untuk kepentingan individu tertentu yang berjaya memperalatkan pemimpin Umno Sabah waktu ini.

Apabila beliau mengumumkan keluar Umno serta merta maka jelas, apa lagi menjelang 24 jam Perhimpunan Agung Umno beliau sudah tidak dapat lagi menahan rasa pedih dan kesal kepada Umno. Apakah tindakan beliau selepas ini. Katanya beliau dan rakan-rakan seangkatan dengannya sedang berusaha untuk menghidupkan semula Usno untuk dijadikan wadah perjuangan.

Orang seperti Karim yang tidak boleh duduk diam pasti akan berusaha apa saja untuk meneruskan sisa-sia usianya dalam perjuangan. Semasa dalam Usno dulu beliau merupakan Naib Presiden yang sangat berpengaruh.

Apakah sekiranya usaha menghidupkan Usno gagal Karim dan ribuan penyokongnya akan bertindak menyertai PKR atau Pas? Pilihan raya kecil Batu Sapi pada 4 November depan akan memberi petunjuk ke mana arah jalan masa depan Karim dalam politik. Sebagai pejuang Karim tidak akan boleh duduk diam pasti beliau akan merayau ke Batu Sapi. Apa lagi khabarnya 30% pengundi di Batu Sapi orang Melayu yang rata-rata asalnya dari Usno. [wm.kl. 1:10 am 19/10/10]

Monday, October 18, 2010

Laporan Lewat

Ibrahim Ali Selamat Jalani Pembedahan

[kemaskini] BARU sekejap tadi ahli Parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub mengirimkan SMS kepada saya menyatakan beliau juga berdoa untuk kesihatan Ibrahim. Katanya; "Saya sekeluarga mendoakan semoga Allah s.w.t. anugerahkan keselamatan dan kesejahteraan pada Dato' Hem dan cepat sembuh."

Sallahuddin adalah wakil rakyat dan pemimpin tertinggi Pas pertama yang turut menyatakan simpati dan berdoa untuk kesejahteraan Inchek Ibrahim. Sikap dan keprihatinan sebeginilah yang kita mahu dan menjadi amalan kita semua.

AHLI Parlimen bebas Pasir Mas Ibrahim Ali sudah selamat menjalani pembedahan jantung kira-kira jam 5:00 petang tadi. Beliau dibawa masuk ke bilik pembedahan (OT) jam 11:00 pagi. Ketika ini beliau ditransit di wad CCU, Ampang Puteri, Selangor. Bagaimana pun beliau masih belum sedar sepenuhnya kerana obat bius dan dijangka akan sedar sepenuhnya menjelang jam 10:00 malam ini.

Menurut rakan baik Ibrahim sdr Zainal Abdul Rashid yang memaklumkan menerusi SMS, ramai sanak saudara, kawan dan kenalan beliau berhimpun di luar hospital menanti perkembangan pembedahan itu. Masing-masing sugul dan berdoa agar pembedahan itu selamat, mereka baru beredar selepas mengetahui pembedahan selesai dan selamat dijalankan.

"Alhamdulilah MSO pembedahan Datuk Him selamat dan terima kasih kepada MSO yang turut mendoakan dalam blog dan FB," kata Zainal yang dikenali dengan panggilan manja Abe.

Dalam pada itu sejak saya postingkan mengenai pembedahan Ibrahim ramai penjenguk yang turut menyatakan simpati dan turut berdoa untuk beliau. Masing-masing berharap Ibrahim akan sembuh dan meneruskan perjuangan beliau menerusi Persaka.

"Kita mahu orang seperti Tok Him kerana di dalam buruknya ada baiknya khasnya untuk orang Melayu," kata seorang penjenguk. Dalam pada itu beliau berharap semoga apa yang dilalui Ibrahim hari ini akan memberi ruang untuk beliau melakukan mahasabah diri.

Dalam itu ada juga komen-komen liar dan nakal yang saya kira datangnya dari mereka yang terlalu marahkan Ibrahim dan tidak dapat menilai dan membezakan situasi Ibrahim kini dengan lagaknya di atas pentas selama ini.

InsyaAllah saya bercadang akan mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan pembedahan Ibrahim itu sebaik saja beliau dibenarkan keluar dari hospital sebagai menandakan penghormatan saya ke atas beliau sebagai seorang perjuangan rakyat meskipun ada banyak perbezaan teknik perjuangan antara saya dengan beliau. [wm.kl. 8:20 pm 18/10/10]