Friday, November 26, 2010

Ulasan Lewat

Cheng Ho Datang Dan Pulang
Membawa Seribu Makna

SETELAH lima hari lima malam 'armada' Cheng Ho menjatuhkan sauh dan berlabuh di tanah Tadahan Wahyu, akhirnya armada itu pulang kembali ke negara asalnya. Pulang meninggalkan seribu kenangan dan seribu artifak baru yang akan dikenang untuk generasi akan datang. Kembali untuk datang semula dengan muatan dagangan dan sarat dengan minda islah demi kemakmuran serantau.

Selama lima hari anak-anak kapal Cheng Ho berlegar di Kota Bharu menjalini persahabatan dengan orang Kelantan dalam membina tamadun dan kemakmuran sejagat. Semoga penjalinan atas niat menuju ke mardatillah itu akan direstui Muhammad s.a.w. dan diredai Allah s.w.t.

Menjadi harapan semoga sebaik saja armada berkenaan sampai ke negeri mereka, mereka akan menceritakan apa-apa yang baik yang mereka temui selama mendiami Kelantan. Ia akan menjadi aset ataupun umpanan pancingan untuk orang Cina untuk datang melancong dan berdagang di Kelantan.

Demikian juga dengan rakyat Kelantan yang menerima kedatangan armada berkenaan akan dapat menilai sendiri akan keakraban, kemesraan rombongan armada Cheng Ho itu. Lebih penting dari itu mengutip segala ilmu dan pengalaman untuk membina kekuatan diri setanding dengan kehebatan dan kebijaksanaan Cheng Ho ataupun orang Cina.

Kalau mereka boleh belayar ke lautan dan singgah di pantai kita, kenapa tidak kita memanjat tembok besar (Great Wall) negeri mereka. Kita juga perlu menunjukkan misi kita dan keupayaan kita. Kita sangat mengharap dalam kita membuka pintu rumah kita mereka akan sedia membuka jendela rumah mereka setulusnya.

Selama lima hari, Kota Bharu negara Serambi Makkah menjadi sebuah negara Cina berikutan berlangsungnya expo Perdagangan dan Persahabatan Kelantan - Cina, (China International Trade Fair 2010). Jalinan semangat Cheng Ho dengan semangat Tok Kenali seakan mewujudkan sebuah negeri baru di Kota Bharu. Itulah ilusi, itulah harapan yang diselit bersama dengan agenda siasah.
.
Meskipun persinggahan itu sekejap, tetapi ia membawa seribu makna. Ia memberi banyak input untuk kedua belah - Kelantan dan beberapa wilayah Cina yang hadir pada expo berkenaan. Bukan itu saja, expo bertemakan perdagangan dan kemakmuran itu membuka ruang dan minda baru kepada lebih 20 buah negara peserta, Cina, Tawian, Khazastan, Uzbekistan, Pakistan, Burma, Thailand, Indonesia, New Zealand, Australia dan lain-lain. Tegasnya manfaat bukan saja antara dua buah negara utama - penganjur, tetapi negara-negara Islam lain juga khasnya yang pernah dijejaki oleh Cheng Ho.

Expo berkenaan bukan saja mendedahkan betapa hebatnya masyarakat Cina dalam dunia perdagangan dan pelayaran, tetapi sekaligus menunjukkan hubungan diplomatik berlandaskan misi dakwah, komersial, budaya dan agama (Islam) antara Kelantan dengan China yang sudah berlangsung lama sebelum ini. Paling menariknya ia berjaya menghimbau hubungan yang berlangsung lebih enam abad lalu. Dan paling bererti apabila diketahui bahawa Kelantan adalah persinggahan Cheng Ho pertama dalam pelayaran perdagangan dan misi dakwahnya, pada abad ke 14.




Sudah pasti dengan expo berkenaan juga lebih mendedahkan lagi hubungan berkenaan dan rakyat Kelantan dapat pula menimba segala kemajuan dan ciri-ciri tamadun Cina yang ternyata hebat dan mengegarkan dunia. Banyak yang kita perlu tiru dan mengambil iktibar dari kebangkitannya bagaikan seekor naga dari sebuah pertapaan.

Sudah tentu harapan dari pihak penganjur terutamanya Kelantan, ia bukan saja bermotif politik tetapi lebih bermakna dari itu bagaimana ingin membangunkan negeri berkenaan. Expo berkenaan yang mendedahkan peluang perdagangan, pendidikan, pelancongan, perubatan, pertanian bakal menguntungkan kedua pihak.

Dari konteks lain expo berkenaan bukan saja menunjukkan keberanian kerajaan Kelantan tetapi ia juga satu tindakan bijak dan mempamirkan kreativiti akal para pemimpinnya dalam mengatasi dan mengisi tanggungjawab pembangunan yang dikosongkan dan dinafikan oleh kerajaan pusat. Wajar dan tepat bila kerajaan Pusat mengabaikan Kelantan maka Kelantan perlu menerokai alternatif baru. Di sinilah Kelantan memerlukan pemimpin yang boleh berfikir menjangkau sempadan dan tidak berlegar dalam kain pelikat semata-mata.

Tidak salah kalau semua pihak, baik dari kalangan Pas sendiri sama-sama angkat tangan atas kejayaan expo berkenaan. Kelantan perlu berbangga dengan pencapaian itu tanpa mempedulikan ejekan dan tawa pihak lawan. Dalam masa realitif singkat, dengan keupayaan wang terhad serta bantuan publisiti oleh media arus perdana yang tidak ada, tetapi expo berkenaan berjaya diadakan dan mendapat sambutan hangat. Bukan itu saja penahanan beberapa kontena yang membawa peralatan untuk di pamerkan oleh pihak kastam seolah-olah ada unsur sabotaj terhadapnya.

Biarlah apa orang hendak bilang kerajaan Kelantan teristimewanya mereka yang menetaskan idea dan mendepakan kesungguhan dalam menjayakan expo berkenaan harus merasa bangga dan dikalungkan jambangan bunga terima kasih. Dengan mengenepikan sentimen dan kepentingan diri mereka harus dipuji.

Dalam pada itu kritikan tidak dapat dielakkan. Ibarat mengadakan kenduri besar sudah tentu akan ada mangkuk pinggan, atau cawan dan gelas yang pecah dan retak. Kenduri itu tidak akan sah kalau tidak ada kecacatan dan kemalangan berlaku. Begitu juga dengan perjalanan expo atau tanggapan kepada expo berkenaan mungkin ada yang kurang menyenangkan.

Pihak penganjur harus menerima hakikat kelemahan mereka, apa lagi expo bertaraf dunia sebegitu apa lagi pertama kali dianjur oleh Kelantan. Kekurangan pengalaman tentu menimbulkan beberapa kelemahan. Pun begitu kejayaan yang dicapai itu membuktikan akan kemampuan Kelantan yang selalu berbangga dengan tag linenya "Kelantan menerajui perubahan". Apa yang penting expo berkenaan belum pernah dianjurkan oleh kerajaan Malaysia, jadi bila kerajaan Kelantan dapat mengadakannya ia satu kejayaan dan sejarah.

Rakyat Kelantan harus berbangga. Setidak-tidaknya expo itu membentang idea global pemimpin Kelantan terutamanya Menteri Besarnya Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kesediaan membenarkan armada Cheng Ho singgah di Kota Bharu itu melambang sikap terbuka MB berkenaan. Bahawa beliau berifkir untuk membawa perpaduan dan kemakmuran bukan saja di negerinya tetapi mencakupi seluruh benua selagi tercapai mindanya.

Bila bercakap soal kecacatan, ada beberapa kecacatan paling ketara. Dalam pengamatan saya expo berkenaan tidak mendapat kerjasama sepenuhnya bukan saja dari agensi kerajaan Pusat tetapi dari kalangan agensi atau individu politik di Kelantan juga. Kalau boleh dijadikan ukuran, mengenai keterlibatan (tampak) bayangan para wakil rakyat dan Exco. Semasa saya di majlis (forum akhir) berkenaan tidak semua wakil rakyat atau ahli Exco yang nampak menjera wajah di situ.

Dari sudut penyertaan forum perniagaan pada hari terakhir ia mengecewakan. Banyak kerusi yang kosong. Kebanyakan peserta dari kalangan rakyat Kelantan pula terdiri dari pelajar sekolah. Di mana para usahawan, ahli perniagaan atau cendekiawan dari Kelantan? Yang paling saya sedihkan apabila ketiadaan wakil rakyat ataupun penyelia Dun atau penjawatan jawatan penting parti dan kerajaan tidak mengikut forum berkenaan. Mereka sepatutnya mengambil peluang untuk ikut serta dalam forum berkenaan bagi menimba pengalaman.

Sesungguhnya forum sebegitu cukup mahal nilainya. Tetapi malangnya nilai yang mahal ini tidak dihargai dan dilepaskan begitu saja. Saya tidak dikir falam masa 10 tahun lagi akan ada expo berkenaan. Bukan mudah untuk mengalunkan laut agar armada Cheng Ho tiba di Pantai kita.

Dan apabila bercakap mengenai expo kita perlu tahu siapa di sebalik tabir. Ramai yang melihat hanya Tok Guru Nik Aziz dan Husam Musa saja. Tetapi disebalik dua nama ini masih ada beberapa nama lain yang menjadi tulang belakang dan nadi kepada kejayaan expo berkenaan. Antara orang penting lain ialah Adun Pulai Chondong, Zulkefli Mamat, yang bertindak selaku Pengarah Expo. Beliaulah yang merupakan orang belakang tabir utama dan seorang insan yang berkerja dalam senyap.

Zulkeflilah yang memulakan langkah meninjau mencari peluang di Cina dengan membawa satu rombongan. Kemudian ianya diikuti oleh rombongan Exco Kelantan, Husam Musa yang pada masa itu diikut serta sama oleh bekas CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Ariffahmi Abdul Rahman.

Selain daripada beliau Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat, Adun Bukit Panau Abdul Fatah Mahmod, Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim juga nampak aktif dan bertungkus lumus mengendalikan sekretariat bersama beberapa buah agensi negeri seperti Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Wakil rakyat lain tidak berapa nampak kemenonjolan peranan mereka. Malahan semasa di dalam pusat pamaren Cina saya terserempak dengan seorang wakil rakyat bersama isterinya. Bila diajukan pertanyaan apakah peranannya dalam menjayakan expo berkenaan, beliau menjawab "ana hanya selaku orang ramai saja, tukang tengok." Mendengar jawaban itu cukup memberi pengertian kepada saya apalah peranananya dan sejauh mana tinggi rendahnya kualiti beliau sebagai wakil rakyat.

Adalah menjadi harapan sekiranya Kelantan diundang oleh Cina untuk membalas 'lawatan' Expo itu diharap semua pihak akan bergabung tenaga dan bekerjasama untuk membawa tamadun Kelantan ke benua itu. Kalau ada kerjasama saya yakin apa yang dicapai oleh Cina dari expo itu juga akan dapat diraih oleh Kelantan. Bukan itu saja Kelantan juga akan dapat dikuasai dalam pilihan raya akan datang. [wm.kl. 9:20 pm 26/11/10]

Wednesday, November 24, 2010

Sesudah Subuh

SPR Jangan Tunjukkan Sikap Berat Sebelah

BERKATALAH Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar (gambar) kalau pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) diadakan berasingan dengan pilihan raya Parlimen ia membazirkan wang rakyat. Beliau juga mengingatkan negeri-negeri yang hendak mengadakan pilihan raya berasingan dengan pilihan raya umum terpaksa menanggung sendiri wang perbelanjaannya.

Wan Ahmad berkata demikian sebagai mengulas cadangan negeri-negeri di bawah pemerintah Pakatan Rakyat mungkin tidak bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan pilihan raya umum. Mereka bercadang untuk mengadakan pilihan raya berasingan di peringkat negeri masing-masing. Mereka akan menggunakan kuasa mutlak mereka untuk berbuat begitu.

Kalau ini berlaku bermakna negeri-negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor tidak akan membubarkan Dun masing-masing bagi membolehkan pilihan raya diadakan serentak Parlimen dan negeri-negeri di seluruh negara. Kita faham kenapa Pakatan Rakyat bercadang untuk berbuat demikian. Jawabnya, demi memastikan mereka terus berkuasa di negeri-negeri berkenaan.

Sebelum ini ada cakap-cakap dan cadangan kalangan pemimpim negeri Pakatan Rakyat untuk tidak sedia membubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya diadakan berasingan. Bagi Pakatan Rakyat tindakan itu baik sekiranya dengan cara itu mereka dapat terus mengekalkan kuasa di negeri berkenaan. Tindakan itu tidak boleh dilihat sebagai menyusah atau membazirkan wang rakyat.

Tindakan tersebut mungkin anih tetapi ia tidak pelik malahan wajar. Sebagai parti yang menguasai negeri-negeri berkenaan menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat mempertahankan kemenangan itu. Mereka akan melakukan apa saja selagi dihalalkan mengikut kitab dan peraturan demokrasi bagi memastikan negeri berkenaan dimiliki mereka.

Hal ini sama juga dengan pihak BN yang memegang kerajaan di beberapa negeri dan federal. BN akan menasihati Yang Diperetuan Agong membubarkan Parlimen bila mana mereka dalam keadaan selesa dan yakin menang. Selagi keadaan tidak memihak kepada mereka Parlimen tidak akan dibubarkan dan kemungkinan ia akan dibiarkan hingga tamat tempoh. Begitu juga kalau keadaan kondusif buat mereka Parlimen dan Dun dibubarkan walaupun tempoh tamatnya masih lambat lagi. Tindakan BN itu juga tidak salah dan wajar bagi menyelamatkan sisa-sisa kekuasaan mereka.

Pilihan raya berasingan itu membazirkan wang memang benar. Bukan saja pengasingan mengadakan pilihan raya tetapi beberapa kegiatan dan tindakan lain juga membazirkan wang. SPR boleh membendung mengenai pembaziran ini. Salah satu ialah menghadkan penggunaan poster dan juga bahan kempen dalam pilihan raya. Begitu juga menghadkan ruang media terutamanya tv untuk kempen parti kerajaan.

Penggunaan ruang media itu yang sepatutnya dimanfaatkan dengan segmen yang berkuliti telah disalah gunakan setiap kali menjelang pilihan raya. Ia menjadi alat kempen untuk BN. Apakah ini bukan satu pembaziran?

Anihnya juga bila setiap kali SPR membuat teguran dan kritikan ia ditujukan kepada parti Pakatan Rakyat sahaja. Semua masalah atau risiko bakal dihadapi rakyat diletak dan dicampakkan ke atas bahu oposisi? Apakah BN tidak penyumbang ke arah kemudaratan dan pembaziran itu? Rasanya orang-orang besar di SPR harus menukar kaca mata mereka daripada glass kepada kanta multi fokus.

Selalunya SPR tidak akan bercakap perkara yang sama kalau ia terkena kepada pihak BN. Seperti mana nasihat atau pandangan Wan Omar itu kenapa ia ditujukan kepada Pakatan Rakyat sahaja. Kenapa beliau tidak cuba memberi pandangan dan teguran sama terhadap BN?

Misalnya mengenai pilihan raya di Sarawak dan Sabah yang diadakan berasingan dengan pilihan raya umum. Kejadian ini bukan berlaku hanya sekarang tetapi sejak beberapa penggal dulu. Apakah itu bukan pembaziran? Ataupun SPR menggunakan air laut untuk mengurus pilihan raya itu bukannya wang?

Begitu juga kali ini Dun Sarawak akan dibubarkan paling lewat pertengahan tahun depan. Kenapa beliau tidak mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan serentak dengan Dun Sarawak bagi diadakan pilihan raya serentak dan dengan itu menjimatkan wang? Apakah kerana Sarawak memiliki Ketua Menteri yang kaya dan dapat membiayai pilihan raya itu tanpa menggunakan wang kerajaan? Begitukah?

Bila Wan Ahmad hanya nampak segala masalah disebabkan Pakatan Rakyat, maka nyata beliau tidak berlaku adil dan saksama. Sebagai orang bertanggungjawab dan berkuasa ke atas badan bebas (SPR) beliau seharusnya bersikap profesional dan adil sepanjang masa. Kalaupun di lubuk hatinya ada rasa simpati kepada BN, tetapi janganlah pamerkan menerusi kedudukan kita selaku timbalan pengerusi, tetapi cakap atau sebut saja di jerung dapur di rumah. Biar anak beranak memahami dan mengetahui sikap buruk kita itu dan bukannya rakyat.

Pada saya bersikap tidak profesional, berat sebelah itu adalah sebahagian daripada pembaziran yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. [wm.kl. 6:30 am 24/11/10]



Tuesday, November 23, 2010

Analisa Isu

Tiada Rombakan Kabinet?
Perhubungan Negeri Pasti Berubah

PERDANA Menteri, Najib Razak nampaknya menolak kemungkinan rombakan kabinet dalam masa terdekat ini. Semasa menjawab pertanyaan (kemusykilan) wartawan Najib enggan mengiyakan ataupun menidakkannya. Beliau hanya mengatakan "kalau ada, adalah...kalau tidak ada tidaklah". Jawaban itu subjektif, mungkin ada mungkin tidak.

Sebagai seorang dikenali tidak banyak 'kluk klik' pernyataan Najib itu boleh dipercayai. Kalau tiada rombokan kabinet ada munasabahnya. Walaupun Najib memperkenal KPI terhadap anggota kabinetnya tetapi penilaian berkenaan tidak pratikal buat masa ini. Memang jika dilihat ada menteri yang tidak mencapai tahap KPI yang dikehendaki oleh Najib. Nyata sekali kegagalan dan kelemahan beberapa menteri berkenaan.

Sehubungan itu terdengar berbagai desas desus kononnya si anu akan dibawa masuk dalam kabinet dan si anu pula akan ditendang keluar. Nama-nama popular yang dikatakan antara akan dikenakan tindakan atau pun dibuang dari kabinet, Menteri Beliau dan Sukan, Ahmad Shabery Chik, Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Ismail Sabri Yaacob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Bahrum.

Nama-nama ini sudah berlegar di udara dan menyebabkan batang tubuh berkenaan sudah menggeletar dan mula tidak nyenyak tidur. Ada juga menteri yang sudah berjumpa ustaz dan bomoh untuk melihat bagaimana nasib dan masa depan politiknya. Ada juga yang sudah mengemaskan barang-barang di pejabat untuk sedia berpindah seperti mana anak-anak sekolah mengemaskan buku-buku dan kerusi meja menjelang saat locing pulang berbunyi.

Manakala nama-nama yang dikatakan akan dibawa masuk ke dalam kabinet, Tengku Adnan Mansor, Idris Jusoh dan Zainol Panjang. Saya tidak terfikir pula kalau Khairy Jamaluddin akan dibawa masuk sama. Selagi Dr Mahathir Mohamd masih menjadi dalang dalam politik Malaysia selama itulah Khairy hanya akan diletakkan di kaki lima Umno saja sebagai penjaga garisan.

Bagaimana pun pada saya, seperti mana yang telah saya postingkan sebelum ini, tidak ada keperluan untuk Najib merombak kabinetnya apa lagi menukar muka lama dengan muka baru dewasa ini. Pertukaran tidak akan banyak membawa kebaikan dan perubahan, sebaliknya akan menimbulkan masalah dan membawa kelukaan.

Masalah yang ada di depan Najib kini, beliau kekurangan tokoh yang berkelayakan untuk dilantik menjadi menteri. BN atau Umno tidak macam dulu lagi boleh pilih mereka yang terbaik dari kalangan mereka. Tetapi bila parti itu kehilangan banyak darah dan tokohnya kalah, dalam pilihan raya lalu menyebabkan PM terpaksa mengambil mereka yang tidak layak ataupun berpengalaman sebagai jadi menteri.

Sebab itu kalau diperhatikan sesetengah menteri langsung tidak perform dan ideanya jauh lebih buruk daripada idea ketua cawangan.

Tentunya juga dalam keadaan sekarang ini Najib tidak mahu mencari fasal. Kalau dia membuang menteri dan diganti dengan muka baru ia mungkin menimbulkan masalah. Apa kata kalau menteri yang dibuang itu tidak lagi menunjukkan kesungguhan mereka untuk mempertahankan parti? Merajuk ataupun mengambil sikap tidak mempedulikan parti? Faham sendirilah orang Umno ia berbeza dengan orang-orang Pas? Orang Umno lebih kurang saja dengan orang PKR.

Justeru saya tetap yakin Najib bukan tidak perlu melakukan rombakan kabinet, tetapi beliau juga kurang berani untuk bertindak demikian. Beliau kena fikir, apakah kesan pertukaran itu nanti. Jadi bagi Najib biarlah menteri yang ada ini terus kekal sehingga habis penggal Parlimen ke 12. Najib tidak payah pusing-pusing kepala semata-mata kerana ingin mencapai KPI yang dibuatnya.

Bagaimana pun ura-ura kemungkinan berlaku rombokan dalam badan perhubungan Umno negeri-negeri kemungkinan ada. Desakan agar beberapa pengerusi perhubungan yang ada sekarang ini ditukar juga bergema dalam perhimpunan agung Umno lalu. Rombakan itu juga nanti dilihat bagi Umno mengukuhkan kedudukannya di negeri-negeri berkenaan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Antara pengerusi yang didesak agar digugurkan ialah Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang yang kini disandang oleh Ahmad Zahidi Hamidi. Ketua bahagian Nibong Tebal, Zainol Panjang katanya akan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan Umno negeri itu. Pembuangan Zahid itu juga katanya akan menggembirakan Zahid sendiri. Zahid sebelum ini mencadangkan supaya Umno Pulau Pinang diserahkan kepada anaka Pulau Pinang.

Pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Mohd Shafei Afdal juga katanya akan ditukar. Tempat beliau akan diisi oleh bekas MB, Mahadzir Khalid. Begitu juga dengan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor yang kini dipegang oleh Najib juga akan bertukar. Bekas Menteri Kerja Raya Zain Mohamad dikatakan akan lantik menjadi pengerusi perhubungan negeri.

Perlantikan Zain ini kononnya bagi menenangkan pertembungan antara puak Noh Omar dengan puak Khir Toyo yang kini cuba menguasai Umno Selangor. Zain juga dikatakan akan dilantik semula menjadi menteri.

Kedudukan pengerusi Wilayah Persekutuan yang kini disandang oleh Muhyiddin Yassin juga akan turut berubah. Tengku Adnan Mansor dikatakan akan dilantik menjadi pengerusi Umno Wilayah Persekutuan. Beliau pernah menjadi pengerusi Wilayah Persekutuan sebelum ditukar kepada Zulhasnan Rafuqe. Pertukaran ketua perhubungan Selangor dan Wilayah Persekutuan ini juga dibuat untuk mengelakkan presiden dan timbalan presiden menjadi pengerusi perhubungan.

Manakala pengerusi Umno Terangganu pula akan bertukar tangan dari Hishamuddin Hussein kepada bekas MB, Idris Jusoh. Idris akan dilantik semula menjadi pengerusi, sementara MB Ahmad Said akan kekal sebagai timbalan pengerusi.

Perlantikan pengerusi negeri yang baru itu dilihat sudah wajar dan kena pada tempatnya. Tetapi perlantikan Idris Jusoh selaku pengerusi Umno Terengganu mungkin ganjil dan pelik sedikit. Umum tahu waktu ini MB ialah Ahmad Said, sepatutnya Ahmad Said dinaikkan pangkat menjadi peneraju. Apa lagi Ahmad Said telah menunjukkan kemampuan dan kewibawaanya selama menjadi timbalan kepada Hishamuddin. Walaupun timbalan tetapi Ahmad Said banyak menjalankan tugas sebagai ketua memantapkan Umno Terengganu.

Kalau cadangan ini menjadi realiti, rasanya tindakan itu tidak bijak. Jika ia tetap juga berlaku ini bermakna Presiden yang bertanggungjawab membuat perlantikan tidak mengambil kira suara akar umbi dan juga suasana di Terengganu. Sepatutnya Najib sedar selama dua tahun Ahmad Said diserang kiri dan kanan oleh kumpulan Idris Jusoh, namun beliau tenang saja. Malahan kedudukan dan perpaduan Umno Terengganu makin padu. Perlantikan Idris dibimbangi akan mengelombangkan semula Umno Terengganu.

Sudah tentu kalau Idris Jusoh dilantik keadaan yang kini sudah tenang akan berkucah semula. Mungkin Ahmad Said boleh menerimanya, tetapi bagaimana sekumpulan pemimpin bahagian Umno yang lain? Mereka yang selama ini kesal atas tindakan dan perangai Idris Jusoh yang brersikap mulut manis jubur masam terhadap Ahmad Said pasti akan menentangnya. Justeru Najib harus fikir kembali implikasi ini. Melantik Idris sebagai menteri mungkin tidak menjadi masalah, tetapi kalau dilantik jadi pengerusi ia akan menimbulkan problem di Terengganu.

Jadi selama lautan China Selatan kini tenang jangan cuba dilemparkan objek bernama Idris Jusoh ke tengahnya. Kerana ditakuti akan laut akan bergelombang dan ombaknya merecik ke hidung! [wm.kl. 8:45 am 23/11/10]

Monday, November 22, 2010

Susupan Petang

Zaid Akan Umum Parti Baru 16 Disember

WALAUPUN Zaid Ibrahim berhasat untuk keluar dari PKR pada 16 Disember depan tetapi parti itu telah menganggap Zaid tidak lagi menjadi ahli PKR. Menurut Setiausaha Agung, Saifuddin nASUTION Ismail, Zaid kini bukan lagi ahli PKR, dan Zaid tidak lagi mempunyai apa-apa halangan lagi untuk melakukan apa saja termasuk mengumumkan parti barunya.

Apakah Zaid akan tetap menunggu 16 Disember mengambil angka keramat yang menjadi kesukaan Anwar Ibrahim sebelum ini? Sebelum ini Anwar menjadi 16 September sebagai sasaran mengambil alih kerajaan Malaysia.

Ketika bertembung dengannya di majlis kenduri kahwin anak Aspan Alias di Kampung Tengah Seri Menanti dua malam lalu, Zaid ada membisikkan kepada saya yang beliau akan mengumumkan hal peting pada tarikh itu.

Apabila ditanya apakah ianya mengenai penubuhan parti baru, Zaid tidak menjawab sebaliknya tersenyum sambil berkata, ada lah sikit-sikit. Saya mentafsirkan sennyuman itu yang beliau akan mengumumkan parti baru pada tarikh itu.

Bila ditanya apakah nama parti baru itu Zaid tidak menjelaskan sebaliknya memberi gambaran dengan berkata, adalah. "Nanti I call you.." katanya.

Saya tidak fikir Zaid akan mendaftar parti baru. Apa yang mungkin terjadia dia akan mengambil mana-mana parti politik yang tidak aktif untuk dijadikan wadah barunya. Tidak boleh diagak apakah parti itu yang didaftar di Semanjung ataupun yang berdaftar di Sabah dan Sarawak.

Begitu juga sesiapa yang akan bersama Zaid beliau tidak menjelaskan, tetapi diprcayai melibatkan satu atau dua orang wakil rakyat dari PKR dan juga beberapa bekas pemimpin PKR. [wm.kl. 6:30 PM 22/11/10]

Sunday, November 21, 2010

Belasungkawa

Anak Bongsu Ahli Parlimen Rantau Panjang
Kembali Ke Rahmatullah


SELEPAS lebih seminggu tidak sedarkan diri, tepat jam 12:45 tengah hari ini, Ahmad Soleh Rahimi, 7 anak bongsu kepada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusuf telah dijemput Allah s.w.t. kembali ke sisinya.

Ahmad Soleh dimasukan hospital sejak dua minggu lepas seminggu diwad biasa dan seminggu di ICU kerana menghadapi masalah buah pinggang. Seminggu lalu beliau tidak sedarkan diri dan ditempatkan di ICU dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan.

Jenazah Ahmad Soleh kini dalam perjalanan ke Tanah Merah, Kelantan dan akan dibumikan di sana sebelum tengah malam ini. Mayat yang dibawa dengan CRV dengan diringi Siti Zailah, bersama suami dan beberapa orang anakanya berlepas jam 3:00 petang tadi.

Suasana sedih menyelubungi di bilik mayat ketika saat jenazah dibawa ke kenderaan untuk pulang ke Kelantan. Beberapa orang waris waras terdekat Siti Zailah dan suaminya yang berada di Kuala Lumpur hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Tiada pemimpin atau ahli Parlimen lain yang kelihatan di perkarangan rumah mayat. Begitu juga pemimpin Pas yang lain kecualilah Badrul Amin Bahrum dan seorang pimpinan Muslimat Pas. Badrul Amin dikatakan tiba awal dan turut memandi dan menyembahyangi jenazah.

Siti Zailah ketika ditemui redha atas apa yang berlaku. "Kak Lah redha dengan pemergian Ahmad Soleh. Dan sudah berpuas hati dengan rawatan diberikan. Sebelum ini dia telah membisikkan kepada Kak Lah yang beliau seakan meninggalkan Kak Lah dan adik beradiknya yang lain selama-lamanya," cerita Zailah sebak.

Beberapa hari sebelum tidak sedarkan diri Ahmad Soleh yang berada di darjah satu sekolah Kebangsaan Seri Suria Tanah Merah meminta maaf daripada ibunya.

"Sewaktu dia sedar dia sudah meminta maaf kepada Kak Lah, Kak Lah kata kenapa adik minta maaf, adik tak ada apa-apa dosa,"


Menurut Zailah, Ahmad Soleh sering sakit menyebabkan selalu tidak dapat hadir ke sekolah. Bagaimana pun anak bongsu itu ada satu keistimewaan di mana dia sering minta dipasangkan CD bacaan al-Quran setiap kali beliau ingin melelapkan mata.

Cerita Zailah kalau tidak dipasang CD al Quran atau bacaan doa seolah dia tidak dapat melelapkan mata. Zailah juga menceritakan bagaimana satu malam anaknya itu meminta dia membuka sius lampau, dan setelah keadaan sekeliling Ahmad Saloh memberi tahu ibunya yang dia melihat suasan syurag.

Dalam pada itu Zailah dan suaminya mengucapkan terima kasih kepada sahabat handai yang turut memberi penghormatan dan menguruskan pengembalian jenayah anak mereka. "Terima kasihlah semuanya,..," kata Zailah dengan linangan air mata dan menahan sebak di dada.

Tahziah kepada Zailah dan seluruh keluarganya. Al Fatihah. [wm.kl.3:40 pm 21/11/10]

Ulasan Peristiwa

Aspan, Khairy Dan Zaid Ibrahim

TAHNIAH Aspan Alis dan isteri Raja Norzila atas anugerah Allah mendapat menantu baru dan majlis sambutannya malam tadi. Majlis itu sungguh meriah dan bersejarah buat mereka sekeluarga. Sejarah dan kemeriahan itu juga turut dikongsi oleh lebih 1,500 tetamu baik yang ada kelas ataupun dari hamba rakyat biasa dan tidak ada nama.

Aspan berjaya menjadi majlis kenduri itu sebagai medium penghubung. Ramai kawan-kawan beliau yang sama-sama berjuang dalam Umno, Semangat 46 dan kini dalam Umno kembali ataupun yang sudah hilang kepercayaan kepada Umno, hadir. Inilah kehebatan Aspan berjaya mengumpul dan menyatukan kekawan lama dalam satu majlis segemilang itu. Calang-calang orang boleh berbuat begitu.

Boleh dikatakan hampir semua kawan dalam bekas parti Semangat 46 dijemput, dan hadir yang mana ianya diketuai sendiri oleh bekas Presidennya, Tengku Razaleigh Hamzah. Hampir semua meja Vip dipenuhi kekawan lamanya yang sama-sama berjajan berjuang. Cuma yang tidak kelihatan katanya dijemput para pemimpin tertinggi Umno dan Pas saja. DAP dan parti Cina lain tentulah tidak dijemput kerana majlis itu beradat istiadat Melayu sepenuhnya.

Melihat kepada wajah tetamunya ternyata Aspan berkawan dan bersahabat dengan semua orang tanpa mengira ideologi politik. Ideologi politik tidak memisahkan peribadi Aspan dengan kawan yang memiliki ideologi yang berbeza dengannya. Baginya politik hanya satu hobi atau permainan di luar kehidupan sebenar. Sebab itu saya nampak Aspan sendiri tidak yakin dengan corak politik Malaysia, khasnya politik Melayu.

Kalau dilihat kepada Aspan peribadinya tidak menyakinkan. Wajah, stail hidupnya ringkas. Cakapnya juga 'berus' dan suka berlawak. Rambutnya seperti tidak pernah diurus dan beliau tidak pernah kenal apa itu sikat. Namun keistimewaan dia memilik prinsip yang utuh dan mapan.

Kalau dilihat kepada usia hidup dan perjuangannya Aspan sudah lama patut jadi menteri atau sekurang-kurangnya wakil rakyat. Dengan pengalaman, komitmen dan jati diri yang kuat, beliau patut menjadi pemimpin. Ternyata idealismenya melebihi sesetengah menteri yang ada hari ini.

Tetapi malangnya kerana beliau kekurangan daya bodek dan kuasa ampu, menyebabkan peluang itu tertutup buatnya. Dengan mengambil kira apa yang berlaku ke atas Aspan itu bolehlah dianggap semua wakil rakyat termasuk yang jadi menteri kini dulu dan selamanya mempunyai daya bodekan yang kuat dan kuasa ampu yang hebat.

Majlis itu meriah dan bersejarah kerana ia dihadiri oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Kesediaan Tuanku Muhriz mencemar duli itu menunjukkan siapa sebenarnya Aspan. Beliau tentu mempunyai hubungan baik dan memiliki intergriti dengan istana. Tentunya...

Apapun bila mengimbau dan berbicara soal tetamu Aspan malam tadi, ada 'tetamu istimewa' orang yang menjadi perhatian saya. Saya percaya orang lain juga sama terkutil di dalam hati mengenai dua tetamu ini. Walaupun ada beberapa orang anak-anak pejuang bangsa dan tokoh Umno terbilang seperti Tamrin Ghafar, Mazlan Haron, Fahmi Ibrahim dan lain-lain, namun mereka tidak sangat menjadi sorotan. Kehadiran mereka itu biasa saja atau pun ditenggelami dengan kehadiran dua tetamu ini.

Tetamu yang dimaksudkan itu ialah Khairy Jamaluddin dan Zaid Ibrahim, mereka benar-benar menjadi daya tarikan malam tadi. Mereka berdua diperhati oleh umum. Secara diam saya melihat para tetamu menjeling ke arah mereka. Dan sesekali bila saya mengintai ke meja mereka, nampak keduanya agak kekok dan kurang selesa dalam majlis itu terutamnya Zaid.

Mulanya saya sendiri tidak menyedari akan kehadiran mereka. Minda saya tidak mengira mereka sedia dan sanggup datang. Walaupun Khairy adalah ahli Parlimen Rembau, tetapi tidak terfikir ianya turut diundang oleh Aspan atau tidak terfikir Khairy sedia hadir kerana beliau akan berada dalam kumpulan penyokong Tengku Razaleigh yang rata-rata saya kira menjueh mulut, tidak hormat kepadanya.

Tetapi bila Khairy datang ia menunjukkan sikap keterbukaan Khairy. Saya menyedari kehadiran beliau bila saya mendekati ke sebuah meja utama untuk bersalaman dengan seseorang tetamu yang mengenali saya, tiba-tia Khairy muncul dan menyapa saya. "Oh... abang pun datang juga, ini kawasan saya bang, thanks," ujarnya penuh mesra dan mengembangkan senyum puas. Sambil menyambung memberi tahu siang tadi dia di Penang kerana menerima hadiah selempang silat cekak. Selepas jadi askar wataniah jadi pensilat pula Khairy?

Beliau berbual seketika dengan saya sambil mencari tempat duduk. Masa beliau datang semua kerusi Vip penuh. Sekejap kemudian Aspan yang menyedari kehadirannya mendekati dan menjemput Khairy duduk bersama meja di raja. "Tak pa, bang di sini saja,? katanya menolak pelawaan Aspan dengan penuh pengertian dan ikhlas.

Saya sikit teruja dengan telatah Khairy itu. Nampak dia seorang yang tidak suka mencari peluang untuk mempublisitikan dirinya dalam majlis itu. Atau pun dia tahu kalau dia duduk di meja utama bersama Tuanku dia akan dikatakan agah. Dia terus duduk bersama tetamu vip biasa itu dan tidak pun menganggap dia sebagai seorang Vip.

Selepas itu saya perhatikan banyak biji mata yang mencuri pandang kepada Khairy. Dia pula buat-buat biasa saja. Dia tahu beberapa meja yang setentang dengan mejanya adalah mereka yang dihuni orang-orang selalu mencemuhinya dan tidak menghormatinya sebagai ketua pemuda Umno.Khairy langsung tidak mempedulikan sentimen itu. Semasa majlis hampir usai saya nampak dia bersalam dengan semua tetamu penuh mesra.

Bagaimana pula dengan Zaid? Sekembali saya di meja bersama Zaharin Mat Yassin, Md Radzi Mustafa, "Dr Anwar" dan lain, seorang kawan lama datang memberi tahu yang Zaid baru tiba. Saya terkejut dan begitu juga beberapa tetamu yang berkongsi meja di sebelah kami. Tidak percaya. "Zaid datang..?" saya mahukan kepastian.

"Iya tu, dia duduk bersama bloger BigDog..., Zakir," jelasnya sambil menunding jari. Saya bangun dan menjenguk, benar Zaid nampak sedang membetulkan duduknya. Dia seolah diraikan oleh sdr Zakir, pengkagum nombor satu Dr Mahathir Mohamed.

Beberapa ketika kemudian saya bergerak untuk merakam gambar. Baru bidik camera ke arahnya, Zaid sudah nampak dan menyapa, "Hey...Ti...," sambil angkat tangan dan tersenyum. Dia mengamit tangan dan saya mendekatinya.

"Apa khabar?" tanya saya. Itulah pertemuan pertama selepas beliau kembali 'mabuk'. Cuak menimpa dalam hati takut-takut dia murih dengan apa yang saya ulas mengenainya dalam blog. Tetapi Zaid adalah seorang ahli politik yang sportingnya boleh tahan saja. Dia buat muka selamba sahaja seolah tidak ada apa-apa rengis dosa merasa kesal dan bersalah atas perbuatannya itu.

"I terlambat tadi, tersesat jalan..." kata Zaid tanpa ditanya. Dia cuba menyelesaikan dirinya.

"Sesat...? You memang selalu tersesat," balas saya berseloroh perlahan mungkin Zakir yang duduk disebelahnya tidak mendengar. Saya sebenarnya geram dan kesal atas keputusan yang dia lakukan. Bukan seolah beliau hilang kepercayaan kepada Anwar Ibrahim tetapi kesal atas perangainya mempermainkan perasaan penyokong. Dia jadikan penyokong bagaikan ikan laga dalam botol.

"You tak patut...buat," saya belum habis lapazkan kata-kata itu, dia sudah menyambung..."Nanti Ti... I telefon you kita duduk...sama nanti"

Masa saya berlalu meninggalkan meja Zaid, saya nampak ramai yang memerhati Zaid. Ada yang mengenyit mata sambil menjebehkan mulut. Saya faham erti aksi dan isyarat itu semua. "Berani dia datang?" tanya seorang tamu bila saya melewati depannya. Nampak sekali kejengkilannya kepada Zaid.

"Dia diundang... dia wajib datang.." balas saya membela Zaid.

Majlis berlangsung seperti tidak ada apa-apa dan semua tetamu senang dengan majlis itu. Perasaan semua tetamu seolah tertumpu kepada majlis, renjisan air mawar dan selepas itu kepada nyanyian karaoke.

Dan semasa saya menyinggahi beberapa meja atau menerima salaman tetamu yang kenal, semuanya membisik dan mengatakan mengenai Zaid. Semua menyifatkan keputusan Zaid itu tidak bijak dan politik budak hingusan nan penuh emosi. Ada yang kesal kerana Zaid membunuh peluang yang terbuka di depannya untuk muncul menjadi pemimpin popular dan berwibawa sekaligus menjadi pemimpin masa depan dalam PKR. Mereka membuat teori kalau beliau sabar sedikit saja akhirnya beliau akan mengambil tempat Anwar kerana Azmin Ali tidak disenang ramai.

"Silap Zaid ... dia sudah mabuk semula," kata seseorang dengan nada perli persis mengambil gelaran saya kepada Zaid.

Saya boleh kawal perasaan bila mengenangkan Zaid. Semua orang kena menerima keputusan itu adalah pilihannya. Soalnya betul atau salah masa dan keadaan menentukan. Tetapi saya sendiri yang sebelum ini pernah mendekatinya dalam usaha menunaskan semula politiknya selepas dipecat Umno tetap merasa kesal dengan apa yang dilakukan itu.

Apa yang menimpa Zaid turut juga menimpa saya kerana saya dilihat sesetengah orang menjadi teman dan rakan yang menguliknya sebelum beliau menerjunkan diri dengan labu-labunya ke dalam politik PKR. Seusai majlis saya tidak nampak Zaid berdiri bersama tetamu lain untuk bersalaman sebelum berpisah. Mungkin dia sudah berlalu apabila menyedari majlis itu kurang menyenangkannya atau dia merasa kekok untuk bertemu dengan tetamu dan rakan lain.

Tidak seperti Khairy yang selamba dan bersalaman dengan setiap tetamu yang berbaris atau sama-sama berderai keluar. Khairy mampu menyelesakan dirinya. Dia bersalam dengan seberapa ramai tetamu. Dalam kesempatan itu Khairy turut bersalam dengan 'lawyer' saya Radzi. Saya tenguk kemas dan kemen persalaman mereka dan Khairy pula penuh perhatian mendengar sesuatu yang diperkatakan Radzi.

Antara Aspan, Khairy dan Zaid malam tadi ternyata yang kurang selesa dan merasakan diri sebagai kera sumbang adalah Zaid bin Ibrahim. [wm.kl. 6:00 am 21/11/10]

Saturday, November 20, 2010

Pemakluman Pagi

Rapat Umum PKR Selangor



Malam tadi telah berlangsung rapat umum perdana PKR Selangor bertempat di auditorium MBSA di Shah Alam dengan tema Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman. Empat orang tokoh PKR berucap pada majlis berkenaan, Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung), Mohamad Azmi Ali (Naib Presiden), Abdul Kahlid Ibrahim (MB Selangor), Syed Husin Ali (Timbalan Presiden) dan Anwar Ibrahim (Ketua Umum). Lebih 2,000 hadir pada rapat umum berkenaan dan ianya dianggap berjaya.

InsyaAllah saya akan ulas dan sorotkan mengenai rapat umum berkenaan petang ini. [wm.kl.9:00 am 20/11/10]
Mabuk Zaid Tidak Memeningkan Orang
PKR Masih Kuat, Penuh Semangat


SEKEJAP tadi saya hadir rapat umum anjuran PKR Selangor bertempat di auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor. Mulanya agak malas untuk pergi memandangkan cuara tidak begitu baik, hujan turun sejak petang tadi. Aspal basah melecehkan perjalanan. Tetapi kerana seorang kawan (pegawai kerajaan pencen) sedia untuk jadi teman, saya gagahi juga walaupun tubuh agak keletihan kerana banyak makan daging korban.

Apa yang menarik hati untuk ke sana, bagi melihat sejauh mana kekuatan PKR akhir-akhir ini. Sejauh manakah semangat ahli dan penyokong PKR; apakah ia retak atau semakin membuak ekoran serangan bertubi-tubi ke atas parti berkenaan dan pemimpin utamanya Anwar Ibrahim.

Apakah kekalutan yang berlaku dalam parti itu ekoran bahana pemilihan pemimpin memberi impak buruk kepada atau sebaliknya kepada parti komponen Pakatan Rakyat itu. Kerana kalau ikutkan laporan media massa, seolah-olah PKR sudah tidak mempunyai ahli lagi. Yang tinggal hanya Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Wan Azizah serta Nurul Izzah sahaja. Yang lain digambarkan sudah bertaubat dan kembali kepada parti asal mereka, Umno binti kebangsaan.

Jadi untuk melihat apakah rapat umum itu berjaya atau tidak saya (kami) pergi untuk melihat sendiri apa yang berlaku dalam parti itu. Jangan hanya melihat dari wall Fb ataupun dalam ruang blog yang melaporkan mengikut sentimen masing-masing. Apakah ianya mendapat sambutan dan ahli dan para penyokongnya masih mempunyai semangat berkobar-kobar.

Apa lagi notis rapat umum itu diadakan dalam masa singat, sejauh manakah ahlinya alert kepada panggilan itu. Kalau dengan notis yang singkat tetapi ahli tetap juga dapat memenuhi dewan itu bermakna PKR masih segar bugar.

Masa saya sampai di aditorium MBSA bahagian bawah sudah dipenuhi dengan orang ramai. Tiada lagi kerusi kosong kecuali ruang-ruang khas menuju ke pentas. Ruang atas juga penuh sesak. Pendek kata semua ruang dalam dewan yang boleh memuatkan 2,500 orang sendak. Majlis juga sudah bermula dengan Saifuddin memberi ucapan pembukaan sebagai Setiausaha Agung.

Sekeliling auditorium itu terpampang gambar gandingan pemimpin PKR Selangor bersama Anwar. Belasan banner yang bergantungan menyatakan sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim. Kata-kata tertulis di banner itu memberi sokongan padu tanpa berbelah bagi kepada Anwar sebagai pemimpin utama PKR yang juga diharap menjadi perdana menteri.

Back drop di hias dengan banner besar yang mempamerkan gambar gergasi Anwar di tengah yang diapit oleh Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. Di bawah gambar Anwar tertulis perkataan "Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman". Inilah juga tema rapat umum berkenaan.

Jelas sekali apa yang terdapat dalam adotorium itu menggambarkan PKR bukan lemah tetapi semakin kuat. Semangat ahli semakin membakar. Serangan media pro kerajaan ke atas parti dan pemimpinnya tidak membekas langsung. Boleh disimpulkan serangan mengila itu memberi suntikan baru kepada ahli dan penyokong PKR untuk mengemaskan ikatan bekong mereka untuk terjun ke gelanggng perang bagi menghadapi serangan musuh.

Demikian juga tindakan mabuk khamar oleh Zaib Ibrahim yang mengumumkan akan keluar parti 16 disember depan sambil melepaskan najis di jalanan dengan memburukkan parti dan Anwar turut menjadi daya tarikan. Saya percaya mereka yang datang memenuhi aditorium itu untuk mendengar apakah ulasan pemimpin PKR terutamanya Anwar terhadap versi mabuk Zaid kali ini. Mungkin ada perbezaan mabuk Zaid semasa dalam Umno dengan mabuk Zaid selepas keluar PKR!

Anwar tidak banyak mengulas mengenai Zaid. Bau khamar tidak terhidu oleh Anwar. Seperti mana katanya tidak wajar beliau mengulas mengenai Zaid. Masih banyak perkara lain yang beliau patut beri tumpuan daripada mengulas tindakan mabuk Zaid Ibrahim. Cuma Anwar menjelaskan apa yang menyebabkan beliau terkilan dengan Zaib ialah kerana beliau memburukkan parti. "Saya tidak terkilan kalau dia mahu keluar parti, itu haknya. Saya juga tidak kisah kalau beliau memburukkan saya, tetapi jangan menyalahkan parti," ujar Anawar dalam nada yang emosi.

Setiap kali nama Zaid disebut oleh pemidato malam tadi setiap kali itu mendapat reaksi negatif daripada para hadirin. Ada yang melaungkan mabuk... dan mengalu-alukan tindakan Zaid itu dan merasa bertuah dan terselamat kerana seorang lagi pengkhianat PKR sudah pun keluar.

Himpunan malam tadi itu memberi kekuatan dan semangat baru kepada ahli dan penyokong PKR. Sekaligus ia menjelamakan keikhlasan dan kesungguhan para pemimpinnya terutamanya yang berucap; Anwar Ibrahim, Saifuddim, Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Syed Husin Ali.

Misalnya Azmin secara berterus terang dan penuh keinsafan memberi jaminan akan mempertahankan kedudukan Khalid sebagai menteri besar Selangor. Pengakuan Azmin itu bukan sahaja melegakan Khalid tetapi turut melegakan ahli PKR yang selama ini direshakan dengan spekulasi media aruas perdana kononya Azmin ada agenda untuk mengambil alih tempat Khalid.

Apapun yang menakjubkan malam tadi ialah ucapan Syed Husin Ali dan pengagumannya kepada Anwar Ibrahim. Malam ini saya lihat Syed Husin benar-benar memjemlakan dirinya sebagai seorang pemimpin yang sedarhana, ikhlas dan tulen.

Walaupun beliau sudah tidak lagi akan menjadi timbalan presiden selepas ini tetapi hakikat itu seolah tidak disedari oleh beliau. Beliau masih bersemangat persis dia adalah pemimpin nombor tiga. Inilah jenis pejuang sebenarnya yang berjuang bukan kerana kedudukan atau didorong oleh wang dan ringgit. Apa yang dijemla dan dipamerkan oleh Syed Husin sewajarnya dicontohi oleh ahli dan penyokong PKR dan dimalui oleh pemimpin yang lain.

Merumuskan himpunan malam tadi, bahawa kedudukan PKR masih belum tergugat. Serangan dan perang saraf yang dilakukan media tidak berjaya melumpuhkan semangat dan cita-cita PKR untuk terus mengemudikan bahtera pemeritah negara di masa depan.

Dalam memberi ingatan dan semangat kepada ahli, dalam menerima kerenah dan serangan musuh, Anwar mengingatkan ahli PKR hendaklah tidak terlalu mengambil kira serangan musuh dan tidak perlu mudah gelabah.

"Kita diserang bukans sekali, malah lebih satu dekad dulu. Sepatutnya kita sudah tidak mudah gelabah lagi," kata Anwar. Mana-mana pemimpin yang mudah cemas dan tidak mampu untuk menangkis serangan musuh, mereka hndaklah berundur dan berilah atau memberi peluang kepada yang lebih bersedia dan mampu," tegas Anwar.

Anwar juga begitu emosi dalam memberi ingatan keras kepada mana-mana pemimpin yang tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak mempunyai keyakinan dengan pejuangan membela rakyat agar berundur untuk tidak menimbulkan masalah kepada parti.

Di akhir himpunan itu semua pemimpin membaca ikrar perjuangan bertekad untuk memperkuatkan parti dan seterusnya mengapai harapan dan cita-cita untuk menakhluki Putrajaya. [wm.kl. 1:30 am 20/11/10]

Anwar memberi ingatan kepada sesiapa yang tidak yakin dan tiak setia dengan parti silalah keluar..

Sebahagian daripada hadirin memenuhi oditorium MBSA.

Saifuddin Nasution yang menjadi nadi kepada PKR berjalan menjalankan tugas dengan baik dipuji Anwar.

Sebahagian pemimpin PKR terutamanya yang bertanding dalam pemilihan merebut jawatan berikrar mempertah dan menjawa maruah parti.

Kelihatan Syed Husin, (berbju putih) turut melafaz ikrar.

Saifuddin dan Azmin mengangkat tangan berikrar mempertahankan parti dan Anwar sekaligus.

Ruang atas auditorium penuh sesak dan kelihatan sebahagian daripada banner menyatakan sokongan kepada Anwar dan PKR bergantungan.

Friday, November 19, 2010

Ulasan Petang

Bukan Susah Untuk Jadi Popular Di Negara Ini

[kemaskini] UNTUK menjadi popular di negara ini bukan payah sangat. Anda tidak payah berusaha bertahun-tahun atau mengemukakan penemuan baru atau pun idea baru atau pun melakukan kerja-kerja anih dan ganjil, atau pun terlalu berjasa kepada negara.

Anda tidak payah menjadi pelumba lari 100 meter atau ahli tinjau peringkat heavyweight atau pelontar cakera sehingga 600 meter jauhnya.

Anda juga tidak perlu berbarisan panjang untuk melalui test bagi menyertai Akademi Fantasia ataupun rancangan realiti Imam Muda. Tetapi cukup untuk ada menyertai mana-mana parti komponen Paatan Rakyat, baik Pas, PKR atau DAP. Anda masuk sekejap, berak dalam mana-mana ruang dalam rumah parti berkenaan kemudian atau dakwa anda memegang jawatan itu dan ini anda keluar bawa punggung sambil memburukkan parti berkenaan dan pemimpinya. InsyaAllah anda akan jadi popular dan dianggap hebat dan pembela nusa dan bangsa. Sekali mata saja anda akan dapat menawan semua media massa negara ini.

Pasti anda akan meletup. Anda akan mendapat liputan meluas oleh media massa. Segala dosa anda akan dilupai, dan anda dianggap manusia suci yang turun dari langit bersama hujan batu. Wajah anda akan terpampang di semua saluran tv kerajaan, berbayar atau swasta- sampai orang tengok naik muaklah.... Wajah dan muka anda juga akan terpampang di semua surat khabar, baik arus perdana dan akhbar nyamuk. Tidak terlupa juga anda akan disorot dan diulas oleh bloger atau pun mendapat liputan istimewa dari portal-portal berita.

TV pula akan berebut untuk memanggil anda menjadi ahli panel - memperkata dan memburukkan parti yang baru anda tinggalkan itu. Anda juga akan diletakkan di kerusi empuk sehingga terlindung punggung anda yang bercepuah dengan najis.

Tidak mustahil juga kalau anda rajin dan kreatif anda akan mendapat upah dan wang dengan tindakan anda itu apabila anda sanggup membuat road show dengan Umno memuji parti itu dan memburukkan dengan seribu cerita fitnah dan rekaan ke atas Pakatan Rakyat. Untuk ini anda kena cari seorang promoter yang baik dan cekap. Bolehlah untuk hidup setahun dua tanpa melakukan kerja-kerja biasa.

Anda jangan masuk parti kompnen BN. Anda tidak akan popular. Malahan anda akan dilupakan terus. Tidak ada surat khabar berminat untuk membuat liputan mengenai anda. Kalau anda masuk Umno kemudian esok anda keluar, lusa anda akan menjadi gemula kepada media massa terutama RTM, TV3 atau pun Astro Awani. Mereka tiak berminat untuk membuat liputan kepada mereka walaupun hujah dan alasan anda meninggalkan parti berkenaan mempunyai sebab-sebab yang konkrit.

Apa yang berlaku ke atas bekas Ketua Penerangan Pemuda Umno Kelantan dan bekas calon Umno tahun 1995 Mohd Sabree Shafii adalah jelas. Kenyataan dan pengumuman beliau meninggalkan Umno 1 November lalu langsung mendapat liputan media massa. Media massa menyembunyikan berita itu seolah-olah tindakan Sabree itu tidak memberi apa-apa kesan kepada BN.

Apa lagi kalau anda yang keluar dari parti Pakatan Rakyat, anda menghentam balik parti anda itu. Meluapi jasa parti itu yang memberikan anda kerusi dan kedudukan, anda caci dan cerca para pemimpin tertingginya. Segala ludah yang anda buangkan bersama kahak semasa dalam parti berkenaan anda kena raut dan sedut balik. Tidak kisah sama ada hujah yang anda perkatakan itu benar atau tidak, atau bohong dan fitnah sama sekali anda tetap menjadi perhatian utama. Akan dapat tempat istimewa. Kata-kata anda akan disanjung bagaikan setongkol emas.

Kalaupun sebelm ini anda mengecam Umno, mengata huduh kepada pemimpinnya, memburukkan Mahathir Mohamad atau Abdullah BAdawi, atau mempersendakan isteri perdana menteri atau PM sendiri, jangan bimbang. Kalau anda mengambil keputusan keluar dari Pakatan Rakyat segala dosa dan noda anda itu akan lupus secara automatik. Kenyataan ataupun ulasan anda akan disiarkan di muka depan surat khabar, menjadi berita yang istimewa dalam tv.

Begitulah keadaanya dan apa yang ada di Malaysia tanah airku ini. Ianya bukan sukar sangat dan anda tidak pun memerlukan wang yang banyak untuk menjadi popular dalam masa segera. Banyak contoh kalau hendak ditunjukkan bukti bagaimana mereka yang mulanya dianggap haprak dan tidak berguna oleh media massa arus perdana, tidak dipandang sebiji mata pun tetapi bertukar menjadi sang dewa oleh media sama apabila mereka berpaling tadah menghentam parti Pakatan Rakyat dan menyatakan sokongan kepada Umno.

Nama-nama seperti Inchek Ibrahim Ali, Ezam Mohmad Noor, tujuh orang wakil rakyat Pakatan Rakyat (tiga Adun dan empat MP) yang berpaling tadah dan menjilat ludah mereka, atau mengotelkan sendiri telor mereka, dan terbaru Zaid Ibrahim adalah bukti nyata. Orang ini adalah orang yang dulunya telah mengeji atau meletakkan pemimpin Umno sama busuk dengan tahi. Tetapi kenapa hari ini mereka disanjung? Jawabnya kerana mereka sedia menjadikan diri mereka sebagai brua untuk memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka dipulau atau dipandang sepi oleh media arus perdana. Bagi media arus perdana mereka seolah sudah pun tidak wujud lagi. Tetapi apa jadi setelah mereka menungging punggung ke langit, dan mengintai semula parti mereka melalui celah kangkang. Wah... mereka akan dipuji setinggi langit hijau (bukan biru). Kata-kata mereka diambil sebagai kata-kata hikmah. Mereka secara tidak langsung dijadikan senjata untuk membunuh kawan dan parti asal mereka. Mereka diangap sebagai manusia maksum yang diturun khas dari syurga.

Mengenai hakikat ini ada dua perkara yang perlu dinilai dan dilihat. Pertama ialah mengenai wibawa media massa berkenaan. Dan kedua, apakah nilai manusia atau ahli politik yang bersikap kacang lupakan kulit ataupun berpaling tadah itu.

Apakah media itu boleh dianggap berwibawa dan berintergriti kerana jelas mereka mempunyai dua pandangan terhadap satu manusia yang mempunyai dua sifat berbeza, putih dan hitam. Selagi tokoh itu berada dalam parti selain Umno mereka disepikan dan pandangan mereka tidak disorot pun. Sebaliknya sesudah mereka kembali kepada Umno maka mereka diterima dan menganggap pandangan mereka bernas dan tepat? Seolah-olah selama mereka berada dalam parti Pakatan Rakyat mereka sedang menuntut di sebuah universiti dan sesudah tamat mereka keluar dengan ilmu yang penuh dan kembali kepada parti Umno.

Begitu juga dengan orang-orang berkenaan yang sebenarnya adalah najis politik. Di manakah prinsip mereka. Satu masa mereka ditebas dan ditebang oleh media berkenaan, kemudian selepas mereka berpaling tadah mereka akan dipuji di puja oleh media yang sama. Mereka juga turut sama mengecam media massa berkenaan kerana mengalpakan mereka. Tetapi apabila mereka keluar dari parti pembangkang mereka sendiri menerima media massa berkenaan sebagai adil dan saksama. Jelas situasi ini penuh hipokrasi.

Mungkin buat media massa demikian dan orang yang demikian mereka tidak merasa apa-apa. Maruah mereka juga sudah hilang entah ke mana. Orang yang hilang deria dengar tidak akan mendengar apa-apa lagi! Mereka sudah tidak pedulikan kepada soal maruah dan moral lagi. Tetapi bagaimana dengan pemerhati, dengan rakyat dan pengundi yang waras dan rasional dalam menilai sikap dan sifat media massa dan orang-orang berkenaan?

Apakah media itu masih boleh dipercayai dan begitu juga dengan sosok-sosok berkenaan? Bolehkah dipercayai setiap kata-kata mereka selepas ini sedang sebelum ini mereka diburukkan oleh media massa itu sendiri. Sama-samalah kita memikirkan fenomena ini agar kita juga tidak ikut terjadi seperti media massa dan najis-nanjis politik yang tidak lekat unjap dan munafik herbi itu. [wm.kl.5:30 pm 19/11/10]

Susupan Tengahari

Rombakan Kabinet
Macam Mana Nasib Tengku Razaleigh

ADA desas desus mengatakan Najib Razak akan rombak kabinetnya. Masanya ialah selepas Umno mengadakan mesyuarat MTnya 28 November ini. Ketika ditanya wartawan semasa sidang akhbar sempena hari raya Aidil Adha, Najib tidak menafikan desas desus itu. Beliau hanya kata, kalau ada, adalah, kalau tak ada tak ada lah.

Memang untuk tidak menganggu minda para menterinya, Najib tidak akan menyatakan iya atau tidak. Sudah tentu kalau Najib mengiyakan ia boleh menyebabkan para menterinya tidak lena tidur. Ada yang gelisah sepanjang malam mengenangkan nasib.

Dunia politik adalah dunia magik. Hari ini orang boleh jadi menteri, esok, tuk tuk sudah jadi orang biasa. Hari ini berjalan dikawal oleh polis dan pegawai peribadi, esok berjalan sendiri tanpa dikawal sesiapa, melainkan isteri tua. Isteri muda pun bila suami sudah tidak jadi menteri rasa geli untuk berjalan sama.

Jadi apabila Najib tidak menyebut itu maka damailah sikit. Namun ia tetap gelisah dan resah. Mana-mana menteri yang merasakan dia kurang selamat kerana sebab-sebab tertentu mula berfikir ke mana selepas ini. Ada juga yang pergi jumpa tok guru meminta doa agar mereka selamat.

Kelamarin semasa hari raya Aidil Adha ada seorang kawan memberi tahu seorang menteri mendatangi ke rumah seorang ustaz yang juga katanya boleh berbomoh. Ustaz ini dikatakan pandai menilik dan membuat nujuman. Katanya menteri berkenaan meminta ustaz berkenaan agar berdoa untuknya. Katanya juga menteri berkenaan bagi wang RM1,000 kepada ustaz berkenaan, apabila ustaz berkenaan menujum menteri berkenaan akan tidak terlibat dengan rombakan kabinet akan datang.

Elok juga kalau Najib merombak kabinetnya. Dalam tempoh dua tahun rasanya Najib sudah boleh membuat penilaian menteri mana yang boleh membuat kerja dan menteri mana yang hanya beretorik sahaja. Sekaligus rombak atau buang juga mana-mana timbalan menteri yang tidak memberi kesan kepada transformasi yang Najib laung-laungkan itu.

Rasanya semua orang termasuk rakyat biasa juga dapat mengagak dan melihat sendiri sejauh mana pencapaian menteri dan timbalan menteri berkenaan. Cuma bila sebut fasal rombak kabinet ini, sedikit masalah kepada Najib ialah beliau (BN) tidak ada orang untuk dijadikan menteri. Anggota Umno hanya berapa orang saja. Kalau buang dan tarik ia terkena atas orang yang sama kualitinya.

Inilah bahanan kalau sudah kehilangan majoriti di Parlimen dan Umno kehilangan tokoh akibat kalah dalam pilihan raya. Jika kalau benar sungguh Najib tidak bercadang untuk membuat rombakan, sebabnya ialah kerana kekurangan tokoh untuk dijadikan menteri. Jadi hendak tidak hendak Najib terpaksa juga mengekalkan menteri yang ada hingga habis penggal parlimen ke 12 ini.

Seperkara lagi bila sebut fasal rombakan kabinet, apakah Tengku Razaleigh Hamzah yang berjaya merampas kerusi Dun Galas baru-baru ini akan dibawa masuk dalam kabinet. Atau pun beliau akan diberi peranan dalam kerajaan. Atau dalam kata tepatnya apakah kejayaan Razaleigh itu akan diiktiraf dan Umno akan memberi peranan kepadanya.

Ada angan-angan oleh pihak tertentu mengharapkan Razaleigh akan dibawa masuk ke dalam kabinet atau pun diberi peranan besar kepada bekas Menteri Kewangan itu. Kalau beliau perlu di bawa masuk ke dalam kabinet, jawatan yang sesuai dan layak ialah menjadi Menteri Ekonomi... Razaleigh boleh memantau ekonomi luar negara dan juga dalam negeri.

Jika tidak jawatan menteri kabinet, post yang paling sesuai untuk beliau terajui ialah selaku penasihat Petronas memngganti tempat Dr Mahathir Mohamad. Post ini amay sesuai memandangkan Razaleigh pernah menjadi pengerusinya dan salah seorang yang menjadi pengasa penubuhannya.

Ini yang sedang diperahtikan oleh orang ramai. Sekiranya tidak berlaku rombokan kabinet dan kedudukan Rzaleigh tidak berubah daripada kedudukan dan status sekarang maka jelaslah apa dibimbangkan sebelum ini menjadi kenyataan. Bahawa kesediaan Umno untuk memberi peranan kepada Razaleigh dalam pilihan raya kecil Galas itu sebagai pengarah hanya usaha bagi mengelakkan Umno malu saja dan bukan pun untuk menggunakan pakai Razaleigh sepenuhnya. Dan kalau ini terjadi maka tertipulah Razaleigh ditangan Umno untuk kesekian kalinya? [ttdi.kl 12:15 t/hari 18/11/10]