Friday, January 7, 2011

Karangan Petang

Perubahan Sikap Bukan Melayu Disebabkan Melayu

APA pun juga unsur perkauman atau kata-kata menyentuh sensitiviti kaum atau pun kenyataan yang menghina agama mana-mana penganut di negara ini perlu dicegah dan ditentang. Kerana tindakan itu boleh memudaratkan keadaan. Sebab itu ada akta atau pun peraturan khas digubal kerajaan agar semua pihak bagk individu, NGO dan badan siasah tidak terjerumus dalam hal ini - memainkan isu berkenaan.

Hakikat ini diterima semua pihak. Penerimaan dan pengamalan prinsi itu bagi menjadi negara kita dalam keadaan stabil, aman makmur. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ini komitmen itu sangat penting sekali.

Sudah lebih setengah abad kita mencapai natijah persefahaman itu. Kita tidak dilanda krisis kaum, ataupun krisis sosial antara kaum. Apa-apa yang berlaku dihadapi dengan penuh keinsafan dan perasaan penuh persefahaman.

Bagaimana pun akhir-akhir ini nampaknya sensitivi kaum di negara ini begitu tinggi sekali. Dalam erti kata lain ego kaum negara ini begitu melangit. Perasaan toleran ataupun buat-buat tersalah pandangan (over look) demi kejernihan bersama tidak berlaku lagi. Semua bangsa dan semua kaum cepat bingkas membela diri hak masing-masing. Dukacita lagi kalau sesuatu kaum itu 'terkena' maka adalah pemimpin kaum itu akan bangkit. Bingkas membela sambil menuduh yang bukan-bukan termasuk menerusi bahasa yang menyakitkan telinga.

Misalnya apa yang berlaku sekarang ini, proets oleh kaum India terhadap novel Interlok yang dijadikan buku teks SPM adalah contohnya. Masyarakat India membantah teks berkenaan kerana dikatakan telah menghina masyarakat berkulit hitam itu.

Protesnya agak meluas juga. Kenapa perkara ini berlaku? Yang anihnya lagi kenapa ia ditimbulkan kini sedangkan teks atau novel berkenaan sudah wujud lebih 20 tahun. Apakah 20 tahun lalu perkataan atau kandungan teks dalam novel berkenaan tidak salah, boleh diterima.

Mungkin begitu. Ia tidak menjadi masalah kerana generasi India pada masa itu boleh menerima apa yang ditulis oleh Abdullah Hussein itu. Hari ini masyarakat India sudah moden dan berubah. Begitukah? Apakah sudah berlaku evolusi sikap dalam masyarakat India di negara ini?

Kalau benar begitu, masyarakat India seharusnya tidak melenting. Mereka kena sedar bahawa teks itu sudah pun diterima sejak lebih 20 tahun lalu. Apa-apa yang berlaku kini, perubahan minda atau pun perubahan sikap sepatutnya tidak dikaitkan dengan novel berkenaan.

Lainlah kalau teks dalam novel itu dipinda dan dimasukan perkataan yang tidak boleh diterima oleh masyarakat baru berkulit hitamn itu? Apa yang ditulis Abdullah itu adalah karyanya dan telah menjadi sejarah. Sesiapa pun kena menerima sejarah berkenaan sebagai bahan karyanya.

Ada pendapat mengatakan agar Abdullah mengubah frasa di dalam novel berkenaan yang menyinggung masyarakat kulit hitam itu. Saya rasa ia tidak perlu. Kalau dipinda karya itu bukan asli lagi, atau sudah terubah. Walhal mungkin ianya dipilih menjadi teks disebabkan bentuk dan keasilan teks berkenaan. Jadi tidak ada maknalah kalau pemillihan novel berkenaan kerana unsur-unsur berkenaan tiba-tiba ia henedak dibuang pula?

Dari sisi lain kenapa masyarakat kulit hitam itu (atau kaum lain juga) akhir-akhir ini cepat bingkas dan mudah peka dengan keadaan. Bukan saja orang India orang Cina juga cepat melatah. Bukan saja dua kaum itu juga orang asli juga turut melatah dan tahu memprotes. Ada kalanya orang Melayu menjadi sukar untuk bercakap kerana dianggap rasis dan menyentuh perasaan kaum berkenaan. Dalam hal ini seolah orang Melayu sudah menjadi mentium manakala kaum dan puak lain di sekelilingnya sebagai durian.

Misalnya untuk mengatakan orang Cina pendatang pun tidak boleh. Kaum itu akan bangkit dengan bengisnya mempertahankan kedudukan mereka. Mereka mendakwa perkataan itu sebagai merendahkan mereka. Walhal percakapan itu berdasarkan kepada sejarah, tetapi ia juga akan ditolak. Kenapa?

Kemelampauan sensitivi masyarakat bukan Melayu ini perlu difikirkan kenapa ia terjadi demikain. Perlu mencari di mana sebab dan puncanya? Yang jelas dan pastinya ia tidak menjadi dengan sendiri. Kita mengakui mereka menjadi lebih peka kerana perubahan masa. Tetapi dalam pada itu ada juga yang mengambil kesempatan untuk jadi begitu kerana keadaan itu.

Pada saya kenapa ini berlaku ialah kerana sikap dan perubahan sifat orang Melayu sendiri. Orang Melayulah yang memberi ruang luas dan terbuka untuk mereka menjadi lebih sensitif dan lebih prihatin kepada mereka. Dalam masa sama orang Melayu juga secara tidak sengaja memberi sokongan atas apa yang mereka tuntut itu.

Makin menjadi-jadi lagi apabila orang Melayu jadi penghasutan atau npenyokong kepada ptrotes mereka itu. Sedar atau tidakbahawa orang sendiri yang menjadi penyokong mereka. Orang Melayu yang membuka harapan kepada mereka.

Untuk melihat sikap ini perhatikan bagaimana orang Melayu akan meraikan secara melebih rakan mereka dari masyarakat bukan Melayu. Jika ada kematian ataupun ulang tahun kematian orang Melayu akan hadir untuk memberi penghormatan dalam berbagai bentuk.

Kerana sokongan itu menjadi orang bukan Melayu rasa terbela. Mereka merasakan mereka tidak bersendirian tetapi disokong oleh segelintir Melayu lain. Begitu juga dengan orang India. Mereka juga mendapat pembelaan dari orang Melayu. Orang Melayu memberi idea dan alat kepada mereka untuk memprotes dan mempertahankan diri mereka.

Sikap memberi dan membela atau membuka ruang ini bukan saja di luar kerajaan. Tetapi kerajaan sendiri juga cenderung untuk membela bukan Melayu secara berlebihan. Ada sesetengan tindakan kerajaan benar-benar memberi muka dan ruang kepada bukan Melayu. Jadi tindakan-tindakan ini yang dibuat atas muslihat politik menjadi bukan Melayu besar kepala dan keras kepala.

Jalan keluar bagi mengelakkan fenomena ini berleluasa mudah saja. Orang Melayu baik yang ada kuasa atau yang sedang memburu kuasa tidak memberi ruang dan menjadi peguam bela kepada mereka atas apa-apa juga isu yang terarah kepada kepentingan kaum-kaum berkenaan. Orang Melayu perlu menjadi peguam kepada masalah bersama yang dihadapi oleh kaum itu. Keadaan sekarang ini samalah perbuatan satu pihak menjanjikan satu pihak menunai janji.
Satu pihak menyelak jendela satu pihak membuka pintu. [wm.kl.6:00 pm 07/01/11]

Thursday, January 6, 2011

Susupan Pagi

Kenapa Takut Bila Nik Aziz Jumpa Najib?

BILA Siasah keluaran minggi lepas Bil: 246 melaporkan ada pertemuan berlaku di antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak berserta timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, ramai yang terkejut.

Mulanya ada yang menganggap ia hanya gimik politik Siasah saja untuk menonjolkan semula namanya selepas beberapa minggu tidak keluar. Tidak kurang juga yang terus jadi nanar dan sasar memikirkan peristiwa berkenaan kerana menyakini laporan Siasah itu adalah benar dan sahih.

Laporan Siasah itu terus menjadi teka teki kerana sebelum ini tidak ada riak risik pun mengenai pertemuan itu. Tidak ada mana-mana blog atau portal berita yang menghidu kejadian itu melainkan blog, Merah Tinta yang juga berkebetulan pemiliknya adalah Ketua Pengarang Siasah.

Baca laporan lanjut mengenai hal ini dalam Siasah terbaru. [ttdi kl 11:20 am 06/01/11]

Wednesday, January 5, 2011

Susupan Malam

Rais Pening Kepala,
Jangan Rasmikan Fitnah Di Internet

DAPAT dirasakan betapa panas dan berasapnya kepala Rais Yatim sehari dua ini. Semuanya kerana laporan dalam internet kononnya beliau telah merogol amah. MasyAllah! Walaupun ia bohong dan fintah tetapi ia tetap memanaskan kepala Rais dan juga isterinya Masnah.

Mulanya Menteri jaga tv, radio dan budaya itu cuba hendak ambil sikap mendiamkan diri saja. Tetapi tidak menjadi. Makin menyepi makin menjadi. Jadi akhirnya walaupun sebu terpaksa jnuga muncul membuat penafian.

Katanya tuduhan itu fitnah, jahat dan kejam bertujuan untuk mejantuhkannya. Ada juga orang nak jatuhkan Rais?

Secara peribadi saya tidak percaya dengan apa yang didedahkan itu. Saya meragui badan yang membuat penyelidikan dan interviu dengan mangsa. Ia tidak disertakan dengan bukti dan fakta jelas, hanya menampil seorang perempuan yang dikatakan menjadi mangsa. Mangsa itu boleh diragui. Tuduhan ke atas Rais nhanya ilusi semata-mata.

Saya tidak percaya kes ini samalah dengan dakwaan ke atas kes-kes lain termasuk ke Adun Selising, Saipul Baharin dikatakan berzina atas keretapi dan juga tuduhan liwat ke atas Anwar.
Kemelampauan pendedahannya menjadikan kebenaran tuduhan itu boleh dipertikaikan.

Seperti mana kes ke membabitkan Anwar dan Adun Selising ada motif dan konspirasi maka begitu jugalah apa yang dikatakan kepada Rais itu. Ia adalaha konspirasi untuk memburukkannya. Dalam kes Anwar atau Saipul dan kes-kes lain memang ia dirancang demikian rupa.

Rasa hilang kepercayaan dan confisu ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Jangan mendedahkan sesuatu secara melampau kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti apa yang didedahkan itu. Pendedahan juga sepatutnya berhemah agar ia tidak nampak emosi dan bohong kering.

Mungkin selepas ini ada macam-macam pendedahan dalam internet yang sukar untuk dipercayai. Tetapi kerana ianya sudah jadi semacam habit bloger dan juga kospirator yang menari idea bagaimana hendak menggunakan IT ia akan terus digunakan. Sedikit masa lagi ionternet akan menjadi ruang pembohongan terbesar di dunia ini.

Dalam kes Rais itu mudah saja kalau ia benar. Mangsa perlu tampil buat laporan polis sama ada di Malaysia atau di Indonesia. Apakah ada laporan polis dari mangsa? Kalau pihak lain yang buat itu satu usaha bagi memburukkan menteri berkenaan saja.

Kalau mangsa hanya 0buat pengakuan kepada sebuah badan NGO sukar untuk dipercayai. Apa lagi orang sudah tahu, apa, siapa dan untuk siapa NGO berkenaan berkerja. Pemhobong dalam kes Rais ini NGO berkenaan perlu bertanggungjawab.

Janganlah cuba merasmikan pembohongan menerusi internet. [wm.kl.8:00 pm 05/01/11]

Iktibar Tengahari

Ribuan Burung Hitam Mati Terjatuh Dari Langit!

KEJADIAN anih mengenai kematian misteri puluhan ribu burung hitan (blackbirds) di Arkansas, Amerika Syarikat perlu diambil iktibar. Ribuan bangkai burung berkenaan berselerakkan di atas jalan raya sehingga menimbulkan masalah.

Belum diketahui apakah sebab burung itu mati dalam keadaan misteri begitu. Pasukan Alam Sekitar dan Kehidupan Luar, tidak dapat memastikan apakah punca kematian puluhan ribu burung berkenaan. Sehingga kini tidak dapat disahkan apakah burung berkenaan diracun.

Anihnya ia dan perlu difikirkan ia berlaku menjelang peralihan tahun 2010 kepada 2011. Apakah misteri ini menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku dan menimpa dunia ini khasnya Amerika di sepanjang tahun 2011 ini?

Lebih menjadi persoalan serentak dengan kejadian itu puluhan ribu ikan juga ditemui mati terdampar di beberapa sungai di bandar berkenaan. Nasib ikan itu juga sama dengan burung hitam berkenaan tidak diketahui akan punca kematiannya.

Biarlah ia berlaku nuh jauh di Amerika Syarikat tetapi kita di sini wajar mengambil iktibar atas kejadian itu. Yang pastinya Tuhan tidak menjadikan perisitwa itu begitu saja melainkan untuk dijadikan iktibar dan suri teladan oleh setiap manusia.

Jarak mungkin memisahkan Maaysia dengan Amerika tetapi dalam perhitungan dan geografi Tuhan perbezaan itu tidak ada sama sekali.

Apakah dengan kejadian itu Yang Maha Berkuasa ingin memberi gambaran meskipun pun alam ini luas, dan dunia burung berkenaan tidak terhalang oleh apa-apa tetapi ia tetap berdepan dengan tabiit alam dan fitrah hidup iaitu setiap yang hidup akan mati.

Bahawa kita tidak boleh berseronok dengan kekayaan, harta, pangkat atau pun mempunyai isteri lebih dari dua, namun kita tetap juga terpeta dan akan terhukum dengan hukum Allah itu. Jadi sebelum kita semua menerima nasib seperti burung-burung hitam itu, sama-samalah kita menginsafi dan tilik ke dalam diri apakah yang kita lakukan selama ini benar dan tepat.

Khasnya kepada ahli politik yang suka mengilas biji dalam kilas sedarlah, berlagak mengetahui semua perisitwa termasuk mentetahui warna apa yang dipakai oleh orang yang mengadakan pertemuan sulit, perlu sedar anda juga tidak terelak akan menimpa nasib seperti burung hitam di Arkansas itu.

Sebelum Tuhan jatuhkan kita ke bumi maka sama-samalah kita bertaubat dan perbanyakan memuji dan bertasbeh kepada-Nya. [wm.kl.12:40 t/hari 05/01/11]

Ulasan Peristiwa

Majlis Mukabalah Anwar dan Rakan Abim

MALAM kelmarin telah berlangsung majlis 'mukabalah' (bersemuka) di antara kawan-kawan Anwar Ibrahim di dalam Abim. Majlis itu berlangsung di sebuah rumah sahabat (ikhwan Abim) di Petrajaya. Katanya sudah lama majlis berkenaan diatur tetapi ia baru dapat dilaksanakan malam kelmarin.

Lebih 100 orang terdiri dari bekas pemimpin dan anak usrah Abim yang sebelum ini menjadi pengikut kuat Anwar hadir pada majlis tersebut. Ia diadakan tertutup dan dikalangan orang-orang Abim saja. Ia berjalan dalam suasana harmoni dan penuh kekeluargaan.

Sudah pasti majlis itu dianjurkan oleh ikhwan yang tidak berpihak kepada mana-mana puak. Ia diadakan untuk mencari penyelesaian di antara kumpulan yang menentang Anwar. Kumpulan itu katanya sudah tidak bersama Anwar lagi dan menolak kepimpinan Anwar.

Satu demi satu mereka melarikan diri dari Anwar apabila Anwar disumbatkan ke dalam penjara. Sewaktu Anwar berkuasa dulu golongan inilah yang sering bersolat Subuh di rumah Anwar dan sering bergelewat di muka pintu pejabat Anwar yang tukang jadi pengawal ataupun penasihat peribadi yang dibayar 25%.

Itu dulu tetapi kini lain. Lebih malang lagi kumpulan inilah pula yang menjaja mengenai keburukan Anwar dan berusaha agar Anwar tidak diterima sebagai pemimpin. Berbagai usaha dan majlis penerangan keburukan Anwar dijalankan. Semua majlis atau aktviti yang dianjurkan dibayar oleh pihak tertentu. Kerja golongan ini seperti mencincang daging sahabat sendiri dan dijual dipasar kafir untuk beri makan anak isteri.

Penolakan mereka ke atas Anwar kerana mereka mempercayai Anwar meliwat. Anihnya golongan Islamik ini boleh mempercayai sesuatu berita yang disampaikan kepada mereka walaupun tanpa saksi yang adil berlandaskan kitab yang mereka amalkan sendiri.

Adapun mauduk majlis malam kelmarin ialah ingin penjelasan daripada Anwar mengenai pluralisme. Golongan itu menganggap Anwar menerima konsep kepelbagaian aliran agama yang menyesatkan. Hujah mereka ialah berdasarkan ucapan Anwar di satu majlis di London yang seakan-akan menerima konsep berkenaan.

Ucapan Anwar ini juga sudah diseminar, dibahaskan dan dirumuskan baru-baru ini sebagai bahaya dan menyesatkan. Isu ini sudah ditimbulkan oleh Utusan Malaysia beberapa minggu lalu tetapi nampaknya kurang mendapat sambutan. Masyarakat umum tidak begitu memahami isu pluralisme ini kecuali golongan pertengahan saja, istimewanya dalam Abim.

Golongan Abim yang tebal dengan fahaman ahli sunnah walah jemaah, yang merasa wangi dengan jubah carit dan serban robek itu tidak senang dengan faham berkenaan. Mereka menerimanya sebagai bahaya dan boleh menyelewengkan akidah. Golongan Abim itu jugalah yang menentang bekas Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin yang dianggap sebagai wahabi 'musyirikin wa tamato!'

Katanya majlis malam itu walaupun masih harmoni tetapi sempat hangat dan panas. Antara bekas Abim yang hadir dan menentang Anwar ialah Ismail Mina, Yusuf Yusuf, bekas Presiden Abim. Mereka inilah yang lantang menentang dan kini sudah mufarakah daripada Anwar. Merekalah menjadi juara atau tukang kempen agar pengikut Abim menolak Anwar.

Ismail mendesak Anwar menjelaskan pendirian Anwar mengenai ucapannya di London itu. Dalam penjelasan itu Anwar menghuraikan bentuk pluralisme yang ada berbagai-bagai. Beliau juga menarik perhatian bahawa pluralisme yang beliau perkatakan dari konteks berbeza dengan apa difahami oleh golongan Abim murtad itu - murtad dari menyokong Anwar.

Jelas Anwar beliau tidak bermaksud pluralisme itu dari sudut akidah (pegangan) tetapi dari sudut politik, tektik dan strategi. Pluralisme dalam konteks politik sebenarnya tidak dapat dielakkan bila kita berada di bumi yang realiti masyarakatnya berbagai-bagai. Hal ini juga berlaku kepada Tok Guru Nik Aziz atau pemimpin agama dari Umno.

Mereka tidak boleh menolak dan hidup secara rigid dengan fahaman sendiri melainkan harus bersama. Misalnya Nik Aziz aktiviti politiknya bersifat plurarisme. Apakah aktviti begini boleh dikatakan Nik Aziz dan tidak Islam?

Kata Anwar beliau harus bercakap demikian, kepelbagaina fahaman agama kerana majlis yang dihadiri itu dihadiri lebih 85% bukan Islam termasuk Yahudi, Kristian dan lain-lain. Sudah tentu katanya dalam keadaan itu beliau bercakap mengenai pluralisme dalam konteks itu.

Penjelasan Anwar dapat diterima oleh yang hadir. Mereka merasakan selama ini mereka dikelirukan oleh golongan penentang Anwar dalam Abim itu. Katanya, Ismail Mina tidak berpuas hati dan terus menyerang Anwar. Sikap melampau rakan baik Anwar yang sebelum ini banyak mendapat bantuan Anwar sewaktu Anwar jadi menteri, tidak disenangi oleh sebahagian yang hadir.

Begitu juga dengan Yusri Mohamed yang mulanya lantang menentang Anwar tetapi terkial-kial kerana tidak dapat mempertahankan hujah dan dakwaanya. Katanya bagi menyelamatkan dirinya terpaksa beliau menyandarkan tindakan itu atas kenyataan orang lain. Bagaimana pun orang yang disandarkan Yusri itu bangkit dan menjelaskan yang beliau tidak berpendirian seperti Yusri perkatakan itu.

Sedikit sebanyak majlis itu dapat menghuraikan kekusutan dalam keluarag awal Abim itu. Tetapi harapan untuk mereka akan kembali bersama Anwar menerus perjuangan Islam sebagai way of live yang menjadi slogan dan retorik Abim selama ini tidak akan mudah terlaksana. Kesetiaan, perpaduan dan iltizam mereka kini sudah berubah. Anwar dengan cara dan pendekatannya, manakala yang menetangnya kini dengan cara dan keyakinan barunya.

Apa lagi kalau setiap bulan poket jubah para penentang Anwar itu dipandati dengan sampul mempunyai RM, makin sukar untuk meraut sebuah kejernihan. Sedangkan Anwar pada masih ini usahkan untuk membubuh wang ke dalam sakut mereka, dalam sakut sendiri pun sering ketiadaan wang. Wang wa wangggggg. [wm.kl.9:20 am 05/01/11]

Tuesday, January 4, 2011

Susupan Petang

Tok Guru Sudah Jelaskan, Tutuplah Facebook

TOK GURU Nik Aziz telah membuat penjelasan mengenai pertemuan beliau dengan Najib di rumah Agong. Katanya dia pergi kerana Sultan Mizan suruh pergi. Dia tidak akan tergamak untuk menolak permintaan itu.

Bukan dia seorang yang diajak, pemimpin lain juga termausk Abdul Hadi. Tidak dijelaskan apakah malam itu Hadi ada sama. Tetapi yang diketahui Najib dan Muhyiddin ada.

Kata Nik Aziz dia tidak akan dedahkan butir percakapan. Itu rahsia di antara mereka yang berjumpa saja. Molek benarlah kalau tak jelas, biarlah para peramal 'sinting' membuat macam-macam telahan.

Kata Nik Aziz dengan penjelasan itu diharap semua orang yang 'tersolor-solor' nak ambil kesempatan dan nak mengenakan orang lain dengan pertemuan itu akan berhenti buat kerja jahat. Niat jahat yang dipasangkan nak buruk dan kenakan tahi kepada orang lain akan dibatalkan. Bungkuslah tahi dan kilas dalam pelikat sendiri.

Begitu juga dengan media dan para bloger tidak payahlah cuba mainkan lagi berita yang tidak betul. Cubalah buat cerita yang boleh menimbulkan kebaikan dan keisnfan kepada semua. Kalau tidak malukan kepada Tuhan sebab Tuhan nak nampak tengok, malulah kepada lembu.

Tetapi saya tidak fikir Adun yang iseng di Rantau Panjang sana akan kendur dan akan terus membuka pekong dan kilasnya sendiri. Dia akan cari helah lain pula. Orang jahat macam anjing, kalau tidak makan tahi hidu pun jadilah.

Apa yang saya bimbang kerana lagak terlebih itu nanti boleh rosak taukeh sendiri. Tidak fasal-fasal kerana excited nak burukkan orang lain nanti terburuk pula pihak lain. Al maklumlah Adun berkenaan dikenal pasti rapat dengan seseorang yang diingini untuk dinaikan dan tumpang mengakarkan umbi dalam politiknya. Kerana tak hati-hati niat nak memabntu terjadi sebaliknya. [ttdi.kl 4:20 pm 04/01/11]

Monday, January 3, 2011

Susupan Tengahari

Kita Yang Senantisa Dalam Krisis Perlembagaan

SUKA atau tidak Mohd Khusrin Munawi pagi ini sudah masuk pejabat dan bersandar di kerusi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang baru. Kemasukannya tidak dihalang oleh sesiapa. Dengan membawa surat perlantikan ditanda tangani KSN, Sidik Hassan beliau masuk ke SUK dengan tenang dan bergaya tanpa sedikit keraguan.

Beliau tidak merasai ragu-ragu dengan kuasa surat berkenaan. Apa lagi beliau melangkah masuk dengan keyakinan Sultan Selangor telah memberi perkenan kepadanya.

Dia tidak kisah apakah perkenan Sultan itu menurut perlembagan atau tidak. Yang penting Sultan telah merestuinya. Siapa lagi yang lebih besar dari Sultan di Selangor kalau bukan Sultan?

Kusrin juga tidak kisah sama ada Kahlid Ibrahim sedia menerima kedatangannya dan mendengar lapaz memegang jawatan. Khusrin boleh saja lafaz sumpah jawatan di hadapan Sultan. Kalau pun seribu kali perbuatan itu bercanggah dan luar biasa, siapa yang berani nak 'murkah'kan kepada Sultan?

Khalid nak marahkan Sulatan? Apakah kata kalau di masa akan datang Sultan enggan menerima Khalid untuk jadi MB atau mana-mana calon dari PKR atau Pas untuk jadi menteri besar kalau tertakdir Pakatan Rakyat menang. Bukankah kalut namanya. Kekuataan Sultan terletak di sini maka baginda boleh melakukan apa saja yang dia suka, kecuali pinda perlembagaan tubuh kerajaan Selangor.

Wal hasil balik asal apa yang dilaungkan sia-sia saja. Katalah apa pun orang tidak akan peduli. Ahli undang-undang bercakap menggunakan logik dan kuasa undang-undang. Malangnya undang-undang negara ini tidak siapa hormati lagi. Ada setengah undang-undang dan perkara dalam perlembagaan hanya untuk dibaca bukan untuk dipraktikkan.

Ahli perlembagaan bercakap berdasarkan laras perlembagaan. Cakaplah sampai berbueh mulut sampai air liur meleleh ke dagu. Siapa hendak hormat undang-undang dan perlembagaan. Undang-undang dan berperlembangaan hanya berlaku ke atas rakyat yang lemah saja tetapi perlembagaan boleh dibongkar dan dirogol kemudian dibunuh begitu saja oleh orang atas.

Sebaiknya rakyat yang lemah seperti menteri besar Selangor, Khalid Ibrahim tidak usah cakap apa. Ikut saja apa yang berlaku. Kadang-kadang kita lebih baik jadi bodoh daripada jadi cerdik kalau dengan kecerdikan itu menimbulkan masalah.

Jadi macam Kusrin Munawi. Kalau dia ada maruah dia tidak akan masuk ke SUK hari ini sebab dia tahu kemasukannya itu tidak diterima oleh MB. Tetapi kerana dia boleh jadikan dirinya seperti lembu kenyang dimasuk juga. Itulah kadang-kala lebih baik jadi macam lembu kenyang dripada jadi macam harimau yang lapar.

Khusrin berada di dua persimpangan yang sukar untuk beliau pilihkan. Apakah dia harus hormati perlembagaan dan prosuder biasa ataupun hormati kepada Sultan?

Sebenarnya apa yang berlaku di negara kita mengenai hal ini - antara undang-undang, perlembagaan dan kuasa yang lahir secara lisan dan budaya berada dalam dilema. Kita bermasalah di dalam hal ini. Kita tidak tahu ke mana satu yang hendak kita pegangi. Kita hilang pendirian dan prinsip.

Situasi inilah menyebabkan kita senantiasa berada dalam krisis undang-undang. Keadaan ini sebenarnya sungguh merbahaya. Kita akan dilihat sebagai sebuah negara yang tidak konssiten dalam berpegang kepada undang-undang dan adat. Orang juga bingung mana lebih berkuasa atau besar antara adat dan undang-undang dan perlembagaan.

Lebih bingung lagi dan orang akan anggap kita bahalul apabila membuat sesuatu keputusan dan ketetapan kemudian kita langgar begitu saja. Ciri-ciri dan sikap ini menyebabkan kita jadi bangsa yang merangkak ke belakang dalam menuju ketamdunan manusia.

Bertolak dari hakikat ini sesetengah ahli perlembagaan menyarankan agar berperlengaan kita dilemparkan saja kerana ia tidak ada guna dijunjung sebab ia tidak dipatuhi. Kita boleh melanggar perlembagaan seperti lembu kerbau melanggar pagar begitu saja untuk makan padi.

Apakah kita rakyat yang seperti lembu? Sebab itu saya bilang lama dulu bangsa Melayu adalah bangsa separuh masak dan separuh tamadun. Bangsa yang seperti ini akan bermasalah sepanjang zaman dalam apa juga keadaan. [ttdi.kl 12:00 t/hari 03/01/11]

Lepasan Tengah Malam

Berita Gempar
Laporan Rasuah Melibatkan Ratusan Juta

INI berita yang akan menggempar hari esok atau beberapa hari seterusnya. Saya baru lepas jumpa seorang kawan yang ajak ke sebuah kopitiam milik seorang CEO dalam syarikat GLC. CEO ini orang Melayu asal Kelantan. Pernah digossipkan untuk main politik. Tetapi nampak gaya CEO ini tidak berapa terror politik dan kalau masuk pun akan jadi kekabu kering saja.

Sedang asyik minum seorang kawan telefon. Bekas pegawai tinggi kerajaan yang beru bebas dari ikatan General Order. Minta nak joint katanya ada benda nak diceritakan. Jadi walaupun sudah nak balik terpaksa tunggu kawan berkenaan kerana nak dengar cerita yang hendak disampaikan. Dengar nada cakapnya macam suspen saja.

"Saya baru jumpa dengan **** ..?" katanya terputus antara nak dengan tak nak menceritakan apa yang hendak disampaikan itu. Saya faham dia bimbang sebab tempat kami berbuat itu tempat awam, banyak mata telinganya.

"Apa benda?" saya tak sabar dan mendesak dia.

"Katanya dia baru buat laporan kepada SPRM mengenai salah gunakan kuasa dan rasuah..."
dia terputus, sengaja mahu memainkan perasaan saya.

"Ke atas siapa?" tanya saya. "Melibatkan berapa juta?" tanya saya lagi bertalu-talu.

"Banyak.." jawabnya kemudian berhenti.

"Siapa dia?" soal saya lagi.

Kawan itu keberatan untuk menjawabnya. "Nanti malam esok saya jumpakan you dengan dia, dia akan cerita. Laporan itu juga ada dengan dia,you boleh ambil satu nanti," katanya.

Frust. Tetapi tak mengapa malam esok dia akan temukan saya dengan orang bernama **** yang membuat report itu. Katanya orang itu tinggal dekat saja dengan rumahnya.

Jadi untuk tahu siapa dan berapa jumlah rasuah itu kena tunggulah esok. [wm.kl.12:50 am 03/01/11]

Sunday, January 2, 2011

Rahsia Ahad

Kerusi Speaker Dun Kelantan Panas!

KALAU anjing menyalak di balik busut kadang-kadang kita rasakan anjing itu gila. Saja membuat bising. Ataupun sengaja mahu membuang kerisauan dan kerungsingan kerana gagal mengejar betina. Kempunan mengawan kata orang.

Wahlal salakan itu ada maksud dan makna tersendiri. Ada perkara yang disalak dan dikejar di sebalik salakan itu. Ada signal. Selalunya kalau anjing liar dan jahat ia suka salak biawak, ajing adalah spesies makan biawak.

Begitulah apa yang berlaku kepada salah seorang Adun Pas di Kelantan yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan. Sehari dua ini menyalak tidak tentu fasal, melengking lengking. Tunjuk lagak dan tujuk bijak bersikap semua tahu sampai warna baju yang dipakai orang. Ingatkan salak kerana banjir, tetapi kawasannya tidak pula ditimpa banjir. Jadi untuk apa dia menyalak dan menyelak situ dan sini hingga ternampak 'batu berapi sendiri?'

Kalaupun banjir Siti Zailah Yusuf ahli Parlimen Rantau Panjang sudah ada. Zailah berkhidmat siang malam untuk membantu mangsa bangsa. Walaupun perempuan, tetapi demi rakyat, Zailah lakukan sendiri. Biar ada orang membenci kerja kebajikannya, dia tidak peduli. Jadi kalaupun Rantau Panjang kini ditenggelami banjir Zailah sudah menyediakan 'pelampung' penyelamat untuk rakyatnya. Zailah senantiasa siap siagap 24 jam untuk membantu rakyatnya tidak kira fahaman ideologi.

Banyak najis dan noda yang ditinggalkan Ahli Parlimen Rantau Panjang (bukan Daing Meriok) sebelum ini. Semuanya dibersih disapu dan disamak oleh Zailah. Akhirnya Rantau Panjang kini bersih dan merupakan kawasan yang mantap di Kelantan. Kerja rajin Zailah disebut dimana-mana. Cuma mereka yang dengki hati busuk saja cuba menidak dan cuba menghalang Zailah dari membantu rakyat. Buruknya perangai orang nak berkhidmat pun dihalang dan dimarahi.

Bak anjing tadi, bila ia menyalak, rupa-rupanya ada sebab yang kita perlu memahaminya. Jadi samalah dengan Adun berkenaan. Dia menyalak kerana dia dalam kesusahan dan kewalangan. Ia bukan setakat sakit perut, tetapi ada masalah lebih besar. Dia jadi macam kucing jatuh anak, fitnah situ fitanh sini, provok itu provok sini kerana kedudukannya kini sudah tidak selesa lagi. Dia sudah risau dengan masa depannya dalam politik.

Dia sudah dapat membaca pilihan raya akan datang kemungkinan dia tidak akan dicalonkan lagi. Dia sudah mengenali penerimaan umum kepadanya sudah berkurangan. Dia juga sedar politik kain pelikat dan janji mulut busuknya sudah dicemuhi rakyat. Beberapa kawasan dalam Rantau Panjang sudah tidak boleh dipijak lagi kerana ditunggu orang dengan batang langsat.

Bayangan mautnya sudah mula datang berbangar-bagar pada dirinya. Dia merasakan ajal kekalahan akan menimpanya. Dalam pilihan raya lalu pun beliaulah yang menang dengan undi terkecil, bawah 456 undi.

Kalau bukan kerana Umno di Dun itu berpecah dan retak, mungkin Adun itu sudah jadi peraih ikan dalam pasar Pasir Mas atau jadi tukang jolok sawit di Felda Kemahang. Sebelum ini pun beliau pernah tertumus di situ beberapa kali. Kalau bukan berkat doa dan aura orang keramat yang ditumpanginya sudah lama dia jadi kuluhum.

Kerana risau akan kekalahan itu maka dia menyalak dan menyelek tidak tentu fasal. Diam-diam menyusun strategi. Inilah dikatakan politik berpandangan jauh walhal dalam konteks ini politik munafik, kohong. Dia terus nak jadi wakil rakyat walaupun sudah tidak popular dan berpenyakit.

Katanya pelan sudah dibuat untuk dirinya sendiri. Beliau tidak akan bertanding di kerusinya sekarang kerana sudah tahu gambaran kalah. Jadi untuk memastikan dia terus berada dalam hegomoni politik dia mencari helah lain. Dia perlu menyelamatkan dengan kerusi free, kerusi speaker. Beliau kini katanya mengidamkan kerusi speaker.

Kerusi ini sudah lama diidamkan. Apabila dia tidak dilantik jadi Exco, dia berharap dia akan dihadiahkan kerusi ini. Malangnya kerusi ini diberikan kepada Nasaruddin. Sepatutnya dia perlu tahu kenapa dia tidak serahkan kerusi ini. Tidak layak lah...tu. Bukan bermakna tua dan lama itu matang, ada juga tua dan lama itu gelonggong.

Dalam perancangan dan strategi ini, katanya dia akan berusaha untuk menolak Nasaruddin Daud (foto) ke parlimen Pasir Mas. Nasaruddin dicadangkan untuk berderpan dengan Ibrahim Ali. Dalam kata lain dia akan halau Nasaruddin ke parlimen. Dia akan 'gumba', Nasaruddin mampu untuk menewaskan Ibrahim Ali. Itulah cara nak selamatkan kerusi Pasir Mas dan dia pula dapat kerusi speaker. Soalnya kalau benar nak selamatkan kerusi Pasir Mas, kenapa tidak beliau sendiri melawan Ibrahim?

Apa takut kerana sudah terlalu banyak makan lembu dan duit Ibrahim? Ibrahim Ali akan menceritakan hal ini.

Nasaruddin masih belum mengetahui akan hal ini. Gerakan ini sedang berjalan. Lobi di peringkat tertentu sudah pun berjalan. Kalau Nasaruddin sayangkan kerusi sepaker beliau hendaklah berwaspada dengan Adun ini dan jangan mudah terjerat.

Adun seorang ini memang licik dalam politik. Selalu bersikap mulut manis jubur masam, kata orang Kelantan. Tetapi kelicitannya bodoh kerana dapat diduga awal. Semasa menjadi ahli Parlimen dulu dia cadangkan supaya calon Parlimen hendaklah mereka yang ada ijazah. Dia cadang begitu sebab dia tidak mahu tanding di parlimen kerana sudah berbau kekalahan. Sebenarnya dia juga tidak memiliki kelulusan peringkat ijazah.

Dia turun ke Dun dengan harapan kalau menang dilantik jadi Exco. Malangnya jawatan itu tidak diberikan kepadanya. Separuh hari dia memaki hamun orang yang menjanjikan dia untuk dapatkan Exco itu.

Tidak siapa dengki kalau dia nak jadi spekaer. Tetapi cara nak ambil kerusi itu tidak bermoral macam bubuh racun dalam pisang. Seperkara lagi, bolehkah jadi speaker. Macam mana nak jalankan mesyuarat kalau kita bercakap tergagap-gagap. Ayat Quran dan hadith juga hanya beberapa kerat saja dihafal. Kalau ada masalah dalam Dewan yang perlu diselesaikan dengan ayat Quran macam mana beliau nak uruskan? Kemhiran dan ilmu mantik dimiliki Nasaruddin tidak ada padanya.

Perkembangan ini jangan dipandang ringan oleh Nasaruddin khasnya. Jangan terkejut kalau apa yang dirancangkan ini akan mencapai kejayaan kerana dia ada kepakaran memanipulasikan keadaan termasuk sanggup membohongi Tok Guru Nik Abdul Aziz. [wm.kl.12:30 t/hari 02/01/11]

Saturday, January 1, 2011

Catatan Tahun Baru

Masalahnya Umno Tidak Mesra Masjid?

KITA tidak faham sama ada orang faham atau tidak fungsi masjid sebenarnya. Atau pun kalau faham dalam pengertian yang sempit dan tertutup. Inilah sikap orang Islam (Melayu). Mereka menyanyangi masjid tetapi tidak memakmurkan masjid. Buat masjid besar habis juta-juta hanya digunakan pada hari tertentu saja. Istimewanya hari Jumaat atau semasa solat raya Aidilfitri dan Aidiadha saja. Lepas itu masjid sepi.

Sebuah masjid indah terletak di Bentung Pahang, sewaktu saya singgah untuk solat Subuh hanya ada tiga makmum sahaja. Empat termasuk saya. Pernah saya posting gambar itu dalam blog ini. Tok Imam pula lepas solat memberi tazkirah, pendengar hanya dua orang saja. Syabas diucapkan kepada imam berkenaan kerna menjalankan tugas. Setidak-tidaknya tazkirah itu untuk dirinya sendiri.

Jadi apakah gunanya masjid itu untuk pengembangan ilmu dan prasarana lain bagi manusia? Ia hanya untuk bermegah-megah saja atau untuk menunjukkan tingginya syiar Islam. Wei.... hidup dengan syiar ini tidak akan ke mana, ia perlu diertikan dengan memanfaat sepenuhnya.

Kalau begitulah, apa gunanya masjid? Saya pernah bercakap dengan Prof Syed Hussein Alattas, bekas tokoh Sosialis. Dia persoal pembinaan masjid Sultan Abdul Aziz Shah Alam membazir. Baik wang itu digunakan untuk kegunaan rakyat dalam aspek lain, katanya. Mungkin kata-kata itu skeptikal, tetapi ada benarnya kalau dilihat kepada nasib masjid dan surau di sesetengah negeri ini. Ianya makmur hanya pada waktu tertentu saja.

Masjid sebenarnya tidak digunakan seoptimumnya. Ia tidak seperti stesen bas, atau pun lapangan terbang. Di mana orang menggunakan 24 jam. Apakah ada larangan untuk berbuat begitu kepada masjid? Tidak ada, malahan ianya dianjurkan supaya dimakmurkan untuk kepentingan ummah dan ad-den.

Dalam usaha ini maka masjid dibukakan sepenuhnya. Pintunya jangan dikunci untuk orang ramai. Pada saya menjaga masjid dengan menguncinya, melarang kegiatan apa saja yang dibenarkan syarak adalah satu penghinaan kepada masjid. Inilah tindakan membunuh fungsi masjid.

Pandangan sesetengah orang tidak boleh dijalankan kegiatan politik, atau membenarkan bukan Islam menghampiri masjid adalah satu penjagaan tidak relevan terhadap masjid. Penjagaan begitu menjauhkan orang kepada masjid. Secara tidak langsung sikap ini adalah orang yang ingin mematikan masjid bukan hendak memakmurkan masjid. Pemikiran dan tindakan sebegini harus ditinjau dan bukan diterima bulat-bulat. Belah dadanya dan tengok warna hatinya. Istana syaitan adalah hati kata para hakikat.

Pada saya tidak kira kalau pun kegiatan itu bermotif politik atau tidak. Yang penting kegiatan itu memenuhi syarak. Syarak ini termasuk berpakaian, suasana dan juga percakapan yang digunakan. Saya tidak fikir jemaah masjid atau surau tidak memahami ini. Bukankah setiap apa yang hendak dijalankan dimasjid perlu meminta kebenaraan jemaah masjid?

Berkempen untuk politik pada saya tidak mengapa, asalkan baik. Tidak kisah siapa, Umno, Pas atau pun lain-lain. Kebaikan boleh disuarakan kepada seisapa saja atas masjid, tidak kira dia siapa. India, Cina, Kadzan atau Asli boleh menggunakan selagi ianya menjurus kepada kebaikan. Baik dalam konteks ini bukan saja dalam soal-soal hukum tetapi mengajak orang menjaga keselamatan diri, menyeru orang buang rokok dan sebagainya adalah perbuatan baik.

Kita jangan rigid dan jumud bila sebut masjid hanya kena bercakap soal Quran dan hadith saja. Fahamilah bahawa apa yang kita buat dengan niat yang baik adalah ibadat. Jangan seksakan masjid hanya dengan solat sahaja.

Soalnya kenapa kita merasa begitu gerun dan takut kepada masjid. Merasa sayang tetapi tidak memberi erti kepada kita. Dalam hal ini Umno nampak begitu takut dengan penggunaan masjid. Ketakutan Umno ini sejak dari dulu lagi. Ia adalah didikan penjajah agar tidak bercakap politik. Kerana penjajah tahu dalam masjidlah tempat berkumpul orang Melayu dan Islam. Mereka takut kegiatan politik untuk menyerang mereka dilakukan dalam masjid. Ini tujuan dan sebabnya. Malangnya kita terikut sampai ke hari ini mengikut larangan penjajah itu yang akhirnya menyebabkan kita rugi.

Kenapa Umno takut untuk menggunakan masjid? Oh, kononya tak nak cemarkan masjid daripada politik. Apakah bercakap di dalam dewan sekolah, atau PWTC dan hotel besar berbohong mengata orang, memperdayakan rakyat dengan berbagai slogan, itu tidak berdosa kerana ia diucapkan di luar masjid? Melaikat melihat dan mencatat perbuatan jahat kita bukan saja di dalam masjid tetapi diluar juga. Mungkin kerana Umno berfikir di dalam masjid banyak malaikat maka mereka takut. Kenapa harus takut kalau kita berkata benar?

Apakah memaki hamun, memfitnah dan mengaibkan orang di dalam surat khabar atau tv itu dibenarkan dan tidak dikira dosa kerana ianya berlaku di luar masjid? Tanggapan itu salah sebenarnya. Berbohong tidak boleh di mana-mana saja hatta di dalam jamban tahi. Tetapi bila Umno konon hendak menjaga masjid takut mencemar rumah Allah itu dengan pembohongan lantas melarang orang lain ia tidak betul.

Saya rasa orang yang bercakap dalam masjid akan lebih berhati-hati daripada bercakapa di luar masjid. Ini secara tidak langsung masjid sudah menjaga akhlak manusia. Mengawal secara spritual akan diri manusia daripada bercakap yang bukan-bukan. Inilah faedah dan fadhilatnya menggunakan masjid.

Soalnya kini kenapa Umno begitu dengki dengan pengumarakan masjid ialah kerana mereka menjauhi masjid. Umno tidak mesra masjid. Umno tidak mesra surau. Umno lebih mesra dengan hotel lima bintang atau pun tempat eksklusif. Hakikat ini boleh lihat apa yang berlaku di Selangor sekarang. Semua masjid baik di kampung dan dipinggir bandar penuh sesak dengan jemaah. Ini berlaku sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Paslah yang menggerakan (umara) masjid. Terasa sekali akan kehebatan dan kemakmuran masjid di zaman Pakatan ini. Syabas kepada Pengerusi Agama, Dr Hassan Mohamad Ali.

Pergilah ke mana-mana masjid bila ada ceramah, penceramahnya orang Pas. Kadang-kadang imam orang Pas. Kadang-kadang semua jawatankuasa orang Pas. Dulu semasa Umno memerintah Selangor dengan Khir Toyo (yang baru ini dicharge rasuah), masjid kosong. Kerana apa kerana Umno takut dan gerun nanti berdosa untuk menggunakan masjid selain daripada tempat bersolat Jumaat sahaja.

Itu yang saya kata tadi kita membaca sejarah penggunaan masjid, tetapi kita tidak memahami fungsinya. Fahaman kolot dan jumud seharusnya dibuang oleh Umno. Umno juga kena menggunakan masjid, buat aktiviti kalau tidak boleh nak buat tazkirah seperti Pas, anjur aktiviti lain. Futsal juga boleh dimainkan di masjid, takraw juga dimainkan di masjid. Rasanya ianya tidak rugi dan setidak-tidaknya kalau ada pemain dan penonton yang ada sikit iman boleh mengerjakan solat waktu kerana mereka sudah berada hampir dengan masjid.

Saya rasa kalau Umno mengambil kaedah ini tidak timbul rasa takut dan nak melarang orang ramai menggunakan masjid. Tidak berlaku kritikan kepada Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bersenamrobik di perkarangan Masjid Taman Cheras. Umno boleh panggil Shahrizat ataupun Ng Yen Yen buat senamrobik dan bukannya marah tidak tentu fasal kepada Nie Ching. Rasnaya Rosmah juga tidak masalah kalau hendak bersenamrobik di masjid. Apa salah kalau lepas solat Subuh bersenamrobik sesudah ramai-ramai buat solat duha, tak salah. Tenguk pula gelanggang siapa yang lebih ramai?

Senamrobik adalah untuk kesihatan. Dan penggunaan laman masjid untuk itu, sepatutnya disambut baik kerana ia memanfaatkan laman rumah Allah. Rumah Allah adalah untuk semua. Selagi kita yakin bahawa semua mahkluk ini adalah ciptaan Allah maka ia berhak untuk menggunakan rumah Tuannya, atas apa saja tujuan. Cuma kalau perbuatannya adnormal, itu perlulah dilarang kerana menjaga kesucian rumah yang agung itu. Rumah yang agung bukan seperti dewan-dewan tokong atau biara.

Tanggapan mengatakan perbuatan itu (senamrobik) kerana politik, tidak usah ceritalah. Apakah yang Umno buat bukan politik? Melarang penggunaan masjid, membuang imam mengajar tanpa tauliah juga tindakan politik. Cuma tindakan politik Umno nampak dangkal dan rakus tidak berkualiti berbanding tindakan dilakukan oleh MP DAP itu.

Makanya, Umno belajarlah daripada Pas atau DAP kalau mereka mahu disokong oleh orang ramail. Cara Umno lakukan kini bukan mendekatkan orang China tetapi menjauhkan mereka daripada institusi mereka yang semakin lumpuh dan rapuh. Umno tidak perlu malu dan segan untuk meniru sesuatu yang baik. Malahan kalau Umno buat ia lebih menyenangkan kerana boleh dikatakan kunci masjid berada di tangan Umno.

Kalau ini dapat dilakukkan - Umno ke masjid tentu semua masjid negara kita akan penuh kerana semua Melayu bersatu dalam masjid. Kebersatuan itu juga nanti akan dilihat betapa teguh dan solidnya kita kepada keimanan agama dan negara. Inilah baru dikatakan kita orang Islam yang progresif yang tidak boleh diperkotak katikan. [wm.kl.9:00 am 01/01/11]