Saturday, April 16, 2011

Susupan Pagi

Pengundian Pilihan Raya Sarawak Bermula

Saat yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Tepat jam 8:00 pagi tadi semua peti undi dalam 71 kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak telah dibuka. Kini para pengundi telah mula menunaikan kewajiban masing-masing untuk menentukan parti mana yang akan memerintah Sarawak untuk lima tahun akan datang.

Debaran kini bukan saja kepada lebih 200 orang calon yang bertanding tetapi juga kepada pemerhatian politik dari seluruh negara. Pilihan raya umum Sarawak ke-10 kali ini menjadi tumpuan ramai. Angin perubahan yang melanda Sarawak kini menyebabkan para pemerhatian tidak tidur dan berdebar menanti keputusan. Sikap terbuka rakyat Sarawak juga menyebabkan para pemerhati dan penganalisa sukar untuk membuat agakan.

Pilihan raya Sarawak kali ini ternyata berbeza dengan sembilan pilihan raya sebelum ini. Belum pernah BN yang lebih 30 tahun memerintah bumi Kenyalang merasai serangan pembangkang sehebat hari ini. Realiiti ini diakui sendiri oleh pihak BN. Najib yang mulanya optmis BN akan mendapat majoriti 2/3 tetapi telah berubah nada disaat akhir dengan mengharap hanya cukup kalaulah BN dapat mengekalkan kemenangan dengan simple majoriti.

Perbalahan Najib dengan Taib Mahmud dalam menguruskan pilihan raya ini menjelaskan akan keserabutan dan kebimbangan mereka. Pertelingkahan itu katanya sampai ke saat saat akhir. Ketidak yakinan BN untuk menang ditunjukkan amati dengan kehadiran bekas PM Mahatahir Mohamad untuk smembuapanggilan terakahir dan persnaol terhadap pengundi Cina. Tetapia khabarnya akehadiran Mahathir disaat akhir itu tidaka banyak merubah suasana.

Apa yang akan berlaku hari dan baimana keputusannya? ia tetap mengetuk hati setip orang. Di sini saya tidak mahu menurunkan ramalan dan analisa saya tetapi cukuplah kalaulah saya mengatakan pilihan raya ini benar benar mengejutkan dan menggembirakan orang politik yang mahu melihat satu perubahan dan sikap baru rakyat Sarawak dalam politik.

InsyaAllah kalaulah ada masa dan kemudahan saya akan cuba membuat analisa menjelang tengah hari berpandukan kepada aliran mengundi dan ajuga maklumat dari risikan daris berbagai sumber. Salam dari Kuching. MSO (kcg.8:39 am 16/04/11)

Friday, April 15, 2011

Selepas Subuh

King Bloger Dah Jadi King Burger II

KEINSAFAN King Burger yang sanggup untuk menghirup semula air ludahnya yang 'dituikan' (tuiiii) ke atas Najib Razak dan Rosmah Mansor dilihat salah satu modal kempen untuk BN di Sarawak. Najib dan Rosmah merasa lega atas pengakuan Raja Petra itu. Tetapi, biarpun begitu orang tidak akan mudah untuk membuang apa yang diakujanjikan King Burger sebelum ini.

Dalam kepala umum sudah menerima apa yang ditulis dan dihemburkan kepada Najib itu. Sama ada waktu dia menulis itu diupah atau tidak, tidak menjadi hal. Pengakuan atau pun keinsafan yang tiba-tiba berlaku itu akan dijadikan ukuran. Kalau dulu BN atau pemimpin Umno menuduh Raja Petra diupah membuat siaran itu dalam blog, apa tidaknya hari ini.

Sudah pasti nilai wang kerajaan lebih mahal dan tinggi dari nilai wang pembangkang. Juga tidak menjadi hal, bagi orang yang tidak ada prinsip atau yang mengejar ringgit dalam hidupnya, wang itu tidak salah. Raja Burger mungkin telah meletakkan cara begitu, buat dosa kemudian mengakui adalah profesyen untuk dia hidup bersama isterinya Marina di luar negara. Agamanya tidak melarang berbuat begitu.

Siapa tidak mahukan duit? Semua orang mahukan duit. Dalam hal ini saya tidak salahkan orang macam King Burger, tetapi apa yang boleh dipersoalkan di manakah nilai, maruah dan kredibiliti dia sebagai seorang penulis? Tanpa dia sedar apa dilakukan itu sudah mencemarkan dunia kepenulisan - blogger. Apakah dia boleh digolongkan sebagai seorang penulis, atau tidak lebih sebagai seorang penyangak yang menggunakan pena (blog) bukannya pistol.

Ah...mungkin soal itu dia telah persetankan. Kamu tidak tahu aku duduk di luar negeri meninggalkan tanah air sakit jiwa, wei. Walaupun sedap dan segar burger di sini namun tea tarik dan nasi lemak tetap menggoda kalbu. Kamu tahu apa.? Rasa dan kenangan itulah yang menggoda King Burger untuk pulang ke Malaysia. Dan bagi orang sepertinya yang dianggap sebagai spekulator atau dr spin atau pun pereka isu yang baik tidak akan memperdulikan maruah, yang penting dia dapat pulang ke Malaysia dan apa yang dijualkan dalam blog mendapat keuntungan.

Untuk pulang ke Malaysia harus berlutut kepada PM. Kini King Burger sudah berlutut dan selepas ini dia boleh pulang dan para pemuda Umno, NGO yang sama waktu dengannya termasuk budak-budak 10, atau 11 dan 12 budak itam boleh sambut besar-besaran di airport dengan angkat sepanduk "Selamat Pulang Wira Tanahair."

Najib pula akan menerima tanpa melihat sapa King Burger kepadanya sebelum ini. Yang penting King Burger sudah katoi dan menyembahnya. Najib bukan minta tetapi lahir sendiri atas keinsafan dan rasa yang menggaru-garu dalam kepalanya.

Malam tadi King Burger menyambung lagi pendedahan dan keinsafannya. Malam sebelumnya dia telah meletakkan beberapa orang ada kaitan dengan apa yang beliau tuliskan. Antaranya ialah Nik Azmi, Jhon Pang keduanya anak buah Tengku Razaleigh, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin.

Saya sudah ulas. Kenapa harus mengaitkan orang lain. Sebenarnya King Burger boleh bertaubat dan memohon maaf kepada Najib begitu sahaja tanpa memberi reputasi buruk kepada orang lain. Minta kerja dengan Najib... tanpa mengkhianati orang lain. King Burger boleh jadi organiser kepada rakan-rakan Fb Najib untuk berjumpa Najib di seluruh negara menjelang pilihan raya umum nanti. Serba sedikit kepakaran yang dimiliki boleh digunakan.

Apabila dia sudah mendedahkan sumber maklumatnya, King Burger menyerlahkan yang dia bukan seorang penulis yang beretika. Kalau sudah beretika macam mana orang akan menghormatinya. Seperti saya kata tadi pengakuannya kononnya untuk membersihkan Najib dan Rosmah tidak akan bersih. Orang akan lihat pengakuan itu juga diupah. Inilah bahanannya seseseorang penulis kalau sudah dilebelkan sebagai penyangak dan penulisan upahan.

Sama ada betul atau tidak maklumat itu, bila kita gunakan mereka sebagai sumber kita harus melindunginya. Kita tidak boleh mendedahkan identiti mereka. Sebab itu sebelum hendak siar, atau hendak mengambil upah atas penyiaran itu tenguk dan pegang dulu wang itu apakah bau setanggi ataupun bau arak? King Burger hebat tetapi dalam hal menilai belakang depan ini, menjaga moral selalu penulis beliau tidak hebat.

Cara King Burger itu saya lihat dia amat-amat terdesak dan rindukan kepada tea tarik. Jadi dia akan melakukan apa saja termasuk memakan para sumber maklumat dan juga sumber kewangan. Saya rasa dengan apa yang berlaku orang dapat menlai siapa dia King Burger sebenarnya. Dan benarlah apa yang ditohmohkan ke atasnya sebelum ini oleh pihak kerajaan semasa beliau menyerang kerajaan dulu.

Penilaian yang sama kini akan dilakukan oleh pihak pembangkang ke atas King Burger.

Apa yang dikatakan Syed Hamid Albar satu masa dulu semasa King Burger berada dalam lokap dia bohong mengenai keadaan dalam lokap adalah benar. Dengan sikap dan perbuatan King Burger hari ini menyebabkan orang akan membenarkan segala tuduhan dan dakwaan buruk ke atasnya.

Kalaulah pendedahan dan pengakuan memburukkan Anwar dibuat King Burger atas restu Najib itu untuk mempengaruhi pilihan raya Sarawa, pada saya ia sia-sia saja. Bukan saja orang Sarawak tidak percata kepada pembohong, pereka maklumat tetapi orang Sarawak juga. Apapun kepada King Burger diucapkan selamat kembali untuk bergabung dengan Ezam Mohd Noor. Garaplah cerita Ezam dari versi Umno pula! [wm.kl. 7:00 am 15/04/11]

Thursday, April 14, 2011

Uluasan Tengah Hari

King Bloger Dan Jadi King Burger

MALAM tadi Raja Putra Kamarudin yang kini melarikan diri di luar negara kerana kecut perut dengan tindakan beberapa individu yang menyaman beliau telah membuat pusingan baring di saat-saat rakyat Sarawak ingin memilih kerajaan baru tulat, 16 April.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan TV3 di Perth Australia yang disiarkan malam tadi, Raja Petra menjelaskan beliau tidak sama sekali menuduh Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Katanya apa yang berlaku dia hanya menulis berdasarkan kenyataan atau sumber pihak atau individu tertentu saja.

Beliau menyebut beberapa nama orang yang memberi maklumat itu dan mereka ada kaitan dengan Anwar Ibrahim.

Wah mudah Raja Petra sapu tangan dengan 'kotoran' yang beliau buat itu. Apakah sebenarnya beliau tahu tanggungjawab seorang penulis. Mungkin beliau seorang penulis yang berani tetapi kalau berani tanpa memahami etika beliau bukan penulis yang berkualiti.

Apa yang kita tulis dari mana sumber dan siapa memberinya kita harus bertanggungjawab. Bukan bila timbul masalah kita lontarkan kepada sumber kita. Sebab itu sebelum menulis kita harus fikir, kaji dan menganalisa sejauh mana kebenaran sumber kita itu.

Nampaknya ini tidak berlaku kepada Raja Petra. Meskipun sumber itu membuat akuan bersumpah tetapi ia perlu disemak dan diteliti. Allah memberikan kita akal. Apakah Raja Petra semasa menulis dan melamporkan apa yan dikatakan sumber itu beliau terlupa berfikir? Atau kerana ada pihak yang mengupahknya maka beliau menulis dan selepas itu ada yang mengupah lebih besar maka dinafikan semula.

Kerana tulisan itulah menyebabkan polis menyerbu rumah Raja Petra di Sungai Buluh kemudian dia dimasukkan ke dalam lokap.

Beberapa penjenguk blog saya minta saya mengulas pendirian terbaru Raja Petra itu. Sebenarnya saya sudah memberi bayangan sebelum ini yang Raja Petra akan menemui Najib di Australia semasa PM itu melawat negara berkenaan. Apa yang saya dedahkan itu ternyata benar, cuma pendedahan itu tidak dilaporkan oleh media pro kerajaan termasuk TV3. Masa yang terbaik dicari untuk mendedahkan keinsafan Raja Petra itu.

Apabila Raja Petra sudah berjumpa Najib maka faham-fahamlah sendiri. Raja Petra adalah seorang manusia yang masih lagi memerlukan kepada makan dan minum. Kata orang betapa enak duduk di negeri orang tak sama dengan negeri sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri.

Jadi bila Raja Petra membuat pusingan U atau pusingan bulat itu ia tidak menghairankan. Mungkin Najib ada memberi jaminan tertentu sesama berjumpa tempoh hari. Janji itu diterima oleh Raja Petra. Selepas ini kalau kita nampak Raja Petra terhegah-hegah pulang sambil menolak beg besar jangan hairan. Satu saya nak bagi tahu anda sekalian kalau sudah nampak kalibat Raja Petra di Malaysia itu bermakna pilihan raya umum sudah hampir tiba.

Bagi mereka yang mengikut perkembangan bloger keturunan Raja ini, akan tahu bagaimana dia mengeliuk dalam kerjanya. Pada era reformasi dia menyokong Anwar Ibrahim. Apabila Anwar Ibrahim menang dia lari ke Yayayasan Perdana dan pada masa sama juga bergeliwat di Langgak Golf Jalan Ampang. Menurut maklumat ada sesuatu yang diingini tetapi tidak tertunai oleh Anwar maka beliau memngambil sikap menjauhi Anwar.

Apa yang berlaku dan bakal dilakukan Raja Petra tidak menghirankan kerana dia saya anggap sebagai king bloger yang kini sudah menjadi king burger! [ttdi.kl.1:09 t/hari 14/04/11]

Lintas Pagi

Calon Pas Di Sadong Jaya Cucu Ahmad Urai

MUNGKIN ramai yang tidak sedar calon Pas di kerusi Sadong Jaya, Abang Eddy Abang Fauzi adalah cucu kepada bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen. Tidak ada mana-mana laporan dan maklumat mengenai latar belakang Eddy yang merupakan cucu tokoh politik Sarawak tahun 70-an itu.

Saya sendiri baru terperasan apabila beliau menjelaskan serba ringkas mengenai kedudukan dan peluangnya di Sadong Jaya semasa berjumpa Tok Guru Nik Aziz. Menurutnya peluang untuk Pas menang 50 : 50. Harapan itu disandarkan kepada beberapa faktor. Antara lain katanya dia mempunyai kenalan dan saudara ramai di sana.

Menurut Eddy datuknya, (Ahmad Urai) pernah mewakili kawasan berkenaan di tahun-tahuan 70-an dulu.

"Datuk saya pernah menjadi wakil rakyat dua penggal di Sadong Jaya. Saya harap kenalan datuk dan kawan-kawannya akan memihak kepada saya," kata Abang Eddy.

Semasa saya mengunjungi kampung Ja'ai terletak dalam Sadong Jaya beberapa orang penduduk mengesahkan bahawa calon Pas itu adalah cucu kepada Abang Urai dan mereka gembira kerana cucu pemimpin mereka itu bertanding.

"Kami rasa bertuah kerana anak kepada bekas wakil rakyat dan tokoh politik Sarawak bertanding di sini, saya merasakan seolah-olah Abang Ahmad Urai sendiri yang bertanding semula," kata seorang penduduk.

Kata-kata penduduk berkenaan mengesahkan bahawa Abang Eddy adalah cucu kepada Abang Ahmad Urai. Jadi kehadirannya merebut kerusi Sadong Jaya 16 April ini sebagai menyambung perjuangan datuknya.

Sadong Jaya adalah di antara kerusi yang dikatakan akan dimenangi Pas selain Sebuyau dan Beting Maro. Dua lagi kerusi ditanding Pas, Muara Tuang dan satu lagi lupa nama. (Baru ingat Tanjung Datu..) [wm.kl.8:50 am 14/04/11]

Wednesday, April 13, 2011

Susupan Petang

Persepakatan Cina (DAP) & Potensinya

SEORANG teman yang mempunyai kenalan rapat dengan seorang ahli perniagaan Cina di Sarawak memberi tahu saya yang kawannya itu telah membantu DAP dalam pilihan raya Sarawak kali ini. Bantuan itu agak besar jumlahnya.

Ahli perniagaan berkenaan turut sama membantu BN, namun jumlah yang diberikan kepada DAP lebih besar dari apa yang diperuntukan kepada BN. Dunia perniagaan biasalah kalau berlaku sebegitu.

Katanya teman itu, untuk BN ahli perniagaan yang berpejabat di Kuching itu selain memberi wang bernilai mencecah tujuh angka diberikan sama kemudahan transport, berupa helikopter. Berapa helikopter yang diberikan tidak pula disebut. Yang pastinya lebih dari sebuah.

Sebaliknya kepada DAP ahli perniagaan itu tidak menyediakan helikopter tetapi sekadar wang juga. Jumlahnya mengatasi dengan apa yang diberikan kepada BN.

Bila mendengar cerita teman ini baru saya faham kenapa logistik kempen DAP hebat dan bermutu tinggi. Di Kuching billboard yang mempamirkan gambar calonnya di dirikan di banyak tempat. Saisnya besar. Tidak ada billboard PKR atau Pas yang sebesar saiz billboard DAP. Kalau pun dicampur dua papan tanda PKR dan Pas yang tidak dapat mengatasi papan tanda DAP.

Saya tidak tahu bagaimana pemandangan di bandar lain seperti Miri, Sibu atau Bintulu. Mungkin keadaannya juga sama atau lebih hebat lagi.

Apa yang berlaku itu boleh dirasakan bahawa DAP mendapat bantuan kewangan yang banyak dalam menghadapi pilihan raya kali ini. Apabila taukeh atau ahli perniagaan Cina membantu DAP ini bermakna orang Cina meletakkan kepercayaan kepada DAP.

Mereka mahukan DAP menjadi parti utama yang akan membela kaum mereka di Sarawak. Dari sini juga kesedaran berterusan dari masyarakat Cina. Mereka sudah hilang kepercayaan kepada SUPP parti yang mewakili Cina di Sarawak.

Jadi tidak hairanlah kalau pengaruh DAP lebat berkembang di Sarawak ketika ini. BN nampaknya terkial-kial untuk mengatasi pengaruh DAP ini. BN juga turut meletakkan papan tanda gergasi di merata tempat di Kuching, bagi melindungi pengaruh DAP. Tetapi semua usaha itu nampaknya tidak memberi kesan lagi. Orang Cina sudah berubah restoran!

Sebenarnya orang Cina Sarawak membuat keputusan parti mana mereka nak pilih sejak sebelum hari penamaan calon lagi. Mereka sudah pun membuat keputusan untuk melakukan perubahan. Mereka tidak seperti kaum lain khasnya Melayu yang mudah kecut perut dengan ugutan dan mudah malu alah dengan janji-janji politik. Sifat semula jadi orang Melayu suka memamah janji.

Sifat politik terbuka hari ini telah diambil kesempatan oleh orang Cina. Mereka tidak akan merasa rugi apa-apa kalau tidak menyokong BN. Sebaliknya kalau mereka menunjukkan sokongan kepada pembangkang khasnya DAP mereka akan mendapat laba yang berganda.

Apa lagi mereka melihat track rekod DAP sebagai parti yang sedarhana dan memperjuangkan rakyat. Calon-calon yang dipilih adalah mereka yang hampir dengan rakyat. Dari awal lagi DAP melatihkan calonnya supaya berkhidmat kepada rakyat bila-bila masa. Bagi DAP wakil rakyat adalah perkerjaan kebajikan untuk rakyat.

Selain itu DAP juga menurunkan calon muda yang mempunyai iktisad dan kepakaran dalam berbagai bidang. DAP tidak mengambil sembarangan calon tetapi memilih benar-benar yang bernilai dan bermutu tinggi. Penampilan calon yang berwibawa inilah juga menyebabkan bukan saja orang Cina, tetapi Iban, Dayak hatta Melayu tertarik dengan DAP.

Dalam kempennya DAP lebih menunjukkan sikap profesional dan tidak sesekali memainkan isu peribadi. Mereka tidak mengkritik peribadi Najib. Mereka tidak menyebarkan risalah memburukan isteri Najib keterlaluan. Apa yang mereka attack Najib ialah menerusi polisi dan dasar yang diperkenalkan tidak mesra rakyat.

Dalam banyak hal orang Melayu wajar belajar main politik cara DAP, khasnya BN. Serangan peribadi ke atas Anwar dilakukan penceramah upahan BN tidak banyak menguntungkan dan menyentuh emosi orang Cina.

Kerana sikap itu, kerana dokongan para taukeh maka tidak hairan kalau DAP akan menang disemua kerusi yang dipertandingkan pada 16 April ini. Tidak syak lagi kemenangan DAP di Sarawak itu bakal meletakkan DAP sebagai pembimbing politik negara ini. Selepas ini orang Cina bukan menguasai ekonomi, pendidikan, pengekalan budaya tetapi juga akan menguasai politik Malaysia. [wm.kl.7:00 pm 13/04/11]

Catatan Dari Kuala Lumpur

Cerita Pas Di Beting Maro

SEBAIK usai solat Subuh pagi tadi saya menerima panggilan dari Beting Maro, Sarawak. "Assamualaikum, MSO di mana, masih di Kuching ke?" tanya pemanggil itu. Suara itu 'jelingah' dan ceria.

"Walaikumusalam, ... saya baru sampai di KL, sudah balik?" balas saya sambil bertanya khabar keadaan di Beting Maro.

"Kenapa dah balik.. MSO kena turun ke Beting Maro, rugi kalau tak ke sini," katanya penuh mengharap. "Keadaan di Beting Maro sungguh baik, marilah sama-sama kita merayakan kemenangan sulung Pas, Insyallah," sambungnya lagi optomis. Suaranya masih ceria dan menyakinkan. Suara orang yang puas dengan sesuatu.

Saya tiak menjawab dan memberi perkenan kepada pelawaan itu. Tetapi cerita Beting Maro sudah menjadi sebutan di mana-mana saja. Kalau rujuk kepada Pas, kerusi yang bakal digenggam ialah Beting Maro. Dari enam kerusi yang ditandingi Pas, Beting Maro membuka peluang terbaik buat Pas. Sejak hari penamaan calon hingga ke hari momentumnya masih belum berubah.

Dalam kocakan dan amukan arus perubahan melanda Sarawak kini saya tidak hairan kalau Beting Maro mempunyai peluang cerah dan Pas bakal menghantar wakilnya ke Dun Sarawak. Sebenarnya Beting Maro sudah lama diasuh dan dijaga oleh Pas. Pas Kelantan telah mengambil inisitif untuk menyuburhijaukan Beting Maro.

Pembenihan Pas di Beting Maro bermula sejak akhir tahun 90-an lagi. Pas telah mengenal pasti bumi Beting Maro cukup subur buat Pas membajakkan jihad di situ. Saya masih ingat bagaimana cikgu Wan Rahim Abdullah membuat analisa mengenai sosial budaya orang Benting Maro yang mirip budaya Kelantan. Cara makan, berkawan serta kehidupan seharian tidak banyak beza. Keadaan dan suasana inilah memudahkan Pas untuk bertapak di Beting Maro.

Orang Beting Maro yang kebanyakan Melayu suka merai orang. Itulah sebabnya Pas mudah mesra dengan bumi Beting Maro dan seterusnya memacak benderanya di situ. Ternyata tidak sampai 10 tahun bibit Pas yang ditanam di bumi Beting Maro cambah, bertunas kemudian meranting dan kemudian mendahan. Hari ini pohon bernama Pas di Beting Maro sudah hidup subur dan akarnya menunjam memasak dalam ke dasar buminya.

Kalaulah apa dilakukan Pas Kelantan ini turut dilakukan oleh negeri-negeri lain, tidak ada masalah untuk Pas berkembang dan tidak mustahil suatu hari nanti Pas menjadi parti alternatif terbesar di negeri berkenaan. Tetapi malangnya kesedaran yang ada kepada Pas Kelantan itu tidak ada kepada Pas negeri lain, seperti Terengganu, Kedah dan lain-lain.

Tokoh-tokoh Pas Terengganu, Kedah dan lain-lain tidak serajin dan setabah tokoh-tokoh Pas Kelantan. Bukan hendak puji tetapi itulah hakikat. Orang Kelantan ada perangai 'dedil' sedikit dalam soal ini. Mereka tabah menghadapi apa saja ujian. Kerana sifat-sifat inilah menyebabkan Pas menjadi serasi dengan Kelantan.

Sepatutnya Pas Terengganu sewaktu menjadi kerajaan dulu telah memilih mana-mana kawasan untuk didevelopkan dengan menanam benih Pas. Mereka harus menanam benih Pas kemudian menjaga dan memupuk Pas seperti dilakukan Kelantan. Tetapi Pas Terengganu terlupa itu semua. Mungkin kerana terlalu gembira mendapat kemenangan maka lupa untuk menolek ke negeri lain.

Jadi hari ini apabila Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menawarkan khidmat akan mengambil mana-mana Adun Pas yang menang sebagai anak angkat Pas Pusat, saya lihat ianya terlambat. Abdul Hadi bukan saja tertinggal bas ekspress tetapi turut sama ditinggalkan perahu untuk ke Beting Maro atau Sarawak.

Tawaran itu juga terbalik kuang, di mana seharusnya dibuat bukannya menanti Pas menang, tetapi sewaktu Pas Sarawak dalam kesusahan. Cara tawaran itu pula macam budak-budak yang berjanji dengan kawan-kawannya, kalau kamu menang aku akan bagi coklat. Inilah yang saya sebut sebelum ini akan kedangkalan minda presiden.

Kalau Pas sudah menang untuk apa dijadikan anak angkat lagi. Apakah Pas Pusat atau Pas Terengganu ada wang untuk membantunya? Rasanya tawaran itu bukan tawaran menarik lagi melainkan satu janji kebudak-budakan. Orang Sarawa mungkin dapat menilai sejauh mana keperluan untuk mereka memenuhi janji berkenaan.

Bayangkan kalau masa yang diambil Abdul Hadi Awnag untuk melilau dan melayang ke luar negeri menghadiri pelbagai forum dan persidangan Islam antara bangsa, diambil untuk terbang dan melilau menjala ikan dan menternak budaya di Sarawak, sudah tentu manfaatnya besar kepada perjuangan Pas dan Islam juga. Kalau itu dibuat atau wang ke luar negara itu dilaburkan ke Pas Sarawak tentu Pas sudah berkembang di serata Sarawak.

Inilah kalau saya mempersoalkan langkah presiden itu orang Pas akan marah. Akan murih dan meradang dengan saya. Malah ada yang ingin memecat saya sebagai ahli Pas! Aikkk... Tidak menghormati Presiden dan sebagainya. Namun apa yang saya katakan ada hakikat dan catatan-catatan pemergaian Abdul Hadi ke luar negara terlalu acap dan kemen dalam diary saya.

Tok Guru Nik Aziz ketika berbual dengan saya kelmarin dulu mengakui akan kerajinan Abdul Hadi Awang melilau dan merayau ke seluruh negara. "Ana tidak larat untuk ikut apa yang Presiden buat, tetapi dia rajin. Saya letihlah..," begitulah ucap Tok Guru. Jauhari akan mengenali manikam di sebalik kata-kata Tok Guru itu.

Begitu juga dengan Setiusaha Agaung Pas, Mustapa Ali. Kalau dia juga mengambil inisitiaf atau kerajinan sama dengan cikgu Wan Rahim menjaga Beting Maro, rasanya Pas boleh menambah kawasan. Pengaruh Pas akan lebih meluas lagi. Ada beberapa kawasan di Sarawak yang Pas berpotensi untuk menang dan boleh diambil sebagai anak angkat oleh Pas Terengganu. Sibu, Bintulu, Miri atau Kuching sendiri. Tetapi Mustapa sama juga seperti Presiden, banyak melilau ke luar negeri dari memgembara dan bermusafir ke pendalaman Sarawak.

Berbalik kepada Beting Maro, dalam pilihan raya umum 2006 dulu Pas kalah dengan kekurangan undi sebanyak lebih 800. Calon Pas waktu itu Haji Alim. Wang deposit Haji Alim tidak hilang. Pas telah menggunakan ruang untuk mendakwah dan mengembangkan Pas dengan baik pada pilihan raya berkenaan.

Prestasi cemerlang Pas dalam pilihan raya itulah (walaupun tidak menang) menjadi Pas bertambah semangat dan yakin ianya akan mendapat sambutan. Bertolak dari itu arua Pas menerawang ke seluruh Sarawak hari ini ada bertitik tolak dari permulaan di Beting Maro. Pas hijau di Miri, hijau di Kuching, hijau di Sibu dan hijau di Bintulu sesudah ia menghijau di Beting Maro. Bersamabung. [wm.kl. 11:00 am 13/04/11]

Halwa Mata

Gambar Malam di Kuching

MALAM sebenarnya menghadiah seribu keindahan dan kebahagiaan kepada mereka yang tahu menikmati dan mentafsirnya. Di sebalik kegelapan dan kekelamannya tersimpan seribu cerita yang penuh nostalgia.

Kerana sering terpana dengan siang dan terpukau dengan pijar keemasan matahari menyebabkan orang terlupa untuk menikmati rahsia dalam kegelapan malam. Lumrah manusia membenci kegelapan dan merindui kecerahan. Tetapi mungkin tidak bagi saya yang mencintai kedua-dua ciptaan Tuhan itu.

Semasa di Kuching dua tiga hari lepas saya telah meramkan beberapa keping gambar waktu. Di sini dipostkan untuk menghiasi blog ini sereta menjadi penyenggang perasaan kita semua daripada memberi fokus kepada politik yang tidak ada kesudahan.

Saya tidak terbayang bagaimana langit dan bumi politik kita kalau politik ala-ala Ezam Mohd Noor dijadikan ikutan dan sanjungan. Mudah-mudahan saja politik Ezam Mohd Nor tidak menjadi ikon politik anak mudah di negara ini. Biarlah narapidana yang tertinggal botal kicap dalam penjara itu dengan stail dan gelagat politiknya. Selamat jalan Romeo!













[wm.kl.12:22 t/malam 13/03/11]

Tuesday, April 12, 2011

Sebuka Mata

Meninggalkan Kuching Yang Sedang Mengeow

TIGA hari berada di Sarawak dalam tempoh lebih 73 jam lagi rakyat untuk Sarawak akan membuat keputusan sama ada hendak memilih kerajaan baru atau mengekalkan kerajaan lama, sungguh-sungguh menggugahkan perasaan dan mendebarkan dada. Kalau bukan kerana tugasan di KL saya tidak kembali dan terus ingin mernunggu saat-saat semua pintu pusat pengundi di tutup.

Saya rasa ada sesuatu yang berlaku di Sarawak kali ini. Yang jelas dan nyatanya Ketua Menteri 30 tahun Taib Mahmud sudah tidak lena tidur. Mungkin apa yang diucapkan bekas Presiden Seokarno, "kita tidak tahu saat mana kita nyenyak (tidur), maka begitulah juga mengenai nasib seseorang penguasa dia tidak akan tahu saat dan ketika mana kuasanya akan hilnag.."

Itu kata-kata Seokarno yang dicuplikan semula oleh Tokguruku Nik Aziz ketika mengununginya di hotel penginapannya kelmarin. Kata-kata itu ia menunjukkan masa masih tersisa bagi Taib. Tetapi agaknya lain bagi Taib Mahmud yang kini sedang bertarung hebat dengan sakartumaut politiknya. Malaikat politiknya akan bila-bila masa akan menyengah dan merentap tali hayat dan jantung hidupnya.

Saya rasa orang paling cemas, terdesak dan gabra kini di Sarawak ialah Taib Mahmud. Beliaulah kini yang sedang menahan kepala dan seluruh dirinya dari dihempap batu besar 16 April ini. BN menang atau kalah Taib tetap akan berundur. Kandati beliau merasakan masih kuat, masih boleh rally panjang di ranjang namun itu bukan alasannya.

Ternyata kehadiran Waleed si Labonis gemuk gembar tinggi dan lebar itu tidak boleh mengembalikan maruah dan kegemilangan politik dan kuasa Taib, kecualilah hanya untuk menajdi teman bermanja di pinggir malam.

InysaAllah ulasan selanjut serta coret coret pilihan raya Sarawak yang lain dan berbeza dengan pilihan raya sebelum ini akan menyusul selepas saya menyiapkan kerja wajib, Siasah untuk keluar Jumaat ini. Sementara itu hayatilah muzik yang menjadi latar belakang blog ini dengan penuh perasaan dan kesyahduan fikiran! [wm.kl 8:20 am 12/04/11]

Monday, April 11, 2011

Catatan Dari Kuching 3

Azmi Bertembung Ezam Di Sungai Sarawak

MALAM tadi orang kanan dan bekas orang kanan Anwar Ibrahim, Mohd Azmin Ali dan Ezam Mohd Nor bertembung dalam satu majlis ceramah di Dun Pantai Damai di Kampung Bowean di tebing sungai Sarawak. Pertembungan malam tadi tidak ubah seperti pertandingan akhir raja lawak.

Apa yang berlaku malam tadi ada realis politik orang Melayu yang memualkan. Ezam khasnya menelanjang diri politiknya yang sungguh jelek dan busuk. Apa yang dipamerkan Ezam malam tadi menyebabkan orang mendapat jawaban kenap Ezam memungkir segala sumpah politiknya selama ini. Malam tadi Ezam meletakkan dirinya sama rendah dengan penyu hanyut.

Sesuatu yang diluar jangkaan saya kalau pertembungan berlaku demikian. Sebagai orang Semenanjung saya malu dengan penampilan Ezam. Sebenarnya sudah lama mereka berbulu hati di antara satu sama lain. Ezam yang cemburu dengan pencapaian Azmin yang dilayan baik oleh Anwar, cemburu itu membawa kepada dendam yang akan menutupkan pintu syurga untuk keduanya.

Jadi pertemuan malam tadi adalah peluang terbaik untuk Ezam melepaskan geram dan sekaligus menunjukkan perangai sebenar beliau sebagai orang politik. Kalau bukan kerana melihat sendiri wajah dan mendengar suara Ezam yang mirip suara Anwar saya tidak percaya apa yang berlaku malam tadi kerana setahu saya bukan Ezam yang tampil sedemikian rupa. Ezam yang saya kenal berwibawa dan berhemah tinggi dan berbudi mulia.

Apakah setelah menyertai Umno dan mendapat jawatan "senator boy" Ezam sudah berubah? Iya sudah berubah menjadi Ezam yang sama dengan bekas-bekas ahli Umno seperti Ibrahim Ali dan beberapa yang sewaktu dengannya yang makan sambil mencangkung dan mengambil makanan ikut celah cangkungan?

Dari awal hingga akhir ceramahnya menghentam dan mengutuk Anwar. Mencerca Anwar dari hujung hingga ke pangkal. Sampai siap dengan sumpah bahawa dia meninggalkan Anwar kerana agam dan bukan jawatan. Ezam gagal mengemukakan hujah-hujah politiknya semasa dan gagal mengemukakan isu untuk memancing para pendengar.

Semasa beliau bersumpah terdengarn tempikan sebelah sini, Ezam bohong, Ezam penipu dan Ezam pengkhianat.

Malam tadi juga Ezam lebih mempromosi dirinya yang sudah tidak laku. Beliau cuba menunjukkan beliau pejuang sebenar, yang sanggup lari dari kemungkaran dilakukan Anwar Ibrahim. Cara Ezam menampil dirinya sebagai ahli syurga manakala Anwar dan Azmin ahli neraka.

Beliau mendabit dada sebagai seorang pejuangan sejati. Beliau bangga kerana ditahan dua kali dalam penjara, sebaliknya Azmin, usah ditahan ke pintu penjara pun tidak. "Itu yang sedang bercakap itu, usahkan masuk penjara berada dipintu penjara pun tidak," kata Ezam merujuk kepada Azmin yang sedang berceramah tanpa mempedulikan maki hamunnya.

Ezam membuat ukuran budak sekolah kononnya apabila beliau ditahan beliau adalah wira. Semudah itu congakan Ezam di tebing sungai Sarawak. Mendengar ceramah Ezam semalam saya rasa bukan saja rakyat Sarawak di pinggir sungai itu yang loya tetapi para cucu cicit bujang senang di Sungai Sarawak juga merasa mual dan menyampah.

Berbeza dengan penampil Azmin malam tadi yang memapamirkan tahap pemimpin yang ada kelas mempunyai idea dan berakhlak. Walaupun Azmin tidak masuk ke penjara tetapi ternyata Azmin lebih baik dan terbaik dari para banduan lain, kecuali Anwar. Penampilan Ezam semalam menyerlahkan bahawa beliau adalah seorang 'narapidana' yang kehilangan kompas dan tertinggal botol kicap dalam penjara.

Apabila Ezam menjerit dan melaung tanpa disambut Azmin ia lebih memburukkan lagi keadaan. Ezam tak ubah orang nanal dan mabuk yang bercakap sendirian. Kedua mereka bercakap lebih kurang setengah jam.

Azmin Ali mengakhiri ceramah lima minit lebih awal berbanding Ezam yang disambut tepukan dan sorakan bergemuruh dari orang ramai. Sewaktu turun pentas |Azmin diterkam para penyokong Pakatan Rakyat dan bersalam sambil mengucapkan tahniah dan syabas. Ezam berundur selepas itu tanpa tepukan tetapi diiringi sorakan orang ramai kepada seorang fanalis akhir raja lawak yang twas kepada sikap munafiknya.

Catatan: Disebabkan masalah teknikal gambar mutkhir sekitar pilihan raya Sarawak akan di isi kemudian. [kcg. 8:40 am 11/04/11]

Sunday, April 10, 2011

Ulasan Tengah Malam

Rakyat Sarawak Berbelah Bahagi dan Keliru?

[kemaskini] RAKYAT Sarawak nampaknya masih berhati-hati untuk membuat keputusan mengejut dalam pilihan raya umum Sarawak ke-10 kali ini. Ada semacam sedikit kekeliruan dan kebimbangan yang belum terhuraian bersarang di kepala mereka.

Ada yang keliru dan seperti tidak tahu untuk membuat pilihan. Mereka masih membuat analisa dan perhitungan yang mendalam untuk mengelakkan mereka akan kecewa kemudian hari kerana membuat keputusan silap. Dipercaya sikap serba salah dan buntu ini akan berlanjutan hingga ke hari-hari terakhir sebelum menjelang 16 April.

Sikap berhati-hati dan waspada ini baik, sekaligus menunjukkan mereka tidak mudah mengikut arus dan musim. Sebagai orang yang biasa dengan pukulan arus sungai dan gelombang laut mungkin mereka lebih arif segala tarian dan lenggang lengguk bukan saja sungai tetapi politik juga.

Setelah melalui sembilan kali pilihan raya, mungkin mereka sudah matang sedikit kalau pun tidak sepenuhnya. Kalau orang di Semenanjung masih lagi kolot dan belum mahu keluar dari tempurung usang sepenuhnya, apa lagi mereka yang baru mendapat cahaya.

Sikap itu penting kerana apa juga keputusan yang diambil nanti adalah untuk masa depan mereka dan generasi akan datang.

Ada setengah sudah membuat ketetapan awal yang mereka akan menolak BN. Bagi mereka yang merasakan sudah cukup untuk BN apatah lagi menerusi Taib Mahmud untuk memerintah Sarawak sesudah 30 tahun beliau merajai di negeri bumi Kanyalang ini. Mereka yang sebegini sudah nekad tidak akan merubah keputusan hatta pun dibayar. Mungkin kalau berlaku sogokan wang mereka akan ambil tetapi tidak sedia untuk memberi undi seperti slelunya.

Tampaknya sudah ada kesedaran di kalangan pengundi terutamanya golongan muda.

Penerusan Taib untuk memerintah Sarawak dianggap sebagai satu kecelakaan baut mereka. Faktor utama mereka menolak Taib ialah bukan soal dia sudah tua, atau dengki kerana kahwin muda dengan wanita Lebonis, tidak. Tetapi kerana terlalu kuat makan tanah. Sifat Taib sebagai jin tanah inilah meloyakan rakyat Sarawak. Isu ini diperkatakan seluruh lapisan rakyat di Sarawak. Mungkin juga haiwan seperti Ungka, Orang Utan, Rimau dan Gajah turut sama membantah kerana habitat mereka dibaham Taib Mahmud. Kalaupun yang tidak membantah ialah anak beranak Bujang Senang di sungai Rejang kerana mereka menghuni dalam air.

Pergi ke jerung mana, dan tanyalah rakyat Sarawak baik dari kalangan pertengahan, cerdik pandai atau rakyat marhain, rata-rata tidak setuju dengan Taib disebabkan isu tanah. Sikap Taib sebagai jin tanah menyebabkan mereka lupa beberapa pembangunan duniawi yang
besar yang dibangunkan oleh Taib. Barang kali inilah bahana kalau sudah lama. Apapun kalau lama sangat akan dicemuhi dan boring.

Dalam pada itu ada rakyat Sarawak yang membuat perkiraan bahawa Taib boleh dinyahkan tetapi PBB dan BN jangan. Mereka bimbang kalau BN kalah menyebabkan kuasa orang Melayu akan hilang. Pengistyharan Baru Bian sebagai ketua menteri Sarawak kalau Pakatan menang menimbulkan pelbagai tanda soal dan perbahasan. Mereka yang masih mempunyai sentimen tebal kepada PBB, takut kuasa Melayu akan hilang kalau BN tidak lagi menjadi tunggak pemerintahan Sarawak.

Walaupun persoalan ini agak aneh, tetapi hal inilah dijaja dan dijual. Dijadikan modal untuk meracuni pemikiran rakyat supaya menolak politik baru diperkenalkan Pakatan Rakyat.

Jika hendak dikira apa yang Melayu merasa lebih dan untungnya kalau BN (PBB) terus berkuasa. Banyak kepentingan dan hak Melayu ditangan BN tidak terjaga. Malahan dengan kerakusan dan sifat Jin Tanah yang menjadi perangai Taib menyebabkan banyak tanah orang Melayu (tanah adat NCR) sudah tergadai dan terlepas ke tangan pihak lain.

Sebenarnya keyakinan atau anggapan BN menjaga kepentingan orang Melayu hanya retorik dan igauan sahaja. Kalau peringkat awal dulu mungkin ya, tetapi bukan hari ini. Hari ini PBB dan BN bukan lagi boleh dianggap menjaga dan membela kepentingan Melayu tetapi parti yang menjaga Taib dan para kroninya.

Justeru golongan (bernostalgik) ini masih berkira dan memerlukan jawaban dan hujah yang kuat kenapa PBB atau BN perlu ditolak. Mereka masih berfikir dan mencari justifikasi kenapa harus tukarkan BN dengan Pakatan Rakyat. Bagi mereka menolak BN bererti menolak kuasa Melayu. Perkara ini satu mitos yang sudah dipasung secara hidup-hidup dalam minda orang Bumiputera Sarawak.

Inilah situasi yang berlaku hari ini, kekeliruan dan rasa serba salah, confius di kalangan orang Melayu. Dan BN pula suka kepada kekeliruan ini kerana mereka beranggapan boleh menyelamatkan mereka. Isu ini sengaja dimainkan oleh PBB untuk memastikan orang Melayu menolak Pakatan Rakyat. Secara umumnya ethnik lain, Cina, Iban dan Dayak tidak 'makan' dengan isu ini. Berlaku perubahan besar sikap di kalangan ethnik ini pada masa ini.

Acahan atau pun isu ini dibantah oleh Melayu dalam PKR. Seorang Profesor dari Semenanjung menyatakan politik Melayu akan tetap berkuasa. Beliau membuat hujahan itu berdasarkan kepada jumlah calon yang diletak menunjukkan Melayu masih majoriti.

Jadi katanya dengan angka ini bagaimana boleh katakan kuasa politik Melayu akan hilang di Sarawak? Kalau seseorang itu waras dan tidak mudah termakan propaganda BN yang kini sudah terdesak tidak lara dan ralik untuk menerima hujah-hujan BN yang bersifat rasis itu. Amihnya juga dalam saat pemimpin BN menerima slogan 1 Malaysia yang dipancarkan di Semanjung tetapi di masa lain menimbulkan soal Melayu dan kesukuan.

Perkara ini juga sebenar satu retorik saja. Kalau orang Melayu terperasaan bahawa mereka menguasai politik Sarawak adalah salah. Saya masih ingat kata seorang bekas pegawai kerjaaan yang merupakan ahli PBB tetapi kini bencikan Taib mengatakan, bila masa Sarawak diketuai oleh orang Melayu. Taib Mahmud, Rahmah Yaacob kedua anak dan bapak saudara itu katanya bukan Melayu, mereka adalah Melanau.

Ini jarang orang sedar dan insaf kerana menganggap Melanau itu dalam kelompok Melayu. Realitinya Taib tidak pernah memberi laluan kepada pemimpin PBB dari Melayu tulen. Tenguk saja apa jadi kepada Adnan Satem, Abang Johari Openg, diketepikan atau dimain-mainkan begitu saja. Sebab apa, sebab mereka Melayu. Sesungguhanya sentimen Melanau terlalu tebal didalam jiwa Taib sehingga dia merasakan Melanauisme itu satu suku lain yang terasing dari Melayu.

Begitu juga dengan pemimpin PBB yang berketurunan Melayu lain seperti Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Bujang Ulis tidak mendapat tempat dihati Taib Mahmud. Orang lupa kepada hakikat ini bahawa Taib secara diam sebenarnya anti Melayu?

Makanya kedudukan kini masih seri, kerana kalau pun Baru Bian dinobatkan sebagai KM Sarawak selepas 16 April ini tidak ada sesiapa yang boleh mendabik dada atau merasai menang. Baik Cina, Dayak, Iban, Bidayau, Penan dan sebagainya tidak boleh merasakan mereka berkuasa kerana Baru Bian bukan Dayak atau Iban. Baru Bian adalah orang Hulu.

Pemilihan Baru Bian yang berkebetulan menjadi pemimpin baru PKR Sarawak dirasakan tepat bagi mengambil hati atau tidak menyakiti hati mana-mana pihak. Dalam erti kata lain Baru Bian boleh dijadikan pemimpin yang mempersatukan ethnik yang mendokong dalam PKR.

Berhubung isu ini PKR perlu jelas kepada rakyat khasnya di kampung-kampung. Setengah mereka masih belum faham. Apa lagi kalau diasak oleh BN ia menyebabkan sentimen ethnik ini boleh menjadi penghalang kepada agenda politik yang sedang dijanakan menerusi pilihan raya umum ke-10 ini.

Masa masih ada untuk PKR memberi penjelasan dan mematikan isu ethnik atau sikap rasis BN ini. Sebaliknya kalau PKR dan Pakatan Rakyat juga gagal menangani dengan baik isu ini boleh menenggelamkan kebencian umum kepada Taib Mahmud. [kcg.1:08 am 10/04/11]