Saturday, May 14, 2011
Renungan Sabtu
SESEKALI bagus juga kalau kita melabuhkan pemandangan ke tenagh lautan yang luas membiru yang beralun dan berombak. Sambil melihat kebesaran Allah kita mencari apakah rahsia di sebalik semua kejadian itu. Kita berhenti sekejap memikirkan soal daratan yang penuh dengan pelbagai aksi manusia yang tidak ada kesudahan. Kita memerhati lautan luas, untuk kita cari rahsianya dan padankan kepada perlarian kita hari ini.
Tinggalkan permainan yang jahat serta meletihkan - politik.
Kita cari sebuah laut untuk kita duduk beristirehat dan melalukan trapi minda. Memperbetulkan minda kita yang sudah banyak rosak dan telah renyuk hari ini. Saraf fikir kita sudah busuk dan ada yang mereput kerana kita banyak sangat fikir soal kuasa, soal kedudukan, soal pemonopolian alias politik. Kita banyak berpolitiking.
Siang malam kita membazirkan akal kita yang berharga itu dengan memikir sesuatu yang buruk. Kerja kita malam dan siang berkira-kira untuk melakukan kejahatan kepada seseorang yang kita anggap seteru walhal hakikatnya mereka adalah sahabat dan saudara kita. Kita duduk berjam-jam merancang hendak menjatuhkan lawan kita yang juga kawan kita bukan secara jantan dalam gelanggang tetapi secara sadis di luar gelanggang dan diluar tatabudaya kita.
Sebenarnya kita telah melanggar banyak pantang guru yang sama-sama kita angkat sebagai
maha guru yang mengajar kita bagaimana kaedah berlawan, menjaga diri, atau pun bagaimana menyerang musuh. Bukankah maha guru berpesan jangan menyerang musuh tanpa senjata dan kalau hendak berdepan biarlah mendada.
Sebenarnya tiap dari kita sudah melakukan kejahatan baik dalam sedar maupun di bawah sedar. Kita sudah lama terhasut oleh hantu dan syaitan yang kita anggap ianya malaikat. Kadang-kadang apa yang kita lakukan tidak terlawan oleh syaitan dan hantu yang ada disiplin dalam kerja-kerja mungkar dan jahat mereka. Syaitan pun menggeleng kepada dengan kejahatan yang kita lakukan. Inilah kita sebagai manusia yang terlebih bijak dari makluk lain kemudian terbawa kepada bodoh.
Kita sering pakai kasut longgar, dan banyak makan ajinomoto? Kenapa?
Alangkah baiknya kalau masa yang kita ambil itu kita gunakan berfikir untuk mencari kebaikan. Untuk menjadi baik. Untuk berpakat dan bersatu padu sesama kita. Merangka macam mana hendak mengukuhkan kedudukan kita. Menjaga dan mengawal kepentingan kita.
Lemparlah kebencian sesama sendiri, dan terima lah bidalah atau pun kesimpulan bahasa, sebusuk-busuk daging kalau dibasuh dan dicecah boleh dimakan juga. Atau kesimpulan kata-kata yang boleh dijadikan rukun dan kepercayaan di dalam kehidupan berbunyi, air walupun dicincang tidak akan putus, dan bulat air kerana pembentung. Berhentilah kita semua menjadi gunting dalam lipatan atau musang berbulu ayam. Sifat dan perangai Patih Karma Wijaya, si Kitol, Mandaliar atau Pak Kadok, Lebai Malang serta Pak Pandir hendaklah kita buang dari cerana kehidupan kita.
Kita ditinggalan seribu bidalan dan kata-kata falsafah untuk dihayati dan diikuti. Tinggal buku Machiavelli ataupun buku Sun Tzu , The Art of the War. Buku dan fahaman itulah menjadikan celaka dan merana kini. Tinggalkan! Selama ini kita dipersembahan dengan kitab-kitab munafik berkenaan. Kita lupa kepada falsafah bangsa, itulah kesilapan kita paling besar.
Dalam catata ini saya mahu mengajak kita semua merenung ke dalam laut dan melihat apa yang ada di bawahnya. Melihat segala kehidupan didasar lautan membiru yang indah damai dan mempesonakan. Lihat segala macam karangan di bawahnya. Kehidupan di bawah laut adalah kawah sebuah akauarium yang indah mempersona. Kita mengininkan kepada kehidupan demikian.
Betapa di permukaan lautan beriak bergelombang kerana ada angin darat yang ganas dan hitam, namun keindahan di dasarnya tidak terubah dan terusik. Kalau ada sedikit pergerakan ia mengindahkan keadaan, dan di situlah akan memperlihatkan gelombang keseniaan maha cantik yang memasung sebuah perasaan.
Kira sebenarnya masih bersatu dan merindu kepada sebuah kehidupan laksana dasar laut itu. Nah kalau begitu mulalah kita bergerak menuruni ke dasar laut. Kita tinggalkan permukaan daratan yang berkerutu, kejam, sadis dan makin membusuk ini. Kita gelajah kepada dasar kehidupan sebenar. Kita kembali ke dalam diri kita sendiri tanpa menhiraukan bisikan dan panorama luar diri yang sebenarnya menipu kita secara hidup-hidup.
Dan kalau pun kita tidak mahu mengingati pada kematiannya, tetapi carilah apa erti dan makna kehidupan ini! [wm.kl.9:30 am 14/05/11]
Thursday, May 12, 2011
Susupan Tengahmalam
Nurul Izzah Anwar akan membuat laporan polis esok di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur jam 9:00 berhubung satu ugutan menerusi SMS yang diterima hari ini. SMS itu memberi ingatan kepada Naib Presiden PKR itu supaya tidak menyokong bapaknya (Anwar) kalau tidak mahu menghadi risiko kehilangan anaknya.
Pengiriman SMS itu memberi kata dua kepada Nurul Izzah kira-kira berbunyi seperti berikut; harap jangan sokong bapa anda kalau tidak mahu anak perempuan anda Sufiah jadi macam Nurin Jazlin...(budak perempuan diculik dan ditemui mati).
Katanya Nurul Izzah tekejut menerima SMS berkenaan. Atas nasihat keluarga beliau akan membuat laporan polis esok.
Perkara ini didedahkan oleh Anwar malam ini di hadapan para tetamu dan jirannya selepas majlis bacaan Yassin dan solat hajat di rumahnya di Bukit Segambut sekejap tadi. Berita lanjut esso. [wm.kl.12:55 am 13/05/11]
Catatan: Sila jenguk blog Selasa Diarymaya.wordpress.com untuk mengetahui berita lanjut.
Celoteh Murai 80
Wednesday, May 11, 2011
Ceritera Malam
Warkah Biru Yang Membangga Dan Mengharukan Jiwa
HARI ini sempena genapnya usia Umno 65 tahun (parti pembela nusa dan bangsa) saya menerima sepucuk surat melalui email dari seorang penjenguk blog saya yang saya kira cukup prihatin terhadap isu-isu semasa. Tatkala membaca warkah itu yang kemas tersusun dan tidak ada pula kesalahan ejaan (seperti saya) ia membanggakan saya. Dalam pada itu jauh di sudut hati timbul rasa sebak dan terharu.
Bangga kerana dia seorang cacat penglihatan tetapi mempunyai cita-cita dan keazaman yang tinggi. Paling merujakan saya ialah kerana beliau juga memerhati akan pergolakan politik negara ini dan nasib masa depan bangsanya, Melayu hampir setiap hari.
Kalau hendak dikira orang seperti beliau yang sering disifatkan daif tidak patut memikirkan soal nasib bangsa, tetapi apa yang penting beliau melihat akan nasib dirinya dulu.
Dengan keadaanya, dia harus memikirkan soal survivalnya dulu. Namun bukan begitu, seorang warga bertanggungjawab tidak kira siapa dia, ia perlu mempedulikan negara. Kecacatan tidak menghalang dia untuk sama-sama mengetahui dan menangani masalah bangsanya. Inilah hamba yang kita mahukan tidak menjadikan kecacatan dan kekurangan diri sebagai alasan untuk tidak mengibarkan panji-panji bangsa. Syabas.
Sikap beliau inilah saya kagumi!
Selain itu saya rasa sebak dan terharu atas masalah yang dihadapinya. Beliau kini dalam rangka menyiapkan tesis Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang politik di Universiti Malaya. Menurutnya masalah yang membelenggu beliau kini ialah mengenai perbelanjaan untuk menyiapkan tesis berkenaan.
Perbelanjaan itu ditanggung oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Tetapi disebabkan tempoh pembiayaan itu tamat Disember tahun lalu menyebabkan beliau menghadapi masalah kewangan bagi menyiapkan tesis pengajian itu.
“Dalam menjalankan kajian saya, saya telah dibiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Walau bagaimanapun, ia masih belum mencukupi lebih-lebih lagi apabila jangka waktu pembiayaan tersebut tamat pada disember tahun lepas.” Begitulah tulis beliau.
Ceritanya juga wang simpanan beliau selama ini sudah habis digunakan untuk tujuan itu. Manakala ketika ini beliau bekerja sebagai pensyarah sementara di sebuah universiti tempatan.
Melihat masalah ini saya merasa bersalah dan serba salah pula apabila beliau menjelaskan; “Saya memilih blog tuan sebagai saluran luahan perasaan saya atas dua sebab. Pertama, hubungan tuan dengan orang kurang upaya seperti saya. Kedua, keprihatinan tuan tentang orang Melayu selaras dengan kajian saya terhadap golongan ini.”
Apabila beliau menulis begitu saya merasakan tercabar dengan masalahnya. Kebetulan pula kajian beliau mengenai masalah perpecahan Melayu. Dalam kajian itu beliau akan cuma mengemukakan permasalahan dan juga cara-cara mengatasinya.
Besar harapannya tesis Phd beliau itu akan dijadikan panduan atau jalan keluar bagi menyelesaikan kemelut orang Melayu dewasa ini yang bercakaran sesama sendiri. Sekali lagi nawaitu ini dilihat betapa besarnya jiwa insan ini untuk menjaga bangsanya.
Disebabkan beliau menghadapi masalah pembiayaan menyiapkan kajian itu beliau meminta agar ada pihak yang dapat membantunya. Sudah tentu tanpa bantuan usaha beliau akan terjejas. Dan saya yakin sekali beliau tidak akan melontarkan luahan ini kalau kesemua keperluannya mencukupi. Beliau seorang yang berkeyakinan dan mempunyai keazaman yang tinggi.
Bersama suratnya yang berwarna biru itu ada dilampirkan perincian perbelanjaan untuk menyiapkan tesis berkenaan di mana belanja keseluruhannya mencecah RM50,000. Kos ini termasuk perbelanjaan menemubual sumber, kajian di arkib dan perpustakaan serta juga kos-kos lain.
Walaupun beliau mengharap agar saya boleh perpanjangkan surat - masalah beliau ini. Saya rasa bersalah untuk menukilkan dan menyiarkan semua sekali isi kandungan warkah sayunya itu. Sebenarnya saya tidak mahu blog saya ini dianggap sebagai blog menagih simpati untuk sesiapa hatta kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.
Terus terang saya katakan, saya merasa malu dan bersalah kerana sebelum ini ada kalangan penjenguk blog saya yang bersimpati dengan sesuatu kisah atau balada manusia yang saya paparkan telah mendapat simpati penjenguk dengan menghulurkan bantuan. Sesungguhnya saya berterima kasih atas apa yang dilakukan dan menganggap satu kebajikan yang tidak akan terbalas baik oleh saya maupun di pihak yang menerima huluran bantuan dan derma ikhlas itu.
Berhubung dengan saudara kita ini saya serahkan kepada penjenguk sekalian untuk membantunya. Sama-sama kita bantu kalaulah pun bukan dalam bentuk wang ringgit, tetapi cukuplah dengan memberi semangat dan doa kepadanya agar beliau akhirnya berjaya menyiapkan tesis Phd itu. Saya tetap yakin sesuatu nawaitu dan amalan yang baik akan dibantu Allah. Terima kasih. (dk.kl.7.09 pm 11/05/11)
Mengingati Umno
Tidak Ada Roh
Hari ini Umno yang dilahirkan hasil gabungan beberapa persatuan dan Ngo telah genap 65 tahun. Generasi muda mungkin tidak sedar akan hal ini, bahawa Umno bukan satu entiti asal, tetapi ia adalah hasil gabungan pertubuhan dan persatuan Melayu yang menentang Malay Union.
Umno adalah makhluk parasit yang menumpang nama atas tubuh sekumpulan orang lain.
Dalam erti kata lain Umno hanyalah nama yang bergantung kepada beberapa batang tubuh yang lain. Hakikat Umno itu sendiri tidak ada. Penyatuan membentuk Umno di atas satu semangat untuk menentang penjajah, selepas itu membentuk pemerintahan sendiri untuk menjaga agama, bangsa dan tanah air.Kerana hakikat begitu maka siapa atau apa sebenarnya Umno itu boleh diragui. Diri Umno boleh dipertikaikan. Ia boleh dianggap sebagai hantu. Ia berbeza dengan Pas, yang lahir sebuah biro didalam Umno yang dianggotai oleh para alim ulama, ustaz dan tok lebai. Di sinilah Pas berupa, tebentuk ia lebih jelas daripada Umno. Perjuangan Pas itu tidak pernah lari dari maksud asal selari dengan kehendak agama dan aspirasi bangsa dan tanah air.
Sehebat mana Pas menyerang musuh tetapi parti itu masih mengawal aktiviti dan emosinya agar tidak melampau batas yang dimurih oleh agam dan dibeci oleh budaya bangsa.
Kerana parti yang dibina atas prinsip dan dasar Islam maka Pas tidak zalim dan melampau dalam menggalakan perjuanganya. Pas tidak menyalah gunakan kuasa dan bergerak di luar batas-batas keagamaan dan bangsa. Inilah bezanya Pas berbanding dengan Umno. Pas dikatakan kolot dan berfikiran sempit bila mengekalkan ciri-ciri itu, tidak mengapa kerana dengan kesempitan dan kekolotan itu Pas berjaya menjaga dirinya sebagai Islam dan Melayu.
Satu fakta penting mengenai Umno yang dilupai ialah, Umno tahun 1946 sudah tidak ada lagi. Ia mati pada tahun 1988 di tangan Mahathir. Umno yang ada hari ini adalah Umno baru yang telah meninggalkan pakaian Melayunya. Kalau melihat pembawaan dan lagak ahlinya hari ini rupa diri Umno itu sendiri ia jauh berbeza. Ia persis sudah terbalik dari hadapan ke belakang dari belakang ke hadapan.
Hakikat ini disedari oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa orang nasionalis. Kerana itulah apabila Umno dimatikan tahun 1988, tengku Razaleigh berusaha menghidupkan Umno yang dibentuk atas semangat asal semangat 1946. Apabila hari ini Tengku Razaleigh kembali semula ke dalam Umno ia tidak bererti Umno sudah pulih, tetapi pengembalian itu kerana Tengku Razaleigh tidak dapat melupai keseronokkan semasa dalam Umno. Umnolah yang meletakkan dia sebagai Menteri Kewangan bangsa Melayu pertama.
Umno dulu lebih harmoni dan profesional. Ahlinya di semua peringkat mementingkan persaudaraan. Umno dulu lebih bersifat keMelayuan yang tertib, tidak 'pongoh' dan tidak suka pakai kasut longgar. Kenyataan, cakap orang Umno dulu lembut, berlapik bukan seperti hari ini penuh dengan 'aji no moto' ego dan bongkok.
Boleh diperhatikan macam mana game politik yang berlaku hari ini. Macam mana Umno menyerang musuhnya Anwar Ibrahim. Apa yang kita tidak pernah terfikir, dilakukan terhadap Anwar. Ini bukan tuntutan dunia kepada perkembangan politik tetapi kerana makin kering dan pupusnya semangat Umno asal dan peri keUmnoannya.
Saya yakin sejahat-jahat Umno di zaman Tengku Abdul Rahman, Hussein Onn mereka tidak akan tergamak menyerang musuh sedeikian rupa sehingga sanggup meluka dan menitiskan darah kemaluan sesama sendiri. Semua perangai buruk Umno kini bermula selepas ianya dijaga dan dibentuk oleh Mahathir 1982. Pada saya orang yang memusnahkan tamadun Melayu salam siasah ialah Mahathir Mohamad.
Hari ini Umno ditangan Najib yang nampaknya berminat meneuskan kesadisan yang diilahmkan Mahathir Mohamad. Mahathir masih menaungai politik Najib. Najib percaya kepada politik ala-ala Mahathir. Walaupun Abdullah Ahmad Badawi cuba mengembalikan sifat Umno sebenar yang harmoni dan mahu menjalinkan persaudaran, tetapi Najib nampaknya tidak terliur kepada pendekatan Abdullah itu.
Sebab itulah Abdullah membebaskan Anwar kerana dia mahu pulihkan maruah orang Melayu yang dihitamarangkan leh Mahathir. Sayang usaha Abdullah itu dihalang sebegitu rupa oleh Mahathir sehingga Abdullah hanya sempat jadi PM sekadar empat tahun saja.
Di sini, kalau Najib terus bermain dengan banyak api yang dinyalakan Mahathir dalam poltiik bagi mengekalkan kuasanya, dibimbangi beliau tidak akan terdaya melawan api. Apa yang terbaik dibuat Najib ialah banyak menggunakan pendekatan diplomasi. Buanglah tektik-tektik jahat yang hanyir itu kerana ia tidak sesuai dengan selera orang Melayu. Percayalah kejahatan tidak akan berjaya mengatasi kebaikan.
Kalau kita benar, kebenaran itu akan hadir tanpa kita menimbulkan kejahatan orang lain! Apakah setelah Umno berusia 65 tahun yang sudah kehilangan roh akan dipakaikan semula dengan samping dan selendang Melayu untuk mengembalikan roh ke dalam jasad Umno. [wm.kl. 3:15 11/05/11]
Maklumat Pagi
Semalam pemandu Anwar Ibrahim, Abdullah Sani Said, 51 telah membuat laporan polis mengenai kemalangan dihadapinya kerana keroskan pada brek kereta Mercedez yang dipandunya.Beliau membuat laporan polis kerana mengsyaki ada perbuatan khianat ke atas kereta berkenaan setelah menyedari kerosakan itu agak pelik dari biasa.
Kereta itu sering digunakan untuk membawa Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Kemungkinan perbuatan itu cubaan untuk membunuh bosnya, Anwar Ibrahim.
Setengah orang melihat kejadian ini sebagai rekaan semata-mata untuk meletakkan Anwar sebagai seorang penting.
Iya, mereka boleh ketawa dan boleh bergurau, kerana kejadian merbahaya itu berlaku kepada diri orang lain. Cuba bayangkan kalau kemungkinan itu terjadi kepada diri sendiri.
Jika jika dilihat kepada usaha berterusan untuk menghapuskan kerjaya politik Anwar, namun ia juga tidak berhasil, tidak mustahil kalau ada pula usaha untuk menghapuskan nyawanya. Sebelum berlaku kita merasakan mustahil, tetapi sudah terjadi baru kita menyedari ianya satu hakikat yang tidak pernah diramalkan.
Siasah menjadikan laporan Abdull Sani itu sebagai story muka depan minggu ini. Rasanya kalau anda ingin mengetahui lanjut di sebalik apa yang berlaku, ikutlah dalam Siasah yang akan berada di pasaran pagi esok. [wm.kl.8:26 am 11/05/11]
Tuesday, May 10, 2011
Ulasan Berita
Kedudukan Nasharudin - Mat Sabu Seimbang
SEHARI dua ini saya agak sibuk sedikit sehingga tidak dapat memberi tumpuan kepada beberapa perkara termasuk mengenai perebutan jawatan dalam Pas. Jadi apabila saya membaca laporan potal berita yang sumbernya dipetik media cetak saya sedikit terkesima dan ingin mencari jawabannya.
Apa yang mengejutksan saya mengenai jumlah pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden Pas yang jauh tersasar dari apa yang saya ketahui. Sebuah portal berita yang kurang mesra dengan Nasharudin Mat Isa melaporkan penyandang jawatan timbalan itu tercicir jauh dari segi pencalonan berbanding dengan Mat Sabu.Laporanya, Nasharudin mendapat sekitar 40 pencalonan manakala Mat Sabu sekitar 70, satu perbezaan yang sangat jauh jaraknya. Ini tidak menghairankan saya kerana portal berita itu mengambil maklumat dari penyokong Mat Sabu dan bukan dari sumber yang bebas dan adil apa lagi dari "bilik gerakan" Nasharudin.
Portal berita juga kewibawanya boleh dipertikai. Semasa berlangsung pertanding merebut jawatan sama dua tahun lepas, belum apa-apa ia telah melaporkan Husam sudah menang. Semasa perkiraan undi berjalan portal berita itu telah menurunkan angka-angkanya.
Semua menjadi panik dan sudah ada segelintir penyokong Husam merayakan palsu itu dengan makan kambing panggang. Sebaliknya apabila keputusan diumumkan esoknya, keputsuan jadi sebaliknya. Nasharudin yang memenangi jawatan itu.
Berdasarkan kepada peristiwa itu rasanya semua orang kenal dan tahu akan agenda portal berita berkenaan. Apabila sesuatu media telah berpihak dalam membuat laporan maka akan timbullah sola renyok dan rebeh yang mana akhirnya akan memberi natijah yang tidak baik kepada orang yang didokongnya sendiri.
Mengenai jumlah pencalonan jawatan presiden ini saya nampak ianya sengit sebelah. Nampak sangat kedangkalan atau niat busuk media berkenana atau wartawan yang melaporkannya. Misalnya ada sebuah akhbar yang memetik lapora portal berkenaan telah menambah analisanya sendiri dan angka yang sungguh kurang cerdik dan mendalam.
Katanya, Nasharudin tidak mendapat sebarang pencalonan di Kelantan. Saya tidak tahu apakah media berkenaan arif dalam hal ini atau pun hanya memetik sumber jalanan saja, atau pun ditulis oleh wartawan kadet. Saya nak sebut apa yang saya tahu disini mengenai aliran pencalonan jawatan berkenaan.
Seminggu lepas saya balik ke Kelantan dan dalam kesempatan terhad dapat meninjau perjalanan mesyuarat Pas kawasan. Dalam tinjauan saya Nasharudin mendapat di antara empat hingga enam kawasan. Manakala Mat Sabu pula mendapat tidak lebih daripada empat kawasan. Tuan Ibrahim mendapat tidak kurang tiga kawasan.
Saya tahu persatu kawasan yang mencadangkan Mat Sabu, Nasharudin dan Tuan Ibrahim. Saya juga tahu kawasan yang terpksa mencadangkan Mat atas sebab-sebab tertentu dan tidak semua perwakilan bersetuju dengan Mat. Cuma apa yang media umum tahu hanya dua kawasan saja yang vokal mencadangkan Mat Sabu, Kubang Kerian dan Rantau Panjang. Ini tidak memelikkan kalau orang tahu hubungan Kubang Kerian dengan Rantau Panjang.
Jadi kalau ada media mengatakan Nasharudin tidak mendapat sebarang kawasan adalah pembohongan dan ia jelas laporan senget sebelah.
Begitu juga di lain-lain negeri. Di Pulau Pinang negeri Mat Sabu sendiri beliau hanya mendapat tiga saja pencalonan daripada 15 kawasan. Johor mungkin ketara bagi Mat Sabu tetapi ia juga tidak memulau langsung calon lain khasnya Nasharudin.
Diakui Perak Mat Sabu agak kedepan, tetapi sokongan di Perak itu dibunuh oleh Terangganu dan Kedah. Dikedua negeri ini Nasharudin mendepan Mat Sabu. Pulau Pinang Mat Sabu hanya dapat empat saja, daripada 15 kerusi. Nasharuddin memperoelhi empat kawasan di negeri ini.
Mat Sabu menguasi negeri Perlis mendapat dua dari tiga kawasan. Tetapi satu kawasan yang menyokong Mat Sabu hanya sandiwara saja, bukan semua perwakilan bersetuju.
Kedudukan setelah lebih 140 kawasan yang bermesyuarat ialah, Mat Sabu 59 kawasan, Nasharudin 53, Tuan Ibrahim 22, sementara Azizan Razak 4. Sama ada siapa yang mendahului dari segi pencalonan akan ditentu oleh kira-kira 30 kawasan yang masih belum membuat keputUsan untuk mencalon siapa.
Sekiranya kesemua kawasan itu mencalon Tuan Ibrahim ini bermakna Tuan Ibrahim akan memperolehi lebih 50 kawasan. Kedudukan ini seimbang dan memungkinkan akan berlaku kompromi. Saya percaya kalau berlaku kompromi ia akan menganiayakam Mat Sabu. [wm.kl.9:30 pm 10/05/11]
Monday, May 9, 2011
Susupan Tengah Malam
Ismail Nuh Tidak Makan Duit Brahim
SEMASA majlis santapan malam bersama Sultan Mohamad Ke V sempena perlacaran Yayasan Sultan Kelantan malam minggu lalu saya ditempatkan di meja nombor 210. Meja yang berada di barisan akhir di sebelah kiri. Bersama saya ialah Apandi Mohamad yang ikut menderma untuk Yayasan Sultan Kelantan sebanyak RM10,000. Nilai derma Apandi sama dengan nilai derma menteri yang juga menjadi lawan Apandi di Jeli, Setopa anak Setawa, iaitu sebanyak RM10,000 juga.
Berpandukan nilai derma ini bermakna kedua mereka sama-sama ada duit RM10,000 untuk membantu Yayasan berkenaan dalam menyediakan dana untuk membantu rakyat Kelantan. Saya tidak mahu mengatakan Setopa kedut dalam hal ini berdasarkan kepada kekayaan yang dimiliknya berpandukan kepada kedudukan dan statusnya. Setopa adalah menteri MITI yang berkuasa mengeluarkan AP. Boleh dikatakan sebahagian besar ketua bahagian di Kelantan mendapat AP kereta mengikut kouta masing-masing.RM10,000 adalah sesuku daripada harga sebutir AP yang nilainya mencecah RM100,000 untuk sebuah.
Katanya Setopa telah menjadi AP sebagai kekuatan baru baginya. AP adalah modal dan juga pawai besar untuknya agar ketua bahagian atau tokoh tertentu taat setia kepadanya. Dalam kata lain Setopa telah menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mengejapkan pegangan politik. Satu senerai orang-orang besar Umno Jeli yang mendapat permit atau AP kereta import katanya telah siap sediakan untuk disebarkan. Seorang yang selama ini bermusuh dengan Setopa telah berpaling tadah menjadi rakan dan pendokong Setopa setelah mendapat AP. Berapa?
Saya dah kata saya tidak nak kata, Setopa kedekut kerana mengulurkan derma hanya RM10, 000 sama mahal dengan Apandi dan sama mahal dengan penderma yang hanya menamakan dirinya sebagai anak Kelantan. Kalau ikut logiknya Setopa sebagai menteri jumlah yang perlu dihulurkan setidak-tidaknya RM500,000.
Ini tidak perlu berbangkit sebenarnya kerana soal nilai derma adalah personal dan ia tidak wajar kalau digahkan. Yang penting ikhlas, kalau pun RM100,000 tidak ikhlas tidak ada guna satu setengah dinar emas Kelantan pun, pun begitu juga kalau RM10,000 tidak ikhlas tidak ada guna setengah dinar emas Kelantan juga di sisi Tuhan.
Habis cerita itu timbul cerita lain pulak. Bersama di meja saya ialah beberapa orang pegawai kerajaan Kelantan. Mereka ini kenal pada saya, mereka juga mengaku membaca blog saya. Peluang duduk sekali memberikan ruang untuk saya dan mereka bertukar-tukar maklumat dan pandangan. Jadi samentera tudung dulang makanan di buka kami isi dengan ruang dengan perbualan macam-macam topik.
Bual punya bual timbullah soal Ibrahim Ali. Seorang pegawai yang berkelulusan undang-undang bertanya kepada saya sungguhkah Ustas Ismail Nuh mendapat duit dari Ibrahim Ali kerana kesediaanya menyerahkan kerusi Pasir Mas. Begitu mendengar pertanyaan itu saya sungguh terkejut."Siapa yang cerita, tidak betul... itu fitnah?" kata dan jelas saya. (Waktu ini Ismail Nuh terbaring dihospital besar Kota Bharu kerana diserang seterok kecil didoakan semoga disejahtrakan Allah).
"Ada oeang cerita?" katanya. Saya soal siapa lalu dia menunjukkan kepada seorang pegawai yang duduk di sebelah saya yang ketika itu keluar sekejap untuk kencing. Dia ini kebetulan bapa saudara kepada bakal calon Pas dalam pilihan raya lalu. Apabila pegawai itu masuk semula saya bertanya sambil menjelas kepada pegawai berkenaan.
"Tidak benar kalau Ismail Nuh terima duit dari Ibrahim Ali. Setahu saya Ibrahim tidak bagi satu sen pun kepada Ismail Nuh. Janji untuk bantu sekolah Ismail Nuh juga entah hilang ke mana?" kata saya. Pegawai itu terkejut besar dan mukanya berubah.
"Siapa yang terima?" ta nya pergawai berkenaan seolah sudah tahu bahawa ada orang Pas yang terima duit dari Ibrahim. Saya rasa tercabar dengan pertanyaan itu. Untuk membela kebenaran dan menafikan tuduhan Ustaz Ismail Nuh terima duit saya membilang satu-satu mereka yang terima duit dari Ibrahim.
Pegawai berkenaan terdiam. Temannya yang berada di sebelahnya juga jadi termangu. Begitu juga rakannya yang menjadi bapak saudara kepada bakal calon tadi. "Kalau nak tahu orang yang hendak jadi calon itu juga sapu duit Brahim?" kata saya. "Ada saksinya, saksi itu ada di majlis malam ni, kalau nak kita panggil dia," kata saya.
Perbualan itu terhenti di situ saja dengan penuh tanda tanya dan merujakan mereka yang mendengar. Selepas penjelasan itu tidak ada sesipa lagi yang ingin mengungkitkan atau prejudis kepada Ismail Nuh. Saya sangat berharap dengan penjelasan saya yang tahu dari awal hingga akhir perkara itu tidak akan menuduh Ismail Nuh sebagai peminta sedekah dari Ibrahim Ali. Sebenarnya yang meminta sedekah ialah Ibrahim Ali.... sampai berpelukan dengan ismail Nuh kerana inginkan kerusi Parlimen Pasir Mas. [wm.kl.11:45 pm 09/05/11]
Orang Umno Masuk Pas

Susupan Pagi
DALAM perjalanan ke pejabat saya singgah di The Mall untuk membeli sesuatu di kompleks berkenaan, terlalu pula di cafe di depan Mall tempat berhimpunnya para broker (bukan para nabi) politik dan jumpa kawan lama asalnya Terangganu. Kawan ini mulanya Umno kemudian berhirjah ke Keadilan kemudian kembali memeluk Umno pula.
Pengenalan lebih akrab dengan beliau semasa sama-sama menunaikan umrah. Ketika itu ada bersama beliua sdr Mohamad Azmin Ali dan Ezam Mohd Noor. Saya sempat ke perkampungan Kelantan di bukit Jiaq. Di sana kami sama-sama bersolat hajat meminta Allah memberi kesejahtraan kepada negara Malaysia yang ketika itu dilanda krisis politik.
Ketika saya sampai kawan ini sudah lama di situ bersama dua orang kawannya juga asal Terangganu. Kerana lama tidak jumpa saya saja-saja melontar pertanyaan untuk mengetahui perkembangan Umno Terangganu.
"Apa khabar Mat Said (Ahmad Said MB Terangganu), nampak tidak ada apa-apa masalah," tanya dan mula saya.
"Atas nampak molek bos, dalam belum tahu lagi.."katanya. Nada bicatanya berlainan.
"Kenapa setahun saya dia bagus, Terangganu tenang saja dan boleh menang banyak!" saya mula acah.
"Ramai yang tidak suka kepada Mat shiekh," katanya sambil menjuihkan mulut tanda hati juga tidak berapa senang dengan Mat Said.
"Kenapa?" soal saya mula menjadi minat.
"Mat ni suka mengkayakan orang luar, mana-mana yang baik dengan Najib dia beri balak?" katanya.
Bila kawan ini berkata begitu saya teringat seorang Datuk dari Terangganu sebulan lepas juga menceritakan hal yang sama. Banyak orang luar Terangganu yang kenal dengan Najib atau rapat dengan Najib diberi balak oleh Ahmad Said. Salah seorang menurut Datuk berkenaan saudara mara Najib sendiri.
Katanya saudara Najib ini memang asal Terangganu tetapi menjadi kaya sejak Mat Said jadi MB. Bukan saja balak tetapi diberi juga kilang bijih besi bernilai RM5 juta. Orang ini katanya sudah tukar kereta baru di samping beberapa buah kereta mewah. Dia juga sudah jarang berlonggok di Mall.
Menurut kawan itu tadi selain beri balak Mat Said juga meluluskan 11 projek perumahan rakyat kepada kontrekto kroninya. Semua projek itu tanpa tander. Alasan projek itu diberi tanpa tander menurut Mat Said, kerana semua projek yang diberi dengan tander sebelum ini runtuh.
Cerita kawan itu hal itu Mat Said sebeut di dalam Dewan Undangan Negeri, beliau bukan bersembunyi.
Susah untuk saya mempercayai sejauh mana cerita mengenai Mat Said itu. Mungkin ianya sengaja ditimbulkan. Saya berharap perkara ini ada pihak di Terengganu yang akan menjelaskannya.
Selain itu sebelum saya berpisah dengan teman itu diceritakan juga perihal Mat Said tidak pandai SMS... membuat pesanan ringkas. "Iya ke sheikh... tidak mungkin MB tidak pandai?" soal saya inginkan keyakinan.
"Betul Mat Said tidak pandai sms, dia hanya pandai bukan tetapi nak balas tak reti.." katanya. "Kalau you tidak percaya cuba hantar tenguk macam mana," sambungnya lagi. Saya meminta nombor telefon MB Terangganu itu tetapi dia kata dia tidak ada kalau tidak boleh cuba, apakah Ahmad Said pandai sms atau pun tidak.
Jadi kalau sesiapa ada nombor handset Mat Said boleh berikan kepada saya nak cuba apakah benar bagaikan dikatakan itu, Mat Said tidak pandai hantar SMS? [the mall. kl. 11:00 am 09/05/11]