Saturday, May 26, 2012

Catatan Ziarah

Manziarahi Bekas Adun Gual Periok
Nik Mustapa Nik Loding

Lupa bilakah kali terakhir saya bertemu dengan bekas Adun Gual Periok, (Adun kampung saya), Nik Mustapa Nik Loding. Walaupun kerap juga balik kampung dan makan mee rebus di kedai Daud Banggul Kulim, Rantau Panjang, tetapi jarang bersua dengan beliau. Sejak sudah bersara dari menjadi Adun saya hampir tidak bersua langsung dengannya.

Pak Nik menjadi Adun selama dua penggal (1990 - 1995). Beliau bertanding atas tikit Parti Melayu Semangat 46. Apabila parti itu dibubarkan dan kebanyakan ahlinya menyertai Umno (tahun 1996) beliau ikut sama terheret sama dalam Umno bertanding atas tikit Umno tetapi kalah. Selepas kekalahan itu beliau tidak aktif seakan Umno baru itu tidak sejiwa dengannya.
Saya mengenali Pak Nik masa di alam sekolah lagi.
Dalam kedua pilihan raya itu beliau mendapat kelebihan (mojoriti) banyak kerana ketika itu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah bergabung atas nama Angkatan Perpaduan Ummah bersama Pas. Suasana politik Kelantan dan juga Gual Periok waktu itu sungguh aman dan tidak berlaku perpecahan di antara dua kaum; Umno dan kaum Pas seperti selalunya. 

Sebenarnya kerjasama dan penggabungan antara Pas dengan Semangat 46 memwujudkan keadaan tenteram dalam politik setempat.

Nik Mustapa yang lebih dimesrai dengan panggilan Pak Nik dilantik menjadi Exco Pelancongan dan Kebudayaan yang bertanggungjawab membawa pelacong ke Kelantan dan mengembangkan keseniaan dan kebudayaan tradisional Kelantan. 

Perlantikan beliau dianggap tuah bagi penduduk Gual Periok khasnya Rantau Panjang amnya kerana ia menjadi semacam kebanggaan anak tempatan pertama dilantik menjadi Exco. Setidak-tidaknya dengan perlantikan itu satu penghormatan kepada bumi Gual Periok yang pernah menjadi pusat gerakan politik pada tahun-tahuan 60-an dulu.

Di sinilah pusat gerakan politik baik Pas dan Umno di Pasir Mas di era pasca merdeka. Hampir semua pemimpin besar negara termasuk Tunku Abdul Rahman, Sardon Jubir, Tun Razak Hussein, Ghafar Baba sampai ke sini. Waktu itu Gual Periok juga menjadi pengkalan darat utama untuk membawa biji besi dan getah serta nenas yang dihasilkan di kawasan berkenaan.

Petang semalam saya bersama aktivis Pas Rusdhan Mustapa, Ketua Cabvang PKR PAsir Mas Dr Wan Suhaimi Wan Daud dan Mohd Zaki Abdul Rahman yang juga kawan lama Pak Nik sempat berkunjung ke rumah bekas Adun itu dan berbual lebih dua jam. Ternyata sekali kunjungan ringkas yang tidak dirancang itu menyeronokkan Pak Nik yang sebelum ini mengalami sedikit keuzuran kerana diserang mini stroke. Keseronokan itu terutmanya bila dapat bertemu dengan Zaki kawannya semasa di maktab perguruan tahun 60 yang terpisah lebih hampir 50 tahun.

Menjadi lumrah orang politik kalau dapat bersembang perihal politik akan jadi segar dan semangat dengan tiba-tiba. Tidak terasa pun yang beliau sedikit keuruzan apabila ghairah mencerita zaman muda dan semasa beliau menjadi wakil rakyat. Banyak kisah suka duka dan juga rencah-rencah politik yang boleh dikutip dari Pak Nik terumanya dalam dunia politik yang boleh dijadikan panduan dan teladan.

Dalam kunjungan ringkas itu apa yang menariknya ialah cerita beliau hampir-hampir akan memanggil Anwar Ibrahim untuk berceramah di rumhanya. "Saya dah siap sedia untuk panggil Anwar, tetapi sedikit terhalang.., " ceritanya menyembunyikan sebab musabab kenapa terniat untuk memanggil Anwar. Tetapi menurutnya niat itu masih ada... katanya sambil gelak kuat.

Tetapi tindakan Pak Nik itu dapat saya terjemahkan ia bermula daripada sikap politik orang Umno juga serta hala tujuan Umno baru hari ini yang dilihat tidak lagi mengekalkan semangat Umno asal. Hubungan persahabatan di dalam Umno juga mudah longgar selepas masing-masing sudah tidak mempunyai jawatan. Mungkin atas keyakinan itu juga Pak Nik yang menjadi orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah sampai kini agak tawar hati dengan Umno.

Menyentuh mengenai peribadi seseorang untuk menjadi calon, Pak Nik mengakui mana-mana orang hendak jadi calon di kawasan sempadan seperti Rantau Panjang ia tidak memerlukan seorang yang baik bergelar ustaz dan berkopih sahaja. Yang penting orang itu mesti memiliki 'empat tapang ilmu' kata orang Kelantan.

Wan Suhaimi, Pak Nik, (MSO) Zaki dan Rushdan ketika kunjungi Pak Nik.
Ertinya mereka yang tahu bergaul dengan semua golongan masyarakat, daripada tok imam masjid sampailah kepada anak-anak muda yang gila bola, kesenian dan sebagainya. Satu perkara ujarnya kawasan pilihan raya seperti Gual Periok yang bersempadanan dengan Siam agak unit dan memerlukan orang memahami kehidupan dan hubungan masyarakat kedua buah negara. Seorang nyang merasakan dia cerdik juga tidak begitu elok kerana masyarakat di sini suka orang yang boleh digauli dalam keadaan apa saja.

Memang berbual dengan orang politik apa lagi pernah menjadi wakil rakyat tidak puas dan penuh nostalgik. Kepada anak-anak muda yang mahu berjinak dan berjuang menerusi politik kunjungilah orang seperti Pak Nik dan galilah apa-apa ilmu dan juga pahit maung dalam perjuangan yang pernah ditelannya.

InsyaAllah kalau ada kesempatan saya akan singgah lagi dan tidak terkecuali juga mengujungi seorang lagi bekas Adun Gual Periok Abdul Rahman Awang, atau Abe Man. Sebelum ini saya pernah mengunjuungi Tan Sri Hussein Ahmad untuk bertanya khabar dan meminta pandangan politik. [wm.kl.7:30 pm 26/05/12]

Wednesday, May 23, 2012

Ulasan Debat Rafizi - Khairy

Debat Politik Rafizi - Khairy
Membuka Stail Baru Dalam Politik Negara

Semua orang yang menyaksikan debat di antara Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin malam tadi berkisar di bawah tajuk PTPTN-  wajar atau tidak ia dihapuskan; rasanya sudah dapat membuat kesimpulan dan pendirian masing-masing mengenai isu berkenaan. Telah ada yang memberi markah sekian banyak sekian banyak kepada kedua-dua pendebat berkenaan. Jauh diharapkan dari itu perdebatan itu dapat memberi pencerahan minda terhadap isu yang didebatkan itu. Semoga kekelabuan mengenai isu yang berputar di dalam kepala umum sebelum ini kerana ditaboo oleh ahli politik sedikit sebanyak terusai.

Mohd Rafizi Ramli
Kalaulah majlis itu tidak memberi kesan positif seprerti didambakan itu ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang ramai melainkan pihak penganjur juga mendapat keuntungan. Astro dan Sinar yang menjadi penganjur mendapat publisiti meluas dengan debat itu.

Khairy dan Rafizi bersalaman.
Moral dalam debat itu secara ringkasnya Rafizi mempertahankan dasar yang akan dikemukakan oleh Pakatan Rakyat untuk menghapuskan PTPTN yang dianggap menjadi bala' kepada negara dan akan menawarkan pendidikan percuma kepada rakyat negara ini sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-13.

Khairy pula mempertahankan dasar berkenaan dan menganggap negara akan muflis sekiranya pendidikan percuma diberikan kepada rakyat. Pertahanan Khairy jika dilihat dari bentuk hujah dan sininalnya lebih kepada untuk mempertahankan kerajaan yang menggubal dasar berkenaan daripada mempertahankan dasar berkenaan juga yang boleh dirasakan Khairy sebagai membebankan. Setujukah kalau dikatakan begitu?

Kalau bukan itu... saya fikir Khairy tidak akan berputar lidah mempertahankan dasar itu - PTPTN kerana dari segi untuk mencari popularitinya baik Khairy bersetuju dengan kerangka yang dibentangkan Rafizi untuk membebaskan pelajar dengan hutang dan memberi pendidikan percuma kepada rakyat daripada terus membebankan rakyat. Kerana bila disebut percuma semua orang suka dan bersetuju melainkan percuma untuk menerima kematian.

Dalam berhujah dan mempertahankan pandangan masing-masing - sebenarnya parti masing-masing, kedua-dua pihak mengemukakan figure dan angka masing-masing. Masing-masing mengemukakan rumusan dan konklusif mengikut kehendak perjuangan atau parti mereka. Dalam sesebuah debat bila ianya disertakan dengan angka dan fakta-fakta yang nampak ilmiah walaupun tujuan dan maksud di sebalik, debat politik seperti itu tidak menghasilkan keputusan yang ilmiah.

Di sini saya tidak mahu mengulangi angka-angka yang diberikan kedua-dua mereka tentang isu itu. Angka itu baik tetapi sukar untuk menerima rasionalistiknya kerana ia berbeza di antara satu sama lain. Tetapi kita kena hormat kepada angka-angka yang dikeluarkan dan juga fakta lain sama ada ia boleh dipercayai atau tidak kena fikir kemudian. Mereka hanya melontarkan sorce untuk diselesaikan. Mungkin bagi pengikut kedua pihak yang bertepok tangan di dewan debat itu akan menerima angka dan fakta yang dikeluarkan oleh tokoh mereka dan akan menolak mentah-mentah angka dan fakta yang diberikan oleh lawan.

Di sini saya juga tidak mahu mengadili kedua mereka untuk menyatakan siapa yang menjadi pemenangnya. Hujah siapa lebih kemas dan konkrit. Bagi saya perdebatan itu bukan untuk mencari siapa yang menang tetapi cuba membelek mencari siapa (dalam konteks ini kerajaan dan pemnbangkang) yang rasional dengan isu berkenaan. Itu yang harus difikirkan, menyelesaikan isu itu untuk kebaikan pelajar dan rakyat.

Sebab kalau hendak dipilih pemenang antara keduanya, sulit sebab kedua-duanya sama hebat dan sama petah berhujah. Masing-masing membuat persediaan serapi mungkin. Kesanggupan mereka untuk berdebat membawa satu pembaharuan dalam politik negara ini. Keberanian dan kesanggupan (persefahaman) itu sudah dikira kemenangan untuk kedua-duanya. Tanpa salah seorang tidak sedia dan sanggup naik petas debat itu tidak akan berlangsung. Atas keberanian itu maka kedua mereka adalah berhak diistyharkan pemenang dalam soal ini.

Budaya Barat - debat ini, mereka sudah berjaya bawa ke negara ini yang bakal menjadi satu permainan yang cukup diminati oleh para pemain politik di sini. Mereka tidak mengira apakah kaedah itu (debat) akan membawa kebaikan dan selari dengan batas kebenaran agama mereka tidak penting, tetapi dihitungkan ia menyeronokkan. Selalunya apa-apa juga game yang diperkenal oleh Barat disenangi kerana ia tidak terikat dengan rukun kehidupan manusia yang ada kalanya ketat yang dilingukungi agama dan adat.

Khairy Jamaluddin
Megenai Rafizi dan Khairy seharusnya mereka berhak merasakan mereka jauh lebih advence dan bersikap profesional dari mereka lain yang takut dan kurang berani untuk berdebat. Seharusnya mereka yang lain juga perlu mengadakan perdebatan seperti itu, berhujah secara bersemuka dan tidak membaling batu di dalam gelap atau syok di atas pentas ceraman sendiri. Kepada saya debat anjuran akhbar Sinar dan Awani Astro itu lebih bertanggungjawab dan gentleman kerana ia diadakan secara bersemuka tidak seperti ceramah atau pun demonstrasi.

Terimalah apa yang berlaku semalam adalah permulaan, perasmian stail dan gaya baru politik di negara ini. Selepas ini hendaknya akan ada lagi debat-debat politik di antara tokoh-tokoh lain dari kumpulan bukan saja PKR dengan Umno tetapi Umno dengan Pas, atau juga Pas dengan DAP dan sebagainya. Badan-badan bukan kerajaan (Ngo) juga boleh mengambil bahagian dalam perdebatan dan jangan asyik baling telor busuk dalam gelap sahaja atau mengadakan senanam punggung macam beruk tunging pantak ke arah ayam betina.

Topik-topik yang akan didebatkan nanti biarlah pelbagai yang mencakupi semua aspek kehidupan khasnya yang kritikal dan menjadi kontroversial pada masa ini. Misalnya isu ekonomi orang Melayu, perpaduan Melayu, perubahan sikap pengundi bukan Melayu, pencemaran budaya, pencabulan ke atas agama Islam dan sebagainya.

Tokoh-tokoh besar politik dan juga Ngo seharusnya merasa malu dan mulai rasa terpanggil untuk mengambil pendekatan dalam menghuraikan isu seperti mana dilakukan Khairy dan Rafizi itu.  Mereka boleh berdebat dengan memilih regu masing-masing yang berkedudukan atau kapasiti sama dengan mereka dalam organisasi.

Misalnya, Muhyuddin Yassin boleh memilih tajuk dalam bidang pendidikan untuk berdebat dengan Mohamed Azmin Ali atau pun Dr Zulkefli Ahmad dalam Pas. Atau pun Jamil Khir Bahrum yang dilihat lebih fasih al Fatihahnya daripada Najib Razak boleh berdebat mengenai isu agama dengan Abdul Hadi Awang.

Atau pun Mahfuz Omar boleh memilih Ahmad Maslan untuk berdebat atas isu; apakah Felda menganaiaya rakyat atau membela rakyat? Atau pun Sharizat Abdul Jalil boleh berdebat sebagai sayonara kepada Wanita Umno dengan Zuraidah Kamaruddin berkenaan isu lembu. Tajuk saya cadangkan; mana lebih besar tahi lembu NFC dengan tahi gajah hutan.

Tokoh-tokoh Ngo seperti Ngo beras kampit dan Ngo Perkasa(m) boleh cari regu masing-masing sama ada dari kalangan sesama Ngo atau dengan pembangkang dan kerajaan boleh juga diadakan secara langsung. Biar rakyat menilai apakah perjuangan dan aspirasi mereka sebenarnya. Tidak terlupa juga bekas-bekas PM kalau rasa 'gelenyer' untuk berdebat boleh debat sama. Mahathir boleh berdebat berhubung kesan dan implikasi dasar pentadbirannya selama 20 tahun.

Abdullah Ahmad Badawi juga boleh berdebat dengan Tok Guru Abdul Nik Aziz Nik Mat berhubung dengan konsep Islam Hadhari dan konsep Negara Berkebajikan; mana lebih afdal. Cuma dalam acara itu nanti jangan ambil orang-orang politik yang sakit jiwa, bermulut berus alias mulut busuk kerana mereka tidak layak untuk bercakap atas pentas dalam debat profesional begitu disebabkan mereka diselubungi emosi 'fasis' dan rasis.

Berbalik kepada debat Khairy - Rafizi, saya merasakan kedua pihak dapat mempertahankan dasar dan polisi parti masing-masing. Rafizi yang dituduh sebagai pengemukakan dasar pendidikan percuma oleh Khairy berjaya mengemukakan hujah-hujah untuk mengadakan pendididikan percuma tanpa merugikan negara. Misalnya kata Rafizi untuk mencari wang menampung perbelanjaan pendidikan yang dibimbangi Khairy boleh dilakukan dengan mengurangkan penyelewengan kerajaan dan juga komisyen pembelian kerajaan dan rasuah yang menelan belanja beratus billion.

Manakala Khairy pula berjaya menarik perhatian umum dengan cuba memesungkan isu di mana kalau orang tidak memahami akan memberi tepukan gemuruh kepadnaya. Misalnya Khairy membangkitkan kenapa kerajaan Pakatan Rakyat seperti Kedah, Pulau Pinang tidak melaksanakan pendidikan percuma diperingkat negeri itu seperti dirancangkan. Beliau menempelak dasar itu dengan memberi contoh di Kedah Kolej Universiti Islam Negeri (KUIN) bukan hendak mengadakan pendidikan percuma tetapi yuran dicadangkan untuk dinaikan.

Hujah atau tempelakan demikian dijawab oleh Rafizi dengan memberi tahu soal pendidikan bukan kepunyaan negeri semata-mata tetapi tanggungjawab federal. Kalau federal berlaku adil dalam mengagihkan wang rakyat yang dipunggut dan dibayar oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada federal misalnya kerajaan Pulau Pinang dan Selangor menjadi penyumbang kepada pusat sebanyak 40% hari ini juga negeri itu akan melaksanakan dasar pendidikan percuma.

Saya boleh membuat konklusi umum, secara keseluruhan perdebatan semalam berjalan dengan baik, teratur dan kedua pihak mempamirkan tahap kematangan sebagai bakal pemimpin masa depan yang menyakinkan. Sebenarnya acara semalam, Khairy dan Rafizi membingkaikan politik yang seharusnya menjadi idaman anak-anak muda dan generasi akan datang.  Tidak lupa juga syabas kepada moderator yang berjaya nmengendalikan debat dengan baik.

Bagaimana pun dalam perdebatan itu masih ada tempias-tenmpias berbau peribadi yang tidak relevan dan tak wajar disuburkan di masa akan datang. Misalnya pendedahan Rafizi mengatakan kerajaan BN semasa zaman Abdullah Badawi jadi PM (20084 - 2008) mengambil sebanyak RM237 billion wang Petronas di mana jumlah itu lebih separuh dari pemberian Petronas kepada beberapa pihak lain, tetapi tidak tahu ke mana wang itu digunakan.

Rafizi menyoal Khairy ke mana wang itu digunakan dan berapa banyak untuk tujuan pendidikan. Dia bertanya begitu kerana menganggap Khairy tahu sebab dia (Khairy) adalah penasihat kepada PM yang juga mertuanya. Jelas pertanyaan dibangkitkan Rafizi terkeluar dari kontes berdebatan dan wajar kalau Khairy tidak menjawabnya walaupun beliau akan diejek.

Khairy juga tidak dapat menyejutkan dirinya, dia juga tempias membangkitkan soal peribadi mengenai Anwar Ibrahim. Katanya PTPTN digubal semasa Anwar menjadi menteri kewangan. Hari ini Anwar tidak bersetuju dengan apa yang disetujui dulu dan beliau patut meletak jawatan. Persoalan Khairy itu dijawab secara politik dan tektikal oleh Rafizi dengan menjelaskan apa-apa keputusan di dalam kabinet adalah keputusan kolektif. Tidak timbul kalau PTPTN itu menjadi tanggungjawab Anwar sendirian.

Apa yang berlaku itu adalah perubahan keadaan dan masa di mana jelasnya, Khairy juga tidak terkecuali dari mengalami hal yang demikian.

Moral debat semalam yang dapat saya nilai ialah;

1. Khairy hendak menunjukkan dia seorang pemimpin muda yang berani dan cuba membawa sesuatu perubahan dalam stail dan pendekatan siasah dalam Umno dan negara ini. Dalam masa sama dia hendak menyindir dan menempelak pemimpin Umno yang jauh lebih lama darinya tetapi tidak berani dan bersikap tanggungjawab dan mengambil resposibiliti kepada parti.
2. Rafizi pula mengambil kesempatan menyerlahkan kemampuan daya fikir politiknya dan juga bakat kepimpinan dalam politik. Secara tidak langsung Rafizi menununjukkan gaya politik yang berkualiti dan mengkesampingkan politik remeh temeh yang tidak berasaskan kepada fakta dan rasionalisme.
3. Kesan kepada kedua-dua pihak UBN dan PR tidak seberapa kerana sebahagian saja akan mengubah pendirian dan persepsi terhadap isu PTPTN setelah mendengar debat itu. Ini kerana sebahagian besar pengudi telah membuat pilihan siapa yang mereka akan pilihan berdasarkan kepada itu itu yang sudah ditabohkan selama ini.

Perdebatan semalam jauh bezanya dengan majlis ucapan kemanusiaan antara Almarhum Fadzil Noor dengan Mahathir Mohamed mengenai Palestin yang kalau tidak silap berlangsung pada tahun 1997 dulu. Mungkin roh pengucapan kemanusiaan antara Presiden Pas dengan Presiden Umno itu boleh diaplikasikan dalam debat-debat polkitik seperti berlangsung semalam untuk memberi manfaat dan kebaikan bersama. Walahu'alam. [wm.kl.6:17 pm 23/05/12]

Promo

Perhatian

Ramai penjenguk blog saya meminta saya mengulas debat PTPTN di antara Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang berlangsung malam tadi.Disebabkan pagi ini saya sedikit kesibukan, saya akan mengeposkan ulasan debat itu lewat petang ini, isnyaAllah. Wassalam.

Tuesday, May 22, 2012

Celoteh Murai 14/12

Bila Salentia Kencing Tidak Puas...


Hehe... nampaknya ada orang jadi dedas, kencing tidak puas dan sakit kepala hari ini bila tengok Pengaum Cara II Negara Yusuf Zainal Abidin duduk di sebelah Geruda Putih untuk membelanya yang dituduh kerana terlibat dalam perhimpunan haram 28 April lalu. 

Murai sedikit pun tidak hairan kenapa si Geruda Putih bersama dua yang lain saja di dakwa manakala yang dselebihnya kalau ikut kata Pembakar Jambatan 27,263 tidak pun didakwa... Rasanya orang lain juga tahu apakah motif di sebalik tindakan itu. Hanya orang yang takut hantu sahaja akan berjalan menggunakan lampu waktu malam.


Murai faham pendakwaan itu adalah untuk menyusah dan menghalang pergerakan Geruda Putih yang sudah terbang ke seantero dunia bagi menyampaikan misi dan amanatnya agar jatuhkan kerajaan UBN. Tentu Burung Botak Mulut Merah juga yang kini duduk makan angin keluar asap di luar negara diserang dedas tiba-tiba melihat keadaan itu dan terpaksa berulang alik masuk tandas sampai disyaki sesuatu oleh Penguin. 


Siapa sangka dan siapa duga itulah perancangan Allah yang lebih ampuh dan tuntas dari perancangan manusia. Yang nampak pening dan jadi dedas dan panas punggung hari ini ialah si Salentia. (Murai cadangkan dia kena lakukan senanam tungging punggung di depan rumah Ambiga). 

Dia ini alergik sungguh dengan Geruda Putih macamlah Murai alergik dengannya.  Alergiknya kepada Geruda Putih sampai nampak terang-terang akan kebencian, dendam dan cemburunya sehinggkan dia kehilangan waras dan keperkasaan diri. 


Kata Salentia tindakan Yusuf itu telah diambil kesempatan oleh Geruda Putih hendak jadikan Yusuf sebagai modal politiknya. Dia cuba memusing isu dan memperlekehkan Geruda Putih yang ternyata lebih hebat dan gah darinya buat selama-lamanya. Dalam masa sama dia merendahkan Yusuf pula dengan menganggap ia perkara biasa dan menyamankan Yusuf dengan perangai buruknya. Kata Salentia bila sudah bersara dan ada firma sendiri maka Yusuf sedia mengambil upah dari mana-mana. Dia kata dia tidak pun hairan dengan apa yang berlaku, tetapi anihnya kenapa dia diserang dedas dengan tiba-tiba.

Iya kalau tak hairan kenapa nak ulas, patut Salentia diam sahaja, atau terus menyelam dalam air dan main pelir di bawah arus. Sedap... Oph terlupa terkasar seidikit. Tetapi tak mengapa terkasar dengan Salentia wajar sebab dia sendiri makhluk tidak bermaruah dan bahasnaya juga penuh najis. Murai kalau terserempak dengannya cepat-cepat ambil sapu tangan tutup hidung kerana busuknya Allah sahaja yang tahu.


Salentia ingat Yusuf sama sepertinya mengejar duit. Orang yang ada maruah dan prinsip tidak akan memandang soal duit. Bukan macam seperti Salentia malam siang fikir soal duit. Baginya segala-gala boleh dibayar dan dicapai dengan duit. Murai nak tenguk pada pilihan raya akan datang ini apakah duit dapat nmemenuhi cita-cita Salentia. Apakah duit dapat menghentikan raungan dan tangisan selepas kalah nanti. Murai nak tenguk macam mana Salentia memujuk dirinya dengan ringgit.


Hey Salentia, berhentilah bercakap dan merapu. Rapuan kamu sudah melampau dan menjadikan semua orang menjadi sakit. Negara ini sakit dan sausau kerana ada specis seperti Salentia ini. Elok juga Murai fikirkan kalau tertakdir Pakatan Rakyat menang, gubal undang-undang untuk menghumban makhluk persis ini ke luar negara.  Negara tidak memerlukan makhluk-makhluk munafik dan busuk seperti ini.  Dan Murai yakin kalau mereka sudah tiada negara ini akan aman damai.


Murai: Ada obat kencing dedas.

Susupan Petang

Beranikah Najib Letak Pisau Dileher Rosmah?

 Pada hemat saya tidak mungkin Imigresen negara ini akan mengeluarkan visa kerja untuk mana-mana peguam yang mewakili Suaram untuk datang ke negara ini bagi menjelaskan perkembangan saman berhubung pembelian kapal selam dikatakan membabitkan pegawai tinggi kerajaan Malaysia yang melibatkan perbelanjaan RM7.3 billion pada tahun 2002.

NONE
Bourdon
Suaram telah menyaman firma pertahanan DCNS di Perancis atas dakwaan rasuah melibatkan pegawai-pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam yang ada unsur rasuah sebanyak RM540 juta.

Peguam yang mewakili Suaram dari badan guaman Sherpa di Paris yang berkhidmat tanpa bayaran bercadang untuk datang ke negara ini seminggu dua lagi bagi menjelaskan kedudukan dan perkembangan isu itu kepada Suaram, demikian menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel

Mahkamah Perancis telah menerima senarai saksi untuk disoal oleh peguam berkenaan berhubung kes rasuah itu. Mereka termasuklah Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi. Zahid nampaknya sudah menggunakan berbagai helah untuk menenangkan dirinya kerana takut dipanggil ke Perancis. Antara lain katanya kerajaan Perancis tidak berhak untuk memanggilnya ke sana.

Keyakinan ini berdasarkan kepada apa yang berlaku sebelum ini, peguam Bourdon yang pernah datang ke negara ini dan berucap di satu majlis makan malam di Pulau Pinang telah dihalau keluar kerana dianggap melakukan perbuatan menyalahi syarat-syarat lawatan ke negara ini. Penghalauan peguam Suaram itu menandakan kerajaan takut dengan apa yang sedang berlaku.

Makanya saya tidak fikir kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak akan berani memberi visa kerja kepada mereka kerana apa yang akan dilakukan nanti sedikit sebanyak ada kitan dengan perdana menteri itu. Membenarkan peguam itu masuk ke negara ini dan menjelaskan isu itu ia seolah-olah Najib meletakkan pisau di tengkok Rosmah.

Bagaimana pun tindakan tidak telus kerajaan dan cuba menghalang peguam itu menunjukkan pihak kerajaan termasuk Najib sendiri ada akses di dalam dakwaan berkenaan? [wm.kl.5:11 pm 22/05/12]

Sesudah Subuh

Rais Jangan Ukur Panjang Saja, Lilit Pun Kena Ukur Juga

Nampaknya si pembakar jambatan, Rais Yatim terus mencari alasan untuk menolak Bersih 3.0 dan cuba memperkecil-kecilkannya. Bukan saja untuk Bersih 3.0, Bersih 2 dulu pun beliau telah membuat arahan kepada pegawainya supaya membuat laporan negatif. Salah satu aspek ianya dari segi jumlah yang hadir pada himpunan berkenaan.

Kalau tidak silap (ada saya catat dalam blog) arahan diberikan Rais seperti mana didedahkan salah seorang pegawainya, Rais arah supaya laporan dibuat senegatif yang boleh. Angka kehadiran Bersih 2 yang disebut ketika itu sekitar 6,000 sahaja, walhal dalam hitungan rawak saya yang hadir sekitar 65,000 walaupun ada pihak mendakwa lebih 100,000.

Rais Jantan@Yatim
Kali ini hal yang sama berlaku. Rais sekali lagi menumpukan kepada jumlah yang hadir. Kali ini angka yang dikutip agak besar berbanding dengan Bersih 2 iaitu sebanyak 27,270 orang. Angka ini seperti spesifik dan tulen. Sumber itu dikutip Rais dari laporan Bernama? Apa itu Bernama? Iya adalah agensi kerajaan. Bernama maksudnya "Berita Nasional Malaysia", agensi rasmi kerajaan.

Untuk memperkuatkan hujah itu Rais memadankan dengan angka disebut oleh BBC iaitu sebanyak 25,000. Mungkin Rais meminta Bernama memberi angka saguhati kepada Bersih sebanyak 2,270 orang. Mungkin tambahan angka itu Rais mengutipnya dari Utusan Malaysia.

Menurut Rais angka itu lebih tepat daripada angka yang diperbesar-besar kan Anwar Ibrahim diuar negara. Menurut gemburan Anwar lebih 300,000 yang hadir pada himpunan Bersih 3.0. Rais mendakwa angka disebut itu dibuat melalui sistem blok fotografi dan bukan agak-agakan minda sahaja. Iya lebih tepat. Saya nak tanya apakah atau gambar manakah yang diukur dan apakah ia dibuat dari semua dimensi atau hanya di Jalan Raja saja. Rais kalau benar dan jujur jangan ukur dari sekeping gambar saja tetapi semua gambar. Dalam hal ini kalau hendak ukur jangan panjang saja, tetapi lilit pun kena ukur juga.

Biarlah Rais hendak kata apa dan memberi kredit berapa jumlah yang hadir. Tidak kisah. Dalam hal ini mungkin jumlah kehadiran tidak berapa penting, tetapi impak dari Bersih itu yang penting. Sampai hari ini topik Bersih belum dilupakan. Di mana-mana orang bercakap dan kejayaan itu menyebabkan ada yang mahu agar diadakan Bersih 4.0. Kalau Berih gagal kenapa kerajaan terus sibuk sampai menubuh panel penyiasat khas untuk menyiasat Bersih. Siasatan itu lebih terarah untuk mengambil tindakan ke atas penganjur Bersih.

Jika Bersih 3.0 tidak ada kesan dan membimbangkan UBN untuk apa ia disiasat. Tujuan siasatan ialah untuk menyekat acara itu di masa akan datang. Rakyat umum tahu akan maksud dan tujuan siasatan ini, apakah Rais bebal mengenainya. Tidak... kerana itu beliau cuba negatifkan Bersih dan cuba memberi gambaran dari berbagai sudut bahawa Bersih gagal.

Begitu juga dengan tukang kempen Umno sudah kehabisan akal sehingga diberi akal itu oleh Rais dengan memberi angka yang 'sebenar' yang menghadiri Bersih untuk berdepan dengan orang ramai. Usaha itu nampaknya gagal dan orang awam tidak mempercayai. Sebabnya mudah, gambaran akan jumlah kehadiran itu diberikan oleh tv dan media penjilat buntut, telah dipadam ataupun diperbetulkan oleh foto dan you tube bebas yang kini berselerakan dan tersebar luas dalam internet. Wartawan tidak bertauliah memberi laporan lebih jelas dan adil mengenai Bersih berbanding dengan wartawan yang menggantungkan kad media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia.

Inilah bahaya media baru kerana ia tidak dapat menyembunyikan sesuatu yang cuba disorot atau dipaling pontingkan cerita sebenar. Media baru akan menjawab pembohongan dan penipuan yang cuba dilakukan orang seperti Rais Yatim itu. Media baru tidak tolol dan 'bundak' seperti media penjilat buntut kerana media baru tidak ada tuan atau pun orang yang mengawal dan memegang tangan mereka dari menyatakan yang benar.

Sedikit tip untuk Rais kalau Umno masih terus mahu menipu rakyat dengan manipulasi berita oleh media usang, tutuplah kebebasan media baru ini. Selagi ia dibuka maka selama itulah Rais akan kehilangan akal, idea dan akan lengguh mulut untuk memusing cerita kepada rakyat. Cakap-cakap Rais hanya menghabiskan air liur saja.

Seperkara lagi kenapa Rais beriya-iya untuk membilang para himpunan Bersih. Kenapa tidak dikira juga berapa ramai yang hadir pada sambutan hari ulang tahun Umno 11 Mei lalu. Rais sepatutnya membetulkan angka di majlis itu bukannya Bersih. Berapakah yang telah di skan oleh Rais berdasarkan blok fotografi di stadium Bukit Jalil itu. Apakah kehadirannya sama ramai dengan penonton yang memenuhi stadium semasa perlawanan bola antara Kelantan dengan Same Darby?

Rasanya lebih baik kalau Rais memberi figure di stadium itu daripada memperkecilkan figure di himpunan Bersih. Tidak ada guna juga Rais menghitung jumlah mereka yang datang hendak duduk dan bantah tetapi tidak menghitung sama yang datang di stadium Bukit Jalil yang diangkut dengan bas dan lori termasuk juga kanak-kanak yang belum khatan. Ataupun kehadiran di Bukit Jalil tempoh hari tidak payah menggunakan apa-apa sistem untuk membilangnya kerana ia boleh dibilang dengan menggunakan kedua belah tangan dan kaki Rais serta memimjam sebelah tangan Mahathir Mohamad saja?

Ternyata tindakan Rais itu menggambarkan tindakan orang yang gelisah, yang resah dan yang bimbang. Kalau Umno khasnya Rais berada dalam keadaan selesa, beliau tidak kalut dengan jumlah himpunan Bersih. Beliau tidak payah kutip angka-angka dari laporan agensi yang dia terlebih dahulu mengajar melaporkan demikian. Dalam hal ini Rais menipu dirinya sendiri dua kali dalam satu masa. Apakah sifat itu sebagai bijaksana atau bodoh?

Apabila Rais terus bermain kata-kata dan cuba merendahkan Bersih dan mengurangkan rasa cemas rakyat dengan mengecilkan angka itu maka jelas sekali Umno ketakutan dan kehilangan akal untuk menjawab kepada rakyat. Paling jelas lagi yang Umno takut gara-gara Bersih yang berjaya dan gara-gara himpunan di Bukit Jalil tidak berjaya menyebabkan ketua Rais, Ha Najib Razak masih terkapai-kapai sama ada hendak membubar Parlimen atau pun tidak.

Buktinya... kalau Bersih tidak berkesan masakan akan ada senanam tungging punggung di hadapan rumah Ambiga oleh Melayu belum tamadun dan juga masakan ada orang yang bodoh berniaga burger di rumah Ambiga. Fahamlah kita kenapa orang Melayu rugi dalam perniagaan kerana mereka menjalankan aktiviti perniagaan sekecil dan mudah burger pun di tempat yang salah.  Ertinya kerugian yang didakwa sesetengah peniaga di Masjid India semasa Bersioh 3.0 dulu bukan kerana adanya demonstrasi itu tetapi kerana kebodohan mereka dalam perniagaan.

Semoga esok atau lusa Rais akan mengeluarkan perangkaan mengenai jumlah kerusi yang bakal diperolehi UBN dalam pilihan raya akan datang dan berapa buah negerikah yang akan dapat dimenangi UBN. Semoga... Bukankah begitu Mat, Mat mana? Mat Maslan lah siapa lagi. [wm.kl.6:47 am 22/05/12]

Monday, May 21, 2012

Singgungan Malam

Jangan Melampau Sokong Bola Sepak

Mungkin fikiran saya ini dianggap gelap atau kontras dengan pandangan orang lain mengenai bola sepak atau pun 'mania' bola sepak yang melanda rakyat negara ini. Iya, sukan itu baik tetapi sejauh mana kebaikannya perlu dikaji dan dinilai sepanjang masa dari berbagai-bagai sisi untuk memastikan dalam keseronokan itu ada manfaat dan keberkatannya.

Mengenai perkembangan bola sepak hari ini terutamanya yang dicapai oleh pasukan bola sepak Kelantan (Gedebe Merah) serta bagaimana rakyat Kelantan fanatik terhadapnya, pada saya tidak banyak membantu Kelantan seluruhnya sebagai sebuah negeri disenandungkan sebagai Serambi Makkah.

Pasukan Gedebe Merah sedang menerima medal dari Tengku Mahkota Kelantan.
Bola sepak hanya sebahagian hiburan dan riadah jiwa saja. Kemajuan bola sepak dicapai Kelantan - telah memenangi beberapa kejohanan yang tidak dicapai sebelum ini lebih kepada kejayaan peribadi seseorang saja bukan membawa erti kepada seluruh rakyat apa lagi kepada kerajaan Kelantan. Kerana bola sepak bukan projek mega kerajaan Kelantan.

Sokongan yang diberikan oleh kerajaan Kelantan baik berupa doa, material dan kemudahan-kemudahan lain termasuk menghapuskan hutang Kafa demi menunjukkan kerajaan Kelantan hari ini mesra rakyat dan mesra anak-anak muda sudah lumaya. Kerajaan Kelantan beriya menyokong bukan kerana dasar atau agenda utama kerajaan itu, tetapi untuk mengambil hati dan menjaga agar undi tidak akan lari dari parti itu.

Jadi apakah ertinya?

Nampaknya kerajaan Kelantan seperti juga presiden Kafa menjadikan bola sepak untuk modal lambung politiknya. Annuar terjun ke dunia bola sepak dengan memimpin Kafa untuk memulihkan imejnya yang tercalar dalam kerjaya sebagai orang politik. Dalam kata lain Annuar Musa menjadikan bola sepak sebagai suaka politik setelah dia terpenjara dalam beberapa kekalahan. Kalau beliau masih menjadi menteri, belum tentu dia membantu perkembangan bola sepak Kelantan. Apakah sebelum ini ada terlatas di telinga akan sumbangannya kepada bola sepak?

Penyertaan dan penglibatan Annuar bukan sia-sia. Dia seorang yang bijak dan tahu menggunakan kesempatan dari celah mana sahaja. Dalam industri bola sepak ini Annuar menyelam sambil minum air. Di samping dia mengharap mampu  menggilapkan atau meletakkan cahaya kepada dirinya. Dalam diam-diam dia juga mengaut untung di sebalik sukan itu. Tidak Annuar kalau apa-apa yang dilaksanakannya tanpa ada wang yang mengalirkan ke dalam poketnya.

Berkebetulan pula sentuhannya menjadi. Dalam tempoh tidak sampai 10 tahun perkembangan bola sepak Kelantan merangsangkan. Apakah kita mempersoalkan perkembangan itu sesuatu yang dibanggakan dan ada dalam agenda kerajaan? Kalau penglibatan dan komitmen kerajaan negeri dalam memberi sokongan kerana terpaksa bagi mengelakkan undi lari ia bukan ikhlas dan sesuatu yang mutlak. Mungkin sumbangan atau penglibatan Pas perlu difikirkan semula.

Apa yang perlu dikaji kerajaan Kelantan apakah manfaat yang kerajaan perolehi dari bola sepak. Baik dari sudut pembangunan fizikal dan juga pembangunan ummah. Maaf cakap, saya nampak budaya bola sepak lebih kurang budaya 'hendonisme' sahaja. Ia sudah bercampur antara riadah jiwa dengan riadah mata. Cuba perhatikan pakaian para penonton yang menjelekkan mata. Ada penyokong perempuan pakai baju tidak senonoh sampai nampak pusat pauh jangi. Apakah fenomena ini tidak memberi kesan negatif dan menyebabkan Pas tersangkut (bersubahat) sama dengan maksiat itu?

Kerajaan Kelantan nampaknya terleka dalam soal ini kerana dikejar bayang politik. Seruan dakwah, mendidik para penyokong tidak nyata di muka umum. Tidak ada kempen khas yang dilakukan oleh mana-mana sayap atau pun individu untuk membentuk masyarakat bola sepak yang murni dan menempati kehendak Islam. Wajar kalau mana-mana Ngo atau institusi kerajaan sendiri menyeru dan mengajak agar penyokong bersopan santun dan mengenakan pakaian yang menutup aurat semasa menonton bola sepak dan berusaha menghindarkan pergaulan lelaki dengan perempuan.

Di kesempatan ini saya hendak beri sedikit pandangan dan teguran berhubung cadangan Exco Abdul Fatah Mahmod yang akan berbincang dengan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memberi habuah kepada pasukan Gedebe Merah yang berjaya membawa pulang piala FA dalam tempoh 25 tahun.

Apakah beberapa habuan dan kemudahan disediakan sebelum ini tidak mencukupi? Saya rasa kerajaan Kelantan tidak wajar bermurah hati berlebih-lebihan dengan bolasepak. Masih banyak lagi pihak-pihak atau pun Ngo yang memerlukan bantuan dari kerajaan Kelantan. Tidak payah habuan untuk bola sampai 'berbeloh dan berbalik". Cukuplah sekali dua sahaja. Apakah kerajaan Kelantan perlu menyediakan habuah setiap kali gedebe merah menang.

Lagi pun dalam soal ini saya nampak seperti kerajaan Kelantan seakan menginding sahja, menjadikan hidung tak mancung pipi pula tersorong-sorong. Mengada-ngada. Kita saja yang suka-suka dan bermurah hati hendak memberi hadiah sedang orang berkenaan tidak pun berterima kasih. Apa salahnya kalau Annuar Musa bersama pemain menemui Nik Aziz dan membawa piala itu ke Kota Darul Naim barang seketika untuk digosok-gosok oleh Tok Guru? Hormatilah beliau sebagai Menteri Besar bukan sebagai Mursyidul Am Pas?  

Begitu juga kalau pun untuk tarik undi dan memberi kegembiraan kepada anak-anak muda yang meminati bola sepak, tidak perlu sampai memberi habuah untuk galakan demikian rupa. Fatah atau kerajaan Kelantan kena faham bola sepak betapa pun maju ia tidak memberi tempias hasil kejayaan kepada pihak lain.

Lagipun gedebe merah bukan sebuah pasukan negeri tetapi tidak lebih dari sebuah kelab. Sebab itu bagi saya mereka yang melonjak-lonjak kegembiraan kerana kemenangan gedebe merah sebenarnya mereka tertipu kerana pasukan itu adalah hak semua peminat dan bukan bersifat hak milik kerajaan dan rakyat Kelantan.

Kesimpulannya habuan untuk para perminan cukuplah seperti mana dijanjikan Annuar Musa yang akan menyerahkan RM500,000 untuk para pemain dan selebihnya untuk mereka pergi bercuti. Ingat buat baik berpada-padah buat jahat jangan sekali. Perhatikan masih banyak institusi lain ataupun pondok-pondok tradisi yang masih memerlukan bantuan kewangan. Hendaknya jangan Tok Guru begitu mudah meluluskan peruntukkan untuk gedebe merah, lainlah kalau peruntukan itu dari potfolio Fatah. [wm.kl.7:59 pm 21/05/12]

Analisa Isu

Rahim Nor Mungkin Cadang
Tangkap Anwar Ibrahim

[kemaskini] Provokasi berterusan dan konotasi buruk oleh bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor terhadap Bersih memberi petanda-petanda awal beliau akan bertindak lebih jauh dari panel penyiasat Bersih. Cara beliau mengomen dan memberi pandangan berhubung himpunan Bersih dilihat sebagai 'penyambungan' tugas beliau sebagai Ketua Polis Negara.

Rahim Mohd Nor
Banyak komen beliau mengenai Bersih dipertikaikan dan campur tangan beliau dilihat tidak revelan.  Sebelum ini orang sudah tahu dan masih ingat macam mana beliau berusaha keras mengikut kehendak dan arahan pihak tertentu dengan membelakangkan semangat dan profesional polis apabila beliau melakukan kekejaman kepada bekas TPM Anwar Ibrahim.

Ekoran pendedahan suruhanjaya di raja yang menyiasat mengenai insiden mata lebam dialami Anwar terdedah di pelakunya buruk dan sadis Rahim. Pendedahan itu sungguh memalukan Rahim dan maruahnya sebagai KPN terjejas. Pasukan polis di raja Malaysia juga tercermar.

Penangkapan Anwar waktu itu ada hubung kait dengan konspirasi untuk meleburkan kerjaya politik Anwar. Tindakan Rahim menangkap kemudian menumbuk mata Anwar semasa dalam tahanan polis dengan kedua belah tangannya digari tidak menyelesaikan masalah, perkiraan Rahim bahawa dengan tumbukan itu Anwar akan 'mati' tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya Anwar menjadi lebih segar dengan tumbukan Rahim itu. Tumbukan itu menyuntik semangat dan nekad waja kepada Anwar. Tumbukan itu juga menyebabkan keadaan Umno huhuhara dan akhirnya kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen.

Rahim perlu bertanggungjawab dan perlu menebusnya. Satu-satu cara untuk menebus dosanya kepada Umno ialah mengekangkan kemaraan Anwar yang semakin gila disambut rakyat hari ini.

Apabila Rahim melakukan kekejaman ke atas Anwar dengan harapan Anwar akan kojol dalam politik, tetapi jadi sebalilknya, Rahim harus merasa malu. Beliau sepatutnya meletak jawatan lebih awal demi menjaga maruah dan reputasi polis. Tidak boleh dinafikan perosak maruah dan imej polis negara ini ialah Rahim.

Kini tugasnya disambung dengan membuat kenyataan-kenyataan palsu bersifat perkauman dan jahat mengenai Bersih 3.0. Rahim berharap dengan kenyataan dan maklumat kononnya sulit diperolehi itu akan mempengaruhi panel penyiasat Bersih diketui seorang lagi bekas KPN Hanif Omar. Hanif  boleh membuat rumusan dan dapatan-dapatan mengenai Bersih. Beliau juga boleh mencadangkan apa-apa tindakan wajar dan tidak masuk akal. Tektik dan strategi jahat polis yang selalu digunakan untuk menangkap orang tanpa bukti boleh digunapakai, dan Hishmauddin Hussein akan merestuinya asalkan ia boleh menyelamatkan Umno.

Sudah dapat dibayangkan apakah tindakan diingini. Dia sudah pun mula membuat provokasi dan andaian-andaian yang busuk yang membolehkan beliau membuat kesimpulan khianat untuk mempengaruhi  siasatan. Percayalah usaha Umno untuk menawan hati rakyat dan transformasi dilakukan Najib akan hancur apabila pendekatan dan tindakan mengekang pembangkang dilakukan mengikut cara dan otak lapok polis cara Rahim.

Tidak dapat dipastikan apakah kerajaan telah berbincang dengan KPN Ismail Omar sebelum melantik Hanif Omar?  Rasanya tidak? Sewajarnya kalau pihak kerajaan terlebih dahului bertanya Ismail untuk mengelakkan timbul implikasi lain kerana umum tahu mengenai latar belakang Hanif dan juga hubungkait dengan bekas pemimpin sebelum ini

Cadangan atau pun tuduhan mengatakan Bersih ada rancangan untuk melakukan pertumpahan darah adalah bahaya dan ia merupakan tuduhan lebih dahsyat dari hasutan. Kata Rahim dia ada maklumat perkara itu digerakkan oleh individu yang ada rekod buruk. Siapa dia? Tektik Rahim membuat provokasi itu untuk menarik perhatian panel penyiasat.

Kenapa Rahim berkata begitu?  Dalam hal ini Rahim merendahkan minda politik pembangkang dan memberi konotasi pembangkang sebagai jahat dan tidak tamadun serta sedia melakukan keganasan untuk mendapatkan kuasa. Rahim lupa beberapa keganasan yang meletus di tempat-tempat ceramah hari ini adalah perbuatan siapa? Kalau Rahim ikhlas beliau harus siasat segala kejadian itu dulu sebelum membelokkan jarinya ke arah lain.

Saya tidak terkejut selepas selesai siasatan ke atas Bersih, panel itu khususnya ketunya Hanif  akan mencadangkan kepada kerajaan agar menahan dan menangkap individu tertentu termasuk pemimpin Bersih dan pembangkang. Undang-undang pencegahan khas yang baru diluluskan bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh diguna pakai dan ditry. Apabila dua orang bekas KPN bergabung tenaga ia boleh mengelirukan orang ramai dengan menganggap dakwaan mereka benar kerana mereka adalah bekas KPN.

Lama sebelum ini bila bercakap fasal bila pilihan raya akan diadakan, saya meramalkan parlimen dibubarkan apabila Anwar ditolak masuk ke penjara. Apakah dengan campur tangan Rahim dalam usaha menyelamat kapal UBN yang hampir karam ini menyebabkan Anwar akan ditangkap? [wm.kl.10:49 am 21/05/12]

Sunday, May 20, 2012

Kegiatan Setempat

Majlis Himpunan Anak Pasir Mas Hambar

Majlis  pertemuan anak-anak Pasir Mas di rantauan dengan para pemimpin parti peringkat Pasir Mas dan negeri yang berlangsung di Seksyen 7, Shah Alam petang tadi paling hambar dan tidak berjaya berbanding dengan siri-siri pertemuan seumpama itu sebelum ini.

Semasa saya sampai sekitar jam 3:30 petang, di mana majlis sudah dijadualkan bermula tidak sampai 100 orang yang berada di situ. Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob dan pimpinan Pas Pasir Mas sudah pun tiba dan terpaksa menunggu ketibaan orang ramai. Melihat kepada baju (uniform) sebahagian yang ada ketika itu saya percaya mereka adalah petugas parti yang datang khas dari Pasir Mas.

 Ahmad Yaacob (dua dari kiri) bersama pimpinan Pas Pasir Mas.
Sehinggalah acara hendak dimulakan, untuk mendengar amanat dan pesanan dari pemimpin, dewan MBSA yang boleh memuatkan kira-kira 500 orang masih kosong. Pemandangan sungguh menyedih dan memalukan.

Apakah kelemban majlis itu disebabkan anak-anak Pasir Mas yang berada di Lembah Kelang masih keletihan kerana menonton perlawanan akhir piala FA yang mana dimenangi Kelantan malam tadi?

Majlis lambat bermula kerana kehadiran yang miskin.
Atau kerana lokasi majlis itu agak terlalu jauh dari 'jelumu' orang Kelantan. Selalunya majlis pertemuan dengan anak-anak Kelantan di perantau diadakan di sekitar Gombak, Puchung atau di pinggir Kuala Lumpur. Jika faktor lokasi menyebabkan majlis itu hambar, ia menjelaskan bahawa pihak yang mengurus majlis itu tidak begitu cekap.
Abdul Hamid (tengah) bergambar bersama Rozi dan Hanifa.
Selalunya majlis pertemuan sebegitu ia diuruskan oleh Persatuan Anak Kelantan Diperantauan (Perakan). Apakah kerana tidak ada kerjasama Perkan menjadikan pertemuan semalam hambar. Kalaulah suasana di majlis itu diketahui Inchek Ibrahim Ali tentu akan diketawakannya.

Seperkara lagi dalam perhatian saya jemputan untuk memeriahkan majlis itu tidak menyeluruh. Semacam ada sebotaj. Paling ketara tidak ada jemputan untuk ahli-ahli PKR yang berasal dari Pasir Mas. Khabarnya ketua cabang PKR Pasir Mas, Dr Wan Suhaimi Wan Daud juga tidak diberi tahu. Ini tidak sepatutnya terjadi sekiranya majlis itu untuk merapatkan silaturahim, Pas Pasir Mas tidak wajar bersikap pesimis kepada sesiapa pun.

Apa salahnya kalau majlis bertujuan memupukkan semangat kekitaan bagi persediaan menghadapi pilihan raya umum itu ikut sama mengundang ahli-ahli PKR?  Rasa tidak berdosa. Apa yang dilakukan oleh Pas Kawasan Tumpat semasa mengadakan majlis sama turut menjemput ahli-ahli PKR wajar dicontohi.

Saya anggap ini kejanggalan ini tidak disengajakan dan mungkin satu kealpaan. Mungkin dalam majlis-majlis lain dianjurkan Pas ia tidak akan meninggalkan PKR. Pas Pasir Mas terutamanya Yang Dipertuanya Hanifa Ahmad jangan merasakan PKR Pasir Mas hanya melukut di hujung gantang. Perlu diingati mesikpun ia melukut yang tidak mengurang dan mengenapkan gantang, namun kehadirannya di hujung badang akan menambahkan kesenian dalam menapi beras untuk ditanak.

Semua pimpinan Pas Pasir Mas turut hadir termasuk Abdul Halim Abdul Rahman (Adun Chetok), Penyelia Dun Tendong Rozi Mohamad, bekas penyelia Dun Tendong Abdul Hamid Aziz, Ketua Penerangan Zuhairin dan lain-lain. [wm.kl.8:32 am 21/05/12]

Susupan Malam

Sokong Royalti Minyak Untuk Kelantan Gimik Annuar

Macam seperti satu kejutan pula kepada orang Kelantan apabila Annuar Musa tiba-tiba menurun tanda tangan atas banner yang menuntut agar royalti minyak dikembali kepada rakyat Kelantan. Tindakan Annuar itu pun menjadi perhatian dan dilaporan sebagai berita yang menakjubkan. Maka orang-orang Kelantan yang dahaga royalti minyak dan sudah berjuang dengan sebahagian rakyat Kelantan menuntut royalti itu pun suka dan senyum sampai ke pipi.
Annuar menandatangani banner. Foto: Zamani.

Tanpa mengetahui apakah motif di sebalik tindakan Annuar itu ramai yang memuji Annuar. Ada yang nampak Annuar sebagai bersemangat Kelantan dan bersimpati dengan rakyat Kelantan. Itulah pandangan tanpa melihat menggunakan kanta mata politik. Tetapi bagi mereka yang matanya tidak disaluti selumbar atau selaput akan merasakan tindakan Annuar itu tidak lebih dari satu gimik murahan saja. Ia kerja orang yang tidak ada kerja sahaja atau pun frustasi.

Kenapa saya kata begitu, kempen untuk mendapatkan royalti minyak sudah lama dijalankan oleh rakyat Kelantan. Sampai Tengku Razaleigh Hamzah pun ikut sama menyokong tindak tanduk dan perjuangan rakyat Kelantan itu. Isu itu sudah pun sampai ke mahkamah. Husam Musa sudah pun membawanya ke mahkamah dan mungkin selepas ini ke mahkamah timbang taraf dunia pula kerana untuk mendapatkan royalti berkenaan yang jelas ianya hak dan kepunyaan rakyat Kelantan.

Tetapi apakah reaksi Annuar sebelum ini? Memang Annuar tidak membantah atau cuba mengalihkan cerita fasal royalti seperti Awang Adek Hussein, tetapi Annuar tidak pun berkata apa-apa mengenainya. Sokong pun tidak, tidak sokong pun tidak. Annura jadi macam lalat kena ridsect. 

Bagaimana pun orang kanannya yang juga timbalannya dan sahabat selubang dan sepermainan dengannya Mohammad Alwi Che Ahmad, ada komen fasal royalti. Alwi bersetuju kerajaan Kelantan membawa isu royalti ke mahkamah kerana dia menganggap keputusannya nanti akan berpihak kepada kerajaan Pusat. Cara Alwi menyokong itu bukan mengharap wang royalti itu diberikan kepada Kelantan tetapi biar mahkamah menghentikan polimek mengenai perkara itu.

Kalau Annuar Musa jujur dan benar-benar prihatin kepada rakyat Kelantan, beliau sepatutnya tidak menanda tangani mendesak royalti itu semalam, tetapi lama sebelum ini. Dia harus bangkit memperjuangkan bersama rakyat, Tengku Razaleigh dan rakyat Kelantan awal-awal lagi. Beliau patut minta laluan untuk naik ke pentas bersama Pas dan Tengku Razaleigh membuat desakan kepada kerajaan. Dan bial setiap kali Najib Razak mengadakan lawatan ke Kelantan Annuar perlu menyuarakan perkara itu. Tetapi kenapa tidak?

Makanya, saya ulangi makanya kesudian Annuar Musa mencemar tangan menanda tangani mendesak royalti itu sesudah beliau kini sudah tidak ada kuasa dalam Umno. Sesudah tidak menjadi menteri, sesudah tidak menjadi pengerusi perhubungan Umno Kelantan, sesudah tidak menjadi wakil rakyat dan juga sesudah digantung dua tahun setengah oleh FAM.

Sikap atau pun kersedaran terdesak itu biasa berlaku kepada orang Umno. Selepas mereka tua, habis modal dan bisa tidak dapat merancuni pemimpin Umno mula mereka berlegar ke halaman Pas. Menyertai Pas dengan membero seribu janji. Tetapi bila kehendak dan apa yang mereka idamkan tidak tercapai mulalah mereka akan 'mentok' - berona.

Berbalik kes Annuar kenapa masa beliau ada kuasa, beliau tidak mendesak semua itu. Saya malas hendak mengulas dan memberi jawaban, mungkin kita semua tahu apakah sebab musababnya. Jadi kemurahan hati Annnuar menanda tangani banner desakan itu bersama lebih 20,000 rakyat Kelantan di perkarangan stadium Bukit Jalil semalam untuk menarik perhatian dan simpati sahaja. Beliau hendak tunjuk beliau bersama rakyat demi Kelantan. Kelabaan yang diperolehinya beliau akan dianggap berjiwa rakyat dan bersama rakyat. Itu sahaja. Air mata yang ditumpahkan kini adalah air mata buaya selepas dirinya tiada apa-apa kuasa.

Oleh itu rakyat Kelantan janganlah mengharap apa-apa budi dan bakti dari Annuar untuk rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan boleh terima dia adalah pengurus bola sepak yang baik tetapi bukan seorang ahli politik yang ikhlas.

Buktinya selama lebih 22 tahun beliau menjadi pemimpin nombor dua Umno Kelantan, beliau tidak pun berusaha tetapi menyekat dan menghalang apa-apa projek ke Kelantan. Sebenarnya amalan dan budaya yang dipraktikkan Annuar selama ini masih berterusan di Kelantan.

Sama sepertai Annuar memimpin bola sepak Kelantan begitu juga tanda tanganninya menuntut royalti minyak itu tidak ikhlas. Ia hanya umpan plastik uantuk mengait mulut ikan sahaja. Mana-mana ikan yang tiada pengalaman dan suka barang palsu akan bertepok tangan dan gembira atas tindakan Annuar. [wm.kl.6:14 pm 20/05/12]