Sunday, June 10, 2012

Ulasan Tengahari PTPTN

Pembekuan Dan Penarikan PTPTN Serlah Kedangkalan Pemimpin UBN

Isu politik paling panas, paling bodoh sehari dua ini ialah isu pembekuan pinjaman PTPTN kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel). Agak terlambat untuk saya mengulas isu ini tetapi kerana ia penting biarlah saya memberi sedikit pandangan sebagai melengkapkan blog ini.

Semasa dalam perjalanan ke Jeli petang kelmarin dulu wartawan akhbar China Oriental telah menghubungi saya minta komen mengenai isu berkenaan. Tidak pasti apakah komen saya itu disiarkan atau tidak kerana saya tidak membaca akhbar Cina itu.

Pembeku PTPTN Ismail
Wartawan itu minta pandangan saya mengenai tindakan Pengerusi PTPTN Ismail Mohamed Said yang mengumumkan perkara itu di mana tindakan mendapat sokongan menteri pengajian tinggi Khalid Nordin dan juga menteri pelajaran merangkap TPM, Udin anak Yassin.

Saya percaya Ismail membuat pengumuman membekukan pinjaman itu sesudah merujuk kepada menteri dan TPM itu atau atas arahan menteri. Kata Khalid Nordin pembekuan itu untuk menguji sejauh mana kerajaan Selangor dapat membela dan membantu pelajar universiti berkenaan. Kenapa Unisel dijadikan mangsa kerana universiti itu berada di bawah bidang kuasa kerajaan Selangor.

Saya yakin itu itu musthail kalau ianya hanya pandai-pandai Ismail saja. Walaupun intelektual politik Ismail tidak setinggi mana tetapi dia tidak tergamak untuk menganiaya pelajar Unisel dengan membekukan pinjaman itu. Saya percaya ia adalah idea Udin anak Yassin bersama Khalid Nordin sama. Dua-dua orang Johor.

Kononnya tindakan itu hendak mengajar kerajaan Selangor dibawa pimpinan Khalid Ibrahim dari PKR yang mahu mansuhkan tabung pendidikan berkenaan dan diganti dengan kaedah lain. Menteri mahu kerajaan Selangor terngangga dengan tindakan itu. Bagaimana pun tindakan itu atas apa juga maksud dan tujuan ia satu tindakan diluar perikemanusiaan dan peri politik orang Melayu yang disinonimkan bersendikan adat dan agama.

Berkaitan pertanyaan wartawan akhbar China Oriental itu saya menjawab begini; tindakan itu saya sifatkan tindakan tidak tamadun dan politik bodoh. Tahap bodohnya lebih teruk daripada lembu laki Sharizat yang memelihara lembu di kondominum. Tidak sepatutnya PTPTN dijadikan modal politik murahan. Adalah sangat kohong kalau pendidikan dilacurkan untuk kepentingan politik. Perbuatan itu sebenarnya dari segi moralnya lebuh teruk dari liwat dan 'mengecung' orang.

Saya jelaskan tindakan itu tidak akan berjaya. Kerajaan Selangor tidak akan tertekan. Kalau pun bantuan dan pinjaman itu tidak diberikan, kerajaan Selangor ada idea dan ikhtiar lain untuk membantu para pelajarnya. Kerajaan Selangor nboleh mengcairkan beberapa asetnya untuk membantu pelajar dan dunia pendidikan. Makanya isunya di sini bukan soal mampau atau tidak apakah ia wajar diperlakukan begitu.

Tindakan ini saya anggap sebagai gambaran keadaan kehilangan akal para pemimpin Umno. Kalau para pemimpinya masih waras mereka tidak akan tergamak membekukan pinjaman itu walaupun atas tujuan untuk menguji atau pun hendak mengajar kerajaan Selangor. Tidak mustahil kalau menteri pengangkutan dan perdagangan pula selepas mengumumkan agar mana-mana orang tidak suka dan menantang UBN tidak dibenarkan menggunakan jalan raya. Tidak mustahil akan berlaku bila tahap politik sudah menjadi 'mumut'.

Wartawan itu juga bertanya pandangan saya, sejauh manakah benarnya dakwaan dan kebimbangan kerajaan UBN kalau PTPTN dimansuhkan negeri akan bankrup. Saya jawab biarlah kalau negara bankrup kerana wang yang membankrupkan negara itu untuk kepentingan pendidikan rakyat negara ini juga. Tidak sia-sia kalau wang itu habis asalkan rakyat mendapat ilmu. Dengan ilmu yang mereka perolehi hasil bantuan kerajaan itu juga nanti mereka akan membela negara ini.

Wartawan itu juga tanya disegi implikasi politik kepada UBN. Saya jawab ia tidak memberi kelabaan kepada UBN. Pertama orang akan marah apabila UBN mempolitikkan isu untuk kepentingan mereka. Pendidikan, kesihatan, pertahanan, makanan, air dan sebagainya adalah modal asal yang menjadi milik semua rakyat. Jadi jangan perdagangkan ini semua kalau anda tidak mahu dibenci rakyat.

Akhirnya kerana tekanan dan dimarahi oleh semua orang termasuk pelajar Unisel dan juga Ketua Pemuda Umn0 pembekuan itu ditarik balik. Penarik balik ini sekali lagi meletakkan pemimpin UBN khasnya Udin anak Yassin, Khalid Nordin dan Ismail Mohamad Said orang yang tidak mempunyai prinsip dan kredibiliti. Orang boleh menilai setinggi mana nilai dan juga daya politik mereka.

Tarik atau tidak apabila UBN telah mengemukakan cadangan itu menyebabkan rakyat tahu bahawa serendah itu pemikiran pemimpin kerajaan UBN dan jelas mereka bangsa yang cemburu, dengki dan dendam dengan rakyat.

Natijah besarnya tindakan politik dangkal itu menguntungkan pihak pembangkang. Sudah pasti pelajr yang merasakan mereka menjadi mangsa dengan tindakan acah-acahan itu akan menganggap pembangkang dan orang yang menentang tindakan pembekuan itu sebagai hero mereka. Selamanya mereka akan berterima kasih dan menyokong hero dan wira itu. Jadi di sini yang terngangga sehingga mulut dimasuki lalat dan langau ialah para pemain politik yang tolol dan bangang itu seperti Ismail, Udin dan Khalid itu. [wm.kl. 12:52 t/hari 10/06/12]

Saturday, June 9, 2012

Ulasan Isu


 Gara-Gara Cepelat Mulut
Udin Anak Yassin Kini Diserang Tebuan

Kata orang tua-tua jangan usik sarang tebuan kalau tidak mahu menerima bahananya. Tindakan Udin anak Yassin yang cuba menambah dosa dan menyusahkan Anwar memburukkan bekas TPM Anwar Ibrahim nampaknya telah terbalik terkena ke batang hidungnya hari ini apabila Anwar menyatakan kesediaannya untuk mendedahkan butiran akaun bagi menjawab persoalan ditimbulkan Udin anak Yassin.

Udin anak Yassin
Udin anak Yassin meminta Anwar mengulas mengenai dakwaan yang dilemparkan ke atas Anwar 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai sebanyak RM3 billion. Tindakan Udin membangkitkan perkara yang sudah selesai dan berlalu 13 tahun itu dilihat sebagai orang tidak ada modal untuk membaja lobak sanggup mengguna tahi sendiri sebagai pupuk. 

Tindakan itu juga menunjukkan Udin anak Yassin terdesak seperti mana Ha Najib Razak yang sudah hilang akal dan ketandusan idea untuk menguburkan Anwar. Hakikat Najib dan Udin hilang akal jelas apabila mereka sudah pening memikirkan macam mana untuk berdepan dengan rakyat. Kekaburan tarikh atau tempoh membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan menunjukkan akan kepeningan mereka berdua ini.

Anwar Ibrahim: Ketawa.
Makanya untuk menghadirkan satu keadaan yang agak selesa kepada mereka (UBN), jadi terpaksa dibangkitkan perkara itu kandati pun ia sudah lama dilupakan dunia dan berbau hanyir macam kudis malam. Rakyat dan orang ramai sudah pun hadam dengan isu berkenaan. Cara ketandusan dan kehilangan akal politik itu menyebabkan situasi Udin anak Yassin kini seolah orang yang jatuh menjadi papakedana tetapi terpaksa memakai semula baju dan seluar lama yang sudah dicampak ke dinding sebelum ini.

Rakyat sudah bijak di dalam hal ini. Perkara lama yang sudah selesai atau dianggap selesai tidak wajar ditimbulkan lagi. Cara Udin anak Yassin juga tidak gentleman. Kalau gentleman dia tidak akan tergamak untuk membangkitkan isu berkenaan. Di pihak PKR juga banyak menyimpan isu-isu lama yang masih relevan untuk dibangkitkan bagi memburukkan seseorang. Tetapi politik PKR gentleman tidak mahu membawa keluar sesuatu yang sudah dikafan dan dimasukkan ke dalam kubur.

Apa yang menimpa Mahathir, Najib malahan Udin sendiri misalnya boleh diungkitkan dan tetap relevan. Skandal BMF yang menelan dan melenyapkan wang sebanyak RM52 billion  (tolong betulkan kalau tak betul), boleh dibangkitkan. Skandal ini menyebabkan kehilangan nyawa dibiarkan begitu saja. Mahathir tidak boleh melepas tangan begitu saja kerana dia adalah PM. Tetapi kenapa tidak ditimbulkan? Kenapa dalam skandal ini seolah ia tidak terpias sedikitpun kepada Mahathir? Licik.

Begitu juga mengenai kelemahan Najib semasa menjadi MB Pahang tahun 80-an dulu. Gara-gara kelemahan, rasuah dan amalan kronisme kerajaan Pahang rugi berbillion ringgit. Beberapa buah anak  syarikat SEDC Pahang terpaksa ditutup dan lingkup. Tetapi Pakatan Rakyat tidak mengungkitkan kerana melihat itu semua isu lama. Kerugian negeri Pahang itu tidak ada kena mengena dengan status Najib sebagai PM hari ini.

Demikian juga Udin anak Yassin sendiri semasa menjadi MB Johor dulu telah menyebabkan banyak hartanah Johor melayang ke tangan Cina Singapura. Beribu hektar tanah rezab Melayu menjadi milik konglomerat Singapura. Kalau hendak dibangkit berlori isu yang boleh menceritakan kelemahan dan kegagalan serta penyelewengan Udin anak Yassin. Begitu juga cerita seorang rombongan belia semasa Udin menjadi Menteri Belia dulu... mengenai ada perbuatan menjolok mata Udin anak Yassin di atas kapal dengan seorang beliawanis? Kalau isu-isu cemar dan jijik ini hendak diungkitkan ia boleh diungkitkan.

Tetapi pihak Pakatan Rakyat tidak sebusuk dan seburuk Udin sanggp mendedahkan apa saja demi survive politik.

Apabila Udin membangkitkan isu itu - meminta Anwar membuat penjelasan saya dapat rasakan dari mana idea yang dikutip dan dipungut Udin itu. Fitnah kononnya Anwar memiliki aset dan wang tunai sebanyak RM3 billion itu adalah isu didalangi oleh Mahathir Mohamad. Mahathir semasa berdepan dengan serangan Anwar 13 tahun lalu (pemecatan Anwar dari Umno atas motif politik) kehilangan punca sehingga menggunakan apa saja isu untuk mematikan Anwar termasuk mengaitkan Anwar memiliki wang.

Apabila tiba-tiba Udin anak Yassin respon kepada isu itu, yang baru diungkitkan oleh betina sundal dalam tv baru-baru ini, saya cukup percaya apa yang Udin anak Yassin luahkan itu atas nasihat Mahathir. Atau Udin sendiri sekongkol dengan betina sundal itu? Isu kononnya Anwar memiliki aset sebanyak itu adalah idea Mahathir dan dipertikaikan oleh betina sundal. Sepatutnya perkara ini sudah pun selesai apabila orang yang membuat kenyataan memburuk Anwar itu sendiri sudah mengaku apa sebenarnya yang berlaku.
Apa yang saya diberi tahu orang yang membuat kenyataan akhbar mengaitkan Anwar itu telah diarah oleh Mahathir berbuat demikian. Orang ini katanya telah menceritakan segala-galanya kepada Anwar Ibrahim dan beliau meminta maaf kepada Anwar atas apa yang berlaku. Jadi bagi Anwar seorang pemaaf jauh sekali berdendam mendiamkan saja apabila orang berkenaan telah memohon maaf.

Menurut orang mendengar cerita itu menuturkan kepada saya, macam mana orang itu diperangkap atau menjadi hamba kepada Mahathir. Semasa Mahathir hilang akal untuk mendapatkan senjata bagi 'membunuh' Anwar selapas Anwar bangkit menjadi Jebat Derhaka bersama rakyat, Mahathir memanggil orang itu ke dalam biliknya. Dia tidak bercakap apa-apa dan hanya menulis di atas sekeping kertas kira-kira berbunyi begini; selesaikan perkara RM3 billion. Kertas nota itu katanya masih dalam simpanan orang itu dan tidak diklasifikasikan sebagai bahan OSA.

Selepas keluar dari bilik PM orang berkenaan terus membuat kenyataan akhbar yang mengaitkan wang RM3 billion dengan Anwar Ibrahim. Anwar dan semua para hulubangnya ketika itu yang kini menjadi babi perut labuh dan kerbau rabit hidung membela Anwar, menjelaskan bagaimana pembohongan fitnah berkenaan. Hasilnya semua orang faham isu RM3 billion itu. Entahlah mungkin babi dan lembu itu akan mengubah fikiran pula bila tersepak sen dan ringgit.

Apabila hari ini Udin anak Yassin, seperti terkena sentakan ekor biawak mengulas semula, ia menampakkan Udin, Najib dan Mahathir terdesak dan kehilangan akal sehinggakan sanggup menggunakan isu yang sudah lapuk itu. Mudah saja kalau isu ini hidup dan ada kebenaran kenapa dalam tempoh 13 tahun lalu tidak didakwa Anwar. Kenapa? Rasanya lembu gemuk laki Sharizat juga faham mengenai perkara ini. Adalah mustahil pula kalau Udin anak Yassin lebih dungu dari lembu.

Berbalik kepada persoalan pokok tadi mengenai cabaran Anwar kepada Udin anak Yassin. Udin kena dedahkan akaun peribadinya terlebih dahulu sebelum Anwar berbuat demikian. Atau apakah Udin berani memikul risiko menyahut cabaran itu? Bolehkah Udin mengemukakan penyataan kewangan milik peribadinya? Udin tidak boleh mengelak dan jauh untuk menyesal. Kerana mulut 'cepelat' akhirnya akan merosakan badan.

Saya dan orang ramai tunggu apa yang akan dilakukan Udin anak Yassin selepas ini. Kalau dia berdolak dalik dan terus bungkam dengan cabaran Anwar itu maka jelas Udin tidak lebih daripada tenggiling selsema yang akan menyorot bawah batang buruk bila terkejutkan anak harimau terbatuk. [wm.kl.8:59 09/06/12]

30 Ribu Di Ketereh
Siapa Yang Tidak Boleh Tidur?

Saya tidak dapat pasti siapakah di antara tiga orang ini; Abdul Aziz Kadir, Annuar Musa dan Mohamad Alwi Che Ahmad yang tidak dapat tidur malam tadi. Apakah ahli parlimen Ketereh Abdul Aziz Kadir atau dua bekas ahli parlimen sama, Annuar Musa dan Mohamad Alwi Che Ahmad yang tidak dapat tidur?

Kenapa sampai begitu sekali? Ini gara-gara sambutan dan kehangatan ceramah yang diadakan di padang Majlis Daerah Ketereh malam tadi yang dihadiri hampir 30,000 orang. Majlis malam tadi adalah terhebat di antara beberapa majlis yang diadakan di dalam kawasan Parlimen Ketereh sebelum ini.

Antara pemimpin utama PKR yang hadi malam tadi.
Kehadiran malam tadi dianggap sebagai terhebat dan panas sekaligus menyerlahkan sokongan kepada pihak yang menganjur. Ceramah malam tadi yang dikira canggih kerana peralatan, skrin dan PA sistemnya dibawa khas dari Kuala Lumpur dianjurkan oleh PKR dan Pas Ketereh. Mutu peralatan (sound sistem) PKR kini sudah setanding dengan peralatan UBN. Apakah ini menandakan PKR benar-benar sedia untuk mengganti Umno bersama Pas dan DAP?

Sebahagian hampir 30 ribu yang hadir.
Penceramah utama malam tadi ialah Anwar Ibrahim. Selain itu ia menampilkan Serikandi PKR Aishah. Turut menyampaikan cermah Aziz Kadir, Mohd Rafizi Ramli orang menjadi sebutan oleh khalayak kini selepas membelash 4-2 ke atas Ketua Pemuda Umno tidak berjawatan Khairy Jamaluddin dalam debat PTPTN beberapa minggu lepas.

Sewaktu saya tiba Rafizi sudah pun selesai menyampaikan ceramah kerana bergegas ke satu lagi lokasi di Rantau Panjang.

Benar seperti kata Mahathir jumlah kedatangan tidak mencerminkan undi. Tetapi biasanya jumlah kehadiran di tempat majlis-majlis anjuran parti tidak kira parti mana itulah membayangkan sokongan kepada sesuatu pihak. Apakah Umno mampu mengajak orang seramai itu melalui ceramahnya? Melihat kepada mereka yang hadir ia menunjukkan lebih 80% adalah orang tempatan merupakan pengundi dalam parlimen Ketereh yang meliputi tiga kawasan Dun, Kok Lanas, Kadok dan Melor.

Khalayak malam tadi secara automatik memberi jaminan atau memberi petunjuk baik kepada tiga Dun berkenaan asalkan ada pertukaran wakil rakyat terutamanya di kerusi Melor.

Tidak mungkin jumlah itu ditokok oleh orang ramai dari Pasir Puteh, Machang, Bachok, Pasir Mas atau Rantau Panjang. Kerana di kawasan-kawasan itu juga diadakan ceramah. Berdasarkan hakikat itu dapat disimpulkan yang hadir itu adalah rata-rata orang Ketereh.

Berdasarkan kehadiran dan kehagatan itu Abdul Aziz Kadir yang juga Pengerusi PKR Kelantan boleh tarik nafas lega. Walaupun ada 'qoul' mengatakan pengaruh Aziz dan PKR di Ketereh agak lema kerana ketiadaan wang untuk menggerakan aktiviti di Ketereh tetapi dakwaan itu tidak menjadi kebenaran. Wang nampaknya tidak menjadi masalah. Mereka yang hadir itu tidak memikirkan wang tetapi lebih kepada keperluan untuk mengekalkan pemerintah kerajaan Kelantan dan menumbangkan kerajaan UBN peringkat pusat. Kalau kedudukan Aziz di Ketereh bermasalah sambutan mungkin tidak sehebat itu.

Katanya mereka berdua sedang berebut uri di Ketereh?
Demikian juga jika wang jadi pilihan sudah tentu padang majlis Ketereh kosong atau lenggang. Jika pemberian wang BR1M RM500 atau segala bentuk pemberian lain mengubah hati mereka sudah pasti padang itu bertompok-tompok sahaja tidak penuh dan sendak. Begitu juga kalau anak-anak muda yang dikatakan menjadi penyokong The Red Warrior itu merupakan pengaruh peribadi Annuar Musa pasti tidak ada suara menjerit takbir Allhuakabar dan melaung dan memberi sorakan kepada Anwar Ibrahim.

Kehadiran anak-anak muda yang mendomoniasi majlis itu menunjukkan mereka boleh asingkan bola dengan politik.  Jika Annuar membaca bahawa penyokong bola sepak Kelantan adalah anak muda yang boleh dicucuk hidung agar mengundi UBN ia adalah teori yang silap. Apa lagi Alwi Che Amat sendiri memperakui tidak sampai 20% dari puluhan ribu penyokong bola sepak Kelantan akan menyokong Umno. "Demo tenguk berapa keping bendera Pas berkibar dalam stadium berbanding bendera Umno pada setiap kali pasukan Kelantan turun padang?" demikian tanya dan jelas Alwi satu hari.

Justeru realitinya yang tidak bisa nyenyek tidur malam semalam dengan kehadiran begitu ramai di majlis ceramah perdana itu ialah Annuar Musa dan Mohamad Alwi Che Amat. Saya sempat berseloroh dengan seorang yang sudah berumur yang begitu bersemangat dengan majlis malam tadi. Kata saya; sekali pun Annuar Musa berpakat dengan Mohamad Alwi untuk melawan Aziz di kerusi Ketereh  Annuar dan Alwi kena mengaku kalah.

Apa lagi tegas saya di antara Annuar dan Alwi kini sedang berebut uri untuk menguasai kerusi Ketereh. Kedua mereka walaupun bersahabat baik dan boleh berkongsi lubang, tetapi tidak untuk kerusi parlimen Ketereh sekali ini. Sudah kedengaran kononya kalau Alwi yang diberikan kerusi Ketereh Annuar sedia untuk memancung dan begitu juga sebaliknya. Kalau Annuar menyelit kapal jangok di pinggang untuk 'belepok' Alwi.. demi juga Alwi ada menyelit golok di pinggang untuk 'jub..." ke perut Annuar.

Situasi itu menambahkan lagi keenakan Abdul Aziz Kadir tidur sekiranya Umno tidak ada calon alternatif untuk diletakkan berdepan dengan Abdul Aziz Kadir. 

Boleh jadi juga dengan jumlah kehadiran yang ramai malam tadi menyebabkan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berfikir semulasama hendak meletak Annuar atau Alwi atau pun calon lain di Ketereh. Pokoknya ketika ini orang yang boleh tarik selimut dan berdengkur kemenangan adalah Aziz Kadir.  [wm.kl.6:42 pm 09/06/12]

Menyambung Tugas

Cuplikan Mauduk-Mauduk Menarik

Empat hari medan blog saya sepi tidak di isi dengan sebarang catatan. Seperti biasalah bila tiada catatan menyebabkan ada para penjenguk tertanya-tanya. Ada yang sms bertanyakan perihal saya. Pertanyaan yang popular ialah, apakah tuan sakit maka tiada posting baru? Haha... nampaknya sakit ("Umno") seakan sudah sinonim dengan kekosongan blog saya. Penjenguk akan membuat andaian, kalau tak isi blog bermakna MSO sakit.
Perang bendera di salah satu lokasi di Dun Wakaf Baru.

(Terima kasih kepada penjenguk yang prihatin dan mengambil berat tentang saya).

Sebenarnya kalau soal "Umno" (sakit itu) tidak menjadi masalah kepada saya. Saya boleh menulis sambil meriba laptop atau pun menulis sambil meniarap. Saya menulis di ruang tamu membawa ke bilik tidur ataupun di meja makan. Kecualilah sakit "Umno" itu yang amat sangat. Namun betapa sakit disebabkan Umno setakat ini ia tidak menghalang untuk saya mencatat mengisi blog.

Saya masih ampuh dan betah untuk melawan "Umno".

Kekosongan blog selama empat hari (5 hingga 8) bukan apa, kerana kemudahan...kelemahan daya internet (broadband) di kawasan saya jejaki selama tempoh itu. Ini ditambah pula dengan peralatan yang dibawa tidak begitu 'sihat' atau dapat menjangkau akses yang kuat. Betapa canggih gadget kapsul namun bagi saya ia tidak dapat mengatasi kesenangan menggunakan laptop.

Selain itu kesibukan juga menjadi penghalang untuk berbuat demikian. Namun para penjenguk budiman tidak perlu risau setiap apa yang saya dapat dan kutipkan akan saya anyam dan kunyahkan dijadikan  bahan satu persatu secara bervariasi.

Selama tempoh itu saya pulang ke Kelantan untuk bercuti sempena cuti sekolah. Bawa anak bongsu... sambil menghadiri kenduri kahwin yang berlambak, ada setengahnya kad jemputan diterima sejak dua bulan lalu. Jadi tidak elok dan berdosa kalau tidak memenuhi undangan.

Pemandangan di ceramah Pakatan Rakyat di Ketereh.
Lagipun bagi saya khasnya kenduri kahwin merupakan kesempatan untuk berkenalan dengan sanak saudara serta mengukuhkan tali silatuhrahim. Selalunya kenduri kahwin menjadi medan pertemuan anak beranak dan keluarga, mendekatkan yang jauh dan memesrakan yang sudah dekat. Sebab itu amat 'rohok' bagi saya untuk ponteng jemputan majlis kahwin, walaupun penat terpaksa juga paksakan diri.

Semestinya kesempatan itu untuk saya meninjau dan melihat suasana politik di Kelantan yang kini sudah panas menggila. Walaupun parlimen belum dibubarkan (entah bila?), tetapi keadaan dan selera rakyat sudah seperti pilihan raya. Jabat salam, gaya percakapan dan cara berhubung orang politik persis seperti sudah dalam period kempen pilihan raya.  Pantang ada kematian dan sesiapa keuzuran akan mendapat perhatian orang politik.

Wakil rakyat atau mereka yang berangan-angan hendak menjadi wakil rakyat sudah menggambarkan mereka adalah calon pilihan raya. Persaingan secara senyap dengan calon sebelum ini terus berlaku. Begitu juga lobi melobi terus berlaku. Lobi melobi ini akan berterusan sampailah saat pengumuman calon secara rasmi oleh parti masing-masing dilakukan. Di sesetengah kawasan nama calon atau mereka yang bakal dicalonkan sudah pasti. Tetapi dalam pada itu ia tidak boleh rasa sedap sebab ia boleh berubah bila-bila masa. Pendeknya selagi nama kita tidak diisytiharkan sebagai calon oleh pengurus pilihan raya kita tidak boleh merasakan kita adalah calon!

Para wakil rakyat semakin rancak turun ke bawah. Yang melucukan ada yang sakit sebelum ini terlantar di hospital, di kepala katil penuh dengan botol ubat dan minyak urut kini sudah sihat dan pulih. Aura pilihan raya memberi keajaiban kepada mereka. Demam pilihan raya menjadi terapi berkesan kepada mereka untuk segera sihat. Ada yang sebelum ini berjalan macam ayam kena langgar basikal, atau macam berjalan kaki ayam atas aspa panas juga berusaha keras menunjukkan sihat dan jalannya tidak peka.

Ada juga yang memungkir janji sendiri? Seorang Adun bergelar ustaz sudah berjanji untuk berundur dan memberi tumpuan kepada pondok peninggal mertua, tetapi kini bergerak aktif berkempen dan memasang pelobi agar terus memilih dan menjual nama mereka. Dalam tilikan saya di pihak Pas perlu menggantikan 26 orang calonnya (Adun dan MP), tetapi nampaknya hari ini Pas sedia untuk menyalinkan 30 peratus saja calonnya. Ini bermakna 16 orang calon sudah dikenali pasti oleh Pas untuk tidak dicalonkan.

Yang sedang melobi tadi, saya rasa walaupun mereka terus melobi dan cuba menunjukkan mereka berkhidmat dengan baik namun ketua parti dapat menilai dengan saksama. Sudah tentu juga ketua parti ada mekanismenya sendiri untuk memilih calon dan membuang mana-mana yang buruk. Justeru sesiapa yang akhirnya dibuang atau tidak dicalonkan hendaklah redha.

Terjumpa Kamarudin Jaafar di Bunohan.
Sebelum ini saya sudah memberi gambaran suasana politik dan persiapan parti politik untuk menghadapi pilihan raya. Kalau dua tiga minggu lepas persediaannya masih belum begitu hebat tetapi hari ini sudah berubah. Hampir semua kawasan kedua-dua parti politik yang bermusuh secara tradisi Pas dan Umno sudah memperhebatkan perang saraf dengan memasang bendera dan juga mengadakan ceramah yang boleh dikatakan siang dan malam.

Saya tidak mahu 'mengatuh' panjang dalam intri ini cukup kalau saya senaraikan topik-topik akan saya bincangkan nanti. Antara topi yang akan saya bawa ialah mengenai kedudukan Inchek Ibrahim Ali di Pasir Mas, perebutan calon di Pasir Puteh, siapa sebenarnya yang bakal mengganti Nik Aziz selepas pilihan raya ke-13 kalau Pas menang.

Juga saya akan sudahkan penulisan mengenai kedudukan dan nasib Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Apakah beliau perlu bertanding dan kerusi manakah paling selamat buatnya. Selain itu akan diulas mengenai 'perbalahan' atau perang dingin di antara Mohamad Alwi Haji Che Ahmat dengan Annuar Musa di Ketereh serta kedudukan kerusi-kerusi PKR di Kelantan.

Sudah pastinya kerusi kampung saya, Gual Periok juga akan dibincangkan serta cuba memberi gambar senario politik terkini di situ. [wm.kl.9:34 am 09/06/12]

Pemakluman

Perhatian.. insyaAllah menjelang tengah hari kembali mengisi blog. Catatan istimewa ialah perkembangan politik di Kelantan terakhir ini dan sekitar lawatan Anwar Ibrahim dalam menambahsegarkan lagi jiwa ahli PKR di negeri itu. Wassalam.

Monday, June 4, 2012

Analisa Berita

Kerana Takut Terpaksa Buat Gimik
688 Ahli Pas Sertai Umno: Fauzi Tanding Larut?

Penyertaan bekas Ketua Siasatan Jenayah (KSJ) Bukit Aman Fauzi Shaari ke dalam perjuangan Pas dua minggu lalu telah dirasai dan mula memberi kesan kepada Umno khasnya Umno Perak. Walaupun penyertaan Fauzi itu atas kesedaran diri untuk memperjuangkan Islam tetapi ia sudah mula dibaca oleh orang Umno Perak terutamanya di kawasan kelahiran Fauzi di parlimen Larut, kononya Fauzi bakal diletak bertanding di kerusi Parlimen Larut.

Fauzi bersama pemimpin Pas di pentas Himpunan Hijau.
Keresahan ini tergambar apabila Umno bahagian Larut Perak yang diketuai oleh seorang timbalan menteri terpaksa membuat gimik mentah stail lama untuk melemahkan Pas Perak kononnya 688 orang ahli Pas menyertai Umno. 

Mereka itu 360 dari Titi Kasai dan 328 dari Felda Ijok keluar kerana kecewakan dengan perjuangan Pas yang tidak Islamik lagi.

Berita kemasukan ahli Pas itu dilaporkan oleh PB utama negara ini, Utusan Malaysia yang kini edarannya semakin merudum. Khabarnya edaran Utusan di bawah 80,000 setiap hari.

Semua orang tidak mempercayai akan laporan berbayar berita berkenaan. Akhbar itu yang menjadi lidah Umno akan melaporkan apa saja untuk memburukkan pembangkang termasuklah akan melaporkan tahi berwarna kuning pun sebagai emas dan juga tergamak menabur fitnah.

Tidak ada munasabah langsung dengan berita berkenaan. Ia dibuat adalah kerana sudah ada kegerunan dan rasa takut Umno dengan kemunculan Fauzi yang bakal menjadi mujahid Pas. Walaupun belum kedengaran desas desus Fauzi bakal diletakkan disitu atau mana-mana kerusi pada pilihan raya akan datang namun ia sudah pun mengelabahkan hati pemimpin Umno di situ terutamanya ahli parlimennya Hamzah Zainuddin yang kini sudah mulai nampak liang lahad politiknya sudah terbuka luas.

Munabsah juga kalau Hamzah mulai merasai takut kerana dalam pilihan raya lalu beliau menang dengan majoriti tipis 1,191 undi sahaja. Hamzah berdepan dengan calon Pas, Dr Mohd Dhari Othman yang meraih 13,967 undi manakala Hamzah mendapat 15,878.

Dalam Parlimen Larut mempunyai tiga kerusi Dun iaitu Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau. Di Selama BN hanya menang dengan 355 sahaja. Calonnya Mohamad Daud Mohd Yusuf mendapat 5,240 manakala calon Pas Abu Hassan Mohammad mendapat 4,855.

Di kerusi Kubu Gajah pula calon BN Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menang hanya 66 undi sahaja. Raja Zainuddin mendapat 4,114 manakala calon Pas Mohd Nazri Din mendapat 4,048.

Hanya dikerusi Batu Kurau BN agak ke depan berbanding dengan Pakatan Rakyat. Di kerusi ini BN menerusi calonnya Mohamad Najmudin Ilias mendapat 7,023 manakala Hamid Ali PKR mendapat 4,584. Najamuddin menang dengan majoriti agak besar sebanyak 2,439 undi.

Memandangkan sambutan dan selera rakyat yang makin bertambah kepada Pakatan Rakyat akhir-akhir ini kemungkinan besar kerusi parlimen Larut dan dua kerusi Dun akan terlepas kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Realiti inilah menyebabkan gimik mentah itu terpaksa dilakukan.

Anihnya di sini dan nampak berita kemasukan ahli Pas ke dalam Umno itu rekaan dan merupakan perang saraf apabila hanya ahli Pas yang menyertai Umno tetapi tidak ada ahli PKR khasnya dari keturunan Cina dan India. Seharusnya akhbar PB itu perlu menambah ada juga orang Cina dan India meninggalkan parti mereka dan menyatakan sokongan kepada BN.

Mungkin dengan perkembangan ini Pas Perak boleh memikirkan untuk benar-benar meletakkan bekas pegawai tinggi polis kelahiran Batu Kurau itu untuk berdepan dengan Hamzah Zainuddin dalam pilihan raya akan datang. Kalau ini terjadi pasti orang yang sanggup memperalatkan isteri untuk kepentingan politiknya itu akan menggelupur bagaikan ayam kena sembelih dengan pisau tumpul. [wm.kl.9:18 pm 05/06/12]

Rencana Khas

Beringat Sebelum Terkena
Udin Anak Yassin Tidak Perlu Terlalu Mempercayai Mahathir

Udin anak Yassin menyokong teori dikemukakan bapa angkat dan juga mentor politiknya Mahathir Mohamad yang mengatakan pembangkang akan membuat kekacauan dengan mengadakan tunjuk perasaan jika mereka (oposisi) kalah dalam pilihan raya nanti.

Penerimaan idea dan psywar Mahathir oleh Udin anak Yassin ini menunjukkan pemikiran politik beliau kini dikuasai atau diseluputi 'politikal haiwan' tidak berhati perut Mahathir. Nampaknya untuk melonjak naik dan menjatuhkan Najib, Udin anak Yassin sedia bermain kotor seperti Mahathir amalkan selama ini dalam menjatuhkan satu persatu lawan-lawan dan pesaing politiknya baik dari dalam Umno atau di luar Umno.

Udin anak Yassin harus waspada dengan Mahathir.
Perkembangan ini perlu dibimbangi oleh Ha Najib Razak. Wajar kalau Najib merasai cuak dengan gerak geri dan 'kuntai' pemikiran siasah Udin anak Yassin. Kenyataan dan praktikal politik Udin anak Yassin perlu diawasi kalau Najib mahu selamat. Ada tanda-tanda makrifat menunjukkan Udin anak Yassin sedang giat mengasah senjata untuk melakukan pembajakan (rampas kuasa) dari belakang ke atas Najib paling lewat selepas pilihan raya umum ke-13 kelak.

Najib harus faham dan senantiasa beringat di dalam politik tidak ada apa yang mustahil dan realitinya akan datang bila-bila masa saja tidak kira malam atau siang, dalam tangis atau tawa. Berdasarkan apa diamalkan Mahathir - yang mengamalkan politik mulut manis jubur masam, Udin anak Yassin juga tidak berbeza jauh dari itu apa lagi kalau Udin merasakan Umno tidak selamat untuk membolehkan beliau menjadi PM. Udin sanggup melakukan 'harakiri' dalam politiknya.

Umum sudah tahu hubungan Udin anak Yassin dengan Mahathir dan apakah ikrar dan persefahaman Udin dengan bekas PM itu. Mahathir menjadi guru kepada Udin dalam proses untuk naik. Mereka sedia melaksanakan barter trade dalam politik. Ada pertukaran jasa dan budi di antara Udin dengan Mahathir. Mahathir akan memastikan Udin naik ke atas menjadi presiden Umno kemudian PM, selepas itu Udin hendaklah membalas budi dan jasa Mahathir dengan mengambil anaknya Mukhriz sebagai  timbalannya. Bayaran ke atas konsultasi politik Mahathir untuk Udin sangat mahal.

Siapa boleh menafikan kalau di dalam 'puad' Mahathir, (puad itu hati nubarilah..) tidak ada keinginan untuk mengangkat atau melihat anaknya Mukhriz naik ke atas kemudian mengambil tempatnya yang pernah didudukinya. Apa yang berlaku dalam keluarga Tun Razak itulah juga diingini Mahathir. Semua mahu mencipta sejarah dan menjadi lagenda. Mahathir sebagai seorang bernafsu besar dan suka mencipta sejarah dirinya tidak akan melupai perkara itu.

Makanya serangan Mahathir kepada Najib untuk mencapai cita-cita ini bukan rahsia lagi. Dengan jelas Mahathir menunjukkan sikap tidak sebulu dan senokhtah dengan Najib apabila beliau menolak pendekatan dan stail politik Najib. Ejekan Mahathir kepada konsep 1Malaysia diperkenalkan Najib menjelaskan apa yang ada didalam hati dan pemikiran Mahathir. Walaupun penolakan itu secara humour tetapi itu adalah hakikatnya, bahawa Mahathir tidak senang dengan transformasi politik Najib terutamanya berhubung bangsa Malaysia sehinggakan menggadai kepentingan Melayu.

Mahathir tidak gemar cara politik Najib bukan saja kerana membawa gagasan baru 1 Malaysia saja tetapi sikap lunak Najib kepada Cina dan India sehingga sanggup melayani apa sahaja permintaan Cina dan India (BN) benar-benar merimaskan Mahathir. Mahathir tidak suka dengan cara Najib kerana ia seakan melepaskan ikatan dan pagar yang dibina sebelum ini. Mahathir mahu Najib kekalkan apa yang dilakukan sebelum ini iaitu bersikap 'rasis' kepada Cina dan jangan terlampau memberi muka.

Bagi Mahathir, Najib terlalu murah dan jinak. Terlalu lembik dan kehilangan keberanian dalam berdepan dengan orang Cina dan kaum-kaum lain. Ini tidak disukai Mahathir dan apa dilakukan Najib satu ;pengkhianatan' Najib kepada benteng dan keampuan politik Melayu dibina Mahathir.

Ada kuliha juga bagi Mahathir dengan apa dilakukan Najib itu. Tetapi seperkara Mahathir lupa Najib terpaksa melunakkan keadaan Umno kerana waktu ini Umno bukan sekukuh dan sekuat zaman Mahathir. Apabila Umno kini sudah hilang kuasa majoriti dua pertiga dan bukan menjadi "orang keramat dan berkuasa" lagi kepada BN... maka Najib terpaksa merombak segala ikatan itu. Najib juga terpaksa buat kerana demi mempertahankan sisa-sisa kekuatan Umno kalau ia masih ada. Keanjalan politik Najib demi mempertahankan kuasa Umno sekaligus menjaga maruahnya.

Selain itu Najib juga perlu berkerja kuat mengubah pendekatan, cara berkawan dan juga penerimaan konsep BN secara meyeluruh kerana kekuatannya kini telah terombak. Dirombak oleh Anwar Ibrahim dan juga Pas. Hari ini Najib atau Umno tidak boleh berbohong lagi dengan 'mengecung' Cina dan India dan masyarakat lain kerana pembohongan dan 'pengecungan' itu didedahkan Anwar.

Anwar pula akan melakukan apa saja untuk membalas atas segala dendam kekecewaanya atas segala perbuatan kejam Mahathir selama ini. Situasi ini tidak difahami oleh Mahathir mengenai Najib yang terpaksa berlunak dan bersikap toleransi melampau itu. Keadaan atau pun dosa-dosa menimpa Umno hari ini yang ditinggalkan Mahathir menjadikan Najib resah gelisah dan dalam keadaan dilema.


Keadaan-keadaan atau realiti politik itulah menggambarkan akan konflik di antara syaksiah politik Mahathir dengan Najib. Dalam konflik dan suasana inilah Udin anak Yassin mengambil kesempatan dengan berpihak kepada Mahathir dengan harapan dia mendapat keuntungan besar.  Ada unsur khianati oleh Udin anak Yassin kini dengan mereputkan jambatan bakal dilalui Najib.  Bagi Udin kebergantungan kepada Mahathir atau menjadi Mahathir sebagai penasihat dan master mind politik penting kerana jawatan TPM bila-bila masa boleh hangus dan Udin akan tergolek kalau tidak kena cara.

Kebergantungan orang politik yang lemah dan tidak ada kekuatan diri kepada orang lain seperti Udin anak Yassin kepada Mahathir adalah biasa. Udin yang tahu dirinya lemah tanpa memiliki wisdom dan kehebatan peribadi terpaksa mengadakan junjung untuk naik. Dalam soal ini Mahathir si kayu reput itulah dijadikan junjung oleh Udin anak Yassin.

Jadi apabila Udin cepat menangkap dan memakan idea Mahathir tidak menghairankan. Udin anak Yassin bukan saja akan menyambut teori mengenai kemungkinan berlaku tunjuk perasaan itu saja tetapi lebih jauh dari itu. Udin akan terus menjaja sambil memberi gambaran buruk untuk persaingnya di luar Umno iaitu Anwar Ibrahim.

Tidak bermakna jabatan salam kemas, paduan hati juga kemas?
Dalam pada itu Udin boleh membaca apa yang dilemparkan Mahathir itu atau beliau sudah pun mendapat terjemahan mantik-mantik dan mesej politik Mahathir. Ada kemungkinan Mahathir melemparkan teori itu sebagai persiapan bahawa yang akan melakukan kekacauan nanti bukan pembangkang (Pakatan Rakyat) tetapi UBN sendiri. Jika dilihat kepada latihan-latihan amali politik UBN kini sudah menampakkan ada tanda-tanda akan berlaku kekacauan dalam pilihan raya akan datang.

Hari ini ahli Umno sudah diajar bersikap biadab, kurang ajar ataupun jahat. Beberapa peristiwa yang berlaku iaini gangguan ke atas ceramah pembangkang memberi tanda akan kejahatan itu akan berlaku. Jadi bila sudah sampai masanya untuk bertindak orang-orang Umno tidak kekok-kekok lagi untuk melakukannya.

Secara peribadi saya setuju dengan apa digambarkan Mahathir itu. Tetapi saya tidak setuju kalau kekacauan itu bakal dilakukan oleh pembangkang tanpa turut sama meletakkan kekacauan itu di bahu UBN. Yang begitu ghairah dan membuat persiapan untuk melancarkan kejahatan kini, bukan PR tetapi UBN.

Di sini saya ingin mengingatkan kepada Udin anak Yassin beliau tidak terikut dan termakan sangat dengan teori Mahathir. Saya bimbang kalau beliau sudah memerut kepada Mahthir sehingga menjadi murid menyebarkan bayangan politik jahat bekas PM itu lama kelamaan Udin sendiri akan jadi jahat juga dan berpotensi menjadi lebih jahat. Hari ini walaupun Udin sudah berubah dari memiliki keperibadian Muhyuddin Mohd Yassin, tetapi ia masih boleh diperbaiki.

Menjadi tanggungjawab Udin yang dulunya sebagai Muhyuddin untuk membaik pulih Umno secara baik kemudian menjadi pemimpin yang akan menyemarakkan agama. Muhyuddin bererti, 'pembawa' atau 'penghidup' agama, maka jangan jadi sebagai orang membunuh agama kerana menjadi murid kepada Machiavelli bernama Mahathir. [wm.kl.7:30 pm 05/06/12]

Respon Pembaca

Ketidakadilan Felda Didedah Bekas Kakitangannya
Seorang penjengok blog saya mengaku sebagai bekas kakitangan Felda menulis rengkas mempersoalkan penyenaraian saham Felda Global Ventruce  (FGVB) ke bruasa saham bertanya penyenaraian itu memberi keuntungan kepada siapa. 

Paling mengejutkan menurutnya dengan penyenarian itu  bermakna tanah milik Felda seluas 360,000 hektar milik Felda bakal terlepas ke tangan orang lain.
Menurutnya apabila tanah yang dipajak oleh FGV bagi meningkat saham FVG tidak mungkin ia akan dapat dikembalikan ke Felda lagi walaupun menangis sampai air mata darah sekalipun.
Selain itu bekas kakitangan Felda ini juga mempertikaikan mengenai pengagihan saham yang tidak adil dan seimbang dimana pengagihan itu tidak berdasarkan kepada kesetiaan kakitangan berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan tetapi berdasarkan kepada merit jawatan.
Asas pembahagian itu menurutnya menyebabkan kakitangan yang memegang jawatan tinggi walaupun baru berkhidmat mendapat peruntukan besar manakala yang berjawatan rendah walaupun sudah berpuluh tahun berkhdimat mendapat peruntukan sedikit.
Katanya dari maklumat yang sahih diterima misalnya bagi jawatan bukan eksekutif  jumlah saham yang diuntukkan cuma 3,000 unit seorang berbanding 6,000 unit bagi penjawat junior eksekutif; Pengurus 25,000 unit, Pengurus Besar 40,000 unit dan Pengarah Eksekutif 75,000 unit
Ikutilah luahan perasaan dan pendedahan bagaimana ketidakadilan berlaku berleluasa dalam Felda seperti mana dicatatkan dalam email kepada blog Merah Tinta ini:
Penyinaraian FGV ke Bursa Saham Malaysia hampir menjadi kenyataan.  Ini bermakna berbagai usaha sama ada oleh pihak NGO atau individu tertentu untuk menyekat usaha penyenaraian FGV ini nampaknya menemui kegagalan.  

 Ini bermakna juga  tanah milik Felda seluas hampir 360,000 hektar yang dipajakkan kepada FGV bagi meningkatkan nilai saham FGV tidak mungkin akan dapat dikembalikan walau dengan tangisan darah sekalipun. Dan, kemungkinan asset ini bertukar tangan kepada taukeh-taukeh besar dari luar negara tidak boleh disankal lagi. Full stop.
Melalui kenyataan DS Najib semasa pelancaran prospectus FGV tempoh hari, sejumlah 182.4 juta saham FGV diperuntukkan kepada peneroka dan kakitangan Felda. Dengan jumlah peneroka seramai 112,000 orang bermakna setiap peneroka hanya mendapat saham  tidak sampai 1,500 unit bagi setiap keluarga. 

Persoalannya dengan ‘kokok riuh sedunia’, sebanyak ini sahajakah yang dapat diberi kepada peneroka? Berapa pula yang diperuntukkan kepada generasi ke dua mereka. Kosong!
Kita lihat pula pengagihan saham kepada kakitangan Felda. Daripada maklumat sahih yang diterima, pengagihan saham kepada kakitangan nampaknya sangat tidak adil. Pengagihan bukan berasaskan kepada ‘kesetiaan’mereka berkhidmat dengan Felda (yang diukur melalui tempoh khidmat) sebalinya menggunakan kaedah merit jawatan. 

Pengurusan tertinggi Syarikat/Felda (walaupun cuma berkhidmat beberapa ‘hari’ sahaja) akan mendapat habuan yang sangat lumayan manakala petugas bawahan hanya mendapat habuan yang sedikit. 

Umpamanya, bagi jawatan  bukan eksekutif  jumlah saham cuma 3,000 unit seorang berbanding 6,000 unit bagi penjawat junior eksekutif, Pengurus 25,000 unit, Pengurus Besar 40,000 unit dan Pengarah Eksekutif 75,000 unit. 

Maklumat tentang jumlah yang diperuntukkan kepada Pengerusi, Pengarah Besar dan Presiden Kumpulan tidak dinyatakan, saya menjangkakan mereka akan memperolehi saham masing-masing melebihi 100,000 unit saham. Jika harga saham na ik kepada RM6.55 sesaham semasa IPO, dengan sekelip mata  jumlah keuntungan modal yang mereka perolehi sudah tentu melebihi RM200,000. Adilkah ini?
Selain peruntukkan saham kepada peneroka dan kakitangan, sejumlah saham telah diperuntukkan kepada mereka yang menyokong serta membantu pembangunan Felda selama ini. Siapakah mereka ini? Yang pasti, pesara-pesara Felda telah dinafikan hak untuk memiliki saham kerana tidak termasuk dalam senarai ini.
Sekian dan terima kasih.
Bekas Kakitanagan Felda.
[wm.kl.5:55 pm 05/06/12]

Celaka Malam

Penghinaan Orang Bertaraf Prof Terhadap Tok Guru Nik Aziz

Saya baru mendengar kritikan dan cercaan seorang Dr bernama Nasoha Saabin yang tahap pendidikan dan ilmunya bertaraf  profesor terhadap Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya terkejut mendengar cercaan ataupun tuduhan yang kepada saya agak melampau dan tidak wajar keluar dari mulut seorang berdarjat sarjana setinggi itu.

Saya tidak dapat menahan marah dan rasa terkilan lantas saya terus membuat posting ini setidak-tidaknya bagi menyejutkan gelora di hati. Dengarlah sendiri apa komen sang prfesor ini dalam you tube di bawah:



Profesor ini tiba-tiba diserang jin dan terus naik berang dengan tanggapan atau pun pandangan mengatakan stail dan gaya hidup politik Tok Guru Nik Aziz adalah stail dan gaya Islam atau menempati gaya hidup Nabi Muhammad. Beliau marah tanggap itu sebaliknya menganggap apa yang Tok Guru Nik Aziz lakukan lebih merupai gaya hidup atau stail dajjal dan Iblis.

Alasanya Nabi mengajak manusia kepada Allah sebaliknya Nik Aziz mengajak manusia bersama Pas. Dangkal, jahil dan 'biawak mampos' sungguh pemikiran dan pengamatan minda profesor ini terhadap politik. Jelas beliau jahil tidak dapat menilai dan mengupas serta memahami mantik perjuangan Nik Aziz. Ada juga profesor seperti ini di negara ini.

Kekesatan dan kekasaran beliau menggunakan bahasa dan anologi memburukan Nik Aziz itu saya tidak dapat menerimanya. Pasti kalau kata-kata itu dihemburkan di hadapan saya, saya akan menyempak orang sebegini dan meludah mukanya beberapa kali. Dia ternyata lebih busuk dan kohong dari Salentia yang melacur diri kepada kebendaan dan dunia.

Orang digelar prof ini saya percaya membuat pernilaian demikian terhadap siasah Nik Aziz berdasarkan kepercayaan beliau bahawa Tok Guru itu membuat pernyataan bahawa undi Pas akan masuk syurga atau perjuangan Pas adalah menyamai perjuangan Rasulullah? Pernyataan ini tidak disetujui oleh profesor ini dan inilah menjadikan dia persis babi gila yang menyodok bukit rendah.

Tidak mengapa kalau tidak bersetuju atau hendak mencerca Nik Aziz. Sebalilnya apa yang perlu diketahui apakah sahih bahawa beliau (Nik Aziz) ada membuat pernyataan demikian; undi Pas masuk syurga? Kalau Nasoha tidak dapat mengesah atau mendengar sendiri pernyataan Nik Aziz itu maka jelas beliau membuat kesimpulan dan melebelkan Nik Aziz tanpa bukti-bukti yang jelas dan konkrit. Apakah itu bukan fitnah dan bukankah fitnah itu kawan syaitan? Di sini siapakah yang memakai akhlak syaitan dan iblis?

Saya percaya cercaan Nasoha kepada Nik Aziz itu berdasarkan dakwaan seorang mufti kononnya Nik Aziz ada membuat kenyataan demikian.  Kalau benar begitu Nasoha tidak boleh membuat tuduhan dan ulasan begitu kerana mufti itu sendiri belum memberi bukti yang Nik Aziz berkata demikian. Sampai ke hari ini mufti itu diam membisu apabila Nik Aziz meminta bukti atas tuduhan dan dakwaan itu.

Adalah malang kalau orang bertaraf prof dianggap sebagai mursyid juga bertindak seperti sesetengah ketua cawangan parti politik atau pun turut sama menjalankan kerja-kerja syaitan atau bercakap sambil berkomor air liur syaitan seperti mana sesetengah dilakukan oleh editor akhbar PB. Nampaknya negara ini ditimpa malang yang bermalangan kerana bukan saja orang politk mulut busuk, ulama dan sarjana kepala notak juga mula dhinggap penyakit birat mulut.

Dalam pemerikasaan di geoogle, Nashoa merupakan anak Melayu pertama mendapat kelulusan sarjana dalam bidang Optometri dari Universiti Melbourne Australia. Sekarang beliau merupakan dekan di Fakulti di International University College of Tehnology Twintech, Pengerusi Octagon Petroleum Technology Sdn Bhd dan Pengarah dan Perunding Utama di Integrative Holistic Wellness Centre Sdn Bhd. (Sila rujuk: http://mthago.wordpress.com/drn/)

Selain itu beliau juga seorang pemuja Mahathir Mohamad dengan mengarang syair, puisi dan lirik-lirik lagu menyanjung tinggi Mahathir Mohamad. Dari latar belakang aktiviti itu jadi tidak hairanlah kalau profesor ini bertindak macam profesor gila. [wm.kl.12:13 t/malam 04/06/12]

Sunday, June 3, 2012

Susupan Malam

Wajar Kalau Umno Malu Dengan Himpunan Hijau

Timbalan Presiden Umno Udin anak Yassin sekata dan seracun dengan pemimpin Umno lain tentang kejayaan himpunan hijau ke Putrajaya anjuran Pas yang diadakan di Alor Setar, Kedah Jumaat lalu. Sewajarnya kalau Umno jelaous dan merasa sakit hati atas kejayaan itu. Dengan jumlah kehadiran lebih 100,000 ahli dan penyokng Pas meletakkan Umno Kedah dalam tertekan kini.

Ahli dan penyokong Umno Kedah jadi trauma dengan himpunan berkenaan. Trauma ini akan berterusan sehingga tiba pilihan raya.
Kepaduan dan semangat ahli dan penyokong Pas ini dicemburui Umno.

Gambaran himpunan itu telah memberi isyarat awal yang Umno Kedah bakal dikafankan dalam pilhan raya akan datang. Kepaduan ahli dan penyokong Pas Kedah yang diharapkan terburai ekoran berlaku krisis dalaman tidak lama lalu mengecewakan Umno. Himpunan itu disamping Pas berjaya meruapkan semangat berpilihan raya sekali gus ia menyerlahkan kekuatan sebenar Pas Kedah.

Lebih istimewa himpunan menyatakan hakikat sebenar Pas bahawa parti itu terus mendapat keyakinan dan kepercayaan orang Melayu.

Benar, yang hadir berhimpun dan memenuhi stadium Darul Aman itu bukan saja rakyat Kedah. Ia datang dari seluruh negara. Namun tidak dapat dinafikan seluruh rakyat Kedah hadir dan angkanya mencecah 40 hingga 50 ribu.

Lantaran itu Umno cuba mencari akal dan helah mempedayakna rakyat kononnya himpunan itu tidak asli dan tulen. Kononnya ia diupah? Cara Umno itu membunuh dirinya sendiri kerana ia cuba menipu diri sendiri dengan sesuatu yang diketahui umum.

Jumlah itu tidak mungkin dapat diatasi ataupun disamai oleh Umno Kedah. Kalau sekalipun Umno Kedah mengeluarkan belaja besar, memberi wang sakut RM30 hingga RM100 seorang belum tentu angka seramai itu dapat dikumpulkan di stadium Darul Aman. Usahkan untuk Kedah yang kini Umno berpecah kepada tiga atau empat puak, himpunan sempena ulang tahun Umno ke 66 di stadium Bukit Jalil pun gagal mencapai sasaran untuk mengumpul 100,000 orang. Kalau himpunan peringkat kebangsaan Umno gagal mengumpul jumlah besar apa lagi himpunan peringkat negeri.

Kegagalan Umno membuat kejutan dalam mengumpul orang ramai semasa himpunan  jutaan belia juga yang telah menghabiskan wang ratusan juta menjadi Umno dua kali ditimpa perasaan malu pada awal tahun ini. Himpunan jutaan belia itu gagal untuk menghimpun belia serentak dengan angka sebesar 100,000. Tetapi Umno terus membohongi rakyat menerusi medianya kononnya 2 juta turut berhimpun dan himpunan itu sejarah terbesar dunia.

Apabila Udin anak Yassin menuduh Pas mengumpah orang ramai agar hadir ke himpunan hijau itu, saya tidak rasa pelik bahkan hendak tergelak. Pas sendiri tidak perlu merasa malu dengan tuduhan itu. Kalau pun ia benar tidak ada masalah kerana sebelum Pas berbuat begitu ia sudah menjadi amalan Umno secara tradisi dan bayaran dan beli manusia budaya Umno.

Kalau benar begitu masih ada orang terhingin dengan wang ringgit Pas. Berbeza dengan Umno yang mengupah dengan nilai tinggi pun tidak menjamin orang ramai sedia menerima dan sanggup melakukan apa yang Umno suruh.Umno tuinggu masa akan jadi hina dina sajalah bila wangnya tidak ada nilai lagi.

Di sini menunjukkan Pas masih ada maruah dan ada nilai diri. Wang yang Pas berikan masih diambil orang. Ini berbeza dengan Umno, walaupun memberi upahan besar tetapi ada orang menolaknya. Di sini kita mencabar Udin anak Yassin dan Umno agar membuat himpunan sama di Alor Setar dalam masa terdekat. Upahlah dengan seberapa banyak, dan angkutlah orang ramai dengan kapal ternag sekali pun. Kita mahu tenguk berapa kerat yang sanggup datang berhimpun menyokong Umno di negeri itu.

Cubalah lakukan.[wm.kl.8:21 pm 03/06/12]