Wednesday, September 5, 2012

Umno Tidak Akan Menang Dengan Kejahatan

SEBUKA MATA 

Berbagai-bagai kejadian buruk dilaporkan berlaku dalam dunia politik negara kita ke belakangan ini. Kejadian-kejadian ini seperti satu strategi pula oleh pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa. Walaupun perbuatan jahat dan keji itu dilarang agama tetapi ia tidak dipedulikan. Cara mereka mengolahkan kejahatan ini seakan mereka sudah tidak mempunyai adat dan nilai-nilai kemanusiaan beragama lagi yang mementingkan soal hormat menghormati di antara satu sama lain.

Apakah kerana keadaan begitu terdesak maka cara tidak halal itu digunakan?

Barang kali tidak disenangi kalau dikatakan yang acap melakukan kejahatan ini adalah di pihak parti kerajaan sendiri. Maksudnya parti Umno dan sekutunya dalam BN. Sesuatu yang menghairankan kenapa sampai begitu sekali. Tidakkah parti kerajaan mempunyai berbagai kemudahan untuk membantu mereka mengekalkan kuasa. Jadi kejahatan dan kekejaman langsung dari mereka tidak diperlukan lagi dan jika dilakukan juga memburukkan parti pemerintah sendiri. Kejahatan dan kekejaman menjatuhkan marudah bukannya menaikkan martabat parti itu sebagai parti pemerintah.

Parti kerajaan ada tentera, ada polis hatta Rela, yang menjaga keselamatan parti itu. Walaupun tugas pasukan keselamatan ini untuk umum tetapi dalam tindak tanduk pasukan-pasukan keselamatan ini mereka seolah-olah bekerja untuk parti pemerintahan. Apakah tidak cukup dengan polis dan tentera maka Umno terpaksa menggunakan samseng?

Kejadian-kejadian buruk dan keji yang dilaporkan setiap hari tidak dapat dipisahkan dari perbuatan parti pemerintah UBN. Penglibatan ini tidak boleh disembunyikan lagi. UBN khasnya Umno menjelama dalam pelbagai rupa untuk melakukan pengkhinatan-pengkhianatan itu.

Dalam masa terdekat ini dua kejadian yang sangat keji dan tidak beradat. Satu kejadian menyerang bas dua tingkat PKR di Kelantan dan satu lagi menyerang masjid di kampung Pumpong Kedah. Ini adalah kesenimbungan kejahatan yang dilakukan ke atas pembangkang sejak zaman berzaman. Sebelum ini bermacam-macam kejahatan telah berlaku dan dilaporkan.

Makin hari nampaknya makin banyak dan kerap kejahatan dengan menyerang pihak Pakatan Rakyat. Apakah UBN sudah benar-benar terdesak sehingga hilang akal meninggalkan politik secara sihat dan berfikiran terbuka dan diambilnya politik mafia?

Di sini saya hendak menarik perharian para pemimpin UBN berhubung siri-siri kejahatan yang mereka cita dan lakukan dengan bersembunyi di sebalik puak-puak atau individu tertentu. Bahawa kejahatan tidak pernah memberi kemenangan kepada sesiapa atau mana-mana puak sekali pun. Atas apa juga tindakan jahat, kejahatan tidak akan disokong sebaliknya akan dikutuk.

Apakah Umno fikir dengan melakukan kejahatan, ugutan, tekanan itu mereka akan menang? Silap kalau itulah anggapan dan kepecayaan yang ada kepada Umno. Saya ambil contoh yang berlaku di hadapan mata saya sendiri bagaimana kejahatan dan kekejaman tidak membantu memenangkan Umno. Politik jahat tidak pernah menjanjikan kemenangan.

Di Kelantan Umno berlaku sadis dan kejam ke atas orang Pas sejak tahun 60-an lagi. Apa yang tidak dilakukan oleh Umno menerusi pemuda tahan lasak atau kumpulan samseng yang diupahnya terhadap ahli dan penyokong Pas. Apa yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin semuanya dilakukan oleh di Kelantan. Ugut, tangkap, penjara pemimpin Pas, pukul, tampar, sepak, teranjang dan segala macam dilakukan. Lebih dahsayat dari itu ada pemimpion Pas dibunuh. Ini menggambarkan akan kebobrokan politik negara ini.

Permis parti Pas dirobohkan dan dibakar. Orang Umno bertindak lebih kejam dari tentera Jepun yang menakluk Kelantan tahun 1942 dulu. Tetapi apakah hasil dari kejahatan dan kesadisan itu. Umno tidak menang rakyat tidak pernah takut dengan kejahatan sebalik kerja-kerja jahat itu dimurkai rakyat. Rakyat membalas kejahatan itu dengan tidak memangkah Umno. Kekalahan dan kegagalan Umno untuk menguasai Kelantan sejak 22 tahun lampau adalah disebabkan Umno mengamalkan politik jahat dan kejam.

Hari ini kejahatan yang berlaku dan dilakukan di hampir seluruh negara oleh Umno menerusi berbagai agensi samseng itu hampir menyamai kejahatan dilakukan di Kelantan dulu. Nampaknya kejahatan ini menjadi permainan dan senjata utama Umno dalam mempertahankan kuasa. Ingatalah dengan menoleh kepada apa yang berlaku di Kelantan Umno sepatutnya insaf; bahawa kejahatan tidak akan membawa kemenangan.

UBN harus kembali kepada politik secara sihat. Politik yang menyenangkan jiwa rakyat.  Betapa pun Umno menabur wang dan berjasa kepada rakyat tetapi dalam masa sama kejam terhadap lawan dilakukan, rakyat akan marah dan tidak akan bersama Umno. Sebagai parti unggul menjadi kerajaan Umno sepatutnya mempelopori politik harmonis dan profesional bukannya menyuburkan bibit-bibit kejahatan.

Hari ini dunia semakin maju dan generasi semakin cerdik dan bebas berfikir dan memikir. Apa yang dicari oleh rakyat dan ana-anak muda kini ialah sesuatu yang logik pada akal mereka. Mereka mahukan kepada fakta di dalam politik bukan retorik. Kejahatan sama sekali mereka akan tolak. Kejahatan fizikal tidak pernah ada dalam minda politik moden. Kejahatan fizikal hanya akan laku sekiranya negara ini masih belum tamadun.

Makanya kalau Umno ingin mengekalkan kuasa serta dihormati rakyat jelata mereka harus hentikan politik jahat menggunakan fizikal yang merugikan semua pihak dan menjatuhkan martabat negara. Kejadian serang masjid, serang bas, serang rumah terbuka ataupun melemparkan kata-kata keji dan perbuatan jahat kencing gambar pemimpin, hendaklah dihentikan segera.

Ingin ditegaskan bahawa kejahatan tidak akan menjamin dan membawa kemenangan melainkan ianya dibenci sampai ke dalam hati. [wm.kl.9:11 am 05/09/12]

Tuesday, September 4, 2012

KTM Pula Hendak Dijual?

KENYATAAN

Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar telah mengeluarkan kenyataan akhbar yang meminta diberhentikan pemusatan harta rakyat kepada kroni. Kenyataan ini ada sangkutan dengan cadangan untuk menjual KTM kepada Syed Al Bukhary. Berikut kenyataan penuh Nurul Izah yang dikirim baru sejak tadi.

KEADILAN memberi amaran kepada pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya membekukan segala rancangan untuk menswastakan operasi KTMB kepada MMC Corp Berhad yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
 
KEADILAN difahamkan bahawa MMC telah mengemukakan pelan operasi dan pengambilalihan pada awal tahun ini dan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak sedang dalam proses untuk meluluskan pelan pengambilalihan tersebut.

Ada beberapa perkara pokok yang perlu dipertimbangkan sebelum kerajaan menswastakan KTMB buat kali yang kedua selepas penswastaan kali pertama di bawah syarikat Marak Unggul Sdn Bhd gagal, iaitu:
1.      Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan bagi memastikan aset dan pegangan tanah KTMB yang dianggarkan berjumlah RM50 bilion tidak jatuh ke tangan pihak swasta atau persendirian?
2.      Apakah jaminan kerajaan bahawa kebajikan kakitangan KTMB akan dilindungi seadilnya apabila mandat diberikan kepada MMC Corp Berhad untuk mengendalikan pekerja?
3.      Apakah bentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada MMC Corp Berhad untuk mengelakkan satu lagi projek swasta dibiayai oleh wang rakyat?

Saya juga melahirkan rasa kesal kerana sekali lagi pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak mengingkari janjinya bahawa semua tender akan dikendalikan secara terus dan melalui tender terbuka.

Seperti juga projek MRT yang kini menimbulkan kemarahan kumpulan-kumpulan yang rapat dengan Umno sendiri, penswastaan KTMB dibuat melalui satu kertas cadangan yang dikemukakan oleh MMC Corp Berhad.
Sekiranya syarat pengambilalihan hanyalah melibatkan peningkatan kecekapan operasi dan kos (dan tidak menanggung hutang KTMB yang berjumlah RM1 bilion), adalah lebih wajar jika kerajaan menjemput seberapa ramai usahawan dan konsortium untuk menyertai satu tender terbuka memandangkan pakej suntikan kewangan oleh pengendali baru tidak termasuk tanggungan hutang sedia ada.

Sikap Dato’ Seri Najib Tun Razak yang memusatkan operasi dan kontrak melibatkan infrastruktur dan harta utama negara di tangan beberapa kroni utama beliau semakin memuncak.

Kini pun, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah menguasai operasi dan aset-aset pelabuhan di negara ini. Konsortium beliau juga dianugerahkan tender pembinaan MRT yang kosnya dijangka melampaui RM100 bilion.

Dengan anugerah penswastaan KTMB pula, bermakna syarikat-syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary akan menguasai pengangkutan keretapi yang merupakan alternatif terpenting kepada sistem pengangkutan awam darat di masa hadapan. Ini bermakna, sebarang usaha untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam sudah tentu akan melibatkan beliau kerana monopoli yang dipegangnya.

KEADILAN menentang sepenuhnya cubaan untuk mewujudkan monopoli pengangkutan keretapi dengan anugerah penswastaan baru kepada MMC Corp Berhad untuk mengambilalih operasi KTMB.

Berdasarkan projek-projek penswastaan dan kerjasama swasta yang telah gagal sebelum ini seperti penswastaan kali pertama KTMB dan kerjasama MAS-AirAsia, KEADILAN yakin tindakan menswastakan KTMB juga bermotifkan keuntungan semata-mata yang membelakangkan kepentingan nasional

YB NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN KEADILAN
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
4 SEPTEMBER 2012

Rasanya Masjid Lebih Mulia Dari Najib..

ULASAN SORE

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menerusi unit khasnya telah berjaya menangkap seorang pelajar kolej berusia 19 tahun berhubung insiden memijak gambar perdana menteri. Syabas kepada polis atas kejayaan dan kecekapan itu. Bagaimana pun polis masih belum berjaya menangkap penjahat yang melontar batu sehingga cermin hadapan bas milik PKR di Kota Bharu tiga malam lalu.

Polis juga bertindak apa-apa kepada pengacau di masjid Pumpong Kedah malam kelmarin. 

Kita percaya dengan kecekapan polis dan bantuan peralatan mengesan penjahat yang canggih polis akan berjaya memberkas penjahat yang mengkhianati bas berkenaan dan membuat kacau di masjid itu. Saya kira polis tidak akan bersikap senget sebelah di dalam hal ini, kerana apa juga jenayah berlaku ke atas siapa juga perlu diambil tindakan.

Sesuai dengan kalimah yang tertera di topi polis berbunyi "Allah - Muhammad" polis sepatutnya mengutamakan memberkas mereka yang membuat kacau di masjid. Rasanya kedudukan masjid dalam konteks agama lebih mulia dan suci dari gambar seorang perdana menteri. Tidak tahulah kalau kita bersikap sama dengan Zionis Yahudi yang bersikap tidak peduli kepada masjid!

Dalam pada itu polis juga patut menubuhkan unit khas sama untuk menangkap tiga lelaki yang sedang menunjukkan aksi sedang mengencing ke atas gambar Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz seperti mana yang tersebar di wall Facebooks. Apakah siasatan sudah dibuat atau laporan tidak dibuat oleh Pas? Kalau pun tiada laporan tetapi polis boleh bertindak dengan maklumat yang ada. Di ukur dari mana-mana sudut pun perbuatan itu sungguh keji.

Kalau Pas tidak membuat laporan ke atas aksi tiga orang pemuda itu, ini bermakna ahli dan penyokong Pas jauh lebih rasional berbanding dengan mereka yang membuat laporan berhubung gambar Najib dipijak. Ahli Pas tidak memandang berat kejadian itu mungkin menganggapnya satu perbuatan nakal dari budak-budak yang drop dalam pengajian atau pemakan tegar pil kuda.

Sebenarnya kejadian kencing ataupun pijak gambar itu tidak merupakan kes jenayah sehingga ia boleh dihukum penjara atau pun disula. Polis juga tidak perlu sampai membuat kenyataan menunjukkan ia mustahak. Untuk menangkap pelakunya tidak pun perlu sampai menubuhkan unit khas. Nampaknya perdana menteri diistimewakan begitu rupa. Daripada mengejar pemijak gambar Najib itu lebih baik mengejar penjenayah masih banyak berkeliaran di negara ini. Kadangkala fungsi dan peranan polis menjadi songsang dan tungging terbalik.

Adapun desakan agar polis mengambil tindakan terhadap pemijak gambar itu bukan atas kepentingan negara tetapi kepentingan orang membuat laporan. Mereka mahu menunjukkan kepada Najib yang mereka begitu mengambil berat kepada perdana menteri. Itu sahaja. Polis sepatutnya memahami keadaan ini dan tidak perlu bertindak atas matlamat dan kepentingan peribadi mana-mana pihak.

Cadangan Pakatan Rakyat untuk meningkatkan mutu PDRM mungkin boleh mengambil kira apa yang saya sebutkan ini. Eloklah perningkatan fungsi dan darjatnya jagan pula polis menjadi pengawal peribadi kepada mana-mana individu. Bagaimana pun terima kasih kerana dalam kenyataan menubuhkan unik khas itu polis tidak menyebut ianya untuk membela dan menjaga maruah Rosmah binti Mansor tetapi hanya setakat perdana menteri saja. [wm.kl.4:21 pm 04/09/12]

Filem Klasik Melayu - Arab Di Tayang Di Kedah Pula

CATATAN TENGAH MALAM

Saya baru lepas menyaksikan klik video mengenai serangan dan gangguan sekumpulan manusia terhadap Anwar Ibrahim yang sedang memberi tazkirah di dalam sebuah masjid atau surau di Kedah. Peristiwa ini berlaku malam semalam semasa Anwar ke negeri itu dalam rangka jelajah merdeka dan berhari raya dengan rakyat. Jangka hayat kilik video lebih kurang 20 minit.

Menarik dan mendebarkan. Itu apa yang dapat saya simpulkan apabila sesudah menyaksikan klik video berkenaan. Ia ada iras-iras dengan sebuah filem Melayu klasik yang dilakukan oleh Haji Mahadi kalau tidak salah judulnya, Isi Neraka.

Dalam filem itu Haji Mahadi menjadi seorang lebai yang datang dari Arab dan mengajar agama kepada penduduk kampung di Melaka yang jahil. Kemunculannya tidak disukai oleh penduduk kampung. Mereka memerangi Haji Mahadi. Pada satu hari ketika Haji Mahadi sedang mengajar beliau dilontar telur busuk oleh budak-budak nakal kampung berkenaan.

Puak pengacau melaung mengutuk Anwar.
Klik video itu juga mengingatkan saya kepada filem klasik Arab mengisahkan mengenai kesabaran dan mehnaj dihadapi Nabi Muhammad s.a.w. semasa menjalankan dakwah. Beliau diserang dan dikecam oleh Arab jahiliah. Setiap kali cuba menyampaikan risalah Allah baginda dihina, dikutuk dan dikata dengan berbagai-bagai kata-kata nesta. Muhammad penipu, Muhammad pembohong, Muhammad pereka cerita dan sebagainya.

Mereka cuba hendak redah masuk tetapi dihalang.
Jadi apabila saya melihat kilik video itu fikiran saya terhimbau kepada peristiwa di dalam filem klasik Melayu dan Arab itu. Saya merasakan filem itu kini dilakonkan semula dengan wajah-wajah dan watak baru yang lebih realistik. Bezanya lokasinya di Kedah bukan di Arab atau Melaka di zaman dahulu. Apa yang berlaku di surau di Kedah itu bukan filem lagi tetapi sebuah peristiwa yang benar-benar berlaku.

Anwar terus memberi tazkirah tanpa peduli gangguan.
Di sini saya ucapkan terima kasih banyak kepada sekumpulan orang yang memakai baju hitam yang menjadi atau memegang watak-watak hidup dalam filem klasik itu. Tentu terima kasih juga kepada pengarah dan penulis skripnya.

Ia dramatik dan realistik sekali. Apa tidaknya sewaktu Anwar membaca ayat-ayat Qur'an golongan baju hitam dan bertopi kuning itu melaung-laungkan kata-kata nesta dan buruk ke atas Anwar. Terdengar ada yang menjeri ... Anwar penipu...bohong... dan ada juga yang meminta Anwar berhenti.

Itu perempuan bertudung merah minta Anwar balik,
Bahkan perkataan paling memalukan untuk saya sebutkan di sini pun dihembur juga oleh puak pengacau itu. Mendebarkan apabila sesekali mereka membuat acahan untuk menyerbu masuk ke dalam surau atau masjid itu tetapi dihalang oleh hadirin didalam.

Seorang peserta yang bergaul dengan pengacau itu berpakaian tudung merah melaungkan - "baliklah tak usah jual minyak angin...." Manakala yang lain pula melaung, baiki diri sendiri dulu baru boleh ajar orang lain.

Anwar diiringi balik selepas selesai tazkirah.
Namun di celah-celah sorak sorai dan asakan untuk memasuki ke masjid itu ada juga yang menyilang kata meyenangkan dengan berkata; mereka syarah agama, biarkan. Kalau mereka cakap politik baru kita bertindak. Ah rupanya dalam kumpulan itu ada juga yang masih berfikiran rasional.

Yang bagusnya hadirin di dalam masjid yang sedang mendengar tazkirah Anwar berjumlah sama ramai dengan pepuak itu tenang sahaja. Mereka seakan tidak pedulikan dengan jerit pekik diluar. Seolah-olah sudah faham dengan gelagat kumpulan berkenaan. Melihat kepada galagat  dan sling cakap mereka, mereka adalah dari kampung berhamnpiran masjid berkenaan.

Tenang dan syukur saya, debaran dada saya berhenti setelah selesai menonton kilik video berkenaan dan tiada berlaku apa-apa kejadian yang buruk terjadi. Bahkan lontaran selipar atau kasut ke dalam masjid yang dibesar-besarkan sebelum ini tidak pun ternampak di dalam video berkenaan.

Saya percaya kalau mereka yang berada di dalam masjid ikut bertindak mengikut perasaan dan retak serta iramal dipalu di luar masjid mungkin kejadian buruk akan berlaku. Mungkin ada yang bengkak muka dan darah akan menitis. Sebaik tazkirah selesai yang diringi dengan salawat ke atas nabi, puak pengacau pun perlahan-lahan berundur sama. Walaupun awalnya mereka memberi amaran keras (tetapi tidak dipatuhi) berundur secara aman. Melihat cara mereka berundur seperti berundurnya jemlang dan syaitan tatkala azan dibunyikan.

Ternampak juga ada anggota kumpulan itu turut sama bersalaman dengan Anwar sebaik Anwar diiringi keluar dari surau atau masjid itu.

Yang menghairankan saya, kenapa gangguan itu dibiarkan berlaku. Apakah peranan anggota polis? Saya nampak ada mereka yang memakai uniform polis berada dalam kumpulan itu. Kenapa merka tidak bertindak menyuraikan keadaan? Ini menganihkan saya.

Meyimpulkan apa yang berlaku menerusi klik video berkenaan, ia adalah gangguan biasa yang belum sadis dan lasak lagi. Tetapi laungan kata-kata kesat dilempar ke atas orang yang berada di dalam masjid oleh orang berada di luar masjid sesuatu yang tidak wajar. Sudah tentu orang akan membuat kesimpulan orang diluar masjid itu sebagai jahat dan pengecut. Perbuatan mereka juga menyalahi adat agama dan juga ajuaran Islam.

Kalau saya menjadi pemimpin Umno Kedah saya akan merasa malu dengan kejadian itu. Umno Kedah perlu bertanggungjawab atas insiden berkenaan. Kerana walaupun mereka mengakui diri mereka adalah ahli pertubuhan sebuah Ngo, tetapi mereka adalah penyokong dan ahli Umno. Saya cukup yakin hakikat  itu.

Kalau saya jadi Mukhriz, atau Ahmad Bashah atau sesiapa pemimpin Umno Kedah akan merasa malu yang amat dan akan mengambil tanggung jawab berhenti menjadi ahli pertubuhan Umno serta merta. Ini kerana apa yang terjadi itu ia mencerminkan begitulah sifat dan fiil ahli Umno. Tetapi apakah pemimpin Umno ada muka? Muka mungkin ada tetapi air muka tidak ada. [wm.kl.1:06 t/malam 03/09/12]

Monday, September 3, 2012

Siasat Ketua-Ketua Bahagian Umno Kelantan

RESPONS

Seorang yang mengakui dirinya sebagai ahli veteran Umno telah menghubungi saya apabila beliau membaca posting blog ini lewat malam tadi berhubung cerita pegawai SPRM sedang 'menyiasat' kedudukan akauan salah seorang ketua Umno bahagian di Kelantan yang dikatakan berjumlah RM10 juta.

Menurut veteran itu beliau tidak merasa harian kalau ada ketua-ketua bahagian yang memiliki wang jutaan ringgit kerana mereka hari ini terdedah dengan pelbagai sumber kewangan mudah. "Ti saya tidak hairan dengan apa yang you tulis itu," katanya menerusi telefon.

Katanya peruntukan diberikan oleh parti menerusi ketua-ketua bahagian adalah antara sumber yang mudah dieksploitasikan untuk kemudahan sendiri dan peluang melakukan penyelewengan begitu besar. Semua peruntukan parti bagi tujuan kegiatan parti disalurkan menerusi ketua-ketua bahagian. Ketua bahagian pula katanya diberikan kuasa besar tanpa pemantauan untuk mengagihkan peruntukan berkenaan.

Pemberian tander atau kontrak kepada sesama ahli Umno tanpa diadakan tander terbuka memudahkan lagi penyelwengan itu dilakukan tanpa diketahui oleh mana-mana pihak. Di dalam Umno hari ini wujud seakan-akan penyangak dengan penyamun, ujarnya.

Beliau juga tidak pelik kalau sesebuah bahagian disalurkan peruntukan berjuta-juta dalam tempoh tertentu tetapi peruntukan itu tidak merata kepada rakyat. Kerana Umno tidak pernah menghitung soal kewangan dan disalurkan berapa saja asalkan ada janji peluang Umno menang cerah di kawasan-kawasan berkenaan.

Sehubungan itu beliau berharap Umno memperbetulkan semula kaedah penyaluran peruntukan ini untuk memastikan ia telus dan memberi kesan kepada ahli. Beliau lantas memberi contoh bagaimana teknik berlaku penyewelengan terhadap peruntukan diberikan itu.

Katanya kebanyakan projek atau pembelian untuk diberikan kepada rakyat tidak dibuat secara tander terbuka dan kontrak dianugerahkan begitu saja. Selalunya ketua bahagian akan memilih kroni untuk menerima kontrak berkenaan.

Keadaan ini memudahkan berlaku penyelewengan. Bayangkan untuk membeli sebuah mesen jahit harganya tidak sampai RM3,000 tetapi ditambah sehingga RM10,000. Begitu juga dengan pembelian lembu untuk korban harganya ditambah sehingga mencecah RM8,000 hingga RM10,000 seekor sedangkan harga dan proses penghantarannya hanya sekitar RM5,000 dan RM6,000 sahaja. Itu boleh tahan lagi ujarnya ada juga tuntutan-tuntutu dibuat tanpa melakukan kerja dan invois kosong saja.

Kejadian ini semua diketahui oleh pemimpin atasan Umno tetapi didiamkan sahaja kononya untuk menjaga maruah dan air muka Umno. Tetapi katanya Tuhan kita Allah tahu akan dosa-dosa ini semua.

Dalam pada itu beliau berharap untuk membenteraskan perkara ini sudah sampai masanya pihak berkuasa dalam Umno membuka pintu Umno untuk disiasat oleh SPRM. Atau pun Umno mengadakan odit khas ke atas semua peruntukan yang diberikan.  Setiap pembelian dan perbelanjaan hendaklah dipantau oleh odit khas.

"Saya bukan dengki mengenai peruntukan ini, tetapi saya mahu peruntukan itu dibelanjakan dengan telus dan rakyat memperolehinya serta ketua bahagian tidak berkuasa penuh," katanya.

Dalam perbualan selama lebih 20 minit itu veteran itu juga sempat menyebut bagaimana wang untuk diberikan kepada pengundi luar dalam tahun 2008 itu tidak sampai ke sasarannya. Berjuat-juta wang diperuntukan Umno yang dipunggah dari pelbagai sumber menjadi rebutan kalangan pemimpin Umno manakala pengundi luar pula tidak diberikan peruntukan itu.

"Seorang pemimpin Umno yang berkuasa ketika itu, dia sendiri telah ambil RM4 juta untuk dirinya sendiri tanpa dicatat... manakala selebihnya dibahagi-bahagikan kalangan ketua Umno," katanya.

Beliau sangat percaya kenapa sesetengah ketua bahagian berhempas pulas untuk tidak melepaskan jawatan itu walaupun mereka tahu kapasiti dan kebolehana mereka kerana ingin kaya mudah dengan jawatan itu. Sekiranya sistem menyalurkan peruntukan ini diubah - tidak memberi kuasa penuh kepada ketua bahagian sudah pasti penyelewengan ini dapat diatasi.
Tentang perangai ketua-ketua bahagian katanya, mereka kadang kala sudah ditolak oleh ahli bahagian tetapi kerana segala tektik, politik wang mereka akhirnya dipilih. Mereka sanggup membelanjakan seberapa banyak untuk menang jadi ketua bahagian dan itu tidak merugikan mereka kerana dengan berkedudukan sebagai bahagian mereka akan mendapat balik wang rasuah dibelanjakan itu.

Caranya ialah mereka songlap peruntukan yang disalurkan menerusi mereka di peringkat bahagian.

Ahli veteran itu yang mengakui sudah 54 tahun menjadi ahli Umno sangat berharap Umno mengizinkan seluas-luasnya untuk SPRM membuat penyiasatan ke atas semua ketua-ketua bahagian Umno di Kelantan khasnya mereka yang tidak ada sumber pendapatan tetap atau pun kedudukan di tahap menjadi menteri atau timbalan menteri.

Mana-mana ketua bahagian yang sebelum ini pernah diintip oleh SPRM termasuk yang pernah ditahan dan harta beruba kereta disita haruslah dibenarkan SPRM menyiasat membersihkan mereka seluas-luasnya. Kalau perlu katanya Umno juga perlu meminta mereka menyenairkan harta milik mereka.

"Melihat kepada corak dan stail kehidupan mereka meragukan kerana sesetengahnya memiliki rumah lebih dari satu begitu juga dengan kereta mewah dan hartanah lainnya." Sambungnya.

Sekali katanya dia mengungkitkan ini bukan kerana dengki dan irihati tetapi demi untuk menyelamatkan Umno. Ujarnya lagi sambil menambah kenapa sesetengah ketua Umno Kelantan tidak dihormati rakyat ialah kerana sikap mempamerkan kemewahan hidup melampau.

"You tulis dan ceritalah apa yang I laporkan ini kerana niat I adalah ikhlas," katanya penuh berharap agar saya membuat catatan mengenai isi hatinya ini. Beliau tetap yakin Umno tidak akan menjadi kemegahan rakyat kalau masalah penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ini terus berlaku. [wm.kl.6:42 pm 03/09/12]


Syabas Kepada Pengibar Sang Saka Malaya

GALANG MENTARI

Polis tidak perlu meneruskan siasatan terhadap mereka yang mengibarkan bendera selain dari Jalur Gemilang pada sambutan ambang merdeka anjuran Ngo malam menjelang kemerdekaan dua tiga malam lalu. Ini kerana individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera puteh merah berlambangkan bulan sabit berbintang pecah 11 itu sudah mengakui kerja itu kerja mereka.

Bendera Sang Saka Malaya.
Seperti mana diakui individu berkenaan menerusi blognya, mereka membawa bendera bernama Sang Saka Malaya itu bukan atas suruhan atau idea mana-mana pihak termasuk parti pembangkang, tetapi ia adalah atas inisiatif mereka sendiri.

Kata individu berkenaan mereka berbuat begitu kerana mahu tonjolkan kebenaran dan sejarah yang telah ditenggelamkan oleh pihak tertentu.

Kata individu itu juga perbuatan itu bukan untuk menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya itu seperti mana dituduh ke atas mereka. Mereka membawa atau mencipta semula bendera itu bagi mengimbasi perjuangan menutut kemerdekaan ke atas negara ini yang dimulakan oleh Kesatuan Melayu Malaya (KMM) dibawah pimpinan Ibrahim Yaacob. Ibrahim dan rakan-rakan adalah mereka yang awal memperjuangkan kemerdekaan tahun 1938 bukannya pemimpin Umno kacukan kolonial.

Justeru kalau kita rasional dan tidak prejudis isu kibarkan bendera Sang Saka Malaya itu sudah selesai. Janganlah melihat sesuatu fenomena itu dari kaca mata gelap dan minda yang sempit. Selagi kita melihat sesuatu itu dengan kaca mata gelap mengikut nafsu dan ideologi politik kita maka selamanya sesuatu yang jernih itu tidak akan nampak akan kilauan sinarnya.

Syabas diucapkan kepada individu yang mengibar bendera berkenaan. Walaupun satu segi ia boleh dikecam kerana bertindak songsang namun keberanian mereka membongkarkan sejarah bendara itu yang juga ada kaitan dengan sejarah negara penting dan perlu disanjung.

Saya sendiri tidak mengetahui bahawa bendera asal negara kita sebelum merdeka bercorak demikian. Saya yakin juga ada dikalangan menteri sendiri butan akan hal ini termasuk Rais Yatim. Dari satu sumber memberi tahu bendera itu pertama kali dikibar oleh Dr Burhanuddin Al Helmi semasa satu kongres di New Delhi India. Apabila individu berkenaan mengibar bendera berkenaan ia mengajak kita menyelami sejarah negara.

Atas motif itu saya rasakan ia tidak menjadi kesalahan? Pengibaran itu jika dilihat dan direnung dari hati sejarah ia tidak merosakan apa yang ada hari ini sebaliknya akan menebalkan lagi kecintaan kepada negara.

Satu kunci kata yang kita dapat bahawa yang memperjuangkan kemerdekaan negara ini adalah orang Melayu bukannya Cina dan India atau lain-lain bangsa. Ia bukan juga Melayu Umno yang memperdagangkan prinsip untuk mendapat kemerdekaan yang dibentuk.

Apakah salah untuk kita menoleh ke belakang melihat sejarah negara kita? Bukankah pemimpin hari ini melaung-laungkan supaya rakyat negara ini ingat kepada sejarah dan menjadikan sejarah sebagai panduan?

Umno seperti hendak gila memberi tahu generasi baru ini bahawa negara ini adalah hak Melayu, Melayu menjadi tuan rumahnya. Nah... apabila ada individu atau anak muda yang celik dan bingkas mengenai sejarah kenapa harus disalahkan? Bukankah pejuang kemerdekaan menerusi KMM itu orang Melayu? Atau kerana mereka tidak kacukan British maka mereka tidak diterima dan dianggap sebagai penentang?

Sekali lagi diucapkan syabas kepada individu berkenaan. Selepas ini hendaknya banyak lagi monumen-monumen sejarah akan dicungkil dan diangkat ke pengetahuan rakyat. Di samping menonjolkan sejarah moden sejarah lama (klasik) perjuangan Melayu yang tinggi nilai sejarahnya juga perlu dibangkitkan sama.

Dalam melihat usaha ini 'kelih' lah dengan penuh rasional dan bukannya mereng kepada kepentingan parti politik masing-masing. Tidak ada guna perjuangan untuk menegakkan ideologi sendiri sehingga membelakangkan idealisme bangsa. [wm.kl.1:04 t/hari 03/09/12]

Sunday, September 2, 2012

Ketua Umno Bahagian Kelantan Disiasat SPRM?

TIP MALAM

Masih belum terbahar luas lagi seorang ketua Umno di sebuah bahagian di Kelantan dikatakan sedang disiasat SPRM berhubung pemilikan wang sebanyak lebih RM10 juta. Cerita ini sudah kedengaran dalaman parti berkenaan namun ia masih disembunyikan demi menjaga maruah parti berkenaan.

Ketua bahagian berkenaan dikatakan mempunyai beberapa akaun berasingan. Pengumpulan wang sebanyak itu dilakukan dalam tempoh empat tahun.

Apa yang menjadi persoalan dan meragukan, ketua bahagian berkenaan tidak diketahui menjalankan apa-apa perniagaan besar untuk membolehkan beliau memiliki wang sebanyak itu baik sama ada di Kelantan atau pun di luar Kelantan.

Berhubung siasatan SPRM ini pihak musuh Umno juga masih belum mengetahuinya. Sudah pasti cerita yang dianggap sensasi ini akan tersebar juga menjelang pilihan raya akan datang.

Ketua Umno bahagian juga beriya untuk menjadi calon dalam pilihan raya dan sedang melobi agar namanya dicalonkan. Sudah tentu dengan berita ini ia boleh menjejaskan peluang ketua Umno bahagian. [wm.kl.7:45 pm 02/09/12]

Saturday, September 1, 2012

Sebelum Sekat Jalan Ke Putrajaya Najib Tahan Dulu Gelombang Di Sabah

LINTASAN MALAM

Siang tadi Ha Najib Razak berikrar sambil mengajak orang Umno untuk menyekat jalan ke Putrajaya bagi menghalang Pakatan Rakyat memasuki ke kompleks kerajaan itu. Laung Najib dalam nada separuh lemah dan separuh bersemangat berbunyi; "kalau mereka hendak ke Putrajaya kita akan sekat jalan sekat jalan kerana mereka tidak layak untuk berada disitu," begitulah kira-kira kata Najib.

Najib Razak: Sering kehausan.
Menurutnya lagi dia tidak akan sekat dengan mengarahkan polis mengadakan roadblock tetapi akan sekat dengan kuasa rakyat. Wah hebat dan suci Najib dia seakan tidak mahu menyalahgunakan kuasa dalam mempertahankan kuasa politiknya. Tetapi tentu ramai yang tersenyum bila mendengar ucapan retorik itu kerana sebelum ini janji Najib untuk memberi kebebasan dan melakukan transfdormasi lebih lunak dari itu, namun habuk pun tak ada.

Otang masih ingat bagaimana Najib akan membenarkan himpunan Berssih 2.0 di stadium negara tetapi apa jadi selepas itu? Bukan itu saja banyak lagi kluk klek yang dilakukan Najib sekaligus menunjukkan akan kelemahan Najib sebagai seorang pemimpin nombor satu negara.

Kalau Najib hendak sekat jalan ke Putrajaya sememangnya wajar mengambil langkah bagi memasatikan kuasa dan kedudukannya kekal. Tidak ada jalan lain lagi bagi Najib melainkan menghalangkan kemaraan itu jika tidak beliau akan hanyut.0 Tetapi soalnya apalkah Najib mampu untuk berbuat demikian? Ini persoalannya dan tanda tanya yang bermain dalam kepala umum.

Melihat kepada mood rakyat dan perkembangan hari ini langkah Najib itu sudah terlambat. Beberapa usaha untuk menarik perhatian dan keyakinan rakyat kepada UBN yang dilaksanakan tidak memberi apa-apa kesan dan merubah suasana yang ada. Malahan kebangkit rakyat semakin melata dan menyeluruh. Pemberian berbillion wang yang dilakukan kini tidak sedikit pun mengucupkan kemahuan rakyat.

Bukan saja rakyat yang bebas tetapi rakyat yang terikat dengan berbagai bentuk institusi seperti Felda, dalam kerajaan juga tidak dapat dibendung lagi. Bukan semua 1,200 keluarga Felda senang dan puas dengan pemberian durian runtuh kepada mereka. Demikian juga pegawai kerajaan semakin berania menyatakan rasa tidak senang kepada kerajaan.

Bagi rakyat umum pula wang dan segala macam pemberian oleh kerajaan diambil tetapi mereka tidak membuat jaminan dan menunjukkan komited untuk bersama Najib mempertahankan kerajaan UBN.

Di sini saya tidak mahu membuat perkiraan apakah Najib berjaya mengekalkan Putrajaya dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, tertapi saya ingin  bertanya secara bodoh apakah Najib berjaya untuk menghalang kebangkitan rakyat di Sabah. Esok khabarnya Najib akan ke Sarawak dalam siri perjumpaan dan sambutan hari kemerdekaan dalam rangka untuk memujuk rakyat Malaysia Timur untuk terus bersama BN.

Gelora yang menimpa Sabah kini tidak dapat ditutup lagi. Kalau ia laksana buah ranum dan berbau, baunya sudah merayap ke segenap ruang dan menyendak lubang hidung. Apa yang berlaku di Sabah sekarang ini jelas menunjukkan Najib tidak ada kuasa hikmat untuk membendungkan kebencian rakyat Sabah kepada UBN dan menyekat rasa ingin lari mereka dari BN. Tindakan diambil beberapa tokoh Umno negeri itu yang meninggalkan BN menunjukkan mereka tidak lagi mempercayai kepada Najib. Perkembangan itulah menjadikan Najib seakan sudah kehilangan sebiji telor!

Penyemberangan dan tindakan meninggalkan BN oleh beberapa tokoh rakyat di Sabah bukan saja terhenti setakat itu saja tetapi ia terus berlaku sehingga tiba pilihan raya. 15 dan 16 September nanti Anwar Ibrahim akan ke Sarawak dan Sabah sekali lagi. Di sana nanti ada beberapa kejutan yang bakal membelalakkan anak mata Najib termasuk sesuatu tindakan di luar dugaan. Mungkin untuk dibayangkan impi dan angan 16 September akan menjelma menjadi kenyataan ia agak melampau tetapi kejadian itu tidak mustahil? Dinasihatkan Najib menyedari perkara ini sedalam-dalamnya.

Jadi kalau arus kebangkitan rakyat Sabah gagal untuk Najib menghalangnya macam pula dengan arus perubahan yang berlaku di Semenanjung khasnya di kalangan anak-anak muda dan juga orang Cina. Gambaran pada himpunan di ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka, Shah Alam dan juga KLCC malam semalam mengisyaratkan apa yang sedang bergerak dari bawah kini. Kehadiran orang ramai yang tidak dibayar atau dimobilisasi oleh mana-mana pihak ke himpunan itu dengan membawa aspirasi mereka sendiri mahukan perubahan memberi amaran awal kepada Najib untuk melihat kemarakan api perubahan.

Silalah Najib sekat dan halang jalan ke Putrajaya. Silakan... Lakukan apa saja. Sekatlah dari semua penjuru. Angin perubahan yang melanda dan mengerisik di dalam diri rakyat muasir ini menyebabkan Najib dan BN tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Kini Najib hanya bola berdoa saja tanpa boleh melakukan sesuatu yang lebih bererti dari itu.

Sebaliknya kalau Najib terus degil dan cuba menghalang jalan ke Putrajaya menyekat ombak kebangkitan dan kemaraan rakyat, maka sejarah baru akan dicatat di negara ini, sejarah bagaimana seorang perdana menteri akan jatuh terlentang di atas jalan kerana dirempuh rakyat yang 'ising' kepada sebuah perubahan dan mahu melenyapkan sebuah kerajaan yang bagi mereka menyemakkan mata memandang. [wm.kl.10:47 pm 01/09/12]

Cari Si Celaka Yang Sponser Samseng Khianat Bas

ULASAN PERISTIWA

Pengkhianatan dan serangan ke atas bas dua tingkat 'JelaJah Kemerdekaan' milik PKR yang berlaku menjelang Subuh pagi tadi telah mecemarkan kenvas politik Malaysia amnya dan Kelantan khasnya. Walaupun tragedi itu tidak melibatkan kehilangan nyawa atau tertitiknya setetes darah tetapi ia cukup untuk mengotorkan bumi dan menganggu kedamaian politik Kelantan. Kejadian itu memberi petanda yang cukup membimbangkan.

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat menyata rasa malu di atas kejadian itu dan menyifatkan ia dilakukan oleh mereka yang jahil mengenai dosa dan pahala.

Nik Aziz ikut sama melihat keadaan bas.
Walaupun sebelum ini sudah ada kejadian-kejadian tidak 'masuk buku' seperti itu, maksudnya yang melambangkan bahawa di Kelantan juga ada manusia tidak beradab atau pun perut buncit yang busuk, tetapi ia tidak seteruk kejadian semalam. Sudah kerap kehadiran Anwar di Kelanhtan cuba diganggu dan disambut dengan kata-kata nesta dan jijik bertujuan melemahkan semangat Anwar tetapi nampaknya usaha jahat itu tidak berbekas inilah menyebabkan pengkhianat menjadi semakin marah.

Anwar bukan mudah kecut perut tetapi gangguan dan tragedi seperti itu makin membakar semangatnya dan juga semangat para penyokong. Mengulas mengenai kejadian itu Anwar terus mengarahkan mereka yang terlibat dengan siri jelajah kemerdekaan tidak gentar dengan kejadiaan bersifat provokasi itu sambil menyatakan ia sudah biasa baginya.

Sebelum ini pernah terjadi kereta yang membawa Anwar dibaling batu dan ditendang sehingga kemek. Sambil itu Anwar dilempar dengan kata-kata kesat yang tidak tergamak untuk didengari. Kejadian ini berlaku ketika Anwar berceramah di Padang Perdana yang terletak di tengah-tengah Kota Bharu. Menjadi tanda tanya kenapa kenjadian tidak beradab itu tidak berlaku di daerah luar Kota Bharu tetapi ia berlaku di Kota Bharu?

Apakah sudah berubah nilai manusia di luar Kota Bharu lebih baik dari manusia yang tinggal dalam bandar Kota Bharu? Atau sememang para samseng itu diimport dari daerah luar? Apapun orang di Kota Bharu akan bertanggung jawab di atas kejadian itu. Pemimpin Umno Kota Bharu harus merasa malu kerana ia berlaku di kawasan mereka. Walaupun mereka tidak terlibat namun tanggapan umum boleh merasakan demikian.

Mereka yang melakukan serangan dan pengkhianatan itu bukan boleh dimaafkan mereka layak disifatkan sebagai Zionis Israel.

Di Gua Musang semasa kunjungan Anwar ke daerah itu beliau hanya disambut dengan dua tiga helai sepanduk yang tertulis kata-kata jelek dan jijik. Namun keretanya tidak dilontar batu dan tiada kata-kata kesat yang dilantunkan semasa Anwar berceramah.

Tetapi apabila bas dua tingkat PKR itu yang baru pertama kali digunakan telah dipecahkan cermin dan sebahagian badannya dilumur dengan cap merah ia sudah melampau. Ia sudah sampai ke peringkat perang fizikal sudah boleh diangkat. Rasanya sudah sampai untuk para tentera Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk ikut bersama kasar sama?

Mengenai kejadian yang sangat dikesalkan ini saya tidak mahu menuduh kepada sesiapa termasuknya pihak musuh tradisi Pakatan Rakyat iaitu BN. Dalam konteks Kelantan ialah Umno. Saya tidak kira Umno yang mengarahkan perbuatan itu. Saya merasakan ada pihak lain yang mengambil kesempatan untuk menunjukkan 'kegedebean' mereka dan dalam masa sama mengharap Umno menyokong mereka.

Saya percaya Umno di bawah Mustapa Mohamed dan Awang Adek Husein tidak tergamak untuk bermain secara jahat. Mereka tidak ada bakat dan sejarah untuk berbuat demikian. Saya cukup yakin ada anasir di luar Umno yang berbuat untuk menarik perhatian Umno dan kerja-kerja ala komunis begitu mesti dilakukan oleh orang yang pernah melakukannya dan percaya kepada politik provokasi.  Justeru kejadian malam tadi boleh dianggap si pelaku itu mahu sabotaj Pakatan Rakyat dan juga UBN Kelantan.

Sebenarnya kejadian malam tadi bukan saja setakat bas dipecahkan dan disimbah dengan cap. Khabarnya bilik penginapan Anwar Ibrahim di hotel berdekatan bas itu di parking juga cuba diganggu. Ada sumber memberi tahu ada orang yang cuba masuk ke bilik Anwar sekitar jam 3:00 pagi? Katanya menjelang petang sudah ada sekumpulan anak muda yang memasuki di coffe house hotel berkenaan dengan menunjukkan lagak meletakkan kaki di atas meja.

Kalau ia benar berlaku keadaan ini sudah sampai ke peringkat bahaya. Ia sudah mengancam keselamatan dan nyawa Anwar. Kemungkinan ini jangan dipandang rendah. Kawalan keselamatan terhadap Anwar perlu diperketatkan. Dalam dunia hari ini apa-apa saja boleh berlaku termasuk pembunuhan. Sekiranya polis tidak bersedia memberi kerjasam atas sebab-sebab tertentu mungkin ahli PKR boleh mengambil inisiatif untuk membentuk pasukan kawalan sendiri. Unit seperti Unit Amal mungkin boleh diwujudkan.

Dalam pada itu pihak keselamatan juga perlu peka dengan keadaan ini. Menjadi tanggungjawab polis keselamatan setiap rakyat negara ini. Mereka tidak boleh bersikap berat sebalah dan perlu memberi jaminan keselamatan untuk semua. Jangan sampai sudah terjadi perkara buruk baru hendak bertindak. Kita tidak mahu melihat darah 'sengoti' akan mengalir ke bumi atau pun 'berlembe' di atas karpet hotel baru hendak bertindak. Manakala ahli PKR pula jangan nanti berlaku sesuatu yang buruk baru mereka hendak menyesal.

Anwar dan Wan Aizah melihat bas yang menjadi mangsa pengkhianat.
Mengenai samseng yang merosak bas PKR itu saya berpendapat mereka bukan dari golongan profesional dan bersekolah tinggi. Mungkin mereka terdiri daripada budak-budak hitam yang drop dalam persekolahan yang mengjadi 'perangah' pil kuda. Kalau mereka profesional dan cerdik, kandati marah kepada Anwar mereka tidak akan merosakkan bas. Mereka tidak perlu memberi amaran darah itu, tetapi mereka akan berdepan dan bersemuka dengan Anwar untuk menyatakan apa-apa bantahan dan ketidaksetujuan mereka kepada Anwar secara profesional. Memarahi bas tanpa Anwar mengetahui apa hujung pangkalnya tidak menyelesaikan masalah.

Justeru mereka hanya ditahap itu mereka tidak perlu dimarahi dan diburu. Yang perlu diburu ialah manusia yang menjadi guru kepada samseng itu dan memberi wang untuk membeli cap dan menyediakan batu untuk melontarkan bas berkenaan. Saya cukup yakin walaupun di Kota Bharu ada orang gila tetapi perbuatan itu bukan dari orang yang hilang akal yang merayai di kaki lima di sekitar Kota Bharu.

Diharap dalam masa terdekat diketahui siapakah dalang di sebalik kejadian itu. Saya cukup yakin lambat laun pasti ia akan terdedah. Dan kalau polis pula serius pasti ada orang yang akan ditangkap. Kegagalan mengesan pengkhinat itu akan menyebabkan orang beranggapan polis mungkin bersubahat dengan kejadian itu.  [wm.kl.4:01 pm 01/09/12]

Bas Jelajah Kemerdekaan PKR Dikhianati

TERKINI PAGI                                                                                    

Jam 6:00 pagi tadi ketika dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu saya menerima maklumat mengatakan bas dua tingkat yang digunakan oleh PKR dalam siri menjelajah kemerdekaan yang diparking di belakang Pasar Siti Khadijah Kota Bharu telah disimbah dengan cap merah dan cermin belakangnya dipecahkan.

Inilah bas berkenaan ketika singgah di Renok, Gua Musang.
Bas berkenaan baru semalam mulai digunakan untuk siri menjelajah kemerdekaan dilengkapi dengan pentas khas untuk bersyarah, dilengkapi kemudahan IT dan sebagainya.

Semalam merupakan siri pertama perjalanan bas berkenaan bertolak dari ibu pejabat PKR di Damansara telah singgah di Bentung, Benta, Pahang, Renok, Kuala Krai, Macahang dan Tanah Merah sebelum di parking di Kota Bharu bagi meneruskan penjelajahan.

Pagi ini bas berkenaan dijangka akan bergerak ke Kedah, Perlis dan Perak dari Jeli.

Kejadian yang berlaku itu sungguh dikesali dan ia juga memalukan rakyat Kelantan. Kejadian 'menyerang' bas yang sedang tidur itu juga dilakukan oleh mereka yang boleh disifatkan pengecut dan tidak tahu menghormati demokrasi. [wm.kl.8"32 am 01/09/12]