Friday, October 5, 2012

Bila Azalina Jadi Badak Sumbu

 PEJAM TEBERAU                                                                                                                  

Hari ini Umno Johor baru berjumpa buku dengan ruas. Kalau sebelum ini pemimpin Umno Johor boleh beriba tangan dan tidak perlu gundah gulanda setiap kali tiba pilihan raya umum, kerana parti itu sudah pasti akan menang besar, tetapi kali ini sudah tidak lagi. Perasaan itu bukan menjadi milik mutlak mereka lagi. Tuhan ini maha adil dan maha mentadbir, rasa 'agah' dan megah yang kesekian lama bertakhta di dalam minda pemimpin Umno Johor sudah ditarik perlahan-lahan.
Azlina, Sallahudin bertemu buku dengan ruas.

Kenapa Allah menarik rasa nikmat dan anugerah itu? Jawabnya tidak lain dan tidak bukan kerana mereka mungkin tidak bersyukur atas nikmat dan rahmat diberikan-Nya. Ada firman-Nya bermaksud; kalau kamu mensyukuri nikmatKu, Aku akan tambah, tapi kalau kamu kufur terhadap nikmat Ku, aku akan tarik dan perhinakan kamu.

Apa yang terjadi kini kerana kealpaan dan sikap ego pemimpin Umno itu sendiri. Tegasnya mereka tidak melaksanakan apa yang mereka janjikan kepada rakyat. Mereka mendabit dada kononnya sebagai pembela Melayu, hakikatnya Melayu di Johor semakin terkempit dan terhimpit. Mereka mendabik dada hendak mendaulatkan Islam, hakikatnya Islam terancam dan diserang dari depan dan belakang. Johor gagal menjadi serambi Makkah atau 'jokel' Madinah, walhal kalau hendak dikira negeri itulah mempunyai paling banyak sekolah agama dan pendidikan agama dikatakan wajib diperingkat pra sekolah.

Jadi dimana janji dan ikrar Umno? Itulah menyebabkan nikmat sementara itu ditarik balik. Keadaan Umno hari ini dalam situasi gelisah dan gelabah macam kucing kejatuhan anak. Perasaan dan keadaan ini tidak dapat disembunyikan lagi. Cara sesetengah pemimpin menangkis serangan lawan secara gasan dan samseng menunjukkan betapa mereka diasak kegelisahan. Beberapa pemimpin melenting dan jadi naik angin tidak semena-mena menujukkan hakikat itu. Bahawa mereka tidak lagi merasa selesa dan tidak akan mendapat kemenangan mudah dalam pilihan raya akan datang.

Salah seorang yang tidak dapat menyembuyikan keresahan dan 'mengepikkan' ketakutan dan melenting macam buah guli jatuh ke simen, ting ting ting, ialah ahli Parlimen Pengerang, Azlina Othman Said. Hari ini tidak semena-mena bekas menteri kabinet itu menjadi naik angin tidak tentu fasal, menyerang orang itu dan orang ini sampai mengajak berdebat dengannya.

Khabarnya dalam parlimen semalam beliau menjadi seperti badak sumbu dalam waktu haid, tanduk situ sigung sini. Badak sumbu kalau dia hendak datang bulan dia akan panas baran dan akan mengamuk 'ikut dan' bagi melepaskan perasaanya. Katanya semalam di parlimen Azalina jadi emosi kerana serangan  pembangkang ke sarangnya di Pengerang. Beliau marah dengan pembanakng yang mendedahkan isu pojek loji penapis petrokimia (Rapid) yang dicadang dibangunkan di kawasannya.

Pembongkaran projek bernilai RM600 billion berkenaan adalah gangguan ke atas sarangnya di Pengerang itu. Selama ini tidak ada siapa menganggu atau pun mengusik sarangnya. Dua kali beliau menang tidak bertanding di kerusi itu. Jadi apabila sarangnya telah diusik baru Azalina merasa betapa hangat dan panasnya bila kloni diusik dan diganggu.

Katanya orang yang menjadi tandukan dan tendangan ala-ala takewando bekas puteri Umno itu ialah Naib Presiden Pas Sallahuddin Ayub. Azalina marah dan berbuku betul dengan Sallahuddin sampai meminta untuk berdebat dengan ahli parlimen Kubang Kerian itu. Tampaknya pemulangan Sallahuddin ke Johor benar-benar pemulangan seorang pendekar yang baru disintuk limau ia telah memberi impak besar kepada Umno Johor. Baguslah.

Saking marahnya Azalina semalam sampai Nurul Izzah Anwar meminta beliau agar tidak emosi. Izzah minta laluan semasa beliau berucap tetapi tidak diberi laluan. Malangnya semasa Azlina membelasah Sallahuddin, ahli parlimen itu tidak berada dalam dewan.

Ada beberapa perkara yang menimbulkan kemarahan Azalina. Antaranya ialah tunjuk perasaan membantah projek itu yang diadakan 30 September lepas di Pengerang. Azalina marah apabila angka tunjuk perasaan itu dikatakan mencecah 7,000. Sebalik, beliau dakwa hanya 3,000 sahaja. Sebenarnya Azalina tidak perlu emosi dan marah kalau angka yang diperolehi itu lebih tepat. Apabila beliau cuba mempertikaikan soal angka ini menunjukkan perasaan itu menganggu musim-musim tidur dan damainya selama ini.

Perkara lain yang dimarah ialah kononnya pengambilan tanah rakyat itu dibuat tidak adil dan menganiaya rakyat. Beliau melenting apabila tanah rakyat didakwa pemimpin pembangkang dibayar dengan kadar RM2.80 sekaki. Sebelum ini Azalina menjelaskan harga bayaran mencecah RM8 sekaki. Beliau juga sebelum ini marah sampai hendak saman Mazlan Aliman apabila Mazlan menuduh beliau terbabit membawa projek itu ke Pengerang. Saya sedikit hairan dalam hal ini, satu masa Azalina ghairah mempertahankan projek berkenaan dan dimasa lain ketakutan pula bila dikatakan beliau terlibat membawa balik projek itu.

Keadaan ini menunjukkan beliau sendiri tidak yakin dengan projek berkenaan akan memberi keuntungan dan dapat membantu rakyat.

Penganiayaan di zaman Udin.

Bercakap soal Johor ini.. mengenai penganiayaan terhadap rakyat ia sudah lama berlaku. Apa yang bakal berlaku di Pengerang menerusi pengambilan tanah rakyat itu adalah kesenimbungan kemungkaran yang telah lama dilakukan Umno, bukan di zaman sebelum Abdul Ghani Othman menjadi MB tetapi ia berlaku di zaman Udin anak Yassin menjadi MB lagi.

Kerajaan UBN Johor licit dalam mengambil tanah rakyat. Kerakusan itu menyebabkan hampir semua tanah rakyat di sekitar Johor Baharu kini sudah bertukar milik. Dahulu yang membuka tanah menebang hutan dan menarah bukit untuk dijadikan kawasan kediaman ialah orang Melayu. Hari ini apa yang ada lagi di Johor Baharu melainkan kenangan dan nostalgia. Jadi apa yang Umno Johor boleh anugerahkan kepada rakyat Melayu ialah kenangan dan nostalgia.

Mereka tidak terus menghalau rakyat Melayu dari kawasan itu, tetapi ia dibuat dengan penuh tektikal. Kononnya kawasan lokasi Melayu itu dibangunkan untuk membantu orang Melayu Johor. Maka dijanjikan bulan dan bintang kepada rakyat Melayu dan akan diberi bantuan untuk membolehkan mereka memiliki hartanah yang dibangunkan.

Tetapi apabila pembangunan sudah siap, orang Melayu tidak mampu untuk memilikinya kerana harga jauh dari kemampuan mereka. Walhasil atas nama untuk mengelakkan kerajaan menanggung kerugian kerana hartanah tidak dapat dijual, hartanah itu ditawarkan kepada orang asing (Singapura). Yang belinya ada Melayu dan ada Cina. Hendak tidak hendak Melayu yang dijanjikan oleh Umno, dimana janjinya tidak ditepati terpaksa melarikan diri masuk hutan atau terjun laut.

Hari ini penghalauan secara diplomasi dan penuh tektikal terhadap orang Melayu masih berlaku. Beberapa kelompok setinggan di Pasir Gudang, Larkin atau Kempas sedang atau dalam proses penghalauan. Kerajaan UBN tidak mengeluarkan apa-apa surat hak milik kepada mereka kandati mereka sudah tinggal disitu sampai beranak dan bercucu. Sekali lagi nama pembangunan dijual kepada rakyat. Proposal untuk membangun kawasan itu dibuat dengan memberi keutamaan kepada setinggan. Tetapi akhirnya apa jadi, semua hartanah dibangunkan itu jatuh ke tangan pihak lain. Sekali lagi setinggan terpaksa mencari lokasi baru untuk dijadikan tempat kediaman.

Gejela ataupun tindak tanduk itu apakah boleh dikatakan Umno membela rakyat? Orang Johor boleh tanya kepada raja atau sultan mereka hal ini?

Sejujurnya orang Melayu Johor tidak perlu berserah harap kepada Umno lagi. Lupalah sejarah yang menjadi kebanggaan orang Johor kerana semata-mata Umno ditubuh di istana Abu Bakar. Sejarah atau kebanggaan itu tidak memberi apa-apa makna lagi melainkan ia sekadar sejarah. Kebanggaan yang satu ini tidak boleh bawa makan kepada orang Melayu Johor untuk sepuluh atau dua puluh tahun lagi. Ternyata hari ini Umno hanya memberi makan kepada golongan ningrat dan bukan marhean.

Hari ini rakyat Johor sudah ada hero baru yang lahir dari semangat dan kebijaksanaan Hang Nadim. Terimalah Hang Nadim yang kecil dan baru itu kerana dia hadir dan muncul untuk membawa perubahan dan membela Johor dari diserang todak kejahatan dan kerakusan Umno selamanya. Hang Nadim ini lebih rela berkorban dan keikhlasannya.

Nah.. sokonglah Hang Nadim dan berikan peluang kepadanya. Hang Nadim yang dimaksudkan itu ialah orang-orang seperti Sallahudin Ayub, Mazlan Aliman, Khaizan Karat dan lain-lain. Saya nampak mereka ini lebih ikhas dan jujur untuk membela rakyat Johor daripada balkis-balkis dan sang rajwali Umno yang kepatahan kepak di siang hari.  Maafkan saya Mat, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan. Mat katanya saham FVGH merudum lagi ... [5:14 pm 05/10/12]

Salentia dan Utusan Sama-sama Cabuk

SESUDAH SUBUH

Cabuk sama cabuk, atau kata P Ramlee, dah elok dah penyamun berjumpa dengan penyangak. Begitulah yang dapat disimpulkan di antara Utusan Malaysia yang mendedahkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang dipetik dari satu blog kemudian diulas oleh seorang ahli parlimen yang mempunyai sifat persis Salentia. Bagaiaman tidak berasas dan penuh kebusukan blog berkenaan mendedah kabinet bayangan itu kononnya dari sumber Pakatan Rakyatan begitu pula cabuk dan busuknya akhbar berkenaan, apabila ia meminta ahli parlimen itu membuat ulasan maka ia menjadi sama-sama cabuk, semakin kohong.

Sebuah media yang ada kredibiliti tidak akan memetik sumber sembarangan. Akhbar yang ada kelas akan mensensor sumber maklumatnya atau tidak pakai tangkap muat saja pengulasnya. Ia juga bukan mengambil maklumat samar yang direka ikut sedap hati kerana cara itu boleh menjatukah martabat dan mutu sesebuah akhabr berkenaan. Penipuan mudah terhadap pembaca dengan menyebut sumber dalaman atau terdekat bukan lagi tektik yang popular dan konkrit. Tetapi itu berlaku dan dilakukan kepada akhbar berkenaan yang statusnya sama dengan sampah sarap sahaja.

Sebagai media yang mengakui menjadi pembawa suara hati nurani rakyat sepatutnya ia semakin lama semaki matang dan bertanggungjawab, 'jiho'nya juga semakin melangit. Tetap sedih dan dukacita dengan media ini semakin lama ia menjadi semakin kucar kacir, standardnya semakin merudum dan tahap kebolehpercayaanya kian menipis. Apakah media ini boleh dijadikan bayangan kepada sikap dan perangai bangsa Melayu yang diperjuangkannya?

Menjadi lebih buruk lagi apabila orang yang diminta membuat ulasan atas sumber diambil adalah sumber 'direkayasa' itu  diulas oleh orang yang buruk telinga dan 'birah' dalam politik. Semua dunia kenala siapa dia Saletia ini, memilik moral politik yang cabuk dan kohong. Tidak ada mana-mana ahli politik di Malayisa mengatasi kebusukknya di dalam politik. Hanyirnya hingga ke neraka! Dia boleh melaku apa sahaja yang orang lain tidak tergamak dan tidak terfikir untuk melakukan. Salah satu kesanggupan ahli parlimen ini ialah dia sedia mencium punggung seseorang. Pengakuan dan kesanggupan ini telah menunjukkan betapa rendah moral dirinya.

Dalam komponen anggota manusia punggung adalah tempat yang paling jijik sekali. Kerana di situ dikhasnya untuk menjadi saluran membuang segala najis atau bahan kumohan. Kalau di tempat ini dia sanggup menciumnya apa lagi hendak dibilang terhadap orang ini. Sebenar tidak menghairankan kerana kloni asal mula haiwan ini ialah di tepi lokang dan payah berair.

Mengenai akhbar tadi, pembaca yang waras akan dapat menilai terhadap apa yang diulas oleh ahli parlimen berkenaan, mengenai kabinet bayangan PR itu. Seribu kabinet seprti itu boleh direkayasa dalam sehari. Tidak payah mengambil mana-mana teori tetapi cukup menulis ikut suka hati sahaja kerana tujuan untuk memfintahkan orang lain. Melakukan fitnah amat mudah mudah sekali. Apa lagi bagi mereka yang jahil adat, miskin agama dan hidup penuh 'kelancauan' sanggup melakukan apa saja termasuk menunjukkan 'palak' kepada orang lain.

Sebab itu kalau orang waras dan tahu menilai sejauh mana benar dan palsu sesuatu maklumat itu tidak akan sedia untuk menjadi pengulas atau memberi pandangan. Tetapi seperti dikatakan tadi kerana di antara akhbar berkenaan dengan manusia pemberi sumbernya sama-sama cabuk dan mabuk maka ia berlaku apa yang tidak sepatutnya itu.

Kononnya kabinet itu kronisme dan ia masih mengangkat dan menjujung Mahathir Mohamad sebagai suci dan bersih. Ahli parlimen itu mendakwa selama 21 tahun Mahathir memerintah beliau tidak mengambil anaknya duduk dalam jawatan penting. Dalam kata lain mengamalkan kronisme. Di sinilah kurang cerdik dan tohornya fikiran ahli parlimen ini. Dek kerana begitu taksub maka tidak nampak lagi kejahatan dan kemungkaran Mahathir. Bak kata orang kalau sudah pakai cermin mata biru, semuanya nampak biru sehingga baju sendiri berwarna merah pun menjadi biru. Seseorang yang boleh dibeli... martabatnya samalah dengan lembu kerbau saja.

Mahathir tidak mengambil anaknya memegang apa-apa jawatan di dalam parti, tetapi yang jelas beliau memberi ruang dan kesempatan berniaga yang begitu luas kepada anak-ananya. Mengapa Mahathir bergaduh dengan Anwar, sebabnya Mahathir mahu Petronas billout syarikat anaknya yang muflis tetapi dibantah Anwar kerana tindakan itu satu penyalahgunaan wang rakyat.

Kalau si Salentia ini tidak buta matanya dan ada sedikit fikiran jilah dia tahu macam mana anak Mahathir boleh jadi orang terkaya di Malaysia sedangkan orang tahu keupayaan anak Mahathir itu di dalam perniagaanya sebelum ini. Bukankah anak Mahathir sudah muflis? Dia bukan seorang magic man, tetapi orang biasa sahaja. Apabila ia dimasukkan dalam senarai terkaya dari mana kekayaan itu kalau bukan dari bapaknya?

Dan kekayaan bapaknya itu datang dari mana kalau bukan dari atau atas berkat kedudukannya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

Ulasan bodoh Salentia ini juga mengambarkan kekecewaanya kerana tidak dapat apa yang diingininya. Dia bersikap laksana musang yang tidak mendapat anggur, maka dikatakan anggur masam. Sikap ini munafik namanya dan menipu diri sendiri.

Dia kecewa kerana dan dendam dengan Anwar kerena sebelum ini dia berhajat untuk jadi  Ketua Perhubungan Keadilan di Kelantan tetapi ditolak oleh Anwar. Mungkin Anwar sudah arif mengenai dolak dalih dan 'pembelawakan' Salentia ini. Anwar mengenali sikap munafiknya bukan baru tetapi sejak lama dulu. Kejadian inilah menyebabkan dia kecewa dan menyimpan dendam dengan Anwar.

Semasa dalam satu pertemuan di Ipoh tahun 2005 Salentina pernah mencadangkan kepada Anwar akan cita-citanya di Kelantan. Saya berada sama dalam perbincangan itu. Dia optimis Anwar akan memberi laluan untuk dia memimpin Keadilan Kelantan. Malang apabila Anwar tidak merestui permintaannya itu di sinilah dia mulai menyerang dan mengkhianati Anwar.

Itu sahaja sebabnya. Hari ini dia bekerja sekeras mungkin membodek Najib Razak kerana mengharap sesuatu dari Najib dalam pilihan raya ini. Dia mahu agar Najib memberi laluan kepadanya bertanding atas tikit BN. Dia sudah dapat mersakan jangka hayat politinya sudah nazak. Dia sudah nampak malaikat maut sudah menghampirinya untuk mencabut kekuasaan politiknya. Dia sudah nampak kubur dia digali dan liang lahad dipersiapkan. Dia juga sudah nampak pengusung keranda dan pemandi jenayah sedang menghampir rumahnya. Bayangan dan objek-objek inilah menjadikan ia gelisah, menggeletar dan sasau.

Itulah maka dia menggeketar dan mencari seribu helah dan daya. Salah satu ialah mengeji dan memburukkan orang yang memberi ruang dan peluang kepadanya. Dia tidak peduli apakah yang dia lakukan bermoral atau tidak. Baginya yang penting dia selamat dengan cita-citanya. Orang seperti ini tidak ada air muka kalaupun ada bentuk muka yang tidak sekata. Orang seprti ini tidak pernah menyuluh najisnya di sepanjang hidup. Kalau dia pernah melihat bagaiaman bentuk najis dan aroma baunya, pasti dia akan insaf dan bertaubat.

Makanya untuk menginsafkannya sembamkan mukanya ke atas najisnya sendiri. Saat paling tepat ialah pada pilihan raya nanti. Hanya dengan menguburkannya saja memungkinkan dia insaf. Apabila dia kalah baru dia sedar bahawa dia sebenarnya lemah dan mempunyai kuasa yang terbatas, saat itu akan menyedaran dia bahawa apa yang dilakukan sebelum ini kosong kosong dan kosong belaka. Mat Said cuba titikkan embun pagi Jumaat ke dalam telinga. [wm.kl.8:04 am 05/10/12]

Thursday, October 4, 2012

Buku Baru Saya Sudah Siap

PEMAKLUMAN

Setelah lama berihat dari menerbitkan buku, kini saya muncul kembali dengan buku baru berjudul: PRU: 13 Nyawa BN Di Hujung Pedang. Sewaktu berbicara dengan Tokguru Nik Abdul Aziz ketika beliau berihat di hospital HUSM, Kubang Kerian dua minggu lepas, beliau menegur judul itu dan kalau boleh minta ditukarkan. Katanya judul itu agak keras sikit.

Wajah belakang dan depan buku baru saya.
"Khabarnya sedang tulis buku, judul apa?" tanya Tok guru di hujung telefon.

"Nyawa BN Di Hujung Pedang, Tokguru.." jawab saya penuh hormat.

"Nyawa di hujung pedang, Ana rasa tajuk itu keras sikit, bolehkah ditukar menjadi, Nyawa BN di hujung tanduk..tak" cadang Tokguru.

Ohp... saya terdegis sedikit mendengar permintaan Tokguru itu. Saya hanya mengangguk-angguk di hujung telefon tanda setuju dan sedikit serba salah. Bagi saya setiap teguran dan pandangan Tokguru terlahir dari dhamir yang suci.

Begitulah Tokguru lembut dan amat bertimbang rasa dalam apa-apa juga. Walaupun hanya dengan judul buku tetapi beliau amat teliti dan perhati. Sebelum ini beberapa fakta didalam buku saya khasnya mengenai kesilapan memetik hadith ditegur direct kepada saya. Tokguru bukan saja pembaca tetapi pemberian ilham dan pengulas buku yang baik.

Kerana teringat Tokgurudi wad, saya tidak mahu menjelaskan kenapa saya membubuh tajuk sebegitu. Jadi saya cepat-cepat menyanggup untuk membolehkan beliau permisi dari bercakap dengan saya. "InysaAllah tokguru kalau dan, ana akan pinda." balas saya. Beliau juga meminta saya mengirimkan senaskah untuknya.

Sebenarnya ketika Tokguru menghubungi saya itu buku sudah dalam proses percetakan. Jadi saya tidak dapat berbuat apa-apa lagi melainkan meneruskannya. InsyaAllah untuk cetakan kedua kalau ada rezeki akan saya pinda demi memantuhi nasihat Tokguru demi mendapat berkat.

Di sini saya akan jelaskan justifikasi dan rasionalisnya kenapa saya menggunakan perkataan "pedang" bukan "tanduk". Mula-mulanya saya judulkan buku itu sebegini; PRU 13: Menanti Saat-Saat UBN Tumbang. Tetapi saya pinda kerana merasakan tajuk itu keras dan sadis untuk UBN. Maka saya perlembutkan dengan membubuh perkataan "pedang"

Pedang yang saya maksudkan itu ialah kuasa rakyat. Rakyat akan bertindak menjadi senjata dalam pilihan raya akan datang. Rakyat akan membunuh UBN. Kemungkinan ini saya lihat kepada perkembangan sesama apa yang berlaku kini termasuk juga mood rakyat. Dalam analisa saya selera rakyat hari ini geram untuk melakukan 'pembunuhan' terhadap UBN.

Ada dua bab penting dalam buku ini untuk melihat kenapa saya merasakan begitu. Iaitu di bab muqadimah dan juga penutup. Saya juga turut mengemukakan satu 'teori' atau andaian bagaimana UBN boleh hanyut kali ini. Teori ini apa dinamakan penggabungan tiga gelombang! Gelombang tsunami, gelombang highway dan gelombang laut China selatan.

Terserah kepada pembaca untuk menilai dan membahas atau mencari logik dan munasabah disebalik apa yang saya kemukakan itu. Buku ini bersifat 4 dalam 1, di mana saya memfokluskan kepada empat orang tokoh, Anwar, Najib, Nik Aziz dan Tengku Razaleigh. Cuba pandang mereka dari hujung pena saya.

Iklan buku baru.
Apapun terima kasih kepada Tokguru atas pandangan dan nasihat. Ternyata beliau mengambil perihatian terhadpa karya atau tulisan saya. Mulai minggu depan kekawan yang membuat tempahan awal demi menyatakan sokongan dan membantu saya akan mendapat buku berkenaan. Pengeposan akan dibuat pada Isnin ini, insyaAllah.

Dan kepada mereka yang berhajat untuk mendapatkannya bolehlah membuat tempahan. (Sila rujuk kepada iklan disebelah) Mungkin pasaran di kedai terbuka agak lambat kerana saya mahu mencuba pasaran di internet, yang rengkas dan menyenangkan. Untuk tujuan itu penjengok sekalian boleh merujuk kepada iklan disertakan dalam catatan ini. Sekiranya ada masalah boleh call dinombor telefon nombor 013 233 6776 sama ada untuk berbicara atau menghantar pesanan (sms).

Atas sokongan dan perhatian anda saya terlebih dahulu mengucapkan berbanyak terima kasih. Allah jualah membalas segala kebaikan anda. Sesungguhnya naywa pena saya terletak di tangan ada. [wm.kl.6:26 pm 04/10/12]

Kita Tengok Siapa Lebih Berani; Mat Maslan Atau Mazlan Aliman

LINTANG PETANG                                                                                                                   

Mat tidak payah cakap banyak, tidak perlu memberi amaran tidak perlu bersabar saman saja Mazlan Aliman apa nak tunggu-tunggu lagi. Mat mana, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan. Rakyat mahu tengok siapa benar dan siapa tidak benar. Mat Maslan kata Mazlan Aliman pemimpin yang celupar kerana banyak membuat fitnah terhadap Felda.

Mazlan lawan Ahmad Maslan.
Sebagai contoh katanya Mazlan mengatakan RM400 juta saham FVHB dijual atau diberikan kepada Genting syarikat perjudian tersohor dan terbesar di Malaya ini di mana salah seorang ahli lembaga pengarahnya datuk Najib Razak.

Saya yakin dengan pendirian dan maklumat yang ada kepada Mazlan Aliman. Dia ini juga berani. Apa keturunan saya tidak tahu, mungkin bugis sama keturunan dengan Najib Razak. Tetapi Najib penakut pula. Selalunya orang bugis berani dan cekal.

Mazlan tidak akan membuat fitnah kerana partinya bukan paeti membuat fitnah. Pas bukan parti putar cerita atau tabur cerita fitnah dan mendedahkan keaiban orang sampai ke seluar dalam. Itu bukan parti Mazlan.

Parti Mazlan ialah parti Pas yang berjuang berladaskan Quran dan Hadith. Pas tidak suka memfitnah atau memutar belit cerita. Logiknya kalau Mazlan membuat fitnah, tidak payah sampai Mat Mazlan tegur, Pas akan menegurnya dulu. Ini mana Pas ada tegur, support lagi adalah...

Tidak usah cakap banyak kita hendak tengok sejauh mana keberanian Mat Maslan. Beliau harus tampil menyaman Mazlan sendiri jangan berharap kepada mana-mana pihak. Kalau beliau memberi alasan tidak ada lokas standi... bermakna Mat Maslan selama ini bercakap bermodalkan angin yang tentu berak bernajiskan asap sahaja.

Saya juga yakin Mazlan Aliman bersedia bila-bila masa untuk berdepan dengan saman Maslan. Harap Mat Maslan berani seperti Azlina Othman Said. Kalau tidak berani bolehlah Mat Maslan bertukar jantina dengan Azalina dalam menghadapi Mzlan Aliman ini.

Keberanian dan kesediaan Mazlan untuk menghadapi tindakan undang-undang Azlina dialu-alukan dan diucapkan syabas. Begitulah anak jantan pantang dicabar dan undur apabila digertak. 

Dan kita orang luar pula inilah masanya untuk melihat orang Johor bergaduh sesama sendiri. Kita tenguk orang Johor mana yang menang. Kalau orang Johor yang dulu 80 peratus menganut Umno sudah mula bergaduh ini bermakna kedudukan Umno di Johor sudah tidak stabil lagi. Kalau dikubu sediri sudah ada pergaduhan, cabar mencabar, apa lagi ditempat lain.

Barang kali benarlah "teori" yang saya kemukakan dalam buku baru saya; Nyawa BN dihujung pedang, ada kebenaran bahawa Johor akan menyambut gelombang di Sabah dan Sarawak untuk meranapkan UBN di Semenanjung. Steady Mat... khabarnya saham Felda merudum lagi. [wm.kl.2:01 pm 04/10/12]

Nak Disebut Naik Birat, Dikenang Ketawa Sendiri

ULSASAN                                                                                                                             

Bukan dengki dan bukan juga hendak khianati. Apa yang diperkatakan kerana ia agak ganjil dan luar biasa dan jarang-jarang terbuat dan berlaku dalam kehidupan orang lain. Begitulah yang dapat difahami dari majlis kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam menjadi buah mulut dan percakapan umum kini. Bukan kerana Ali terus mempertahankan adat dan budaya Melayu yang berunsur hindu itu, tetapi apa dipersoalkan mengenai kegahan kenduri berkenaan.

Kenduri perkahwinan anak Ali yang kontroversi.
Apabila dianggarkan lebih 100,000 tetamu yang hadir kenduri itu besar dan ia tentulah melibatkan kos perbelanjaannya besar. Majlis itu juga mengalahkan majlis kenduri kahwin anak raja-raja Melayu baik sebelum merdeka maupun pasca merdeka. Soal di mana Ali dapat duit dan hendak belanjakan itu soalnya. Tetapi apa yang menjadi persoalan dan kemusykilannya kenapa ia membabitkan agensi kerajaan dan kakitangan awam juga dikerah bagi menguruskannya. Itulah yang tidak menyenangkan dan satu kemungkaran?

Seperti mana dakwa Mahfuz Omar majlis perkahwinan anak Ali itu dibincang dalam mesyuarat sebuah perbadanan negeri Melaka. Dakwa Mahfuz majlis kenduri itu dibincang oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). Perkara ini terbongkor apabila minit mesyuaratnya tercicir kepada media massa. Apakah keperluan dan ada peruntukan untuk perbadanan berkenaan menguruskan majlis perkahwinan itu? Bukankah ini satu penyalahgunaan kuasa?

Kalau kenduri itu diuruskan sendiri oleh pihak Ali dan keluarganya ataupun keluaga Umno tanpa membabitkan kakitangan kerajaan dan sebuah perbadanan tidak menjadi masalah. Ali boleh berbelanja berapa juta ringgit pun untuk kenduri itu kerana dunia Umno mengetahui siapa dia Ali. Ali ialah ketua menteri Melaka yang dunia semua tahu bagaimana hebat dan kayanya sesiapa yang menjadi ketua menteri Melaka bermula era Mahathir.

Misalnya orang juga tahu bagaimana bekas KM, Rahim Tamby Chik mempunyai aset dan wang ratusan juta. Jadi tidak pelik kalau Ali juga kaya atau kekayaannya melebihi kekayaan Rahim Tamby Chik.  Kalaupun bekas KM Melaka yang tidak kaya ialah Encik Ghabar Baba atau Allahryaham Mohd Zain.

Ali juga adalah bekas calon timbalan presiden yang dibatalkan pertandingannya kerana terbabit dengan rasuah?  Faham-fahamlah sendiri. Rasuah boleh dilakukan oleh mereka mempunyai wang untuk mendapat sesuatu seperti kedudukan dan pangkat. Dan rasuah juga berlaku kepada mereka yang lemah iman atau tidak mempercayai adanya yaumi masyhar.

Cerita pagi ini

Pagi ini saya tidak mahu bercerita panjang soal Ali Rustam dengan majlis kenduri kahwin anaknya yang kononya majlis itu mencerminkan sokongan padu rakyat Melaka kepada Ali dan juga UBN. Wajarlah kalau rakyat Melaka menyokong BN sampai ke mati kerana negeri itu tidak ada raja di mana mereka berajakan kepada UBN. Adat istiadat UBN berbeza dengan adat istiadat dan resam orang Melayu. Tidak menghairankan. Namun dalam pada itu terdapat juga segolong rakyat negeri cancaluk itu yang sudah berhijrah kepada Pakatan Rakyat.

Kenduri kahwin anak Ali itu tidak dapat lari dari ianya bermatlamat politik. Ali sangat mengharapkan sambutan meriah itu untuk difahami oleh pihak atasan. Kononnya beliau masih popular dan mendapat kepercayaan rakyat. Mungkin juga apa tertusuk dari kenduri itu ia akan menjadi legasi kepada Ali yang mungkin selepas ini tidak lagi menjadi KM Melaka. Jadi sebagai pegakhiran khidmat dan meraikan rakyat Ali adakan kenduri itu dengan kepastian ianya meriah dan hebat.

Apa yang saya hendak bawa dalam ulasan pagi ini ialah mengenai sebuah lagi kenduri kahwin politik yang bakal diadakan. Kita mahu tengok apa akan terjadi kepada kenduri kahwin yang satu ini. Apakah ianya sehebat kenduri kahwin anak Ali atau pun lebih hebat ataupun tidak diadakan langsung? Logiknya dan kalau mengikut aliran nafsu kenduri kahwin yang satu ini akan lebih hebat dan gah lagi dari kenduri kahwin anak Ali itu.

Masalahnya apakah kenduri kahwin itu sempat diadakan? Ini satu tanda tanya yang boleh kita sama-sama bayangkan. Kenduri kahwin yang dimaksudkan itu ialah kenduri kahwin anak perdana menteri dengan isteri baru, Rosmah Mansor. Anaknya akan berkahwin dengan anak seorang raja dari Kazakstan. 


Majlis pertunangan anak Najib ini sudah pun diadakan secara eksklusif di mana hanya kerabat-kerabat terdekat dan kerabat raja di undang. Kalau majlis pertunangan sudah hebat dan gah pastilah majlis kenduri - naik pelamin lagi hebat. Apa lagi nama anak perdana menteri dengan bini baru, lagi hebatlah. Kalau anak Ali diarak dengan beca roda tiga, tentulah anak Rosmah akan diarak menaiki gajah putih bunting sulung.

Rakyat sudah mengenali citarasa dan nafsu besar Rosmah bin Mansor. Kehebatan kenduri Ali itu mencabar Rosmah dan seterusnya akan mencabar Najib. Sudah pasti Rosmah mahukan nilai kenduri itu lebih mahal dari nilai perkahwinan anak Ali. Rosmah tidak perlu kepada jumlah tetamu 100 ribu tetapi cukup dua tiga ratus sahaja tetapi yang penting harga kenduri itu mahal. Yang hadirnya pembesar seluruh negara dan raja-raja Melayu. Dalam soal ini kuaniti tetamu tidak penting tetapi kualiti (price) kenduri itu penting.

Sebagai isteri perdana menteri Rosmah boleh menarik seberapa banyak wang untuk majlis itu kelak. Selagi dia bergelar Wanita Pertama yang beliau nobatkan ke atas dirinya sendiri, wang akan sampai. Rosmah tidak perlu memecah tabungnya peribadinya yang dibuka sedari kecil, tetapi cukup beliau berdaham sahaja. Kalau sebuah perbadanan dikatakan boleh menguruskan perkahwinan anak seorang ketua menteri, perkahwinan anak Rosmah tentulah ada pihak agensi atau GLC lebih besar dari itu.

Sebelum ini pun majlis klenduri perkahwinan anak perdana menteri itu katanya sudah diurus bayar (sekruang-kurangnya bil dialamatkan ke Jabatan Perdana Menteri), apakah mustahilnya kalau untuk majlis perkahwinan nanti Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Kewangan menguruskannya. Mungkin Mohamad Nor Yaacob boleh dipanggil menjadi bendahara ... bendehara gat zaman moden ini menteri kewangan lah... bagi membincang dari mana dan berapa banyak wang hendak diadakan.

Zahid Hamidi dan Hishmuddin Hussein pula boleh memastikan lalu lintas udara dan darat serta laut berjalan lancar untuk upacara itu. Zahid boleh arah satu paltun askar untuk menjaga keselamnatan manakala Hishamuddin boleh arahkan Ketua Polis Negara memberi sekian banyak anggota polis lalu lintas dan juga FRU untuk mengawal majlis berkenaan. FRU boleh menjamin agar tidak ada gangguan daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAAM) ataupun dari warga Rupblik Bangsar dari membuat kacua ganggu majlis berkenaan.

Pendeknya selagi kuasa masih berada di tangan dan rakyat berada di hujung kuku kaki, Rosmah dan Najib boleh lalukan apa-apa sahaja. Kalau Ali Rustam hanya sebagai seorang ketua menteri sebesar dua belah telapak tangan boleh berbuat begitu mengapa tidak dengan Najib yang menguasai sebuah negara bernama Malaysia?

Cuma saya hendak ingatkan Rosmah dan Najib disini kalau diadakan majlis kenduri perdana itu nanti jangan lupa ajak sama Hasan Akidah untuk menjadi tukang pantun manakala Nasharudin Mat Isa sebagai pembaca doa. Jangan lupa ini. Hasan Akidah yang petah dengan motivasi akan dapat mengarang pantun-pantun yanh indah dan gah memuji pengantin dan juga ibu pengantin.

Misalnya begini; Membina rumah tanpa andang, Daun jendela kayu meranti; Puan Rosmah wanita budiman, Menjadi raja ditahkta Perdana Menteri.

Manakala Nasharudin pula yang fasik dalam bahasa Arab termasuk Arab Mesir, Iran, Irak, Arab Saudi dan segala macam boleh membaca doa-doa indah dan mengasyikkan.  Kalaulah mereka tercicir dari senarai jemputan orang-orang besar maka kempunan dan hinalah mereka dalam martabat bangsa politik negara ini.

Persoalannya kini apakah kenduri kahwin itu akan diadakan atau lebih tepat lagi sempatkah ianya diadakan? Inilah merisaukan Rosmah dan juga pemerhati politik yang mahu melihat peristiwa  itu berlaku.  Kebimbangan inilah mengaru-garu kepala Rosmah. Melihat kepada masa depan UBN yang suram temaram menyebabkan Rosmah mungkin bimbang takut kenduri itu tidak sempat diadakan di masa dia berada di takhta kekuasaan hari ini. Manakala untuk menyegerakan pula kenduri yang besar-besaran itu bimbang ia akan dijadikan isu dalam pilihan raya akan datang.

Sekiranya UBN sudah tidak berkuasa dan Najib sudah tidak menjadi perdana menteri (tidak makan telor) sudah pastilah kenduri yang gah diharapkan itu tidak akan menjadi lagi. Hari ini Rosmah sedar kenapa rakyat (Umno) menghormatinya dan suaminya bukan lain melainkan kerana jawatan PM itu. Apabila sesudah tidak menjadi PM, nescaya mereka tidak akan disebut-sebut lagi. Bak kata bidalan saya, kalau sebut mulut naik birat, jika diingat akan tertawa sendiri. Ah... Mat Maslan tentu faham bidalan saya, sebab Mat Said sakit telinga. [wm.kl.11:56 am 04/10/12]

Wednesday, October 3, 2012

Orang Pakatan Jangan Jadi Persis Mat Jenin

SUSUPAN SENJA                                                                                                     

Elok rasanya kalau semua pihak dalam parti yang berikat dalam Pakatan Rakyat tidak bercakap soal siapa yang akan menjadi perdana menteri, menteri ataupun menteri besar ataupun tokoh-tokoh bakal dilantik memegang GLC kalau pakatan itu menang kelak. Percakapan seperti itu tidak membawa kebaikan sebaliknya memberi keburukkan. Semua pemimpin dan orang dalam Pas, PKR dan DAP tidak perlu mengira atau menamakan sesiapa untuk memegang jawatan itu dan jawatan ini.

Apa yang lebih afdal dan diutamakan ialah kemenangan. Yang perlu difikir dan menjadi fokus ialah kemenangan. Cuba berfikir macam mana untuk memastikan pakatan itu menang bukannya terlebih dahulu mengisi kemenangan dengan menlantik orang itu dan orang ini.

Tidak ada guna menamakan orang itu dan orang ini kalau kemenangan masih kabur. Yang akan boleh membawa kepada perkiraan untuk memilih siapa ialah kemenangan. Bercakap untuk melantik orang itu dan orang ini samalah seperti petani yang bercadang untuk memelihara lembu yang belum dibelinya, sudah berkhayal sama ada lembu itu hendak simpan dalam kandang, di kondo ataupun diletak dalam lori. Perbuatan itu sia-sia saja.

Bahkan dengan bercakap mengenai jawatan dan kedudukan ia boleh menyebabkan Pakatan Rakyat bergaduh sesama sendiri sebelum sampai ke pertengahan jalan. Anda semua kini dalam mengatur langkah menuju ke Putrajaya. Walaupun untuk menghilangkan rasa katup dan menghamba keletihan dalam perjalanan itu dengan berangan-angan begitu, tetapi ia tidak berapa bagus. Kalaulah ada dua tiga ahli dan penyokong bengong akan bergaduh sesama sendiri. Kalau untuk menghilangkan bosan dalam perjalanan itu carilah cerita lain yang lebih selamat.

Ahli Pas yang bengong sudah tentu mahukan Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri, begitu juga dengan ahli PKR yang bebal tetap mahukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Kedua ada hujah masing-masing. Yang mahukan Abdul Hadi mendakwa kekuatan Pakatan Rakyat disebabkan Pas, manakala di pihak PKR pula akan mendakwa kekuatan PR kerana Anwar.

Itu tidak termasuk kalau-kalau ada yang tidak berapa sihat dalam DAP akan berpendapat jawatan PM patut diberikan kepada DAP kerana kemenangan PR itu disebabkan sokongan Cina.  Apakah kalau ketiga-tiga tokoh parti dalam Pakatan itu termakan pula dengan dakwa dakwi itu, haru jadinya.

Jadi sebaik-baiknya semua pihak jangan bercakap dulu fasal ini. Kalau pun masing-masing ada calon masing-masing diamkan saja. Biarlah keadaan selepas kemenangan nanti akan menentukan. Semua pihak perlu menerima fitrah politik itu penuh dengan serba mungkin. Selebihnya siapa bakal memegang jawatan apa kena serahkan kepada Allah s.w.t. Kita hanya merancang mengikut kadar akal fikir kita tetapi yang menentunya nanti adalah Tuhan kita. Hakikat inikita semua kena terima dengan penuh redha.

Manalah tahu tiba-tiba orang lain suku sakat yang akan menjadi PM nanti bukan Anwar atau Abdul Hadi Awang atau Lim Kit Siang. Siapa tahu? Semua boleh jadi dan serba mungkin.

Secara peribadi saya cukup bimbang cakap-cakap atau angan-angan orang Pakatan Rakyat itu akan menjadi seperti Mat Jenin yang jatuh dan mati dari pokok kelapa sebelum berbuat apa-apa, hatta membeli kambing yang kemudian didagangkan sehingga dia membayangkan akan berkahwin dengan anak raja. Elaklah jadi macam Mat Jenin. [wm.kl.6:59 pm 03/10/12]

Musang King Dan Koi Manja Lembah Temir

REHLAH MINDA                                                                                                                    

Benarlah kata orang gambar membawa seribu makna yang tidak terungkap dek seribu kata-kata. Gambar juga boleh menarik dan mengabui pandangan mata zahir. Dan gambar juga membawa cerita yang tersirat dan boleh diterjemahkan dengan sejuta pengertian dan maksud. Dalam sebuah lagu P Ramlee senikatanya berbunyi; tiada gambar secantik lukisan. Memang tepat sekali.

Pun begitu bukan semua seniman; pelukis atau jurufoto dapat menghasilkan gambar yang boleh mengugah perasaan dan sanubari manusia. Ia memerlukan daya kreatif yang tinggi dan keikhlasan dalam menghasilkannya. Bahan seni atau kesenian itu tidak boleh dilahirkan secara 'haram' kerana ianya tidak ada roh. Seni itu sendiri fitrahnya suci.

Mercu tanda Lembah Temir ciptaan Sharina.
"Saya merakam gambar dengan hati dan perasaan, tuan." Demikian ucap sang pengambil gambar 'musang king' jurufotonita Shahrina Ahmad Sharkawi tatkala saya menceritakan bagaimana kaki kami diruntun untuk menjejaki Lebah Temir. Kata-kata itu segera mengenalkan saya siapa si Hawa ini sebenarnya. Bukan saja saya, tetapi Rushdan Mustafa dan Dr Wan Suhaimi Wan Daud juga teruja dengan sekeping gambar durian musang king yang dipotret Shahrina dan dimuatkan dalam Facebooknya.

Tangga menyusuri air terjun memudahkan perjalanan.
Iya kerana gambar itulah yang menarikan kami yang berkebetulan juga merupakan hantu durian. Tidak semena-mena selepas bersarapan pagi kami terus bergerak ke Raub untuk mencari Lembah Temir seperti mana digambarkan Shahrina menerusi alat perakam ajaibnya itu. Mulanya kami sering bertanya dan membuat nujuman, di manakah Lembah Temir. Antara kami tidak ada siapa yang tahu persis lokasinya.

Jambatan kecil menghubungkan antara resort ke resort.
Selepas menghubungi Shahrina yang sudah berada di sana, kami bertolak ke Raub. Dr Wan Suhaimi membatalkan niatnya untuk ke parlimen bagi mendengar perbahasan bajet oleh Anwar Ibrahim. Manakala kebetulan pula Rushdan dalam rangka untuk pulang ke Kelantan kerana ada urusan di mahkamah. Beliau bersetuju saja, katanya selepas makan durian dia akan meneruskan perjalanan senjanya bersendirian ke Kelantan tanpa singgah merasai kelah di Perasu?

Tanpa Shahrina mungkin kami tidak akan ke sana sebab Encik Din, empunya Eco Resort sudah pun berpatah balik bersama isterinya ke Kuala Lumpur. Sebenarnya saya sudah bercakap dan memberi janji dengan Encik Din untuk sampai semalam lagi. Encik Din menanti kedatangan saya ke resortnya itu. Tetapi disebabkan hari minggu itu agak sibuk dan kebetulan kekawan semua ada kerja lain, jadi niat itu tertangguh. Saya bercadang untuk mencari hari lain untuk menyinggahi Lembah Temir.

Pun begitu, walaupun Encik Din tiada... saya tidak merasa kekok kerana Encik Zul yang merupakan Pengurus Eco Resort itu senantiasa berada di situ untuk membantu dan menjelaskan apa-apa saja kegiatan atau fasalitis yang ada di resort berkenaan. Apa lagi dengan adanya Shahrina yang menjadi 'tuan rumah' sementara memudahkan segala urusan termasuk mendapatkan durian dan menyediakan  nasi tengah hari berulamkan pucuk-pucuk kayu.

Sesampai kami disambut sebagai rombongan menteri oleh Shahrina. Bukan main lagi dia sibuk dengan peralatan kameranya. Menyengeng, mendongak menyunting wajah dan pergerakan kami. Dari mula sampai hingga naik ke atas balai resort. Benarlah Shahrina seorang yang benar-benar minat dengan fotografi. Fotografi adala dunianya dan kemera dan lensa adalah teman akrab dan rapatnya. Shutter kemeranya ... shruppp... shruppp bertindak memberi salam. Setiap langkah dan gerak kami disambar mucung kameranya. Mengkagumkan dalam masa tidak sampai sejam semua gambar yang diambil itu di upload ke dalam Fbnya. Semua dunia tahu di mana kami berada dan apa kegiatan kami waktu itu.

Mencium koi yang manja/
Menurut Shahrina beliau berada di situ dalam rangka kerjanya untuk membuat penggambaran Lemah Temir dan suasana resort Encik Din.. untuk dibangunkan web atau blog bagi mempromosi Eco Resort berkenaan. Katanya beliau berjumpa dengan Encik Din tanpa dirancang. Pertemuan itu juga kerana Encik Din tertarik kepada gambar dirakam Shahrina yang bermain dengan anggur di Uzbisktan.  Rupanya camera membawa tuah kepada Shahrina dan menjadi penghubung beliau dengan insan sesama insan.

Seperti saya katakan, kalau bukan Shahrina kami tidak sampai ke situ. Saya sendiri pertama kali mendengar nama Lembah Temir itu dan kewujudan eco resort itu setelah membelek Facebooknya. Begitu juga dengan Rushdan Wan Suhaimi. Mereka juga asing dengan lokasi berkenaan.

Saya yakin sejak beliau 'tak dan tangan'  memasukan gambar dan membuat catatan apa saja yang terhidu dan tersambar dek lensa kameranya ke dalam Fbnya kemudian di share oleh Fb kekawannya. Sudah ribuan penjenguk Fb beliau khasnya mengetahui tempat itu. Ini dapat dirasakan kerana ada yang tersasar ke wall Fb saya bertanya di mana gerangan Lembah Temir.

Dalam tilikkan saya Shahrina memang seorang yang cekap dan tidak berlengah dengan kerjanya. Dia komited. Jadi tidak salah kalau seorang jurufoto Islam Peter Sanders menggelar dan mengharapkan Shahrina menjadi "mamarazzi" kerana menilai kepada hasil kerja yang dilakukan sebelum ini.

Menurut Shahrina, Sanders tertarik kepada kerja seninya setelah melihat gambar-gambar Sultan Muhamad Ke V yang dirakamnya di satu upacara di Kota Bharu. Jurufoto yang dulu Kristian dan kini Muslim itu juga berminat untuk merakam gambar Sultan Mohamad ke V yang disifatkan sultan yang penuh kehambaan berdasarkan gambar-gambar yang dirakam Shahrina tempoh hari. Kata Shahrina gambar yang menyentuh hati Sanders ialah foto baginda Sultan Muhammad memakai sendiri kasut.

Shahrina tuan rumah sementara dan Rusdhan.
Dalam masa lebih 24 jam Shahrina berada di Lembah Temir saya rasa semua sudut, objek, pohon, daun, ranting, sungai, ikan, atau flora dan fauna yang terdapat di situ telah dirakam dan diadunkan dengan perasaannya. Memang kena pada orangnya kalau Encik Din dan juga Zul memanggil Shahrina ke situ. Sepatah kata Zul; tempat ini tidak begitu cantik tetapi ianya diindahkan oleh gambar Shahrina." Apakah maksudnya, itu adalah pengikhtirafan Zul kepada hasil kerja Shahrina.
Wan Suhaimi menabur pelak untuk koi.

Kami ke Lemah Temir itu sebenarnya ada dua tujuan, pertamanya tentulah untuk meratah musang king atau D 24, atau 'cakeko'. Namun nasib kami tidak berapa baik. Salahnya kami juga tidak memberi tahu awal-awal akan kedatangan kami. Buah durian yang luruh pada malamnya telah pun dibawa ke luar untuk dijual atau dipunggah tetamu.

Bagimana pun rezeki kami tetap ada, dalam keadaan hampir kecewa tiba-tiba si Adi (Orang Asli) yang berkerja di resort itu membawa tiga biji musang king. Apa lagi raja buah yang ditunggu-tunggu itu kami lahad sepuasnya.
Adi yang jadi tukang kopek musang king.
Tujuan kedua ialah untuk berkenalan dengan Lembah Temir keistimewaan dan juga keunikan alam semula jadi ciptaan Ilahi.

Ringkasnya berada di Lembah Temir ia mengembalikan kita ke alam semula jadi. Ia jauh dari hiruk pikuk kotaraya yang sibuk 24 jam. Lembah damai itu sangat sesuai untuk berihat di hujung minggu. Sambil menenangkan fikiran kita dapat menikmati suasana alam semulajadi yang masih belum terusik. Air terjun yang jatuh celah-celah batu menyembur di wajah sungai menghiburkan. Manakala ribuan anak-anak kelah dan tegas yang berkeliran dan sesekali melompat di permukaan air, menjadi kita bersatu jiwa bersama mereka dan tanpa disedari juga latar masa 'bocahan' dulu terbentang di ruangan mata.

Kemanjaan ribuan koi di kalam yang dirawat rapi pula menyebabkan kita terlupa sama sekali kepada dunia lain. Anda boleh merasai satu pengalaman baru bergurau dengan koi kelaparan dan manja. Mereka akan mengerumuni kita dan mengigit jari jemari dengan mulutnya yang tidak bergigi. Sentuhan langsung dengan mereka menyedarkan kita bahawa antara kita dengan mereka tidak ada batas perbezaan kecuali dipisahkan akal.

Saya tidak mampu untuk bercerita panjang dan terperinci dari sini, anda perlu singgah ke lemah ini dan menjadi warganya untuk seketika barulah  kita dapat merasai keindahan, keseronokan dan bahagia bersama alam yang kita sudah lama tidak menyatukan diri dengan ciptaan Tuhan ini kerana mungkinan disebabkan kesibukan masa.

Bagaimana untuk ke sana? Untuk ke Lemah Temir ke Eco Resort ini tidak begitu sulit. Dari arah Kuala Lumpur ia boleh dimasuk menerusi dua jalan besar. Menerui Felda Mempaga di Lurah Bilut atau menerusi Jalan Sungai Ruang di Raub. Jarak Lemah Temir dari Raub kira-kira 45 km. Lemah Temir dari segi geografinya terletak di Lembah Klai. Jarak dari jalan besar Lemah Klai ke Lemah Temir hanya sejauh 6 km menerusi jalan separuh tar dan simen yang membelah ladang sawit.

Penginapan..? Disediakan beberapa buah resort yang dibina di puncak bukit batu atau dipinggir air terjun. Dari jendela resort dapat menyaksikan pemandangan fantastik dan sambil mendengar nyanyian beburung dan percikan air terjun. Suasana sekitar dan resort disediakan sangat sesuai untuk pasangan yang baru diijabal kabulkan. Tidak terlupa pasangan yang sudah bercucu seperti saya juga, sesuai. Pastinya bayu dan bisikan air terjun akan mengasyikkan kita dan menambahkan lagi biru warna cinta selama bermukim di lembah taman para pari-pari itu. [wm.kl.8:51 pm 02/10/12]

Foto ehsan Fb Sharina: http://www.facebook.com/Shahrina.A.S

Tuesday, October 2, 2012

Najib: Berani Bentang Tak Berani Berdepan

JENGOK BAJET                                                                                                                        

Bagi seorang individu dan rakyat yang bermaruah, menerima pakai dan menjunjung semangat perundingan, perdebatan dan mencari konklusif secara baik akan merasa malu dengan tindakan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Najib Razak yang menuang parlimen semasa ketua pembangkang Anwar Ibrahim membahas bajet yang dibentangnya.

Apakah ertinya bajet dibentangkan kalau ianya tidak diberi pandangan dan ulasan? Lebih 'mahabul' atau 'samrawit' lagi kalau pandangan dan teguran diberikan tidak didengar oleh orang berkenaan. Seolah-olah terguran dan pandangan itu penting dan bajet yang dibentangkan itu sudah perfect seartyas peratus.

Jiwa Najib tak sehebat baju hijau.
Saya tidak tahu apakah Najib memahami sistem parlimen, fungsi dan juga tanggungjawabnya. Parlimen ada dewan legislatif untuk membicarakan hak-hak kepentingan rakyat dan negara. Di situlah segala keputusan dirumus demi kebaikan rakyat dan negara dicernakan. Di dalam parlimen seharusnya tidak ada perasaan benci membenci sebagai seteru politik sebagai mana di pentas pidato. Parlimen adalah dewan perdamaian dan pencurahan idea dinamik. Ia berbeza sekali dengan pentas ceramah.

Dalam hal ini Najib perlu melupai dia seorang Umno yang fanatik terhadap idealismenya manakala Anwar pula melupai dia sebagai seorang PKR, pembangkang yang sepanjang masa mahu menumbangkan kerajaan. Seharusnya bila kaki sudah melangkah ke bendul parlimen tidak ada lagi perseteruan dan ruang kesempatan diambil untuk mencanangkan nafsu politik masing-masing.

Pembangkang dalam konotasi perlimen ialah pihak membuat teguran terhadap apa-apa juga yang dipandang tidak baik agar ia menjadi baik. Bangkangan juga memberi idea atau input baru bagi mencantikkan lagi apa-apa keadaan yang tidak indah bukannya menambahkan keburukan dan kejelekan. Misalnya kalau pembangkang memberi tegruan dan menambah makluamt terhadap bajet diberikan Najib ia akan menjadikan bajet itu cantik dan sempurna lagi. Natijahnya yang mendapat nama dari kebaikan itu bukan pembankang tetapi Najib dan kerajaan sendiri.

Tetapi apabila beliau mengambil sikap dan budaya merasakan pembangkang itu selamanya membangkang dan prejudis kepada kerajaan ia adalah satu sikap negatif yang tidak membawa keuntungan. Sikap tidak perlu diamalkan oleh seorang perdana menteri. Perangai atau pun pendirian seperti itu tidak wajar dijadikan tradisi dalam berpolitik dan berkerjaan. Apa yang Najib lakukan itu bakal diamalkan oleh species didalam Umno selepas ini dan ia adalah politik anti tamadun.

Ironisnya semasa Najib membentangkan bajet selama hampir dua jam, ia didengari dan ditekuni dengan cermat oleh pembangkang termasuk Anwar. Mereka mendengar bukan sahaja untuk mencari salah dalam ucapan Najib tetapi sebagai menghormati itulah bajet untuk negara yang dibentangkan oleh perdana menteri. Mereka mendengar untuk memberi pandangan dari persepktif mereka serta tanggungjawab sebagai pembakang dalam hakikat sebenarnya.

Makanya kalau Anwar dan sekalian ahli pembangkang lain boleh menahan diri, menahan sabar dengan gurauan Najib yang sesekali memedihkan telinga dan memanaskan hati, kenapa Najib begitu sombong dan 'agah' untuk berbuat demikian? Apakah sudah ada satu perlembagaan baru (sub seksyen) yang digubalkan di mana perdana menteri tidak berhak atau perlu mendengar ulasan dan perbahasan ke atas bajet yang dibentangnya. Bahawa telinga Najib sudah ' berbolot' dengan tahi telinga tatkala Anwar bangun berucap? Begitukah?

Paling menjahilkan lagi keadaan dan politik di sebelah kerajaan, apabila bukan sahaja Najib tetapi timbalannya juga terikut-ikut dengan sikap dan ulah Naib. Mereka juga tidak hadir untuk mendengar ulasan atau perbahasan bajet oleh pembangkang. Rakyat yang bermaruah dan tahu terlalu berpolitiking akan bertanya dimakah maruah dan integriti mereka? Jangan salahkah rakyat, kalau rakyat merasa mual dan menganggap mutu siasah mereka sebagai pemimpin sangat rendah.

Najib dan sekalian menteri harus faham yang menjadi pemerhati dan mengambil bahagian dalam politik bukan saja rakyat kelas tiga yang seronok dengan cara mereka berbasi basi dalam politik. Tetapi parlimen atau tingkas laku mereka juga diperhati oleh golongan cerdik pandai, baik di dalam negara maupun di luar negara. Mereka akan memerhati sejauh mana penerimaan Najib dalam hal ini. Seorang pemimpin yang hebat dan agung itu mengambil sikap terbuka dan tahu meletakkan sesuatu kepentingan dan tanggungjawab itu pada tempat dan masanya.

Kalaulah Najib berkorban untuk mendengar ucapan Anwar semalam, dia akan dilihat bukan saja bertangjungjawab dan berani tetapi ia akan disuluh sebagai seorang ahli politik yang praktikal dan gentlemen. Sikap itu akan dihormati oleh rakyat, oleh pembangkang juga dan penyanjungan kepada menjadi lebih tinggi lagi.

Kita tahu di dalam parlimen Najib atau menteri kewangan ada wakilnya. Para pegawai akan mencatat apa-apa yang diulas dan ditegur oleh pembaangkang kemudian akan di bawah ke pengetahuannya. Manakala back-bencer pula akan menganggu mana-mana ucapan pembangkang yang langsung mengkritik Najib atau pun melencung jauh dari topik asalnya. Namun kewujudan dan keberadaan mereka di situ tidak 'sebermakna' dengan adanya sendiri menteri kewangan dalam dewan. Atau dengan adanya timbala-timblan menterinya. Kandati Najib mengikuti perbahasan oleh Anwar menerusi live tv di pejabatnya, namun hakikatnya rekod akan dicatat sebagai beliau berada di luar dewan.

Orang akan melihat Najib bukan seorang menteri yang badot kalau beliau memaksa diri sekejap mendengar ulasan Anwar. Bukan sahaja Anwar malahan seluruh ahli parlimen akan melihat Najib sebagai seorang pemimpin gentlemen dan bertanggungjawab. Sebagai insan, sudah tentu akan ada sentuhan jiwa bila berlaku pandangan mata. Bila situasi ini wujud ia boleh menyejutkan kepala dan timbul rasa damai di hati. Tetapi bila keadaan seperti itu terus berlaku, berjauhan dan pulau memulau inilah menyebabkan wujud ketegangan sepanjang masa.

Implikasi buruk sebenarnya diterima Najib apabila beliau enggan mendengar ucapan Anwar. Orang yang cerdik akan menganggap bahawa Najib tidak seberani yang ditonjukkan menerusi aksi dalam syarahannya. Orang akan menganggap Najib seorang tidak bertangungjawab seperti mana dilaung-laungkan. Dan lebih parah lagi orang akan kata Najib tidak sanggup berdepan mendengar perbahasan dan ulasan Anwar, kerana Najib tidak mampu untuk berbahas secara spontan dan langsung melainkan hanya mampu membaca baris-baris, komen dan titik apa yang telah disuratkan.
Hakikat ini jelas apabila isi, perkataan dan laras bahasa didalam tiga bajet Najib yang saya dengar adalah perulangan frasa-frasa yang sama, perulangan sebutan-sebutan dan ayat retorika yang sama, perulangan sindiran-sindiran yang sama, cuma yang ada sedikit pengubahan figure dari kecil menjadi besar sebaliknya dari yang besar diperkecilkan mengikut keperluan sesama.

Apapun yang ketara dalam pembentangan bajet kali ini Najib berani memakai sut berwarna hijau, warna syurga yang menjadi milik Pas? Seharusnya bila Najib berani memakai baju hijau dia juga sepatut menjadi lebih berani dan terkeluar dari pradigma diqueen control oleh politik pondan.

Eh..eh... kenapa Mat tersenyum tu, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan. Felda apakah khabar Mat? [wm.kl.9:37 am 02/09/12]

300 Guru Terperangkap Dalam Kursus Dakyah?

SUSUPAN PAGI                                                                                                                        

Bertempat di sebuah hotel berdekatan jalan Chow Kit Road semalam telah berlangsung satu program apa dinamakan Pengurusan Permentoran Perkhdimatan Awam KPM. Kononnya program itu untuk memberi penjelasan berhubung polisi dan juga dasar kerajaan serta pembangunan dalam pendidikan untuk anak bangsa.

Seramai 300 orang guru hadir pada program berkenaan yang berlangsung sehari suntuk. Mereka terdiri dari guru-guru yang sekolahnya terletak dalam parlimen Lembah Pantai yang kini diwakili oleh Nurul Izzah Anwar. Adalah dipercayai program berkenaan diadakan mengikut kawasan parlimen.

Backdrop ceramah berkenaan.
Perjalanan program berkenaan dikatakan sudah mulai nampak senget sejak awal apabila pihak yang menguruskan program berkenaan iaini ahli jawatankuasa terdiri dari guru-guru besar atau pun pengetua. Tugas mereka bagi memastikan semua guru-guru yang dijemput hadir.

Setiap kehadiran dibayar wang sakut RM15 dan diberi makan tengah hari percuma. (Murah sangat harga pendidikan di negara ini?)

Rakaman audio dan gambar tidak dibenarkan disepanjang penceramah memberi kursus tersebut. Alasannya kerana gambar itu boleh mengacam nyawa penceramah? Jadi tidak ada sesiapa dibenarkan merakam gambar program tersebut. Kenapa begitu bahaya sekali penceramah dalam satu program yang dihadiri pendidik seperti itu?  Inilah keganjilan yang menjadi persoalan di kepala yang hadir.

Kata pada mulanya kecurigaan terhadap program berkenaan tidak seberapa membengongkan lagi, tetapi setelah penceramahnya tampil maka terjawab untuk apa dan mengapa program itu diadakan. Ia jelas program itu tidak ada sangkut paut langsung dengan pengurusan permentoran dalam pendidikan, kerana penceramahnya dari individu politik. Di sini mereka mula merasakan terperangkap.

Ceramah itu disampikan oleh orang bernama Mohamed Razali Abd Rahman yang mengakui dia kononnya bekas pegawai khas kepada salah seorang ahli Parlimen DAP. Isi ceramahnya ialah
memburukkan DAP yang ingin melakukan reformasi politik di negara ini serta mendedahkan kononnya tindak tanduk DAP yang boleh menyebabkan orang Melayu dan Islam merasa marah dan mengalami kerugian.

Antara apa didakwa orang bernama Mohamed Razali itu ialah, kononnya DAP ingin menjadikan negara ini sebagai negara Kristian, mahukan perdana menteri dari bukan Islam dan Melayu dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik.

Penceramah itu juga mendakwa DAP ada menjalinkan kerjasama dengan Zionis, melatih think tank DAP dan juga kononnya DAP akan mendapat bantuan kewangan dari Israel untuk pilihan raya akan datang. Lebih teruk dan menakutkan kononnya lagi selepas Pakatan Rakyat menang kerajaan Pakatan akan membenarkan penubuhan kem tentera Israel di Port Dickson.

Segala tuduhan itu jelas ia adalah direka khas untuk strategi politik untuk menimbulkan rasa takut dan bimbang dari kalangan orang Melayu. Natijahnya biar orang Melayu marahkan DAP dan pulau PKR dan Pas sekali. Dan bagi guru-guru yang mempunyai sedikit pengetahuan berhubung ketatanegaraan akan menolak isi penceramah itu kerana ia jelas sebuah propaganda dan fitnah.

Guru yang cerdik tahu akan bagaimana proses pembentukan kerajaan dan juga fungsi raja-raja Melayu. Untuk menukar negara ini dari sebuah negara demokrasi dengan raja berpelembagaan kepada sebuah rupblikan bukan sesenang dibayangkan.

Namun kepada guru yang cetek pengetahuan, jahil mengenai sejarah negara serta sistem pemerintahan negara ini akan menerima bulat-bulat apa diucapkan oleh penceramah bernama Mohamed Razali itu. Mereka akan telan tanpa mamah dan kunyah seperti ikan koi menelan pelet berbau busuk itu.

Apa lagi kalau ada guru-guru yang mabuk dengan pemberian wang RM15 kerana dengan wang itu dapat dibeli sekilo anggur untuk dimakan semasa menonton televisyen akan menjadi agen menyebarkan dakyah berkenaan. Mereka akan menyebar dan memberi tahu anak-anak murid mereka apa-apa yang difitnahkan oleh penceramah berkenaan. Diharapkan anak murid pula akan menyampaikan kepada bapa mereka di rumah.

Persoalan kini apakah lelaki itu benar dia sebagai seorang pegawai kepada ahli parlimen DAP? Kalau benar ternyata ia dibayar untuk mendakyah guru-guru setelah melakukan tindakan berpaling tadah kepada tuannya. Boleh jadi juga tidak ada orang bernama seperti itu berkhidmat dengan mana-mana ahli parlimen DAP dan ia adalah rekaan pihak tertentu sahaja. Ia boleh jadi pegawai perang saraf dari sekolah Bukit Aman?

Keraguan ini timbul di kalangan beberapa orang guru yang hadir ke program berkenaan kerana butiran ceramah itu 100% berbau politik memburukkan pembangkang dan tidak ada apa-apa topik pun yang ada hubungkait dengan program berkenaan.

Begitu juga kalau dia benar, kenapa perlu sembunyi diri dan ianya dilindungi? Kenapa perlu berbisik atau menyampaikan maklumat itu secara tersembunyi. Kalau benar apa didakwa itu, bukan guru yang sepatutnya diberi tahu tetapi pihak keselamatan yang perlu mengawalnya. Masalah hubungan dengan Israel bukan masalah kecil ia masalah keselamatan negara yang perlu ditangani oleh pihak polis, tentera dan segala macam pasukan keselamatan.

Dan untuk berbaik dengan Israel bukan menanti Pakatan Rakyat jadi kerajaan sekartang ini kerajaan UBN ada hubungan dan berbaik-baik dengan Israel. Pengkalan tentera tidak perlu dibangunkan di Port Dikson tetapi sudah pun ada di pengkalan hati sesetengah pemimpin negara. Itu Apco adalah jenama Israel? Siapa yang menggunakan khidmat Apco, Pakatan Rakyat atau UBN?

Jelas apabila ia diberi secara berbisik di dalam gelap ia ada motif dan muslihat lain. Motif dan tujuan yang jelas ialah untuk merosakkan kepercayaan rakyat kepada DAP yang kini sedang menjalinkan usaha untuk menumbangkan kerajaan UBN dengan Pas dan PKR. Sekali lagi nampaknya warga guru diperalatkan dan wang rakyat disalah gunakan untuk mempertahankan kuasa politik pihak tertentu. Mat Said sakit telinga. [wm.kl.8:31 am 02/09/12]

Monday, October 1, 2012

Esok Perarakan Mega Tuntutan Royalti Petroleum Bermula...

MERENTA SIANG 

Esok 2 September 2012 akan berlangsung perarakan mega menuju ke Putrajaya untuk menuntut royalti petroleum dari kerajaan pusat. Walaupun perarakan itu adalah untuk kepentingan umum tetapi ia lebih terkhusus kepada untuk Kelantan. Perarakan itu bermula di Kelantan berakhir di Shah Alam dan dijangka disertai lebih 500 buah kereta.

Perarakan ini dikira terbesar kerana ia melibatkan seluruh negara. Mungkin ia akan mencatat dalam Guinness book of records sebagai konvoi terbesar dalam menuntut royalti.

Penjelajahan yang berakhir di Putrajaya itu terlebih dahulu akan menjelajahi seluruh negara. Sepanjang berlangsung perarakan ini jalan raya dan highway dijangka akan dipenuhi dengan kereta yang mengibarkan bendera "R" manakala para pesertanya semua mengenakan baju berwarna merah.

Pesertanya bukan saja dari Kelantan atau negeri-negeri yang mempunyai minyak, tetapi negeri lain juga turut bergabung sama untuk menunjukkan sokongan dan simpati kepada rakyat Kelantan yang dipersenda-sendakan oleh kerajaan UBN.

Gabungan ini bagi memberi impak besar bahawa penganiayaan kerajaan Pusat terhadap Kelantan bukan sahaja dideritai atau dikesali rakyat Kelantan tetapi rakyat negeri lain juga.

Perarakan atau konvoi mega dengan kereta itu dianjurkan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti), yang lebih dikenali sebagai "R".  Pengarah program Nazri Deraman yang juga presiden R.

Penafian royalti minyak ke atas rakyat Kelantan itu adalah simbolik bahawa demikian kezaliman kerajaan terhadap rakyat. Justeru wajar esok semua mereka yang merasai teraniaya dalam bentuk apa juga bergabung dengan konvoi "R" ini tanpa mengira fahaman politik. Bukan saja para penyokong dan ahli Pas tetapi semua rakyat Kelantan yang merasakan mereka dianiaya dan dinafikan hak wajar ikut menyertainya.

Mengikut tentatif perarakan di Kelantan ia bermula di Kota Bharu di mana para peserta akan berhimpun di lokasi yang tetapkan dan akan bergerak menuju ke ibu negara. Pada masa sama juga perarakan dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ikut sama bergerak menuju ke Kuala Lumpur dan mereka akan berhimpun dalam majlis kenduri perdana di Kuala Lumpur selepas Asar.

Pada malamnya diadakan ceramah mega tuntutan royalti petroleum bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Majlis itu akan dipenuhi dengan ceramah mega oleh Anwar Ibrahim, Husam Musa. Hadir sama nanti ialah wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak, Ibrahim Menudin korporat yang baru menyertai PKR (Sabah) dan Ali Biju (Sarawak).

Banner "R" dibawa sampak Sabah.
Turut hadir sama Khalid Ibrahim mewakili Selangor, Lim Kit Siang Penasihat DAP manakala Abdul Hadi Awang dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat juga akan hadir sama.

Himpunan dan perarakan ini akan diteruskan lusa 3 Oktober dengan penyerahan 150,000 tanda tangan dan referandum rakyat Kelantan yang menuntut royalti petroleum dan pendaratan gas kepada perdana menteri.

Kemuncak perarakan itu 4 Oktober satu piket aman dan penyerahan memorandum kepada perdana menteri dan ketua pembangkang di bangunan Parlimen sempena sidang belanjawan Malaysia.

Rakyat Kelantan perlu merasa bangga atas inisiatif Ngo ini yang cuba mengetengahkan aspirasi rakyat Kelantan untuk mendapat hak mereka. Kesungguhan Ngo ini patut dipuji. Mereka bukan saja mengeleggakkan gelanggang di Kelantan saja bahkan sampai ke Sabah mereka membawa hasrat rakyat Kelantan. €[wm.kl.8:34 pm 01/10/12]