Friday, January 9, 2009

Tengah Malam

Penjenguk Blog Merah Tinta Mencecah 2 juta.

MENJELANG tengah malam ini jam 00:00 imbas kira (page view) blog Merah Tinta mencecah 1.5 juta. Seandainya jumlah ini dicampur dengan jumlah dihari pertama ia diperkenalkan April 2007 jumlahnya sudah melebihi 2 juta.

Saya mengucapkan terima kasih kepada penjenguk yang setia dengan blog ini. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang terus memberi semangat, dorongan dan kata-kata perangsang untuk saya. Sokongan anda penjenguk semua menjadi aspirasi kepada saya untuk terus berblog walau dalam keadaan bagaimana sekalipun.

Doakan semoga saya dikurniakan kewarasan dan salurkan ilham oleh Allah s.w.t bagi meneruskan perjuangan menerusi alam siber ini. Salam : MSO.

11 comments:

IndukYati said...

tahniah kpd Pak Sayuti...saya pn dah add laman blog Pak Sayuti kedlm blog saya...teruskan berjuang di alam siber ini Pak Sayuti,kami lapis baru nie akan mengekori rapat dr belakang..Syabas sekali lagi

Mohd Isa Abd Razak said...

Salam.

Syabas. Teruskan usaha tuan menyebarkan cetusan minda demi agama, bangsa dan negara. Teruskan nukilan dengan bahasa Melayu yang betul, baik dan berkesan. Insya-Allah, saya akan sentiasa berusaha mengikuti kandungan blog ini.

Pancarkan akhlak mulia dalam penulisan kita.

Wassalam.

Ajeem said...

Salam MSO,

Setinggi-tinggi tahniah dirakamkan kepada saudara kerana punyai kejayaan sendiri...saya minat dengan pandangan dna tulisan saudara sejak mengenali akhbar SIASAH bermula tahun 2005 hingga sekarang. Malahan saya merupakan salah seorang pelanggan dan pembeli setia akhbar tersebut...semoga saudara dikurniai kesihatan yang padu terutamanya kesihatan rohani dan minda...terima kasih..

lan said...

tahniah syeikh! sering saya baca posting anta, cuma kalau Mulut Murai je saya kurang gemar sebab tak mengerti!

kalau pi masjid baru WM bagi tahu la ehe

ibuikhmal said...

Salam...saudara MSO..sejak mengenali blog saudara.saban pagi blog saudara la yg saya buka dulu...saya meminati penulisan saudara...Tahniah dan semoga terus di beri kekuatan untk menulis..

roslan sms said...

Syabas dan tahniah kepada sahabat saya kerana dah masuk dalam kelab jutawan.

Blog yang panas, berani dan ikhlas demi kebenaran.

Semoga terus dikunjungi peminat, insyallah

Anonymous said...

assalamualaikum..

TAHNIAH..sesungguhnya informasi dan analisis yg dicetuskan amat terkini dan pantas.sesuai dgn kehendak isu yg diperlukan..perkenalan ramadhan di Madinah Al Munawwarah menjadikan blog ini tatapan rutin.
semoga mendapat ganjaran yg besar dari Allah subhanahu wataala.

hamdy said...

tahniah tahniah..boleh match chedet nii.

buatlaa duit sikit dgn letak iklan ... membuka pintu rezeki...berapa banyak dapat, itu hak Allah menentukannya.

Anonymous said...

Assalamualaikum wrahmatullah. salam ma'alhijrah.
Tinta Merah adalah suara MSO. Tahniah dan syabas. Teruskan perjuangan menegakkan kebenaran dalam menyalur berita; lancar telus dan berwawasan selaku saluran alternatif mendampingi minda ummah.
Selamat kembali dari Tanah Suci, moga memperolehi Haj Mabrur dan dapat meneruskan khidmat menyampaikan 'risalah' sambil menggapai keredhaan Allah.

Unknown said...

Salam MSO, Tahniah diatas kejayaan MSO sebagai Blogger,,hasrat saya tahun 2009 saya juga dapa menjadi seperti MSO..saya dah cadangkan nak tubuh persatuan Blogger Kelantan,,MSO boleh jadi ahli tak.

boleh tak linkkan blog saya:al-hasnan.bogspot.com..dari Mohd Nor Yahya Kota Bharu,

Anonymous said...

Tahniah MSO!! Semoga pena tuan lebih tajam selepas ini. Jadikan ini semangat untuk tuan menulis dengan lebih berkesan.!