Sunday, January 4, 2009

Marah Pagi

Mana Satu Betul: Zahid atau Ahmad Said,
Atau Dua-dua Tak Betul

SEMAKIN jelas dan nyata pemimpin BN tidak sehaluan dan bertelagah sesama sendiri dalam mencari isu dan modal untuk menawan Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan. Pertelagahan dan kegelabakan ini begitu jelas sekali. Barangkali begitulah adat orang salah, semua kerja tidak betul dan tembelang terdedah dengan sendirinya bila sudah terlalu busuk.

Perhatikan kepada kenyataan dan pengakuan dua pemimpin BN, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamid dengan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said.

Bagi Ahmad Said projek adalah modal asas kepada BN dalam mana-mana pilihan raya. Projek dijadikan umpan dan tawaran serta bahan ugutan. Katanya (lihat posting di bawah semalam), sekiranya pengundi Kuala Terengganu tidak memberi undi kepada BN, projek tidak akan dilaksanakan. Apakah itu bukankan satu ugutan?

Beliau juga menyebut sebanyak RM5.8 juga telah diperuntukan untuk membina longkang dan parit kecil di Kuala Terengganu. Jelas Ahmad Said telah mempergunakan wang tujuan meraih sokongan rakyat bila ia diumumkan disaat-saat pilihan raya hendak diadakan. (Bagi Ahmad Said politik rakyat Terengganu hanya longkang dan peparit kecil saja).

Kenyataan Ahmad Said itu bertentangan dengan kenyataan atau pegangan Zahid Hamidi. Kata Zahid, BN tidak pernah menggunakan peruntukan pembangunan bagi tujuan memancing undi baik pada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

Kata Zahid pembangunan diluluskan secara berterusan dan bukan dilakukan pada musim pilihan raya. Tuduhan itu menurutnya adalah tektik kotor pembangkang. Bolehkah dipercayai?

Pangakuan Zahid itu benar dan itulah yang seharusnya berlaku. Sebagai kerajaan ia tidak boleh membeza dan melakukan diskriminasi kepada rakyat. Soalnya apakah dari pelaksanaanya begitu? Adakah jaminan daripada Zahid bahawa BN tidak melakukan seperti mana berlaku itu?

Saya tidak mahu ulas panjang mengenai hal ini sebab rakyat semua sudah cerdik. Mereka yang lahir selepas merdeka dapat menilai sendiri bagaimana pembangunan digunakan secara betul dan bagaimana pembangunan kilat digunakan atau dijadikan alat untuk mencapai sesuatu tujuan politik.

Untuk negeri Terengganu sendiri rakyat negeri itu boleh jelajah ke semua tempat atau tapak pelancaran projek mega di negeri itu yang dilakukan oleh bekas MB, Idris Jusoh bersama Perana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Pergilah ke tapak-tapak projek pertanian, perikan, industri, dan sebagainya yang telah dilancar secara rasmi dan dilaporkan berkobar-kobar dalam akhbar. Semuanya dilancarkan menjelang pilihan raya umum 2008. Apa sudah jadi dengan tempat atau tapak projek berkenaan kini? Semuanya kini ditumbuhi lalang dan hutan dan setengahnya menjadi sarang tempat babi beranak!

Bukankan itu adalah umpan pilihan raya untuk memancing rakyat agar sokong BN?
Perhatikan juga apa yang berlaku ke atas royalti minyak yang kemudian ditukar kepada wang ehsan. Bukan cara pengagihan wang kepunyaan rakyat Terengganu itu satu perogolan di hadapan mata dilakukan BN untuk kepentingan politik mereka?

Berbalik kepada kenyataan Zahid tadi beliau menuduh pembangkang sengaja putar belit mengatakan BN menggunakan projek untuk pembangunan. Menurutnya kerja itu ialah kerja kotor pihak pembangkang. Menurutnya pembangunan diluluskan tidak mengikut musim pilihan raya. Betulke? Kepada Zahid jangan sesekali cuba mengalih pintu syurga dengan pintu neraka.

Sekali lagi saya tidak mahu menokok tambah cuma meminta Zahid membaca kenyataan Ahamd Said yang disiarkan menerusi Buletin Utama TV3 semalam dan jug baca kenyataan yang dilaporkan Bernama. Untuk kemudahan Zahid saya sertakan sepenuhnya laporan berkenaan di bawah ini.

Projek pembangunan RM5.8 juta untuk penduduk Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri merancang melaksanakan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, peruntukan tersebut meliputi RM2 juta untuk projek membaiki longkang dan jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.


"Sukar untuk kerajaan meneruskan agenda pembangunan jika sekiranya Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya kecil nanti.

"Lihat sahaja (kawasan) DUN (Dewan Undangan Negeri) Wakaf Mempelam yang agak ketinggalan dari segi pembangunan berbanding kawasan-kawasan lain dalam Parlimen Kuala Terenganu. Ini kerana wakil rakyatnya dari parti pembangkang, dan beliau tidak dapat membangunkan kawasan itu kerana bukan dari parti pemerintah," katanya.

Kerajaan negeri juga bersedia untuk menambah peruntukan pembangunan untuk penduduk Kuala Terengganu jika sekiranya menang dalam pilihan raya itu nanti, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri juga merancang menjadikan Bandaraya Kuala Terengganu sebagai daerah pelancongan bagi menarik lebih ramai pelabur luar yang akan memberi peluang kepada penduduk memajukan lagi ekonomi mereka.

Sementara itu calon BN untuk pilihan raya kecil itu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata beliau bersedia untuk menjadi jambatan antara rakyat dengan kerajaan negeri dan kerajaan pusat jika diberi peluang menjadi wakil rakyat nanti.

Katanya, masih banyak projek pembangunan yang dirancang oleh penyandang sebelum ini Allahyarham Datuk Razali Ismail yang masih belum diselesaikan dan dilaksanakan.

"Jika diberi peluang untuk menjadi jambatan, saya akan pastikan suara- suara rakyat di Kuala Terengganu didengari oleh bukan sahaja kerajaan negeri tetapi juga kerajaan pusat.

"Malah sejak diumumkan menjadi calon ini, banyak juga masalah rakyat yang telah dikemukakan kepada kerajaan negeri dan pusat untuk diberi perhatian," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk Kuala Terengganu terus memberikan mandat kepada BN dalam pilihan raya kecil itu nanti untuk memastikan agenda pembangunan di kawasan itu dapat diteruskan tanpa sebarang masalah. BERNAMA.

Saya sangat berharap semoga Zahid tidak kabur mata dan bacanya dengan jujur laporan berkenaan. Jangan cuba bersandiwara dan memutar belitkan fatka. Sebagai Menteri Agama saya percaya Zahid akan bersedia mengakui kesilapannya kalaupun tidak di hadapan publik tetapi mungkin di dalam bilik.

Sebaik-baik muslim ialah mereka yang mengakui kesalahan dan kesilapan yang dilakukannya baik sedar atau tidak. [wm.kl 10:00 am 04/01/08]

No comments: