Wednesday, January 14, 2009

Ole-ole Kuala Terengganu







9 comments:

bungaraya said...

Demi kerana Allah SWT, cuba berfikir seadil-adilnya. Dalam gambar yang anda paparkan hutan kah atau kemudahan prasarana yang baikkah? Trengganu dibawah BN tetap akan meneruskan pembangunannya tanpa kemenangan sekalipun. Itu adalah satu tanggungjawab. Sudah tentulah akan lebih bermotivasi jika kemenangan dapat diraih dalam PRK KualaTrengganu ini. UMNO berjuang sejak kemerdekaan dan PAS hanya tahu menlontarkan kritikan. Jika benar mereka bijak membawa pembangunan, kenapa Kelantan masih juga spt 40 tahun yang lalu. Kadang pentafsiran Al-Quran yang disalah-maksudkan telah digunakan untuk mengabui mata rakyat. Sebenarnya tidak ada satu ayatpun yang ayunan maksudnya menyuruh kita malas dan tidak membangun, hatta walupun kita menmui jalan kegagalan 1000 kali.

nick2008 said...

Assalamualaikum.

Saudara bungaraya.Sudah berapa lama saudara tidak ke Kelantan. Saya adalah rakyat Kelantan. Saya lihat Kelantan tetap pesat membangun walaupun di bawah kerajaan PAS. Kerajaan BN adalah kerajaan yang penuh dengan rasuah, diparahkan kerana pemimpin2nya melindungi rasuah dan melakukan rasuah. Kerajaan yang rasuah tetap akan jatuh walaupun PAS tiada di mukabumi ini. Rasuah menutup keadilan. Menutup keadilan bererti zalim. Sejarah membuktikan mana2 kerajaan yang zalim akan Allah hancurkan.

NH Shah Alam said...

Komen bungaraya berserabut.
Dok tahu gapo dio...

Tolong tulis dengan jelas dan ikut perenggan. Insyallah orang boleh faham apa yang kita tulis dan juga orang boleh sampaikan idea kita yang bernas itu kepada orang lain.

- NH Shah Alam -

Besi Berani said...

Salaam
Sdr Bungaraya,
Betul gambar yg dipapar menunjukan prasarana yang baik. Dan saya setuju bahawa negeri Trengganu telah membangun secara pesatnya semenjak 10 tahun kebelakangan ini. Tapi harus diingat kehidupan kita sebagai khalifah dibuni ini bukannya hanya tertakluk kepada kebendaan semata-mata. Apa gunanya segala kemewahan dan kecanggihan di dunia tetapi tanpa kesucian iman dan keperibadian mulia. Mesti ada keseimbangan dunia dan akhirat.

Saya bukan warga Kelantan atau Trengganu tapi kerap ke sana atas urusan kerja. Saya rasa sdr silap bila mengatakan kelantan masih juga seperti 40 tahun dahulu. Terdapat banyak pasaraya moden (Tesco yg terbaharu)seperti KB Mall. Juga terdapat banyak hotel mewah berbanding 40 tahun dulu. Perniagaan semankin rancak dan dipelopori oleh umat Islam dan bangsa melayu (90%). Saya amat bangga sekali kalau dibandingkan dengan negeri lain termasuk negeri kelahiran saya sendiri.

Bila saya ke masjid ditengah bandar KB ataupun di kawasan kampung untuk bersolat, saya meletakan kereta saya tanpa menutup cermin tingkap(agar kereta tidak terlau panas). Bolehkah sdr buat demikian di Kuala Lumpur, Kuantan ataupun Johor Bahru? Pastinya ini akan mengundang kepada kehilangan barang dalam kereta sdr, sedangkan kereta dikunci pun boleh dipecah-masuk dan berlaku kecurian.

Pembangunan dalam sesuatu negara mestilah seimbang mengambil kira juga perkara seperti agama, sosial, budaya, moral dan bukan hanya tertumpu kepada ekonomi dan kekayaan.
Sejarah menunjukan bahawa kehancuran setiap tamadun (Rum,Parsi dll) itu disebabkan oleh keruntuhan iman,moral dan keperibadian. Justeru itu, adakah sdr inginkan sesuatu keadaan yang mana negeri kita ini mewah dengan prasarana, gedung, bank, bangunan dan segala macam gemilang, terbilang, tapi papa dengan nilai keagamaan.

Cuba buka mata dan telinga dan berfikir secara adil seadilnya. Dapatkah sdr benar2 bersaksi dengan Allah swt bahawa tiada rasuah, salah guna kuasa, rompak duit rakyat, bersikap zalim, menindas dll dalam sistem pentadbiran negara sekarang ini. Berani kah sdr berkata secara ikhlas bahawa sistem perundangan negara ini bebas sebebasnya. Adakah polis di nagara ini betul dan tepat dalam melaksanakan tanggung-jawap dalam tugas mereka. Setujukah sdr dengan tindakan di ambil oleh pemerintah ke atas mereka yang dizalimi oleh akta ISA?
Kalau tak keberatan, saya dengan rendah diri dan insaf menunggu jawapan sdr.
Sekian, wasalam
Besi Berani

Din said...

Bungaraya
Awak buta mata atau hati? adakah awak tidak melihat pembangunan di kelantan? Jika awak bandingkan dgn selangor mmglah tak adil sebab selangor tu dekat KL

Untuk pembangunan(material) berjalan memerlukan DUIT . Awak lupakah berapa billion royalti minyak ditarik semasa PAS memerintah Terengganu.Itu adalah satu hasad dengki dan pengkhianatan yang sangat nyata,menghalang pembangunan rakyat sendiri. Satu billion lebih daripada duit royalti minyak yang menjadi hak negeri terengganu untuk membuat rumah under SPNB dekat negeri lain

Terengganu adalah negeri kedua yang paling kaya dengan hasil bumi,tetapi juga no 2 dari segi paras kemiskinan (lebih tinggi daripada kelantan!)

Saya adalah orang Terengganu, dan sampai mati saya tidak akan lupa pengkhianatan BN terhadap rakyat Terengganu. Saya jenis melayu tidak mudah lupa

BN cuma mementingkan 3P = Perut,Pangkat,Poket

Syah said...

bungaraya...kamu hanya mendengar tanpa melihat hakikat yang sebenarnya

Anonymous said...

bungaraya,

Bagus kamu berani bertukar2 pendapat dengan orang2 yang berada dilandasan yang betul.

Semoga kamu mendapat peyunjuk dari Allah SWT.

Anonymous said...

En/cik bungaraya,

Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk membetul dan memulihkan akhlak manusia. Bukan secara khusus utk memulihkan ekonomi. Kenapa ??

Kerana, secara tabienya manusia akan berusaha bertungkus lumus utk mendapatkan kemewahan dan kekayaan.

Kerana, islam hendaklah dilaksanakan dahulu barulah ekonomi menyusul.

Contoh senang, seseorang ditanya kenapa tak sembahyang. Maka dijawab, saya nak tunggu senang dulu. Sekarang payah nak sembayang, kerja sepanjang masa.

Nak tunggu senang baru nak laksanakan syariat islam jawabnya mati dulu la..

Ramai juga orang yang berazam, ada motosikal/kereta nak gi masjid. Bila dapat tak pergi juga.

asalbayu said...

Kesian bungaraya kena belasah!

Saya menetap di Alor Setar dan berasal dari kampung dalam daerah Baling.

Pada 11.1.2009 lalu saya berserta isteri, anak, menantu dan cucu telah pergi ke Kelatan kerana menghantar anak bongsu masuk Politenik Kota Bharu di Kok Lanas. Kami sekeluarga bermalam di sebuah hotel di Kota Bharu berhampiran 7 Eleven dan berhadapan dengan Court Mammoth.

Anak saya kena lapor diri pada 12.1.2009. Oleh itu, kami bertolak pada sebelah pagi berkenaan dan sempatlah saya memerhatikan suasana di KB yang pesat membangun berbanding dengan lebih 10 tahun lalu masa saya menghantar anak sulung masuk USM di Kubang Kerian.

Sepanjang jalan ke Kok Lanas, malah dalam perjalanan ke KB sehari sebelumnya juga saya perhatikan rumah-rumah dan bangunan rumah kedai dibina dengan begitu kemas. Tiada beza dengan negeri-negeri di Pantai Barat yang dikuasai oleh BN.

Bagaimanapun saya bersyukur kerana Kedah, negeri kelahiran saya kini dikuasai oleh PR dan diharap ia dapat dikekalkan sekalipun sebelumnya keluarga saya adalah amat fanatik dengan UMNO/BN yang kini berkudis dengan amalan politik wang jika bukan budaya rasuah. Maaf saya amat jahil bagi membezakan keduanya.