Friday, January 9, 2009

Laporan Lewat

Umat Islam Sepadu Kutuk Israel dan Amerika

RAKYAT Malaysia hari ini bergabung tenaga meluahkan kemarahan dan melaungkan kutukan ke atas Israel laknantullah yang bertindak kejam terhadap rakyat Palestin. Sejak regim yahudi itu menyerang Semenanjung Gaza 27 Disember lalu kini sudah lebih 700 rakyat Palestin telah terkorban angkara syaitan penyembah anak lembu merah itu.

Di ibu kota negara lebih 5,000 umat Islam berarak menuju ke kedutaan bapa angkat Israel, Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Pekeliling untuk diserahkan memorandum bantahan. Gabungan terdiri daripada berbagai NGO dan parti politik, khasnya Pas berarak sambil membawa berbagai sepanduk dan kain banting mengutuk Israel sebaik saja selesai menunaikan solat Jumaat.


Selain itu para penunjuk perasaan juga turut sama membawa replika mayat bagi menggambarkan kesadisan Israel dan juga beberapa pasangan kasut yang digantung bagi menunjukkan kebencian kepada Presiden Amerika Syarikat George W Bush dan dalam masa sama menyokong tindakan wartawan Muntadar Al-Zeidi yang berani melontar kasut ke muka Bush.

Sambil berarak penuh semangat, emosi dan semangat ukhwah Islamiah dan kemanusiaan para demostran juga melaung kutukan, "Mampus Israel", "Hancur Yahudi", "Jahanam Amerika" dan sebagai yang diselang selit dengan takbir Allahuakbar.
Selain kaum lelaki wanita juga turut sama menyertai perarakan melepaskan kemarahan dan kutukan itu. Perarakan hari ini adalah terbesar dilakukan umat Islam negara ini untuk mezahirkan kemarahan dan simpati kepada rakyat Palestin.

Antara pemimpin Pas yang ikut sama dalam perarakan itu ialah dua Naib Presiden, Mohamad Sabu, Husam Musa dan juga Ketua Pemuda Salahuddin Ayub. Manakala bekas perdana menteri Mahathir Mohamad juga turut sama ikut sama mengutuk keganasan Israel di perkarangan sebuah masjid.

Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut sama bersama ribuan umat Islam Kelantan berhimpun sambil membakar bendera Israel di perkarangan pejabat Pas di Kota Bharu. Berikut disertakan beberapa keping yang sempat dirakam oleh jurugambar, Zamzarina di ibu kota tengah hari tadi. [d' kota kl 9:15 pm 08/01/09]

2 comments:

Seladang said...

Atas nama PRIMA, kita bangun bersama menentang dan mengutuk kejahatan zionis Israel yang zalim terhadap Islam dan manusia. Kita atur bantahan ini dari satu tempat ke satu tempat. Kita lalui ranjau yang ada demi Islam dan kemanusiaan sejagat. Adakah yang tidak setuju?

al-brangi said...

Lepas ni pakat2 demo kat kedutaan arab saudi dan mesir pulak.

negeri mereka banyak minyak tapi seronok tengok saudara sendiri kena sembelih