Tuesday, January 20, 2009

Kilau Mengilas

Keanihan Undang-Undang
Apa bezanya Serban Singh Dengan Serban Anak Pondok?

KELMARIN seorang anak pondok Pasir Tumbuh di Kelantan, Ahmad Nasir Darus 28 tahun telah dijatuhi hukum denda sebanyak RM90 atau penjara dua hari oleh Majistret Kota Bahru kerana kesalahaan tidak memakai topi keledar semasa menunggang motisikal tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhi oleh Majistret, Tengku Amalin A’Ishah Puteri Sultan Ismail.

Ahmad Nasir tidak membayar denda berkenaan sebaliknya memilih untuk dipenjara. Alasan beliau ialah kerana ingin menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w. Dalam ‘kepercayaan’nya serban itu ialah pakaian Rasulullah dan tidak menjadi kesalahan malah wajib baginya mempertahankan pakaian berkenaan.

Sekali pandang hukuman ke atas Ahmad Nasir itu seperti zalim dan tidak menghormati sunnah Rasulullah seperti mana diyakini oleh anak pondok berkenaan. Ia juga menggambarkan Majistret itu lurus dan menjatuhkan hukuman berdasarkan peruntukkan undang-undang yang ada tanpa langsung menggunakan budibicaranya sebagai seorang Islam. Mungkin itulah tanggapan ringkas.

Tetapi apa yang perlu disedari, Majistret atau hakim akan membuat keputusan berdasarkan fakta dan menggunakan perundangan yang ada. Kebenaran hakikat bagi mereka bukan perhitungan. Mereka tidak dapat melencong jauh dari itu. Soal budibicara, sentimen tidak merupakan keutamaan dalam membuat sesutau keputusan.

Jadi Majistret bukan bersalah dalam hal ini kerana beliau menuruti dan mematuhi undang-undang yang tersedia.

Manakala dari pihak Ahmad Nasir menerima hukuman itu sebagai satu penganiayaan dan keputusan yang tidak menghormati sunnah yang diyakininya itu. Sebagai seorang muslim beliau berhak mempertahankan pakaian Rasulullah atas kepercayaan sesiapa mempertahankan pakaian Rasulullah ia akan mendapat rahmat dan keberkatan.

Sebab itulah Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan para ustaz, alim ulama mempertahankan pakaian serban dan sering mengenakan jubah dalam kehidupan seharian mereka.

Apakah kita boleh mengatakan kata-kata (keyakinan) Ahmad Nasir itu karut? Bahawa serban itu tidak ada kena mengena dengan Rasulullah? Kalau Ahmad Nasir karut maka karut dan kurafatlah sekalian orang yang pakai serba dan jubah atas alasan kerana mempertahankan sunnah Rasulullah?

Di sini apa yang menjadi masalah kerana undang-undang yang digunakan pakai dalam mahkamah jahil terhadap apa itu sunnah? Mungkin juga undang-undang kita tidak memandang dan melihat ada apa-apa nilai pun ke atas pakaian berkenaan. Dalam kata-kata lain sunnah bukan sesuatu yang perlu dipertahankan. Sebaliknya mahkamah kita lebih menghormati turban (serban Singh) daripada serban anak pondok.

Dalam kes Ahmad Nasir tadi Majistret memberi alasan dia tidak menemui apakah ciri-ciri menandakan Ahmad Nasir sebagai lebai. Pihak pembelaan mungkin gagal mengemukakan bukti menunjukkan Ahmad Nasir seorang lebai. Sebab kalau Ahmad Nasir lebai dia dikecualikan daripada mengenakan pakaian serban. Begitulah peraturan dan penilaian perundangan kita.

Jika hendak dikira soal lebai ini pun subjektif. Tidak ada tanda-tanda khusus kepada seseorang yang boleh dikatakan lebai. Istilah lebai itu ia berasal daripada perkataan 'la'baik' iaini baik atau mulia. Di sini boleh difahamkan lebai itu orang yang baik dan mulia. Baik kerana dia mengamal hukum Allah dan menuruti ajaran Rasulullah. Dan orang yang begitu ia dianggap mulia.

Jadi kerana polis yang menyaman Ahmad Nasir itu tidak nampak tanda yang dia baik atau mulia maka dia tidak dianggap lebai. Kalau Ahmad Nasir dilihat lebai pasti dia tidak akan disaman dan dibawa ke mahkamah sehingga Majastret membuat penghukuman Ahmad Nasir tidak seorang lebai maka beliau tertakluk dengan undang-undang yang sedia ada itu.

Soalnya di sini apakah setiap warganegara singh negara ini yang mengenakan terbannya itu adalah orang yang secara automatik 'lebai' ataupun ada istilah lain untuk singh maka mereka tidak berani disaman oleh polis? [wm.kl. 2:00 pm 19/01/09]

9 comments:

. said...

Inilah jadinya apabila TURBAN dianggap lebih mulia dari SERBAN!

imtiyaz said...

Teringin nak jadikan ahmad nasir tu menantu tapi anak kecik lagi... Tahniah dan syabas atas pendiriannya...

Seladang said...

Sdr MSO

Kerajaan BN lebih mementingkan budaya bangsa dari budaya agama terutamanya agama Islam. Bagaimana kalau kita nasihatkan orang Islam memakai songkok hitam iaitu budaya pemakaian Melayu? Kerajaan BN amat takut dengan serban putih! Sebab dia dah banyak putih mata!

Anonymous said...

Salam...
Bagi saya saya kes ini subjektif. Walau apapun pandangan masyarakat terhadap kes ini, sunnah tetap sunnah dan undang-undang tetap undang-undang. Rasanya tak salah kalau remaja yang disaman itu buka sekejap serbannya dan memakai topi keledar semasa menunggang. Selepas sampai destinasi, pakai serban semula. Masa buka serban dan pakai topi keledar tu, kita niatlah untuk menjaga keselamatan semasa menunggang dan bukan untuk tidak pertahankan sunnah... Kita harus ingat bahawa Allah SWT itu Maha Adil dan Maha Mengasihani. Bukan menjadi kesalahan jika membuka serban sekejap...

Ibnu Ali said...

Assalamualaikum

Di sini saya ada pandangan berbeza. terutama berkenaan dengan tindakan beliau mempertahankan sunnah dalam keadaan menolak maqasid syariyah.

Dalam hal ini, kita kena belajar banyak fiqh awlawiyat (fikah Keutamaan). Mempertahankan sunnah itu wajib, bagaimanapun dalam keadaan ianya bertembung dengan maqasid syariyah, maka dalam sesetengah hal, gugurnya kewajipan lain.

Dalam hal ini, tidak perlu saya menyalahkan Pelajar Pondok tersebut, kerana saya tidak faham dengan tindakannya. Tetapi pada saya bukan tempatnya untuk mempertahankan sunnah yang mandubah yang ternyata bertembung dengan Maqasid Syariyyah itu sendiri.

Sunnah itu sendiri ada yang wajib, mandub (sunat), bahkan ada yang haram bagi mukmin melakukannya.

Namun saya percaya satu hari nanti pelajar pondok tersebut akan belajar sesuatu di lain masa.

Akhir kata, Islam itu bersifat fleksibel. Dalam keadaan berperang pun tentera Islam Salahuddin Al Ayubi mengenakan topi dan baju besi dan tidak mengenakan serban dan jubah.

P/S: Rasanya pernah lihat keratan akhbar yang menunjukan perubahan undang-undang yang membenarkan memakai serban ketika menunggang. Cuma terlupa akhbar mana, yang pasti akhbar berbahasa Inggeris.

Anonymous said...

Buka serban pakai topi keledar bukan isu. Kalau begitu orang sikh buka turban pakai topi lah, lepas tu pakai balik.Masalahnya undang2 kita tiada roh Islam.

Anonymous said...

tahniah kepada Ahmad Nasir kerana sanggup masuk penajra semat- mata mempertahankan sunnah Rasulullah.
Dais yang amat kuat menyatakan akhir zaman nanti umat Islam banyak umpama buih dan tidak ada siapa pun takut dengan mereka. Sama seperti yang berlaku di Gaza.
Kini orang Islam sendiri yang mengaku menyambut maulud Nabi tapi menghina Rasulullah secara terang dan nyata.
Akhir zaman memang ramai golongan munafik.
\Orang yang berutung adalah orang seperi Ahmad Nasir.
Semoga Allah menjadikan lebih ramai pemuda macam Ahmad Nasir dan lebih ramai yang mahu dan cintakan aalan sunnah. Walau sekecil mana dan seremeh mana manusia perkecilkan.

Ibnu Ali said...

Kepada Anonymous 1,

"undang2 kita tiada roh Islam." itu satu masalah lain, masalah yang dihadapi oleh Ahmad Nasir ni masalah lain.

Singh pakai turban tu, dah tanya ke dia, turban yang dia pakai tu "wajib" atau "sunat" di sisi agama mereka?

Kepada Anonymous 2,

Memang mulia seseorang itu dapat mempertahankan Sunnah-sunnah Nabi-nya. nabi pun ada sebut berkenaan dengan satu golongan yang dinamakan dengan Ghurabak, "maka beruntunglah mereka".

Hal ini boleh diajukan kepada ulama-ulama yang diakui kemuktabarannya. Bagaimana kondisi Ahmad nasir ini dalam konteks agama kita. Saya sekadar memberi apa yang tahu.

Walahua'lam

Anonymous said...

Sunnah vs Maqasid Sya'riyyah..satu persoalan yang boleh dibahaskan. Kes ni sama je kes saman budak sekolah yang pakai serban vs Guru Besar / Kementerian Pelajaran sedikit masa dahulu. Cuma persoalannya umat Islam akan menbandingkan kan pulak ngan Sikh yang dibenarkan memakai terban. Langkah yang bijak adalah haram semua termasuk pakai serban & turban semasa menunggang.