Saturday, January 17, 2009

Isu Tanah Perak

Tanah: Nazrin, Nizar, Umno dan Gerakan

PANDANGAN Timbalan Ketua Wanita Gerakan, Ng Siew Lai mungkin juga benar kita tidak perlu mengungkit apa yang telah berlaku dan menjadi bungkusan sejarah. Biarlah sejarah berlalu dan dijadikan iktibar di masa akan datang. Sejarah tidak boleh dipinda tetapi sejarah baru boleh dicipta.

Siew Lai merujuk kepada titiah ucapan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah yang menimbulkan teguran Raja-Raja Melayu tahun 1950 terhadap rancangan Briggs yang diperkenal oleh Sir Henry Gurney yang memperkenalkan pembukaan tanah baru untuk penempatan 400,000 orang Cina.

Raja Nazri (foto) mengatakan Raja-Raja Melayu menyifatkan pembukaan tanah baru itu sebagai merampas hak orang Melayu yang diusahakan oleh penjajah British.

Rancangan itu telah wujud sejak hampir 60 tahun lalu. Kenapa soal itu ditimbulkan hari ini? Mungkin kesedaran mengenai sejarah itu lewat untuk diungkit dan dikaji semula setelah perjalanan bangsa dan negara telah terlalu jauh berlalu menjadikan ia tidak begitu relevan dan motifnya mudah dicurigai.

Apa yang jelasnya ia timbul semula apabila kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak pimpinan Mohamad Nizar Jamaluddin memberi hak milik kekal tanah kepada 11 orang di tanah rancangan kampung baru di Kuala Ruai, Perak. Itu saja.

Kalau bukan kerana tindak tanduk kerajaan Perak itu mungkin sejarah itu tidak akan diungkit dan generasi selepas merdeka tidak akan mengetahui mengenai rancangan tanah berkenaan. Kenapa selama ini pembukaan atau rancangan tanah itu tidak pernah diungkit oleh mana-mana pihak secara terbuka, baik secara lisan atau dalam mana-mana forum yang diadakan sebelum ini?

Umno sendiri terutamanya Umno Perak tidak pernah menceritakan prihal teguran Raja-Raja Melayu itu baik di zaman Tajul Rosli Ghzali maupun di zaman ayahnya Ghazali Jawi. Umno sendiri pun banyak membelakangkan pandangan dan tidak menghiraukan teguran raja-raja Melayu bahkan parti itu pernah berperang dengan raja-raja Melayu sutu masa dulu. Apakah kita lupa? Siapa yang mengurangkan imuniti Raja-Raja Melayu kalau bukan parti bernama Umno?

Dan apakah pada zaman pemerintahan kerajaan BN, kerajaan Perak tidak pernah memberi hak milik ataupun sejuring tanah kepada orang-orang Cina? Kalau BN tidak melakukan begitu bermakna gambaran kerajaan BN prihatin dan adil kepada semua kaum adalah tidak benar? Salahkah kalau dikatakan bentuk dan sistem pemerintahan khasnya mengenai kuasa ke atas tanah yang diamalkan kerajaan BN di Perak sendiri adalah warisan dari British?

Mungkin disebabkan kelalaian dan kealpaan mendedahkan mengenai teguran Raja-raja Melayu kira-kira 60 tahun lalu mengenai tanah rancangan itu yang disifatkan sebagai merampas hak Melayu menyebabkan kerajaan Perak hari ini terlupa atau tidak menyedari langsung mengenai teguran itu menyebabkan mereka mengurniakan hak milik kekal tanah kepada 11 orang penduduk kampung baru di Kuala Ruai itu.

Saya yakin kalau sejarah itu diungkit di sepanjang masa ia boleh menjadikan mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa tanah berwaspada dan tidak mudah terlanjur begitu jauh.
Apabila Raja Nazri menyuarakan itu maka ramailah yang tumpang semangkuk untuk melanyak dan mengkritik kerajaan Perak. Ada yang emosi meminta Mohamad Nizar berundur sebagai MB Perak.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) Hilmi Ismail berkata tindakan Mohamad Nizar itu menunjukkan Nizar tidak langsung melindungi hak-hak Melayu. Serentak itu beliau minta agar Nizar letak jawatan.

Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Fadzi Paharuddin pula menyifatkan Nizar sebagai buta sejarah dan tindakan itu mengguriskan hati orang Melayu.

Perjuangan Hilmi dan Zainol untuk mengekalkan apa juga hak Melayu perlu disokong. Tetapi sayangnya perjuangan mereka terlewat selama 60 tahun. Mungkin mereka juga terlalu emosional dan tidak berpijak dibumi nyata dan berfikir secara rasional apa yang telah dipersetujui dan menjadi amalan selama ini? Disamping mengecam Nizar mereka juga harus mengecam bekas-bekas MB Perak yang terdahulu yang tidak menggubal kanun tanah yang lebih ketat agar tidak terlepas kepada Cina dan India.

Apakah suara dan emosi mereka berdua itu dipersetujui oleh induk mereka Umno dalam BN? Saya yakin Umno juga menyedari hakikat dan keperluan seperti mana dilakukan oleh MB Perak itu. Seperti mana saya tulis sebelum ini tindakan yang dikatakan menguriskan hati Melayu kerana tindakan itu mengikiskan hak Melayu terpaksa dilakukan kerana politik. Politik tidak pernah berfikir mengenai hal-hal kepentingan diri melainkan untuk mendapatkan kuasa.

Hal yang sama juga berlaku kepada Umno kerana ingin berkuasa mereka telah banyak melakukan rompakan dan perogolan ke atas kepentingan Melayu. Dalam soal ini Umno jangan hanya nampak kuman di seberang laut sedangkan sekelompok gajah liar di hadapan mata nampak langsung tidak nampak. [wm.kl 11:00 am 17/01/09]

2 comments:

M.SEPIAL said...

Salam Tuan MSO,

Posting tuan yang saksama dan seimbang.Namun demikian pandangan Timbalan Ketua Wanita Gerakan tu saya kurang bersetuju kalau dilihat dari sudut positif nya, sejarah yang lalu ditimbul balik kerana bersebab - AKSI AKAN DITURUTI OLEH REAKSI. Dibangkit semula untuk diperingatkan agar tidak tersilap dan tersalah langkah. Sejarah memberi pengajaran : bila,benda, kenapa dan iktibar boleh diambil. Bila di bangkitkan kita tahu apa pandangan Raja- Raja Melayu, Siapa si Henry Gurney tu ( Rupanya bekas Gavernor Palestin), Apakah prosedur dan peruntukan undang- undang tanah dan kaitan nya dengan perlembagaan. Untuk pengetahuan kena menyemak sekyen undang-undang tanah yang mana?. Aku rasa tiada kewajaran nya memberi hakmilik selama-lama nya.


Dalam hal yang sama, daripada sejarah dan rekod zaman berzaman kita tahu siapa itu kaum yahudi dan apa pendirian dan pandangan hidupnya. Kerana kesombongan dan meletakkn kaum lain sama taraf binatang, itu manifestasi tindakan mereka kepada arab palestin. Kenapa maharaja rom dan parsi bertindak menghancurkan kaum yahudi. Kan itu sejarah?, sentiasa perlu dibangkit dan di ngati. Kita mudah lupa sejarah dan fakta nya.

Wassalam.

jabsp said...

komen komen yang hendak dibuat hendaklah berbentuk ulasan yang rendah nilai .komen juga hendaklah jangan melebihi pengtahuan yang ada pada MSO kerana dalam dunia ini hanya MSO lah satu satunya insan yang punya pengtahuan paling menyeluruh dan lengkap.