![]() |
| Surat Saifuddin kepada Mustafa Ali. |
Wednesday, August 6, 2014
Apakah Abdul Hadi, Nik Aziz sudah baca laporan PKR?
Monday, October 19, 2009
Nasib Marhaen
Ini Cerita: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan Di Kuantan!
BUKAN barang kali lagi semuanya Allah s.w.t. aturkan. Sore semalam saya singgah di Taman Pelancungan Kuantan (TPK) untuk makan tengah hari. Di sinilah saya menerima telefon dari pemanggil memaklumkan berlaku insiden Exco tumbuk tetamu raya Pas di Taman Melawar, Selangor.Inilah pertama kali saya memasuki ke taman ini. Dikahbarkan oleh seorang teman, makanan di sini enak dan sedap. Lagipun makan di sini rilek di hadapannya ada sungai Pahang terbentang luas dan tenang. Pemandangan indah. Sambil makan dapat menjamun selera serta melihat jambatan yang menghubungi Kuantan dengan Tanjung Lupur. Iras-iras seperti di Kucing katanya.
Takkala memasuki ke taman berkenaan dan memerhati keadaan sekitarnya hati saya mula berbisik. Iya ke ini taman pelancongan? Kawasan sekitarnya macam tempat kucing beranak atau ayam bertelor sahaja. Bersepah sepah macam rumah ditimpa gempa bumi. Sampah merata dan baunya juga menjadikan hidung kembang kempis.
Perlantaian, dataran simennya juga sudah pecah dan bongkeh di mana-mana saja. Tambok yang dibina untuk melingkungi pohoh kayu juga sudah terbongkeh dan dibiarkan berselerakkan. Kawasan itu seakan sudah dibiarkan bertahun dan. Rumah kedainya persis drakula.
Kawasan 90 peratus tidak terjaga dan kotor. Bertul-betul di hadapan sungai penuh dengan semak samun. Ada sebatang tunggul yang terbongkeh dan dibiarkan. Di banirnya penuh dengan serangga dan nyamuk! Mungkin anak babi juga berlindung di situ. Melihat itu saya teringat kepada Menteri Besar Pahang, Adnan Yaacob. Tidak percaya saya kalau apa yang saya saksikan itu berada dalam negeri Pahang Darul Makmur.
Sebelum makan saya sempat merakam beberapa sudut di taman berkenaan untuk dikongsi dan dinilai oleh pejenguk blog ini. Biar penjenguk membandingkan tempat seumpama itu dengan tempat-tenpat di negeri lain. Selalunya bila lokasi atau tempat menjadi destinasi pelancongan yang bersih, sistemetik dan kemas. Namun berlain dengan kawasan ini.Saya cadang nak tulis mengenai kecacatan ini. Harapnya biarlah Majlis Bandaraya Kuatan (MBK) tahu dan mengambil kepedulian tentangnya. Kawasan itu perlu dibersih dan peliharakan. Ia bukan saja huduh tetapi menjatuhkan imej Kuantan yang dikenali sebagai bandar dalam taman. Warganya juga turut malu dengan keadaan itu.
Bagaimana pun hasrat untuk menulis itu tidak jadi apabila mengetahui kedudukan terkini mengenai nasib taman itu. Khabarnya taman itu akan dib0ngkar tidak lama lagi. Satu projek pembinaan hotel mwah akan dibangunkan dikawasan itu oleh Majlis Bandaran Kuantan (MBK) dengan Pasdec - anak syarikat Perbadanan Ekonomi Negeri Pahang.
Ekoran pembanguna itu menyebabkan kira-kira 50 orang peniaga yang menyewa atau berjualan di gerai makanan disitu sejak tahun 1970an diminta berpindah dan mencari kawasan baru sebagai gantian. Katanya mereka diberikan sedikit pampasan untuk berbuat demikian.
Menurut seorang peniaga (rujuk video diatas), peniaga diberi notis hingga Selasa (esok) untuk berpindah. Bangunan dan gerai di situ akan dirobohkan.Arahan perpindahan dan pampasan yan diberikan itu tidak mencukupi dan ia juga tidak adil. Mereka yang sudah hampir 40 tahun berniaga di situ mendapat pampasan sama dengan mereka yang baru berniaga.
Mereka mendakwa sikap demikian dianggap sebagai kontras dengan slogan kerajaan yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Mohd Najib Razak yang mahu memastikan agar rakyat didahulukan. "Apakah dengan meminta kami pindah tanpa menyediakan tempat baru ini ia menempati slongan yang diseru oleh Datuk Seri Najib Razak?" tanya seorang peniaga yang terlibat dengan perpindahan itu.
Sunday, October 11, 2009
Keputusan P Raya Bagan Pinang
MUKTAMAD: Mohd Isa Abdul Samad mendapat 8,013, Zulkefly Mohamad Omar 2,578. Majoriti 5,435. Undi rosak 233. Peratus keluar mengundi 82 peratus.
WALAUPUN keputusan rasmi pilihan raya Bagan Pinang akan diketahui menjelang jam 8:00 malam ini tetapi sudah sah Pas gagal memenangi pilihan raya berkenaan. Kegagalan Pas untuk mencatat rekod tanpa kalah dalam siri pilihan raya kecil di sepanjang tahun ini juga megejutkan kerana kekalahan ini paling teruk dari segi majoriti berbanding dengan kekalahan UBN dalam tujuh pilihan raya lalu.
Daripada sebanyak 11,157 pengundi atau kira-kira 81.65 peratus yang keluar hari ini, Pas hanya berjaya meraih sebanyak 2,490 undi, di mana jumlah ini berkurangan sebanyak 1,607 undi dicapai Pas dalam pilihan raya umum lalu. Dalam pilihan raya lalu Pas menerusi calonnya Ramli Ismail mendapat 4,097.Majoriti undi UBN juga meningkat sebanyak 3,331 berbanding dengan majoriti dalam pilihan raya lalu, dimana UBN hanya meraih sebanyak 2,333 undi.
Tidak ada sesiapa mejangka UBN menerusi calonnya Mohd Isa mampu meraih undi sebanyak 7,821 di mana undi UBN meningkat sebanyak 1,391 undi berbanding pilihan raya umum lalu. Dalam pilihan raya lalu calon UBN Azman Mohd Nor mendapat 6,430.
Dua faktor paling jelas kenapa keputusan diluar dugaan ini berlaku kerana UBN berjaya mendapat hampir 100 peratus undi pos yang berjumlah 4,122. Faktor lain ialah kerana berlakunya swing daripada masyarakat India. Daripada 4,122 undi pos Pas hanya memperolehi 601 manakala UBN mendapat sebanyak 3,521 undi.
Sekiranya undi pos yang mulanya dianggarkan berkedudukan 40 : 60 menjadi kenyataan UBN hanya dikira menang dengan majoriti sekitar 2,500 atau 3,000 undi saja. [*** 7:40 pm 11/10/09]
Tuesday, August 25, 2009
Pengundian Permatang Pasir
PROSES pengundian pilihan raya kecil Permatang Pasir berjalan lancar. Penyokong kedua-dua parti keluar sejak awal pagi dan menggunakan berbagai helah, tarikan dan ikhtiar untuk memastikan pengundi memangkah calon mereka.
Meskipun pihak SPRM mengenakan peraturan baru tidak membenarkan mewujudkan bangsal panas dan membenarkan bendera parti dikibar dan diletakkan dikenderaan, arahan itu masih tidak dipatuhi sepenuhnya. Lambang parti masih lagi dipakai baik di topi ataupun dijadikan topeng menutup mulut mengelakkan jangkitan selesema babi.
Sehingga kini sudah lebih 55 peraus pengundi sudah keluar mengundi. SPR menjangkan peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil ini mencecah 70%. Harapan SPR peratus keluar mengundi 80%. Bagaimana pun memandangkan bulan Ramadhan pencapaian itu agak sukar. Peratus keluar mengundi tinggi biasanya akan memberi natijah buruk kepada Pakatan Rakyat.
Bersama ini disertakan beberapa keping gambar di sekitar pusat-pusat pengundian dan gelagat penyokong parti kedua pihak yang dirakam oleh jurufota, Zamzarina khas untuk penjenguk blog ini. [*** 1:40 t/hari 25/08/09]
Jangan lupa lambang ini... salah seorang penyokong Pas mengangkat kipas berlambangkan bulan purnama penuh.
Calon UBN diberi sambutan oleh penyokongnya ketika melawat ke salah satu pusat pembuangan undi.
Wednesday, August 12, 2009
Bongkar Subuh
SEMASA Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pertanian dan Asas Tani beberapa tahun lalu berbangkit soal Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah menjadi penjamin kepada sebuah syarikat yang meminjam Euro 10 juta kira-kira RM46 juta dengan sebuah bank luar negara pada tahun 2006.
Pinjaman itu dibuat katanya untuk membina Fish Ptotect di kawasan parlimen Pagoh di Johor. Parlimen Pagoh diwakili Muhyiddin (foto). Sampai kini projek itu tidak dibangunkan. Tindakan LKIM itu dikatakan menyalahi undang-undang dan akta LKIM kerana ia meletakkan agensi kerajaan itu dalam bahaya dan berisiko tinggi menanggung beban tidak mutlak. Kerana sebagai penjamin LKIM kena bertanggungjawab melengsaikan pinjaman berkenaan sekiranya pemimjam gagal melunasinya.LKIM juga tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan. Yang menghairankan kenapa LKIM bersedia untuk bertanggungjawab dengan menjadi penjamin ke atas pinjaman berkenaan? Apakah tindakan LKIM ketika itu atas persetujuan atau restu Menteri Pertanian dan Asas Tani yang bertanggungjawab ke atas LKIM? Perlantikan pengerusi LKIM adalah dalam bidang kuasa menteri berkenaan.
Yang menjadi Pengerusi LKIM ketika itu ialah Adam Abdul Hamid, ketua Umno bahagian Pulai. Baru-baru ini Adam mengikuti rombongan Timbalan Perdana Menteri ke Australia. Semasa di Perth, Adam membuat kenyataan Umno Johor akan mengadakan himpunan besar-besaran bagi melaungkan Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa.
Bagaimanakah status mengenai pinjaman berkenaan? Pinjaman itu dikeluarkan oleh bank HSBC N.A New York, Amerika Syarikat. Apakah ianya sudah dibayar sepenuhnya oleh syarikat yang membuat pinjaman itu? Sebelum ini juga ada terdengar bank yang mengeluarkan pinjaman berkenaan sudah bercadang untuk menuntut bayaran balik itu dari LKIM menerusi wakilnya Barfkly Bank di Sinagpura.
Kes ini pernah timbulkan dalam surat khabar tidak lama dulu kemudian ditutup atas arahan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Apakah ianya sudah ke pengetahuan SPRM atau belum? Rasanya elok kalau Menteri Pertanian dan Asas Tani yang baru, Noh Omar menyelidik dan menyemak perkara ini. Sekiranya LKIM terpaksa menanggung untuk membayar balik pinjaman itu, wangnya sudah tentu milik para nelayan.
Gerakan Anti Korupsi (Gerak) yang cegas dalam membuat aduan mengenai penyelewengan dan penyalahgunakuasa kepada SPRM juga rasanya perlu membongkar permasalahan ini. Gerak terkenal dengan pembekal dan penerima maklumat berhubung penyelewengan masakan Gerak tidak pernah berjumpa dengan isu ini.
Hendaknya Gerak jangan memilih isu dan kumpulan tertentu saja untuk memangsakannya tetapi bertindaklah secara profesional, adil dan bebas. [wm.kl. 6:30 am 12/08/09]
Sunday, June 28, 2009
Laporan Lewat
UBN menamakan Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selantan (Kesar) Tuan Aziz Tun Mat, 39 tahun sebagai calonnya pada pilihan raya kecil Manik Urai. Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Muhyidin Yassin di Manik Urai sekejap tadi.
Kedua parti yang berminat merebut jawatan itu telah pun mengumumkan calon masing-masing. Jumaat lalu Pas menamakan penjual ikan di pasar besar Kuala Krai Fauzi Abdullah, 50 sebagai calon mereka.
Hari penamaan calon ditetapkan pada 6 Julai depan manaka hari mengundi ialah pada 14 Julai.
Pemilihan Tuan Aziz mungkin menimbulkan masalah kepada UBN memandangkan Tuan Aziz dikatakan antara calon yang terjempit dalam kemelut masalah Umno di Kuala Krai. Tuan Aziz dikatakan bukan orang yang diretui oleh Ketua Bahagian, Ramzli Abdul Rahman.
Ramzi sebelum ini dikatakan telah mengangkat nama Naib Ketua bahagian itu Che Jalal Muda. Ada juga diperkatakan sekiranya Che Jalal atau Tuan Aziz bermasalah kemungkinan UBN akan memilih bekas Adun Mengkebang, Azizzuddin Hussein. [d'kota kl 5:10 pm 28/06/09]
Tuesday, June 16, 2009
Catatan Parlimen
Beliau bukan saja berani dengan kata-kata tetapi beliau juga berani melempang sesiapa saja yang melampau dengannya!Monday, June 15, 2009
Singgah Kuala Krai
Antara Fauzi dengan Abdul Basit?
TANGGAPAN sesetengah pihak Pas menghadapi masalah untuk mencari calon pilihan raya kecil Manik Urai kurang betul dan benar. Seperti mana kata pemimpin Pas, mereka mempunyai banyak calon yang berkelayakan dan mempunyai latar belakang pendidikan.
Tetapi untuk mencari tokoh yang menyamai Ismail Yaacob mungkin agak mustahil. Ismail Yaacob (Pak Su Weil) hanya akan muncul dalam 30 tahun sekali!
Khabarnya Pas Kuala Krai telah mengenal pasti beberapa nama dan dua nama kini diharap akan mendapat restu Pesuruhjaya Pas Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dua nama itu salah seorang yang disebut sejak awal lagi, Fauzi Abdullah (foto) yang kini Bendahari Pas Kuala Krai.Beliau juga pernah menjadi penyelia DUN Guchil pada tahun 2004 dulu.
Manakala seorang lagi nama yang tersembunyi sebelum ini ialah Abdul Basit Abdul Rahman, iaini abang kepada Ketua Pas Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman.
Basit seorang ustaz berkelulusan M.A Syariah Madinah. Kini merupakan pensyarah sambilan di Kolej Ismail Petra Kelantan (Kias). Walaupun beliau bukan pemimpin peringkat kawasan Kuala Krai dan dikatakan tidak berminat dengan politik, tetapi penonjolan namanya kerana kelulusan dan hubungannya dengan Abdul Latif Abdul Rahman yang juga ketua Pemuda Pas Kelantan yang rapat dengan pemimpin kanan Pas Kelantan.
Jika dibandingkan antara kedua nama ini, sekiranya Pas ingin meletakkan calon yang mirip-mirip Pak Su Weil sudah tentu Pas akan memilih Fauzi memandangkan hubungan beliau dengan ahli dan penyokong peringkat bawahan yang menyeluruh. Beliau juga seorang aktvis parti yang sabar dan berkerja untuk parti. Manakala kedudukannya sebagai peniaga ikan di bandar Kuala Krai menyebabkan beliau mempunyai ramai kawan dan kenalan.
Fauzi juga dikatakan menjadi 'pegawai kebajikan' kepada sesetengah masyarakat miskin di Kuala Krai di mana beliau menjadi tempat untuk meminta bantuan dan pertolongan.
Selain itu beliau juga dikatakan seorang yang ikhlas dan setia dengan parti. Dalam pilihan raya lalu beliau disebut-sebut untuk diletakkan bertanding di Guchil. Tetapi disebabkan Guchil diserahkan kepada PKR ekoran formula membahagikan kerusi, peluang Fauzi terlepas.
Walaupun beliau tidak bertanding namun semangat dan tanggungjawabanya sebagai ahli parti tidak berkurangan.
Dalam pada itu populariti Fauzi juga tidak terlawan calon lain termasuk bekas calon Pas 2004, Mohd Zamzuri Mat Lazim yang juga turut disebut-sebut pada peringkat awal bakal diletakan semula oleh Pas pada pilihan raya kecil berkenaan. Menurut sokongan kalangan penghulu di Kuala Krai, 14 penghulu katanya memilih Fauzi manakala enam memilih Zamzuri.
Bagaimana pun perkembangan sehari dua ini, nama Zamzuri seakan sudah menggendur sebaliknya yang disebut ialah Fauzi Abdullah dan Abdul Basit.
Sekiranya Pas Kelantan berhajat untuk memilih calon berkelulusan agama serta berkeperibadian baik tentulah Basit akan diberi peluang kerana Basit juga merupakan anak kepada Tuan Guru Abdul Rahman Sungai Durian. Demi memenuhi hajat itu mungkin Pas boleh menutup mata daripada dituduh kroni kerana Basit adalah abang kepada Latif.
Kini pun sudah kedengaran dikalangan sesetengah orang Pas yang mengatakan tidak menjadi masalah kalau Basit diletakkan walaupun dia adalah abang kepada Latif kerana Rasulullah sendiri melantik menantu dan mertuanya sebagai pemimpin.
Cerita-cerita itu adalah sebagai menghalalkan tindakan Pas nanti sekiranya Basit dipilih sebagai calon. Dan tidak mustahil kalau tidak ada persefahaman di antara dua kumpulan yang menyokong dua calon ini, calon lain akan diturunkan! [wm.kl. 10:00 pm 15/06/09]
Tuesday, June 9, 2009
Susupan Petang
Bukan saja ahli bawahan yang mudah dikeliru dengan isu berkenaan tetapi Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri masih menyebut isu berkenaan. Semasa ceramah umum sempena muktamar Pas beberapa hari lalu Nik Aziz masih menyebut dan mengulas mengenai isu berkenaan. Seolah-olah Nik Aziz sengaja tidak mahu memahami hakikat di sebalik isu itu.Friday, May 29, 2009
Jenguk Penanti
Kukuhkan Kerajaan PR - Saifuddin
PILIHAN RAYA kecil N 12 DUN Penanti, Pulau Pinang jelas tidak panas dan hangat seperti beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Sepanjang tempoh kempen yang hampir sudah sampai penghujung, pilihan raya itu berlangsung dengan tenang saja. Tiada laporan berlaku kejadian tidak diingini.
Kalau pun ada kekalutan dilakukan oleh mereka yang kurang sifat tubuh badan tetapi terikut-ikut juga nakkan gambar merak di tampal dipokok-pokok di dalam kawasan pilihan raya itu.Ketenangan pilihan raya Penanti ini tidak lain dan tidak bukan kerana UBN tidak ikut sama mengambil bahagian. Dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini termasuk di Permatang Pauh dulu di mana UBN mengambil bahagian dengan sesungguhnya dan penuh ghairah.
Maka berlakulah kekalutan dan kejahatan mengatasi normal-normal politik. Kehangatan dan sikap jahat UBN menyerlah sejak di hari penamaan calon lagi. Apabila UBN tidak berani menyertai pilihan raya itu dan ia menyebabkan pilihan raya itu aman, dapatlah disahkan bahawa sesuatu pilihan raya kecil itu akan jadi panas, kacau dan penuh keserabutan bila UBN ikut sama bertanding.
Dengan apa yang berlaku di Penanti ini menjelaskan dakwaan pembangkang selama ini bahawa UBN lah yang melakukan provokasi dalam pilihan raya. Yang memulakan perbalahan dan melakukan kerja-kerja yang boleh membawa ketegangan dan mengotorkan demokrasi.
Makanya lain kali elok kalau UBN tidak menyertai dan mengambil bahagian dalam mana-mana pilihan raya kecil di masa depan bagi memastikan pilihan raya berjalan dengan tertib.
Misalnya dalam pilihan raya kecil di Manik Urai pada 6 Julai depan moleklah kalau UBN tidak mengambil bahagian bagi menjamin pilihan raya berkenaan berlangsung dalam suasana baik.
Kalau UBN ambil bahagian tentu pilihan raya itu akan panas dan berlaku perkara yang tidak baik. Rasanya pasukan keselamatan, polis, askar, bomba, FRU, pengerusi JKKK, guru Kemas dan segala macam pasukan keselamatan juga suka kalau UBN tidak mengambil bahagian.
Berbalik kepada pilihan raya Penanti yang akan berlangsung lusa, 31 Mei walaupun ianya tenang dan calon PKR, Dr Mansur Othman tidak menghadapi laluan sulit namun ia tidak boleh dianggap mudah. Meskipun kemenangan sudah pasti dalam genggaman tetapi jangan rasa selesa dengan kedudukan itu.
Apa-apa boleh berlaku dalam politik. Pilihan raya Penanti itu bukan saja setakat memberi ruang kepada Pakatan Rakyat memperbetulkan kerajaanya, tetapi ia juga membuka ruang kepada rakyat. Rakyat Penanti boleh menggunakan pilhan raya itu untuk menghantar mesej kepada kerajaan.
Justeru, mereka perlu terus bekerja kuat seperti mana dalam pilihan raya yang disertai UBN. Rakyat kena keluar mengundi ramai-ramai. Tentunya dalam pilihan raya itu PR bukan saja mahu menang tetapi mahu jadikan kemenangan itu bukti jelas bahawa rakyat tidak bersedia menerima perubahan dan pembaharuan yang sedang dibina Najib Razak kini.
Makanya, PKR perlu menang dengan majoriti lebih 3,000 undi. Untuk mencapai ini maka pengundi kena keluar dan jangan saling harap berharap.
Pesanan atau kebimbangan diluahkan Pengarah Pilihan Raya kecil itu, Saifuddin Nasution Ismail (foto atas) hendaklah diselami. Menurut Saifuddin dalam satu kenyataan diemailkan ke blog ini, disebabkan perlawanan tidak panas menyebabkan ada segelintir pengundi yang merasakan tidak perlu keluar mengundi.
Anggapan atau sikap begitu silap dan perlu dibuang.
Lantaran itu beliau menyeru pengundi keluar dengan mengundi calon Keadilan bagi memberi isyarat bahawa mereka maukan kerajaan Pakatan Rakyat kukuh di negeri Pulau Pinang untuk meneruskan agenda perubahan yang telah dicerminkan oleh pencapaian kerajaan negeri sejak Mac lalu.
Pengundi Penanti hendaklah mencatat rekod tersendiri dalam pilihan raya itu kelak bukan saja mereka menang tetapi mencatat majoriti paling tinggi berbanding dengan beberapa pilihan raya kecil yang lalu. Horas! [wm.kl.12:00 t/hari 29/05/09]
Sunday, May 24, 2009
Susupan Malam
Tanding Timbalan Presiden
KURANG 18 jam sebelum tawaran penerimaan untuk bertanding jawatan dalam muktamar Pas minggu depan, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu (foto) telah pun menghantar surat jawaban menyatakan kesediaan menerima tawaran bertanding sebagai timbalan presiden Pas.
Mohamad Sabu yang dihubungi petang tadi menjelaskan beliau telah pun menjawab surat tawaran kepada jawatanuasa pemilihan yang beliau akan bertanding semalam. Esok akan diketahui apakah Nasharudin Mat Isa dan Husam Musa yang layak bertanding akan menentukan apakah mereka akan bertanding atau tidak.Nasharudin yang memegang jawatan itu kini hampir 99 peratus akan mempertahankan jawatan berkenaan memandangkan pencalonan yang beliau perolehi menggalakkan. Pencalonan diperolehi Nasharudin mengatasi pencalonan diraih Husam.
Sementara dikatakan Husam masih lagi membuat perkiraan hingga ke saat-saat akhir sebelum mengumumkan keputusannya besok sama ikut bertanding atau pun hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden.
Sekiranya Husam juga menyatakan persetujuan bertanding ini bermakna petandingan tiga penjuru akan berlaku sekaligus menjadi perebutan jawatan timbalan presiden sengit.
Mat Sabu ketika ditanya mengenai kemungkinan akan berlaku kompromi antara beliau dengan Husam seperti mana diura-urakan, menjelaskan tidak ada kompromi bagi pihak saya. "Saya tetap akan bertanding dan saya tidak akan undur," jelasnya.
Penegasan Mat Sabu itu dibuat sebanyak tiga kali kepada blog ini dan menunjukkan beliau konsiten sejak awal lagi. Tokoh Pas yang berjiwa rakyat marhaen itu menyifatkan dirinya sebagai traktor tidak ada berek yang sedang menuruni bukit di mana ia tidak mungkin akan dapat dihentikan lagi.
Sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru untuk jawatan itu dijangka ia memberi laluan mudah kepada Nasharudin Mat Isa untuk mengekalkan jawatan berkenaan. [wm.kl. 9:15 pm 24/05/09]
Wednesday, May 20, 2009
Eksklusif Petang
Selepas Azizan Siapa Pula Akan Tarik Diri?
SOAL siapakah yang akan mencabar kedudukan Nasharudin Mat Isa sebagai timbalan presiden Pas menjadi tanda tanya. Walaupun ada empat nama lain dicalonkan untuk bertanding presiden, namun muktamadnya siapa yang benar-benar layak dan bersedia masih belum tentu.
Menteri Besar Kedah, Azizan Razak yang turut dicalonkan, bagaimana pun semalam telah mengaku kalah awal-awal lagi apabila menarik diri dari bertanding. Azizan hanya bersedia untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa agung Pas saja.
Alasan Azizan kerana beliau ingin menumpukan kepada pentadbiran negeri Kedah selaku MB.Dengan penarikan diri Azizan itu, kini tiga nama lagi, Timbalan Musyidul Am, Dr Haron Din, Naib Presiden, Mohamad Sabu dan Husam Musa.
Siapakah antara ketiga ini akan meneruskan perjuangan untuk mencabar kedudukan Nasharuddin ataupun kesemuanya akan mengikut langkah Azizan Razak?
Sehingga kini belum ada tanda-tanda atau cula tiga nama yang dicalonkan itu akan menarik diri. Mungkin ketiga sedang membuat kajian terakhir sejauh mana peluang mereka. Salah satu petunjuk yang digunapakai ialah sebanyak mana jumlah pencalonan yang diperolehi tiap daripada mereka. Jumlah pencalonan ini menjadi ukuran apakah seseorang itu merasa layak atau sebaliknya.
Pengerusi jawatankuasa pemilihan, Mustafa Ali tidak mengumumkan jumlah calon yang diperolehi kelima calon timbalan presiden itu. Menurut peraturan jawatankuasa itu hanya memaklumkan jumlah itu kepada calon berkenaan sahaja. Ada alasan dan helah kenapa ianya tidak diumumkan.
Keadaan ini menyebabkan berbagai sumber memberi tahu blog Merah Tinta mengenai jumlah pencalonan itu. Setengah ada yang menghubungi ingin mengetahui kedudukan jumlah pencalonan itu. Jawatan yang menjadi tumpuan ialah timbalan presiden Pas. Namun blog ini tidak ada maklumat mengenai hal itu sehinggalah sekejap tadi.
Timbul juga calon-calon tertentu mendakwa mereka mendapat pencalonan sehingga 70 pencalonan. Kemudian turun pula kepada 50 pencalonan dan akhir sekali turun lagi ke 40 pencalonan.
Kedudukan angka berubah-ubah itu sebagai psywar untuk mempengaruhi perwakilan saja serta menguji pasaran semasa masing-masing. Bagaimana pun maklumat terbaru dan terkini yang blog Merah Tinta perolehi, kedudukan pencalonan terhadap lima calon timbalan presiden seperti berikut:
Azizan Razak mendapat 8 pencalonan, Dr Haron Din mendapat 7 pencalonan, Mohammad Sabu mendapat 26 pencalonan, Husam Musa mendapat 28 (dua puluh lapan saja) pencalonan manakala Nasharuddin Mat Isa mendapat 68 pencalonan. Pencalonan ini dibuat atau pun dihantar oleh 137 kawasan Pas. Perlu diingat masih ada 33 kawasan yang tidak mengemukakan pencalonan ataupun lewat menghantar pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan.
Sekiranya kesemua 33 kawasan itu mencalonkan Mat Sabu atau Husam atau Dr Haron Din ini bermakna Nasharudin masih lagi mengungguli ketiga-tiga mereka dengan 68 pencalonan.
Sekiranya calon-calon berkenaan menjadikan jumlah pencalonan itu sebagai petunjuk bagi melihat kekuatan sokongan kepada mereka, ini menyebabkan akan ada calon-calon yang mungkin akan menarik diri mengikut keinsafan Azizan Razak yang awal-awal mengaku kalah.
Manakala tidak mungkin bagi Nasharudin untuk menarik diri memandangkan beliau mendapat pencalonan tertinggi. Sama-samalah kita tunggu sehingga hari akhir penerimaan tawaran bertanding yang akan dilakukan pada 25 Mei depan. Horras! [jln pahang.kl 4:00 pm 20/05/09]
Saturday, May 16, 2009
Susupan Petang
Abdul Hadi Tidak Dilawan
MENURUT senarai calon yang layak bertanding pelbagai jawatan dalam muktamar Pas pada Jun depan yang dikeluarkan hari ini, Abdul Hadi Awang adalah satu-satu nama yang layak bertanding jawatan Presiden.
Senarai yang dikeluarkan oleh jawatankuasa pemilihan hari ini nama Abdul Hadi Awang dicalonkan untuk mengekakan jawatan itu oleh 136 kawasan daripada 137 kawasan yang menghantar pencalonan ke jawatankuasa berkenaan.Ini sekaligus menjadikan Abdul Hadi menang jawatan itu tanpa bertanding dan usaha untuk melonjakkan Nik Abdul Aziz Nik Mat kerusi presiden tidak berjaya. Nik Aziz hanya mendapat satu pencalonan saja dari Bukit Bintang.
Untuk jawatan timbalan presiden pula lima nama disenaraikan layak untuk bertanding. Mereka ialah, Nasharudin Mat Isa, Azizan Abdul Razak, Mohammad Sabu, Haron Din dan Husam Musa.
Bagi jawatan naib presiden sebanyak 16 yang layak bertanding. Antara mereka ialah; Sallahuddin Ayub, Mohd Amar Abdullah, Kamaruddin Jaaffar, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mahfuz Omar, Ahmad Awang dan lain-lain.
Selain itu seramai 86 orang telah disenaraikan sebagai layak untuk bertanding jawatan jawatankuasa kerja Pas. Manakala untuk jawatan pengerusi tetap dua nama, iaitu Abu Kassim Abdullah dan Hussein Ismail.
Bagi jawatan timbalan pengerusi tetap pula enam nama yang layak bertanding. Menurut pengerusi jawatankuasa itu Mustafa Ali, calon-calon yang layak bertanding akan dihubungi bagi mengesahkan samada mereka akan berhajat bertanding atau tidak.
Perebutan untuk jawatan timbalan presiden sudah pasti sengit, ia dijangka berlaku samada ada di antara Nasharudin dengan Mohammad Sabu ataupun dengan Husam Musa. Haron Din dan Azizan Razak walaupun menerima pencalonan dijangka akan menarik diri.
Nasharudin yang dikatakan sudah mendapat lebih 60% pencalonan dibayangkan akan melalui jalan terbuka bagi mengekalkan jawatan itu untuk penggal ketiga. Kecuali sekiranya ada kompromi antara Mohammad Sabu dengan Husam ini menyebabkan peluang Nasharudin berubah. Ada tanda-tanda kedua mereka berkompromi menandang jumlah pencalonan keduanya hampir sama banyak di bawah 25%.
Manakala bagi kerusi Naib Presiden pula, peluang Ketua Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub, Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Tuan Ibrahim Tuan Man diramalkan cerah. Peluang ketiga-tiga mereka ini bertambah cerah sekiranya dua naib pressiden Husam dan Mohammad Sabu akan menumpukan pertandingan jawatan timbalan saja.
Sallahuddin yang dilihat sebagai tokoh pelapis Pas yang perlu diberi perhatian memandangkan kejayaanya meletakkan saf pemuda sebagai entiti yang prihatin dan berjaya membawa pendekatan dan stail politik baru dalam politik Pas mutakhir ini.
Manakala Tuan Ibrahim yang disebut-sebut akan menjadi pilihan perwakilan sebagai memenuhi kouta ulama bagi mengambil alih tempat Ahmad Awang. Peluang Nik Amar pula lebih terbuka sekiranya Husam Musa bersedia untuk melonjak ke atas bertanding timbalan presiden kerana sudah pasti beliau akan mendapat sokongan padu dari Kelantan.
Manakala nama-nama lain, Kamaruddin Jaaffar, Mujahid Yusuf Rawa, Mohd Hassan Mohd Ali dan Harun Taib dijangka akan menarik diri. Harun Taib dikatakan dikembalikan semula ke jawatan lamanya selaku Ketua Dewan Ulama. [wm.kl. 2:00 pm 16/05/09]
Friday, May 8, 2009
Para Buruan Polis
SEBELUM polis mencari dan mengesan Hilmi Malik yang disyaki terlibat dalam penyebaran foto bogel seorang Exco Selangor, Elizabeth Wong, lama sebelum itu polis telah memburu ayah Pin atau Ariffin Mohammad seorang guru yang mempunyai kerajaan di langit tetapi berkhemah di Kampung kawasan Idris Jusoh di Pasir Akar, Besut Terengganu.
Pemburuan ke atas ayah Pin sudah lebih setahun. Beberapa kali ayah Pin dilaporkan muncul di berbagai lokasi awam, namun polis gagal memberkas ayah Pin. Ayah Pin pernah dilaporkan berada di sebuah kedai makan di Tumpat Kelantan. Selepas itu, terbaru ayah Pin dilaporkan berada di Rantau Panjang.Kedua lokasi itu sempadan Malaysia dengan Thailand.
Apakah ayah Pin mempunyai ilmu ghaib ala-ala orang minyak yang boleh menghaibkan diri bila diburu? Ataupun polis sengaja tidak mahu memberkasnya kerana ia tidak membahaya rakyat dan negara kerana kesalahannya tidak bersifat jenayah sivil?
Yang pastinya jika Majlis Agama Terengganu yang dilihat bertanggungjawab atas kegiatan ayah Pin meminta bantuan polis dan polis pula gagal ia adalah kelemahan polis negara ini. Selain ayah Pin banyak pelaku jenayah yang dikenal pasti dan diburu gagal dicekup.
Sekiranya benar panggilan telefon yang pernah saya terima di suatu pagi dari Hilmi, buruan polis itu kini berada di Indonesia. Sebab Hilmi memaklumkan yang beliau berada di negara jiran itu.
Dua buruan polis terlepas dan masih bebas. Kini polis Terengganu katanya memberi tempoh tiga hari kepada orang bernama Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bekas setiausaha politik Idris Jusoh untuk tampil bagi membantu siasatan berhubung penghantaran SMS berbentuk ugutan.
SMS itu diterima oleh tiga orang Adun UBN Terengganu menjelang sidang DUN negeri itu baru-baru ini. Gara-gara SMS ugutan itu menyebab tujuh Adun UBN yang lain juga boikot sidang Dewan kononnya takut dibunuh ekoran SMS itu.
Menurut Timbalan Ketua Polis Terengganu, bernama Hamzah Mohd Jamil, sekiranya Ahmad Razmi gagal berbuat demikian polis akan mendapatkan waran tangkap.
Persoalan kini kenapa polis memburu bekas setiuasaha politik Idris Jusoh itu. Apakah beliau terlibat dengan ugutan menerusi SMS itu? Nampaknya begitulah. Kalau Dr Ahmad Ramzi tidak terlibat untuk apa siasatan dilakukan kepadanya dan untuk apa beliau perlu lari dari disiasat polis?
Sebelum ini heboh dikatakan pegawai MB Terengganu, Ahmad Said sendiri yang hantar SMS berkenaan. Bagaimana pun setelah disiasat dan tangkapan ke atas seorang lelaki di Bangi ternyata dakwaan itu palsu. Sebaliknya ada tanda-tanda lain ditemui di sebalik penghantaran SMS berkenaan.Apakah apabila polis ingin bantuan daripada Dr Ahmad Razmi menunjukkan beliau ada maklumat mengenai pengiriman SMS itu?Isu ugutan menerusi SMS menjadi perhatian di Terengganu. Semoga orang yang disyaiki dapat membantu siasatan itu tampil segera ke depan. Dalam hal ini sudah pasti kalau bekas setiausaha politik Idris Jusoh itu beri kerjasama kes SMS ugutan itu akan dapat diselesaikan.
Dalam hal ini mungkin ada baiknya juga kalau Idris Jusoh mengambil galang ganti atau membantu polis mengesankan di mana bekas setiausaha itu berada atau berlindung. Kerjasama daripada Idris akan mempercepatkan penyelesaian perbalahan politik di Terengganu.
Walaupun ia tidak ada kena mengena dengan Idris, tetapi sebagai bekas buruhnya tentu Idris tahu setidak-tidaknya di mana rumah Dr Ahmad Ramzi.
Harapan selebihnya kepada polis Terengganu. Jangan pula cerita memburu Dr Ahmad Ramzi ini macam cerita memburu ayah Pin atau Hilmi Malik. Sekiranya polis memerlukan bantuan interpol untuk menyelesaikan masalah, kenapa tidak boleh dilakukan.
Kesejahteraan rakyat dan wakil rakyat hendaklah diutamakan. [wm.kl. 8:00 pm 08/05/09]
Saturday, May 2, 2009
Maklumat Tengahmalam
KATA pepatah sekali bah sekali pasir berubah. Nampaknya lumrah itu tidak akan dapat dielakkan akan berlaku dan menimpa New Straits Time Press (NSTP). Perlantikan Johan Jaaffar sebagai Pengerusi Eksekutif Media Prime yang menguasai akhbar itu serta TV3 dan lain menyebabkan akan berlaku rombakan besar-besar dalam pentadbiran akhbar berkenaan dan juga Berita Harian.
Bekas orang kuat NSTP, Ahmad Taib dikatakan telah dibawa masuk semula oleh Johan untuk menjawat jawatan Penasihat Jabatan Pengarang. Ahmad bakal diberikan kuasa penuh, dan tindakan serta keputusannya akan dirujuk kepada Johan. Apa yang pernah berlaku ke atas Zainuddin Maidin semasa di Utusan Melayu nampak berulang di NSTP.
Zainuddin dipecat sebagai ketua pengarang kumpulan kemudian dibawa masuk semula selaku penasihat jabatan pengarang.
Kedududukan Ahmad Taib ini akan menguasai kuasa Ketua Pengarang Kumpulan, Hishamuddin Aun dan Manja Ismail serta Syed Nazri sebagai pengarang Berita Harian dan The New Strait Time. Apa-apa keputusan ataupun tindakan bakal dibuat oleh mereka terlebih dahulu akan dirujuk kepada penasihat jabatan pengarang.
Ahmad yang pernah disingkirkan secara halus oleh bekas Ketua Penagarang, Kalimullah Hassan pada tahun 2004 mungkin akan bertindak membersihkan akhbar berkenaan daripada pengaruh bekas ketua yang lalu dan sekaligus membalas dendam! Ini satu hal yang biasa berlaku dalam mana-mana badan korporat.
Ketika menerima nasib buruknya dulu Ahmad ditukar ke bahagian property di mana bahagian yang tidak ada kuasa dengan kepakarannya. Akhirnya Ahmad mengambil langkah meletak jawatan.
Satu maklumat dari Jalan Riong lewat malam ini memberi tahu cara Ahmad dibawa masuk diletakkan sebagai penasihat jabatan pengarang adalah cara diplomasi untuk mengurangkan kuasa Hishamuddin, Manja dan Syed Nazri saja. Mungkin tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mereka tidak boleh dibuang memandangkan kontraknya masih berbaki.
Kontrak Hishamuddin dikatakan masih berbaki selama tiga tahun lalu. Sekiranya beliau hendak disingkirkan juga NSTP terpaksa membayar sebanyak RM1.6 juta? Daripada membayar sejumlah itu kepada Hishamuddin lebih baik kurangkan kuasanya, mudah-mudahan beliau akan memohon untuk berhenti secara terhormat dan wang NSTP dapat diselamatkan.
Jerat dan tindakan demikian juga boleh menyelamatkan wang NSTP. Dalam pada itu individu-individu tertentu yang berkompolot dengan regim lama kini berada dalam kegelisahan dan menanti detik penentuan untuk melihat ke mana nasib mereka selepas ini. [wm.kl.11:55 pm 02/04/09]
Tuesday, April 28, 2009
Berita Tengah Malam
SEHINGGA kini tidak diketahui bagaimana kesudahan mengenai kejadian beberapa orang Adun UBN Terengganu yang diugut menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) menjelang sidang DUN Trengganu dua minggu lalu.
Semalam katanya polis telah pun membebaskan seorang lelaki yang disyaki terlibat mengirimkan SMS berunsur jenayah itu selepas direman beberapa hari.
Apakah polis sudah selesai mengadakan siasatan dan segala punca dan permasalahannya sudah diketahui? Apakah lelaki yang direman itu terlibat atau pun ada dalang lain yang menyuruh dan mengupah lelaki yang direman itu melakukan perbuatan berunsur jenayah itu? Persoalan ini perlu dijawab dan dihuraikan segera.
Siapakah lelaki yang direman itu? Menurut laporan awal dia juga seorang blogger yang banyak menulis cerita-cerita politik dari Terengganu. Mulanya saya ingat Mubin blogger "Jarang Anak Melayu" atau Zabidi Saidi blogger "Memobelakang", sebab mereka anak Terengganu yang rajin menulis dan mendedahkan kebusukan penyu-penyu mati dan cerita birai-birai pantai Terenganu yang penuh dengan sampah dan berbau hampak.
Tidak mereka rupa-rupanya tetapi orang lain. Identiti lelaki yang ditangkap itu tidak jelas dan pejabatnya juga kabur. Kebetulan kelamrin sambil minum di sebuah restoran di sebuah pusat membeli belah saya berjumpa dengan seorang yang arif mengenai politik Terengganu dan mendakwa mengetahui cerita dalam kilas politik negeri Tok Ku Paloh tersebut.
Sumber ini juga rapat dengan Umno dan kenal semua orang besar dan orang kecil dalam Umno baik di Kuala Lumpur maupun di Kuala Terengganu. Ada cerita mengejutkan saya yang terkeluar dari mulut kawan ini. Menurutnya rupa-rupa lelaki yang direman itu bekerja di ibu Pejabat Umno. Dia bekerja dengan salah seorang pegawai di situ?
Duk... duk hati saya bergeduk mendengar cerita ini. Apakah kisah SMS yang berlaku di Terengganu itu dimonitorkan dari ibu pejabat Umno? Kalau benar begitu kenapa pulak ianya jadi begitu. Apa yang tidak kena dengan Ibu pejabat Umno dengan Ahmad Said di Terengganu. Apakah ibu pejabat Umno sendiri ada peranan untuk menghuruharakan Umno Terengganu? Untuk apa?
Al Kisah berbalik kepada seorang pegawai bekas Menteri Besar yang kini dikatakan sedang diburu polis. Apakah ianya sudah menyerah diri ataupun sudah ditangkap? Mulanya berbelit sedikit cerita ini. Ada laporan dalam akhbar mengatakan polis tidak mencari bekas setiausaha kepada bekas MB ini. Tetapi kalaulah benar dia tidak dikehedaki kenapa menyembunyikan diri?
Selalunya orang yang berani lagi benar akan tampil ke hadapan dengan penuh bertanggungjawab. Dia akan pergi sendiri ke balai polis atau ke pejabat akhbar bagi menjelaskan dan membersih dirinya. Tetapi lain hal pula dengan yang seorang ini!
Manakala dari satu sumber di Besut Terengganu katanya orang ini kelihatan pernah muncul berdekatan dengan Bukit Keluang. Apakah dia berkelah atau berihat di situ ataupun buat apa? Bukit Keluang terletak dalam kawasan Besut. Ketua Umno Besut ialah Idris Jusoh. Apakah orang berkenaan sedang mencari suaka politik di Besut? Masakan sampai begitu sekali.
Elok juga kalau polis hantar anggotanya meninjau di sekitar Bukit Keluang. Cuba jenguk dalam gua di bukit itu takut-takut orang berkenaan ada menyorot di dalam guan itu.
Jangan rasa hairan dan anih, orang takut akan baut apa saja termasuk menyamar dan memperalatkan orang lain. Apa lagi orang politik mereka boleh lakukan apa saja. Mungkin kalau sudah terlalu takut mereka tidak peduli lagi kepada keluang atau tahi keluang yang memenuhi gua berkenaan.
Semoga polis akan menyelesaikan kes SMS ugut itu kerana kesian juga kepada Rosol Wahid dan kawan-kawannya, gara-gara SMS itu menyebabkan mereka mungkin takut untuk melaram di waktu malam kerana bimbang nyawanya terancam. [wm.kl. 11:30 pm 28/04/09]
Wednesday, April 22, 2009
Kisah Dari Istana
ADA berita panas dan berat tersebar dalam internet di Indonesia mengenai Tengku Temenggong, Tengku Mohamad Fakry Sultan Ismail Putra anak Raja Kelantan yang dikatakan melarikan model cantik Indonesia, Monahara Odelia Pinot, 17.
Berita ini geger dan hangat dalam blog-blog sosial dan politik di serata Indoensia. Media massa cetak juga sudah mula turut sama menyiarkan berita ini. Rupa-rupanya kisah percintaan Fakry dengan Monahara yang mesra dipanggil Pinot sudah jadi bahan terlaris di Indonesia sejak beberapa bulan sebelum ini lagi.
Ini tidak menghairankan sebab Pinot kacutan Bugis dan Perancis merupakan seorang model hebat di Indonesia yang disenaraikan dalam 100 model tercantik musim ini.Sebaba itu apa-apa berita mengenainya mudah hangat dan disensasikan. Apa lagi kalau ia ada hubungan dengan pengeran (anak raja) ia makin menjadi tumpuan.
Saya sendiri mula menyedari berita ini selepas membaca laporan protal berita tribahasa semalam. Laporan protal berita itu yang memetik laporan sebuah majalah (Syura) sungguh mengejutkan dan ini menyebabkan membuka selera untuk membuat serch di beberapa engin internet.
Beratus blog di Indonesia memainkan berita berkenaan. Nampak begitu marah sekali rakyat Indoneisa terhadap apa yang berlaku. Paling memedihkan hati bila membaca komen yang dikirimkan sampai ada yang mahu ganyang Malaysia. Rakyat Indonesia begitu menyayangi warganya dan mudah menunding jari kepada kita.
Ada sebab bagi rakyat Indonesia kalau mereka merasa marah dan kesal atas laporan itu. Mereka tidak mahu kalau warga mereka diculik kemudian diseksa! Bukan saja mereka, kalau terjadi ke atas rakyat kita juga kita akan bertindak demikian. mungkin lebih dahsyat lagi.
Bagaimana pun apakah laporan atau dakwaan ibu Monahara itu, Daisy Fajarina, 44 itu benar belaka? Ada sesuatu yang perlu dicungkil mengenai dakwaan yang dibuat itu. Ada beberapa perkara yang menimbulkan keraguan dan terasa anih.
Menurut Daisy anaknya diculik ketika selesai mengadakan umrah awal Mach lalu. Beliau yang turut mengerjakan umrah mendakwa perpisahan alias diculik dengan anaknya berlaku di lapangan terbang. Kayanya Monahara dilarikan dengan pesawat lain manakala beliau bersama seorang anaknya, Dewi menaiki pesawat lain. Macam cerita Hindustan bunyinya!
Selepas itu beliau tidak mengetahui di mana Monahara berada. Maklumat yang beliau perolehi seperti dipetik mengatakan Monahara di dera oleh Fakry. Sumber maklumat itu dari dalam istana Kelantan sendiri.
Dakwaan Fajarina itu boleh dipersoalkan kesahihannya. Apakah wujud cerita yang dilaporkan itu? Dan apakah perpisahan itu boleh dikelasfikasikan sebagai culik?Bukankah Monahara telah bernikah secara sah dengan Fakry? Kalau sudah menjadi isterinya apakah boleh dikatakan Fakry membawa isterinya itu sebagai diculik?
Majlis perkahwinan Fakry dan Monahara diadakan secara besar-besaran di Kota Bharu Kelantan. Monahara juga telah dibawa ke majlis-majlis yang melibatkan rakyat. Acara ringkas memperkenalkan menantu raja itu kepada rakyat diadakan. Gambar-gambar mengenai majlis itu juga turut sama disebarkan dan membuktikan perkahwinan itu berjalan lancar dan dalam keadaan baik.
Mengenai Monahara diseksa dan dicalar di dada, sebaiknya Daisy dan pihak berkuasa Indonesia lain mendapat laporan tepat dan jitu mengenai keabsahannya. Jangan percaya kepada sumber gelap dari mana-mana sudut. Ingat syaitan suka melagakan manusia di mana-mana saja tanpa mengira warna kulit dan bangsa.
Hubungan baik antara dua negara boleh manfaatkan bagi menyelesaiakan krisis dua individu ini. Dan kisah ini juga seharusnya tidak dijadikan maslaah dua negara melainkan kisah rumah tangga saja yang membabitkan keluarga di Raja Kelantan dan keluarga Daisy dan Pinot.
Sehubungan itu elok juga kalau pihak istana Kelantan membuat penjelasan mengenai perkara ini. Tuduhan yang dilemparkan dalam blog dan mungkin media Indonesia sedikit sebanyak menjejaskan kemuliaan istana Kelantan yang sekaligus akan mengaibkan anak-anak Kelantan di mana saja berada.
Jangan biarkan perkara ini berpanjangan penyelesaian tuntas hendaklah dibuat sebelum ianya menjadi lebih kusut dan dieksploitasikan oleh pihak-pihak yang sengaja mahu mencari kesempatan mengeruh dan memburukkan suasana. (Tunggu catatan dalam diarymaya). [wm. kl 9:00 am 22/04/09]
Sunday, April 5, 2009
Kecoh Di Kepala Bukit
Hampir Cemari Pilihan Raya Bukit Gantang
JAM 2:00 pagi tadi saya cuba melaporkan satu kejadian yang nyaris-nyaris mencetuskan perbalahan besar antara kedua para penyokong dan pekerja jentera kempen pilihan raya Pas dan BN di Bukit Gantang. Sekiranya tidak ada tolak ansur dan campur tangan segera polis pasti kekecohan malam tadi membawa pergaduhan yang akan mecemari perjalanan pilihan raya kecil P59 Bukit Gantang.
Kerana tidak ada kemudahan internet maka laporan berkenaan terlewat diposting. Namun saya percaya sudah ada blogger atau pun portal berita lain memberi laporan terperinci mengenai kejadian malam tadi dari detik ke detik.Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12:45 minit tengah malam, di Simpang Tiga Batu 8, Kepala Bukit ke Changkat Ibol. Kawasan ini dikenali sebagai kubu kuat Pas sejak lama dulu dan UBN dikatakan sukar untuk menembusi kubu ini.
Sesampai di simpang itu pagi tadi sekembali dari menghadiri ceramah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tebok dalam DUN Trong, kelihatan ramai penyokong Pas dan pekerja pilihan raya berdiri di tepi-tepi jalan. Mereka dalam keadaan siap siaga dan seperti ada sesuatu yang berlaku.
Kerana mengsyaki sesuatu saya bersama Pak Abu, dua orang rakan lain berhenti untuk meninjau dari dekat apa yang berlaku sebenarnya.
Sangkaan kami benar ada sedikit ketegangan berlaku antara penyokong dan pekerja pilihan raya Pas dan UBN.
Jumlah penyokong dan petugas pilihan raya Pas ketika itu kira-kira 100 orang. Semua mereka terdiri daripada anak-anak muda dan mereka adalah orang-orang tempatan Bukit Gantang.
Menurut maklumat kekecohan itu berlaku apabila pekerja UBN tidak menghormati "persetujuan" berhubung pemasangan poster dan banner di sekitar persimpangan itu yang telah dibuat sebelum ini.
Katanya pihak Pas tidak membenarkan poster atau banner UBN ditampal di kawasan itu. Ianya boleh dibenarkan sekiranya orang UBN tempatan sendiri yang akan melakukannya. Mereka melarang mana-mana orang luar untuk menampal poster di situ. Larangan itu bukan saja kepada petugas luar UBN saja, tetapi petugas luar dari Pas juga.
Persetujuan itu telah dibuat di hadapan pihak berkuasa di situ dan kedua pihak akan mematuhinya.
Tetapi 'persetujuan' itu cuba dinodai pada malam tadi. Penyokong Pas sudah mendapat tahu yang ada pihak luar dipanggil untuk pasang poster di situ menyebabkan mereka bersiap sedia menghalangnya kerana berpegang kepada persetujuan bersama.
Sekumpulan para penyokong UBN juga terdiri dari orang tempatan berada di tempat itu yang dijarakkan kira-kira 100 meter sahaja. Kedua pihak kelihatan dalam keadaan tegang dan siap sedia untuk bertindak antara satu sama lain.
Jam 1:10 malam sebuah lori membawa bendera UBN memasuki ke kawasan itu dan diletakkan berhampiran simpang berkenaan. Kedatangan lori itu sudah ditunggui dan tidak menyenangkan para penyokong Pas menyebabkan mereka terus menyerbunya.
Mulanya mereka melarang dari jauh tetapi setelah mendapati petugas dari atas lori itu enggan berbuat demikian menyebabkan mereka menyerbu sambil melaungkan meminta supaya lori itu dibawa keluar dari kawasan itu kalau tidak mahu ianya diapa-apakan. Jumlah para penyokong Pas juga bertambah dalam sekelip mata saja.
Setelah lori itu berdegil dan cuba mempertahankan untuk memasang banner menyebabkan penyokong Pas naik berang. Ketika ini kekecohan berlaku di mana berlaku tolak menolak dan tepis menepis. Kekerasan juga mula digunakan di mana ada yang menepuk lori dengan tangan dan mengancam untuk bertindak ke atas lori berkenaan.
"Siapa yang bertanggungjawab dan suruh kamu bawa bendera ini. Mana, tunjuk kamu dari mana??" kata seorang penyokong Pas dan diikuti oleh beberapa yang lain. Keadaan sudah mula panas apabila mereka menyedari lori dan petugas berkenaan datang dari Gerik.
Petugas UBN itu tidak berbuat apa-apa dan mereka panik dengan apa yang berlaku. Kira-kira 50 orang petugas UBN yang ada di situ juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana bilangan penyokong Pas melebihi dari jumlah mereka.
Melihat keadaan sudah seperti tidak dapat dikawal dan kemarahan sudah membuak akhirnya lori berkenaan berundur. Sebaik lori itu berundur penyokong Pas bersorak dan takbir.
Ketika ketegangan ini berlaku terdapat tiga buah kereta trafik polis berhampiran tempat kejadian itu. Beberapa anggota FRU dan dua buah land rover juga ada di situ. Lebih 20 SB juga turut sama berada di situ.
Apa yang agak menghairankan polis seakan tidak bertindak segera dan seperti mahu memerhati saja apa yang berlaku. Cuma salah seorang anggota polis berpangkat Sarjan sibuk cuba menenangkan keadaan. Dua tiga orang anggota FRU yang berada di atas land rover pula diminta turun setelah suasana sudah hampir tenang.
Selepas lebih setengah jam keadaan tegang itu berakhir. Setelah memastikan keadaan tenang saya meninggalkan tempat itu untuk makan.
Jam 1:45 pagi selepas makan di batu 10, kelihatan beberapa buah trak FRU siap dengan bunyi siren menghala ke arah tempat kejadian. Lebih lima buah trak yang padat dengan anggota FRU sempat dilihat menghala ke tempat kejadian itu dengan diikuti beberapa buah kereta polis.
Sebelum sempat menghabiskan makanan yang dipesan, saya, Pak Abu dan dua rakan bergegas semula ke tempat kejadian.
Di simpang tiga Kepala Bukit, Batu 8 itu keadaan sudah jam. Trak FRU dan kereta polis memenuhi di sepanjang jalan. Keadaan tidak ubah seperti dalam kecemasan. Anggota FRU dianggarkan 150 orang sudah siap sedia untuk bertindak. Kereta yang menghalang dari Batu 10 ke batu 8 di arah berpatah balik.
Rupanya selepas saya meninggalkan tempat tadi, meletus semua kekecohan yang menyebabkan FRU dipanggil ke situ. Kekecohan kali ini berlaku apabila penyokong Pas menyedari ada pihak tertentu telah memasang banner menghina Pas yang tertulis "Rukun Islam dan Rukun Iman Pas".
Banner menghina Pas ini dipasang selepas kekecohan selesai. Pemasangan disedari oleh kumpulan petugas dan penyokong Pas tadi menyebabkan mereka meminta ianya diturunkan.
Kesemua banner itu yang dipasang diturun dan disimpan semula oleh pihak UBN.
Kedatangan FRU menyebabkan timbul rasa cemas. Para penyokong dan petugas Pas dari luar yang bertugas di beberapa pos berhampiran nampak seakan terkejut dan menanti tindakan FRU seterusnya. Ada yang sudah bersiap sedia untuk melihat FRU bertindak ganas!
Beberapa ketika keadaan penuh suspen dan menjadi tanda tanya. Para petugas Pas kelihatan berbincang dengan pihak polis. Syukur Alhamdulilah kira-kira sejam, FRU yang sudah siap sedia dengan perisai dan cotar, track water cannon di arah kembali ke kem mereka semula untuk tidur sebelum digerakan lagi.
Ketika ini juga Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Azli datang menenangkan keadaan dengan meminta orang ramai bertenang dan bersurai. [Ipoh. prk. 6:00 pm 05/04/09]




Monday, March 30, 2009
Kemuliaan Penjenguk
SEORANG penjenguk blog Merah Tinta telah bermurah hati menghulurkan sedikit sumbangan kepada Nur Madihah Mohd Kamal,18 pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2008 yang mendapat 20A. Sumbangan berupah wang itu diamanahkan kepada saya untuk disampaikan kepada adik Nur Madihah.
Pembaca blog berkenaan membaca coretan saya menerusi pojok Murai yang diposting tidak berapa lama dulu. Pembaca berkenaan yang begitu terharu dengan kejayaan Nur Madihah menghubungi saya untuk menyampakan sumbangan berkenaan.
Disebabkan kesihatan tidak berapa mengizinkan baru semalam dapat saya serahkan sumbangan berkenaan dengan ditemani seorang rakan sdr Md Radzi Mustafa.Mulanya saya berhajat untuk menjenguk sendiri keadaan Nur Nur Madihah dan kelauragnya di kampung Parang Punting. Serentak itu mahu melihat sendiri suasana kampung nelayan berkenaan dan kehidupan penduduknya yang dikatakan rata-rata daif.
Tetapi disebabkan masa tidak mengizinkan kebetulan pula Nik Madihah sibuk menghadiri beberapa majlis yang meraikan kejayaannya yang diadakan berbagai pihak menyebabkan niat berkenaan tertangguh. Kami hanya berjumpa di pintu belakang istana Negeri Kubang Kerian.
Semalam Nik Nur Madihah dengan ditemani ayah dan ibunya sedang dalam perjalanan hendak memasuki ke istana Negeri Kubang Kerian untuk membuat latihan bagi upacara menerima hadiah hari ini, di mana Sultan Kelantan dan Raja Perempuan Kelantan meraikan kejayaan anak-anak cemerlang dan kurang bernasih baik di istana sempena hari keputeraan Al Sultan Kelantan. Nik Nurmadihah merupakan salah seorang penerimanya sebagai pelajar cemerlang.
Ayah Nik Nur Madihah, Mohd Kamal Ismail dan ibunya terharu dengan sumbangan berkenaan dan beberapa kali mengucapkan terima kasih atas sumbangan berkenaan. "Terima kasihlah, menyusah balik untuk menyerahkan sumbangan ini, terima kasih banyak," lapaz Mohd Kamal terharu.
"Tak apa yang penting saya dan pembaca blog saya juga merasa seronok atas kejayaan Nik Nur Madihah dan sumbangan ini hanya sebagai penghargaan atas kejayaan itu saja," balas saya.
Sementara itu Nik Nurmadihah ketika ditanya apakah beliau sudah membuat keputusan berhubung tawaran yang diberikan kepadanya menjelaskan beliau masih belum membuat keputusan muktamad.
Dan di sini saya merakam ribuan terima kasih kepada penjenguk blog berkenaan atas sumbangan ikhlas itu. Semoga Allah s.w.t. juga yang dapat membalas segala kebaikan itu. Amin. [wm.kl 5:30 pm 30/03/09]
Sunday, March 29, 2009
Dendam Bukit Gantang 1
[kemaskini 3:10 am 30/03/09] SEBAIK menjejak kaki ke rumah kira-kira setengah jam lalu saya terus mendapatkan laptop dan melayari blog, lihat apa yang berlaku. Kerinduan kepada penjenguk sudah membuak. Tengah hari tadi Zamzarina yang berada di lokasi penamaan calon di Taiping, Perak telah memberi tahu akan mengirimkan gambar yang dirakamnya di sana. Saya kira jam 4:00 petang gambar itu sudah masuk ke dalam email saya.
Di tengah perjalanan pulang, saya menjadi resah sendiri. Sebab blog tidak diupdatekan. Kemudahan internet dalam perjalanan tidak ada! Sewaktu berhenti makan menjelang Maghrib saya menelefon anak perempuan agar membantu saya. Minta dia updatekan beberapa keping gambar yang dikirimkan Zam.
Saya yakin penjenguk blog ini sudah tertanya-tanya kenapa tiada laporan terus dari Taiping ataupun Bukit Selambau.
Apabila saya buka blog adalah beberapa keping gambar yang dimasukkan [saya kekalkan postingnya dibawah], tidak ada caption dan tidak ada apa-apa catatan dan laporan, kering. Memang pun itu saya saya arahkan. Posting itu menandakan bahawa saya masih bekerja untuk melaporkan apa-apa perkembangan dalam blog ini serta femi mengubati hati penjenguk yang kepingin untuk mengetahui perkembangan di Bukit Gantang atau Bukit Selambay dan juga di Batang Ai.
Beberapa penjenguk ternyata tidak berpuas hati. Penjenguk bernama Poksu, menaksirkan saya sudah keletihan untuk mengulas apabila beliau gambar-gambar berkenaan. Manakala yang lain nampaknya mengerti dan berpuas hati dengan gamabr yang dipostingkan. Kepada Poksu insyaAllah saya tidak akan keletihan selagi ada pengunjung dan penjenguk yang ingin menyelak blog ini.
Dalam email peribadi pula beberapa penjenguk setia meminta disediakan ulasan segera berhubung pilihan raya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Nampaknya Bartang Ai tidak menjadi perhatian sangat. Mereka ini mahukan maklumat segera mungkin juga bagi dibandingkan dengan laporan dan analisa di blog lain.
Kerana badan keletihan, mata juga sudah layu, insyaAllah ulasan dan analisa selanjutnya akan dipostingkan besok, tidak mungkin untuk pagi ini. Semua bahan, fakta dan idea untuk memberi gambaran tentang tiga pilihan raya kecil berkenaan suah pun terdampar dalam kepada.
Dalam kesempatan yang 'letih' ini saya ucapan terima kasih dan pohon maaf kepada penjenguk blog ini kerana tidak dapat mengikuti laporan langsung dari Taiping Perak dan juga Bukit Selambau. Kepada pemanggil yang meminta ulasan dan pandangan sejak dari pagi semalam dan juga memberi laporan di Bukit Selambau dan Batang Ai juga diucapkan terima kasih.
Bersama ini dipostingkan semula gambar-gambar yang lengkap dengan caption untuk tatapan anda. Terima kasih juga kepada Zamzarina yang membekalkan gambar-gambar di sekitar kawasan penamaan calon ini. Selamat pagi Isnin! [wm.kl. 3:20 am 30/03/09]













