Saturday, May 16, 2009

Susupan Petang

Presiden Pas
Abdul Hadi Tidak Dilawan

MENURUT senarai calon yang layak bertanding pelbagai jawatan dalam muktamar Pas pada Jun depan yang dikeluarkan hari ini, Abdul Hadi Awang adalah satu-satu nama yang layak bertanding jawatan Presiden.

Senarai yang dikeluarkan oleh jawatankuasa pemilihan hari ini nama Abdul Hadi Awang dicalonkan untuk mengekakan jawatan itu oleh 136 kawasan daripada 137 kawasan yang menghantar pencalonan ke jawatankuasa berkenaan.

Ini sekaligus menjadikan Abdul Hadi menang jawatan itu tanpa bertanding dan usaha untuk melonjakkan Nik Abdul Aziz Nik Mat kerusi presiden tidak berjaya. Nik Aziz hanya mendapat satu pencalonan saja dari Bukit Bintang.

Untuk jawatan timbalan presiden pula lima nama disenaraikan layak untuk bertanding. Mereka ialah, Nasharudin Mat Isa, Azizan Abdul Razak, Mohammad Sabu, Haron Din dan Husam Musa.

Bagi jawatan naib presiden sebanyak 16 yang layak bertanding. Antara mereka ialah; Sallahuddin Ayub, Mohd Amar Abdullah, Kamaruddin Jaaffar, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mahfuz Omar, Ahmad Awang dan lain-lain.

Selain itu seramai 86 orang telah disenaraikan sebagai layak untuk bertanding jawatan jawatankuasa kerja Pas. Manakala untuk jawatan pengerusi tetap dua nama, iaitu Abu Kassim Abdullah dan Hussein Ismail.

Bagi jawatan timbalan pengerusi tetap pula enam nama yang layak bertanding. Menurut pengerusi jawatankuasa itu Mustafa Ali, calon-calon yang layak bertanding akan dihubungi bagi mengesahkan samada mereka akan berhajat bertanding atau tidak.

Perebutan untuk jawatan timbalan presiden sudah pasti sengit, ia dijangka berlaku samada ada di antara Nasharudin dengan Mohammad Sabu ataupun dengan Husam Musa. Haron Din dan Azizan Razak walaupun menerima pencalonan dijangka akan menarik diri.

Nasharudin yang dikatakan sudah mendapat lebih 60% pencalonan dibayangkan akan melalui jalan terbuka bagi mengekalkan jawatan itu untuk penggal ketiga. Kecuali sekiranya ada kompromi antara Mohammad Sabu dengan Husam ini menyebabkan peluang Nasharudin berubah. Ada tanda-tanda kedua mereka berkompromi menandang jumlah pencalonan keduanya hampir sama banyak di bawah 25%.

Manakala bagi kerusi Naib Presiden pula, peluang Ketua Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub, Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Tuan Ibrahim Tuan Man diramalkan cerah. Peluang ketiga-tiga mereka ini bertambah cerah sekiranya dua naib pressiden Husam dan Mohammad Sabu akan menumpukan pertandingan jawatan timbalan saja.

Sallahuddin yang dilihat sebagai tokoh pelapis Pas yang perlu diberi perhatian memandangkan kejayaanya meletakkan saf pemuda sebagai entiti yang prihatin dan berjaya membawa pendekatan dan stail politik baru dalam politik Pas mutakhir ini.

Manakala Tuan Ibrahim yang disebut-sebut akan menjadi pilihan perwakilan sebagai memenuhi kouta ulama bagi mengambil alih tempat Ahmad Awang. Peluang Nik Amar pula lebih terbuka sekiranya Husam Musa bersedia untuk melonjak ke atas bertanding timbalan presiden kerana sudah pasti beliau akan mendapat sokongan padu dari Kelantan.

Manakala nama-nama lain, Kamaruddin Jaaffar, Mujahid Yusuf Rawa, Mohd Hassan Mohd Ali dan Harun Taib dijangka akan menarik diri. Harun Taib dikatakan dikembalikan semula ke jawatan lamanya selaku Ketua Dewan Ulama. [wm.kl. 2:00 pm 16/05/09]

4 comments:

Anonymous said...

Tuan MSO,
Salam

Walaupun saya tak ngundi dan bukan ahli PAS pun, tetapi, saya ngaku banyak memperolehi manfaat dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melainkan adalah sikit-sikit perbezaan. Buat masa ni hati belum sampai ke tahap untuk berlawan dengan dia. Mungkin "menderem" Haji Hadi ni kuat !, tak macam Nik Aziz.

Saya ucapkan selamat Hari Guru kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Salam,
TokPakir

affandi said...

salam...pak mso
gitulah harapan ambo pun agar ayoh chik kekal sbg tuan presiden pas...sebab memang dio berkeliber untuk memimpin pas..
lagumano skalipun segala hok tok molek dale pas nie harap2 bulehla dihapuskn atau dikurangkn agar rakyat terus berkeyakinn untuk bernaung di bawah kepimpinan pas..insya allah.

Sakuragi said...

Harap2 pemimpin PAS tidak begitu tamakkan kuasa dan kedudukan sama seperti perangai pemimpin UMNO. PAS kena buktikan orang melayu boleh menjadi berkualiti kerana Islam dan tarbiyyahnya.

Ulama dan Profesional hendaklah bersatu demi kebaikkan ummah dan Islam.

Amin.

risz said...

salam saudara mso..
sy dah bnyak m'baca tulisan saudara..ada yg sy dapat terima dan ada yg tak boleh sy terima..biasa la berbeza pandangan..untuk pemilihan kali ni saya b'pendapat utk jawatan TIMBALAN PRESIDEN diadakan musyawarah untuk calon-calon dan jawatan itu dibagi kepada DATO'DR HARUN DIN.ini kerana beliau bkn saja seorg ulamak tetapi jg seorg profesional..inilah pemimpin yang kita mahukan untuk menggantikan presieden satu hari nanti..dan biar la husam,mat sabu & ust azizan b'tanding untuk jawatan naib presiden dan nasharudin dibagi jawatan setiusaha PAS..harap saudara dpt sampaikn hasrat sy ini kepada pihak atasan..

sekian...salam