Thursday, May 14, 2009

Lidah Ulama

Isyarat Penting Mengenai Rasuah Dalam Pas

MUNGKIN kalau bukan Ketua Dewan Ulama yang menimbul perkara ini saya tidak berhajat untuk mengulasnya. Perkara ini adalah sangat sensitif dan memberi kesan buruk kepada Pas. Tetapi kerana Muhamed Daud Iraqi sudah memulakannnya maka elok juga kalau saya turut memblogkan perkara ini setidak-tidaknya sebagai rekod.

Perkara yang dimaksudkan itu ialah mengenai rasuah dalam politik Pas. Kononnya sudah berlaku politik wang dalam Pas untuk tujuan mendapatkan kuasa dan kedudukan dalam parti itu menjelang muktamar Jun depan.

Muhamed Iraq mendedahkan perkara ini semasa merasmi mesyuarat Dewan Ulama Pas Kelantan di Machang kelmarin. Menurutnya sudah ada fenomena rasuah dengan memberi hadiah berupa baju dan menjamu makan kepada perwakilan. Dalam nada bergurau tetapi penuh bermakna katanya, kalau sudah diberi baju dan dijamu makan maka senanglah perwakilan membuat pengundian.

Apa yang beliau ingin analogikan manusia kalau sudah perut kenyang senanglah untuk dicucuk hidungnya dan ditarik ke mana saja yang disukai!

Dalam kes ini bukan soal kita ingin mencari jawaban kepada perkara itu apakah benar atau tidak! Itu tidak perlu dipersoalkan. Atas kapasitinya ketua dewan ulama, tentu Muhamed Iraq tidak berbohong mengenai hal itu. Sebagai seorang yang arif dengan hukum beliau tentu tahu apakah hukum membuat fitnah.

Saya yakin beliau diberikan maklumat dan laporan tepat mengenai kejadian. Boleh jadi juga pemberian baju sebagai hadiah dan acara jamuan itu berlaku di kawasannya sendiri, di Kubang Kerian.

Saya yakin seratus peratus Muhamed Iraq ada bukti mengenai perkara itu. Kalau tidak masakan beliau berani menuturkan hal itu. Tok Guru Nik Aziz sendiri rasanya tidak berani kerana beliau mempunyai perhitungan politik yang jauh ke depan berbanding dengan Mat Iraq yang lebih tulus.

Di sini saya ingin kemaskan sedikit pandangan Mat Iraq itu dengan dua kejadian yang dilaporkan berlaku pada sepanjang muktamar Pas kawasan baru-baru ini. Kedua-dua kejadian ini kalau ditilik dan dihalusi ia berunsur rasuah.

Pertama, saya ada mendengar ada beberapa kawasan Pas telah dihulurkan wang sebanyak RM5,000. Tujuan wang itu diberi ialah kononnya untuk membantu Pas kawasan berkenaan. Pemberian itu ada syaratnya. Pas kawasan yang menerima wang itu hendaklah memanggil si pemberi wang itu merasmikan mesyuarat Pas kawasan berkenaan. Atau pun Pas kawasan berkenaan kena mencalonkan orang berkenaan untuk jawatan-jawatan tertentu.

Permintaan agar pemberi wang itu dicalonkan tidak dibuat secara terang-terang, tetapi secara simbolik dan saling memahami antara pemberi dengan pihak yang menerima.

Kejadian atau tutur mengenai perkara ini kerap berlaku di sebuah negeri di sebelah Selatan sana dan juga negeri-negeri di mana Pas miskin.

Kejadian ini katanya sudah menjadi buah mulut sampai ke peringkat pemimpin Pas. Bagaimana pun Pas tidak memberi reaksi serius kepada masalah ini kerana ingin melindungi Pas dari ditohmah sebagai turut sama mengamalkan rasuah. Tetapi amalan demikian sudah sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Pas.

Kedua, semasa muktamar kawasan baru-baru ini ada orang-orang tertentu menggunakan kedudukan dan kuasanya untuk menggugut ketua-ketua cawangan atau para perwakilan. Bentuk ugutan ialah sekiranya mereka tidak mengundi calon tertentu kemudahan yang parti anugerahkan akan ditarik balik.

Salah satu anugerah kepada ahli ialah saham skim Ladang Rakyat. Mereka yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa terhadap Ladang Rakyat ialah kepimpiann Pas peringkat kawasan dan juga wakil rakyat. Pemimpin yang bertanding jawatan tertentu inilah telah menjadikan kemudahan itu sebagai bahan ugutan untuk mendapatkan jawatan.

Kerana ugutan ini menyebabkan perwakilan atau ketua-ketua cawangan yang mula mempunyai pilihan lain terpaksa terus mengundi orang tertentu itu kerana bimbang takut kehilangan kemudahan mendapat saham Ladang Rakyat yang berjumlah kira-kira RM250 sebulan itu.

Berdasarkan kepada dua kejadian itu maka jelas elemen rasuah semasa semasa pemilihan pemimpin peringkat kawasan ini seperti mana disebut Mohamed Iraq itu benar-benar berlaku.

Pendeknya gejala rasuah ini benar-benar berlaku cuma ia tidak diketengahkan lagi. Mereka yang melakukannya ialah mereka yang mempunyai sumber kewangan yang banyak dan ada kuasa untuk mendapatkan wang panas. Gejala ini sungguh bahaya dan wajar disekat segera. Jangan sesekali bertunas dalam Pas.

Jadi pada saya apa yang didedahkan Mat Iraq itu ialah sebagai amaran agar Pas tidak bermain wang dalam menentukan kedudukan seseorang. Tujuan Mat Iraq dedahkan itu baik untuk menyelamatkan Pas dan demi menjaga maruah Pas sebagai parti Islam.

Justeru tidak timbul desakan supaya Mat Iraq perlu membuat laporan rasmi berhubung dakwaan itu. Desakan itu saya kira makin membuka pekong Pas yang kini sudah mula 'terkebek; itu.

Laporan rasmi seperti mana yang diminta itu akan merosakkan Pas sahaja. Ingatlah sekiranya satu kes sahaja terbukti wujud politik wang dalam Pas ia akan memberi natijah buruk kepada Pas. Rakyat akan membuat tanggapan Pas sama saja dengan Umno.

Cuma, kepada mereka yang termakan lada atau sengaja makan lada rasuah tentulah merasa pedas. Apa yang Mat Iraq mungkin harapkan kepada pemakan lada itu hendaklah cepat-cepat cari penawar ataupun minum air suam supaya rasa pedas lekas hilang dan jangan berdesis-desis menjeler lidah ke sana ke mari kerana tak tahan pedas. [wm.kl. 3:50 pm 15/05/09]

15 comments:

Anonymous said...

Tuan MSO, Salam

Orang PAS dah biasa dengan rasuah ni. Fatwa mengundi Nik Aziz kuat dipegang. Dalam kes ini, kalau diberi baju.... pakailah, kalau diberi jamuan.... makanlah, bila undi nanti... undi adalah rahsia.

Ambo lamo doh tok ngundi...

Salam
TokPakir

Anonymous said...

Salam tuan,

Hamba seorang pengunjung setia blog tuan walaupun belum pernah meninggalkan sebarang komen di sini. Namun bila tuan bangkitkan isu ini, jari hamba bagai dipandu-pandu untuk meninggalkan sedikit coretan.

Amat malanglah bila perkara sebegini terjadi. Kalaulah sungguh bagai dikata, celaan hamba terhadap orang tersebut. Baik si penerima apatah lagi si pemberi. Alangkah lebih bagus kalau nama-nama mereka dihebahkan biar mudah para perwakilan menerajang mereka keluar dari saf kepemimpinan. Orang sebegini tak layak untuk membela umat Islam!

kuDULT said...

Salam..
Tolonglah selamatkan PAS. Kalau nak berpolitik sambil mencari pengaruh dan mengumpul wang ringgit, saya harap orang tu keluar la PAS. PAS hanya utk orang yang memperjuangkan AGAMA ISLAM & NEGARA ISLAM. Kalau tak mampu...masuk le parti lain.

RAJA said...

Saya bersetuju 500% amalan politik wang harus dibanteras dari berlaku dalam parti Pas.

Namun saya tidak bersetuju 1000% jika amalan menuduh tanpa bukti-hanya sekadar kenyataan-lidah tidak bertulang.

Apakah kita lupa bahawa setiap dakwaan atau kenyataan negatif terhadap orang lain mesti didahului dgn bukti!!!

Tidak kira yang mendakwa itu seorang PM, Sultan, anak ulama atau ketua dewan ulama. Islam tidak memilih kasih.

Kedua-dua amalan, politik wang dan menuduh tanpa bukti jangan dibiarkan berkembang subur dalam Pas.

Jika ada bukti kukuh, sila laporkan kepada pimpinan agar segera dapat diambil tindakan. Bukannya membebel di media kerajaan yang kita sendiri ragui ketelusannya sejak dulu.

Kita tidak rela Pas akan dipimpin oleh manusia sebegitu rupa sikapnya.

nhasrul said...

Salam Tuan MSO
Saya kira lepas ini, tuan akan menerima banyak komen yang mengkritik hebat pendedahan tuan ini. Harap bersabar, mereka itu mungkin tidak membaca sejarah kejatuhan empayar islam Uthmaniah akibat daripada gejala yg berleluasa. Diharap para pemimpin PAS dapat mencari jalan utk menyelamatkan parti yang sepatutnya menjadi benteng terakhir kepada orang melayu Islam.
Teruskan dengan pena tuan, bagi saya blog tuan adalah akhbar saya.
Yang benar
nizam UK

GAP KEMBALI said...

salam
pas yang ada hari ini sudah lari dan jauh menyimpang dari perjuangan asal. kasihan almarhum dato fadhil, tak sempat melihatkan kehancuran pas, dihancurkan oleh 'anasir' anwar.

MATKALAU said...

Mat Iraqi tak payah heboh2. Dia patut bisikkan perkara ini kat Hj Hadi atau TGNA. Bila bercakap dalam satu majlis dan dipetik oleh media, habislah.....

Saya hairan dengan perangai ustaz2 Pas ni suka lepas cakap. Nak tunjuk pandailah tu.

Rozana said...

Kalau heboh dikatakan buka pekung parti. Kalau tak heboh, nanti jadi barah parti. Macam mana ya...caranya ialah hebah jangan heboh.

Rozaimin said...

Perkara yang serius seperti ini sepatutnya dicantas secepat mungkin. Adalah lebih baik melapurkan kepada pihak atasan beserta dengan bukti supaya tindakan dapat diambil dengan segera.Nama mereka yang terlibat harus dikemukakan supaya mereka dapat membela diri supaya tidak menganiaya mereka dengan fitnah yang sangat dilaknat oleh Allah S.W.T dan kalau mereka betul bersalah lebih baik menarik diri daripada bertanding demi menjaga parti yang memperjuangkan islam ini

affandi said...

Salam,
Kawe sokng sungguh kalu ramai lg wakil2 pas bongkar segalo hok buruk dale pas,jgn duk pandai kate kot umno sajo hok dale pas pun kena ado semok jugok kena repair jugok,pas bknlah parti yg tkdok saloh silap,jd kena ado tegurn kena ado check n balance jugok dari dale..jd sbgai rakyat tok perlulah kita nk trlalu tksub kpd pemimpin pantang ado tegurn kita sbgai rakyat pulok hok lebih2 nk melenting..wallahualam.

PG said...

Salam Uncle MSO.
Kasitahu sama itu budak hitam.
Kalau mau rasuah suruh masuk BN.
PEACE

poksu said...

Salam hormat!

Seorang beraqidah islam bergantung kepada 3 perkara pokok iaitu qolbi (niat) tasdiq (lafaz dengan lidah) fe"li (perbuatan),contoh nyata ketika mengucap dua kalimah syahadah dan lafaz akad nikah memerlukan ketiga perkara tersebut digabungkan disamping berijtihad (berikat)dengan penuh yakin akan rukun yang wajib diketahui dan dipercayai iaitu rukun islam yang lima serta rukun iman yang enam. Siasah atau bahasa semakna politik adalah fe'li (perbuatan) manakala tindakan agama menglibatkan kepercayaan yang tidak bolih dipisahkan diantara keduanya seumpama isi dengan kuku.

abemat said...

salam MSO,

1. ambo setuju MSO tulis tu..katakan yang benar walaupun pahit..itu sifat orang Islam.ulama faham hadis ini, sebabb itulah ust mat iraq membuka mulut.

2. kenapa takut sangat ulama bercakap?apa benarkah sudah ada unsur menyisihkan ulama dari PAS?kalau tak buat salah tak payah bising2.yang bising2 ni lazimnya sintom orang bersalah...macam orang masuk hantu yang takut ustaz baca ayat kursi. kalau takde hantu dia rileks je lah tapi bila memang ada hantu dalam badan maka meraunglah orang itu..

3.jangan asabiyah..dengar kata ulama,PAS diasas oleh ulama.istighfar banyak2,dengar balik kuliah akidah, insya Allah tenang jiwa kita.sekian.

Zaidin said...

Assalamu'alaikum MSO...sahabat lama yang lama tak jumpo....sihat ko??

Cerita tentang gejala rasuah dalam PAS adalah sesuatu yang menyedihkan. Jika benar berlaku, ia amat memalukan. Selama ini PAS gedegar kata UMNO korup, tetapi jika benarlah ada gejala rasuah dlm PAS, pasti terpenyek batang hidung sendiri. Apapun, kita doakan semua itu hanyalah sekadar kocakan kopi di dalam cawan sahaja.

mso.im said...

Sdr Zaidin, terima kasih, saya cuba nak balas menerusi email sdr tapi tak jumpa cari email. Harap sdr dapat berintraksi dengan saya menerusi email saya. Salam MSO