Thursday, February 7, 2013

Apakah Hajat Besar Haron Din Jumpa Anwar?

SPEKULASI                                                                                              

Tepatnya malam Isnin lalu Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din telah mengadakan pertemuan sulit dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. Pertemuan di antara kedua sosok ini jarang berlaku akhir-akhir ini. Haron Din dikatakan kurang mesra rakyat dengan Anwar tidak seperti diawal-awal zaman reformasi lalu. Lantaran itu jarang kelihatan mereka berada atas pentas sama akhir-akhir ini.

Muktamar PAS Ipoh: Anwar paling kanan dan Haron kiri sekali.
Gara-gara itu menyebabkan pertemuan di antara mereka berdua menimbulkan titik soal kepada sesetengah yang mengetahuinya dan tentulah akan menjadi persoalan umum. Apakah tujuan di sebalik pertemuan itu? Apakah ia ada membawa misi atau agenda besar dalam Pakatan Rakyat? Atau apakah ada pencemaran ke atas konsensus sebelum ini?

Pada pertemuan itu Haron Din dikatakan datang bersendirian manakala Anwar ditemani oleh seseorang yang lain mungkin untuk dijadikan saksi. Pertemuan itu di luar rumah Anwar? Tiada kenyataan akhbar bersama dikeluarkan oleh mereka berdua selepas itu dan ini menguatkan lagi tanggapan ia amat SULIT dan PENTING. Jangan menghiris hati sudahlah...

Mahathir Mengapa Jelous?

MEMAYUNG RASA                                                                                     

Dari saya sentuh hal ehwal 'orang itu' pagi-pagin ini seperti mana ramai kekawan yang minta saya mengulasnya baik saya sentuh perihal Mahathir Mohamad, tokoh kematu yang tidak pernah sedar diri. Lebih berbaloi kalau saya mengulas mengenai Mahathir setidak-tidaknya kalau dapat 'dosa' ia balik modal kerana kedudukan Matahir yang tinggi dan tidak pernah mahu tunduk ke bumi itu. Lagipun Mahathir kini berada dalam war room, Umno.

Menjadi amalan saya, saya tidak suka mencatat mengenai ahli politik kecil atau pun mereka yang berkedudukan tetapi tidak ada nilai buat saya. Orang yang pendek akal politik atau merasa dirinya gah walhal dia tidak gah setara mana pun membuangkan masa saya saja atau kalau ditulis ia akan menghauskan keyboard laptop saja.

Bila sebut orang itu saya teringat kata-kata Salentia suatu masa dulu mengenai orang itu. Katanya orang itu tidak layak jadi orang besar atau pun berada ditempat kedudukan sekarang kerana fizikalnya tidak menarik. Dia kelihatan seperti budak dan orang kerdil saja. Maaflah... kalau nak marah, marahkan kepada Salentia yang juga kepada saya dia (Salentia) kerdil moral politiknya.

Wednesday, February 6, 2013

Yahaya Sulong Kembali Ke Rahmatullah

BALESUNGKAWA                                                                                                              

Pelawak veteran yang popular di tahun 70-an Yahaya Sulong, 84 telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 6:00 petang tadi. Beliau meninggal di hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua. Tidak pula diketahui bila Allahyarham dimasukkan ke hospital. 

Kenangan bersama Yahaya.
Kebetulan selepas Zohor tadi saya bertanya kepada Dr Wan Suhaimi Wan Daud mengenai perkembangan Yahaya takut-takut beliau ada maklumat mengenainya. Bulan lepas saya mengunjunginya untuk menyampaikan sedikit bantuan berupa wang tunai yang disedekah oleh rakan-rakan Facebook saya bagi meringankan bebanannya untuk melunasi tunggalkan sewa rumah. 

Beliau dan isteri Anisah bergembira menerima kedatangan saya bersama isteri dan anak-anak. Beliau berkali-kali bertanya siapa saya, saya hanya menjawab saya adalah peminatnya. Memang beliau tidak pernah mengenali saya dan kami tidak pernah bersua.

Insya-Allah sekejap lagi saya akan ziarah jenazahnya di Sentul. Menurut maklumat jenazahnya akan dikebumikan di kampung halamannya di Telok Intan esok. Saya bersama keluarga dan rakan-rakan Fb mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Al Fatihah. [wm.kl.9:04 pm 06/02/13]

Anggota Syuara Ulama Juga Perlu Berpuasa

MARAH PAGI                                                                                                                  

Beberapa orang pemimpin PAS tidak faham-faham dan terus bercakap mengenai isu-isu yang tidak sepatutnya mereka sebut dan perpanjangkan lagi. Saya tidak tahu apakah mereka mempunyai pandangan dan ada 'petua' tersendiri di dalam hal ini maka isu-isu yang tidak relevan dan boleh menyerabutkan kepala ahli menjelang pilihan raya itu terus diungkapkan.

Atau pun mereka merasakan perlu berbuat begitu kerana boleh menonjolkan diri mereka di dalam akhbar? Iyalah saat hendak pilihan raya mesti iklan diri nanti pengundi tidak kenal pula? Saya hendak merujuk langsung kepada isu bekas timbalan presiden PAS yang digugurkan dari Majlis Syura Ulamak dan isu kalimah Allah. Kenapa masih terus bercakap mengenai 'dia itu'.

Saya rasa setiausaha Majlis Dewan Syura Ulamak, Nik Zawawi Nik Salleh tidak akan dikecam ahli kalau dia tidak bercakap mengenai 'dia tu'. Ahli mungkin akan merasa lega dan tidak serabut perut dengan jawaban demi jawaban dan ulasan demi ulasan beliau kepada media massa berhubung dua isu itu. Apakah Nik Zawawi Nik Salleh sudah terikat dengan apa-apa kontrek dengan media massa untuk terus menjawab dan memberi ulasan mengenai dua isu itu?

Tuesday, February 5, 2013

Seorang Lagi Bekas Jeneral Akan Sertai PR

TERKINI PAGI                                                                                                                  

PKR dan PAS masing-masing akan menerima seorang anggota baru dari pasukan keselamatan apabila seorang lagi bekas jeneral dan seorang bekas pegawai tinggi polis akan menyertai parti berkenaan. Perundingan untuk mereka menyertai kedua-dua parti itu sudah dijalankan dan hampir beres.

PAS dijangka akan membuat pengumuman kemasukan bekas pegawai tinggi polis berkenaan dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Agungnya sehari dua lagi. Manakala PKR pula sedang mengadakan rundingan di peringkat akhir dengan bekas jeneral berkenaan.

Menurut maklumat ibu pejabat PKR, rundingan akhir mengenai penyerataan bekas jeneral itu akan diadakan lewat petang ini manakala pengumuman kemasukan itu akan menyusul.

Sebelum ini sekurang-kurang dua pegawai tinggi tentera berpangkat panglima dan seorang pegawai tinggi polis telah menyertai Pakatan Rakyat, seorang melalui PKR dan seorang menerusi PAS. Penyertaan anggota pasukan keselamatan ini memberi suntikan semangat baru untuk PR.

Penyertaan bekas-bekas pegawai tinggi pasukan keselamatan ini juga menggambarkan perubahan besar dalam minda mereka terhadap pembangkang yang mana sebelum ini mereka dipaksa menyokong parti pemerintah tanpa boleh menyatakan apa-apa bantahan.

Penyertaan pegawai tinggi itu juga menyerlahkan bahawa pembangkang kini cukup berwibawa dan menjadi pilihan umum untuk menjadi kerajaan menggantikan Umno dan BN. [wm.kl 11:12 am 05/02/13]

Monday, February 4, 2013

PAS Semarakkan Program Menang Pilihan Raya

CELEHAN TENGAHARI                                                                                                        

Sehari selepas mengadakan seminar Road Map Ke Putraja yang melibatkan 1,000 petugas dan jentera pilihan raya PAS, parti Islam itu mengadakan satu lagi program dinamakan Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS bertempat di sebuah hotel di Jalan Ampang semalam. Program semalam adalah kesenimbungan kepada seminar Road Map ke Putrajaya yang maksudnya menunjukkan kesiapsiagaan PAS dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Dari kanan: Tengku Peduka, Hanafiah, Tamrin, Mazlan dan Tuan Ibrahim
Kalau seminar di  The Mines terhad di kalangan jentera dan pimpinan PAS, tetapi program di Ampang semalam terbuka kepada umum khususnya di kalangan para pemuka dan tokoh-tokoh yang baru bersama PAS. Mereka adalah terdiri dari bekas pimpinan Umno, pasukan keselamatan, tokoh agama, pegawai tadbir, diplomatik, artis, NGO dan lain-lain.

Dengan kehadiran mencecah 500 orang memberi pertunjuk sambutan dan minat pelbagai golongan terhadap PAS muasir ini sungguh memberangsangkan dan memberi petanda bahawa PAS bakal menjadi parti utama di masa akan datang.

Sunday, February 3, 2013

Memang Pemimpin PAS Perlu Berpantang

NAP KE BAWAH                                                                              

Permintaan Naib Preiden PAS Husam Musa agar semua para pemimpin PAS atau jurucakap PAS agar berpantang selama 90 hari menjaga karektor, mulut atau kata-kata agar tidak tersasar sehinggakan ia menjadi isu atau pun disunting oleh pihak lawan untuk menghentam PAS satu cadangan yang tepat. Rasanya permohonan itu tidak sukar untuk dipenuhi oleh para pemimpin PAS kerana ia tidak perlu sampai diadakan kursus khas.

Husam: Selalu ceramat mengulas isu.
Bagi Husam kenapa beliau mengajak demikian kerana ada sebab musababnya. Saya sendiri terperasan dengan masalah ini. Sesetengah pemimpin PAS banyak bercakap, yang tidak ubah seperti burung ktitir atau terkukur yang rajin bercakap. Pantang ada peluang dan dihulurkan mikekrofon sikit mereka akan bercakap dan mengulas apa juga isu yang diajukan kepada mereka walaupun ia kurang relevan.

Bersikap mesra wartawan atau media tanpa hujung pangkal dan pandai membaca apakah motif di sebaik pertanyaan wartawan itu tidak baik juga.

Persis burung ketitir atau terkukur kalau berkokok tidak kira hari siang atau malam, boleh menimbul konfius juga. Memanglah tuannya pelihara unggas itu untuk menikmati kemerduan suaranya dan melihat telatah dan tabiatnya sebagai seni hiburan. Tetapi kalau malam siang tidak kira waktu berkokok ia membosankan.

Saturday, February 2, 2013

Najib Dan Mahathir Tidak Sekata Kriteria Calon

LENTANG MALAM                                                                                                       

Mahathir: Bercanggah dengan Najib.
Saya rasa saya tidak salah dengar dan telinga saya tidak berdengung. Sekejap tadi saya dengar Mahathir Mohamad ahli Umno supaya mengundi calon-calon UBN tidak kira siapa mereka itu. Katanya jangan peduli siapa calon undi saja sebab hendak menang. "Kita pilih siapa saja calon UBN kerana kita hendak menang," katanya.

Kemenangan perlu apa lagi dengan undi besar. Sebab katanya kalau UBN menang kecil mereka (Pakatan Rakyat) akan tunjuk perasaan hari-hari.

Rayuan dan penegasan Mahathir itu menjelaskan sesiapa calon dari UBN perlu dipilih. Ini bermakna yang perlu dilihat ialah parti bukannya peribadi calon.

Kenyataan Mahathir ini bertentangan dengan hasrat Najib Razak yang mahukan calon-calon Umno yang berintegriti, bersih dari rasuah, jenayah dan skandal. Mana-mana bakal calon yang tidak lepas tapisan SPRM tidak akan diambil untuk bertanding. Dalam Umno mereka menjadi SPRM sebagai Majlis Syura Ulama kalau di dalam PAS.

Apa Dibimbangi Terhadap Musa Telah Terjadi

RASA JIWA                                                                                                                             

Mula-mula lagi saya telah mengsyaki sesuatu yang tidak baik kepada bekas Ketua Polis Negara, Musa Hasan bila dia secara tiba-tiba menunjukkan minat kepada Pakatan Rakyat dan dalam masa sama mengkritik bekas pasukannya.

Musa: Tektik tak menjadi.
Asas kesangsian saya mudah, Musa ialah polis, polis merupakan peribadi yang tidak boleh dipercayai kerana mereka sangat menghormati pasukan mereka. Setiap dari mereka akan bersumpah taat setia dan memegang piagam perkhidmatan. Piagam itu mereka akan genggam hatta hingga ke saat akhir hayatnya. Ada orang kata kalau dia polis jangan dipercayai ketegasannya dalam jawatan baik dia ayah, abang, adik, isteri atau suami kita.

Saya pernah menonton sebuah filem Barat mengenai ketinggian peribadi seorang tentera. Tentera ini sangat menghormati kepada ikrar dan sumpah setia perkhidmatannya. Dia sangat menghormati kepada ketua dan sedia berkorban untuk negara atas arahan bosnya. Kerana semangat tentera itu sudah 'menjelirat' ke dalam darahnya, hingga ke saat beliau hendak menghebuskan nafas terakhirnya dia masih angkat tangan, (tabik) kepada ketuanya yang menziarahi dia saat di sakaratumaut itu.

Friday, February 1, 2013

Abdullah Saamah Tanding Atas Tikit Umno?

BERITA MALAM                                                                                                            

Satu maklumat yang baru saya terima dari Kelantan, guru pondok tersohor di Tumpat yang lantang mengkritik Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdullah Samaah katanya akan diletakkan sebagai calon UBN di salah stau kerusi DUN dalam pilihan raya akan datang.
Abdullah: Calon BN di Kelantan?

Beberapa orang tertentu yang menganggotai satu unit kajian bebas mengenai bakal calon Umno di Kelantan mengemukakan cadangan ini langsung kepada presiden parti Mohd Najib Razak tanpa melalui Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed.

Alasan untuk menurunkan Abdullah untuk mempengaruhi pengundi Melayu di Kelantan mengenai isu-isu agama seperti kalimah Allah, doa KO Umno, Umno KO dan juga 'keceluparan' Nik Aziz dalam ceramahnya seperti menyebut 'Tuhan mencarut', Nabi Muhammad sama dengan budak kampung bernama Mamat saja dan sebagainya.

Unit kajian itu juga mencadangkanh kepada Najib agar Umno menguar-uarkan Abdullah bakal dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan. Alasannya keilmuan dan kedudukan beliau sebagai guru pondok amat sesuai dilantik sebagai MB Kelantan.

Menurut unit ini satu survey telah diadakan di kalangan pengundi Melayu berusia 55 tahun ke atas bersetuju kalau Abdullah diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pun menurut kajian itu mereka tidak setuju kalau Abdullah diuar-uarkan bakal MB Kelantan kerana beliau tidak ada pengalaman sebagai seorang adimstratif.

Sementara itu difahamkan kerusi yang kemungkinan akan diberikan kepada Abdullah ialah di Pengkalan Kubur yang kini disandang oleh Nur Zaidi Omar. Kerusi itu tepat kerana pusat pengajian Abdullah berada dalam kawasan berkenaan iaitu di Genting Tumpat.

Sementara Nur Zaidi pula katanya dicadangkan supaya dipindah ke kerusi parlimen.

Sebelum ini setiap kali pilihan raya UBN menurunkan tokoh-tokoh atau guru agama menjadi mereka calon tetapi semua tewas. Antara calon UBN bertaraf ustaz atau tok guru termasuklah Mustapa Taib, Wan Ismail Wan Ahmad, Dusuki Ahmad, Mohd Nor Deris, Zainal Abidin Abdul Kadir dan Shukeri Mohamad dan lain-lain. [wm.kl.9:09 pm 31/01/13]