Wednesday, February 6, 2013

Yahaya Sulong Kembali Ke Rahmatullah

BALESUNGKAWA                                                                                                              

Pelawak veteran yang popular di tahun 70-an Yahaya Sulong, 84 telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 6:00 petang tadi. Beliau meninggal di hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua. Tidak pula diketahui bila Allahyarham dimasukkan ke hospital. 

Kenangan bersama Yahaya.
Kebetulan selepas Zohor tadi saya bertanya kepada Dr Wan Suhaimi Wan Daud mengenai perkembangan Yahaya takut-takut beliau ada maklumat mengenainya. Bulan lepas saya mengunjunginya untuk menyampaikan sedikit bantuan berupa wang tunai yang disedekah oleh rakan-rakan Facebook saya bagi meringankan bebanannya untuk melunasi tunggalkan sewa rumah. 

Beliau dan isteri Anisah bergembira menerima kedatangan saya bersama isteri dan anak-anak. Beliau berkali-kali bertanya siapa saya, saya hanya menjawab saya adalah peminatnya. Memang beliau tidak pernah mengenali saya dan kami tidak pernah bersua.

Insya-Allah sekejap lagi saya akan ziarah jenazahnya di Sentul. Menurut maklumat jenazahnya akan dikebumikan di kampung halamannya di Telok Intan esok. Saya bersama keluarga dan rakan-rakan Fb mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Al Fatihah. [wm.kl.9:04 pm 06/02/13]

4 comments:

Unknown said...

Innalillahiwainnailaihrojioun. tak kesampaian saya untuk bertemu beliau. semoga roh beliau di cucuri rahmat.amin

noname said...

Innalillahiwainnailaihrojioun, Alfatihah!

M Rajoli Al-Qlantani said...

ALFATIHAH.. Semoga roh Allayarham ditempatkan bersama org2 mukmin..

Raudhotul Jannah said...

Alfatihah,
Berjuta-juta RM bawa penyanyi korea UNTUK BEBERAPA JAM kpop dan psy.... Nasib penghibur Malaysia diabaikan, hampir Allahyarham di halau dari rumah...... Susahkan nak bagi sebuah rumah kepada Dato' & Datin yan dhaif ini...... Mana PPZ, MANA DUIT ZAKAT KAMI dan mana Rakyat di dahulukan