Tuesday, February 19, 2013

Ramai Bekas Jeneral Tinggal Kem, Kenapa?

BERITA TENGAHMALAM                                                                                                      

Selepas sekurang-kurang dua orang pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat keputusan menerjunkan diri ke dalam politik ia diikuti oleh empat pegawai tinggi Angkatan Tentera Di Raja Malaysia (ATM).

Abdul Ghafir Hamid
Empat orang pegarai tinggi ATM yang telah membuat pengakuan dan bersiap sedia melakukan penjelajahan menerangkan kepincangan kerajaan ialah, Lt. Jeneral (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brig. Jeneral (B) Abdul Hadi Al Khatab, Laksamana Pertama (B) Imran Hamid (Laut) dan Brig. Jeneral (B) Najmi Ahmad (Kagat).

Kempat-empat pegawai tinggi ATM ini sudah membuat sidang akhbar menyatakan pendirian mereka dihadapan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim kelmarin dulu. Abdul Ghafir misalnya sudah mendedahkan bagaimana kemungkinan berlaku banyak salah laku dalam ATM terutamanya mengenai perihal pembelian peralatan ketenteraan.

Monday, February 18, 2013

Saifuddin Abdullah Akan Digugurkan?

BERITA SERKAP                                                                                                            

Seperti mana yang diduga awal-awal Ahli Parlimen Temerloh Saifuddin Abdullah diberitakan tidak akan diturunkan sebagai calon Umno dalam pilihan raya umum akan datang, tampaknya ada tanda-tanda akan menjadi kenyataan.

Saifuddin: Digugurkan?
Satu sumber yang rapat dengan Menteri Besar Pahang, Adnan Yaacob menyebut, MB itu tidak senang dengan gaya dan stail Saifuddin menyebabkan namanya tidak dimasukkan dalam senarai calon yang dikemukakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang.

Katanya Adnan dan veteran Umno Pahang tidak begitu gemar dengan cara dan pengenalan pendekatan politik baru yang cuba diterapkan oleh Saifuddin. Saifuddin adalah antara tokoh muda dalam Umno yang cuba mempraktikan politik baru yang bersifat profesional dan matang tanpa bersikap tegar kepada ideologi Umno.

Mahathir Si Dr Umum dan Mr Spin

SESUDAH SUBUH                                                                                                          

Dalam sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Colombo saya menjadikan buku biografi Mahathir Mohamad, Doktor Umum  sebagai teman seiring jalan. Saya mengambil masa begitu lama daripada tarikh ia mula diterbitkan untuk memiliki dan membaca biografi berkenaan. Kira-kira setahun. Saya sedikit merasa cuak dengan isi biografi berkenaan seperti mana dipetik oleh beberapa pihak dalam membuat resensi 'membakulkan' Mahathir dengan buku itu.

"Doktor Umum" jadi teman perjalanan.
Bagaimana pun sejak awal-awal lagi saya sudah mengingatkan diri saya agar tidak ketinggalan untuk tidak memiliki dan mengunyah apa-apa cerita yang dikisahkan di dalam buku berkenaan. Saya perlu mengetahui banyak cerita politik negara ini dari versi seorang perdana menteri yang dianggap sebagai cemerlang dan terhebat di rantau sini.

Dengan ketebalan buku itu, 982 muka surat, dan pelbagai peristiwa suka duka politik Mahathir ianya cukup untuk membuang bosan dan sepi saya dalam perjalanan. Memang tidak sia-sia dan bukan menjadi kesalahan kalau saya membaca buku itu untuk mendapat pencerahan serta perbandingan mengenai diri Mahathir dengan apa yang saya dengar di luar dirinya dengan apa yang dituliskan.

Sunday, February 17, 2013

Duhai Melayu Belajar Dengan Dong Zong

RENUNGAN SENJA                                                                                                               

Najib Razak hari ini mencatat satu lagi sejarah baru sebagai perdana menteri pertama yang menghadiri majlis anjuran persatuan pendidikan dan budaya Cina, Dong Zong. Sebulan lepas Najib telah mencatat rekod sebagai perdana menteri Malaysia pertama yang menjejak kaki ke bumi Ghozzah.

Anwar di majlis Dong Zong.
Kehadiran Najib atau mana-mana pemimpin Melayu dalam majlis tegar kaum lain (rasis) termasuk majlis Thaipusam dan sebagainya merombak tradisi sebelum ini. Sebelum ini orang Melayu dan pemimpinnya agak 'seme' (malu-malu atau segan) untuk hadir ke majlis berkenaan. Namun hari ini atas nama anjakan 'transformasi' dan ledakan 'reformasi' ianya dilakukan tanpa segan dan 'seme mata' lagi.

Tidak dipastikan apakah kehadiran Najib itu memberi keuntungan politik kepadanya sekiranya kesediaannya mencemarkan duli itu bertujuan politik? 

Untuk ke Makkah Perlu Menanti Seru

MUSAFIR KE TANAH SUCI                                                                                          

Seminggu lalu para pembaca blog ini tertanya-tanya mengenai saya, kenapa saya tidak up-date blog dan membiarkan saja beberapa persoalan yang terladum dalam posting terakhir; mengenai perjumpaan 'gelap' di antara Timbalan Mursyidul Am PAS Haron Din dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Suasana di makam Nabi senantiasa penuh sesak.
Semua sudah tahu ke mana saya menghilang selama satu minggu, bermula 9 hingga 16 Februari - saya ke tanah suci Makkah dan Madinah - menjadi tetamu Allah bagi tahun ini. Iya, apabila Dia sudah memanggil saya tidak akan berlenggah dan sanggup menangguhkan segala urusan lain. Politik Allah lebih penting daripada segala politik lain. Hatta sekiranya parlimen sudah dibubar kalau Allah dan Nabi memanggil ke sana saya harus mengutamakan mereka.

Saturday, February 16, 2013

Konsert Psy Di Pulau Pinang Diganggu Rosmah?

RAHSIA BERITA                                                                                                                

Semasa di Makkah saya tidak banyak membaca laporan politik tanah air tetapi tidak bermakna saya melupai terus negara. Sambil menjalani ibadat, hati dan perasaan tetap juga terkenang kepada negara. Salah satu kejadian yang dilaporkan dan mendapat perhatian saya ialah mengenai konsert kumpulan Gangnam dari Korea Psy.

Katanya konsert Psy Gangnam Style berkenaan kecoh dan tidak berjalan seperti mana dirancangkan. UBN tidak mendapat manfaat besar dari pengundangan Psy untuk menghibur masyarakat Cina sempena dengan tahun baru Cina. Konsert yang diadakan di Pulau Pinang itu menjadi kontroversi apabila dikatakan berlaku salah faham sehinga Psy enggan tampil ke pentas walaupun di undang oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Najib katanya memanggil Psy untuk tampil dipentas bersamanya bagi mengaul mee (yee sang)  bersama-samanya bersama pemimpin BN lain. Psy tidak menyahut seruan Najib dan keadaan itu memalukan perdana menteri berkenaan.

Penahanan Senator Australia Menjejaskan Kredibiliti Kerajaan

SUSUPAN MALAM                                                                                                          

Kepulangan saya dari Makkah hari ini disambut dengan penahanan Senator Australia Nick Xenophon oleh Imigresen di lapangan terbang tambang murah (LCCT) di Sepang. Senator itu ditahan kerana beliau disenaraikan sebagai musuh negara. Bagaimana pun kerajaan tidak menurunkan butir-butir penuh sebab apakah Xenphon disenaraikan sebagai musuh negara.

Seharusnya kerajaan perlu menyenaraikan beberapa bentuk kesalahan beliau sehingga beliau perlu dihalang memasuki ke negara ini. Di zaman langit terbuka dan Malaysia pua sering mendenagnkan sebagai sebuah negara demokratik penahanan itu menjadi sebaliknya.

Beliau dikatakan akan berada di negara ini bersama tiga delegasi terdiri dari NGO dari Australia untuk memantau sistem pilihan raya negara ini yang didakwa tidak telus. Tindakan mereka itu katanya kurang disenangi oleh kerajaan UBN.

Xenophon sebelum ini pernah datang ke Malaysia dan kali terakhir ialah sewaktu Bersih 3.0. Maklum terbaru mengenai nasib senator itu beliau akan dihantar pulang ke negaranya malam ini juga setelah di tahan beberapa jam di lokap di LCCT.

Persoalan kini apakah tindakan menahan senator bebas berkenaan tidak memburukkan reputasi kerajaan UBN? Sekiranya halangan terhadap Xenphon itu kerana tidak mahu beliau memantau perjalanan sistem pilihan raya negara ini, ia akan menjadi persoalan. Di satu sisi  kerajaan menerusi SPR mengatakan perjalanan pilihan raya negara ini telus dan adil, tetapi dalam masa lain kerajaan menghalang orang yang ingin memantaunya.

Kerajaan tidak perlu takut untuk membiarkan mana-mana pihak memantau proses pilihan raya negara ini kerana ia telus dan terbuka. Sebaliknya apabila ada halangan ke atas pemerhati, dakwaan pilihan raya itu telus dan terbuka boleh diragui dan bohong.

Kerajaan tidak perlu gerun untuk sesiapa sahaja membuat pemeriksaan ke atas apa-apa dasar dan polisi yang dilakukan selagi ianya adalah untuk kepentingan umum dan bukan atas tujuan mempersoalkan keselamatan negara. Demokrasi atau sistem pilihan raya adalah untuk kebaikan rakyat dan umum.

Dalam hal ini dilihat tindakan menghalang kemasukan Xenophon itu satu lagi tindakan kurang bijak dan demokratik oleh Hishmauddin Hussein sebagai menteri dalam negeri. Mungkin ianya disokong oleh penyokong tegar UBN tetapi dari sisi lain ia memberi reputasi buruk kepada pihak kerajaan. [wm.kl. 8: 30 pm 16/02/13]

Baru Kembali Dari Bermusafir ...

Bersemangat di hadapan Jabar Uhud.
Salam hampir seminggu blog saya tidak terisi tentu ramai yang menanti apa-apa khabar mengenai saya. Sejak 10 Februari lalu saya berada di Madinah dan Makkah dan kembali ke tanah air lewat petang ini. Insya-Allah setelah penat dan lelah nanti saya kembali aktif dan mengisi catatan dan ulasan di blog Merah Tinta. Wassalam.

Friday, February 8, 2013

Musa Hassan Telah Berjumpa Anwar: Untuk Apa?

SESUDAH SUBUH                                                                                                             

Ada maklumat bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan telah menemui Anwar Ibrahim beberapa hari lepas. Musa sebelum ini telah menarik samannya terhadap Anwar berhubung satu laporan polis dibuat Anwar kononnya Musa telah melindungi fakta dalam siasatan ke atas satu kes membabitkan Ketua Umum PKR itu.

Penarikan balik saman oleh Musa tanpa atas kehendak bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebaliknya atas kerelaan Musa menimbulkan pelbagai tanda tanya. Ada yang berpendapat Musa menyesal dengan perbuatannya terhadap Anwar semasa menjadi seorang pegawai polis yang penuh berkuasa dulu.