Showing posts with label Saifuddin Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Saifuddin Abdullah. Show all posts

Thursday, October 15, 2015

Sah Saifuddin sertai PKR

TERBARU

Parti Keadilan (PKR) menarima seorang lagi tokoh hari ini apabila bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Saifuddin Abdullah telah diistyharkan menyertai parti tersebut. Presiden Keadilan, Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu sidang media khas diperjabat parti itu di Damansara tengah hari ini mengumumkan kemasukan Saifuddin ke dalam PKR.

Dua minggu lalu PKR menerima penghijrahan dua tokoh politik veteran dan juga pimpinan Pas, Kamaruddin Jaafar dan Muhammad Mohd Taib. Kamaruddin merupakan bekas ahli jawatankuasa kerja Pas manakala Muhammad yang juga bekas MB Selangor adalah bekas naib ketua penerangan Pas Pusat.

Kedua-dua tokoh Pas itu diberi tempat dan jawatan dalam PKR sesuai dengan pengalaman luas mereka dalam politik.

Begitu juga Saifuddin katanya akan dilantik menjadi Setiausaha Eksekutif Pakatan Harapan yang akan mengandungi tiga parti PKR, DAP dan Amanah. Penyertaan ketiga-tiga mereka itu sudah tentu memberi suntikan semangat dan kekuatan kepada kepimpinan PKR.

Kehadiran Saifuddin yang dikenali sebagai tokoh belia dan membawa pemikiran politik baru akan meransang anak-anak muda untuk menyertai PKR.

Dalam pada itu sudah pasti dengan pengumuman rasmi bekas MP Temerloh itu beliau akan memulakan era baru dalam politik dengan menjadi ahli politik pembangkang. Kerenah dan cabaran termasuk hemburan personal akan banyak diterimanya selepas ini.

Terlalu awal apakah beliau akan dicalon oleh Pakatan Harapan pada pilihan raya akan didatang di kerusi parlimen Temerloh ataupun akan berpindah ke kawasan lain? Tetapi yang pasti Saifuddin akan menjadi calon istimewa dalam pilihan raya akan datang mewakili PKR. Kehadirannya di Temerloh menyebabkan ahli Parlimen itu sekarang ini tidak cukup "siku dan lutut" untuk menyelamatkan diri. Haha. [wm.kl.1:27 pm 15/10/15]

Monday, February 18, 2013

Saifuddin Abdullah Akan Digugurkan?

BERITA SERKAP                                                                                                            

Seperti mana yang diduga awal-awal Ahli Parlimen Temerloh Saifuddin Abdullah diberitakan tidak akan diturunkan sebagai calon Umno dalam pilihan raya umum akan datang, tampaknya ada tanda-tanda akan menjadi kenyataan.

Saifuddin: Digugurkan?
Satu sumber yang rapat dengan Menteri Besar Pahang, Adnan Yaacob menyebut, MB itu tidak senang dengan gaya dan stail Saifuddin menyebabkan namanya tidak dimasukkan dalam senarai calon yang dikemukakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang.

Katanya Adnan dan veteran Umno Pahang tidak begitu gemar dengan cara dan pengenalan pendekatan politik baru yang cuba diterapkan oleh Saifuddin. Saifuddin adalah antara tokoh muda dalam Umno yang cuba mempraktikan politik baru yang bersifat profesional dan matang tanpa bersikap tegar kepada ideologi Umno.

Friday, October 19, 2012

Saifuddin Tidak Perlu Peduli Kepada Kritikan Serigala

SUSUPAN TENGAHARI                                                                                  

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Saifuddin Abdullah tidak perlu melayan kritikan-kritikan dan sindiran sinis yang dilemparkan kepada beliau kerana ingin cuba membawa politik baru yang lebih matang dan bersikap profesional. Ahli Parlimen Termerloh itu juga tidak perlu merasa takut dan surut ke belakang dari mempertahankan prinsip politiknya diketengahkan. 
Saifuddin: NTidak perlu layan.

Hanya segelintir manusia yang jumud atau pun tidak mempunyai kemuliaan diri saja akan mengkritik dan mempersoalkan kesetiaan Saifuddin di dalam Umno. Cara mereka berpolitik itu jauh lebih rendah daripada corak pemikiran Saifuddin yang mementingkan politik matang, ke depan (berpandangan jauh) dan dinamik.

Kepada saya sesetengah yang mengkirtik Saifuddin itu berlagak besar konon merekalah pejuang Umno padahal pada satu masa mereka merupakan orang yang kencing Umno sambil berlari kerana mendokong Anwar Ibrahim. Mereka adalah pencari makanan jalan dan juga serigala yang menyamun untuk mengenyangkan perut sendiri. Orang seperti ini beridealismekan perut bukan ada gagasan perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair. Mereka akan mendahulukan perut. Perutisme bukan petriotisme.

Diharap Saifuddin teruskan dengan nawaitu dan gaya politik barunya iaini berkata benar sekiranya sesuatu itu benar dan sedia untuk mengatakan salah jika ia salah. Jangan sesekali mencampur adukan soal sentimen peribadi dengan perjuangan parti. Stail dan amalan politik Umno sejak lebih 50 tahun sudah tidak popular lagi dan lebih malangnya ia akan meruntuhkan Umno secara perlahan.

Apa yang hendak dibawa oleh Saifuddin menerusi pendekatan dan gaya politik baru ialah meninggalkan faham kolot dalam berpolitik selama ini, di mana orang politik suka bergaduh soal-soal remeh temeh dan meninggalkan soal pokok. Bagai Saifuddin sebagai anak muda yang intelektual tentu tidak mahu lihat bangsanya membuang masa atau pun membasir dengan politik yang tidak membangun itu.

Sudah lebih 50 tahun merdeka dan Umno menguasai kerajaan, apakah patut kalau politik menegakkan benang basah, politik tidak boleh mengkritik diri sendiri terus diamalkan. Saya rasa Saifuddin tidak akan menghadapi apa-apa kerugian kalau beliau dihadang mengambil sikap politik terbuka dan rasional, tetapi yang ruginya Umno juga? Sementara kepada Saifuddin sebagai orang yang cuba meneroka sesuatu yang baru beliau kena sedia menghadapi apa saja termasuk dari kumpulan serigala lapar yang selalu menyengih taring dalam Umno itu.

Apa disuarakan Saifuddin dengan menimbulkan isu Soros yang dimainkan Umno untuk mengenakan oposisi dan juga isu mengganggu ngo pejuang hak asasi, Suaram (Suara Rakyat Malaysia) adalah sesuatu yang tepat. Sebagai seorang yang mahu mewaraskan politik negara isu-isu yang berbau resis sebegitu perlulah dibawa keluar dan itulah apa yang dipraktikkan oleh Saifuddin.

Mereka yang menuduh beliau makan keliling dan tidak yakin dengan Umno adalah mereka yang bukan saja pendek tubuh badan tetapi otak juga kemetot. Kalaulah Najib mendengar kritikan dan pandangan orang sebegini Najib juga kelak akan lemas dalam botol. Juga tidak mustahil Najib akan sentiasa dihanyir oleh najis serigala lapar.

Kalau mereka tidak otak pendek mereka tidak akan cuba menyusahkan Saifuddin sebalik akan menyanjung kalaupun sukar untuk mengamalkan kerana daya fikiran mereka kita tidak ianya tidak sedalam mana. Kepada Saifuddin syabas diucapkan dan saudara tidak perlu mengaku kalah kepada orang yang lantang cakap tetapi akalnya sebenar tidak seberapa. [wm.kl.12:36 t/hari 19/10/12]