TERKINI
Alhamdulilah Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilaporkan terjatuh dan mengalami kecederaan semasa berada di Batu Pahat tidak membimbangkan. Banyak laporan liar kini disiarkan di blog dan media sosial pro kerajaan memberi gambaran keadaan MB Kelantan itu teruk.
Baru sekejap saya menghubungi dengan pengawal peribadi Tokguru, Wan Zulkefli dan beliau menjelaskan apa yang berlaku.
"Tokguru hanya tergelecah semasa hendak naik kereta kerana kakinya kebas akibat lama berdiri, keadaan Tokguru tidak ada apa-apa, beliau sihat," jelas Wan zul.
Bagaimana pun kata Wan Zul majlis Tokguru di Segamat malam ini dibatalkan dan kini Tokguru dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. [wm.kl.9:25 pm 14/04/13]
Sunday, April 14, 2013
Alhamdulilah Tokguru Tidak Mengalami Apa-apa Kecederaan
Labels:
Tokguru Nik Aziz
Benar Bekas MB Umno Sertai PAS
BERITA
Seorang bekas MB Umno sah mengisi borang kemasukannya ke dalam PAS, demikian menurut pemimpin tertinggi PAS. Menteri Besar berkenaan yang berkhidmat lebih 10 tahun itu akan mengistyharkan kemasukannya ke dalam PAS dua hari selepas hari penamaan calon.
"Beliau tidak mahu mengistyharkan sekarang ini bimbang takut beliau dikatakan hendakkan apa-apa jawatan atau pun menjadi calon dalam pilihan raya," demkikian beritatahu pemimpin berkenaan.
Sebenarnya desas desus MB seorang ini akan menyertai PAS sudah lama kedengaran tetapi ia tenggelam timbul. Barulah sekarang ini hasratnya itu sahih apabila beliau telah mengisi borang keahlian PAS di hadapan Timbalan Mursyudul Am PAS, Dr Haron Don.
Penyertaan bekas MB ini memberi pukulan hebat kepada Umno terutamanya di negeri yang beliau berkhidmat.
Dalam pada itu pihak Umno juga tertanya-tanya mengenai MB berkenaan yang dikatakan sudah lama menghilang dan menjauhi program UBN. Umno juga dikatakan beruasaha untuk mendekati dan menjinakkan bekas MB ini tetapi tidak berjaya.
Kemasukan bekas MB ini juga akan memberi suntikan semangat dan kekuatan baru kepada Pakatan Rakyat amnya. [wm.kl.8:57 pm 14/04/13]

Bekas MB
Thursday, April 11, 2013
Chua Soi Lek Sudah Kecut Perut dan Mengaku Kalah
ULASAN PETANG
Presiden MCA Chua Soi Lek hari ini dengan rasmi menyatakan dia tidak akan bertanding dalam pilihan raya ke-13 nanti. Alasannya ialah kerana beliau ingin membuktikan dia seorang yang mementingkan parti daripada kepetingan diri sendiri.
Alasan diberikan Soi Lek itu begitu indah dan ikhlas bunyinya. Tetapi seramai mana yang mempercayai akan keikhlasan itu? Bukan tindakan Soi Lek itu menandakan dia sudah mulai kecut perut kerana melihat kebangkitan rakyat hari ini yang ingin menghukum UBN sudah tidak dapat dibendung lagi.
Sebelum ini Chua Soi Lek cuba sedaya upaya untuk memecahkan pakatan PR terutamanya di antara PAS dengan DAP dengan menimbulkan berbagai provokasi dan fitnah. Beliau juga lantang menentang hudud di mana ia dilihat kontras dengan DAP yang lebih bersikap terbuka mengenai hudud. Chua Soi Lek cuba memberi gambaran yang DAP menyokong hudud dengan tujuan untuk menakut-nakutkan orang-orang Cina.

Annuar Musa Disingkir Menjadi Calon?
RISIK MAKLUMAT
Di antara tokoh-tokoh veteran Umno yang digugurkan sebagai calon dalam pilihan raya ke-13 ini khabarnya termasuklah bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Annuar Musa. Dari maklumat dalaman Annuar tidak dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi, sama ada DUN atau parlimen.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu sebelum ini bertungkus lumus untuk memastikan dirinya akan dicalonkan. Beliau dikatakan menggunakan berbagai kaedah untuk menawan hati pucuk pimpinan Umno terutamanya Najib Razak agar memberinya sekali peluang sebagai calon.
Kejayaan pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warriors telah diguanakan untuk menaikan darjatnya dalam politik. Annuar sangat berharap kejayaan triple pasukan boleh sepak itu akan membantu memulihkan imejnya dalam politik.
Di antara tokoh-tokoh veteran Umno yang digugurkan sebagai calon dalam pilihan raya ke-13 ini khabarnya termasuklah bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Annuar Musa. Dari maklumat dalaman Annuar tidak dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi, sama ada DUN atau parlimen.
![]() |
| Alwi: Hanya berdoa. |
Kejayaan pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warriors telah diguanakan untuk menaikan darjatnya dalam politik. Annuar sangat berharap kejayaan triple pasukan boleh sepak itu akan membantu memulihkan imejnya dalam politik.
Labels:
Annuar Musa
Siapa Yang Memohon Maaf Kepada Anwar?
SESUDAH SUBUH
Semalam saya mendapat tahu dari seseorang, bakal calon Bebas yang akan diretui oleh UBN telah memohon maaf kepada Anwar Ibrahim di mahkamah. Bakal calon itu hadir ke mahkamah dan membuat pengakuan dan memohon maaf kepada Anwar beberapa hari lepas. Permohonan maaf itu direkodkan oleh Hakim.
Belum diketahui apakah puncanya bakal calon itu berbuat demikian? Apakah dia juga menghadapi saman oleh Anwar ekoran kelancangan mulutnya memfitnah Anwar membabi buta selama ini? Saya sedang berusaha untuk mendapatkan surat permohonan maaf oleh bakal calon bebas direstui Najib itu.
Persoalannya apakah boleh dipercayai dengan apa dilakukan bakal calon itu? Sejauh manakah permohonan maafnya valid dan berintegriti?. Semua orang kenal siapa dia orang ini dan kenal fiil perangai dan sifat munafiknya. Bukan sahaja ahli politik, pemerhati dan rakyat di kawasannya saja yang tahu tetapi semut di celah kayu atau gajah di dalam hutan juga tahu dan kenalkan dengan kebusukan dirinya itu.

Anwar Ibrahim
Wednesday, April 10, 2013
Mahathir Minta Tanding di Putrajaya?
EKSKLUSIF
Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad katanya berminat untuk mengambil bahagian secara langsung dalam pilihan raya ke-13 dengan diberikan peluang menjadi calon. Khabarnya kawasan pilihan atau diharap-harap Mahathir ialah Putrajaya.
Mahathir katanya tidak menyuarakan sendiri hasrat itu tetapi diisyaratkan menerusi seorang khadamnya yang telah berjumpa dengan wakil peribadi Najib semalam. Mahathir katanya berubah angin apabila mendapat tahu PAS telah megumumkan Husam Musa sebagai calonnya di Putrajaya.
Khadam Mahathir itu memberi tahu wakil peribadi Najib, Mahathir bimbang dengan keupayaan Teuku Adnan Teuku Mansor untuk mempertahankan kerusi parlimen berkenaan. Dari tinjauan dan kajian di pejabat Yayasan Perdana, - pejabat operasi Mahathir, pegawai kerajaan mungkin mendapat pilihan baru kalau Husam diletakkan bertanding di Putrajaya.

Mahathir Mohamad
PRU-13 Mengundi 5 Mei, Penamaan Calon 20 April
Baru sekejap tadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Aziz Yusuf telah mengmumukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi untuk pilihan raya umum ke-13.
Hari penamaan calon ialah pada 20 April manakala hari mengundi ialah 5 Mei. Ini bermakna tempoh berkempen selama 14 hari.
Pilihan raya kali ini melibatkan seramai 13,268,002 pengundi. [wm.kl.12:35 pm 10/04/13]

P raya
Orang Penting Pakatan Semua Sudah Ada Kerusi
TINJAUAN
Kita semua sedang menanti pengumuman hari penamaan calon dan hari mengundi oleh SPR yang kini masih bermesyuarat membincangkan perkara itu. Hari ini dijangka tarikh-tarikh keramat itu akan diketahui menjelang lewat petang ini.
Sementara itu mari kita lihat dan meninjau ke mana dan di mana orng-orang penting dari kalangan Pakatan Rakyat akan bertading ataupun diletakkan bertanding. Saya mulai dengan ketua SAMM Badrul Hisham Sharin atau Che'guBard yang sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk tidak bertanding, tetapi semalam diumumkan beliau akan diletakkan di DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang.
Pencalonan Badrul itu diumum sendiri oleh Timbalan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman.
![]() |
| Husam: Mula didampingi sain sobat. |

Tinjau Calon
Tuesday, April 9, 2013
Dari Bendul Firasat Saya: Tuhan Jangan Kau Zahirkan Kesedihan Ini
SAYANG TOK GURU
Entah mengapa dalam beberapa jam terakhir ini hati saya tidak sedap, dada berdebar-debar dan bergeduk persis ombak yang tidak sudah sampai ke tebing pantai. Ada debar kecil dan debar besar beralun dan 'berungga-rungga' menyinggahi ke segenap pembuluh darah.
Dada menjadi sebak seakan diri tidak keruan. Akan kehilangan sesuatu yang disayangi! Saya cuba menempis agar rawan itu menjauhi saya dan tidak menganggui benak saya. Saya mahu bahagian bersama. Saya tidak mahu dan benci untuk melihat bayangan ini menjelma menjadi realiti. Tolong Tuhanku.
Hati kecil pula berkata-kata yang sukar untuk difahami apa lagi ditafsirkan untuk alam semesta. Keluhan terus bergulung didalam diri kemudian terhempas di pengkalan hati. Rasa bimbang, cemas juga membelenggu seluruh diri. Perasaan ini pelik dan anih buat saya. Ia bergedung gedang...
![]() |
| Cuba renungi gambar Tokguruku ini dengan penuh perasaan. Fikir apa yang beliau dengar, pandangan dan harapkan! |
Entah mengapa dalam beberapa jam terakhir ini hati saya tidak sedap, dada berdebar-debar dan bergeduk persis ombak yang tidak sudah sampai ke tebing pantai. Ada debar kecil dan debar besar beralun dan 'berungga-rungga' menyinggahi ke segenap pembuluh darah.
Dada menjadi sebak seakan diri tidak keruan. Akan kehilangan sesuatu yang disayangi! Saya cuba menempis agar rawan itu menjauhi saya dan tidak menganggui benak saya. Saya mahu bahagian bersama. Saya tidak mahu dan benci untuk melihat bayangan ini menjelma menjadi realiti. Tolong Tuhanku.
Hati kecil pula berkata-kata yang sukar untuk difahami apa lagi ditafsirkan untuk alam semesta. Keluhan terus bergulung didalam diri kemudian terhempas di pengkalan hati. Rasa bimbang, cemas juga membelenggu seluruh diri. Perasaan ini pelik dan anih buat saya. Ia bergedung gedang...
Labels:
Nik Aziz Nik Mat
Bertanding Luar Kelantan: Husam Pecah Rekod Asri
PERISTIWA SEMALAM
Sudah hampir pasti Naib Presiden PAS Husam Musa, 54 akan bertanding di kerusi Putrajaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur disamping mengekalkan kerusi DUN Salor yang dijabati sekarang ini. Kalau semuanya berjalan lancar Husam bakal melakar sejarah buat PAS Kelantan dan Malaysia amnya dan buat dirinya sendiri.
Apa yang bakal dicoret Husam itu hampir menyamai rekod yang pernah dicatat oleh bekas presiden PAS, Mohd Asri Muda (Allahyarham) yang pernah meninggalkan Kelantan tahun 1978 untuk bertanding di luar Kelantan. Pada tahun tersebut Asri meninggalkan kerusinya parlimen Kubang Kerian di Kelantan untuk bertanding di Padang Terap Kedah. Bagaimana pun ketika itu Asri tidak mempertahan kerusinya dan bertanding 'tunggal' untuk kerusi Kota Star Kedah. Dukacitanya Allahyarham kalah.
Sudah hampir pasti Naib Presiden PAS Husam Musa, 54 akan bertanding di kerusi Putrajaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur disamping mengekalkan kerusi DUN Salor yang dijabati sekarang ini. Kalau semuanya berjalan lancar Husam bakal melakar sejarah buat PAS Kelantan dan Malaysia amnya dan buat dirinya sendiri.
![]() |
| Tiga Naib Presiden menanti untuk terima derma. |
Labels:
Husam Musa
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)