Friday, May 10, 2013

Najib Perlu Balas Jasa Khiary

TAZKIRAH JUMAAT                                                                                                  

Menantu Abdullah yang baru menang di Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menawar diri untuk diberi tugas oleh Najib sebagai anggota kabinet. Khairy tidak minta tetapi dia menawarkan dirinmya. Katanya berilah apa tugas dia akan pikul tugas dan tanggungjawab itu. Bahasa politik tawar diri dan khidmat itu adalah bahasa diplomasi politik yang bermaksud memintak.

Moleklah kalau Najib mengambil kira Khiary. Kemenangannya di Rembau walaupun tidak menjadi singnifiken tetapi ia memberi makna kepada penambahan kerusi untuk BN. Kalau Khairy tidak menang atau tiba-tiba cabut diri mencari kloni baru menyertai PAS misalnya kerusi UBN akan jadi 132 kerusi.

Tugas Untuk Exco Baru Kelantan Sudah Diagih

LAPORAN LEWAT                                                                                                                

Semalam Khamis, Menteri Besar Kelantan yang baru, Ahmad Yaacob telah mengumumkan portfolio untuk semua barisan anggota Exconya. Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan yang dipengerusi oleh Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Pengumuman itu menampakkan sedikit perubahan atau pun pertukaran potfolio di kalangan anggota Exco. Perkara ini tidak pelik kerana pengubahsuaian itu perlu dilakukan kerana ada muka baru menyertai barisan Exco Kelantan itu.

Keseluruhan pembahagian tugas dan tanggungjawab itu nampak kemas dan Ahmad tidak melakukan perubahan besar untuk mencerminkan stail atau pun bentuk pentadbirannya. Belau masih mengekalkan komposisi tugas dan tanggungjawab seperti mana yang dilakanakan sebelum ini. Tampaknya Ahmad tidak membuat penyalinan anggota Exco dan masih yakin Exco sebelum ini mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

Apa dan Mengapa Dengan Azmin, Tunggu Esok

SEBELUM MALAM                                                                                                          

Sejak dari pagi tadi saya telah menerima beberapa SMS memaklumkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali akan membuat sidang akhbar khas esok. Malam ini pun masih banyak masuk mesej dalam email saya dan PM facebooks orang bertanya perkara sama. Masing-masing nampaknya seperti teruja dengan maklumat itu.

Perkara ditanya ialah mengenai Mohamad Azmin Ali kenapa dan untuk apa beliau akan mengadakan sidang akhbar besok. Timbul berbagai spekulasi mengenai perkara itu. Pertanyaan itu makin menjadi lagi apabila ada yang terbaca mengenai tweet Azmin yang bernada agak sumbang dan sedikit mendebarkan.

Gara-gara itu makin ramai pemint blog dan rakan Fb saya bertanya. Saya tidak mahu menjawab malam ini sebab saya tidak tahu apakah puncanya. Jujur. Untuk menolak spekulasi Azmin akan keluar PKR seperti mana didesas desuskan tidak boleh, dan untuk menerimanya amat tidak boleh.  Cuma saya boleh sifatkan kalau ini berlaku bermakna dunia PKR akan khiamat.

Kalau ini berlaku ia menempati ramalan beberapa pemimpin UBN yang mengatakan parti serpihan itu akan mati.

Thursday, May 9, 2013

Pakatan Rakyat Perlu Buat Kerja 'Berkelulu'

ULASAN PAGI                                                                                      

Saya mengira selepas 5 Mei khasnya saya sudah boleh rihat dan kembali menguruskan tata hidup secara semula jadi. Tidak begitu stress dan bekerja, befikir dan menulis hingga larut malam demi merealisasikan aspirasi rakyat. Saya juga rakyat.

Sesekali teringin juga saya untuk tidak menjadi 'pejuang bangsa' dan negara menerusi politik, hidup seperti warga lain yang tidak ambil peduli kepada negara. Mahu tidur secukupnya, makan segenapnya dan bermain dan bermesra dengan anak cucu dan bini sekerapnya. Tetapi itu hanya angan-angan saja yang kontras dengan gaya dan naluri seorang pejuang.

Orang bejuang sudah menjadi sunahnya, makan minumnya tidak terjaga, jalan dan kembaranya merata ke segenap sudut dan jerung. Tidur baringnya entah kapan waktu dan tanpa kasur permaidini lembut dan indah. Dihina dan diseksa sudah menjadi semestinya. Justru, 5 Mei tidak juga dapat menjadikan saya dan orang pejuang lain untuk bersenang lenang. Mungkin sebab itulah Tuhan menjadi balasan syurga kepada para pejuang, bukan balasan di dunia ini.

Wednesday, May 8, 2013

100 Ribu Bangsa Malaysia Kini Berhimpun Tuntut Pilihan Raya Bersih

LAPORAN MALAM                                                                              

Saat ini 100,000 rakyat Malaysia yang mengakui mereka sebagai Bangsa Malaysia bercampur Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum sedang berhimpun di stadium Kelana Jaya, Selangor dalam satu himpunan memprotes pilihan raya ke-13 lalu yang dianggap sebagai tidak telus, kotor dan penuh penipuan.

Walaupun terpaksa berhalangan dengan kesesakan jalan raya berkilo meter dan disirami hujan sesekali lebat dan gerimis ia tidak menghalang orang ramai untuk bergerak memasuki stadium. Ternyata semangat Bangsa Malaysia begitu kuat sekali untuki menutut pilihan raya bersih dan adil.

Himpuan yang pertama kali diadakan selepas pilihan raya umum itu bolehlah dianggap sebagai detik meletak kerja bagi Pakatan Rakyat untuk terus bergerak bagi menumbangkan kerajaan UBN bakal dibentuk Najib Razak minggu depan.

GFA Sekadar Cakap Di Meja Kopi

SEBELUM MANGHRIB                                                                         

Pagi tadi saya dihubungi oleh seorang korporat yang tidak kurang juga hebatnya. Saya memang mengenali tokoh dagang ini tetapi kerana belum pernah bercakap menerusi telefon, lagi pun lama tidak jumpa, menyebabkan saya kabur dan tercari-cari seketika siapakah gerangannya. Saya tidak kenal sampai sempat saya bercanda yang kurang manis juga. Sorry lah.

Sehinggalah saya balik ke rumah dan membuka blognya seperti mana dicadangkan baru saya mengenali ahli korport ini. Barang kali tidak perlu untuk saya menyebut namanya di sini tetapi apa lebih penting cuba mengupas dan menyorot idea yang beliau lontarkan pagi tadi. Agak praktikal dan menarik juga untuk dijadikan bahan berfikir.

Bila seseorang menghubungi saya selalunya topik yang diutarakan ialah politik. Orang atau seorang mekanik kapal terbang tidak akan menghubungi saya untuk mengesahkan kerosakan mana-mana komponen kabin. Jadi apabila berbicara dengan orang dagang, topik atau mauduknya ialah mengenai politik negara ini dan mencari formula bagai mana untuk mengharmonikan keadaan negara.

Selamat Bersara Mendiang Salentia

SUSUPAN TENGAHARI                                                                                                     

Bila mengenangkan Kelantan dan keputusan pilihan raya lalu tiadalah yang paling mengembirakan saya apabila mendapat tahu Inchek Ibrahim Ali kalah di Pasir Mas. Kalau saya mengharapkan kemenangan di Kelantan untuk peribadi saya, kekalahan Inchek Ibrahim itulah kemenangan besar buat saya.

Berita itu saya sambut dengan sujud syukur di kaki lima hotel penginapan saya di Kota Bharu. Masa itu saya bersiap untuk meninggalkan hotel menuju ke satu destinasi. Tiba-tiba terima SMS dari seorang pegawai SPR memberi tahu Ibrahim Ali kalah besar dengan kekurangaa sekitar 8,000 undi.

Memang kekalahan Ibrahim itu sangat dinanti-nantikan oleh saya dan saya percaya rakan saya yang sejalur dengan saya juga. Saya berdendam politik dengan manusia dianggap genius politik ini. Tidak ada orang politik yang paling saya benci di Malaysia ini kecuali Ibrahim dengan Zulkefli Nordin.

Bagi saya kedua mereka adalah bapak munafik politik dan ahli politik paling tidak bermoral di negara ini. Kalau diadakan anugerah ahli politik tidak bermoral mereka berdualah berhak menerimanya dulu. Mungkin kalau Quran belum ditamatkan nama kedua orang ini dalam konteks politik akan masukkan sebagai pedoman dan iktibar kepada manusia akan datang.

Isu Husam Sudah Mereda, Alhamdulilah

SESUDAH SEUBUH                                                                                                         

Malam tadi Husam Musa telah membuat kenyataan akhbar menjelaskan situasi yang menyelubungi dirinya ekoran tidak tersenarai dalam jemaah kabinet Kelantan. Penyokongnya khas golongan muda yang terpesona dengan gaya politiknya kesal di atas apa yang berlaku.

Masing-msing mempertikaikan kenapa Husam yang dianggap layak memimpin Kelantan selepas Tokguru Nik Aziz tidak disenaraikan. Kalau pun tidak sebagai MB tetapi sebagai timbalan menteri besar. Jadi apabila nama Husam tidak ada yang menimbulkan sedikit keributan dan tanda tanya.

Keributan itu menjadi panas apabila timbul berbagai persepsi atas apa yang berlaku.

Pengguguran Nama Husam Atas Kemahuan Sultan?

SEBELUM LELAP                                                                                                                  

Menerusi laporan sebuah portal berita malam ini Ahmad Yaacob menjelaskan kenapa Husam Musa tidak termasuk dalam senarai barisan Exco Kelantan. Jelasnya bukan PAS atau beliau selaku MB tidak mahukan Husam tetapi, Tuanku (Sultan Muhammad Ke V) tidak merestui Husam.

Adun yang juga disenaraikan sebagai anggota Exco tetapi tidak mendapat restu Sultan ialah Abdul Latiff Abdul Rahman Adun Mengkebang yang juga ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Menurut Ahmad, nama Husam telah disenaraikan dikedudukan nombor satu ini bermakna Husam seharusnya menjadi Timbalan Menteri Besar manakala Latif dikedudukan nombor sembilan dalam barisan Exco.

Tuesday, May 7, 2013

Nik Aziz Perlu Jelaskan Keadaan, Elak Kekeliruan

GELEGAK MALAM                                                                                                               

Penciciran nama Husam Musa dari barisan Exco Kelantan sudah menjadi isu hangat dewasa ini. Perbincangan dan perbicaraan mengenainya bukan saja di Kelantan tetapi tersebar di seluruh negara. Banyak yang melahirkan rasa terkejut dan kesal atas apa yang berlaku. Bagi mereka yang tidak pernah mengetahui 'masalah' Husam di Kelantan terperanjat besar dengan apa yang berlaku.

Selama ini Husam digambarkan sebagai bakal pengganti Nik Aziz sebagai menteri besar Kelantan. Atau setidak-tidaknya sebagai timbalan menteri besar Kelantan. Tetapi apabila namanya langsung tidak terdapat dalam senarai barisan Exco ia sesuatu yang anih. Walhal bagi orang ramai Husam tidak ada cacat celanya.