Monday, May 13, 2013

Najib Perlu Bawa Masuk Razaleigh Dalam Kabinet

RENUNGAN SENJA                                                                               

Tampaknya bukan mudah untuk Najib Razak menyusun kabinet kali ini. Kabinet bakal disusun nanti adalah kabinet pertama Najib. Selepas beliau gagal mendapat mandat rakyat untuk menguasai 2/3 di parlimen, orang akan lihat pula rupa bentuk kabinet Najib. Barisan kabinet akan menentukan sejauh mana kemampuan kerajaan UBN dibawah Najib lima tahun mendatang. Kabinet juga akan menjadi penunjuk aras kepada kehebatan dan kebijaksanaan Najib.

Tengku Razaleigh Hamzah
Kabinet 2004 hingga 2008 lalu bolehlah dianggap kabinet Najib - Abdullah Badawi (Pak Lah). Najib hanya membaiki kabinet Pak Lah dengan menyulat mana-mana menteri atau ruang kosong untuk pengukuhan beliau. Penyusunan itu juga sebagai pembersihan etnik Pak Lah. Banyak orang berkata kabinet pembaikan oleh Najib itu dipengaruhi oleh Rosman Mansor?

Beberapa menteri digurukan katanya atas kehendak Rosmah Mansor. Antaranya Azlinan Othman Said, Mohd Zain Abdullah dan beberapa yang lain. Manakala pegawai-pegawai politik lantikan Pak Lah juga disingkir dan tidak 'ditebu guna'. Najib salin dengan muka baru yang muda dan jelasnya yang diharap menjadi tongkat serandangnya. Kebanyakannya yang muda dilantik sebagai timbalan menteri dan dilantik politik menjadi pegawainya di Putrajaya.

Pandangan Dari Seorang Hakim Yang "Sakit"

SUSUPAN TENGAH HARI                                                                                                   

Ulasan politik terhadap kekalahan kemerosotan sokongan orang Cina terhadap Umno dalam pilihan raya lalu oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah tidak wajar dan ia tidak menggambarkan pandangan aris dari seorang bekas Hakim. Seorang hakim sepatutnya berpandangan terbuka dan jauh sekali untuk menanamkan unsur kebencian sesama rakyat Malaysia. Tugas dan tanggungjawab hakim ialah membaik dan mendamaikan.

Seorang hakim memastikan keadilan tertegak bukannya berpihak kepada mana-mana pihak walaupun demi kepentingannya sendiri. Integriti dan penghormatan kepada hakim akan hilang apabila ia bias atau bertindak berat sebelah serta tidak berfakta.

Kita tahu Mohd Noor orang Melayu yang mungkin mempunyai sentimental value yang tinggi dengan Umno kerana memungkinkan beliau pernah berada di persada yang ada hari ini, sebagai hakim. Tetapi beliau sepatutnya lebih peka dan bertanggungjawab terhadap apa yang diluahkan itu. Beliau kena hormat kepada profesyennya sendiri kalau pun tidak mahu hormat kepada 'kasut' yang pernah dipakai untuk melangkah ke mahkamah bersematkan piagam perkhidmatan yang hebat.

Sementara Najib Bentuk Kabinet, Bacalah Catatan Ini

PANDANGAN SEKEPING HATI                                                                                     

Untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat dan dikenali mudah tetapi untuk menjadi pemimpin yang disanjungi dihormati sukar. Pemimpin disanjungi dihormati mestilah berjiwa besar. Berjiwa besar ertinya kena berani membuat tindakan, berpandangan jauh serta sedia merombak tradisi yang sedia ada, mengurangkan keburukan perbanyakan kebaikan. Kena melakukan pembaharuan. Reform saja mungkin tidak mencukupi kalau rfeform itu untuk kebaikan sendiri bukan sejagat.

Dalam soal ini fahaman atau pun mitos bahawa hanya pihak tertentu sahaja yang mampu atau boleh mentadbir negara hendaklah dibuang sejauh mungkin. Paling afdal melihat kepada realiti. Ilusi sudah tidak boleh lagi dalam dunia memaksa kita menerima hakikat. Zaman berlawak, berbohong atau memanipulasikan segala hal sudah berakhir. Kalau ia tetap hendak dilakukan ia sesuatu yang sulit.

Pemimpin berjiwa besar sanggup menentang arus bukan untuk diri sendiri tetapi demi masa depan rakyat, masa depan negara dan masa depan semua. Apakah ada di kalangan kita berjiwa besar seperti mana dimaksudkan? Ataupun kita masih lagi bermain politik keakaun (kepuakan dan individualistik) berlandaskan nasu amarah sepanjang masa dan menyalahkan orang lain sepanjang zaman.

Perlantikan Mahfuz Sebagai Pesuruhjaya Tepat

SESUDAH SUBUH                                                                                                            

PAS telah membuat pertukaran ke atas Pesuruhajaya PAS Kedah dengan melantik Mahfuz Omar sebagai  Pesuruhjaya baru bagi mengganti Azizan Razak yang kini keuzuran. Perlantikan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasapas PAS Pusat semalam dikira tepat dan cepat memandangkan PAS Kedah kalah dalam pilihan raya.

Mahfuz Omar
Perlantikan atau pertukaran Pesuruhjaya itu sebenarnya lewat sedikit. Sepatutnya PAS peka terhadap masalah PAS di Kedah dan perlu menukarkan Pesuruhjaya selewat-lewatnya sebulan sebelum pilihan raya. Tetapi kata orang takdir tidak siapa tahu. Walaupun sudah banyak suara yang menyatakan kebimbangan dan kurang senang dengan gaya kepimpinan Azizan Razak, tetapi PAS semacam sengaja membiarkan kerana tidak mahu bergaduh dengan Azizan.

Sikap tidak mahu bergaduh atau tunduk kepada individu yang tidak menguntungkan perjuangan satu pegangan yang tidak benar dan tidak sepatutnya dijadi amalan. PAS Pusat khasnya presiden seharusnya berindak tegas dari awal lagi bagi mengelakkan apa yang sudah berlaku. Seorang presiden sepatutnya sapat membaca apa-apa nyang berlaku yang boleh membawa kecelakaan kepada parti.

Sunday, May 12, 2013

Mohd Amar Harus Bijak Membuat Anologi

ULASAN RASA                                                                                     

Baru enam hari Tokguru Nik Aziz tiada dalam kerajaan sudah ada kenyataan yang cuba menafikan kehebatan dan keagungan Tokguru sebagai pemimpin yang menjadi 'bulan' kepada PAS Kelantan selama ini.

Mohd Amar
Kenyataan atau ulasan Timbalan Menteri Besar Kelantan baru, Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan kekuatan PAS kerana dasar dan bukan kekuatan individu semacam mahu menolak kelebihan atau sumbangan peribadi yang ada kepada Nik Aziz selama ini serta menyindir orang lain.

Mungkin apa yang beliau katakan adalah hakikat, tetapi dengan begitu cepat mengulas demikian setelah baru enam hari Tok Guru tidak menjadi MB Kelantan ianya agak canggung dan semacam tidak menghormati kepada Tokguru.


Bila Si Bangang Cuba Membuat Komen

MARAH PAGI                                                                                                               

Lama saya tidak melayan kerenah-kerenah otak kemetot pembaca blog saya di mana dengan kehadirannya kalau tidak sabar boleh menyebabkan saya tawar hati untuk terus berblong. Tetapi kebetulan pagi ini saya tidak ada apa-apa untuk diulas atau diperkemaskan, maka saya hendak singgung sedikit satu komen yang dihantar oleh penjenguk bernama FAIZAL FEEYCHILL (foto) yang mengupas catatan saya di bawah tajuk "Husam dan Azmin Senasib, Seirama."

Maaf saya panggil penjengok ini sebagai budak saja, (mungkin masih belum khatam dan berkelulut lagi). Saya tahu tidak sepatut saya memberi respon sebegini kerana komennya tidak berasas dan lebih kepada emosi. Membuang masa dan membazir ruang saja.

Tetapi saya tetap juga memberi respon untuk menceritakan masih ada penjengok yang berotak kemetot begini menulis mengikut rasa dan mahu membela seseorang tanpa maklumat yang kemas. Apa saya nak jelas bahawa ada keberanian yang sembrono di kalangan penjenguk blog saya.

Saturday, May 11, 2013

Minta Najib dan Mustapa Buang Telor..

BERITA MARAH                                                                                                             

Seorang pemimpin Umno Kelantan yang ikut sama bertanding di dalam pilihan ke-13 lalu tidak dapat melindugi rasa marahnya dan melepas garam kerana Umno gagal kuasai Kelantan meminta saya memberi tahu Preiden Umno, Mohd Najib Razak dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed supaya buang 'telor' mereka dan berikan kepada anjing.

"Demo tulislah apa yang 'kawe' (saya) nak kata ini. Kawe minta Najib dan Mustapa, buang 'telor' dia, dan bagi makan ke anjing lebih molek," begitulah tutur pemimpin berkenaan. Katanya tidak guna kedua orang itu memimpin Umno kerana mereka takut dan tidak berani untuk melalukan sesuatu yang boleh membawa keadaan positif kepada parti.

Beliau memberi contoh dan mendakwa Najib walaupun presiden parti tetapi tidak berani bertindak tegas dan masih takut kepada ugutan dan mempercayai kepada laporan palsu. Pemimpin itu tidak menyebut apakah bentuk laporan palsu itu tetapi dipercayai ia ada sangkut paut dengan jaminan yang Umno Kelantan akan menang dan dapat menguasai Kelantan kalau calon-calon tertentu yang buruk telinga diberikan peluang.

Husam dan Azmin Senasib, Seirama

NGEPEK PAGI                                                                                

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PAS Husam Musa boleh menerima hakikat mereka tidak berpeluang untuk menjadi menteri besar. Husam di Kelantan, Azmin di Selangor. Husam paling parah dan 'jiwa terseksa' kerana dia sudah berkhidmat sebagai Exco selama 10 tahun tetapi belum sempat menjamah (lagi) jawatan itu. Paling memarahkan jiwa Husam tidak disenaraikan semula sebagai anggota Exco.

Azmin tidak pun menjadi Exco tetapi seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Azmin meletakkan dirinya lebih layak dan mendapat sokongan parti berbanding Khalid Ibrahim.

Mengapa tidak, menurutnya selepas pilihan raya kecil Ijok Anwar Ibrahim sudah menyuruhnya menjadi MB menggantikan Khalid Ibrahim tetapi dia tidak mahu. Kenapa?

Friday, May 10, 2013

Guru Suruh Murid Pindah ke Sekolah Arab Sebab Umno Kalah

BERITA SORE                                                                                      

Saya ingin memberi maklumat sedikit kepada Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai sikap dan fiil hudud seorang guru besar di sebuah Sekolah Kebangsaan di kawasan Dun Chetok Pasir Mas Kelantan yang dianggap sebagai tidak wajar dan mencemar profesion perguruan.

Saya percaya kes ini adalah kes terpencil saja tetapi ia tidak boleh dibiarkan kerana disebabkan kerbau sekor yang bermain lumpur habis yang lain terpalit. Kerbau yang bermain lumpur ini kerbau jenis kampung yang tidak mengikut perkembangan semasa dan berfikir secara masak sebagai seorang guru. Dia juga merupakan kerbau jantan.

Saya diberi tahu, guru itu adalah merupakan seorang penyokong kuat kepada parti Umno. Perkara ini biasa, kebanyakan guru-guru adalah penyokong Umno dan sesetengah yang lain dipaksa menyokong Umno. Kalau sokong PAS akan ditukar hingga ke Hulu. Parti Umno kalah di Dun Chetok dan kerusi berkenaan dimenangi oleh Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman dari PAS.

Nota Kecil Untuk Memahami Kes Azmin Ali

ULASAN ISU                                                                                                                          

Kerana saya letih untuk menulis dan ulas panjang maka saya catat nota kecil ini saja.

1. Seperti mana saya tidak percaya Mohamaed Azmin Ali akan umum keluar dari PKR bersama rakan-rakan, maka ia terjawab hari ini apabila Azmin menjelaskan yang beliau masih bersama PKR. Sidang akhbar khas Azmin bersama beberapa orang MP dan Adun Selangor yang sangat diminati ramai khasnya Umno, menjawab serba serbi. Yang paling pentingnya dia tidak keluar PKR dan berjanji tidak akan mengkhianati amanah rakyat terutamanya pengundi di Gombak dan Bukit Antarabangsa.

Azmin melambai tangan entah kepada siapa?
Azmin masih seperti Azmin belum menjadi seperti Ezam Mohd Noor.

2. Penjelasan itu menyebabkan harapan sesetengah orang yang suka lihat PKR hancur tidak kesampaian. UBN kenalah cari idea lain untuk terus 'menggodak' PKR supaya 'berkekah' dan berpecah. Sebenarnya untuk godak PKR supaya berpecah tidak begitu penting sebab pilihan raya sudah pun selesai, dan Umno Selangor kalah makin teruk. Khir Toyol saya percaya masih bergedik-gedik kaki seronok atas kekalahan Umno Selangor. Kenapa, sila tanya Mat Maslan?