Monday, July 1, 2013

SPR Ternoda Teruk Dibawah Aziz dan Wan Ahmad

KRITIK SORE                                                                                       

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa dibawah pimpinan Rashid Abdul Rahman menjadi pengerusi sebelum timbalan dan setiausaha  saya mengira ia adalah era hitam untuk badan bebas itu. Kerana banyak tindakan Rashid Ahmad jelas berat sebelah. Adakalanya kenyataan dan kata-kata beliau sendiri sebagai mewakili UBN.

Aziz: Malulah sikit.
Semasa di Aceh sewaktu memantau Pemilu daerah berkenaan saya pernah duduk semeja dengan beliau di sebuah hotel. Bagaimana waktu Rashid nekad untuk memastikan Lim Kit Siang dan beberapa tokoh DAP lain akan kalah dalam pilihan raya pada tahun 2004.

Saya terkejut dengan pernyataan atau nekad Rashid itu lantas saya tidak dapat mengunci mulut dan bertanya; macam mana Datuk boleh melakukannya. Katanya; kita ada cara tersendiri, lihatlah nanti.

Jawaban dan penjelasan itu menyebabkan saya merasakan betapa buruknya SPR dibawah beliau. Saya tidak fikir dia boleh mengeluarkan kata-kata bersifat rahsia itu kepada umum sehingga masuk ke dalam telinga saya. Tetapi itulah yang berlaku.

Sunday, June 30, 2013

PRK Besut Medan Ujian Pertama Buat Pas dan UBN

ANALISA                                                                                              

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Besut Terengganu kalau boleh dielakkan rasanya semua pihak mahu mengelakkannya. Lengguh dan letik semasa menghadapi pilihan raya umum lalu masih belum reda lagi. Tetapi kerana ia tidak dapat dielakkan hendak tidak hendak terpaksa dihadapi juga.

Namun bagi hantu politik mereka tidak merasa akan keletihan itu. Kekosongan mana-mana kerusi sesuatu yang dinanti-nantikan, konon kekosongan itu boleh dijadikan untuk menguji kekuatan parti masing-masing.

Sebaliknya juga bagi parti politik pilihan raya kecil pertama itu sesuatu yang membimbangkan. Terutamanya pihak UBN kerana pilihan raya itu amat mencemaskan mereka. Pilihan raya itu akan memberi natijah tersendiri kalau tiba-tiba UBN kalah. Kekalahan boleh menyebabkan berlaku sesuatu yang diluar dugaan di Terengganu.

Friday, June 28, 2013

Dari Mana Jusuf Kalla Dapat Maklumat Karut?

REAKSI                                                                                                

Bukan saja sesuatu yang mengejutkan tetapi ia mengaibkan apabila bekas Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa himpunan Black505 yng memprotes keputusan pilihan raya umum ke-13 lalu dibiayai oleh pihak asing manakala Anwar Ibrahim pula dibantu oleh beberapa pihak khasnya dari Turki, Washington dan Filipina.

Dakwaan Jusuff itu disiarkan dalam sebuah media Penjilat Buntut hari ini yang mementing laporan sebuah protal berita di Jakarta yang mengadakan interviu dengan Jusuf.

Laporan itu juga menyebut Jusuf berkata mungkin bantuan untuk Anwar juga datang dari Thailand dan China. Jusuf dakwa dia mengetahui itu dari rakan-rakan bisnesnya? Iya ke?

Thursday, June 27, 2013

Mungkin Abdullah Terhidu Muhyuddin Akan Tentang Najib?

ANGIN MALAM                                                                                    

Bekas Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi sekonyong-koyong menyokong cadangan agar tidak ada pertandingan untuk merebut jawatan tertinggi dalam Umno. Sokongan Abdullah ini menimbulkan tanda tanya besar kepada pemerhati politik. Apakah suara Abdullah itu menandakan kedudukan Najib sebagai presiden Umno akan dicabar?

Tidak ada keperluan untuk Abdullah menyuarakan sokongan itu kalau beliau tidak terhidu apa-apa bau dari kloni Umno. Boleh jadi Abdullah sudah ada firasat sendiri yang Najib akan dicabar. Mungkin petanda atau alamat digunakan Abdullah berpandukan apa yang berlaku kepadanya sebelum ini.

Abdullah sebelum ini diejek kemudian dirancang agar dicabar oleh Najib sebagai presiden apabila bekas PM itu semasa dia memimpin Umno parti itu gagal mendapat majoriti 2/3 di parlimen pada pilihan raya ke-12. Ada desakan dalaman merancang untuk menjatuhkan Abdullah dengan menggunakan keputusan pilihan raya berkenaan.

Realisasikan Iltizam Speaker

ULASAN PARLIMEN                                                     

Seruan dan hasrat Yang DiPetua Dewan Rakyat, Pandikar Amir Mulia agar ahli-ahli parlimen membuat transformasi, perubahan dan pembaharuan dalam dewan demi menjaga kemuliaan parlimen dan memastikan fungsi ahli-ahli yang berhormat terlaksana seperti mana diharapkan, tampak masih belum terlaksana sepenuhnya. Seruan Speaker itu masih lagi tidak terpanggil sepenuhnya.

Pendikar Amin: Nekad mahu berubah.
Pendikar Amin dalam ucapan alu-alunya selepas dilantik menjadi Speaker bukan main lagi bersungguh dan bertekad mahu melihat senario dalam dewan berubah. Beliau sendiri memperakui akan bertindak secara adil dan skasama sepanjang mempengerusikan persidangan. Lantas beliau menyeru ahli-ahli dewan dapat melakukan sesuatu yang terbaik seperti mana sepatutnya.

Iltizam yang diucapkan beliau itu sesuatu yang dinanti-nanti oleh ahli dewan dan juga pemerhati parlimen seluruhnya. Kita mahu melihat satu suasana yang sihat dalam parlimen. Ahli parlimen berbahas dengan penuh tanggungjawab untuk membawa suara rakyat dan seterusnya menyelesaikan apa-apa masalah berkaitan dengan rakyat. Kita tidak mahu lagi melihat parlimen jadi seperti pasar ikan, riuh randah dengan sorakan lalakan dan sebagai seperti mana sebelum ini.

Tuesday, June 25, 2013

Operasi Daulat Pun Akan Ditamatkan

SIMPANG SIUL MALAM                                                                 

Menteri Pertahanan Hishmuddin Hussein membayangkan Operasi Daulat di Lahad Datu Sabah akan ditamatkan sekiranya keselamatan di kawasan ESSCOM itu kembali pulih. Pengumuman akan dibuat sempena lawatan bersama Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamid ke kawasan itu tidak lama lagi.

Apa dibayangkan Hihsmuddin itu sudah diduga awal-awal. Operasi Daulat tidak selamanya di situ dan ia akan dihentikan sebaik saja pilihan raya umum selesai. Sekiranya Operasi bersama tentera dan polis itu dihentikan maka jelas dakwaan umum, yang operasi tersebut diadakan semata-mata untuk memastikan UBN menang di Sabah, tidak lebih dari itu.

Saya sejak awal-awal membuat kesimpulan tindakan polis dan askar di Lahad Datu itu tidak lebih dari satu provokasi semata-mata untuk memastikan Sabah berada dalam tangan UBN. Operasi Lahad Datu adalah talian hayat untuk UBN menang di Sabah.

Walaupun peristiwa di Lahad Datu itu benar, ada kematian, pertumpahan darah tetapi ada kesempatan di ambil atas takdir itu. Tindakan politi yang tidak pernah ada mata, telinga dan perikemanusiaan berlaku di Lahad Datu.

Jadi apa-apa yang berlaku atau dilakukan oleh kerajaan dalam apa juga aspek ia mengambil kira untung dan rugi UBN terlebih dahulu manakala soal ia relevan untuk rakyat itu belakang kira.

Saya yakin Hishmuddin dan Zahid selepas ini akan mengumumkan operasi daulat itu dibubarkan dan sebahagian besar anggota tentera yang berkampung di Sabah akan dibawa pulang ke Semenanjung. Masakan kerajaan sanguup membiayai peruntukan begitu banyak sedang apa diharapkan sudah tercapai.

Pertanyaan cepu emas untuk Zahid bilakah pemimpin pembangkang yang terlibat dengan pencerobohan di Lahad Datu akan dihadap ke mahkamah? [wm.kl.7:53 pm 25/06/13]

Monday, June 24, 2013

Takdir Menimpa Husam Bawa Hikmah Kepada Pas Kelantan

TAFSIR PERISTIWA                                                    

Benar dan sahih setiap takdir atau peristiwa yang berlaku di atas muka bumi ini membawa rahmat dan hikmah tertentu. Ia ada rahsia tersendiri. Tunggu lagi sejauh mana manusia menggunakan mata hati dan pandangan kerohaniannya untuk menilai segala hikmah dan rahmat di sebaliknya. Rahmat dan hikmah ini hanya dapat dilihat oleh mereka yang mempunyai mata zahir dan mata batin yang tajam.

Kepada yang buta atau bermata 'ikan kering' tetap tidak tampak apa-apa di sebaliknya. Turunlah berapa banyak peristiwa dan kejadian ia tetap dilihat dalam warna yang sama dan makna serupa.

Demikian kejadian yang agak menyayat dan mengejutkan mengenai penahanan Naib Presiden Pas Husam Musa oleh polis. Husam ditahan Sabtu lalu untuk disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 ekoran satu ucapannya di Ketereh. Husam yang ditahan di Kuala Lumpur dibawa dengan kereta ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa, dan remen selama dua hari.

Husam Dibebas Lewat Petang Ini

BERITA BARU                                                                                   

Husam saling bercerita dengan Tokguru.
Husam Musa yang ditahan polis Sabtu lalu di Kuala Lumpur kemudian dibawa ke Kota Bharu dibebaskan lewat petang ini. Demikian menurut Exco Kelantan Nasaruddin Daud yang dihubungi setengah jam lalu.

Katanya beliau turut berada di IPD Kota Bharu di Pengkalan Chepa bersama Speaker Dun Kelantan Abdullah Yaakob menanti pembebasan Husam. Menurut Nasarudin Adun Salor itu kelihatan sihat dan ceria.

Husam diremen selama dua hari untuk disiasat dibawah Akta Hasutan 1948. Tidak diketahui apakah beliau akan didakwa atau pun tidak.

Malam ini Husam dijangka hadir pada majlis kesyukuran pembebasan beliau yang diadakan di Pasir Tumbuh Kelantan.

Sebaik dibebaskan Husam dibawa ke Pulau Melaka untuk berjumpa dengan Tokguru Nik Aziz. Difahamkan selepas pilihan raya lalu ini pertemuan pertama Husam dengan Nik Aziz. Semasa majlis angkat sumpah wakil rakyat baru-baru ini Husam tidak hadir kerana bercuti di luar negara. [wm.kl.5:46 pm 24/06/13]

Sunday, June 23, 2013

Apakah Najib - Anwar Berjumpa di Jakarta?

Kedatangan serentak Najib Razak dan Anwar Ibrahim ke Indoneisa yang kemudian digossipkan mereka bertemu Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) masih tidak terbongkar sepenuhnya. Tidak ada mana-mana pihak membuat catatan mengenai pemergian mereka berdua itu.

Baik Anwar atau Najib tidak menafi atau mengiyakan akan peristiwa itu. Apakah keduanya berjanji untuk mendiamkan peristiwa itu dari mana-mana, atauu pun memang tiada apa-apa yang berlaku.

Timbul juga persoalan apakah mereka sama-sama bertemu dengan SBY atau sebaliknya? Esok saya akan cuba membongkar cerita mengenai pemergian serentak kedua pemimpin Melayu itu ke Indonesia minggu lepas atau tepatnya selepas lima hari saya pulang dari Jakarta.

Beberapa maklumat dari sumber dipercayai telah mulai sampai kepada saya. Tunggu. [wm.kl.11:05 pm 23/06/13]

Penahanan Husam: Satu Penangkapan Terpilih - Tamrin

ULASAN                                                                                                           

Anak negarawan yang kini ahli Pas seumur hidup Tamrin Ghafar kesal dengan apa yang berlaku ke atas Naib Presiden Pas yang ditahan polis lewat petang semalam di bawah akta Hasutan 1948. Bagi Tamrin penanahan Husam itu merupakan bukti tindakan penangkapan terpilih dilakukan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Tamrin: Kesal...
Mengapa beliau berkata begitu kerana, pihak PDRM jelas sangat bias dalam tugas dan tanggungjawab kononnya untuk mengawal keselamatan negara, di mana tindakan diambil kepada pembangkang tetapi memicingkan mata terhadap indvidu-individu pengampu kerajaan yang boleh diambil tindakan dibawah akta sama ekoran aktiviti dan kata-kata mereka.

Dalam percakapan dengan bloger sekejap tadi, Tamrin mempersoalkan kenapa polis begitu cepat, pantas dan rajin bertindak ke atas pemimpin pembangkang tetapi seakan memejamkan mata atau buat-buat tidak dengar terhadap kroni kerajaan yang melakukan kesalahan sama.