Showing posts with label Tamrin Ghafar. Show all posts
Showing posts with label Tamrin Ghafar. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

Tamrin hantar surat keluar Pas

TERKINI TERLEPAS                                                                                       

Saya baru menerima panggilan telefon daripada Tamrin Ghaffar yang memaklumkan beliau baru sahaja menghantar surat memaklumkan telah menarik dairi dari menjadi ahli Pas. Katanya surat itu diserahkan dengan tangan di ibu pejabat Pas Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

"Saya nak maklumkan kepada you saya baru sahaja menyerahkan surat penarikan diri saya sebagai ahli Pas di pejabat Pas di Jalan Raja Laut," kata Tamrin tenang. Surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali itu diterima oleh salah seorang kaki tangan ibu pejabat Pas.

Dalam pada itu menurut Tamrin beliau juga bertemu dengan beberapa pemimpin Pas di parlimen minggu lalu sambil memberi pandangan berhubung masalah atau kelamahan dalam kepimpinan Pas beliau membayangkan rasa kurang selesa beliau dengan Pas ekoran perkembangan dalam parti agama berkenaan terutamanya dengan sikap presiden.

Keputusan Tamrin itu diambil sesuai dengan apa yang saya catatkan dalam blog dua hari lepas. Kepada Tamrin diucapkan selamat bebas sebagai ahli politik tanpa parti. [wm.kl.12:58 pm 15/10/14]

Sunday, June 23, 2013

Penahanan Husam: Satu Penangkapan Terpilih - Tamrin

ULASAN                                                                                                           

Anak negarawan yang kini ahli Pas seumur hidup Tamrin Ghafar kesal dengan apa yang berlaku ke atas Naib Presiden Pas yang ditahan polis lewat petang semalam di bawah akta Hasutan 1948. Bagi Tamrin penanahan Husam itu merupakan bukti tindakan penangkapan terpilih dilakukan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Tamrin: Kesal...
Mengapa beliau berkata begitu kerana, pihak PDRM jelas sangat bias dalam tugas dan tanggungjawab kononnya untuk mengawal keselamatan negara, di mana tindakan diambil kepada pembangkang tetapi memicingkan mata terhadap indvidu-individu pengampu kerajaan yang boleh diambil tindakan dibawah akta sama ekoran aktiviti dan kata-kata mereka.

Dalam percakapan dengan bloger sekejap tadi, Tamrin mempersoalkan kenapa polis begitu cepat, pantas dan rajin bertindak ke atas pemimpin pembangkang tetapi seakan memejamkan mata atau buat-buat tidak dengar terhadap kroni kerajaan yang melakukan kesalahan sama.

Wednesday, May 29, 2013

Tamrin Akan Didakwa Pagi Ini

Tamrin Ghafar bersama Tian Chuu, Haris Ibrahim dan Safwan Anang akan didakwa di mahkamah seksyen Jalan Duta pagi ini. Mereka yang ditahan lewat petang semalam telah dibebaskan kira-kira jam 11:00 malam. [wm.kl.7:45 am 29/05/13]

Friday, September 7, 2012

Ceramah Pas Di Jasin Malam Ini Dipindah

LINTAS MAGHRIB 

Ceramah anjuran Pas yang menampilkan Tamrin Ghafar dan Muhammad Sabu yang dijangka diadakan malam ini di Kampung Serkam Darat terpaksa dipindah ke Kampung Serkam Pantai yang jaraknya kira-kira 2km, demikian dimaklumkan oleh Tamrin menerusi pesanan ringkas (sms) kepada saya sekejap tadi.

Tamrin dalam satu ceramah di Johor.
Pemidahan itu mungkin bagi mengelakkan pertembungan dengan program ceramah Umno yang juga diadakan di tempat berkenaan pada malam ini. Umno dikatakan telah mendiri khemah berdekatan lokasi ceramah Pas petang semalam walaupun mulanya parti itu tidak ada apa-apa cadangan mengadakan program di situ.

Sebelum ini terdengar khabar ada pihak yang cuba menganggu ceramah Pas tersebut. Ceramah itu pertama kali bagi Tamrin berceramah di daerah kelahirannya. Sebelum ini beliau sudah diundang beberapa kali oleh Pas Jasin tetapi menolaknya kerana menghormati kaum keluarganya disitu.

Dalam pertengahan Ramdhan lalu Tamrin telah mengistyharkan diri menyertai perjuangan Pas dan meninggalkan perjuangan Umno yang menjadi wadah perjuangan ayahandanya dan kaum keluarganya. Tindakan Tamrin itu dilihat satu keberanian dan keputusan tepat bagi dirinya tetapi kurang disenangi oleh kaum keluarganya.

Penghijarahan Tamrin memberi pukulan hebat kepada Umno memandangkan Tamrin merupakan satu-satu anak negawaran Ghabar Baba bekas timbalan perdana menteri itu yang aktif dalam politik.

Perpindahan lokasi itu menggembarkan sikap toleran Pas yang tidak suka mencari gaduh. Diharap pertukaran lokasi itu dimaklumi semua. [wm.kl. 7:29 pm 07/09/12]

Thursday, September 6, 2012

Umno Serkam Siap Untuk Ganggu Tamrin?

SUSUPAN PETANG

Pihak Umno Jasin dilaporkan sudah siap sedia untuk 'menganggu' ceramah Pas malam esok di Jeperun, Jasin yang melibatkan kehadiran sama Tamrin Ghafar Baba. Beberapa khemah kini sudah di pasanag berdepan dengan tempat program Pas di kampung berkenaan. Ia dipercayai untuk menganggu ceramah Pas.

Tamrin: Tidak gentar.
Kalau bukan untuk menganggu ceramah Pas untuk apa Umno memasang khemah dan mengadakan program di situ.

Bagaimana pun dalam satu sms Tamrin kepada saya sejam lalu beliau tetap akan datang berceramah malam esok seperti mana dirancangkan. "Saya akan datang juga untuk menjelaskan kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh pihak Umno berhubung ceramah Matu Sabu yang dianggap memalukan keluarga Pak Ghabar," begitu kata Tamrin.

Beliau mengakui sebelum ini telah beberapa kali dia menolak jemputan untuk berceramah di kampung berkenaan kerana menghormati keluarganya terutamanya abang iparnya Ahmad Hamzah. Tetapi katanya kali ini beliau kena hadir memberi penjelasan apa sebenar yang berlaku dan tuduhan ke atas ceramah Mat Sabu itu satu kekeliruan.

Tamrin juga telah menghantar pesanan rengkas kepada Ahmad Hamzah bagi menjelaskan tindakannya itu dan sekligus memberi ingatan tegas. Pesanan rengkas itu berbunyi;

"Assalamulaikum Mat (Yb Datuk Mat Hamzah) saya memilih berceramah di Jasin kali ini selepas menolak jemputan di sana kerana mengambil kira kekeluargaan kita tetapi oleh kerana ahli-ahli keluarga membuat kenyataan akhbar maka saya tiada pilihan. Jika sekiranya Umno (BN Jasin) menganggu ceramah kami malam esok makan saya akan meningkat aktivi saya di Jasin. Terserahlah kepada you selaku pemimpin di sana. Salam..."

Syabas kepada Tamrin kerana tidak berganjak dan gentar dengan parti lamanya yang sudah mulai mengancam perjuangan barunya. Didoakan semoga Allah akan diberi kekuatan melawan apa juga ugutan dan ancaman kepadanya.

Dalam pada itu sama-sama kita berdoa semoga keluarga besar Allahyarham Pak Ghabar Baba tidak akan berpecah kerana wujudnya perbezaan pendapat di antara mereka berhubung perjuangan dalam politik. [wm.kl.6:19 pm 06/09/12]