Friday, September 7, 2012

Ceramah Pas Di Jasin Malam Ini Dipindah

LINTAS MAGHRIB 

Ceramah anjuran Pas yang menampilkan Tamrin Ghafar dan Muhammad Sabu yang dijangka diadakan malam ini di Kampung Serkam Darat terpaksa dipindah ke Kampung Serkam Pantai yang jaraknya kira-kira 2km, demikian dimaklumkan oleh Tamrin menerusi pesanan ringkas (sms) kepada saya sekejap tadi.

Tamrin dalam satu ceramah di Johor.
Pemidahan itu mungkin bagi mengelakkan pertembungan dengan program ceramah Umno yang juga diadakan di tempat berkenaan pada malam ini. Umno dikatakan telah mendiri khemah berdekatan lokasi ceramah Pas petang semalam walaupun mulanya parti itu tidak ada apa-apa cadangan mengadakan program di situ.

Sebelum ini terdengar khabar ada pihak yang cuba menganggu ceramah Pas tersebut. Ceramah itu pertama kali bagi Tamrin berceramah di daerah kelahirannya. Sebelum ini beliau sudah diundang beberapa kali oleh Pas Jasin tetapi menolaknya kerana menghormati kaum keluarganya disitu.

Dalam pertengahan Ramdhan lalu Tamrin telah mengistyharkan diri menyertai perjuangan Pas dan meninggalkan perjuangan Umno yang menjadi wadah perjuangan ayahandanya dan kaum keluarganya. Tindakan Tamrin itu dilihat satu keberanian dan keputusan tepat bagi dirinya tetapi kurang disenangi oleh kaum keluarganya.

Penghijarahan Tamrin memberi pukulan hebat kepada Umno memandangkan Tamrin merupakan satu-satu anak negawaran Ghabar Baba bekas timbalan perdana menteri itu yang aktif dalam politik.

Perpindahan lokasi itu menggembarkan sikap toleran Pas yang tidak suka mencari gaduh. Diharap pertukaran lokasi itu dimaklumi semua. [wm.kl. 7:29 pm 07/09/12]

No comments: