Monday, July 15, 2013

Sembahyang Jumaat Dengan "Komunis"

JEJAK SEJARAH (3)                                                                               

Sebelum sampai ke kampung perdamaian, Ban atau kampung Chulabhorn Pattana 12, apa yang bersarang di dalam rongga kepala selain daripada membayangkan macam mana suasana perkampungan berkenaan, ialah mengenai sesiapa yang tinggal disitu. Apakah tokoh-tokoh besar atau kepala Rejimen Ke-10 yang tersohor masih ada. 

Imam Kg Chulabhorn Pattana 12 sedang berkhutbah.
Mereka, seperti Rashid Maidin, Abu Samah Mohd Kasim, Chin Peng, Abdullah CD dan lain-lain. Yang wanita pula seperti Shamsiah Fakeh, Zainab Ahmad, Zainab Mahmod, Suriani Abdullah (Eng Ming Ching), Siti Nurkiah Mahmod serta yang lain-lain.

Bagi mereka yang tidak mengikut perkembangan pergerakan dan sejarah mereka khasnya generasi muda mungkin tidak menyedari apa yang berlaku. Begitu juga yang terlalu prejudis dengan perjuangan Rejimen tersebut. Bahkan saya sendiri juga banyak yang terlepas beberapa peristiwa yang berlaku dalam kelompok para pejuang itu yang memakan masa lebih 40 tahun itu.

Saturday, July 13, 2013

Amaran NGO Umpama Salakan Anjing di Bukit

ULASAN                                                                                           

Sokongan wakil Vatican ke Malaysia, Archbishop Joseph Marino yang menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam pendidikan agama dan ibadat mereka menimbul kemarahan beberapa ketua Ngo. Saya kata ketua, kerana kenyataan bantahan itu hanya dibuat oleh ketua tetapi bukan semua ahli atau anggota Ngo berkenaan.

Kenyataan itu lebih bersifat peribadi yang dibuat menggunakan nama Ngo saja.

Antara ketua Ngo yang marah ialah Ngo berjenama beras dan Ngo Perkasa(m). Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Islam (Yadim) juga turut bersuara membantah cadangan berkenaan.

Ketua Ngo Perkasa(m) lebih garang dengan menuntut wakil Vartican itu menarik balik kenyataan atau memohon maaf kalau tidak dia akan desak kerajaan Malaysia menghambat keluar wakil Vartican berkenaan.

Friday, July 12, 2013

PKR Perlu Bebaskan Rumah Norhayati

RESPONS                                                                                         

Nasib yang dialami oleh Ketua PKR Negeri Pulau Pinang, Norhayati Jaafar di mana rumahnya disita oleh mahkamah ekoran kegagalan membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 kepada seseorang yang telah menyamannya seperti mana dilaporkan seharusnya diberi perhatian.

Rumah Norhayati terletak di Taman Sri Kijang, Alma di Bukit Mertajam Pulau Pinang disita semalam atas perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Sekiranya beliau gagal melunaskan ganti rugi berkenaan dalam masa 14 hari semua barangan di dalam rumah itu akan dilelong.

Kita sangat berharga semoga nasib atau masalah dihadapi Norhayati akan diselesai dalam tempoh terdekat. Semua pihak kena sedar kronologi yang dilalui oleh Ketua Wanita PKR itu ialah dalam tindakan untuk membela partinya.

Wednesday, July 10, 2013

Piliihan Raya Kuala Besut: Pas, UBN Letak Muka Baru

SELEPAS SAHUR                                                                                

Pas malam tadi dengan rasminya mengumumkan Azlan Yusuf sebagai calon Pas untuk pilihan raya kecil Kuala Besut. Beliau berumur 48 tahun merupakan seorang kontrektor dan ahli perniagaan. Dalam parti beliau adalah bendahari Pas Kuala Besut. Pengumuman itu dibuat di Kampung Nail Kuala Besut, kampung kelahiran Azlan.

Abdul Hadi umumkan Azlan sebagai calon.
Hari penamaan calon akan diadakan esok Jumaat manakala hari pengundian 24 Julai, Rabu.

Dalam pada itu UBN telah menamakan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sebagai calonnya.

Zaihan merupakan bekas Jutera Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Daerah Besut yang kini berkhidmat di Putrajaya.

Bagi menggerakkan pilihan raya kecil ini Naib Presiden Pas Husam Musa telah dilantik sebagai pengarah. Perlantikan ini adalah tugas pertama Husam selepas beliau tidak dilantik menganggotai jemaah Exco Kelantanm.

Secara tidak langsung ia merupakan tugas dan tanggungjawab pertama Husam. Penyerahan tuanggungjawab ini dikira sesuai dan munasabah kerana Husam tidak lagi sibuk dengan tugas-tugas sebagai anggota Exco.

UBN pula melantik Muhyiddin Mohd Yassin sebagai pengarah.

Mengenai calon kedua-dua parti meletakkan muka baru untuk memastikan kerusi Kuala Besut menjadi milik masing-masing. Pilihan raya kecil itu kedua-dua pihak dalam keadaan terdesak dan mencabar khasnya bagi UBN.

UBN kena pastikan kerusi miliknya sebelum kekal bagi mengelakkan berlaku keadaan 'kritikal' di DUN Terengganu. Sekiranya Pas memenangi kerusi berkenaan keadaa DUN Terengganu akan seimbangan di mana UBN 16 Pas 16. [wm.kl.5:22 am 10/07/13]

Tuesday, July 9, 2013

Jalan Berlekok Ke Ban Chulabhorn Pattana 12

MENJEJAK SEJARAH 2                                                  

Hasrat untuk melawat penempatan bekas-bekas anggota Rejimen Ke-10 sebenarnya teridam sejak ia mula-mula diwujudkan 24 tahun lagi. Tetapi kerana masalah keselamatan dan implikasi lain maka ia tertangguh. Lima tahun lepas sewaktu dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam melewati Sado untuk ke Banar Star (Yala) saya sudah melalui penempatan itu.

Anak panah berwarna merah menujukan ke Kg Chulabhorn.
Perjalanan malam itu menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk menyinggahi perkampungan berkenaan. Saya tidak pasti apakah ianya di Chulabhron Pattana 12, atau Chulabhorn Pattana 10 atau Chulabhorn Pattana 9. Cuma apabila melalui penempatan berkenaan, rakan yang bersama dalam perjalanan memberi tahu salah satu jalan yang dilalui malam itu ialah jalan menuju ke kampung penempatan bekas Komunis Melayu.

Saya masih ingat lagi tutur kawan itu; "di sini para komunis Islam ditempatkan," sambil membuka cermin kereta dan memaklumkan kepada saya. Saya hanya terngedap-ngedap menerusi cermin belakang dalam kegelapan malam penuh tanda tanya dan rasa ingin tahu.

Monday, July 8, 2013

Calon Pas di Kuala Besut: Antara Taukeh Ikan dan Kontrektor

ANALISA                                                                                           

Malam ini Dewan Harian Pas Pusat akan bermesyuarat antara angendanya membincang mengenai pilihan raya kecil Kuala Besut yang penamaan calonnya akan diadakan 12 Julai. Perkara spesifik akan dibincangkan ialah mengenai calon Pas. Sebangat-bangatnya malam ini umum akan mengetahui siapakah yang akan diturunkan oleh Pas.
Zakaria disebut sebagai calon.

Terdapat tiga nama yang telah disenaraipendek untuk diserahkan tanggungjawab bagi merampas kerusi Kuala Besut dan seterusnya meletakkan keadaan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu berseimbangan 16:16. Kedudukan hari ini Pas 15 dan UBN 15 selepas UBN kehilangan kerusi Kuala Besut apabila wakilnya meninggal.

Dengan kedudukan itu Pas meletakkan harapan besar untuk 'merenyok petuk'kan Dun Terengganu. Suka kita melihat keadaan itu nanti bagaimana penyelesaian dibuat sekiranya berlaku takdir demikian. Apakah Dun Terengganu akan dibubarkan bagi diadakan pilihan raya semula atau sebaliknya.

Sunday, July 7, 2013

Mengunjungi Kampung Perdamaian Rejimen Ke-10 - Komunis Melayu

MENJEJAK SEJARAH 1                                                                         

Sewaktu sahabat Rushdan Mustafa menghubungi saya memberi tahu ada misi ziarah menjelang Ramadhan ke perkampungan atau penempatan bekas Rejimen ke-10 (Komunis Melayu) di sempadan Malaysa - Thai sebulan lalu saya tidak banyak berfikir, terus menyanggupi agar nama saya disenaraikan sama. Saya tidak pun tanya sesiapa lagi yang akan bersama. Menjadi fiil saya suka kalau ahli rombongan tidak ramai.

Bagi saya misi itu satu kemujuran dan sesuatu yang telah lama saya nanti-nantikan.

Papan iklan memberi tahu di sinilah perkampungan damai.
Tampak kunjungan ke perkampungan bekas komunis itu akan jadikan misi ziarah (kebajikan) atau aktiviti rutin saya setiap kali menjelang Ramdhan. Tahun lepas saya mengadakan ziarah umrah ke tiga buah masjid teragung dan termulia di dunia, masjid Al Aqsa, masjid Haram dan masjid Nabawi. Tahun-tahun sebelumnya saya ke Aceh atau Kemboja.

Elok juga kalau kali ini saya menjenguk perkampungan berkenaan yang agak kurang disenangi dan dipandang negatif kerana mereka dikaitkan dengan gerakan komunisme. Pendedahan mengenainya juga di media massa agak jarang. Masih ramai mereka yang was-was atau merasa cuak dengan bekas-bekas komunis? Hakikat mereka sebangsa dan segama tidak mudah untuk diterima.

Tiga Hari Tidak Mengisi Blog

PERHATIAN                                                                                           

Tiga hari saya tidak mengisi blog dengan apa-apa bahan kerana saya melakukan satu perjalanan dalam menjejak bagi mengenali lebih rapat orang-orang mencipta sejarah untuk bangsa dan negara. Saya ke perkampungan komunis di Shukhrin Selatan Thailand yang juga dipanggil perkampungan perdamaian.

Insya-Allah saya akan cuba mencatat apa-apa yang saya lihat, dengar dan mentafsirkan apa yang ada di perkampungan berkenaan serta menceritakan perihal bekas pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri itu. Alhamdulilah kehadiran saya bersama beberapa yang lain ke sana disambut dengan mesra dan jalinan persaudaraan dirasai.

Setidak-tidaknya persepsi buruk terhadap perjuangan mereka, budaya dan agama mereka (Islam) yang sengaja ditokok tambah agar mereka dibenci atau dilihat asing dari akal umbi sejarah bangsa dapat dihakiskan. Kalau bukan untuk semua mungkin bagi saya secara peribadi yang melihatnya dengan kaca mata keadilan dan kemunsabahan!

Inysa-Allah dan ikutilah catatan perjalanan ke pungan komunis di Ban Chulaborn Patana 12 itu. Kemas![wm.kl.12:38 t/hari 07/07/13]

Wednesday, July 3, 2013

Penghargaan Kepada Nik Aziz Boleh Jadi Tititk Mula Perdamaian Nasional

SUSUPAN PAGI                                                                               

Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa semasa membahas usul menjunjungi kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di parlimen semalam telah mencadangkan kepada kerajaan agar merakam penghargaan dan memberi penghormatan kepada bekas MB Kelantan Tokguru Nik Abdul Aziz atas kejayaanya mentadbir negeri Kelantan selama 23 tahun dengan jayanya tanpa ada rasuah.

Nik Aziz: Wajar dihargai.
Cadangan dan saranan itu sesuatu yang tepat dan amat praktikal sekali. Penghormatan itu sesuai sebagai menunjukkan kerajaan yang ada hari ini mempunyai kesedaran dan keperihatinan untuk melihat sesuatu yang baik walaupun ianya datang dari pihak pembangkang. Seperti mana kata Mujahid kerajaan tidak sepatutnya memilih atau melihat kepada parti, sebaliknya berdiri atas kebenaran secara profesionalisme.

Bentuk perhargaan kata Mujahid terserah kepada pertimbangan dan idea kerajaan, mungkin ia boleh dilasksanakan dengan menubuhkan sebuah institusi pemikiran Tokguru, di mana pemikiran, pendekatan atau pun stail beliau berpolitik boleh diambil dan ditiru.

Monday, July 1, 2013

SPR Ternoda Teruk Dibawah Aziz dan Wan Ahmad

KRITIK SORE                                                                                       

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa dibawah pimpinan Rashid Abdul Rahman menjadi pengerusi sebelum timbalan dan setiausaha  saya mengira ia adalah era hitam untuk badan bebas itu. Kerana banyak tindakan Rashid Ahmad jelas berat sebelah. Adakalanya kenyataan dan kata-kata beliau sendiri sebagai mewakili UBN.

Aziz: Malulah sikit.
Semasa di Aceh sewaktu memantau Pemilu daerah berkenaan saya pernah duduk semeja dengan beliau di sebuah hotel. Bagaimana waktu Rashid nekad untuk memastikan Lim Kit Siang dan beberapa tokoh DAP lain akan kalah dalam pilihan raya pada tahun 2004.

Saya terkejut dengan pernyataan atau nekad Rashid itu lantas saya tidak dapat mengunci mulut dan bertanya; macam mana Datuk boleh melakukannya. Katanya; kita ada cara tersendiri, lihatlah nanti.

Jawaban dan penjelasan itu menyebabkan saya merasakan betapa buruknya SPR dibawah beliau. Saya tidak fikir dia boleh mengeluarkan kata-kata bersifat rahsia itu kepada umum sehingga masuk ke dalam telinga saya. Tetapi itulah yang berlaku.