Sunday, July 28, 2013

Majlis Perakan dan Persada Bertembung Lagi

SEMENTARA BERBUKA                                                                     

Untuk kali keduanya semalam bertembung lagi program berbuka puasa anjuran dua Ngo yang diasaskan untuk menyokong kerajaan Pas Kelantan, Persatuan Anak-Anak Kelantan di Kuala Lumpur dan Selangor (Persada) dan Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan Malaysia). Tahun lepas sudah berlaku pertembungan di antara keduanya yang juga mengadakan majlis berbuka puasa serentak.
Husam menyampaikan bantuan untuk armalah.

Persada mengadakan majlisnya disebuah hotel di Kuala Lumpur manakala Perakan di Shah Alam. Kali ini sekali lagi Persada mengadakan ditempat sama, manakala Perakan berganjak ke Serdang pula.

Pertembungan ini sedikit sebanyak menjadi tanda tanya, kenapa berlaku begitu? Apakah ia satu kebetulan atau disengajakan. Bila berlaku pertemubungan begini ia mendatang sedikit masalah kerana ke mana satu pimpinan negeri hendak tuju? Musykilnya kenapa tidak diadakan setempat secara berkongsi acara? Atau kenapa tidak dibahagikan majlis antara pemimpin?

Iftar Ramadhan Di Perkampungan Terasing

ZIARAH RAMADHAN 1434                                                                    

Berbaris untuk menerima sumbangan duit raya.
Seperti dijanjikan pagi ini saya hidangkan serba sedikit pengalaman dan cerita Ziarah Ramadhan saya untuk tahun 1434 ini.  Ziarah Ramadhan yang menjadi tradisi saya setiap kali menjelang Ramadhan dan Aidifitri kali ini ialah, di perkampungan Perdamaian BanChulabhorn Pattana 12 di Shukirin Weang Thailand yang menempatkan pasukan Rejimen Ke-10 - Komunis Melayu. Tidak terfikir saya akan memziarahi Ramadhan kampung ini kerana segala urusan untuknya dilakukan dalam tempoh serba singkat.

Boleh dikatakan ia tidak ada dalam perancangan. Walaupun sudah ada hasrat untuk berbuat demikian selepas buat pertama kali saya menjejaki ke perkampungan ini awal Julai lalu, tetapi tidak menduga ianya termakabul pada Ramadhan ini juga. Semua adalah kehendak Allah s.w.t. dan berkat doa orang-orang di sana telah menarik kami untuk berRamadhan di kawasan mereka.

Saturday, July 27, 2013

Ziarah Ramadhan Ke Kampung Perdamaian - Sukhirin

Merainkan kanak-kanak dengan sumbangan wang raya.
Malam tadi saya sampai rumah jam 3:20 pagi dari perjalanan pulang dari perkampungan Perdamaian di Sukhirin dalam rangka mengunjungi penduduk kampung berkenaan dalam rangka mengadakan majlis Iftar Ramadhan dan menyampaikan sedikit sumbangan.

Inysa-Allah saya akan mencatatkan kunjungan berkenaan dalam blog selewat-lewatnya esok. Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak ucapan terima kasih kepada penjengok blog Merah Tinta dan juga rakan Facebook saya yang sudi turut memberi sumbangan ikhlas. Terima kasih dan syukur juga kepada yang menyokong dan membantu usaha murni ini.

Sumbangan dan salam Ramadhan dari anda kalian disambut oleh mereka di sana dengan penuh rasa terharu dan kesyukuran. "Inilah majlis seumpama ini yang pertama kali diadakan di sini, terima kasih banyak kami ucapkan," begitulah lafaz Tok Penghulu penuh dengan rasa terharu.

"Tiada apa yang kami dapat membalasnya melainkan berdoa dan meminta kepada Allah memberi kebahagiaan, panjang umur dan murah rezeki kepada orang-orang yang mengingati kami di sini," begitulah ujar Penghulu yang jelas tidak dapat menahankan rasa terharu. Wassalam Mso. [wm.kl.4:23 pm 27/07/13]

Monday, July 22, 2013

Mencari Rahsia Dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Besut

ULASAN PRU                                                                                       

Setelah lebih seminggu kempen pilihan raya kecil Kuala Besut, hari ini saya hendak bercakap sikit fasalnya. Saya tidak turun ke Kuala Besut, pertamanya kerana bulan Ramadhan, keduanya kurang 'berangin'. Dalam usia separuh abad begini sudah tidak berapa larat lagi untuk menjelajah dari satu pentas syarahan ke pentas syarahan. Semasa berlangsung pilihan raya kecil di kawasan itu tahun 1979 (kalau tidak silap), saya 'bertumah' berhari-hari dan ikut sama berada di tempat pengiraan undi sampai selesai. Ketika itu usia awal 20-an.

Allahyarham Daud Samad
Pengiraan undi malam itu yang menggunakan kaedah lama memakan masa lebih enam jam. Lewat tengah malam baru keputusan diumumkan, di mana pilihan raya tahun itu dimenangi oleh calon BN. Ia berlangsung dalam keadaan sengit. Selalunya pilihan raya kecil di negeri-negeri Terengganu, Kedah dan Kelantan senantiasa sengit. Pas akan memberi tentangan habis-habisan apa lagi di Terengganu Pas berdendam sakan.

Dendam ini bukan kerana apa melainkan kerana Pas merasakan ia dikhianati oleh Umno dalam peristiwa penggulingan kerajaan Pas pimpinan Daud Samad dalam suasana tragis dalam tahun 1959. Saya percaya keadaan dan perasaan sama juga akan berlaku di Perak. Kalau adalah mana-mana pilihan raya kecil di Perak, Pas khasnya akan memberi tentangan hebat.

Saturday, July 20, 2013

Kenapa Wan Ahmad Tidak Mahu Heret Rafizi Ke Mahkamah?

LINTANG PETANG                                                                               

Memahami ulasan timbalan pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berhubung kenyataan Rafizi Ramli kononnya ada pemimpin tertinggi SPR mengenali rapat dengan Mohamad Salleh orang yang dikatakan bertanggungjawab mengurus untuk mendapatkan tander membekal dakwat kekal untuk pilihan raya umum lalu membayangkan Wan Ahmad tidak mahu mengheret Ahli Parlimen Pandan itu ke mahkamah.

Ketika mengulas berhubung kenyataan Rafizi yang dibuat diluar parlimen kelmarin Wan Ahmad hanya melahirkan rasa kesal kepada Rafizi kerana membuat kenyataan fitnah dan beliau enggan melayan Rafizi yang dianggap memfitnahnya.

Ziarah Ramadhan 1434: Kopiah dan Palikat Raya

PERHATIAN                                                                  

Assamualaikum Wbh Wbt.
Dengan doa dan harapan saya semoga pembaca blog Merah Tinta budiman dalam pemeliharaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.

Untuk pengetahuan anda sekalian tanggal 25 Julai 2013 saya bersama panitia Ziarah Ramadhan akan mengunjungi sebuah perkampungan di pedalaman Thailand dalam rangka meneruskan Ziarah Ramadhan seperti tahun-tahun lepas.

Dalam kunjungan itu pihak panitia telah menyusun program untuk berbuka puasa bersama kira-kira 180 keluarga disamping berbagai majlis mesra Ramadhan termasuk tadarus Quran, tazkirah dan sebagainya.

Sehubungan itu saya sangat mengalu-alukan para pembaca blog Merah Tinta untuk sama memberi sedikit sumbangan sebagai tanda kepedulian blog ini dalam amal kebajikan. Saya mencadangkan untuk mensedekah kepada tiap orang warga emas kampung berkenaan dengan kopiah dan kain palikat.

Kepada pembaca budiman yang ingin atau berhajat memberi sumbangan boleh berhubung dengan saya di telefon 011-23300369. Atas perhatian dan sumbangan anda nanti diucap berbanyak terima kasih. Wassalam. [wm.kl.12:54 t/hari 20/07/13]

Friday, July 19, 2013

Kementerian Pelajaran Jangan Bertolak Ansur Untuk Laksana TITAS

SESUDAH SUBUH                                                                               

Ketetapan Kementerian Pendidikan untuk mewajibkan subjek pendidikan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) kepada siswa IPTS mulai 1 September ini sesuatu yang dialu-alukan kerana ia langkah baik dalam usaha untuk memberi kefahaman mengenai sejarah atau tamadun Islam serta tamadun atau perabadan manusia di benua ini.

Mata pelajaran berkenaan sudah tentu akan menjadi bahan atau sumber jelas kepada pelajar IPTS terutamanya di kalangan bukan Islam untuk mengenali Islam secara asas serta persejarahan dan perkembangannya di dunia ini. Setidak-tidaknya subjek berkenaan juga boleh dijadikan studi perbandingan antara agama.

Thursday, July 18, 2013

Peraturan Yang Membuang Masa?

PENDAPAT                                                                                          

Kerana saya bukan seorang ahli parlimen atau Dewan Undangan Negeri maka saya tidak begitu arif mengenai undang-undang dan peraturan-peraturan parlimen di Malaysia serta perjalanan mesyuaratnya serta disiplin-disiplin lain yang boleh dikenakan ke atas para ahlinya.

Mungkin apa yang hendak saya perkatakan ini meleset dan tidak tepat. Manakala saya kira semua ahli dewan bersedia menerima konvenysen (amalan) yang dipakai selama ini. Pada pandangan saya ada beberapa peraturan atau disiplin diamalkan parlimen tidak munasabah atau pun sudah tidak relevan lagi, jauh sekali adil dan saksama. Kewujudannya juga tidak membawa apa-apa makna kerana ia tidak berfungsi dengan sewajarnya.

Dari sisi lain, lebih memalukan ia semacam tindakan kartun pula kerana peraturan atau kaedah demikian mensia-siakan masa dan semacam tindakan kurang cerdik.

Tuesday, July 16, 2013

Aziz, Wan Ahmad Kepanasan Kerana Jolokan Rafizi

ULASAN MALAM                                                                             

Pendedahan dibuat Ahli Parlimen Pandan yang bersemangat negarawan, Mohd Rafizi Ramli (foto) mengenai individu yang mendapat kontrek membekalkan dakwat kekal untuk kegunaan SPR dalam pilihan raya umum ke-13 lalu kononnya kenalan rapat dengan pemimpin tertinggi SPR, telah dinafi oleh Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf.

Aziz menolak dakwaan itu dengan nada kesal sambil berkata; "kenapa hendak buat fitnah dalam bulan puasa ini, tak takut dosa ke?"

Dalam pendedahan di sidang parlimen hari ini Rafizi tidak langsung menyebut nama Aziz dan Wan Ahmad tetapi kenapa Aziz terasa panas punggung? Ada apa-apa ke?

Aziz seperti mana laporan dipetik berkata urusan pembekalan dakwat kekal itu dilakukan oleh Setiausaha SPR Kamarudin Baria, manakala beliau dan Wan Ahmad tidak tahu menahu. Ewah...beruk Bidah sungguh..


Kaji Baikburuk Program "Dialog Harmoni" di TV Hijrah

REAKSI DAN ISU                                                                              

Malam tadi saya sempat menonton rakaman rancangan Dialog Harmoni yang disiarkan oleh TV Hijrah. Rancangan itu dihostkan oleh tiga orang ahli panel yang mewakili tiga agama; Islam, Kristian dan Hindu. Panel yang mewakili bagi pihak Kristian ialah Dr Living Lee, Hindu olah Dramalingam dan Islam oleh Shah Krikut a/l Kakikula.

Manakala pengacara atau pengerusinya pula Mohamad Fareed Ravi Abdullah seorang India yang memeluk Islam. Kebetulan (barang kali), tidak ada seorang pun panelis berbangsa Melayu? Kenapa?

Tajuk atau tema yang dikemukakan untuk dibahas atau dibicarakan berbunyi; Bersatu Walaupun Berbeza. Tajuk yang dikemukakan menarik, ia berbentuk universal ke arahan kedamaian. Tajuk itu dikira kena dalam konteks negara ini yang rakyatnya mempunyai pelbagai, bangsa, bahasa dan anutan agama.