Thursday, August 15, 2013

Menjengok Lima Ketua Kerajaan Baru Selepas 100 Hari

SEBUKA MATA                                                                                    

Perkhidmatan lima orang Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dilantik selepas pilihan raya umum lalu sudah sampai 100 hari. Masing-masing sudah selamat melewati tempoh masa yang dianggap sebagai 'dalam pantang' itu. Mereka ialah Ahmad Yakob (Kelantan), Mukhriz Mahathir (Kedah), Idris Harun (Melaka), Khalid Nordin (Johor) dan lupa nama (Perlis).

Mukhriz Mahathir
Perkhidmatan dan kebolehan mereka sekarang ini sedang dinilai oleh para pemerhati. Apakah mereka bakal menjadi seorang ketua kerajaan negeri yang popular dan berjaya berbanding sebelum ini atau sebaliknya. Keupayaan mereka akan diukur dari semua aspek termasuk pengurusan pentadbiran dan politik. Paling awal ialah melihat kecanggihan idea mereka untuk membangun negeri masing-masing serta kebijaksana menyelesaikan apa-apa masalah yang tertinggal dan belum selesai sebelum ini.

Elok juga dalam ruang terhad ini kita meninjau keupayaan mereka, atau mengintip apakah, apa-apa yang mereka telah berbuat bagi mencerminkan kebolehan dan kemampuan mereka menjadi CEO di sebuah kerajaan negeri.

Wednesday, August 14, 2013

Pencemaran Agama: Jangan Cakap Tetapi Perlu Buat

RENUNGAN                                                                                        

Kejadian sebuah surau private di Johor yang digunakan oleh penganut Buddha untuk melakukan meditasi dengan meletakkan tokong Buddha di dalam masjid itu dikecam oleh segenap pihak beragama Islam di negara ini. Kejadian itu dianggap melampau dan menghina agama Islam. Kejadian itu adalah rentetan beberapa kejadian lain sebelum ini yang menyenakkan jiwa umat Islam.

Salah seorang yang turut merasa kekesalan dan mengecam kejadian itu ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Asyraf Wajdi Dusuki (foto). Beliau baru dilantik menjadi Yang Dipertua yayasan itu belum sampai dua bulan. Ideanya tentu masih gebu.

Katanya perkara itu menyimpang dari agama Islam sebenar dan merupakan petanda fahaman pluralisme agama yang semakin berkembang di negara ini.

Tuesday, August 13, 2013

Melawat Kebun Getah Ibu

CORETAN RAYA                                                                                    

Tahun ini saya beraya sakan sehingga tidak mengisi blog beberapa hari. Tidak pernah saya berada di kampung lebih dua hari atau dua malam. Paling lama berada di kampung dan tidur rumah ibu satu malam, lepas itu bergerak untuk pulang ke ibu kota. Tetapi kali ini lebih dua malam dan dua hari. Rekod. Mungkin kerana kebetulan raya tahun ini jatuh pada musim cuti sekolah.

Pohon getah kebun ibu hijau menjulang langit.
Bila lama duduk kat kampung dan kampung pula 'buta' internet banyaklah masa terbuang begitu saja. Dua tiga hari lalu saya lepaskan begitu saja kejadian dan peristiwa tanpa mengulasnya. Saya percaya penjengok blog saya dapat mengikut segala peristiwa dan berita raya dari laporan dan ulasan blog member lain.

Masa di kampung saya ambil peluang untuk round kampung dan menziarahi sanak saudara. Berjumpa dengan rakan-rakan sepermainan, bertanya khabar orang itu dan orang ini. Untuk melepas kebuntuan, saya round dan pusing di bendang padi, melihat sungai atau tasik tempat mandi manda di zaman kecil dulu. Semuanya sudah berubah mengikut edaran masa.

Wednesday, August 7, 2013

SALAM AIDI FITRI 1434 H.

Salam aidi fitri saya ucapkan kepada anda penjengok budiman. Saya doakan semoga anda semua sejahtara dan dalam pemeliharaan Allah s.w.t. Sempena raya ini blog tidak akan di up-date beberapa hari. Inysa-Allah kita akan bertemu lepas raya. Wassalam Mso.

Tuesday, August 6, 2013

Ingat Ini Harta Ahmad Albab Yang Punya, Bukan Kau Yang Punya. Hahaha...

KETUPAT RAYA                                                                                  

Kalau kita pernah menonton filem hitam putih lakonan dan arahan P Ramlee berjudul "Ahmad Albab" kita akan menyaksikan satu segmen di dalam gua dimana seorang pengembala kambing bernama Shawal yang masuk ke dalam gua untuk mencari kambingnya yang hilang tiba-tiba berjumpa dengan harta karun.

"Jangan kau sentuh ini Ahmad Albab yang punya.."
Shawal tidak pun berhajat untuk mencari harta karun tetapi apa yang dicari seekor anak kambing yang dijaganya tersasar dan hilang dari kawanan. Shawal ternampak
anak kabingnya berada di atas batu di dalam gua itu dan beliau terus mengejarnya. Sebaik beliau merapat anak kambing itu, ia hilang dan diganti dengan selonggok harta karun.

Shawal teruja dengan harta itu dan cuba hendak menyentuhnya. Baru dia hendak menghulur tangan tiba-tiba terdengar suara melarangnya dengan berkata; hai manusia jangan kau sentuh harta itu, bukan kamu yang punyai tetapi Ahmad Albab yang punya. 

Monday, August 5, 2013

Apakah Umno Kelantan Tidak Berminat Taja Calon Naib Presiden?

MEMUSING PETANG                                                                          

Sebelum menyentuh mengenai gelora perebutan jawatan dalam Pas pada muktamar November ini, terlebih dahulu saya ingin menyorot sedikit perihal yang sama dalam Umno. Umno akan mengadakan perhimpunan agung sekitar tarikh hampir sama dengan Pas untuk memilih pimpinan parti tersebut. Kali bterakhir Umno membuat pilihan pemimpin ialah kira-kira empat tahun lepas.

Musatafa Mohamed
Menerusi catatan ini saya bataskan sorotan hanya untuk Kelantan saja. Mencari dan menilik siapakah tokoh Umno Kelantan yang boleh diletakkan di hirearki kepimpinan pusat ke jawatan paling tinggi setidak-tidaknya Naib Presiden. Buat masa ini Kelantan menghantarkan dua tokoh mereka untuk menjawat jawatan Majlis Tertinggi Umno, Mustapa Mohamed dan Awang Adek Hussin.

Tidak ramai tokoh-tokoh yang 'masam kepala' di dalam Umno Kelantan ke belakangan ini. Selepas awal tahun 90-an Kelantan mengalami kepupusan mereka yang gah dan boleh dicanangkan sebagai pemimpin dan tokoh. Kalau boleh disebut mereka yang sebelum ini dianggap wira Umno Kelantan ialah Tengku Razaleigh Hamzah, Tengku Ahmad Ritahuddin Ismail, Hussein Ahmad dan Muhammad Yaacob.

Mendekati Abdullah CD dan Siti Nurkiah: Pelopor Komunis Melayu

MENJEJAK SEJARAH                                                                           

Menyambung kembali catatan perjalanan, menjejak sejarah perjuangan Rejimen Ke-10 Komunis Melayu di perkampungan Perdamaian di Chulabhorn Pattana 12, Shukirin Weang Tahiland. Dalam tiga catatan lalu saya tidak menceritakan secara khusus pertemuan saya dengan mana-mana tokoh besar Rejemin Ke-10 atau pejuang rakyat itu. Mungkin ada berminat ingin mengetahui dan tertanya-tanya sesiapa lagi yang masih ada dan tinggal di sana.

Saya disambut Pak Lah dimuka pintu rumahnya.
Dalam catatan siri akhir dalam episod pengenalan ini, saya hendak mengisahkan sedikit pertemuan saya dengan Anjang Che Dat Abdullah (Abdullah CD), yakni Komander Rejimen Ke-10 PKM. Saya masih bernasib baik kerana Allah s.w.t mempertemukan saya dengan orang yang mencipta sejarah Rejemin Ke-10 menyebabkan saya boleh langsung bercakap dari hati ke hati dengannya mengenali dan menghayati jejak perjuangan Rejimen berkenaan.

Pastinya lebih penting mendengar sendiri mengenai matlamat atau sebab musabah kenapa beliau 'berundur' ke hutan secara berfakta mulai tahun 1945 selepas Akta Darurat dikuatkuasakan. Selain itu dapat mendengar kisah sukadukanya selama lebih 40 tahun berkelana-juang juang di dalam hutan belantara dengan satu tujuan menghalau penjajah British dan memerdekakan Malaya.

Sunday, August 4, 2013

Cadangan Gerakan Pemutihan Pistol Milik Awam Perlu Disegerakan

SUSUPAN PETANG                                                                              

Cadangan agar dilakukan gerakan pemutihan untuk menentukan berapa bilangan pistol milik awam sebagai salah satu makenisme untuk mengurangkan kejadian jenayah berat (tembak) seperti dicadangkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Razali Ibrahim lebih praktikal dan berbobot berbanding dengan tundingan jari bekas KM Melaka Mohd Ali Rustam kepada pembangkang berhubung isu sama.

Cadangan Razali itu perlu disegera. Apabila diketahui berapa jumlah pistol yang dilesenkan, maka kita tahulah berapa banyak jumlah pistol yang haram. Berbanding dengan sikap Ali mengenai halk sama yang menuduh berlakunya jenayah berat disebabkan pembangkang. Hamlau...

Kekerapan berlaku tembak menembak akibat kehilangan nyawa ada tanda-tanda lambakan pistol haram di negara ini. Kemungkinan ia diseluduk dari luar yang bergerak seiringan dengan kegiatan penyeludupan.

Realiti Kemelut Dun Kota Damansara: Wibawa Presiden Perlu Dinilai

RENUNGAN KE DALAM                                               

Mulanya saya tidak berminat memberi apa-apa komen atau ulasan mengenai pertembungan sesama sendiri di antara Pas, PSM (PKR) di kerusi Kota Damnsara, Selangor di dalam pilihan raya lalu sehinggakan kerusi itu melayang ke tangan calon BN, Halimaton Sadiah. Secara teorinya kalau kerusi itu ditandingi seorang sama seorang di antara Pakatan Rakyat dengan UBN, sudah sahih kerusi itu akan dimenangi oleh PR menerusi calonnya Dr Mohd Nasir Hashim.
Dr Mohd Nasir Hashim

Lagi pun Dr Nasir telah mewakili kerusi berkenaan pada pilihan raya 2008 lalu.

Cuba perhatikan undi yang diperolehi Dr Nasir dan calon Pas Rizuan Ismail. Nasir mendapat 14,860 undi manakala Rizuan mendapat 7,312. Kalau dicampur kedua undi mereka itu Pakatan Rakyat akan memperolehi 22,172 undi berbanding dengan Halimaton Saadiah yang menang dengan mendapat undi sebanyak 16,387. Sebab itu kalau mengikut teori (atas kertas) Dr Nasir akan menang dengan majoriti sekurang 10,000. Tetapi...

Saturday, August 3, 2013

Bekas Pesuruhjaya Pas Melaka Us Abdul Ghani Abdul Rahman Terlantar di HUKM

Bekas Pesuruhjaya Pas Melaka Us Abdul Ghani Abdul Rahman (foto) kini terlantar di Hospital Universiti Kebangsaan, (HUKM) Cheras kerana keuzuran. Beliau dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu kerana masalah kesihatan yang agak serius.

Abdul Ghani yang jugas bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekitar tahun 80-an diserang strok serta mengadapi masalah kencing manis yang menyebab buah pinggang tidak berfungsi dan terpaksa melakukan hemodelisis tiga kali seminggu.

Malam semalam beliau telah dibawa balik ke rumahnya di Bandar Tun Razak tetapi hari ini dibawa semula ke HUKM.

Ramai sahabat handainya baik di dalam Abim dan Pas menziarahi beliau pagi ini. Antara yang ditemui di perkarangan HUKM Abdul Ghani Shamsuddin, Wakil Rakyat Tunggal Pas Melaka, seniman Raja Ahmad dan lain-lain.

Sehingga jam 1:00 tengah hari beliau masih lagi ditempat di wad sementara kecemasan kerana sedang menunggu kekosongan katil ward. Diharap semua mereka yang mengenali Us Abdul Ghani berdoa untuk kesejahtraanya. [wm.kl.2:24 pm 03/08/13]