Friday, September 13, 2013

Ada Hal Mengejutkan Berlaku Di Kelantan

SUSUPAN MALAM                                                                              
                     
Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakub perlu lebih prihatin kepada perkembangan negeri Kelantan kerana banyak hal-hal yang boleh mengejutkan berlaku sejak kebelakangan ini. Setengah perkara atau masalah itu ia adalah lanjutan dari zaman Nik Abdul Aziz Nik Mat jadi MB.

Ahmad perlu prihatin.
Salah satu perkara ialah mengenai ketelusan di dalam perlaksanaan projek terutamanya projek usahasama di antara syarikat-syarikat luar dengan anak-anak syarikat kerajaan dan juga Majlis-majlis Daerah. Terdapat beberapa projek usahasama dengan majlis daerah ada kepincangan yang nyata di mana kalau tidak kena gaya ia boleh membawa kepada siasatan SPRM.

Sebagai contoh mengenai satu projek usahasama di antara sebuah majlis daerah dengan sebuah syarikat pemaju dari Kuala Lumpur untuk membangun hartanah berupa bangunan kedai dan rumah di atas tanah seluas hampir 40 hektar. Projek itu melibatkan perbelanjaan melebihi RM100 juta? Ia dilaksanakan atas tanah rakyat katanya nilai yang dibayar dengan harga yang tidak munasabah.

Anwar Akan Jawab Mahathir

SELANGA BAHASA                                                                             

Mahathir Mohamad tidak habis-habis untuk mengenakan dan mengaitkan sesuatu yang buruk ke atas Anwar Ibrahim. Biarpun perkara itu jelas dalam bidang kuasanya atau dia tahu benar mengenai sesuatu beliau tetap mengenakan Anwar secara selamba.

Terbaru mengenai projek IC di Sabah. Mahathir sedang disiasat oleh RCI berhubung perkara itu. Menjelaskan kepada wartawan selepas beliau disoal siasat dalam siasatan itu Mahathir selamba mengatakan kenapa Anwar tidak hentikan projek itu.

Kata-kata Mahathir memberi konotasi yang Anwar juga tahu dan terlibat.

Beliau beranggapan kalau semasa dia memerintah yang melaksanakan agenda itu seharusnya Anwar sebagai timbalannya menghenti rancangan itu.

Begitulah Mahathir cara dengan mengelak dan menyangkutkan najis kepada orang lain, terutamanya Anwar. Cara Mahathir yang tidak pernah berhenti mengena Anwar samalah dan tidak ubah janji iblis yang pernah memohon kepada Tuhan untuk menyesatkan anak Adam sehingga hari kiamat.

Anwar akan menjawab tanggapan selamba ke Mahathir ke atasnya itu semasa disoal siasat dalam RCI nanti.   [wm.kl.1:54 pm 13/09/13]

Thursday, September 12, 2013

Tiada Perbincangan Untuk Gadai YIK

PERLEPASAN MALAM                                                                                                         

Exco Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dr Mohd Fadzli Hassan menafikan perkhabaran kononnya perbicangan dijalanan untuk menyerahkan sekolah-sekolah dibawah kendalian Yayasan Islam Kelantan (YIK) kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) atau kementerian pendidikan. 

Beliau merujuk kepada satu status yang saya (Mso) lepaskan di wall Facebook semalam, yang bertanya sejauh manakah kebenaran khabar mengatakan sekolah-sekolah YIK akan diserahkah kepada Pusat termasuk soal pembayaran gaji dan sebagainya.

Status itu menyebut khabarnya perbincangan ke arah itu akan dijalankan.


Fadzli dalam menjawab posting berkenaan menafikan perbicangan seperti dikatakan itu tidak ada langsung.

Katanya; "Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menafikan berita tersebut. Untuk makluman tuan-tuan, tiada langsung perbincangan dengan mana-mana pihak untuk berbuat demikian."

Menurutnya sekolah dan pelajar agama adalah aset penting negeri dan rakyat Kelantan di mana setakat ini kerajaan memperuntukan satu perlima dari perbelanjaan negeri untuk YIK.

"Kita korbankan sudut lain dalam pembangunan negeri semata-mata bagi menjamin survival pembangunan pendidikan Islam," tegasnya.

Dengan penjelasan itu khabar mengatakan sekolah-sekolah YIK akan diserapkan ke Jakim atau Kementerian Pendidikan tidak berbangkit. Terima kasih kepada Dr Fadzli atas penjelasan. [wm.kl.7:42 pm 12/09/13]

Raihan Ambil Tanggungjawab Tentang Sharizat

ULASAN PETANG                                                                               

Raihan, pencabar baru Sharizat.
Apabila bekas Puteri Umno Azalina Othman Saad membuat pengumuman dia akan mencabar Sharizat Abdulk Jalil sebagai ketua Wanita Umno saya sudah tertanya-tanya sendiri, (kurang yakin) apakah benar bekas menteri kabinet ini atau hanya sebagai satu ugutan kepada Sharizat.

Entah kenapa saya tidak yakin kerana melihat kepada penampilannya sebelum ini nampak hebat tetapi kosong. Azalina hanya petah bercakap tetapi kadang-kadang cakapnya tidak ada nilai dan hilang fokus. Dia nampak berani dan serius tetapi keberanian itu hanya kerana dia berpanggang atas profesyennya sebagai peguam.

Tidak pernah saya melihat bagaimana handalnya dia berhujah di mahkamah bagi melihat sejauh mana kualiti dia sebagai seorang peguam. Mungkin juga selama ini dia hanya peguam yang menguruskan perjanjian jual beli sewa rumah saja.

Ariffin Atira Akan Lawan Wan Ismail

JELANG MUKTAMAR                                                                          

Ariffin cabar Wan Ismail di Ketereh?
Perebutan jawatan Yang Dipertua Pas Kawasan di Kelantan tidak sekalut perebutan ketua bahagian Umno sehingga empat hingga lima orang merebut jawatan ketua di sesuatu bahagian. 

Hanya beberapa kawasan sahaja dalam Pas berlaku perebutan jawatan ketua. Antara kawasan yang akan 'berkebut' dengan perebutan jawatan Yang diPertua (YDP) ialah Ketereh. Setakat ini tidak kedengaran di kawasan-kawasan lain. Pas Kelantan ada 14 kawasan. 
Perlawan di Ketereh ini dikira agak sengit dan menarik. Kawasan ini telah terajui bekas Adun Melor Wan Ismail Wan Jusoh 60. Wan Ismail dinafikan bertanding dalam pilihan raya lepas atas sebab-sebab kesihatan serta sedikit masalah peribadi hal rumah tangga yang dicongkatkan boleh menyusahkan Pas kalau beliau diletakkan calon.

Wednesday, September 11, 2013

Ahmad Yakub Harus Lebih Berani dan Berkeyakinan

ULASAN                                                                                                 

Hari ini Dun Kelantan mengadakan sidang khas untuk mengutuk rampasan kuasa di Mesir oleh tentera terhadap kerajaan pimpinan Dr Mohamad Mursi. Sidang ini adalah keprihatinan kerajaan Pas Kelantan dalam membela kebenaran dan menentang kemungkaran. Kerajaan Kelantan nampak begitu obses mengenai hal-hal sebegini dan ia lebih berani berbanding dengan Perlimen Malaysia sendiri.

Zawawi jadi pertikaian?
Walaupun pernyataan kutukan itu hanya sebuah usul, tetapi sejarah akan merekodkan Dun Kelantan adalah dewan yang mengambil berat soal hubungan kemanusiaan sejagat. Tuhan akan membaca sejarah itu. Dan jika ada soalan di kubur nanti (jika adalah), "apa yang kamu lakukan (bantu) ke atas saudara mu di Mesir dan Syariah", hansard Dun itu adalah evidencenya.

Usaha atau pun reaksi sebegitu patut diberi pujian kepada Ahmad Yakub yang kini menerajui Kelantan sebagai kesenimbungan pimpinan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sewajarnya sesuatu yang baik disambungkan. Manakala yang lemah perlu diperkemaskan agar kerajaan Kelantan jadi sebuah kerajaan yang lebih mantap, kemas, hebat dan berjaya serta diredhai.

Tuesday, September 10, 2013

Etika Pemilihan Pemimpin Dalam Pas Perlu

ULASAN                                                                                               

Langkah Pas untuk mengadakan garis panduan kepada ahli-ahlinya dalam berkempen merebut jawatan dalam muktamar November ini sesuatu yang wajar dan tepat. Langkah itu jangan dianggap pengongkongan kepada proses pemilihan pemimpin dalam Pas. Sebaliknya ia harus diterima secara positif.

Seperti mana kata Naib Presiden, Mahfuz Omar, (foto) wujud keadaan tidak baik dalam kempen hari ini bila mana kebebasan media baru seperti Facebook, twiter dan blog tidak digunakan dengan berhemah oleh penyokong tokoh tertentu dan ada yang dijadikan alat untuk menyerang pihak lain.

Memang tanggapan itu benar. Saya sudah merasa dan sangat membimbang hal ini. Ia boleh dilihat ada kecaman peribadi kepada tokoht-tokoh tertentu yang dijangka akan turut bertanding yang dimuat turunkan dalam internet. Lebih malang lagi apabila serangan menerusi media baru ini dibalas pula oleh pihak yang merasakan tokoh mereka dihentam.

Kerajaan Kelantan Perlu Dedah Identiti Konsultan Ecobound SB

REAKSI                                                                                                  

MENTERI BESAR Kelantan Ahmad Yakub menjelaskan kerajaan akan memutuskan mengenai status projek Lebuh Rakyat Kelantan yang dirancang tetapi kini tergendala disebabkan hal-hal tertentu.

Dalam pengumuman terbaru Ahamd menyatakan satu kajian semula mengenai projek berkenaan sedang dibuat oleh sebuah konsultan bernama Ecobound Sdn. Bhd yang mengadakan kerjasama dengan Emirates House Group (EHG). Kajian semula itu dibuat setelah kajian sebelum ini dikatakan tidak tepat.

Keputusan mengenai kajian itu jelas Ahmad akan dibuat dalam mesyuarat Exco tidak lama lagi setelah kajian awal diterima.

Monday, September 9, 2013

Lima Ketua Bahagian Umno Kelantan Selesa, Sembilan Cemas

ANALISA MALAM                                                                                 

Sekurang-kurang empat atau lima ketua bahagian Umno di Kelantan boleh menarik nafas lega kerana kemungkinan besar kedudukan mereka sebagai ketua tidak akan dicabar. Ketua-ketua bahagian yang dikira bernasib baik ialah Mustapa Mohamed (Jeli), Annuar Musa (Ketereh), Nor Zaidi Omar (Tumpat) Jazlan Mohamed (Machang) dan Fatmi Che Salleh (Kota Bharu).

Ramzi Abdul Rahman
Mustapa sudah pasti akan menang tanpa bertanding kerana tiada desas desus menunjukkan beliau akan dicabar. Orang yang disebut-sebut berkelayakan dan pernah menzahirkan minat sebelum ini untuk mencabar beliau, Adhan Kachik, sudah membuat pengakuan terbuka di hadapan ketua-ketua cawanagn Umno Jeli yang beliau tidak berminat mencabar ketua bahagian.

Hal ini juga disahkan oleh Pegawai Khas Mustapa, Zahari Kechik yang mengatakan Adhan yang juga merupakan abangnya tidak akan mencabar Mustapa. "Dahan (Adhan) sudah membuat pengumuman dia tidak akan lawan Datuk Pa," begitu jelas Zahari dalam satu pertemuan dengan beliau beberapa hari lepas. Bila ditanya apakah itu tektik Adhan, tekan Zahari; kawan (saya) tahu perangai dia sebab dia abang kawan."

Tahniah Pas Kawasan Kuala Krai

CATATAN RAYA                                                                                   

Latif, Dr Hatta dan Fauzi menyampaikan wang raya.
Semalam adalah majlis rumah terbuka Aidifitri terakhir untuk siri 1434H atau 2013M ini yang saya hadir. Ia merupakan majlis rumah terbuka anjuran Pas kawasan Kuala Krai. Lokasinya di Taman Medan, Jalan Klang Lama, sama lokasi tahun lepas. Pas kawasan Kuala Krai boleh dikatakan antara Pas kawasan yang aktif dalam mengambil 'cakna' kepada rakyat terutamanya pengundi yang berada di luar kawasan seperti Lembah Klang. Setiap tahun majlis seumpama itu diadakan.

Pas kawasan ini juga konsisten dalam menjaga dan mempedulikan pengundi. Mereka bukan saja mendekati rakyat semasa menjelang pilihan raya, tetapi boleh dikatakan sepanjang masa. Ada-ada sahaja program yang diaturkan. Kepedulian berusan tanpa mengira masa ini juga melambangkan keikhlasan Pas kawasan ini dalam menjaga rakyat.