Tuesday, May 6, 2014

Reezel tidak perlu selar Gerakan, dan jadi "hitch hiking"

SUSUPAN PETANG                                                                              

Ahli Majlis Tertinggi Umno Reezel Marican Naina Marican (foto) tidak cukup hanya setakat menyelar Ketua Wanita Gerakan Tan Lian Hoe yang mengomen mengenai hukum hudud yang menurutnya (Reezedl) boleh dianggap sebagai menghina hudud dan Islam, dan juga tidak cukup setakat mengingatkan agar pemimpin komponen BN tidak melampau mengeluarkan komen terhadap hudud kerana ia boleh mencetuskan kemarahan umat Islam.

Sebagai seorang muslim dan ahli parlimen yang mempunyai satu kuasa di parlimen, apa yang Reezel patut lakukan menyatakan pendirian tegasnya sedia menyokong RUU persendirian yang bakal dibentangkan oleh Pas di Parlimen.

Juga tidak cukup Islam Reezel kalau setakat memberi peringatan dan teguran kepada Lian Hoe dan pimpinan BN yang lain. Islam bukan sahaja setakat mencegah kemungkaran tetapi membangunkan amal makruf.

Monday, May 5, 2014

6 Mei genap setahun Ahmad Yaakub jadi MB Kelantan

SUSUPAN TENGAHARI                                                                       

AHMAD genap setahun jadi MB.
Selasa ini 6 Mei, genaplah setahun Ahmad Yaakub menjadi menteri besar Kelantan. Tampaknya tidak banyak halangan dan dugaan yang ditempuhi selama 360 hari lalu. Beliau dapat bekerja sebagai seorang MB dengan baik. Walaupun ada beberapa polisi dan pendekatan pentadbirannya menjadi persoalan. Hal itu biasa kerana kata orang alah bisa tegal biasa.

Tidak ada cabaran besar buatnya sepanjang sedekad lalu. Cabarannya kecil saja umpama rumput melintasi jalan, dapat di langkahi dengan selesa dan selamat. Semua cabaran tidak sampai melelah dan menyebabkan beliau kena urut dada dengan minyak cap kapak, lantaran kesempukan.

Perubahan hubungan diplomatik kerajaan Kelantan dengan kerajaan Persekutuan dibawah kepimpinannya selepas mengambil alih daripada Tokguru Nik Aziz jelas. Ahmad memperkenalkan pendekatan berbaik-baik dengan pusat. Perubahan ini memberi kesan baik, bila mana media massa kroni Umno yang sering menyerang kerajaan Kelantan bertubi-tubi telah mula berkurangan.

Nik Amar kata tidak ada agenda tersembunyi di sebalik hudud

REAKSI                                                                                                

Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud, Nik Amar Abdullah menafikan bahawa kesediaan Umno untuk menyokong pelaksanaan hukum hudud di Kelantan mempunyai motif politik. Katanya spekulasi mengatakan ada agenda politik di sebalik kerjasama Umno berhubung perkara itu adalah mengarut.

Beliau membuat respon itu terhadap satu catatan saya dalam blog dua hari lepas yang mahu Pas menyiasat ada pimpinan Pas berjumpa dengan Umno dan ditawarkan jawatan bertaraf menteri sekiranya isu hudud selesai.

Baguslah kalau tidak ada motif yang tersirap. Di dalam politik setiap kata-kata dan kenyataan kena nilai. Satu masa dahulu Nik Amar mengatakan akhbar Utusan sebagai sampah yang tidak boleh dipercayai. Apabila hari ini kenyataannya disiarkan oleh akhbar berkenaan orang akan konfius, apakah ia bukan sampah lagi.

Malaysia keladai dadah dan Amerika

BLOGER JEMPUTAN                                                                       

[Catatan: Dipostkan tulisan SH Alattas]
Ramai yang melihat dengan mata hati betapa sedihnya keluarga penumpang MH370 yang hilang macam itu saja tanpa meninggal sebarang pesanan kepada keluarga. Tak pasal – pasal perempuan yang yang dulunya isteri menjadi janda, anak menjadi yatim, dimana tempat hendak mengadu? Dimanakahkan ku cari ganti? ‘Sesiapa saja yang mata kepala dan hatinya masih menyimpan sehiris perikemanusiaan akan menyalahkan yang salah dan menghentikan kesalahan itu daripada terus berlaku’ patutkah kita salahkan Tuhan? Tuhan tidak pernah zalim, ini kerja manusia durjana. Memang kita percaya hidup, mati, jodoh pertemuan, tanah kubur, adalah ketentuan dari Allah Subhana Wa Taala kepada mereka yang percaya pada rukun Iman. Berat mata memandang, tentu berat lagi bahu memikul begitu kata pepatah melayu.

Sunday, May 4, 2014

Kedudukan hukum hudud sama dengan MH370

CELOTEH SENJA                                                                             

Hari ini kita jadi pening kepala kerana banyak memikir soal hukum hudud. Macam-macam kenyataan dan ulasan mengenai hudud termasuk ada yang menceritakan sejarah bermula hukum hudud. Saking banyaknya perbualan menyebabkan hudud jadi macam pesawat MH370 yang hilang. Dunia aviation yang kita tidak tahu sebelum ini, menjadikan kita tahu sedikit sebanyak. Elok juga.

Hukuman sebat ke atas pesalah hudud di Aceh. 
Sejak MH370 ghaib kita tahu soal-soal teknikal mengenai pesawat. Tahu bagaimana sebuah pesawat itu dioperasi. Tahu macam mana pesawat itu dikawal menerusi radar. Tahu juga berapa banyak radar yang merakam perjalanan sesuatu pesawat atau ketika pesawat di udara. 

Ekoran kehilangan pesawat MH370 kita juga mendengar berbagai teori untuk mengesan dan meramalkan apakah terjadi kepada pesawat berkenaan. Begitu juga dengan orang bercakap mengenai dunia aviaiton dan mengenai kehilangan itu termasuklah mereka yang tidak memahami dan jahil mengenai tentangnya ikut sama bercakap.

Saturday, May 3, 2014

UKP sambut Jubli Perak

KENYATAAN                                                                                    

Sebahagian anggota muslmin UKP bergambar kenangan.
Malam tadi keluarga besar ahli Usrah Profesional Kebajikan Malaysia (UKP) Universiti Malaysia berhimpun dalam satu majlis makan malam sempena Jubli Perak kumpulan berkenaan. Lebih 600 ahli hadir yang mempertemukan kumpulan itu sejak ia ditubuhkan dalam tahun 1982.

UKP ditubuh oleh mahasiswa Universiti Malaysian sebagai sebuah badan kebajikan menghidupkan usrah dan jalinan solidariti di kalangan sesama mahasiswa. Difaham sejak ia ditubuhkan UKP aktif dan berterusan hingga ke hari ini.

Cetusan untuk menubuhkan kumpulan berkenaan difahamkan ia dibuat selepas bekas pemimpin dan aktivis mahasiswa Anwar Ibrahim menyertai Umno tahun 1982. Penubuhan UKP itu  adalah sebagai tindak balas ke atas penyertaan Anwar ke dalam Umno.

Difaham ahlinya berada diseluruh Malaysia sesetengahnya memegang jawatan penting dalam kerajaan, perniagaan dan berbagai bidang profesional termasuk juga politik.

Antara yang hadir malam tadi ialah bekas Exco Kelantan Husam Musa, bekas ahli parlimen Pasir Puteh, Ustaz Muhammad Hussein, bekas Setiausaha Politik MB Perak, Misbah, Taib Ahmad dan lain-lain. [wm.kl.5:45 pm 03/05/14]

Dua jawatan bertaraf menteri kepada ahli parlimen Pas?

EKSKLUSIF                                                                                       

Mungkin pihak-pihak tertentu termasuk Pas sendiri boleh menyiasat atau menafikan maklumat ini bahawa dua orang ahli parlimen Pas dijanjikan jawatan setaraf menteri kabinet sekiranya projek hukum hudud yang kini dibantu oleh Umno berjaya dengan selamatnya.

Maklumat ini sesuatu yang agak ganjil bunyinya kerana kalau ini benar, bermakna kesediaan Umno untuk menyokong perlaksanaan hukum hudud Pas di Kelantan itu dibuat bukan saja atas tanggungjawab bersama dari kontes Islam tetapi ia merupakan adalah kerjasama politik.

Ia juga dibuat bukan atas tanggungjawab agama tetapi kerana kepentingan diri dan mahukan kedudukan. Ia juga boleh dianggap sebagai hukum hudud digadai untuk mencapai kedudukan. Hal ini tidak mustahil kerana gagasan Unity Government (UG) yang diusahakan satu masa dahulu ia juga bertolak atas kepentingan diri dimana ia dilaksanakan kerana dijanjikan jawatan menteri.

Rahsia di sebalik kunjungan Muhyiddin ke atas Tokguru

MEMAHAMI PERISTIWA                                                                     

Najib Razak berhak untuk merasa curiga dengan kedatangan tidak diundang Muhyiddin Yassin ke Pulau Melaka untuk bertemu Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lepas. Sekiranya pemergian Muhyiddin itu diluar pengetahuan Najib, wajar sekali untuk Najib memanggil Muhyiddin dan bertanya apakah maksud dan tujuan pertemuan itu. Kerana pertemuan berserampang dua mata itu sedikit sebanyak seakan membelakangi Najib. Walaupun ia dalam terang tetapi maksudnya seakan terselindung kepada Najib.

Senyum termewek Muhyiddin bila dapat jumpa Tokguru.
Pencemaran kaki pertama kali Muhyiddin ke Pulau Melaka sejak timbalan perdana menteri itu dilahirkan di dunia agak memelikkan. Apa lagi sebelum ini Muhyiddin dilihat pemimpin Umno lebih sadis mengkritik Nik Aziz berbanding dengan Najib.

Najib tidak pernah sampai membuat tuduhan Nik Aziz sebagai orang yang menyesatkan Pas dengan fatwa-fatwa sonsangnya. Tetapi Muhyiddin di zaman marahnya ada mengeluarkan kata-kata demikian; Pas sesat kerana fatwa Nik Aziz.

Sewaktu Nik Aziz terlantar sakit di hospital, Najib sudi melawat Tokguru, sebaliknya bayangan Muhyiddin langsung tidak kelihatan. Apakah matlamat sebenar Muhyiddin di sebalik kunjungan secara tiba-tiba itu?

Friday, May 2, 2014

Selami amanat Anwar di Dataran Merdeka

ULASAN                                                                                               

Mohamad Sabu diharap terus memimpin demonstrasi.
Apakah ucapan Anwar Ibrahim di laman bangunan bersejarah Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka pada himpunan TURUN bantah GST petang semalam merupakan ucapan terakhir beliau di khayalak sebelum berkelana kali kedua di Sungai Buloh?

Sekiranya mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan hukum penjara lima tahun yang telah dijatuhkan oleh mahkamah Rayuan, Anwar tidak ada pilihan lain melainkan menjalani hukum penjara. Takdir menimpa Anwar itu akan memberi kesan besar kepada kelestarian Pakatan Rakyat kerana beliau dilihat satu-satu pemimpin yang boleh menyatukan tiga parti yang mempunyai idealogi berbeza atas satu garis sama untuk menumbangkang kerajaan UBN.

Thursday, May 1, 2014

Himpunan TURUN bantah GST berjalan lancar

CATATAN                                                                                         

Pemandangan himpunan di hadapan Dataran Merdeka.
Himpunan TURUN bantah GST yang berlangsung di Dataran Merdeka petang ini telah selesai dan berjalan dengan aman. Semua pihak berpuas hati. Himpunan kali ini tidak ada halangan langsung daripada pihak polis seperti sebelum ini.

Para peserta bebas untuk bergerak. Tidak ada semburan air beracun atau pun kedengaran hantukan cota si kepala merah dan jeritan mengejar para peserta himpunan. Mungkin tidak ada setitik darah juga yang jatuh ke bumi.

Walaupun jumlah yang hadirnya tidak begitu ramai, tetapi ia cukup untuk dijadikan simbol penentangan rakyat kepada pelaksanaan cukai baru yang akan diperkenalkan kerajaan yang dikira membebankan rakyat bawahan.

Himpunan itu digerakan oleh beberapa NGO dimana enjin himpunan itu pihak Pakatan Rakyat. Pimpinan tertinggi Pakatan termasuk Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Azmin Ali, Sallahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir membimbang desakan rakyat.