Thursday, May 15, 2014

Dyana Sofya kematangan politiknya mengatasi usia

MELIHAT DYANA                                                                                

Dyana: Jangan permainkan kelembutannya.
Politik tidak bermoral dan banjingan tidak mudah dihakiskan daripada diamalkan di negara ini walaupun negara ini berstatus Islam. Negara ini yang ditunggaki oleh orang Melayu beragama Islam tidak memberi jaminan politik negara ini terasing daripada politik di sesetengah negara Barat yang membenarkan politik "rakusime" dan "huduhisme."

Begitu juga pendekatan Islam wastaiyyah diperkenalkan Najib Razak tidak sedikit pun mengubah cara dan corak bangsa Melayu berpolitik. Tampaknya pemain politik negara ini tidak terkesan dengan seruan Najib agar bersikap sedarhana dan tidak melampau. Mungkin mereka menjadi galak kerana ada pembelaan asalkan mereka tidak memburuk dan menghuduhkan individu Umno?

Pas pujuk Mat Said ke Mat Said pujuk Pas?

ULASAN TENGAHARI                                                                        

Kata Ahmad Said atau Mat Said ketika dia "hilang akal" dua tiga hari lepas ada pemimpin Pas datang memujuk dia agar membuat keputusan cepat. Ketupusan apa? Dia juga kata kalau dia tak halang ramai lagi Adun Umno akan keluar parti menyebabkan Umno akan hilang kuasa memerintah.

Benarkah orang Pas yang pergi pujut Mat Said, atau sebaliknya. Kalau boleh Mat Said sebutlah seorang dua yang pergi pujuk dia itu. Atau pun dia sahaja yang berasan. Kita tidak yakin orang Pas jadi selemah dan sepelahap itu untuk pujuk Mat Said. Pas selamanya bermain politik cara baik dan politik munafik bukan cara Pas.

Apa yang didapati Mat Said ada hantar orang dia pergi berjumpa dengan orang Pas. Tetapi pihak Pas tidak berapa layan sebab tidak yakin kepada Mat Said. Mungkin kerana malu dengan keadaan itu dan untuk menghalalkan tindakan masuk balik Umno selepas tidak sampai 48 jam istyhar jadi bebas Mat Said kata Pas pujuk dia.

Wednesday, May 14, 2014

Kalau Pas yang pegang kerajaan Terengganu mungkin lain keadaan

KEMELUT DI TERENGGANU                                                             

Kalau kemelut di Terengganu itu berlaku dalam Pas barang kali kita sudah mengetahui apakah penamatnya. Dua peristiwa sebelum ini menunjukkan keadaan sama bila dihadapi parti pembangkan ia sangat rapuh dan Umno dapat mengambil kerajaan dengan mudah tanpa berpenat lelah.

Setengah abad lalu kerajaan Pas Terengganu yang menang dengan majoriti mudah, kelebihan tiga undi telah jatuh apabila undi tidak percaya dilakukan. Dua orang wakil rakyat Pas bertindak menyokong Umno semasa undi tidak percaya dikemukakan dalam Dewan.

Begitu juga di Perak apabila tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti dan mengistyharkan diri mereka bebas, menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat hilang majoriti. Ketiga calon bebas menyokong UBN. Undi tidak percaya tidak diperlukan, kerana Sultan Perak menggunakan budi bicaranya. Akhirnya Zamary Kadir dari Umno mengangkat sumpah menjadi MB.

Tuesday, May 13, 2014

Kerajaan Terengganu diambang keruntuhan

ULASAN SAKIT                                                                                   

Kelamrin Ahmad Said dibaham dengan tiga kosong menerusi sepakan penalti oleh Najib Razak. Tendangan itu pada saat-saat terakhir permaiann selepss genap 2,1900 minit atau 1 tahun. Ahmad Said yang meminta masa tambahan hingga 17 Mei sebelum beliau dikenakan penaliti tetapi tidak dihiraukan oleh Najib yang bertindak memegang dua fungsi pengurus pasukan dan pengadil.

Ahmad Razif siap angkat sumpah sebagai MB.
Alasan Ahmad Said ialah kerana pada tarikh itu beliau akan mengadakan kenduri perkahwinan anaknya.

Kenyataan kemenangan Najib itu diumumkan oleh Ketua Jurulatih, Teuku Adnan Mansor di Primula Hotel Kuala Terengganu. Sifat orang menang Teuku Adnan kelihatan senyum-senyum kambing semasa menjawab pertanyaan wartawan. Sesuatu sudah tidak kena dengan pengumuman itu apabila Ahmad Said tidak mendampingi Teuku Adnan.

Monday, May 12, 2014

Mat Said letak jawatan MB, mungkin turut kosongkan kerusi?

TERKINI                                                                                               

Silap Mat Said tertanda tangan perjanjian.
Ahmad Said benar-benar jadi macam David Monyet Pengurus Pasukan Manchester United apabila hari ini beliau disahkan telah melepaskan jawatan MB Terengganu. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agu
ng Umno Teuku Adnan Mansor di Terengganu lewat petang ini.

Adnan dilaporkan berjumpa dengan semua 16 Adun Terengganu bagi memaklumkan perkembangan yang sudah lama ditunggu-tunggu itu. Perletakan Ahmad bukan di atas kehendaknya melainkan kerana patuh perjanjian sebelum ini.

Ahmad yang mengganti Idris Jusoh sebagai MB selepas pilihan raya 2008, dikatakan membuat perjanjian akan memegang jawatan MB setahun sahaja. Bagaimana pun perjanjian itu tidak didedahkan.

Kekecohan dalam pemilih PKR: Gantung cabang terbabit

UALASAN PAGI                                                                                   

Kekalutan dan perbalahan di dalam proses pemilihan pemimpin PKR di beberapa cabang sehingga dibatalkan perlu diberi perhatian serius oleh parti berkenaan. Kejadian itu memalukan dan menggambarkan parti berkenaan kurang berdisiplin.

Kesan daripada kejadian itu juga ia boleh menjejaskan prestasi PKR sebagai sebuah parti yang diletakkan menjadi alternatif kepada Umno bersama DAP dan Pas. Apakah kekecohan itu kerana ada unsur luar? PKR kena menyiasat kemungkinan itu dan memberi penjelasan yang konkrit.

Bermacam-macam sebab kenapa proses pemilihan dibatalkan, ia termasuklah soal teknikal, nama calon yang tidak ada dalam kertas undi, kertas undi lebih, dakwaan politik wang dan sebagainya.

Sunday, May 11, 2014

Cadangan bawa hudud ke Parlimen ditangguhkan

SUSUPAN PETANG                                                                          

Golongan yang menentang hukum hudud juga yang bimbang akan terpindanya Jadual Ke-9 Perlembagaan Negara yang bakal memberi kuasa lebih luas kepada Mahkamah Syariah di seluruh negara, boleh menarik nafas lega apabila Pas mengambil keputusan menangguhkan pembentangan Usul Persendirian (RUU) di parlimen yang dijangka Jun depan.

Penangguhan itu dinyata dalam satu kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang dibaca timbalannya Mohamad Sabu selepas parti itu mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja di Kuala Lumpur hari ini.

Alasan penangguhan itu kerana Pas menyerahkan cadangan kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud itu kepada Jawatankuasa Teknikal Hudud yang dipengerusi bersama Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah dan Menteri di JPM Jamil Khir Bahrom.

Friday, May 9, 2014

Umno Perlis bergolak, MB minta tinggalkan kerusi?

DESAS DESUS                                                                                  

Azlan Man sedang diasak?
Walaupun Umno Perlis hanya ada beberapa orang sahaja Adun dan ahli Parlimen tetapi ia tidak terkecuali juga mempunyai nafsu dan naluri untuk bergolak seperti Umno di negeri-negeri lain. Umno Perlis hanya tiga bahagian sahaja; Arau, Padang Besar dan Kangar. Manakala terdapat 12 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Desas desus yang bertiup dari Utara mendesuskan kedudukan menteri besarnya Azlan Man kini sedang diasak agar meninggalkan kerusi MB. Perlantikannya sebagai MB menjadi isu dan kurang disenangi oleh veteran Umno negeri itu terutamanya bekas MB yang juga Pengerusi Badan Perhubungannya Shahidan Kassim.

Azlan dikatakan tidak memberi komitmen kepada parti disamping tidak menunjukkan pencapaian yang memuaskan walaupun sudah setahun menjadi MB. Beliau juga didakwa tidak memberi kerjasama baik dengan pemimpin Umno bahagian.

Thursday, May 8, 2014

KPKK beri amaran kepada Ka Siong jangan ugut Najib

KENYATAAN                                                                                       

Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK) Abdul Razak Abbas memberi ingatan dan amaran keras kepada Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong agar tidak menggugut Najib Razak dan Umno daripada memberi sokongan kepada kerajaan Kelantan untuk membawa undang-undang persendirian (private bill) di parlimen bagi membolehkan Kanun Syariah Jenayah II dapat dilaksanakan.

Abdul Razak presiden KPKK.
Ketika menghubungi blog Merah Tinta, sekjaap tadi, Abdul Razak yang dikenali dengan Abang Jak, kesal atas cara politik murahan Wee Kah Siong yang cuba mengagalkan hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud dengan menggugut Najib, kononnya MCA akan membuat pendirian semula kedudukannya dalam BN. Dalam bahasa lain, MCA akan keluar meninggalkan Umno kalau hudud dilaksanakan.

"MSO awak bagi tahu kepada timbalan prsiden MCA itu, jangan sesekali cuba mengugut Najib. Mungkin dia tidak tahu sejarah Najib dan latar belakangnya,"

"Najib adalah anak kepada Tun Razak, perdana menteri kedua Malaysia. Dia (Najib) memang nampak lembek tetapi dia seorang keras dan tegas? Katanya lagi sambil mendakwa dia kenal rapat dengan arwah Tun Razak semasa di dalam Umno dahulu.

Wednesday, May 7, 2014

Kekaburan mengenai hudud masih tebal

ULASAN WACANA                                                                               

Baru sekejap berakhirnya wacana mengenai hudud bertajuk: Hudud: Bersediakah Kita, anjuran akhbar Sinar Harian yang mengemukakan empat orang penalis, ilmuan Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan presiden MCA, Wee Kah Siong dan Timbalan Pengarah Institusi Wasatiyyah Malaysia, Musaddad Hasbulah. Wacana itu dikendalikan oleh akademis, Dr Mazlee Malik.

Wacana hudud anjuran Sinar Harian.
Bila wacana itu meletakkan tajuk demikian, maka saya memfokuskan perhatian atau menanti jawaban apakah persediaan kerajaan Kelantan dan juga seluruh umat Islam serta penduduk negara ini dalam menanti perlaksanaan hukum hudud. Sejauh manakah persediaan kita terhadapnya. Kelantan akan bercadang untuk muncul sebagai negeri pelopor hukum hudud.