MENJOLOK MENTARI
Sekiranya MB Selangor Mohamed Azmin Ali (Minali)
(foto) dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri oleh Sultan Selangor sempena hari keputaraan baginda Khamis ini, Minali tidak perlu menolaknya, sebaliknya menerima dengan penuh besar hati.
Anugerah itu bertepatan dengan status dan juga kedudukan Minali hari ini. Begitu juga kalau dihitung dari segi jasa dan bakti MB itu menerusi politik ia tidak terhitung, bahkan lebih banyak berbanding dengan penerima-penerima darjah kebesaran orang lain.
Penganugerahan bakal dikurniakan itu juga adalah atas perkenan Tuanku Sultan dan bukan darjah yang dibeli, atau pun berlaku sebarang kontra. Jadi tidak perlulah menasihati Minali agar menolaknya kononnya untuk menjaga wibawa dan sebagainya. Nasihat begitu bukan untuk mendamaikan keadaan tetapi menegangkan suasana.