Friday, January 9, 2015

Husam MB swasta yang jaga air muka Kelantan

SUSUPAN PETANG                                                                                         

Rupa-rupanya kerajinan dan keprihatinan bekas Exco Kelantan Husam Musa membantu mangsa banjir serta kegeligaan beliau memberi pendapat (solusi) awal untuk membantu mangsa banjir kurang disenangi oleh sesetengah pihak di Kelantan. Menyedihkan lagi pihak itu datang dari rahang partinya sendiri Pas yang sepatutnya menyatakan sokongan bukan cemuhan.

Husam turut membersih rumah mangsa banjir Tionghua.
Kerajinan Husam menerusi Yayasan Darul Hijrah itu diberi gelaran, sindiran Husam sebagai MB swasta. Gelaran ini dibuat oleh kumpulan bekas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sendiri.

Tidak boleh sesiapa nafikan akan kerajinan serta kekreatifan Husam dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Satu demi satu idea dan usahanya dicatat dimana kejayaannya sangat dicemburui dan ternyata tindakan proaktifnya mendahului pihak-pihak berwajib lain termasuk kerajaan sendiri.

AMK tuntut Zahid jelas tujuh perkara berhubung surat kepada FBI.

KENYATAAN                                                                                                   

Semalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerusi Pengarah Komunikasi Keadilan yang juga Naib Ketua Angkatan Muda (AMK) Fahmi Fadzil telah menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri (KDN) Ahmad Zahid Hamidi menuntut menteri itu menjelaskan tujuh perkara berhubung surat yang dikatakan dihantar oleh Zahid kepasa FBI untuk "membela" takeh judi.

Fahmi Fadzil menunjukkan surat dihatar kepada Zahid.
Dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada blog ini, tujuh perkara yang dituntut oleh Fahmi itu adalah apa juga yang bermain dalam kepala orang ramai berhubung tindakan Zahid itu.

Tindakan Zahid yang dilihat mirip kepada tindakan bersendirian (pandai-pandai) menimbulkan implikasi dan tanda tanya serta tanggapan ia sesuatu yang memberi impak besar kepada negara.

Wednesday, January 7, 2015

Bukan mudah hendak selamatkan Pas, Umno daripada lemas

TENANG SUBUH                                                                                           

Subuh ini saya hendak berbicara fasal satu isu yang menjadi polemik yang sebelum ini saya tidak memberi perhatian kerana lebih fokus kepada masalah Bah Emas di Kelantan. Memerhati dan bertindak ke atas bencana itu lebih baik dan penting daripada memberi tumpuan kepada polemik politik yang saya maksudkan ini, kerana ia tidak akan berbekas. Begitu pun saya tidak menolak ia satu cadangan dan cetusan idea yang baik.

Hussamuddin Yaacob
Husam Musa
Isu atau polemik itu ialah cadangan dibuat oleh Pengarah Urusan Karangkraf yang menerbitkan akhbar Sinar Harian, Hussamuddin Yaacob agar Pas dengan Umno berkerjasama dalam maksud lebih tepat bergabung untuk membangun negeri Kelantan selepas banjir. Hussamuddin memberi cadangan itu dengan mengambil tragedi bah itu sebagai penyebab atau faktor kepada keperluan kedua parti Melayu itu bergabung dan duduk sekali.

Alasan yang diberikan oleh beliau atau keperluan bergabung itu kerana musibah itu memberi peluang terbaik dan keadaan yang mewajarkan untuk menyatukan orang Kelantan yang dipisahkan oleh ideologi politik mengikut perkiraanya. Ia juga dilihat kepada parahnya banjir yang berlaku di Kelantan kali ini. Pandangan Hussamuddin itu realistik dan lebih rasionoal daripada pandangan atau penilaian Timbalan Menteri Besar Kelantan (TMB) Mohd Amar Nik Abdullah terhadap bah kali ini yang mengatakan banjir 2014 ini tidak separah banjir 1967.

Tuesday, January 6, 2015

Terima kasih Muhyiddin atas prihatin kepada Kelantan

SUARA MALAM                                                                                

Ahmad Yaakob, Muhyiddin dan Mustapa Mohamed.
Kunjungan Timbalan Muhyiddin Yassin ke Kelantan hari ini lebih bermakna daripada kunjungan Perdana Menteri Mohd Najib Razak sebanyak tiga kali untuk meninjau banjir di Kelantan.

Kenapa dikatakan lebih bermakna, kerana Muhyiddin mengumumkan sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Kelantan terutamanya mangsa banjir di Kelantan.

Hasil daripada lawatan Muhyiddin hari ini dan perjumpaan dengan MB Ahmad Yaakob, sebuah jawatankuasa pasca banjir ditubuhkan. Jawatankuasa itu dipengerusi bersama oleh Ahmad Yaakob dan Pengerusi Umno Kelantan yang juga menteri MITI, Mustapa Mohamed.

Kenapa tiba-tiba Najib bagi tahu dia dihidapi e-coli?

SENYUM SORE                                                                                                

Najib dibantu untuk tanggal bootnya.
Jarang rahsia kesihatan orang-orang besar didedahkan kepada umum. Soal kesihatan merupakan soal peribadi dan rahsia besar kepada seseorang apa lagi orang bernama pemimpin. Lantaran itu masalah atau kesihatan seseorang pemimpin tidak mudah didedahkan kepada umum.

Kesihatan seseorang pemimpin boleh mempengaruhi pentadbirannya. Misalnya kalau orang tahu seseorang pemimpin itu sakit menyebabkan orang meragui akan kelincinan pentadbirannya atau boleh menganggui pentadbirannya.

Berbeza dengan apa yang berlaku kepada Perdana Menteri Najib Razak yang dijangkit bakteria e-coli didedahkan kepada umum. Kenapa sangat mudah untuk Najib menghebahkan penyakit dialaminya. Katanya menurut doktor dia dihinggap bakteria e-coli dan diminta berihat.

Sunday, January 4, 2015

Tempatkan mangsa banjir di Perumahan Rakyat

CATATAN BANJIR                                                                                         

Keperluan seperti makanan dan pakaian mungkin tidak menjadi keutamaan lagi kepada mangsa banjir kerana untuk sehari dua ini kerpeluan itu sudah lebih daripada mencukupi. Terdapat banyak longgokan pakaian terpakai yang diletakkan di jalan tidak dipedulikan menunjukkan pakaian tidak menjadi keperluan lagi.
Sebuah rumah dibina dipinggir sungai Galas yang rosak.

Begitu juga dengan bekalan makanan. Sekiranya pengagihan dibuat dengan adil dan mangsa sendiri bertolak ansur, tidak tomak atau "keboba" menyembunyikan makanan dan sebagainya, makanan dan pakaian ala kadar untuk saat kritikal sudah mencukupi.

Bagi kawasan paling teruk dilanda banjir seperti di Manek Urai, Gua Musang, Kuala Krai atau Temangan di Machang sudah berlaku lambakan makanan. Ini kerana boleh dikatakan sepanjang hari selepas banjir surut ratusan buah kenderaan luar membawa bekalan makanan ke kawasan berkenaan. Ini tidak termasuk bekalan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan.

Rakyat telah isytihar darurat di Kelantan

CATATAN BANJIR                                                                                         

Banjir kuning atau boleh juga dikenali dengan "Bah Emas" kerana ia membawa air lumpur dan selut berwarna kuning keemas-emasan yang melanda Kelantan seminggu lalu membawa pengertian dan makna tersendiri bukan sahaja kepada mangsa banjir tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia serta pemerintah juga.

Jujutan lori membawa bekalan ke Kelantan.
Bah Emas ini juga menjadi kayu pengukur dan ujian kepada seluruh insan yang bermukim di bumi ini.

Bah Emas ini menguji, pertamanya sejauh manakah mangsa dapat menerima takdir dan ujian Allah dengan musibah berkenaan. Apakah mereka bersabar dengan ujian itu dan terus bangkit untuk membena semula kehidupan selepas bencana, terutamanya yang kehilangan harta benda termasuk rumah kediaman.

Catatan pasca banjir dalam blog besok

Alhamdulilah saya baru selamat tiba di rumah dari meninjau bencana banjir di Kelantan dan juga menyampai sedikit bantuan hasil dari derma rakan Facebook dan penjengok blog ini yang dihimpunan menerusi Tabung Mangsa Banjir Bukit Bekok.

Berlatarkan sungai Kelantan di Temangan, Machang.
Selama beberapa hari blog ini tidak di update kan, bererti selama itulah juga saya berada di Kelantan. Untuk membuat pengeposan dari Kelantan buat masa ini sangat sulit kerana sukar mendapat akses akibat banjir.

Saya berlepas Khamis bersama tiga orang kawan dengan sebuah kenderaan pancuan empat roda. Manakala sebuah lori yang membawa pelbagai barangan asas seperti beras, gula, geram, minyak masak, makanan ringan serta pakaian telah bergerak lebih awal.

Wednesday, December 31, 2014

Anwar, Husam ziarahi Nik Aziz

TERKINI                                                                                                            

Semasa banjir memuncak di Kelantan Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat berada di hospital, keuzuran dialaminya kebelakangan ini sama sekali tidak memberi kesempatan untuknya meninjau keadaan banjir dan menemui mangsa banjir.

Anwar memperkatakan sesuatu kepada Tokguru.
Apa yang dapat dilakukan oleh Tokguru hanya berdoa dari atas katil dalam ward agar banjir lekas surut dan rakyat Kelantan bersabar menghadapi ujian daripada Allah.

Betapa terkilannya Tokguru kerana tidak dapat meninjau keadaan banjir seperti biasa hanya Tuhan saja yang tahu. Sebelum ini bila berlaku banjir, beliaulah antara orang pertama turun padang menemui rakyat.

Kali ini dengan keuzuran agak serius dialaminya, beliau hanya dapat mendengar laporan dari mereka yang menziarahinya.

Pastikan semua mangsa terima bantuan banjir

BANTUAN BANJIR                                                                                          

Pihak bertanggungjawab menguruskan bencana banjir; mennyelamat dan menyalurkan bekalan makanan sama ada di pihak kerajaan negeri atau pun Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau pun parti-parti politik harus lebih prihatin untuk memastikan mangsa banjir dilayani sebaik mungkin dan tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan apa lagi ada mangsa banjir dianak tiri atau tidak dipedulikan.
Lori  membawa bantuan daripada rakan Fb sudah bergerak.

Sebaik keadaan banjir mulai surut dan jalan-jalan utama untuk berhubung ke kawasan dilanda banjir dibuka semula, kini berbondong-bodong barangan bekalan dan segala macam keperluan dibawa baik oleh agensi kerajaan maupun badan-badan sukarelawan, dan orang perseorangan.

Malam tadi sepanjang jalan menuju ke Pantai Timur dari lebuh raya Karak baik memasuki ke jalan Gua Musang atau ke Kuatan - Terengganu kelihatan banyak lori berbagai saiz membawa barang dipercayai bekalan untuk mangsa banjir.