Thursday, February 12, 2015

Tokguruku Nik Abdul Aziz kembali ke Rahmatullah

BALESUNGKAWA                                                                                           

Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 9:40 malam ini. Kematiannya disahkan oleh Doktor pakar Dr Jafri Malin Abdulah yang mengetuai team merawat Allahyarham di Hospital Universiti Sains (HUSM) Kota Bharu Kubang Kerian.

Allayarham dimasukan ke HUSM 19 Januari lepas dan keadaan kesihatannya semakin merosot. Selepas Magrib tadi beliau dibawa balik ke rumahnya di Pulau Melaka.

Keputusan membawa balik itu adalah atas permintaanya sendiri yang berharap dapat menghemuskan nafas terakhir di rumahnya.

Kira-kira ham 8:00 malam ambulan yang membawanya dari HUSM tiba di rumah. Tidak sampai sejam beliau menghembuskan nafas terakhir.  Tokguruku meninggal dunia malam Jumaat dimana tarikh pemergiannya sama dengan tarikh kematian al Syahid Hassan al Banna.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al Fatihah. Wassalam Mso.

Facebook saya diserang virus

Perhatian Facebook saya bermasalah sejak semalam, diserang virus menyebabkan masuk foto yang jelek dan mencemarkan mata. Saya sudah berusaha untuk mengatasinya. Beberapa orang rakan yang ada kaitan (link) dengan foto diancam virus yang masuk ke wall saya, saya unfriend sebagai jalan penyelesaian.

Atas tindakan disengajakan ini harap maaf dan persahabatan boleh disambung kembali.

Mungkin kalau akaun Fb berkenaan tidak dapat dibersihkan juga saya tidak ada pilihan lain akan menutupnya. Bagi meneruskan alam berforum, intraksi menerusi Fb saya sedia untuk aktifkan akaun baru saya dialamat seperti berikut: https://www.facebook.com/mohdsayuti.omarii. Harap maklum.

Mesyuarat majlis PR Jumaat ini ujian pertama buat Pakatan Rakyat

ANALISA                                                                                         

Jumaat ini Majlis Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat pertama pasca pemenjaraan Anwar Ibrahim lima tahun. Ertinya mesyuarat itu tanpa dihadiri Anwar. Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dibayangkan akan mempengerusikan mesyuarat tersebut sebagai meneruskan amalan atau konsensus, pengerusi mesyuarat majlis itu diberikan kepada PKR.

Azmin Ali
Walaupun konsensus itu boleh diubah mengikut suasana dan kondisinya, tetapi Azizah adalah sesuai untuk menjadi pengerusi sebagai mengambil alih tempat suaminya. Soalnya apakah Azizah akan sepakat diterima untuk menjadi pengerusi mesyuarat majlis itu? Apakah nanti tidak ada pihak mempertikai dan mempersendakannya? Inilah yang menjdi tanda tanya.

Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang kebelakangan ini menjadi pertikaian mengenai relevansinya memimpin Pas berikutan beberapa tindakannya yang persis "ikan keli dalam besen" (klu klik) dikatakan bersedia untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Gambaran itu dibayangkan oleh Mustapa Ali yang, menjelaskan bahawa Abdul Hadi akan datang.

Wednesday, February 11, 2015

Pas perlu siasat tunjuk perasaan dan individu yang cirit birit

SUSUPAN PETANG                                                                       

Kesediaan Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali untuk menyiasat kejadian tunjuk perasaan oleh budak-budak Pas yang datang dari pedalaman di perkarangan ibu pejabat Pas Jalan Raja Laut beberapa hari lalu serta kesediaan meneliti memorandum yang diserahkan oleh kumpulan itu dialu-alukan.

Jaminan itu diberi oleh Mustapa yang sememangnya berhak untuk berbuat demikian atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung. Mustapa menyatakan sikap itu sebagai reaksi kepada individu yang mempertikaikan kenyataan simplistiknya yang menolak dakwaan budak-budak penunjuk perasaan itu kononya ada konspirasi hendak menjatuhkan presiden Pas.

Mustapa dalam menjawab pertanyaan media massa sama ada benar atau tidak dakwaan penunjuk perasaan itu, menjawab secara politik ianya tidak ada. Jawaban Mustapa itu senada dengan jawaban Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub yang menafikan perkara itu.

Bekas Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan kembali ke Rahmatullah

BELESUNGKAWA                                                                                           

Saya baru menerima panggilan dari seorang sahabat di Kota Bharu memaklumkan bekas Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan era 70-an dan awal 80-an Solahuddin Abdullah telah kembali ke Rahmatullah sekejap tadi. 

Pada masa ini jenzahnya masih berada di hospital Kota Bharu. Allahyarham dikatakan sakit sejak ke belakangan ini. Minggu lepas Allahyarham sempat menghubungi salah seorang veteran Pas dan berbicara agak panjang dengannya. Al Fatihah. [wm.kl.2:09 11/02/15]

Penyatuan PR adalah kebebasan untuk Anwar

MELENGGAK RASA                                                                                                                                  
[kemaskini] Ekoran pemulangan semula Anwar Ibrahim ke pangkuan peratah kuasa menerusi proses undang-undang yang dipertikaikan umum, PKR dan Pakatan Rakyat harus mencari hikmah disebalik tragedi itu dan bukannya cuba mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dan kumpulan masing-masing atau menjadi jaguh musuh dalam selimut.
Perjuangan adakalanya menuntut cagaran tan ternilai.

Keunggulan Pakatan Rakyat sebelum ini sehingga berjaya mendapat 52% sokongan rakyat untuk menguasai Parlimen harus dikekalkan. Ketiadaan Anwar diluar bersama rakyat selama lima tahun hendaknya tidak menjadi alasan untuk menurunkan darjat dan wibawa Pakatan Rakyat.

Apa lagi kehilangan sosok hebat itu yang dilindungi dibalik tembok bukan bermakna semua indera nafas perjuangannya tamat, situasi itu bukan waktunya untuk diambil kesempatan bagi meluaskan lubang halus perpercahan yang kini ditebuki oleh rasa dan nafsu atau ego seseorang lantaran terpedaya dengan umpan terpasang jerat.

Ucapan akhir Anwar dalam mahkamah menikam kelima-lima Hakim

SESUDAH SUBUH                                                                                           

Di sini saya postkan ucapan Anwar Ibrahim dalam mahkamah yang ditujukan khas kepada lima hakim yang mendengar rayuannya semalam yang berakhir dengan kekalahan berpihak kepadanya.

Sesudah Ketua Hakim Ariffin Zakaria membaca keputusan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengenakan lima tahun pejara ke atasnya, Anwar diberi peluang untuk berkata sesuatu sebagai kesimpulan peribadi daripadanya.

Saya tidak mahu membuat tafsiran berlebihan terhadap apa yang beliau simpulkan, tetapi ia merupakan satu ucapan tajam yang kata-kata dilumuri dengan rasa kecewa dan dukacita yang amat sangat kepada proses perbicaraan kali ini yang dianggap sebagai satu perbicaraan yang sama yang dihadapi sebelum ini dan ia adalah satu frabikasi lengkap dari konspirasi bagi menamatkan karya politiknya.

Tuesday, February 10, 2015

Debaran menanti keputusan bicara rayuan Anwar

KENYATAAN                                                                                                  

Kita semua sedang menanti keputusan rayuan Anwar Ibrahim berhubunga dakwaan liwat yang akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja. Semua pihak terbabit dengan rayuan itu sudah berada dalam mahkamah. Istana Keadilan di Putrajaya kini menjadi tumpuan. Ribuan penyokong Anwar sejak pagi-pagi lagi sampai ke perkarangan Istana Keadilan.

Anwar tiba di mahkamah sambil memimpin cucunya.
Anwar tiba bersama isteri, anak-anak dan cucunya. Ketika masuk ke mahkamah beliau memimpin tangan seorang cucunya. Berjalan sederap ialah anak sulungnya Nurul Izzah yang kelihatan penuh yakin dengan apa yang berlaku hari ini.

Monday, February 9, 2015

Harap besok hakim tidak cerek berek

SENYUM HARI INI                                                                                          

Teka teki untuk hari esok; apakah Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari hukuman penjara yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan atau pun tidak akan terjawab sebelum jam 12:00 tengah hari esok. Begitulah apa yang sudah dijadualkan, kecuali Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakarian yang mengetuai tujuh hakim mendengar rayuan Anwar itu sakit perut dan cerek berek tidak dapat hadir ke mahkamah, maka keputusan akan ditunda.

Sebelum ini Ariffin menerusi media rasmi mahkamah telah memaklumkan keputusan rayuan Anwar itu akan diumumkan 10 Februari. Kenapa 10 Februari sebelum hari raya Cina dan selepas perhimpunan agung Umno. Apakah ini bermakna Anwar berpeluang untuk merayakan tahun baru Cina? Ertinya beliau akan lepas? Kalau keputusan itu tidak menggembirakan Anwar sudah tentu keputusan itu dibuat tanpa mengambil masa terlalu lama.

Ternyata untuk menanti keputusan hari esok ia mendebarkan dan menakutkan bukan sahaja Anwar sekeluarga tetapi para pimpinan parti dan pendokongnya.

Sunday, February 8, 2015

Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat lancar, mesyuarat lanjut selepas 10 Februari

SUSUPAN PETANG                                                                                         

Apa yang menjadi tumpuan dan ditunggu-tunggu hari ini, iaitu mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat sudah pun selesai. Ia diadakan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut tanpa berlaku sesuatu yang tidak diingini. Tiada apa yang panas dalam mesyuarat itu. Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang sebelum ini diragui akan kehadirannya, turut hadir.

Kedatangan Hadi disambut Anwar dan Lim Guan Eng.
Kehadiran Abdul Hadi itu menamatkan pertikaian terhadapnya yang sebelum ini hampir setahun tidak hadir mesyuarat majlis itu sebaliknya ia diwakilkan kepada timbalannya, Mohamad Sabu atau Setiausah Agung Pas Mustapa Ali.

Kesediaan Abdul Hadi wajar disanjung walaupun kehadiran itu tidak mematikan isu mengenainya.

Selain Abdul Hadi, pemimpin lain yang hadir ialah Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP dan Setiausaha Agungnya Lim Kiat Siang dan Lim Guan Eng. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Ketua Umum PKR yang disebut-sebut bakal menjadi PM (kalau Pakatan memang), Anwar Ibrahim.